WorkFlow Bila Cari Kerja

WORK FLOW, atau pun proses, atau pun peringkat untuk anda cari kerja, bukan nya bermula dengan buat resume dan hantar sahaja tau.

Sebaliknya, dalam Panduan Temuduga saya, anda 6 Peringkat yang anda patut ketahui…

6 Peringkat TerSebut Ialah..

Peringkat 1 – Penyediaan Resume

Macam biasa, untuk peringkat pertama, kita akan belajar cara buat resume dengan betul. 2 faktor penting yang kita akan belajar nanti. 1, mesti buat resume yang cantik cantik. Kedua, apa yang kita tulis tu mesti compelling. AYAT MESTI POWER..

Klik Sini untuk overview Peringkat 1


Peringkat 2 – Cara Apply Kerja

Ok, in my arsenal. Saya ada 10 cara untuk cari kerja. ( mungkin lebih sebb saya akan tambah nanti ). Tak termasuk lagi dengan cara online dan juga cara fizikal. Saya rangkum kan dalam satu post. Dan anda boleh follow flow yang saya buat satu per satu…

Klik Sini untuk overview Peringkat 2


Peringkat 3 – Follow up ( Resume ) untuk dapat Temuduga

Alright, resume cantik dah siap. Apply kerja pun dah buat. Tapi tiba tiba krik krik pula. So saya akan ajar cara nak follow up…

Klik Sini untuk overview Peringkat 3


Peringkat 4 – Persediaan Temuduga + Quiz

Yang ini bahagian paling panjang. Saya akan kongsikan banyak benda juga di sini. Dan juga Quiz. Kiranya ada juga soalan soalan bocor yang mungkin di tanya…

Klik Sini untuk overview Peringkat 4


Peringkat 5 – Di Hari Temuduga

Yang ini saya kongsi pengalaman saya sendiri. Dari pagi hari nak temuduga tu, sampai anda duduk di depan orang yang nak menemuduga tu. Saya akan kongsi, apa anda patut buat…

Klik Sini untuk overview Peringkat 5


Peringkat 6 – Follow up ( Temuduga ) untuk dapat Kerja

Tadi kita belajar follow up resume yang di hantar, tapi sekarang saya akan kongsi cara follow up badan kita pula yang dah pergi temuduga. Apa cerita kan. Saya akan kongsikan cara terbaik yang saya sendiri buat.

Klik Sini untuk overview Peringkat 6


SAYA BUKAN NIAT NAK BERFALSAFAH SEBAB KONGSIKAN 6 PERINGKAT INI TAU..

Jauh lagi lah, kalau nak menyusahkan adik adik, kanak kanak riang yang baru nak terjun dalam bidang kerjaya ni.

Tapi, cuba fikir sendiri… Bila CHRISTIANO RONALDO Bin Syed Shaffizan main bola, apa yang paling penting? mesti lah nak dapatkan GOAL.. Tapi untuk apa yang perlu dia buat supaya dapat GOALLL ?

Sudah pasti disebabkan, latihan dan training… Goal, adalah result yang dia dapat. Training adalah pemankin kepada result yang dia nak capai…

Kalau Christiano Ronaldo, tak training, confirm tak boleh buat GOAL

Serupa juga macam anda, Dapat kerja adalah result yang kita nak capai. Dan training kita adalah mesti mahir dengan teknik untuk dapat kerja ni.

Dan kebanyakan kita, pasti akan fikir, 2 teknik ini sahaja yang perlu untuk dapat kerja. TOOOTT. Salah…

  1. belajar cara buat resume dengan betul
  2. belajar untuk cara jawab temuduga dengan betul

2 2 ni adalah focus yang saya duk renung gila gila dalam 6 Peringkat Panduan Temuduga saya..

Saya pernah ada orang email bagi tahu, pergi interview dah berkali kali. tapi tak lepas lepas.

Dekat sini, apa yang saya boleh nampak dalam 6 peringkat yang saya buat tu.. Dia tu mahir dan jelas untuk peringkat 1 hingga 3 sahaja. 4 dan 5 failed..

