5 Group Gaji Yang Saya Tahu ( 1000/month to 32 600/month)

Salam. Saya dekat Pizza Hut ni.

Guna internet TM Wifi.

Sambil sambil memilokan diri.

Meh saya nak cerita sikit group gaji yang saya tahu.

Maksud saya group gaji ni, seperti macam ada yang gaji 1000 ada yang gaji 10k je, ada yang gaji 20k. so dekat sini apa yang anda boleh faham ialah, lepas ni cuba cuba la dapatkan kerja ikut pada sektor yang saya duk kongsikan bawah ni.

Sebab, jangan anda harap nak gaji banyak kalau produk kilang yang anda kerja tu tak mampu nak bagi.

Yang Pertama Gaji Pokok RM 1000

Ini seperti biasa lah, operator kilang. OT pun kadang kadang tak ada.

Biasanya anda akan dapat kerja dengan tengok pada iklan di pintu pagar kilang sahaja.

Kiranya, katakan anda minta kerja hari ni, hari ni lah dapat. Entah entah dia dah suruh buat kerja time tu juga.

Saiz kilang pun kecil dan sederhana.

So gaji anda meme RM 1000 sahaja. Kadang kadang, ada yang tak cecah pun gaji minima RM 1000 ni.

RM 1000 – RM 1600 – RM 2000

Ini range gaji untuk pekerja kilang ( khasnya ). Gaji saya lah ni. ( basic )

Yang biasa anda tengok kilang kilang semikon umpamanya.

Basic untuk operator memang RM 1000, yang sekarang ni.

Dulu operator masa masih lagi gaji RM 800, kalau tak silap gaji diorang pun dah boleh cecah RM 1600, kalau sekali OT.

Kerja shift ni kalau tak OT, meme rugi lah.

So lepas kerajaan buat gaji minimum RM 1000, rasanya tak ada masalah kot untuk sampai gaji RM 1800. Kalau rajin OT.

Gaji minium ni, kadang kadang macam bantu operator sahaja saya rasa. Kami yang diploma ni dah ibarat macam sama sahaja, sebab kilang yang saya kerja masa gaji minima RM 1000 di mulakan, untuk diploma starting Rm 1250 sahaja. Area Ipoh ni ya, kalau Penang insyaAllah akan lebih sedikit.

Jarang lah company nak bagi RM 1500 untuk di ipoh. Tapi kalau di Penang, Kulim, dilploma fresh graduate dalam RM 1500 – RM 1800.

So kalau anda OT hanya perlu tambah separuh daripada basic sahaja. Sebab biasanya pengiraan untuk agak agak lebih kurang macam ni.

Seperti contoh

Basic + ( Basic/2 ) = Jawapan?

Contoh…

1500 + ( 750 ) = 2 250

Kalau basic

1800 + ( 900 ) = 2 700

Kenapa tambah separuh daripada gaji untuk estimate OT? Sebab susah nak dapat gaji yang lebih dari itu. Tapi still depends pada company, kadang kadang awal muharam pun diorang bagi sebagai public holiday. Kalau jenis company yang macam ni. Boleh la dapat lebih sikit.

Kerja shift terumanya semicon, bila dah lama lama memang kencang lah.

Member saya, technician, basic 3 800.

Masa ni, public holiday sahaja dah RM 600.

Katakan dia OT..

Masa tu kalau tak silap, elaun boleh dapat paling kurang dalam 400

Basic + elaun = 4 200

Sekrang kita kira ot pula.

Katakan dia OT 2 kali bila cuti 4 hari, 1 kali kalau cuti 3 hari.

Ini untuk shift 4 3 3 4 ya.

Minggu 1       2 kali ot

Minggu 2       1 kali ot

Minggu 3       2 kali ot

Minggu 4       1 kali ot

Total OT? = 6x

Sekarang berapa pula rate untuk 1 hari ot

Basic bahagi 14 ( hari bekerja dalam 1 bulan ) bahagi 12 jam kerja darab pula dengan 1.5 darah pula dengan 12 jam ot = ?

3 800 / 14 / 12 x 1.5 = 33.9 hengget ( ini adalah gaji untuk satu jam )

Katakan hari tu dia OT maksimum 12 jam? 33.9 darab 22 = 745.8

745.8 x 6x ot? = 4 478 + pula dengan basic + elaun tadi

Total = lebih 8k juga walaupun dah tolak 11 percent kwsp.

