Antara Permohonan Pinjaman Peribadi Lulus Cepat…
Permohonan untuk pinjaman peribadi dari Bank [Update] memerlukan masa. Kebiasaannya lebih kurang 2 minggu. Hal ini memang menyusahkan untuk menunggu. Kalau memang confirm dapat tak apa. OK lah kan. Kalau tak dapat? Nak buat permohonan seterusnya dan perlu untuk tunggu lagi itu sudah jadi satu cerita lain.
Walaubagaimanapun, berikut adalah antara bank atau institusi kewangan yang antara paling cepat menyemak dan menerima pinjaman seandainya anda layak:
- Easy RHB – dalam tempoh 10 minit
- Hong Leong Mach IOU Personal Loan – 60 minit
- dan terakhir, Aeon Personal Loan – paling cepat saya tengok, 3 hari
Dan Syarat Kelayakan Pinjaman…
Easy RHB
- Basic Salary mesti at least RM 1500
- Payslip
- Bank Statement
- EPF Statement
Hong Leong Bank Mach IOU Personal Loan
Aeon
- minimum gross RM 1000
- 18 tahun ke atas
- latest EPF Statement
- latest 3 month pay slip
Yang Hong Leong Bank March IOU ni saya tak tiada pengalaman lansung sebenarnya. Pernah juga apply sebelum ni, tapi tak lepas. Lastnya lepas beberapa lama, saya try AEON. Alhamdullillah lepas 9k. So, saya hanya kongsikan apa yang pernah saya ada pengalaman sahaja ya, iaitu Easy RHB dan juga Aeon.
Sebelum tu, adakah 2 pinjaman RHB dan Aeon ini memerlukan guarantor?
Pinjaman Tanpa Guarantor
Kebanyakan pinjaman peribadi juga memerlukan penjamin atau guarantor. Walaupun rate kelulusan untuk anda lulus pinjaman itu lebih tinggi dengan guarantor. Tambah pula dengan jumlah pinjaman yang dipohon boleh ditambahkan sedikit. Tapi, masalahnya, tak semua orang yang kadang kadang selesa untuk berkongsi untuk buat loan kan? Senyap senyap, macam saya juga dahulu.
Pendek kan cerita. Artikel ini, saya bukan setakat berkongsi 3 Bank atau jenis institusi kewangan yang luluskan permohonan anda dengan cepat, malah permohonan anda juga kemungkinan besar tidak memerlukan penjamin.
Kenapa Easy RHB Adalah Pilihan Terbaik?
Easy RHB janjikan duit akan masuk dalam tempoh 10 minit sahaja. Dalam banyak banyak personal loan, rasanya ini lah paling pantas. Lagi pantas dari pinjaman along ya kan. Kalau tak silap, masa tu dalam tahun 2012. Lama sangat dah ni, lupa dah saya. Tapi apa yang pasti, sebaik sahaja saya sampai ke rumah, duit pinjaman dah masuk.
Saya tak pinjam tak banyak, lebih kurang dalam 3k sahaja kalau tak silap. Hanya perlu pergi ke branch Easy RHB dan bagi IC sahaja. Nanti dia akan print statement KWSP untuk tengok matlumat..
Kalau nak apply loan ni, anda jangan pergi pada RHB Bank, kalau apply dari RHB bank memang akan ambil masa yang lama, 2 minggu. Sebab ia akan guna cara manual. Hantar dokumen anda ke Bank Negara untuk disemak. Tapi kalau pergi kaunter Eays RHB yang biasa nya ada di Tesco tak ambil masa lama pun untuk confirm kan samada anda layak atau tidak.
Kalau tak silap, RHB kena bayar dalam 10 ringgit kot untuk satu kali check, samada anda layak atau tidak. Kalau tak silap lah. Saya pun dah lama tak buat. Tapi yang pasti, masa tu lebih kurang dalam tahun 2012. Saya buat Easy RHB ni memang dalam keadaan yang tengah kosong dari segala hutang. Kiranya first time lah buat personal loan. Kad kredit pun masih lagi tak ada. Dia minta IC, lepas tu minta statement KWSP. [ senarai kad kredit mudah lulus ] + [ kad kredit untuk gaji di bawah 2000 ]
Tak perlu sibuk sibuk nak bawa statement KWSP tu, sebab machine apa semua nak check semua ada sekali sana. Lepas isi form, pegawai tu cakap. Sebaik sahaja awak sampai rumah. Duit itu akan masuk.
