Antara Permohonan Pinjaman Peribadi Lulus Cepat…
Permohonan untuk pinjaman peribadi dari Bank [Update] memerlukan masa. Kebiasaannya lebih kurang 2 minggu. Hal ini memang menyusahkan untuk menunggu. Kalau memang confirm dapat tak apa. OK lah kan. Kalau tak dapat? Nak buat permohonan seterusnya dan perlu untuk tunggu lagi itu sudah jadi satu cerita lain.
Walaubagaimanapun, berikut adalah antara bank atau institusi kewangan yang antara paling cepat menyemak dan menerima pinjaman seandainya anda layak:
- Easy RHB – dalam tempoh 10 minit
- Hong Leong Mach IOU Personal Loan – 60 minit
- dan terakhir, Aeon Personal Loan – paling cepat saya tengok, 3 hari
Dan Syarat Kelayakan Pinjaman…
Easy RHB
- Basic Salary mesti at least RM 1500
- Payslip
- Bank Statement
- EPF Statement
Hong Leong Bank Mach IOU Personal Loan
Aeon
- minimum gross RM 1000
- 18 tahun ke atas
- latest EPF Statement
- latest 3 month pay slip
Yang Hong Leong Bank March IOU ni saya tak tiada pengalaman lansung sebenarnya. Pernah juga apply sebelum ni, tapi tak lepas. Lastnya lepas beberapa lama, saya try AEON. Alhamdullillah lepas 9k. So, saya hanya kongsikan apa yang pernah saya ada pengalaman sahaja ya, iaitu Easy RHB dan juga Aeon.
Sebelum tu, adakah 2 pinjaman RHB dan Aeon ini memerlukan guarantor?
Pinjaman Tanpa Guarantor
Kebanyakan pinjaman peribadi juga memerlukan penjamin atau guarantor. Walaupun rate kelulusan untuk anda lulus pinjaman itu lebih tinggi dengan guarantor. Tambah pula dengan jumlah pinjaman yang dipohon boleh ditambahkan sedikit. Tapi, masalahnya, tak semua orang yang kadang kadang selesa untuk berkongsi untuk buat loan kan? Senyap senyap, macam saya juga dahulu.
Pendek kan cerita. Artikel ini, saya bukan setakat berkongsi 3 Bank atau jenis institusi kewangan yang luluskan permohonan anda dengan cepat, malah permohonan anda juga kemungkinan besar tidak memerlukan penjamin.
Kenapa Easy RHB Adalah Pilihan Terbaik?
Easy RHB janjikan duit akan masuk dalam tempoh 10 minit sahaja. Dalam banyak banyak personal loan, rasanya ini lah paling pantas. Lagi pantas dari pinjaman along ya kan. Kalau tak silap, masa tu dalam tahun 2012. Lama sangat dah ni, lupa dah saya. Tapi apa yang pasti, sebaik sahaja saya sampai ke rumah, duit pinjaman dah masuk.
Saya tak pinjam tak banyak, lebih kurang dalam 3k sahaja kalau tak silap. Hanya perlu pergi ke branch Easy RHB dan bagi IC sahaja. Nanti dia akan print statement KWSP untuk tengok matlumat..
Kalau nak apply loan ni, anda jangan pergi pada RHB Bank, kalau apply dari RHB bank memang akan ambil masa yang lama, 2 minggu. Sebab ia akan guna cara manual. Hantar dokumen anda ke Bank Negara untuk disemak. Tapi kalau pergi kaunter Eays RHB yang biasa nya ada di Tesco tak ambil masa lama pun untuk confirm kan samada anda layak atau tidak.
