Diploma Kejuruteraan Mekanikal/Awam – Berapa Gaji Anda Dapat?
Agak agak berapa gaji yang anda akan dapat umumnya untuk kelulusan diploma, bila sudah masa bekerja nanti? Tidak kisah lah, sama ada anda kelulusan diploma awam, atau pun Mekanikal seperti saya sendiri. Mahupun diploma kejuruteraan elektrik dan umpamanya.
Adakah RM 1 500? Sebab ramai yang mengatakannya.
Tidak mungkin RM 1000 sebab gaji minima dengan hanya kelulusan SPM sahaja sudah diwartakan RM 1000.
Siapa Yang Tulis Artikel Ini.
Sebelum kita pergi ke lebih lanjut, biar saya perkenalkan siapa saya dahulu. Nama saya Syed Shaff. Saya punyai lebih 7 tahun pengalaman bekerja. Saya bekerja dalam bidang swasta. Bukan kakitangan penjawat awam. Kelulusan saya sendiri ialah dalam bidang Diploma Mekanikal Engineering daripada Universiti Malaysia Pahang. Graduate pada tahun 2009. Untuk umur 29 tahun sekarang ini, sudah 4 kilang saya tukar kerja.
Kenapa tukar, bergantung kepada pelbagai faktor lah. Dan sebab utama, sudah pasti disebabkan gaji, iaitu tajuk yang kita cuba rungkai dalam artikel ini.
Anda bertuah, sebab masa saya belajar dahulu, 2006 – 2009 saya langsung tiada idea atau pun pengetahuan tentang ini. Namun, atas rezeki kesempatan yang Allah bagi, alhamdullillah saya sempat sampaikan mana yang anda perlu tahu supaya persediaan awal itu, insyaAllah.
Baiklah, sekarang anda pun tahu yang saya kelulusan Diploma Mekanikal Engineering. Dan ‘directly’ gaji saya ialah:
Kerja Pertama Sebagai Drafsman
Kerja ini lebih kepada melukis menggunakan Autocad dan juga Solidwork.
Antara satu task saya ialah,
Anda perasan tidak akan lampu jalan raya yang kadang kadang akan ada bengkok separuh bulat di bahagian puncaknya. Kebanyakan di bandar besar seperti Putrajaya ada design tiang lampu seperti ini.
Percaya tidak, bengkok bulat tiang tersebut adalah dari satu mesin yang saiznya seperti satu kereta MyVi. Dan antara satu tugas saya, ialah copycat mesin ini bulat bulat, dan improvekan design dan kecekapannya supaya ia jadi lebih baik. Sebab teknologi, atau semasa mesin ini dicipta ialah lebih kurang 20 tahun yang dahulu. Tapi saya tak sempat habiskan task ini, sebab diberhentikan selepas hanya 5 bulan bekerja. Dan gaji saya ialah RM 1 200
Seterusnya, saya kerja sebagai operator di sebuah kilang screw.
Tugas seperti yang operator biasa lah, seperti contoh:
- Bawah forklift
- Bungkus produk.
- Turunkan barang dari Lorri dan naikkan barang semua.
- Welding dan sebagainya.
Untuk tempoh ini, saya dalam keadaan terpaksa untuk MESTI juga dapatkan kerja. Kiranya, sekurang kurang saya masih lagi dapat duit walaupun ia bukan setaraf pengajian saya. Dan gaji saya ketika ini lebih kurang dalam RM 700 hingga RM 800. Sangat sedikit, memang tak cukup. Saya bagi bulanan ibu saya, lebih kurang dalam RM 50 sahaja.
Pertama Kali Jadi Technician
Seterusnya, saya masih lagi kerja untuk produk yang sama, tapi lokasi kilang lain. Tapi masih lagi ‘bos’ yang sama.
Gaji saya RM 1 200.
Masa ni tugas saya sebagai technician. Bermakna, saya sudah mula bekerja untuk level pengajian saya.
Antara machine yang terlibat ialah stamping machine. Thread machine, welding, grinding dan aktiviti yang lain itu sudah pasti lah.
Pertama Kali Gaji Mencecah RM 2000
Selepas tidak sampai setahun, saya kerja sebagai Process Technician di sebuah kilang semiconductor di Ipoh. Kalau tidak silap, jumlah pekerja keseluruhannya lebih kurang dalam 2 500 orang. Ada lagi satu cawangan yang juga di Ipoh, jumlah pekerja untuk kilang yang satu lagi ialah lebih kurang dalam 1000.
Masa bekerja di sini, pertama kali saya dapat gaji yang betul betul pada tahap yang baru boleh menyimpan. Iaitu lebih kurang RM 2 500. Gaji pokok saya ialah RM 1 500. Bermaksud, RM 2 500 yang saya dapat itu adalah tambahan kepada kerja lebih masa yang saya buat.
Saya juga untuk usaha buat kerja lebih masa, mana tahu kalau boleh cecah RM 3 000. Tapi agak susah.
