Contoh Slip Gaji Swasta dan Kerajaan [ Kilang VS GOV ]

Salam, saya tak pastilah sama ada anda perlukan maklumat ini atau tidak.

Tapi saya nak share juga contoh slip gaji dalam tempoh saya bekerja ni. Kiranya nanti anda akan dapat nampak perbezaan contoh slip gaji yang saya dapat sejak dari awal kerja sampai lah yang sekarang ni. Untuk nama kilang saya akan blur/hitamkan ya, nanti lain pula yang jadi.

Tapi sebelum tu kenapa saya share benda ni? Saya ada 2 jawapan. Pertama, jawapan mudahnya dah memang nama website saya ni pun saya share. So manatak nya saya kena share. Sebab kedua, saja nak dedahkan pada adik adik yang baru nak cari kerja. Harap harap anda bersemangat mencari rezeki ya.

Gambar gambar dan huraiannya

ni slip gaji saya masa kerja kat Ipoh dulu..

bila dah level diploma ni, kalau nak gaji ribu riban, memang terpaksa kerja shift la cerita nya..

Ni kilang lain. saya dah berhenti kerja.

Kalau kerja kilang kan, biasanya akan dapat elaun elaun yang macam gini:

  1. elaun telefon
  2. elaun transport – ni semua dapat kot
  3. elaun shift – ni tak semua kilang bg tau. tambah lagi kalau shift malam
  4. elaun makan.

pendek kata, dalam RM 300 lah kira. kalau dapat RM 500 sebagai elaun tu kira bagus sangat lah company tu.

sekarang, saya nak tunjuk contoh payslip kerja kerajaan pula

Biasa kalau gaji kerajaan ni, elaun memang lagi berlambak.

Moral Of The Story

Alright, macam biasa. Kalau saya dedahkan sahaja tapi langsung tak tulis penekanan atas apa yang saya nak cakap kan. Takut takut ada yang salah tafsir pula. Akhirnya, rugi sahaja perkongsian blog saya ni.

Jadi apa moral of the story yang anda boleh ambil sekarang. Kiranya lepas tengok slip gaji saya,

Ialah…

JANGAN MEMILIH KERJA

Jangan fikir anda ada kelulusan diploma, tak nak buat kerja yang biasa biasa. Yang jadi kuli kuli ni. Jangan macam tu.

Saya bukan nak cakap, nak cari kerja tu susah. Walaupun sememangnya susah, tapi jangan fikir macam tu. Jadikan sebab tak dapatkan kerja yang elok lagi tu sebagai rezeki yang Allah dan memang atur.

Apa yang penting. Anda jangan memilih. Rasanya saya pernah cakap dalam salah satu artikel dalam blog ni, iaitu, kalau anda kelulusan diploma mekanikal belum tentu anda kerja dalam bahagian mekanikal.

Ambil contoh, sorang kenalan saya ni. Kelulusan diploma elektrikal. Tapi kerja sebagai penjual di Buskin Robbins. Sekarang umur 21. Rasanya sudah tahun kerja, dan dah jadi manager pun sekarang ni. Gaji? Rm 2500. Ok lah kan, baru umur 21 kot.

Saya dulu 21…apa pun tak ada. Umur 22 or 23 baru gaji nak cecah RM 800. Umur 24 baru merasa 2k.

Setengah orang, mungkin rezekinya lambat sikit. Sabar ya. insyaAllah ada rezeki. Yang penting anda ikhtiar. Eh andai kata ada mana mana korang yang baca blog saya ni, masih lagi menganggur, boleh komen. Kenalkan diri, insyaAllah saya akan bantu. Jangan lupa letak email yang betul, sebab nanti saya akan kontact guna email dan minta no wasap anda untuk saya wasap wasap kan.

Alright? Hah nampak tak keikhlasan tu. Saya tak minta bayar pun. Saja nak bantu.