Pelepasan Cukai LHDN 2022
Bulan March 2023 ni sudah boleh mula buat kira kira untuk cukai kita tahun yang lepas. Mana yang pendapatan lebih daripada 3500 ringgit sebulan. Eloklah update cukai pendapatan anda di LHDN.
Jangan tangguh tangguh, jangan rasa anda rugi pula sebab terpaksa buat cukai pendapatan.
Walaupun sebenarnya memang duit kita berkurang pun, tapi akan ada kelebihan lain yang anda boleh dapat.
- akan rasa selamat, sebab sapa yang tak bayar, bila bila sahaja anggota LHDN akan buru anda. Kawan saya sendiri kena, dekat 15 ribu juga dia kena bayar. So elok bayar awal daripada mengejut depa datang serang.
- lebih mudah kita nak beli keperluan seperti kereta dan rumah. Terutamanya orang yang berniaga macam saya, kita perlu buat cukai pendapatan, dan lagi SSM jangan lupa.
Bawah ada inforgraphic yang saya dapat daripada LHDN sendiri petang tadi. Tiba tiba ja mai
Ini yang untuk siapa yang takut sangat dengan cukai pendapatan.
Sebenarnya, cukai pendapatan ni bukannya kita memang kena bayar sahaja direct. Ada juga sebab sebab dan cara cara untuk kita kurangkan cukai LHDN tu.
Antaranya:
- anda bayar duit tabung haji
- anda beli barang keperluan mak ayah yang sakit, macam kerusi roda ke, tapi kena simpan la resit
- anda beli telefon untuk anak atau any smartphone pun boleh kurangkan cukai pendapatan
- anda ada anak 1 2 3 pun boleh kurangkan juga.
- rasanya kalau ambil insurance pun boleh kurangkan lagi
Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kurangkan cukai pendapatan, so jangan takut dan jangan berkira sangat. 5 yang saya senaraikan tu pun adalah daripada kepala otak saya sendiri untuk last cukai pendapatan. Kalau ada tengok balik infographic yang saya tunjukkan di atas ni akan nampak lebih banyak lagi cara.
Silap silap, anda tak perlu bayar apa.
Saya sendiri pernah, dalam tahun 2021, LHDN refund balik, katanya sebab terlebih bayar. SY pun OK kan je.