Kalau tak silap, RHB kena bayar dalam 10 ringgit kot untuk satu kali check, samada anda layak atau tidak. Kalau tak silap lah. Saya pun dah lama tak buat. Tapi yang pasti, masa tu lebih kurang dalam tahun 2012. Saya buat Easy RHB ni memang dalam keadaan yang tengah kosong dari segala hutang. Kiranya first time lah buat personal loan. Kad kredit pun masih lagi tak ada. Dia minta IC, lepas tu minta statement KWSP. [ senarai kad kredit mudah lulus ] + [ kad kredit untuk gaji di bawah 2000 ]
Tak perlu sibuk sibuk nak bawa statement KWSP tu, sebab machine apa semua nak check semua ada sekali sana. Lepas isi form, pegawai tu cakap. Sebaik sahaja awak sampai rumah. Duit itu akan masuk.
Bila dah sampai rumah, memang betul pun.
Untuk RHB Easy repayment plan, anda boleh rujuk image table di bawah
Untuk rekod, loan amount yang paling rendah ialah RM 3000 atau RM 4000. Sudah tiada lagi untuk pinjaman RM 2 000. Anda boleh sahkan sendiri di cawangan RHB Easy yang terdekat.
Cawangan Terdekat Easy RHB Bank
Untuk cawangan terdekat dengan Easy RHB bank boleh aplikasi di RinggitPlus bawah ni.
Hanya perlu pilih location nya sahaja ya..
Hong Leong Mach IOU Personal Loan
Plan pinjaman peribadi daripada Hong Leong ini agak baru juga di pasaran. Masa yang dijanjikan lebih kurang dalam 60 minit.
Ikutkan pengalaman saya sendiri, macam agak sukar untuk dapatkan pengurusan selesai dalam tempoh 60 minit. Kecuali kalau anda benar benar layak.
Sebab ada sesetengah pegawai bank yang walaupun nampak macam sipi sipi sahaja layak, mereka yang berusaha untuk dapatkan pelepasan permohonan anda juga. Biasanya lah, dia pun nak makan komisyen kan.
Syarat Kelayakan
Hal ini, akan buatkan anda perlu berikan beberapa details yang lain yang memang perlukan masa untuk dapatkan, seperti contoh bank statement. Untuk permohonan, boleh juga buat online. Tapi rasanya kalau online memang tak sempat la 60 minit ya. Apply online dari link ni, //www.machbyhongleong.com/iou-personal-loan
Yang terbaik anda pergi terus bank, tapi bank pun bukan semua bank. Pinjaman ini hanya ada di bandar bandar besar sahaja. Boleh tengok branches terdekat di sini, //www.machbyhongleong.com/branches/
Kelebihan buat pinjaman dengan Hong Leong Bank?
Dari tahun 2012 lagi, sampai pinjaman IOU ni, Hong Leong akan bagi rebate atau kurang kan bulanan pembayaran anda kalau bayar cantik. Contoh macam IOU dia akan bagi rebate 20%. Kalau pinjaman peribadi biasa pula, kalau bayar cantik, anda dapat free 3 bulan kalau tak silap.
Aeon Personal Loan
Dalam tiga tiga peminjam pinjaman peribadi di atas, yang paling saya rekomen ialah daripada Aeon. Setengah orang cakap, jangan minta AEON. Sebab rate tinggi. Tapi kalau anda tengok tengok balik, ratenya lebih kurang sahaja.
Permohonan untuk Pinjaman Peribadi Aeon lebih kurang dalam 3 atau 4 hari bekerja. Tambah lagi kalau anda bekerja dengan kerajaan.
Jadual Pinjaman Peribadi Aeon
Table di atas ini untuk untuk new customer, kiranya bukan pemegang AEON Member card. Untuk pemegang, atau pun pinjaman yang lebih 10 ribu. Boleh pergi ke link ini, //www.aeoncredit.com.my/personal-financing
Syarat Syarat Kelayakan Pinjaman Aeon, boleh rujuk di link itu juga.
Pinjaman Peribadi Yang Mudah Lulus
Untuk buatkan pinjaman peribadi anda mudah lulus, anda hendak rancang nya dari awal.
Seperti contoh, cuba teliti syarat syarat permohonan dari awal, contoh macam gaji minima dan sebagainya. Anda boleh sahaja, jenguk jenguk syarat syarat di blog ini yang saya turut juga kongsikan mengikut bank bank.
