Contoh Soalan Temuduga Khidmat Pelanggan – Vol 3-3
Alright..
So hasil daripada kawan kita, pembaca blog ni, cik laila yang bertanya akan temuduga khidmat pelanggan. Saya ada sediakan 3 artikel khas untuk cover sehabis baik apa yang cik laila ni tanyakan.
Ikutkan pada soalan dia.
Ada 3 soalan utama yang dia nak tahu.
- Cara hadapi nervous
- Contoh soalan temuduga
- Dan jawapan..
Untuk no 3 tu, saya tak pasti sama ada sempat atau tidak sediakan contoh jawapan yang baik.. Mungkin anda kena duduk dulu tenang tenang dan fikirkan jawapan yang terbaik..
So untuk cara hadapi nervous anda boleh baca di sini.
Untuk introduction temuduga khidmat pelanggan, iaitu artikel yang pertama. Saya pun galakkan anda semua baca artikel yang ini dahulu. ini dia artikel nya
Untuk temuduga kerajaan, memang macam clash sikit pun ada. Sebab korang macam kena tahu dua benda. Yang pertama, mungkin soalan yang biasa di tanya untuk bidang khidmat pelanggan ni, yang kedua, jenis soalan yang ditanya kalau temuduga dengan kerajaan.
Untuk soalan temuduga yang biasa ditanya, boleh rujuk artikel yang dalam ini sahaja.
Tapi, kalau yang temuduga kerajaan. Anda boleh rujuk artikel soalan lazim temuduga kerajaan ni.
Dan lagi satu tempat, beberapa blog lain yang ada kongsikan pengalaman khas untuk jawatan ni.
So saya ada jumpa 3 blog
- Blogger Norafisah – artikel ni agak lama juga ni, tapi saya rasa masih lagi berbaloi kot kalau nak dijadikan contoh. Dia ada bagi tahu, kalau temuduga khidmat pelanggan ni kena tahu akan dasar kerajaan, PKPA semua. Untuk tahun 2008 ni lah. sekarang ni kita dah naik kerajaan baru, so update la dengan dasar baru kan. Mungkin kena hafal janji 100 hari dan bagi tahu mana lagi yang belum ditunaikan..
- DindaKanda – blogger ni tak ceritakan detail, tapi dari awal anda baca, sampai kan ke akhir. Buatkan setiap yang kita lalui ni bermakna, kenangan apa yang blogger ni ada, sangat sama dengan kilang yang saya pernah kerja dulu. Ada kenangan pahit, time tu pun pahit. Tapi bila dah lama lama, jadi manis, jadi special sebab kita je yang rasa benda tu. tak ada sebarang tips atau perkongsian soalan, hanya berkongsi cerita biasa biasa sahaja..
- Blogger Peah – blogger ni pun tak ada kongsikan hal yang detail, adoi. Saya boleh je contact Peha dan dindaKanda ni, tapi memang tak sempat dah untuk Laila. Tapi bila baca baca, saya ada tambah satu lagi jenis soalan yang ditanya untuk koleksi soalan biasa, soalannya ‘ kalau gaduh dengan teammate, macam mana nak setel ‘
Dan soalan temuduga yang general tapi sangat penting untuk anda praktiskan..
Apakah itu peranan khidmat pelanggan, atau pun soalan lain ‘what makes great customer service’. Ataupun mungkin soalan tu berbunyi, apakah good customer service means to you.
Untuk jawapan soalan yang jenis macam ni, saya ada kongsikan di artikel pertama. RUJUK ARTIKEL 1
Apa yang anda akan buat kalau anda pun tak pasti jawapan untuk soalan yang ditanya!
Kunci utamanya ialah anda cuba jujur dan tak perlu nak berdalih dalih lagi. Jujur sahaja, cakap baik baik, dan mungkin anda minta dia tunggu sekejap untuk anda bertanyakan pada orang lain.
Kongsikan pengalaman kalau ada.
yang saya rasa mudahkan kalau anda nak fikirkan jawapan nya sendiri. pastikan pilih pengalaman yang anda nampak bagus ya, rajin je. bukan pengalaman yang makan diri sendiri.
Contoh sembang customer service – berlakon
Saya tak pasti sama ada soalan ni akan berlaku atau tidak. Tapi macam akan jadi, saya cuba cari kat tenet, google, satu pun tak jumpa.
Tapi tak apa, anda prepare je lah. kiranya situasi lakonan yang semacam anda sedang bercakap dengan seseorang. Mana tahu takut ditanya, sebab dulu lecturer saya pernah disuruh belakon masa nak apply kerja dengan UTP. Tapi jadi lecturer lah, bukan jadi Customer Service..
Kalau gaduh dengan teammate macam mana nak setel?
Dan jawapannya:
Kenapa, memang ada berlaku ke? Kalau jadi pun normal lah kot. Bukan kat sini sahaja. Semua tempat ada. Ikut kan pengalaman saya sendiri, memang banyak juga jadi macam ni. Tapi kalau memang perlu tegur berkaitan dengan kerja, saya memang akan direct sahaja tanya. Tapi kalau nak sembang kosong tu saya tak lah kot. Tapi kalau penting saya akan tanya.
##jawabdirectdanrilekjer..
Sejujurnya, saya minta maaf sebab koleksi soalan untuk customer service ni tak berapa banyak saya boleh dapat. Saya ada cuba cuba cari online, tapi kebanyakannya memang sudah ada saya tulis dekat contoh soalan lazim temuduga dan soalan lazim temuduga kerajaan. Anda boleh rujuk yang ini sahaja ya.
Mana yang tak faham, tapi pasti nak reply, boleh tinggalkan komen atau email saya untuk saya bagi contoh.
Mungkin anda cari soalan yang psikology sikit, contoh macam apa yang anda akan nampak dalam 5 tahun contoh nya. Soalan permasalahan juga, contoh ada ada customer yang bising bising, dan apa pula tindakan anda. Hah gitu.
Ok lah, selamat berjaya untuk siapa yang pergi temuduga bidang ni.