Resume Dalam Bahasa Melayu
Salam.
Kalau korang nak tahu cara untuk buat resume. Saya sudah sediakan dengan lengkap nya di panduan cara buat resume.
Saya juga ada sediakan video panjang lebar, terangkan teknik yang saya sendiri guna bila buat resume. Ada juga dekat 2 jam saya tunjukkan dalam video tu.
Harap korang semua download dan berikan pendapat.
Untuk dalam artikel ni saya nak kongsikan satu lagi topik simple yang selalu ditanya. Even adik saya sendiri pun pernah tanya dulu. Dan jawapan saya tetap sama. Iaitu:
Kalau buat resume, nak tulis bahasa melayu atau bahasa inggeris???
Dan jawapan saya ialah………..
Bergantung kepada jurusan, level pendidikan anda atau pun jenis company tu sendiri.
Jurusan..
Kalau yang memang melibatkan pertuturan, contoh macam korang apply untuk kerja dengan hotel ke. Jadi yang jaga lobby tu kan. Elok lah berbahasa Inggeris. Kalau yang pagi petang kerja korang duk ngadap machine. Tak perlu lah sangat fikir kan pun..
SPM VS Diploma
Kalau level SPM atau STPM, lagi la tak perlu kesah pasal inggeris ni. Buat sahaja bahasa apa yang korang selesa. Tapi kalau diploma, Ijazah Sarjana Muda ke contoh. Memang dah patut dah guna bahasa inggeris.
Company Mutinasional
Lagi lah kena bahasa inggeris. Kalau company yang duk repair printer dari kedai ke kedai. Dari company ke company. Rasanya tak perlulah kesah sangat untuk cakap bahasa inggeris sangat kot..
Ataupun company yang banyak foreigner macam saya. Kebanyakan operatornya di ambil dari Philiphines. So kalau boleh cakap inggeris memang satu kelebihan. Tapi bukan lah saya rasa diorang tak akan consider langsung kot kan..
Mungkin 3 perkara ini sahaja, kalau saya duk fikir fikir lagi, mungkin ada lagi point lain.
Tapi tu lah, ceritannya sekarang bukan saya nak list kan semua kemungkinan yang boleh menjadi factor. Korang sendiri yang minta kerja, mesti lebih tahu kan company tu macam mana.
Atau pun, nak senang fikir. Buat sahaja dalam Bahasa Inggeris.