Andai kata memerlukan anda untuk melebihi RM 2 500 sebulan straight dalam masa 3 bulan. Boleh usaha untuk buat kerja lebih masa kalau perlu.
Kalau perlu, anda dapatkan gurantor atau penjamin. InsyaAllah akan lebih mudah untuk lepas.
Jangan Melebihi Apa Yang Anda Tidak Mampu.
Untuk faktor ini lebih kepada kalau basic gaji minima anda RM 2000 contohnya, tapi nak cuba dapatkan pinjaman wang yang sampai RM 30k contohnya, memang tiada siapa yang nak bagi.
Kebiasaannya, daripada gaji anda ia akan di darab dengan 5.
Buat Checklist Dan Compare
Untuk ini anda boleh sahaja menggunakan website seperti Imoney dan CompareHERO yang sememang nya memudahkan kita untuk finalise setiap personal loan ada. Lebih mudah untuk survey daripada anda nak ke satu satu bank.
Kalau terdekat nak guna duit, salah satu cara lain ialah dapat kad kredit. Dengan kad kredit, anda tak perlu takut sangat dengan bulanan. Tapi masih lagi kategori mesti kena bayar lah. Nama pun hutang kan. Cuma, lebih mudah lulus berbanding dengan pinjaman peribadi ikutkan pengalaman saya.
Final Words, AEON VS RHB?
jawapan saya, kalau anda boleh terima proses dalam 1 minggu, boleh cuma AEON. Tapi kalau sesak memang nak sekarang, anda terpaksa try Easy RHB. Bulanan agak lebih sikit berbanding dengan Aeon, tapi tak tinggi mana.
Jawapannya, Easy RHB, sebelum ni saya cakap Aeon, saya tersilap. Yang terbaik adalah Easy RHB.
Cuba reply soalan soalan saya di bawah, nanti saya reply sama ada anda layak atau tidak
- Basic berapa –
- Gross income berapa ( kalau ada OT ) –
- Jawatan apa ( gov/ swasta/ engineer/ polis ) –
- Sudah berapa lama kerja ( mesti lebih 6 bulan ) –
- payslip ada?
- ada potong EPF?
274 comments On 3 Bank Utama Untuk Pinjaman Segera Online [ AEON, RHB, ?? ]
saya ada apply loan tapi guna online je kat aeon tu. mmg existing customer aeon pun. tak tau status macam mana. kalau direct ngan agent, cepat lagi ke nk tau jawapan? tapi da mohon da thorugh online ni..huhu
klo online lambat sikit, kena agent
atau pergi terus ke kaunter, kalau staff gov lagi cepat
Sy keja gomen. Alhamdulillah da Lulus. Mmg pemegang kad express. Betul la cakap cik, online nak proses lambat skit tapi once da sampai kat tangan officer, bila dia kol utk pgesahan, dalam hari tu juga lulus. Tak sampai satu hari pun. Cumanya, brapa lama ye tempoh nak dapat dalam akaun?
3 hari kot..lupa da saya
Helo En Syed.. saya ada 2 soalan
1. Nak Tanya sikit.. Saya ada apply RHB Easy kelmarin, di dalam system lulus 20K.
Actuall amount yg saya nak pinjam is 10K. Staff tersebut meminta statement Pengesahan Pempayaran Ptptn untuk sibmit kpd pewagai. So after saya ambk statement tersebut dan bgi kepada pihak staff, dia kata tunggu 2-3 hari bekerja pegawai akan call saya untuk verification. Ada chance tak untuk saya lulus? Hhuhuh
Gross Salary : Basic+ Elaun = RM2600 (include insentif biasanya dlm payslip RM2800 – 2900+)
Month Commitment : (Monthly repayment memang cantik x pernah miss. Saya Purchase Crris report dri ctos result cantik. Semua “0”
Car Loan – RM815
Aeon – RM199
PTPTN- RM110
2. Jika pada masa ini saya sedang menunggu keputusan dari pihak RHB bank, boleh kah saya memohon personal loan dari bank lain? Sebagai contoh CIMB & Hong Leong.
