Apa Points Yang Perlu Ada Dalam Resume
Salam. Untuk artikel sebelum ini, kalau betul lah susunan siri panduan temuduga yang saya buat. Sepatutnya, anda baca:
Panduan Temuduga dahulu, dalam panduan ini saya kongsikan proses yang anda perlu faham bila nak dapatkan kerja. Ada 6 bahagian semuanya.
Selepas tu, anda akan baca contoh resume terbaik. Ini dalam bahagian 1 tau. Contoh resume terbaik ni saya kongsikan 3 jenis format resume yang biasa di buat. Dan artikel seterusnya, saya kongsikan pula keadaan yang sesuai untuk anda pilih mana satu format yang sesuai anda guna dari 3 jenis format ni. Iaitu di contoh resume format.
Dah siap baca 3 keping tu. baru datang sini ya.
Sebab nanti takut tak jelas pula apa yang saya nak kongsikan dari awal. Kena faham betul betul, jangan malas baca. Orang yang tulis ni dah kira Pakcik dah ni. Pakcik berpengalaman ni.
Hah, kalau masih lagi tak kenal Pakcik. Sila baca tentang saya, untuk tahu siapa PakCik. Dan artikel berkenaan dengan pengalaman PakCik. 7 tahun dah kerja. Graduate dari UMP.
Da sekarang, jum kita tengok satu persatu point yang anda patut tulis dalam resume.
Sebelum ni, saya ada buat satu resume untuk anda bagi tahu, kelulusan korang ni apa. Lebih senang saya nak bantu. Kiranya lebih target lah kan.
Sebab resume ni, kalau lepas SPM lain, fresh graduate Diploma dengan Ijazah Sarjana Muda lain. Kalau dah berpengalaman kerja macam saya lagi lah lain.
Sila lengkapkan resume di bawah ni ya. Bantu saya, supaya saya lebih mudah bantu anda. Cewwah
[socialpoll id=”2452007″]
Ok.
Bila nak buat resume, kita bukan sahaja ambil berat pada penulisan, apa yang kita tulis sahaja. Malah bentuk resume itu sendiri.
Contoh seperti screen shot di bawah yang saya ambil dari UpWork
Sudah pasti design dan cara susunan ayat yang nampak lebih menarik. Lebih profesional lah kira.
Itu baru design, tak termasuk lagi dengan point point apa yang nak dihuraikan.
Jenis tulisan, atau jenis ‘Font’ apa yang anda guna juga mesti dipilih dengan betul. Contoh ayat sekarang, saya guna Times New Roman. Kenapa? Sebab ia lebih mudah di baca. Tapi bukan Times New Roman sahaja. Ada lagi font lain. Font Size? Sudah pastiā¦.
Begitu juga ‘margin’. Iaitu jarak antara dua ayat. Jangan terlalu jauh, nanti meletihkan pembaca. Dan jangan terlalu dekat, nanti menyusahkan pembaca pula.
Point point ini saya akan kongsikan di bawah.
Generally, berikut adalah point yang anda perlu letak dalam resume..
Lepasan SPM
- header ( contact details + gambar )
- career objective
- education
- pengalaman kerja ( ini bahagian paling penting, kalau ada )
- achivements ( ini bahagian paling penting, kalau ada )
- skills ( ini bahagian paling penting )
- computer literacy
- language skills
- references ( ini bahagian paling penting )
Fresh Graduate (sijil/dip/sarjana muda)
- header ( contact details + gambar )
- career objective
- education
- practical training experience ( ini bahagian paling penting )
- final year project ( ini bahagian paling penting kalau anda fresh graduate )
- achivements ( ini bahagian paling penting )
- skills ( ini bahagian paling penting )
- computer literacy
- language skills
- references ( ini bahagian paling penting )
Yang Sudah Ada Pengalaman
- header ( contact details + gambar )
- career objective
- education
- pengalaman kerja ( ini bahagian paling penting )
- practical training experience ( ini bahagian paling penting, tapi kalau tak gempaq, tak ada hal
- final year project ( ini bahagian paling penting kalau anda fresh graduate )
- achivements ( ini bahagian paling penting )
- skills ( ini bahagian paling penting )
- computer literacy
- language skills
- references ( ini bahagian paling penting )
Untuk macam saya, yang sudah kerja lama sangat ni. point point macam practical training experienced dan final year project tu dah macam tak berapa nak penting sangat dah. Majikan tak berapa berat kan sangat. Sebab diorang akan lebih beri perhatian pada bahagian pengalaman.
Untuk itu, macam interview yang lepas. Saya dapat satu company antara yang paling besar di Kelantan. Namanya Rohm Wako. Resume yang saya hantar, lebih kurang macam bawah ini sahaja.
Dan untuk yang lagi lagi pengalaman
- header ( contact details + gambar )
- education
- pengalaman kerja ( ini bahagian paling penting )
- achivements ( ini bahagian paling penting )
- skills ( ini bahagian paling penting )
- computer literacy
- references ( ini bahagian paling penting )
Tapi saya tak pergi interview tu. Sebab gaji yang diorang nak bagi sikit sangat. Ini dia artikel yang saya kongsikan kenapa saya tak pergi in details, Temuduga dengan Rohm Wako.
OK. Untuk permulaan, artikel ni saya stop dulu kat sini. Nanti, lagi 2 3 hari. Saya akan buatkan point setiap satu bagi 3 kategori di atas.
Iaitu
Dan yang sudah ada pengalaman bekerja
Referrences
https://theinterviewguys.com/how-to-make-a-resume-101/#
https://www.monster.com/career-advice/article/nursing-resume-templates
https://www.monster.com/career-advice/article/sample-resume-elementary-teacher
http://www.hloom.com/resumes/cashier-templates/
https://www.monster.com/career-advice/article/sample-resume-administrative-assistant-midlevel
http://www.hloom.com/resumes/medical-assistant-templates/
http://www.vault.com/resumes/resume-samples/combination-resumes/nursing-low-experience-combination-resume