Saya Dapat Jemputan Temuduga di ROHM-WAKO KELANTAN

ROHM WAKO Electronics, Pengkalan Chepa, Kelantan

Maka tersebut lah kisah saya dapat panggilan temuduga di ROHM WAKO ELECTRONICS, Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya percaya ini bukan jemputan khas, kiranya bukan jemputan temuduga yang memang untuk saya datang temuduga semata mata.

Sebab ikut pada email yang diorang hantar, kena bawa kalkulator semua. So sudah pasti akan ada test, atau saringan lagi.

Macam mana saya boleh di panggil temuduga oleh ROHM WAKO?

Sebelum ni, dalam bulan lepas kalau tak silap. Ada Job Fair oleh JobsMalaysia di UTC Kelantan, belakang KB Mall. So saya pun pergi lah sekali untuk tengok tengok kan Rohm Wako. Bila pergi, seperti diduga, punya la panjang. Prosesnya, beratur macam tu, bagi tahu pointer berapa dan bagi resume, lepas tu masuk bilik untuk jawab test. Tapi saya tak pasti ada interview ke tak. Saya rasa tak ada. Kiranya diorang buat test sahaja dahulu.

Berbalik kepada betapa panjang nya barisan tadi, saya pun masuk KB Mall dan makan kat Seoul Garden dulu. Hehe. Wife memang suka makan sini. Eh silap, wife memang suka makan.

Maka, terbang lah 39×2 = 78 ringgit cek.

Lepas makan, dalam pukul 12 or 1 macam tu. Saya datang semula ke UTC untuk tengok barisan yang panjang tadi. Rupanya masih lagi panjang macam tu juga. Tak nampak kurang pun. Saya pun malas nak usaha untuk beratur sebab saya tengok kat papan kenyataan untuk ROHM WAKO, hanya bagi basic RM 1400 sahaja. Saya pun terus skip beratur tu dan bagi resume kat cik adik yang jaga kaunter ROHM WAKO.

Ok…stop cerita.

Kiranya saya hanya hantar resume sahaja. Test tak amik pun.

Tapi jangan kecik hati pula saya tak tahu soalan test hari tu macam mana. Saya tanya kawan saya yang juga pergi, tapi lewat sikit. Dalam pukul 3pm. Dia cakap testnya lebih kepada macam masalah.

Contoh macam,

Kualiti dengan kuantiti mana lagi penting?

Atau pun, apa arahan yang sesuai supaya operator dengar cakap untuk dapatkan output, kalau anda selaku supervisor.

Atau pun lagi satu, apa ayat yang anda boleh cakap, kalau nak deal dengan operator yang selalu datang kerja masuk lewat.

Dan selepas sebulan. Lebih kurang time raya. Saya dapat email untuk datang temuduga 29hb June 2017. Kira semalam lah, yang saya tulis artikel ni 30 June.

Tapi saya tak pergi…

Sebab?

Saya call orang yang hantar email jemputan temuduga tu, Cik Hidayah.

Saya tanya dia 3 soalan…

  1. Adakah keje yang di apply ni contract atau permanent? Saya tanya soalan ni sebab wife cakap, kemungkinan bukan permanent. Dan bila saya tanya, Cik Hidayah cakap, technician sahaja permenant. Engineer contract
  2. Soalan kedua tentang gaji, betul ke gaji hanya RM 1400 walaupun pengalaman sudah 10 tahun? Jawapannya ya. 1400 juga.
  3. Shift pattern macam mana. Dia cakap 4 2 4 2.

4 2 4 2 tu ibaratnya macm ni lah,

4 hari kerja siang,

2 hari cuti

4 hari kerja malam,

2 hari cuti..

Dan seterusnya..

Saya pergi atau tak ni temuduga Rohm Wako? Jawapannya tak..

Saya tak nak pergi, sebabkan 2 daripada 3 soalan tu buatkan saya rasa tak best.

No 1, tak ada masalah sebab saya nak apply technician

No. 2, basic saya sudah 2060 kilang yang sekarang. Kalau 1400 tu sangat susah lah saya.

No. 3, shift 4 2 4 2 ni penat tau. Saya pernah kerja shift pattern ni kat ipoh dulu. Penat..tapi bukan penat badan, penat otak yang rasa dah macam orang gila je keje setiap hari..

Sebab shift pattern saya sekarang ialah 4 3 3 3

Bermaksud

4 hari kerja siang

3 hari cuti,

3 hari kerja siang,

4 hari cuti…lepas tu tukar pula

4 hari kerja malam,

3 hari cuti

3 hari kerja malam,

4 hari cuti…

Bayangkan happy nya cuti 4 hari?

Biasa saya akan buat 2 hari OT untuk cuti yang 4 hari. Dan 1 hari OT untuk 3 hari cuti.

1 hari OT adalah dalam RM 200 lebih . So nampak tak kemewahannya di situ. DUNIA DUNIA…

Jadi itu sebab lah saya tak terima.

Adakah Saya Tidak BERSYUKUR?

MasyaAllah, nate mu ni ye. Tak lah.

RM 1400 memang sesuai untuk fresh. Atau pun yang tak berapa nak komitmen macam saya.

Kenapa ROHM WAKO Bagi Gaji KECIK?

Bukan salah ROHM WAKO tau. Benda ni normal, kilang yang antara utama di Pengkalan Chepa, Kelantan tu ialah ROHM WAKO. So kilang ni tiada saingan. Jadi dia tak endah sangat pasal pekerja nak lari atau tak.

Ini normal. Dulu masa saya di Ipoh pun macam tu.

Lainlah, kalau kilang di Penang atau di Kulim. Atau bandar industri yang lain. Kilang kilang ni akan berebut untuk nak pekerja.

Nasihat Saya!!

Mana yang perlu, dan anda masih lagi tiada pengalaman. Kerja dahulu. insyaAllah kalau ada rezeki lain, cabut lah. Atau pun kalau dah happy kerja di ROHM WAKO kenapa tak teruskan aje. Kerja ni, tak semestinya sebab duit, ada juga sebab happy. Walaupun gaji ciput, tapi hati mesti tenang.

Apa apa pun. Sekian dulu…

Lagi satu hal..

Perasankan, kat KB MALL tu saya tak buat test kan? Saya pun tak beratur panjang panjang. Pergi depan terus bagi resume.

Sepatutnya test tu untuk saringan supaya dia boleh tapis dengan mudah untuk mana yang tak layak.

Tapi saya masih lagi dipanggil temuduga.

So terbukti tak kebolehan resume saya? Kawan saya yang datang pukul 3 tadi tu, udah memang orang Kelantan tu. Duk Pengkalan Chepa lagi. Tapi tak dapat…

Saya bukan riak, tapi saya nak bagi tahu, apa yang saya share dalam blog ni adalah hasil pengalaman + pengetahuan saya. Kiranya saya bersungguh sungguh nak anda dapatkan kerja ni.

Jangan fikir, belajar tinggi tinggi pun, kerja operator juga. Memang lah jadi operator, sebab anda mindset salah. Jangan fikir macam tu. Nanti lagi susah nak dapat kerja.

Memang lah negara maju pun ada kes pengagangguran. Inikan pula negara macam kita. Tapi jangan fikir macam tu, jangan ada mindset lemah yang macam tu. InsyaAllah ada rezeki kalau betul usahanya.