Cita Cita saya Polis… Eh tahun ni nak jadi Bomba lah..

Ini biasa lah kan.

Ingat lagi masa saya darjah dua.

Cikgu tanya, kamu ni jadi apa Syed?

Bila saya tengok rekod cita cita yang lepas dalam report form tahunan tu. Berbaris samada ada jadi Askar, Polis, atau Bomba. Atau apa apa yang seangkatannya.

Pernah juga tanya mak. ( ni serius ni tau, saya tulis sambil senyum ni )

Saya tanya, mak, cikgu tanya nak jadi apa, tak tahu nak agak sebab kecik lagi ni…

Mak pun cakap, jawab ler,

“saya kecik lagi cikgu, masih lagi tak faham sangat”

Lebih kurang macam tu lah.

Bila saya dah masuk sekolah teknik, saya mula dapat overview apa nak jadi bila besar.

Iaitu Engineer Design bahagian Kapal….hehe

Nak yang gebang je ye.

Masa tu, kalau tak silap. Course ni ada kat Politeknik Ungku Omar tu. So masa isi borang UPU memang saya target akan dapat PUO. Sebab family menetap di Simpang Pulai…

Rujuk Post ini, untuk panduan isi borang UPU

Tapi nak jadikan cerita, saya dapat UMP, University Malaysia Pahang.

So plan nak jadi engineer design kapal tu macam terbantut sikit. Saya pun terus lah fikir nak jadi Engineer Mechanical.

Kenapa saya teringin sangat nak jadi Kapal Designer ni? sebab saya pernah naik KD Lekir TLDM

Geduk Gedak, lepas graduate diploma.

Tak sambung pun Degree, Engineer kan nak degree.

So saya tak sambung.

Sebab? mula mula tu, memang rasa tension. Sebab tak ada rezeki.

Tapi bila dah lama lama. Saya macam ada plan lain..UNTUK MENJADI BLOGGER

Saya tak rasa saya nak jadi engineer. Saya tak rasa kalau sambung belajar akan bantu saya masa hadapan.

Tapi sedih bila tak belajar betul betul tu tetap ada.

Bila dah kerja, rasa nak belajo pulak kan.

Biasa lah tu…Manusia, ada sahaja yang tak puas hati.

Tapi tu lah saya tak rasa, kalau saya amik degree akan bantu kehidupan saya sampai tua.

Saya pun tak rasa, apa apa kos di mana mana university malaysia pun, ada lecturer atau pakar yang jauh boleh lebih fahamkan saya dengan apa focus yang saya nak buat ni.

Saya pun tak rasa, mana mana marketing study di Malaysia ni mampu ajar benda yang nak tahu.

Dan disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk tidak sambung dan continue cita cita saya yang kekal abadi sekarang ni, iaitu…

SEO Estepelantist ( lebih kurang macam blogger lah ni )

Sekian….

Tapi mana mana anda yang masih lagi nak usaha untuk dapat kan kerja. Macam sekarang pun saya masih lagi kerja kilang. Saya ada share tips cara saya dapatkan kerja. Boleh rujuk post bawah ni.

Panduan Isi Borang Jobstreet