Ini normal kalau mereka yang kerja lama dalam semikon. Saya sendiri kalau gaji 2500 akan kena cukai dalam 49 ringgit.

Tapi hari tu sengaja saya tanya berapa diorang kena cukai, lebih 1 ratus lebih.

Bermaksud, macam sudah lebih 5k ke atas.

Tapi still depends pada company, biasa nya orang orang macam ni, company akan sekat OT..huhu

Sebab basic sudah besar.

Seterusnya

RM 2 000 – RM 10 000

Untuk range basic gaji macam ni, anda tak boleh kerja kilang.

Engineer dah lama kerja pun kalau tak silap saya gaji dia RM 6 000.

Engineer atas saya dulu pun, gaji dia RM 3 800 basic selepas kerja 6 tahun kot.

Untuk kita yang diploma ni, lagi lah tak merasa kan.

Tapi kalau anda join sektor industry bawah ni, insyaAllah boleh capai.

Yang saya maksudkan ialah, yang buat jalan dan oil n gas.

Buat jalan maksud saya yang macam MRR2 kat KL tu.

Yang ada guna machine TBM atau Tunnel Boring Machine.

Rasanya tak ada masalah kot untuk dapat gaji RM 5k ke atas kalau OT semua.

Adik saya sendiri.

Kerja bahagian Oil n Gas.

Basic 2 000 + elaun atas kapal ( 100 sehari ) + elaun kerja ( RM 500 )

So kat sini , dia dah dapat gaji bersih RM 2500 kan.

Kira kira elaun pula 100 sehari – katakan 30 hari atas kapal? Sudah 3k

2k + 500 + 3k = 5 500?

Salah juga tu.

Tak silap saya RM 100 sehari tu pun tempoh awalnya dia kerja. Kiranya lama lama mesti naik kan.

Basic pun kalau tak silap 2 500 dah. Sebab abang saya sendiri yang bos nya.

Saya target at least 8k sebulan ada.

Tapi, jangan salah faham juga. Bukan semua oil n gas gaji tinggi. Ada kawan saya join semikon dari oil n gas juga. Sebab? Gaji rendah..so tengok juga lah peranan anda tu apa.

**note, adik saya dah berhenti. Kerja kerajan dia dah sekarang.

RM 10 000 – RM 32 600

Kenapa saya tak letak 30 000?

Sebab orang yang saya nak cakap ni gaji dia banyak tu ler. Itu pun dia bagi tahu 3 4 tahun lepas.

Manager oil n gas.

Alright.

Pendek cerita, kalau anda makan gaji. Itu lah yang akan jadi.

Kerja buat ke tak buat ker, tetap dapat gaji sama.

Kerja duk bodek orang ke, kerja tidor dalam bilek gelap ke, itu juga anda dapat.

Tapi kalau nak gaji range dari 0 – RM 30 000?

Ini kena berniaga sendiri macam cheq.

Sebenarnya 30 000 itu unlimited.

Lagi kuat usaha, lagi terbaik lah untungnya.

Contoh terbaik yang saya boleh dapatkan, adalah satu product yang dihasilkan oleh Khairi, Like Method namanya

Panduan Perniagaan dari Facebook.

Banyak student studentnya berniaga untung yang lebih daripada 10 000.

Kalau anda nak buat macam ni, kena stop makan gaji, tapi makan…makan apa ya? Entah lah.300x250

Tapi lagi banyak anda usaha, lagi terbaik.

Ambil contoh Datuk Veda, rumah sahaja 20 juta.

Kereta sahaja 20 biji.

Macam mana kita nak dapat macam tu? Semuanya sebab berniaga sendiri.

Saya sendiri pun tak mampu semua tu, sembang je ni.

Apa apa pun, bergantung pada matlamat anda sendiri.

Kalau saya, rasanya tak perlu lah untung yang berjuta juta.

Asalkan cukup 10k sebulan pun saya dah cukup happy.

Yang panduan perniagaan Khairi tu, bukan beliau sahaja yang buat.

Sememang nya masih ramai lagi yang pandai pandai berniaga FB ni.

Contoh bos yang lain lain, macam SifuFBAds dan juga NajibAssadok, dan ramai lagi lah.




Berapa Gaji Yang At Least Sepatutnya U Cari?

Cewwah cakap u u pulak ya. So berapa lah gaji yang patut anda dapatkan sebulan?  RM 1000 follow pada gaji minimum kerajaan?

Cukup ke tak seribu ringgit tu?

Jawapannya..

