Pengalaman Bekerja Itu Penting Sich..
Percaya tidak, dalam 3 open interview yang saya pergi.
2 daripadanya dapat.
1 daripada nya masih lagi pending.
Kebanyakannya, nak cari pekerja yang ada pengalaman. Dan alhamdullillah lah saya ada.
Ada sekali tu, HR yang uruskan open interview tu kan dia terus terang cakap.
Siapa yang fresh graduate, anda boleh tinggalkan resume sahaja. Nanti kami akan panggil kalau layak
Kiranya, nak bagi tahu, diorang lebih beri focus pada yang punyai pengalaman sahaja.
Itu sebab…
Walau macam mana pun,
Mana adik adik yang masih lagi tiada pengalaman bekerja, FRESH. Kalau boleh, jangan berkira sangat dengan kerja. Tak per, kerja je dahulu.
Rasanya tak ada lah sikit sangat kot gaji tu. Kerja sahaja dulu k, nanti baru kita cari cari kilang lain untuk anda lebih luaskan lagi pengalaman kerja, sekaligus gaji pun akan jadi lebih baik.
Jangan tukar tukar jenis kerja
Maksud saya macam ni, kalau anda dapat kerja seperti macam di power plant contoh nya. Terus kan cari kerja yang seakan sama juga untuk kilang atau company yang seterusnya.
Contoh macam saya, saya teruskan kilang semicon. Clean room. Kiranya kena pakai baju macam astronout tu semua lah.
Bila anda kekalkan benda ni, dari satu kilang ke kilang yang lain. Gaji tu insyaAllah akan lebih baik. Leh demand lah orang kata.
Tapi kalau tiba tiba anda tukar ke bidang atau situasi kerja yang lain, takut takut macam susah nak dapat. Apatah lagi gaji kalau nak naik naik pula kan.
Antara contoh contoh yang saya boleh fikirkan ialah…
Anda kerja power plant dan akhirnya anda akan mudah dapat kerja dengan TNB
Mana yang kerja mold mold semua tu, lama lama akan lebih mudah untuk kerja yang menggunakan machine Injection Moulding contohnya.
Ataupun, biasa orang kata industri plastik
Kilang plastik, banyak orang kata, gaji tinggi. Sebab orang akan sentiasa akan guna.
Seperti contoh kilang yang buat handphone cover tu contohnya.
Pendek kata, kalau anda terus kerja pada bidang dan keadaan yang sana. Lebih mudah lah anda nanti.
Orang kata, kalau nak pergi kerja tempat lain tu, yang biasa saya dengar. Aq malas betul nak jadi bodoh balik..