Ok baru baru ni saya ada kongsikan pada anda satu table akan semua jenis bank dan institusi yang boleh berikan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. Kiranya kalau anda nak cari antara interest rate yang paling rendah, memang ada dalam artikel itu.
Artikel dan table yang saya maksudkan ialah, Pinjaman Peribadi Kakitangan Kerajaan
Untuk artikel yang sekarang, saya nak kongsikan pasal satu satu nya institusi kewangan di Malaysia yang berikan interest rate tersangat murah, iaitu pinjaman daripada MBSB. Lebih murah daripada apa yang wife saya ambil iaitu Agora Bank.
Apakah MBSB?
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) adalah syarikat induk kepada MBSB Bank Berhad, dahulu dikenali sebagai Asian Finance Bank Berhad. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh MBSB Bank, sila layari laman web di www.mbsbbank.com
Saya copy quote daripada https://www.mbsb.com.my/
So jelas lah ya, saya pun tak reti sangat nak sembang banyak pasal detail institusi kewangan ni. Apa yang pasti ia seperti macam Aeon lah kot. Aeon bukan Bank, tapi masih lagi boleh bagi loan. Eh entah lah, saya pun x pasti nak beza kan macam mana. Apa yang pasti loan nya interest rate murah.
Untuk apply, boleh pergi ke websitenya dan check lokasi Ibu pejabatnya di mana ya.. boleh la klik link atas tu lepas ni. Sebab saya nak kongsikan satu table menarik untuk anda tengok.
Kalau sebelum ni, saya kongsikan table pasal semua bank kan. Bank yang khas untuk buat pinjaman kakitangan kerajaan ni, tapi kali ni. Table yagn saya nak hasilkan khas untuk Pinjaman dari MBSB sahaja. Tapi saya bezakan dengan jumlah pinjaman 30k, 100k, 150k, dan 200k. Dan anda tengok sendiri berapa jumlah yang anda perlu bayar seandainya anda pilih mana mana jumlah total pinjaman seperti yang saya tunjukkan..
Penampakan yang paling ketara antara 2 jenis pinjaman MBSB Mumtaz-i dan MBSB Afdhal-i ialah di interest rate nya lah kan. tapi sebenarnya ada lagi perkara perkara dan syarat syarat permohonan antara 2 jenis pinjaman ini.
Antaranya,
Mumtaz-i – boleh pinjam daripada RM 3 000 hingga RM 250 000
Afdal-i – boleh pinjam daripada RM 3 000 hingga RM 400 000
Interest Rate tadi pula, saya hanya ambil yang paling rendah, ikut kan pada jumlah yang anda minta range nya mungkin seperti ini :
Mumtaz-i – 3.4% – 3.8%
Afdal-i – 4.5% – 4.9%
Untuk Gross Income pula
Mumtaz-i – RM 1 500
Afdal-i – RM 2 000
Dan satu persamaan yang dua jenis pinjaman MSBS ni ada ialah kedua dua jenis loan ni bukan untuk overlapping. Subjek tu fresh loan. Mungkin anda kena confirm sendiri apa yang dimaksudkan akan tak boleh overlapping ni. Sama ada kalau sudah buat loan dengan yang lain tak boleh nak overlap ka macam mana.
1 comments On Pinjaman Peribadi MBSB Khas Untuk Kakitangan Kerajaan
Afdal-i – boleh pinjam daripada RM 3 000 hingga RM 400 000