Tuhan kan maha adil, kalau gaji anda sikit bermaksud keperluan anda pun sikit.

Pernah dengar tak ada orang cakap,

Orang yang gaji banyak ni, nak bayar hutang pun banyak!!!

Betul tak tu? Ada betul nya juga, tapi tak perlu lah cakap macam tu. Sebab, ramai orang gaji banyak, tapi mindset nya macam masih lagi gaji sikit.

Maksud saya tak tahu nak uruskan kewangan. Macam saya sendiri…

Lama betul Intro, cakap je lah berapa…

Oh sorry sorry, so jawapannya, bagi saya..

Ialah RM 2 000 tunai..

Tak percaya?

Meh kita selongkar keperluan setiap kelakian di Malaysia untuk perbelanjaan bulanannya..

Saya buat yang duduk rumah menyewe dengan kawan kawan la yer, kalau family mungkin boleh jimat banyak lagi..

  1. Makan minum, 1 hari katakan RM 20 x 30 = RM 600 ( biasa mana yang kerja kilang akan dapat kupon, macam saya sendiri 5 ringgit kalau kerja malam )
  2. Duit Rumah, air, api, sewa, internet, katakan lah RM 250
  3. Minyak moto atau kereta ker = RM 120
  4. Mana yang masih hutang motor: RM 200
  5. Bagi mak: RM 200

Ni satu lagi saya nak ingatkan, walaupun gaji kamu tu sekupang, tapi kamu tetap kena bagi mak kamu tau sikit. Bukan lah mak kamu tu lapar sangat nak duit tu, tapi berkat tu. TU sebab kamu perlu bagi walaupun sikit. Saya masa gaji 800 saya bg mak saya 50 jer. Tapi bila dah keje kilang semikon, gaji dah 2k lebih. Saya bagi dalam 200. Tapi jarang2..hehe, minta maf lah yer. Bukan contoh yang baik. Jangan follow.

Tapi udah nak dekat kawen, langsung tak bagi. Maaf mak ☹, nak minta maaf depan depan malu, minta maaf kat blog je lah.

Ok, kita terus ke no 6 pula.

  1. Telefon, topup ke apa : RM 100 ( saya sendiri tak sampai RM 100, sebab kilang ada provide internet sendiri, itu sebab saya salu cakap, fikir kepada benefit kilang tu bila nak kerja, so yang actually, saya mungkin dalam RM 50 je, tapi letak RM 100 lah )

Ada apa lagi tak? Kereta saya tak masukkan lagi ni..

So total sekarang: RM 1 470

RM 1 470 mesti wajib belanja setiap bulan.

Jadi kalau anda dapat gaji RM 2 000, boleh lah rasa selesa sikit.

Tapi tak termasuk loan motor yang baru beli, dan loan kereta ya. Saya moto dah bayar habis.

Kalau RM 1 000 tu kena usaha lebih sikit lah. Nanti saya akan buat post kalau gaji RM 1 000 apa tips yang boleh anda buat untuk dapatkan duit lebih ya.

Kalau saya tak buat lagi, minta ingatkan ya.

Ok, saya rasa itu sahaja kot.

Yang gaji minimum RM 1 000 tu kan, mana yang operator kerja kilang jangan fikir gaji diorang RM 1000 je, kadang kadang lagi banyak lagi daripada orang ada diploma.

Sebab? Sebab ada banyak OT, bahagian production kilang biasanya ot banyak, sebab kilang nak output.

Sepanjang saya kerja, operator Indonesia tu, ada lah dalam RM 1 800 gaji nya paling normal.

RM 2 500 pun ada.

Tapi operator di Infenion, RM 2 500 tu kemungkinan besar dapat.

Ah, lupa nak cakap, basic saya sekarang RM 2 000. So alhamdullillah. Tak ada lah senang sangat, macam saya cakap atas tadi, lagi banyak gaji, banyak pula benda yang nak kena bayar.

Tapi kalau ot semua, senang lah dapat dalam 3 lebih macam tu.

Kilang saya kerja ni dia ada bagi bonus setiap 3 bulan. So pernah lah dapat gaji RM 3 900 walaupun baru 3 bulan kerja.

Tapi rasanya, saya nak berhenti dah ni. Sebab nak focus pada perniagaan internet sahaja.

Sekarang saya umur 28, tahun 2016. Tengok lah macam mana, plannya sebelum saya umur 30, saya nak berhenti daripada kerja dengan orang lain.

Ba bai…