Kerja Dari Rumah Yang Boleh Dipercayai
Baiklah…
Saya start mula minat dengan perniagaan internet + blogging ni sejak 2008 lagi. Masa tu saya lebih kurang semester ke 3 di Unversiti. Sejak dari situ, sampai lah sekarang. Saya memang minat bidang ni.
Image Credited : MakeMoneyOnline
Bagi saya. Bidang ni, best. Satu suasana kerja yang langsung tak terikat dengan mana mana kekangan masa.
Dan sepanjang saya buat dan belajar bisnes ni. memang ramai yang jenis yang macam najis.
Maksud saya jenis yang macam ni..
Jual produk, tapi duk kesahkan pasal untung dia je.
Ibarat macam ni. si Ali ni, jual produk. Mungkin produk tu, ‘cara buat bisnes internet’ lah lebih kurang. Yang saya benci, yakni memang ramai sikap ni antara kita. Si Ali ni akan bangga sebab sale dia menjual sahaja.
Itu yang saya benci.
Padahal, sepatutnya dia berbangga dengan berapa orang yang dia dah berjaya bantu.
ITU YANG PALING UTAMA..
Lepas tu, duk gigih Ali menayang diri di social media dia pandai berniaga.
Dah la orang melayu ni, kalau produk macam haprak memang malas + malu nak minta ganti rugi.
Malu nak minta duit balik.
Saya bukan kata orang lain ya. Saya mengata diri sendiri.
Memang malu nak minta duit balik. Tapi, kalau dengan orang putih. Rasanya dekat 4x dah pun ada.
Dan disebabkan masalah yang memang berleluasa ni.
Saya rasa, elok saya buat kan satu post khas untuk ingatkan anda.
PERCAYAKAN SATU BENDA NI…. SUSAH NAK CARI ORANG YANG BETUL BETUL NAK BANTU HANG PUNYA
Dan berikut antara beberapa IDEA yang anda boleh buat duit dari rumah..
ImageCredited : Successful Freelancer with Arianna Orland
-
Jadi freelancer di Internet
Freelancer ni memang popular. Saya tak nak guna ayat “ memang ramai yang dah berjaya jadi freelancer “. Sebab seramai mana pun yang berjaya. Lagi ramai yang tak berjaya. Walaubagaimanapun, anda boleh cuba.
Untuk jadi freelancer anda boleh jadi freelancer untuk apa sahaja.
Antara yang popular
- Buat artikel untuk bahasa Melayu, atau pun bahasa Inggeris.
- Jadi designer yang jenis menggunakan photoshop itu semua.
Saya bagi contoh 2 sahaja. Untuk tahu lebih banyak idea idea yang anda boleh buat. Pergi ke website macam Fiverr.
Caranya ialah anda browse dari satu kategori ke kategori yang lain… Kemudian cuba relate kan dengan kebolehan anda. contoh macam saya, saya memang suka menulis artikel macam ni. so saya memang ada ambil upah untuk tulis artikel. Dulu lah, sekarang saya sudah tak ada masa untuk buat ini semua.
Jangan hanya letakkan artikel sahaja sebagai sebab anda jadi Freelancer, yang lain pun lagi banyak ada. So, lagi sekali. Cuba browse mana kategory dan relate kan dengan apa yang anda boleh buat juga.
Selain dari Fiverr ada banyak lagi website lain.. Antaranya…
- https://www.fiverr.com/
- https://www.upwork.com/
- https://www.peopleperhour.com/
- https://www.freelancer.com/
- https://www.guru.com/
- http://freelancewritinggigs.com/
- http://ifreelance.com/
INGAT!!! Untuk cubaan pertama, kedua, ketiga. Anda mesti failed punya. Bagus ke tak failed? Mesti lah tak bagus. Kadang kadang mesti ada dengar orang cakap “bagus failed ni, supaya anda dapat belajar sesuatu”.
Cewwah, bagi saya itu semua fikiran najis. “ Ye la yang suka aq failed, supaya hang boleh jual barang kat aq lagi kan? “
Tapi ingat salah diri sendiri juga. Bukan sebab anda failed tu adalah kesemuanya dari produk panduan belajar internet yang anda beli. Kemungkinan besar adalah dari diri kita sendiri yang lemah semangat.
Kalau nak jadi freelancer, yang paling penting anda mesti tahu market yang anda cuba nak dapatkan customer. Maksud saya, kalau website website macam atas tadi tu lebih kepada market orang putih. Tak semestinya kena guna website tu baru leh berjaya.
Boleh sahaja gunakan idea untuk buat apa dari website tu, dan promote di facebook masing masing. Kiranya untuk lawan dengan competitive nya orang putih dalam website tu memang susah.
So, lebih baik kalau fokus untuk market Malaysia. InsyaAllah, yang adik adik kecil comel yang masih lagi student tu senang sahaja nak dapat sales.
Apa yang saya sembang pasal nak jadi Freelancer ni tak tamat di sini. Saya masih lagi ada benda nak cakap, tapi cukup setakat ini lah sebab saya nak pergi ke cara buat lain untuk buat duit dari rumah pula.