Jika approved RHB dan CIMB itu, blh kah saya cancel CIMB dan ambk RHB or Saya cancel RHB dan ambk CIMB? Adakah cas akan dikenakan disebabkan cancel laon yang sudah lulus?
Mohon pencerahan secepat mungkin dri En Syed. Thanks!
bila kita buat loan, memang akan nampak rendah bila cecah loan yang kita buat tu cecah RM 15k ke atas. saya pernah dapat offer dari CIMB, suruh buat loan 15k ke atas. so loan, bunga memang rendah. tapi nak bayar tu yang masalah. nanti nak bayar rumah lagi.
kalau yang nak cancel2 tu boleh, sebelum awak sign agreement. so tiada masalah.
system apply je berapa yang dapat, nanti kita akan sahkan dekat agreement..
Terima Kasih En. Syed.
Kebetulan juga Aeon loan saya sudah hbis dibayar last month. Overlooked i tot masih ada balance yg blm diselesaikn. After checking dgn pegawai aeon, smua nya dh sttle.
Ok balik kepada RHB personal loan application saya. Kelmarin staff dia call saya dan bgitau loan sy sudah approve dgn amount 20K.
So today saya pun ke RHB sign agreement apa smua lebih kurang 30Minit duit pun masuk ke dlm account. Mmg pantas. Tak susah manapun sebenarnya.
Lastly, kpd yg mungkin juga apply personal loan, pertama mmg bank akan rujuk smua CCRIS debt kta. Corak pembayaran mesti cantik so mudah bagi bank utk lukuskan, dan semestinya commitment juga.
Yang paling penting sekali, PTPTN. Segelintir peminjam PTPTN ni agak liat untuk membuat bayaran balik dan kebanyakan loan yg x lulus adalah disebabkn PTPTN x dibayar dan tertunggak. Walau bagaimana besar pun gaji kita, apabila PTPTN tertggak, ianya mmg akan nyangkutkn semua application loan dan agak susah utk bank luluskan. Skrg PTPTN mengganas. Di senaraihitamkn peminjam yg enggan membayar. 🙂
Peace.
tq Vincent..
ada syarat untuk berapa tahun kerja tak?
kalau confirm pun dah ok
Assalamu’alaikum.
Terima kasih atas perkongsian yang menarik. Saya nak tanya. Kenapa berhutang motor kt kedai bulanan lagi tinggi dari berhutang personal loan dgn bank walhal interest loan motor lagi rendah dari interest personal loan.
ce bg contoh.. saya loan motor under aeon, bukan kedai
Assalamualaikum saya nak tanya ada tak sebarang pinjaman kadar segera untuk pelajar?
macam tak ada…sebab awak nak bayar balik macam mana, x de pendapatan..spa yang nak bagi
Kalau baru keje 3 bulan boleh ke apply rhb tu ?
confirm dah? rasanya minima 6 bulan ni, nanti siang sikit saya confirm semula
Sya nk Tanya.. Gaji saya RM 2200.loan tak pernah buat sebelum ni. Nama saya memang tak pernah ada list bank untk loan.. Keja dh Lama..kwsp tiap2 bulan potong n ada bukti dlam payslip.. Tp majikan saya masukkan kwsp saya tiap 3 bulan sekali.. Kalau saya nk buat personal loan 30k lepas x
uh banyak nya…berapa tahun nak pinjam ni, biar saya check
Saya nk tanya gaji sy RM1100 ssah nk dapat loan ke?
aeon lepas dah tu
Hi, saya nk tanya gaji sy rm1100 tapi nk buat pinjaman aeon rm20k. Lepas tak?
