Untuk siapa yang tiba tiba sampai ke page ni. Artikel ini adalah 3 series artikel yang saya cuba sampaikan sekarang detail. Kalau anda tiba tiba datang ke page ni, sila pergi bahagian Part 1. Baru faham dari awal apa yang saya nak citer.
|
Saya pernah terdengar, kawan saya yang ada degree kerja di Ipoh. Jadi engineer gaji starting RM 2000. Saya percaya akan lebih lagi kalau kerja kilang yang besar sikit. Tapi rasanya macam mustahil untuk sampai RM 2500 kalau fresh.
Tapi untuk di Kulim, boleh sampai RM 2 800. Untuk fresh graduate degree ni.
Walaupun anda graduate dari USA pun. Kalau tak silap saya lah, sebab ada kawan yang graduate dari sana tapi RM 2 800 juga.
Secara generalnya, penentuan gaji starting berapa. Lepas tu kenaikan dapat berapa. Lepas berapa lama agak agak anda dapat berapa, masih lagi bergantung kepada Company tu keluarkan produk apa, company tu jenis industri apa.
Dari negara mana pun ambil kira juga.
Contoh kalau Company dari Germany, gaji OK sikit. Benefit OK sikit.
USA pun lebih kurang juga.
Tapi Jepun gaji sikit. Tapi kerja best. Company stabil. Contoh macam company US, nampak memang macam stabil. Tapi kalau diorang nak tutup. Memang tiba tiba sahaja nanti. Pernah jadi kat saya sebenarnya. Putih mata semua. Ramai kawan yang dah beli kereta semua. Rumah lagi.
Tiba tiba tutup.
Kawan saya, kerja dengan TNB. Hasilkan elektrik guna arang batu tu. kalau tak silap, diorang dapat elaun sampai RM 600 untuk bayar rumah sahaja. Best kan? Basic pun dah tinggi, OT pun ada. Kerja pun rilek.
Oh ya..abang saya kerja dalam bidang petroleum, gaji at least 30k sebulan. Itu pun tahu 2014 kalau tak silap.
Seperti yang saya cakap. Ia bergantung kepada industri apa dan produk apa.
Berikut antara produk produk company yang saya dan mana paras level gaji nya.
- Semikon, ini penghasilkan microchip ini lah saya join. Kos yang diorang nak hire biasanya mechanical, electrical, chemical. Dan yang sama waktu dengan nya.. GAJI? Banyak lah juga
- Plastik – kat Ipoh banyak kilang plastik kalau anda perasan. Dari yang hasilkan plastik bag untuk shopping complex ( ada banyak di Kuala Kangsar ), dan juga yang hasilkan produk plastik seperti cover handphone ( ada di area Jelapang ). Gaji? Dengar cerita tinggi
- Kilang besi – gaji? Rendah…tapi otak tak perlu nak serabut. Sebab produk tiada masalah teknikal macam yang saya alamai di industri Semicon…
Saya bagi contoh ya.
Kalau kilang besi yang saya kerja dulu. Untuk hasilkan screw yang digunakan di highway tau.kalau tak silap bos jual screw tu dalam 1.5 dollar
Proses untuk buat screw ni, dari awal sehingga packing, lebih kurang tak sampai 10 process. Entah entah dalam 7 sahaja. Sampai packing terus jual..
Tapi kalau macam penghasilalan microchip atau industri semikon.
Yang anda boleh nampak bawah ni…
Untuk hasilkan apa yang anda nampak tu. Perlukan ratusan process.
Atau saya cerita Modul saya sahaja ya. Ini modul saya sahaja tau. Bukan modul lain. Kalau tak silap ada 6 modul utama semua. Apa yang anda nampak di atas, ada final resultnya. Kalau patah balik ianya adalah setelah potongan dari wafer. Atau kepingan bulatan yang dipanggil sebagai wafer, seperti saiz di bawah
Untuk di Malaysia, hanya ada 200mm saiz sahaja. 450 dan 675 tu saya tak pasti ada ke tidak lagi. Tapi yang pasti, kalau yang saiz 200 mm tu. kalau anda terjatuh, pecah berderai. Nilainya kerugian company sudah mencecah RM 10 000 tiba tiba.
Bayangkan, dalam satu bekas atau dipanggil kaset ada 25 keping…
Dan untuk process di modul saya sahaja, wafer ini akan sampai lebih kurang 30x. ini baru wafer ini sampai 30 kali. Bila wafer lalu di process modul saya, ada lagi process process yang kecil, lebih kurang dalam 5 process sekurang kurang nya.
Ok lah.
Saya rasa jelas kot
Sangat sangat bergantung pada industri apa.
So pandai pandai lah pilih. Oh ya nak tambah lagi lah..
Tadi saya sudah cakap industri semicon, plastik, kilang besi..
Seterusnya mungkin jururawat..
- Kejururawatan – depends pada hospital. Pun tak berapa banyak sangat, tapi ok lah. Lagi terbaik kalau dapat hospital kerajaan.
- Pembinaan rumah? Saya tak pasti…ok lah kot, by project. Saya pernah ada kawan yang jadi supervisor. Tinggi juga.
- Pembinaan jalan? Confirm tinggi. Ini civil lah ni kan
- Pembinaan terowong macam TBM? Tinggi juga
Tau apa TBM? Yang buat MRR2 kat KL tu. diorang guna konsep cacing masuk tanah.
Gigit tanah > telan > hadam dalam perut > berak > buang kat belakang
Serius, saya nak gila kerja ni dulu. Haha…
Alright, kita pergi ke part 3. Iaitu yang terakhir.