Panduan Lengkap Temuduga – Pengenalan
Assalamualaikum Semua…
Pengenalan
Tujuan saya sediakan page ini untuk saya susun dan kumpulkan segala tips interview dalam satu tempat, supaya mudah untuk anda faham artikel yang saya kongsikan dalam blog ni.
Sebab ada yang saya post kemudian, ada juga yang saya post awal. Jadi, anda mungkin akan rasa agak blur, mana satu yang patut dibaca dahulu.
Bagaimana saya mampu sediakan panduan ini?
Nak Kenalkan diri sikitlah, anda boleh baca penganalan siapa saya lebih detail di Tentang Saya. Yang bawah ni, saya buat summary sahaja.
Saya, dah bekerja lebih 12 tahun dalam industri swasta. Dalam tempoh 12 tahun ni, memang bukan senang. Dulu masa tengah study, ingatkan kalau kelulusan Diploma, confirm la gaji akan RM 1500 sekurang kurangnya sebulan.
Padahal…. Kita tak mungkin akan dapat RM 1500 kalau tak tahu caranya. Saya tahu, ada ja yang dapat, ya betul. Even kawan saya dapat RM 1800 starting gaji. Itu mungkin dah rezeki anda, tapi bukan saya.
Saya pernah kerja gaji 100 hengget sahaja sebulan. Lepas tu, pernah gaji operator RM 700 sahaja sebulan. Kita cerita tahun 2010 ni tau. Bukan sebelum masa penjajahan Jepun.
Dari Ambang Blur Kepada Yg Lebih Clear
Panduan temuduga ni sebenarnya adalah perkongsian, bagaimana saya daripada gaji biasa biasa, tapi Alhamdullillah, kepada yang lebih baik. Tak adalah banyak sampai jutawan. tapi cukupkan untuk daripada level b40 kepada m40 di Malaysia.
Saya pernah dapat gaji sampai RM 5 200 sebulan. Paling banyak lah tu. Pernah juga, dapat gaji RM 4000 straight tiga bulan. Ni dah kira hebat sangat lah ni.
Semua ni saya capai sebelum umur 30. Sekarang 29..huhu
Update > Sekarang saya dah 33 dah pun. 1st saya tulis artikel page ni masa tahun 2016, sekrang kita dah 2021. Dah 5 tahun pun.
Saya pun dah berhenti dah kerja kilang, dan mula berniaga sendiri. Alhamdullillah, ada masa masa income saya hampir 10K sebulan. Tapi tak la setiap bulan kan, sebab saya sekarang bukan makan gaji. Ada close, insyaAllah ada duit. Walaupun tak stabil, tapi saya lebih selesa sebab masa free lebih banyak. |
Semua ni bukan nya datang tiba tiba. Kalau tak disebabkan mindset dan usaha dan berkat dariNya yang tak putus putus turunkan rezeki untuk saya dan isteri. Memang tak akan dapat.
Oh ya, Masa saya artikel ni pertama kali pada tahun 2016 pun saya tak kahwin lagi, sekarang alhamdullillah, ada juga orang minat kita kan!
Ini Cerita Saya….
Saya belajar cara susah, saya kena explore sendiri. Nak kena browse tips temuduga sendiri.
Saya tak perlu tanya anda kalau pendedahan di University dulu cukup ke tak dengan alam pekerjaan, sebab memang tak cukup.
Tapi untuk anda. InsyaAllah, panduan ini sedikit sebanyak akan membantu.
Saya sediakan panduan dan blog ini untuk anda faham DUNIA PEKERJAAN ini macam mana…
Panduan ni bukan nak buat anda jadi kaya gila gila ya, tapi cukup makan pakai dan mampu stabilkan hidup dan insyaAllah kalau OK mampu beli rumah sendiri.
Hasrat saya, kalau dapat buatkan anda dalam golongan B40 – B2 pun saya dah cukup happy dah. ( apa itu B40? )
Baiklah, dengan lafaz Bismillah, saya mula ya.
Untuk buatkan pembelajaran anda lebih baik. Saya bahagikan kepada 6 peringkat.
6 peringkat ini merupakan proses yang anda bakal lalui dari mula sediakan resume, sampai lah anda berjaya dapatkan kerja.
Peringkat 1 – Penyediaan ResumeMacam biasa, untuk peringkat pertama, kita akan belajar cara buat resume dengan betul. 2 faktor penting yang kita akan belajar nanti. 1, mesti buat resume yang cantik cantik. Kedua, apa yang kita tulis tu mesti compelling. AYAT MESTI POWER.. |
Peringkat 2 – Cara Apply KerjaOk, in my arsenal. Saya ada 10 cara untuk cari kerja. ( mungkin lebih sebb saya akan tambah nanti ). Tak termasuk lagi dengan cara online dan juga cara fizikal. Saya rangkumkan dalam satu post. Dan anda boleh follow flow yang saya buat satu per satu… Ini bahagian penting, tak guna resume elok, kalau tak ada siapa tahu. |
Peringkat 3 – Follow up ( Resume ) untuk dapat TemudugaAlright, resume cantik dah siap. Apply kerja pun dah buat. Tapi tiba tiba krik krik. So saya akan ajar cara nak follow up… Follow up ni penting, follow up ni akan buatkan HR kenal anda. Cakap dengan sopan dan jangan memaksa, dan jangan pertikai. |
Peringkat 4 – Persediaan Temuduga + QuizYang ini bahagian paling panjang. Saya akan kongsikan banyak benda juga di sini. Dan juga Quiz. Kiranya ada juga contoh soalan soalan bocor yang mungkin di tanya… *jangan lupa flow product company yang anda nak apply* |
Peringkat 5 – Di Hari TemudugaYang ini saya kongsi pengalaman saya sendiri. Dari pagi hari nak temuduga tu, sampai anda duduk di depan orang yang nak menemuduga tu. Saya akan kongsi, apa anda patut buat… Jangan takut, jangan malu, tak ada apa yang nak dimalukan, interview ni penting. Saya sendiri kalau tak ada interview memang tak lah saya nak kerja dengan company tu. Sebab dengan interview sahajalah kita dapat kenal apa jenis kerja yang kita akan buat.. |
Peringkat 6 – Follow up ( Temuduga ) untuk dapat KerjaTadi kita belajar follow up resume yang dihantar, tapi sekarang saya akan kongsi cara follow up badan kita pula yang dah pergi temuduga. Apa cerita kan. Saya akan kongsikan cara terbaik yang saya sendiri buat. |
*Jangan cari ya, mana datang 6 peringkat ni. Anda tak akan jumpa di website lain, sebab memang sengaja saya buatkan 6 peringkat sendiri lepas fikir beberapa faktor sejak 2016 lagi. Sekarang kita 2021 kan.
Tujuan utamanya untuk buatkan permohonan kita teratur, tersusun dan nampak macam ada step supaya kita boleh ikut dan prepare satu satu.