Bila dah sampai rumah, memang betul pun.
Untuk RHB Easy repayment plan, anda boleh rujuk image table di bawah
Untuk rekod, loan amount yang paling rendah ialah RM 3000 atau RM 4000. Sudah tiada lagi untuk pinjaman RM 2 000. Anda boleh sahkan sendiri di cawangan RHB Easy yang terdekat.
Cawangan Terdekat Easy RHB Bank
Untuk cawangan terdekat dengan Easy RHB bank boleh aplikasi di RinggitPlus bawah ni.
Hanya perlu pilih location nya sahaja ya..
Hong Leong Mach IOU Personal Loan
Plan pinjaman peribadi daripada Hong Leong ini agak baru juga di pasaran. Masa yang dijanjikan lebih kurang dalam 60 minit.
Ikutkan pengalaman saya sendiri, macam agak sukar untuk dapatkan pengurusan selesai dalam tempoh 60 minit. Kecuali kalau anda benar benar layak.
Sebab ada sesetengah pegawai bank yang walaupun nampak macam sipi sipi sahaja layak, mereka yang berusaha untuk dapatkan pelepasan permohonan anda juga. Biasanya lah, dia pun nak makan komisyen kan.
Syarat Kelayakan
Hal ini, akan buatkan anda perlu berikan beberapa details yang lain yang memang perlukan masa untuk dapatkan, seperti contoh bank statement. Untuk permohonan, boleh juga buat online. Tapi rasanya kalau online memang tak sempat la 60 minit ya. Apply online dari link ni, //www.machbyhongleong.com/iou-personal-loan
Yang terbaik anda pergi terus bank, tapi bank pun bukan semua bank. Pinjaman ini hanya ada di bandar bandar besar sahaja. Boleh tengok branches terdekat di sini, //www.machbyhongleong.com/branches/
Kelebihan buat pinjaman dengan Hong Leong Bank?
Dari tahun 2012 lagi, sampai pinjaman IOU ni, Hong Leong akan bagi rebate atau kurang kan bulanan pembayaran anda kalau bayar cantik. Contoh macam IOU dia akan bagi rebate 20%. Kalau pinjaman peribadi biasa pula, kalau bayar cantik, anda dapat free 3 bulan kalau tak silap.
Aeon Personal Loan
Dalam tiga tiga peminjam pinjaman peribadi di atas, yang paling saya rekomen ialah daripada Aeon. Setengah orang cakap, jangan minta AEON. Sebab rate tinggi. Tapi kalau anda tengok tengok balik, ratenya lebih kurang sahaja.
Permohonan untuk Pinjaman Peribadi Aeon lebih kurang dalam 3 atau 4 hari bekerja. Tambah lagi kalau anda bekerja dengan kerajaan.
Jadual Pinjaman Peribadi Aeon
Table di atas ini untuk untuk new customer, kiranya bukan pemegang AEON Member card. Untuk pemegang, atau pun pinjaman yang lebih 10 ribu. Boleh pergi ke link ini, //www.aeoncredit.com.my/personal-financing
Syarat Syarat Kelayakan Pinjaman Aeon, boleh rujuk di link itu juga.
Pinjaman Peribadi Yang Mudah Lulus
Untuk buatkan pinjaman peribadi anda mudah lulus, anda hendak rancang nya dari awal.
Seperti contoh, cuba teliti syarat syarat permohonan dari awal, contoh macam gaji minima dan sebagainya. Anda boleh sahaja, jenguk jenguk syarat syarat di blog ini yang saya turut juga kongsikan mengikut bank bank.
Andai kata memerlukan anda untuk melebihi RM 2 500 sebulan straight dalam masa 3 bulan. Boleh usaha untuk buat kerja lebih masa kalau perlu.
