Agaknya, Kenapa Perlu Ambil Insurans Ya?

Terus terang kata, antara type kawan yang malas nak sembang ialah yang jenis jual insurans ni.

Mulut orang orang ni, kalau asalkan dia buka ja, mesti tak lain tak bukan akan sembang pasal insurans dia.

Tak kesah la jumpa kat mana mana, mesti endingnya sembang pasal insurans dia.

Tapi adakah ia memang betul betul menyampahkan hati?

Semestinya tidak.

InI Sebab Utama Kenapa Insurans Penting!

Insurans kalau di ambil insyaAllah di jamin memudahkan kita di hari mendatang, Cuma mungkin cara marketing orang orang ni tak berapa nak target so buatkan orang yang tak berapa nak percaya pun di targetnya sebagai customer.

Sebab Utama Saya Ambil Insurans?

Ya, saya memang pemegang insurans medical kad daripada AIA.

Bukan Prudential,

Bukan juga apa apa takaful pun.

Kenapa Saya Ambil?

Sebab malang tak berbao. Itu sahaja sebabnya.

**eh saya bukan nak promote ya, ini situasi yang sebenar, dan saya juga bukan agen insurans.

So ceritanya macam ni…

Pernah adik sepupu saya, eksiden, perutnya macam dah problem. Kos perbelanjaan lebih dari 8000.

Itu selamat ada duit..kalau tak ada?

Tak meragih mencari…

Kalau ada duit pun, agak berapa lama nak kumpul tu? Ada juga setahun, so 8000 hilang macam itu sahaja.

Bukan lah berkira dengan sepupu sendiri, atau anak sendiri ceritanya kat sini. Cuma ada jalan lebih mudah untuk kita boleh cover 8 000 ni. Malah dengan sesetengah insurans, anda boleh discover lebih dari 8 000, macam saya sendiri AIA 22 000 kalau tak silap.

Yang kos bulanan hanya dalam RM 60.

Kalau ada yang terfikir,

Hang bayar tiap bulan, kalau tak eksiden macam mana? Tak ke rugi tu..

Ini mindset yang amat salah, saya sendiri pun ada fikir macam ni dulu.

Rasa rugi sebab belanja RM 60 ( lebih kurang, saya lupa dah ) setiap bulan padahal tak eksiden pun. Tak patah kaki pun.

Persoalannya, kau nak ke eksiden?

Nak ke patah kaki?

Mesti lah tak nak kan.

So bila ambil insurans, bukan bermakna kita ni nak doakan kita guna insurans tu, cukup lah sebagai at least ada yang cover kita bila malang tu tak berbao.

Kalau anda boleh bau, lain cerita..

Tips Memilih Insurans?

Dalam sejarah pengalaman hidup saya.

Insurans yang saya biasa dengar OK.

Ialah, AIA, Prudentials dan Juga Takaful Malaysia.

Ya 3 ini sahaja.

Kalau anda dengar Tokyo Marine ka, apa ka.

Saya hanya yakin dengan 3 ini sahaja…

Bagi saya, kalau anda pilih insurans mana satu, saya cadangkan beberapa points ini sahaja untuk anda consider, yang lain tak tahu pun tak apa.

Ye la, policy insurance buku tu punya lah tebai. Memang tak ada masa lah nak baca satu satu.

Ok..

Yang Pertama

Jumlah yang insurance tu boleh cover.

Kalau AIA dalam 22 000 kalau tak siap saya.

Kiranya, dekat sini, saya tengok lah rekod rekod, contoh macam adik sepupu saya sendiri tu kos perut problem dalam 10k.

Adik saya sendiri, kaki patah eksiden, kos dalam 10k kot. Tak sampai 15k.

So 22k, adalah reasoanable lah bagi saya.

Dan kalau lebih, dengan AIA ia akan tangguh by percentage, kalau tak silap saya. Katakan kos 50 000, dia akan cover dalam berapa percent. Banyak juga portionnya, saya lupa dah.

So itu sebab pertama, tanya dia berapa banyak dia cover.

Ke Dua

Mesti ada medical card.

Medical card penting, dan sangat memudahkan. Kalau anda ada ni, semua process jadi senang, tunjukkan sahaja dah setel. Prudential dan AIA saya tak rasa ada masalah.

Kawan saya sendiri, guna Prudential, rasanya dia ambil yang family punya, dalam RM 150 ringgit sebulan kalau tak silap.

Ke Tiga

Reputable Company.

Saya pun tak pasti lah apa yang saya nak jadikan tajuk no 3 ni. Tapi maksud saya macam ini lah, kalau ikutkan perjanjian. AIA yang saya ambil, tiada masalah langsung untuk pergi hospital swasta terpilih di Ipoh tu. Hospital yang saya pergi hari Hospital Fatimah nun.

Kalau ikut perjanjian, memang Hospital Fatimah ni termasuk dalam hospital panel untuk AIA.

Tapi entah mana, si staff Hospital ni boleh tak tahu pula.

Mula mula, cakap boleh, bila saya dah buat treatment, kata tak boleh pula. So terpaksa keluarkan duit tangan. Nak jadikan cerita, boleh pula ada ATM bank betul betul tepi bilek tu.

Adoi..

Untuk 3 company insurans yang saya rekemen tu, saya percaya kalau Prudential tiada masalah.

Mungkin banyak customer yang sudah keluar masuk hospital yang sama contohnya.

So, bila diorang kenal dan biasa, ia tiada masalah.

Yang AIA ini pun tiada masalah, sepatutnya boleh, biasa lah kes macam ni. Salah faham terlampau selalu sangat timbul.

Ke Empat

Ini paling penting..

Anda mesti sign up dengan Agen yang terbaik.

Kena ingat, tanggungjawab Agen Insurans ni bukan sekadar, first time masa anda ambil sahaja. Sepanjang anda ambil itu dia kena follow up. Lagipun, sepanjang anda bayar itu lah dia dapat komisyen tau. So, memang dia kena follow up.

Untuk agen AIA saya ni, dia memang aktif, jadi saya tak perlu risau sangat.

Kalau ada masalah dengan mana mana hospital, hanya perlu roger dia sahaja.

Nanti apa apa saya update bawah ni..

Sekian dulu…