Syarat Mohon Kad Kredit Cimb
Seperti biasa, bila anda mula nak buat permohonan kad kredit mana mana bank pun, mesti tahu duhulu tujuan utama atau pun tambahan atau pun feature lain yang anda mungkin nak kad kredit ini anda.
Seperti contoh kad kredit yang paling bagus untuk isi minyak atau pun yang untuk shopping online.
Most Rekomen CIMB Credit Card
Dalam 7 kad kredit yang ditawarkan oleh CIMB, hanya 3 sahaja yang saya layak untuk apply.
Credit Card Cash Rebate Gold – Gaji Minima RM 2 000 sebulan
Credit Card Cash Rebate Platinum – Gaji Minima RM 2 sebulan
Credit Card Platinum PETRONAS – belum pasti lagi.
Dan yang saya dapat sekarang ialah, Kad Kredit yang PLATINUM MasterCard.
Saya memang pengguna kad kredit ini juga, iaitu CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard. Sebab selalu sangat shopping online.
Untuk yang Platinum Petronas kena confirm semula, sebab di website CIMB gaji minima ialah RM 2000, tapi di Imoney RM 4 000.
Masa mula mula apply, tak terfikir pun sebab nak shopping online ni, apply untuk sekadar ada sahaja andai kata memerlukan nanti. Tap lepas beberapa lama baru saya tahu kelebihan kad kredit yang saya dapatkan ni untuk yang kuat shopping online macam saya.
Dengan kad kredit yang ini juga, saya boleh dapat 7% OFF daripada Agoda. Untuk setakat ini, memang saya tak pernah guna Agoda lagi, booking sahaja. Apa apa pun, saya akan cuba guna agoda juga nanti.
Ingat lagi, masa mula mula nak apply, basic saya bekerja di kilang ialah RM 1 500 sahaja. Risau juga kalau takut tak lepas sebab minima untuk kad kredit CIMB yang ini RM 2 000 sebulan, atau pun RM 24 000.
Tapi lepas juga lah.
Sebab utama lepas sudah pasti disebabkan OT saya. Biasa lah kalau sudah kerja kilang, nak dapat duit lebih terpaksa lah buat kerja lebih masa.
Sekali lagi, saya amat amat menggalakkan anda juga turut dapatkan kad kredit CIMB Platinum ni. Lebih mudah, transaksi pun akan lebih cepat. Tak perlu lah nak bawa cash merata. Saya sendiri, biasa duit yang saya cash deposit lebih kepada beli barang makanan sahaja. Mana yang tak perlu, seperti shopping memang saya akan gunakan kredit kad. Sebab memang jenis saya ni malas nak pergi bank cucuk duit.
Kelebihan Kad Kredit CIMB Ini
Kita masih lagi bercakap dengan kad kredit yang saya sendiri ada. Yang lain saya tak berapa pasti.
Saya boleh dapat 5% rebat tunai sebulan untuk transaksi online.
Petrol – 2% rebat tunai sebulan.
Groceries dan transaksi Utilities pun 2 % juga.
Had umur untuk anda apply ialah 21 tahun seperti biasa.
Mana mana kad kredit bank pun saya rasa paling minima ialah 21 tahun untuk primary user.
Caj Bayaran Lewat
Untuk caj bayaran lewat, saya tak sangka rupanya lebih rendah daripada bank rakyat. Iaitu RM10 atau 1% dari baki tertunggak (mana-mana yang lebih tinggi), caj maksimum sehingga RM100
Caj Pengeluaran Tunai
Saya belum pernah cuba buat ni. Dapatkan duit berupa cash di atm.
Tapi andai kata anda nak cuba dapatkan cash, kos nya RM15 atau 5% dari jumlah pendahuluan tunai (mana-mana yang lebih tinggi)
Touch n Go Zing
Sebenarnya, versi kad kredit yang sekarang ni agak baru diperkenalkan berbanding dengan yang saya punya sekarang. Jadi function ini memang tiada pada kad kredit saya.
Tapi isteri saya ada. Mungkin sebab dia baru apply.
Walaupun kad kredit baru ini ada function touch n go ni, tapi andai kata anda bukan selalu sangat turun naik highway, mungkin tidak berapa rasa relevan dengan function ini.
Sebab kalau tidak silap, akan ada jumlah minima dalam akaun touch n go anda.
Seperti contoh, katakan RM 100 dalam akaun touch n go
Anda pun swipe touch n go Zing di highway, katakan tolak RM 50.
Dan bila anda balik, check akaun kad kredit anda, akan sudah pun ditolak RM 50 untuk cukupkan touch n go Zing anda RM 100.
Function ini yang buat isteri saya terus buang yang Touch n Go. Harap anda pun macam itu juga.
Kad Kredit Dalam Plan
Saya memang berhasrat lama dah untuk sediakan kad kredit khas untuk isi minyak sahaja. Jadi insyaAllah saya akan cuba dapatkan kad kredit Platinum Petronas ini juga nanti.