tak lepas, boleh pergi sampai 10k sahaja
Hi.saya nak buat personal loan basic 1500 +elaun =1700
Payslip =2500
Kerja dah 5 bulan dah confirm.boleh lepas nak buat 20k personal loan
klo basic 1500, untuk tau brapa tinggi boleh pinjam, hanya perlu darab 10x daripada basic. Amirul 1500 kan, jadi boleh pergi sampai 15k sahaja. tapi bru 5 bulan keje tu, tunggu bulan depan lah, sebab mesti at least 6 bulan
Salam En Syed. Sy nk tnye, if let say sy ad hutang credit card dlm 2.5k, agk2 affect x application utk loan either dr rhb easy loan ni or aeon credit service ni? huhu. hjt nk loan dlm 8-10k cmtu utk settle sume debts. huhu
bergntung kpd pembyaran cc tu..klo at least awak bayar minima payment. tak ad masalah, sebab saya pernah buat dan loan tu still approve
Personal loan aeon ok ke? Interest tggi tak?
ya..antara yang paling tinggi. tapi kalau bulan2 tu beza sikit dalam 30 ke 50 hinggit sahaja bulanan
Saya ada memohon loan rhb easy online… die kata loan da lulus…. to kena but insurans takaful sebyk rm600 dl br blh pihak bank akan bankin duit. Sy jd ragu2 risau ada penipuan. Siapa pernah buat easy lian online?
bank x pernah minta mcam tu, confirm dia nipu
Encik..saya hendak apply easy rhb..gji sya rm2400 ,masih layak?
boleh sangat…tapi kalau gov tak layak..swasta only, mesti 1500 basic ke atas
kerja baru 9 buln. basic 1700 lepas tk nk buat loan.. ?
boleh, leh try easy rhb dulu and aeon
saya dah apply rhb dengan aeon. dua2 tak lepas. company baru kerja 7 bulan dan dah confirm. ptptn 2 bulan lepas baru buat pengstrukturan. bulan2 bayar 180. moto baru amek bulan lepas 450. gaji basic + commision average 5k sebulan based on epf. apa sebab tak lepas ye? hong leong baru apply semalam takda berita lagi.
kalau basic shj berapa
Salam encik saya basic 1k je yang lain ot.lepas ke buat loan.Kerja dah 7bulan.Tak pernah buat loan kereta ke motor ke dengan bank.nama takde kat bank mane2 pon.
Wasalam din, boleh try cuba aeon
Salam encik… Saya bru bekerja 3 bulan tapi da comfirm basic RM 2000 xde apa2 loan sblum ni… Agak2 encik saya lepas tak saya nak buat loan RHB tu?
3 bulan? erm sy rasa kena 6 bulan tu..basic da lepas, cuma time koje tu. kene 6 bulan..
Saya ada apply loan easy rhb dh 2 kali…payment cantik…..klau nak apply credit card layak ker ….gaji rm1700…, Kerja dh lebih 5 tahun company yg sama
basic tak cukup tu Nor
Masih ada lagi rhb easy loan. Saya nak mohon
g rhb easy sendiri yana
Online tak boleh ke
boleh, tp saya malas nak urus.. ramai tak lepas..
Kalau buat loan rhb easy mmg kena antat insurans terlebih dulu ke? Knp x potong melalui loan sahaja?
mmg tolak dr loan pun. saya salah ckp ke atas tu
Baru2 ni saya ada memohon pinjaman secara on9 ..kononnya pegawai rhb…loan da lulus 10k tp dis kata kena byr rm600 utk insurans takaful.
tak ada pun sebenarnya tu..tipu, sebelum loan appruve ke mcm mne
Pegawai tu kata loan da approve 10k…pihak rhb nk transfer ke akaun sy. Tp sblm tu sy kena byr insurans terlebih dhlu sebyk 600. Lps tu sy tanya pihak bank xde dokumen ape2 ke nk bg sy sign? Trs dia kata lps sy bankin duit pihak bank akan hantar dokumen ke alamat sy utk sign aggrement…sy mmg da x sedap hati….trs sy bg tau sy nk batalkan loan.
ya..tipu tu..
2 minggu lepas pun ada sorang kawan saya yang kene macam ni juga, 750. tap bukan dari rhb bank. tp masih lagi menggunakan modus operandi yang sama
Saya dah cuba mohon tapi sampai hari ni tiada apa respond
mohon bank apa ni yana..