Kalau perlu, anda dapatkan gurantor atau penjamin. InsyaAllah akan lebih mudah untuk lepas.
Jangan Melebihi Apa Yang Anda Tidak Mampu.
Untuk faktor ini lebih kepada kalau basic gaji minima anda RM 2000 contohnya, tapi nak cuba dapatkan pinjaman wang yang sampai RM 30k contohnya, memang tiada siapa yang nak bagi.
Kebiasaannya, daripada gaji anda ia akan di darab dengan 5.
Buat Checklist Dan Compare
Untuk ini anda boleh sahaja menggunakan website seperti Imoney dan CompareHERO yang sememang nya memudahkan kita untuk finalise setiap personal loan ada. Lebih mudah untuk survey daripada anda nak ke satu satu bank.
Kalau terdekat nak guna duit, salah satu cara lain ialah dapat kad kredit. Dengan kad kredit, anda tak perlu takut sangat dengan bulanan. Tapi masih lagi kategori mesti kena bayar lah. Nama pun hutang kan. Cuma, lebih mudah lulus berbanding dengan pinjaman peribadi ikutkan pengalaman saya.
Final Words, AEON VS RHB?
jawapan saya, kalau anda boleh terima proses dalam 1 minggu, boleh cuma AEON. Tapi kalau sesak memang nak sekarang, anda terpaksa try Easy RHB. Bulanan agak lebih sikit berbanding dengan Aeon, tapi tak tinggi mana.
Jawapannya, Easy RHB, sebelum ni saya cakap Aeon, saya tersilap. Yang terbaik adalah Easy RHB.
Cuba reply soalan soalan saya di bawah, nanti saya reply sama ada anda layak atau tidak
- Basic berapa –
- Gross income berapa ( kalau ada OT ) –
- Jawatan apa ( gov/ swasta/ engineer/ polis ) –
- Sudah berapa lama kerja ( mesti lebih 6 bulan ) –
- payslip ada?
- ada potong EPF?
274 comments On 3 Bank Utama Untuk Pinjaman Segera Online [ AEON, RHB, ?? ]
Gov staff boleh mohon rhb easy tak
tak boleh..no no no
Kalau saya nak.pinjam macamana saya gov staff
boleh cuba ni..
https://www.saya-share.com/pinjaman-untuk-kakitangan-kerajaan/
Bank statemnt drpd compony
Sy baru bkerja bulan yg ke 6 masuk bulan ny..layak x klau sy nk mohon easy RHB LOAN
ok dah tu..lepas 6 bulan
bru kerja 6bulan, xde komitment, boleh buat loan x?
yup..layak tu. mesti at least 6 bulan
pengusaha bekerja sendiri boleh tak nak apply loan
ada SSM?
klo ada SSM pun mesti at least 1 year rasanya
Saya bekerja sbgai kurier di lazada.. masalahnya gaji dibayar melalui akaun semasa .. tiada epf..boleh ke mohon easy rhb loan..
Man, kalau tak ada KWSP tu susah sikit man. dan lagi satu, kalau kerja apa apa pun, pastikan tempat tu bagi pekerjanya ada potongan epf. kalau tak, baik awak berhenti sahaja. atau baik awak kerja delivery kfc semua tu. pizza ke. rasanya ada epf, saya ada link yang boleh apply kalau nak. saya juga boleh tanyakan untuk awak kalau ada potongan epf. bagi sy alamat untuk saya check
Gaji basic 1200.. tolak epf, socso, sip.. keje swasta tp gaji by cash on hand.. kerja melebihi 6 bln..
kalau yang kes macam ni, ika boleh buat payslip sendiri
kalau payslip dgn bank statement tak tally, boleh lepas ke?
mmg tak lepas gitu
gross rm2930
bersih rm1130
ada epf
layak loan kat mna ek??.. aeon da try tp x lepas
easy rhb dapat tak
gaji sy sbulan dlm 1500..tpi setiap bulan kdg2 sy ad buat advance slary dlm 500 mcm tu..kdg2 lbih..so payslip sy akn tnjuk dkt situ kurang la 1500..dan nama sy ad untuk asb loan jgk..tp bulan2 sy x byr cuma nama dn rekod sy je..so mcm mne ye..boleh lps ke klau mcm tu
awak, orang yang contact sy hari tu ke? erm yg atas nama awak tu, mmg awak pun akan efect sekali..
