Resume Dalam Bahasa Melayu

image_pdfDownloadimage_printPrint

Salam.

Kalau korang nak tahu cara untuk buat resume. Saya sudah sediakan dengan lengkap nya di panduan cara buat resume.

Saya juga ada sediakan video panjang lebar, terangkan teknik yang saya sendiri guna bila buat resume. Ada juga dekat 2 jam saya tunjukkan dalam video tu.

Harap korang semua download dan berikan pendapat.

Untuk dalam artikel ni saya nak kongsikan satu lagi topik simple yang selalu ditanya. Even adik saya sendiri pun pernah tanya dulu. Dan jawapan saya tetap sama. Iaitu:

Kalau buat resume, nak tulis bahasa melayu atau bahasa inggeris???

Dan jawapan saya ialah………..

Bergantung kepada jurusan, level pendidikan anda atau pun jenis company tu sendiri.

Jurusan..

Kalau yang memang melibatkan pertuturan, contoh macam korang apply untuk kerja dengan hotel ke. Jadi yang jaga lobby tu kan. Elok lah berbahasa Inggeris. Kalau yang pagi petang kerja korang duk ngadap machine. Tak perlu lah sangat fikir kan pun..

SPM VS Diploma

Kalau level SPM atau STPM, lagi la tak perlu kesah pasal inggeris ni. Buat sahaja bahasa apa yang korang selesa. Tapi kalau diploma, Ijazah Sarjana Muda ke contoh. Memang dah patut dah guna bahasa inggeris.

Company Mutinasional

Lagi lah kena bahasa inggeris. Kalau company yang duk repair printer dari kedai ke kedai. Dari company ke company. Rasanya tak perlulah kesah sangat untuk cakap bahasa inggeris sangat kot..

Ataupun company yang banyak foreigner macam saya. Kebanyakan operatornya di ambil dari Philiphines. So kalau boleh cakap inggeris memang satu kelebihan. Tapi bukan lah saya rasa diorang tak akan consider langsung kot kan..

Mungkin 3 perkara ini sahaja, kalau saya duk fikir fikir lagi, mungkin ada lagi point lain.

Tapi tu lah, ceritannya sekarang bukan saya nak list kan semua kemungkinan yang boleh menjadi factor. Korang sendiri yang minta kerja, mesti lebih tahu kan company tu macam mana.

Atau pun, nak senang fikir. Buat sahaja dalam Bahasa Inggeris.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

2 comments On Resume Dalam Bahasa Melayu

  • But why you’re using a garbage language? Neither Malay or English? Yet you try to teach people on how to write a resume? On a public site?

    What a Joker. Sampah Bahasa

    • saya tulis seperti mana saya bercakap untuk buatkan penulisan saya ni seperti bersembang dengan pelawat blog saya..kalao puan memang praktiskan baku, baik semasa cakap mahupun tulis. itu bagus lah. terus kan.. saya mungkin akan kurangkan sikit sikit bahasa pasar dalam blog ni kalau ada lagi yang complain

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer