KAWAN AKU NI MANAGER BESAR RUPANYA…

image_pdfDownloadimage_printPrint

**geram betul, saya dah tulis tau artikel ni, tapi entah macam mana kena tulis semula sebab artikel asal saya dah tak jumpa save kat mana. Entah entah tak save. So sangat la sorri kalau makluman yang saya kongsikan dalam artikel ni tak selengkap macam artikel yang pertama. Sebab saya mungkin dah terlupa sikit detail detailnya…

OK, ceritanya macam ni.

Saya duk menyewa bilik ni. Walaupun dah married, tapi masih lagi sewa bilik sebab buat masa sekarang saya dengan wife masih lagi PJJ. Tapi insyaAllah, dalam proses nak tukar dah ni. Cuma tu lah, proses sahaja. Jadi nya mungkin ambil masa setahun at least.

Apa apa pun, dalam ramai ramai budak kat umah sewa ni. Ada lah sorang mamat ni, kita panggil dia sebagai Mister X

Mister X ni umur tua setahun sahaja dari saya, iaitu 30. Sekarang saya 29.

Sembang punya sembang, makan punya makan. Berkali kali, kadang saya belanja, kadang dia belanja. Ada satu malam tu, saya betul betul tanya, sejarah dia kerja dan belajar.

Dan ceritanya begini..

Korang boleh rujuk 3 artikel ni, akan kelebihan nya kalau kita belajar sampai degree. Sebab gaji lebih banyak dapat dari Diploma.

PART 1/3 – RISAU DENGAN KOS SEKARANG TAKUT TAK DAPAT KERJA?

PART 2/3 – DIPLOMA IALAH RM 1 500? DEGREE RM 2 500?

PART 3/3 – APAKAH KOS YANG CONFIRM DAPAT KERJA?

So Mister X, graduated dari Uniten dengan pointer 2.3, dalam jurusan Software.

Lepas graduated, dia kerja dengan HP. Dengan basic 2 900. Area KL lah dia ni. So basic starting RM 2 900. Terus lepas level 2000 seperti yang saya tulis di artikel, http://www.saya-share.com/gaji-nak-cari-sebulan/ yang mana, nasihat kan adik adik supaya belajar sampai degree supaya dapat gaji paras 2000 sebaik sahaja graduate..

Lepas kerja 4 tahun, masa tu gaji sudah capai RM 3 900. Kita ambil kira RM 4 000 lah senang cerita. Dia dapat masuk satu company lagi, saya lupa dah nama company apa, tapi gaji nya naik sampai RM 1 500. Kiranya total sudah jadi RM 5 500. Lepas kerja dengan company ke 2 selama lebih kurang setahun, sekarang dia kerja dengan Cognizant, dan dia cakap, gaji yang dia dapat kat Cognizant jauh lagi tinggi naik nya dari RM 1 500 tu.

So agak agak gaji dia berapa?

Saya cuba tanya 2 kali, berapa. Tapi dia cakap, tak nak lah, isu sensitif katanya.. hehe

Memang sebenarnya gaji ni isu sensitif, sangat susah untuk di share. Tapi saya share selamba. Sebab saya ni saya share…

Tapi kita mudah mudah boleh agak kan berapa? Saya boleh cakap at least RM 7 000.

Kiranya RM 5 500 + 1 500 = RM 7 000. Itu pun dia cakap lebih tinggi dari RM 1 500. So maybe dalam RM 7 000 ke atas.

So banyak tak? Banyak, memang banyak.

Ok itu dari segi gaji..dan pengalaman kerja.

Oh ya, saya juga ada buat ayat, ko dapat macam ni mesti sebab bapak kau tolong kan. Ye la ko anak orang kaya. Saya memang cakap macam tu kat dia. Sebab budak ni, lahir kat Amerika..

Tapi dia cepat cepat cakap, tak. Ini adalah atas usaha dan pengalaman kerja dia..

Ok stop cerita pasal pengalaman kerja…

Sekarang saya nak kongsikan pasal harta dia pula.

Orangnya pakai kereta biasa sahaja. Saga baru tu.

Tapi dia ada rumah banglo yang bayaran bulannannya RM 2 500. Kalau tak silap, total dekat 800 000. Hampir 1 juta. Saya ada tengok gambar rumah tu, dah macam yang wonderland tu. Memang cantik.

Lepas tu, masa dia kerja dengan HP. Kiranya masa gaji RM 2 900. Dia ada dengar cakap bapak dia, untuk beli satu tanah yang hargannya RM 100 000. Dan sekarang dia, cakap, tanah tu dah cecah harga RM 300 000. Sekarang December 2017 ya..

Kalau tak silap, dia juga ada satu lagi rumah sewa yang dia buat kat Penang.

So boleh tahan kan? Oh ya dia bujang lagi. Tak ada awek, boleh la sapa nak try…

So, nampak kan kelebihan kalau sambung belajar..

Sekian dulu…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer