Kelebihan Kalau Mencari Kerja di Jobstreet
Sepanjang hampir 5 tahun saya kerja selepas graduate daripada Universiti Malaysia Pahang, Jobstreet adalah lubuk paling banyak untuk tahu update kerja kosong.
Terutamanya dalam sektor swasta. Kalau yang kerajaan saya rasa jarang jarang diorang akan iklan di Jobstreet. Sebab mereka lebih prefer untuk buat pendedahan kerja kosong melalui cara lain, saya ada share mengenainya di sini, tips untuk alert dengan update kerja kerajaan.
Ok, sekarang kembali focus saya dengan Jobstreet.
Nak Buat Announcement Sikit Ni
Jobstreet adalah top favorite untuk dapatkan kerja saya, saya ada senaraikan 8 lagi selain daripada jobstreet di post, favorite tempat kerja saya. Anda boleh rujuk di sana untuk yang lainnya.
Disebabkan saya sangat rekemen kan untuk anda gunakan jobstreet, saya akan jadikan post ini khas untuk bantu yakin kan anda lagi akan kelebihan kalau menggunakan Jobstreet.
Yang Pertama : Jobstreet sangat update dengan new latest kerja kosong
Boleh kata satu hari, untuk sesetengah negeri, hampir 10 company akan listkan kerjaya baru. Jadi andai kata anda sedang mencari kerja kosong sekarang. Jangan miss tengok Jobstreet ni hari hari. Sebab memang insyaAllah akan ada kerja kosong kalau anda set location kerja yang betul.
Yang Kedua : Siapa yang tak kenal Lina kan.
Lina ni adalah robot bagi jobstreet, ia akan updatekan kerja kerja baru yang sangat revelent dengan anda. Kiranya katakan anda set untuk dapatkan update mengenai satu satu kerja, insyaAllah Lina akan updatekan untuk anda. Mungkin dari email atau pun by phone. Rujuk post, cara setup borang jobstreet untuk tahu bagaimana untuk setup Lina Alerts.
Seterusnya…
Ketiga : Dengan Jobstreet anda, boleh check status gaji orang lain yang apply juga.
Ada satu fungsi di Jobstreet ia akan bagi tahu, katakan anda apply satu satu jawatan tu, berapa pula orang lain yang apply. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat tahu jurang pengalaman mereka, taraf pendidikan dan yang paling penting berapa purata gaji yang mereka letak.
Seperti contoh application saya yang sudah:
Kalau anda lihat atas tu, ada 376 application yang lain. Dan kalau saya click link nya.
Saya akan dapat maklumat yang lebih detail seperti di bawah:
Tengok yang bahagian Education, Salary dan experience tu.
Saya sendiri level Diploma, gaji basic yang saya letak RM 2600, pengalaman dalam 4 tahun kot.
Dekat sini saya boleh agak, yang gaji RM 2600 saya letak boleh diterima banyak nya. Sebab ada 169 orang lagi yang lebih tinggi dari saya.
Ok lah kan, sebab pengalaman pun ramai yang tak selama saya bekerja.
Jadi kelebihan dengan mengetahui maklumat kita akan lebih yakin untuk setting preference gaji dan butiran kita lebih tepat lagi. Serupa macam kita jual barang lah, mesti juga nak tahu harga pasaran kan. Supaya harga yang kita letak tak terlampau tinggi. Nanti orang tak nak. Dalam kes ni, company yang tak nak kita.
Selain daripada itu, anda juga dapat tahu kalau berapa kali dah si employee sudah review resume anda.
Seperti yang saya screenshotkan di bawah ni, sudah 4 kali Sandisk review resume saya.
Apa kelebihannya tahu maklumat seperti ini?
Senang sahaja, kita boleh lah fikirkan yang Si SanDisk ni ada rasa macam sedikit like dan teruja dengan resume saya.
Jadi apa lagi, selambar je call SanDisk dan follow up untuk interview. ( calling adalah antara 9 Idea cari kerja kosong yang mujarab )
Jangan takut pergi interview.
Yang keempat? Jap saya tengok jobstreet balik. Dah lupa pula…
Ok tiba tiba teringat satu lagi sebelum login masuk ke Jobstreet.
Keempat : Jobstreet juga boleh update dengan open interview.
Seperti contoh, yang ada juga saya dapat, tiba tiba ada mesej sampai ke telefon bagi tahu ada open interview di Penang. So boleh lah pergi kan.
Tentang jarak antara bila mesej sampai dengan tarikh berlansung open interview ni agak menyakitkan hati sedikit. Sebab kadang kadang lagi beberapa hari baru mesej dari Jobstreet sampai. Yang ini saya tak pasti kenapa, yang pasti ia memang susahkan kita. Tapi nak tak nak, kita terpaksa. Itu sebab anda perlu ready, siapkan resume sentiasa.
Kalau anda sudah baca, satu artikel 8 pengalaman interview saya. Dan salah satu nya ialah Infenion, saya print resume semua, pagi itu juga. Sebab malam sebelum bertolak pagi tu saya kerja. Punya la mengantuk. Tapi terpaksa kuatkan juga. Alhamdullillah, sekarang saya dah dapat pun kerja tu.
Ok, kalau nak dikutkan ada beberapa lagi kelebihan lain.
Saya simpan yang lain tu dalam video bawah ni sahaja lah.
Lebih mudah kalau tunjukkan sendiri kan?
Tapi belum siap lagi, nanti sudah siap InsyaAllah saya kongsikan. Boleh update email anda di bawah ni untuk saya bagi tahu nanti melalui email.
Harap harap anda dapat kerja ya.
Bagi yang masih lagi tak kenal saya. Mungkin boleh luang masa baca dan kenal saya di page about me saya ni.
Harap harap perkongsian saya ni bermanfaat untuk semua.
Ok…Stop sembang pasal jobstreet. Sebab selain dari Jobstreet ada lagi satu website yang anda kena daftar untuk dapatkan jawatan kosong…iaitu MauKerja.
Tengok artikel, cara daftar Maukerja saya ada kongsikan cara daftar MauKerja pula