Kalau anda berminat untuk tahu lebih detail tentang nak jadi Freelancer boleh tinggalkan komen nanti saya akan cuba fikirkan artikel yang lebih focus untuk membantu.
oh ya. Jadi freelancer atau dalam kata nama lainnya, anda tawarkan servis kepada orang lain…
-
Jual produk…
Kalau anda betul betul serius nak berniaga dari rumah ni. Idea saya ialah hasilkan produk dan cuba jual. Produk yang nak dihasilkan seakan macam jadi freelancer tadi juga. Anda jadikan apa yang minat apa yang anda passioanate dan keluarkan produk.
Wah bunyi macam susah juga tu ya.
Kalau minat mekup macam mana? Nak keluarkan brand sendiri pulak ke?
Tak semestinya..tak pa, baca dahulu sampai no yang 3 di bawah. Nanti anda akan lebih faham.
So, keluarkan produk sendiri boleh kata sangat best. Anda akan belajar banyak benda bila buat benda ni.
Saya ada lagi nak bincangkan tentang jual produk ni, iaitu bila dah pilih produk apa nak jual, mesti nak kena tahu cara marketing juga kan? So saya akan hold dulu cara marketing ni, sebab saya nak pergi no 3 dahulu.
-
Dan no 3 ialah, Jual Produk Orang lain…
Ini yang menjawab soalan makeup tadi, tak semestinya anda kena ada brand sendiri untuk berniaga dari rumah. So boleh sahaja jualkan produk orang lain. Saya rasa anda pun perasan, contoh macam Datuk Alif Terlajak Laris tu selalu cakap, kalau nak jadi agen ke apa boleh call no sekian sekian. Ini lebih kepada maksud saya no 3 lah ni. anda jadi agen atau pun boleh juga di panggil affiliate dan cuba jual kan produk orang lain.
Ada komisyen yang lebih daripada empunya produk sendiri. Semuanya bergantung kepada owner. Tapi insyaAllah lah, berbaloi..
Alrite, selesai idea untuk no 2 and no 3. Sekarang saya claim balik apa yang saya cakap kena tahu tentang marketing tadi. Saya ulang lagi sekali ayat nya lah untuk anda lebih jelas…
Bila dah ada produk sendiri, atau bila ada produk yang anda boleh jual kan. Atau pun anda sudah ada servis yang ingin ditawarakan. Tiba lah masa untuk belajar cara untuk jual barang itu pula atau cara untuk mempromosikannya. Dan berikut adalah antara beberapa idea + platform yang anda boleh gunakan untuk jual produk nun…
- Di facebook – ini yang paling popular. Saya sendiri tak tau, dan saya sendiri pun tengah belajar
- Guna blog + SEO – ini saya tahu
- Guna whatsapp – ini saya tak tau
- Guna beetalk + wechat – ini saya tahu juga sikit sikit, tapi saya tak suka buat cara ni
- Guna sponsorship – kiranya, anda cari blog yang popular atau instafemes ke, atau pun facebook femes ke. Minta diorang promotekan produk anda. katakan anda bayar dia ni RM 300. Agak agak earning boleh tak dapat lebih dari 300. Kalau boleh, so ok lah tu. boleh la teruskan, dekat orang popular yang lain juga..
- Oh ya..guna Instagram. Saya sendiri tak ada Instagram.
- Dan macam macam lagi… malas nak listkan semua…
Untuk pengetahuan anda. Di Malaysia, memang ramai so called Sifu yang boleh ajar anda cara marketing untuk setiap cara cara di atas ni. So hati hati lah ya..
Oh ya, anda juga boleh gunakan teknik teknik di atas tadi untuk marketkan bisnes freelance anda di no 1 tadi. Jelas?
Kesimpulannya?
So saya harap anda jelas kan? Basically, nak buat duit sambilan di rumah ni. Perlukan produk yang mungkin anda boleh keluarkan sendiri. Atau pun produk tersebut adalah dari orang lain. Jadi agen ke macam mana.
Then cuba jual kan.
Dan bila nak cuba menjual, anda mesti belajar teknik teknik nya oleh Sifu Sifu yang memang ada buat program mengajar orang ni.
Eh..korang kalau betul betul berminat, tolong la jangan buat bisnes macam di bawah ni.. Memang saya benci betul…
Dan berikut pula, antara cara buat duit dari rumah yang saya rasa mengarut dan membuang masa. Tolong lah jangan join benda benda macam ni.
- Lengkap kan survey untuk dapat duit
- Join forex sebab forex itu haram
- Derma10, dan cari lagi 10 orang untuk derma anda 10 – ini pun haram tau.
- Anda nyatakan sendiri no 4 ni di comment, nanti saya reply…
- Binari… Memang dapat duit banyak, saya ada member cina, amoi yang berjaya gila buat benda ni. tapi sebab kita orang Islam. Beringat lah ya, duit banyak pun hanya untuk seketika sahaja. Namun andai kata, anda nak juga duit banyak supaya boleh lebih mudah untuk mencari pahala. Silakan mencari duit dengan banyak, tapi mestilah dengan cara yang halal dan dirahmati… InsyaAllah
Sebenarnya, topik dalam artikel ni adalah terkeluar sedikit dari apa yang saya plan nak kongsikan di SayaShare. So, kemungkinan besar saya tak akan update lagi tentang post yang lain.
So sila tinggalkan komen untuk mana penerangan saya yang mungkin mengelirukan anda.