Kalau bekerja sendiri ada syarikat. Tp pakai statmenet bank nama akaun bank syarikat lain blh lulus tak. Owner yang sama utk dua2 syarikat. Ssm ada. Income tax ada.
ni no staff aeon, +60 18-255 5161
cuba tanya dia
Basic berapa – 1600
Gross income berapa ( kalau ada OT ) – nil
Jawatan apa ( gov/ swasta/ engineer/ polis ) – admin(swasta)
Sudah berapa lama kerja ( mesti lebih 6 bulan ) – 6bulan
payslip ada? Ada
ada potong EPF? Ada
Saya keja pgawal kslematan gji brsih sya 1700..nama sya brsih xprnah bt loan..klu sya reply easy agak2 lulus x
kemungkinan besar lulus
peg polis io traffic port dickson gaji kasar 4500 gaji bersih 3800 3tahun. berkhdmad ingin membuat pinjaman. 5k
HI SAYA KERJA SINGAPORE , GAJI RM5400, LAST WEEK SAYA APPLY RHB LOAN DIA KATA TAK ADE COMITMENT DI MALAYSIA SO SUSAH AND ASK ME GI AEON CREDIT, I DAH PERGI APPLY TAPI SAMPAI SEKARANG I FOLLOW UP MEREKA KATA DALAM PROSES , AEON CREDIT AKAN AMBIL MASA BRP HARI YE. URGENT FOR ME EMERGENCY KAT FAMILY.
tak lama Selena, dalam 3 4 hari ja..
kalau baru kerja tiga bulan memang confirm tak dapat pinjaman?
baik tunggu 6 bulan..
Saya nak apply personal loan..lepas ke tak yer? Ini detail sy..
Bank apa yang sesuai untuk sy apply?
Basic berapa – 1452
Gross income berapa ( kalau ada OT ) – 2052
Jawatan apa ( gov/ swasta/ engineer/ polis ) – Badan berkanun ( kontrak )
Sudah berapa lama kerja ( mesti lebih 6 bulan ) – 2 Tahun
payslip ada? Ada
ada potong EPF? Ada
rhb tk boleh, sebab gov staff. aeon la kalau nak senang lepas. atau pun leh try mana mana institusi kewangan yang mmg ada pakej khas bagi loan dekat gov servant
boleh rujuk dekat artikel saya yang bawah ni ya..
https://www.saya-share.com/pinjaman-untuk-kakitangan-kerajaan/
aeon loan boleh overlap tak?
saya rasa boleh kot.. try tanya nombor tu.. sy ada bagi kat komen yang lain
Gaji suami saya rm2800 . Kerja nak dekat setahun . Tiada apa2 commitment nak bayar dekat bank . Boleh apply loan dari aeon tak ?
mmg cerah nak lepas tu
kalau apply dua loan dalam satu masa . lepas ke ? tak lepas kn ?
depends juga… pada perkiraan bank
Saya nak tanya sekarang saya berkerja di casabrina vacation villa di raub, gaji saya 2200 tapi takda potongan epf gaji bagi tangan ade payslip boleh mohon tak??
boleh try aeon, easy rhb confirm kene tolak
Basic sye+elaun&ot bole dpt 1900..bersih siap tolak epf socso ade 1700..keje da lebih 6 bulan dan umo saye 19..kalau nak apply easy rhb dlm 15k bole lepas x??
rasanya 10k pun susah tu
Klu gov servant mmg xlepas ke nak.apply rhb loan ni..dh xde potongan kwsp..
Gaki bersih 2700..boleh ke apply loan ahb easy ni
boleh sangat
Masih wujud ke pinjaman easy rhb sekarang ni
ada je yana