Paling tinggi pun, lebih kurang RM 2 700 sahaja.
Dan selepas 1 tahun 6 bulan, saya ambil keputusan untuk berpindah ke kilang yang lain.
Pertama kali cecah gaji RM 5 200
Untuk kilang yang ini, gaji pokok saya naik lebih kurang dalam RM 150 sahaja. Dalam RM 1650. Tapi bila saya buat kerja lebih masa, RM 3 500 sebulan itu adalah biasa.
Dan saya pernah sampai RM 5 200, sebab banyak kerja pada public holiday (2 atau 3 kali ganda dari gaji hari biasa)
Selepas 2 tahun, saya terpaksa berpindah ke kilang lain, kerana kilang yang sekarang ini ditutup atas sebab tertentu.
Pertama Kali Gaji Bulanan 4k itu biasa.
Di kilang yang seterusnya sekarang ini. Alhamdulillah, berkat rezeki kahwin agaknya. Selepas 7 tahun bekerja saya rasa sudah capai lebih daripada apa yang saya target.
Masa mula mula bekerja dahulu, saya ada bayangkan untuk dapat gaji pokok sekurang kurang nya RM 2 000 sebelum atau setidak tidaknya bila saya sudah berumur 30 tahun. Sekarang 29, tapi gaji pokok sudah mencecah RM 2 000 dan plus plus sedikit.
Dan ya, sudah hampir 1 tahun kerja di sini, boleh kata kerap juga gaji saya mencecah RM 4000 dalam sebulan, hasil daripada kerja lebih masa lah. Ini sahaja, kalau nak duit lebih kalau kerja dengan Kilang.
Kilang ini ada 2 cawangan, cawangan yang saya kerja ialah lebih kurang 2 500 orang, manakala cawangan yang lagi satu lebih kurang 7 ribu orang.
Dan sekarang kita akan pergi kepada bahagian yang paling penting. Iaitu kesimpulan artikel ini.
Kesimpulan…
Untuk menjawab persoalan di atas, berapa gaji yang kita akan dapat dengan kelulusan Diploma bergantung kepada pelbagai faktor. Dan antara faktor tersebut saya rumuskan di bawah:
- Gaji pokok untuk Diploma bukan RM 1500 seperti yang saya dapat di atas. Tapi sebaliknya, untuk kilang ini ialah RM 1250 sahaja. Jangan sedih, orang SPM gaji minima RM 1000. Sedangkan kita yang ada diploma naik RM 250 sahaja. Bukan nak mengatakan tak layak untuk mereka yang belajar sampai SPM untuk dapat RM 1000. Jangan marahkan rezeki orang lain ya. Tapi nampak sangat tidak adilnya kalau dibezakan RM 250 sahaja. Tapi, ini sebenarnya masuk akal juga, teruskan pergi ke faktor seterusnya di bawah, anda akan lebih faham maksud saya.
- Setiap gaji pekerja juga ditentukan oleh produk yang setiap kilang yang anda bekerja itu buat. Seperti contoh, kilang pertama saya, jual screw sahaja. Jadi basic RM 1 200. Dan selepas kerja dengan kilang yang lebih berskala besar, kilang tiada masalah pun untuk bagi saya RM 4k sebulan.
- Ini pengalaman kilang swasta. Untuk penjawat awam, mungkin basic diploma terus cecah RM 1500 + lagi dengan elaun, total lebih kurang dalam RM 1850. Kenaikan setiap tahun juga tetap lebih kurang RM 150. Berbanding dengan swasta kadang kadang RM 60 setahun pun ada.
- Jumlah kadar lebih masa, atau pun ada kerja lebih masa atau tidak juga bergantung kepada produk yang dikeluarkan. Untuk kerja kilang yang kukuh kebanyakan memang tiada masalah untuk anda dapat duit lebih. Kadang kadang kalau kerja kakitangan awam, sekalipun gaji pokok anda besar. Tapi tiada gaji untuk kerja lebih masa. Paling kuat pun boleh claim mileage sahaja. Tapi yang kerja swasta, sampai bila pula nak kerja lebih masa.
- Gaji pengalaman saya kerja berbeza kalau anda kerja dalam bidang oil dan gas contohnya. Atau pun dalam bidang kejuruteraan awam bahagian projek pembinaan jalan dan bangunan. Kenalan saya sendiri, kerja dengan Shell, gaji pokoknya RM 4 900. Rezeki dia. Mana yang kerja kapal, adik saya sendiri. RM 10 000 sebulan lebih kurang. Tapi tak semua kerja kapal gaji tinggi. Ada bidang dan bahagiannya, rakan saya juga kerja perkapalan hanya berapa sahaja dapat.
Dan pelbagai lagi keadaan yang boleh kita jadikan kesimpulan. Sampai sini sahaja perkongsian saya. Terima kasih kepada THEVOCKET, terumanya Cik Dayana yang beri peluang untuk saya coretkan pengalaman yang tak seberapa saya ini. Sekian dulu, saya Syed Shaff, dari Saya Share.com.