So, masih lagi berkenaan dengan 6 peringkat yang saya bagi tahu atas tu. Baca lah kalau rajin ya…




Korang Share – Akak Ni Kongsi Pengalaman Interview Gagal 20x

Kenalkan, pembaca #sayashare ni namanya Hanis. Ikutkan ceritanya, beliau dah terlampau banyak kali failed dengan temuduga kerajaan. Saya perasan pun hasil daripada perkongsian beliau di komen tempoh hari. Lantas, terus saya email dan bertanyakan kenapa lah failed banyak sangat tu.

Hanis pun bersetuju dan berikan kita semua satu artikel perkongsian menarik untuk kita sama sama boleh jadikan contoh. Oh ya, 28 hari bulan, Hanis akan menghadiri temuduga kerajaan yang seterusya, jum kita sama sama doakan Hanis, moga Allah kurniakan rezeki yang terbaik untuk beliau.. Amin

Kalau tiada apa apa, boleh mula baca perkongsian Hanis di bawah…


2017

Assalamualaikum…sy grade diploma perakaunan tahun 2007.. CGPA 3.26..Di sini..sy ingin berkongsi pglaman gagal dalam exam & temuduga jbtn gov…senang sungguh saya dpt exam n intvw..kawan2 semua kata..mmg bnyk rezeki sy..mcm2 company panggil sy intrvw bila lihat resume saya..kawan2 ada yg dah 15tahun kerja..belajar sampai ke master pun..susah company@spa..gov nak panggil..ya..rezeki itu rahsia Allah..

2008 – Pembantu Tadbir Pengkeranian/Operasi N17

Pertama kali sy ditemuduga pda tahun 2008..untuk jawatan pembantu tadbir pengkeranian/operasi N17..masa tu gaji basic rm700+ sahaja. Saya masih ingt soalan dia..panel tnya..siapa ketua menteri pulau pinang?sy dengan yakin mnjawab Lim Guan Eng..panel tanya saya..apa title nya..sy pun terkebil2..dato kott…hehehe..panel tolong jawab Tuan Lim guan Eng.haha…soalan kedua..mcm mana nk buat surat rasmi..saya pon..berceritala dgn gaya tangan..mula2..tulis nama sendiri..alamat..bla2….bla2..ok..dia kata betul..soalan ke3..kenapa nak kerja dgn kerajaan?n last soalan paling saiko..bila dia tnya..rasa ckup ke gaji yg ditawarkan berbanding dengan gaji sy pda masa tu rm1800..??so..masa tu sy xberapa yakin..sebab itu pglman pertama sy ditemuduga.jadi saya failed..

2009 – Pembantu Akauntan

2009.jawatan pembantu akauntan..taraf SPM..panel selak2 sijil..dia tgok sy ada dip.akaun..so dia tnya akaun..fuhh..trus trang sy ckp..sy xingt dah..sebab kerja sy skrg..xda kna ngena dgn akaun..so..dia angguk2..xpe..soalan lain tntang skop tugas jwtan yg dipohon.dia tnya pegtahuan am..so..sy xleh jawab apa..sbb sy xbersedia lgsung..n tiba2 blur…soalan mudah.. rukun negara je..so..failed

2012 – Agrobank

2012-Agrobank penolong akaun(kewangan)..4 panel(semua pengurus bank cawangan utara)..soalannya:tentang jwatan yg dipohon..tahu x..nanti keja tugasnya apa?..warna korporat agrobank…?ke-3 tentang pertanian..soalan trick..boleh ke..bawa kereta dlm padang(sawah)..?bersebab tanya gitu…huhu..result failed..

2013 – KWSP

KWSP 2013..jawatan pegawai akaun..sblum iv saya survey segala2 mklumat tntang kwsp..sy sanggup pergi ke cawangan KWSP yg terbakar baru2 ni..dari penang ye..jauh jugak..sbb sy yakin..ada rezeki..
Dlm satu bilik ada 3panel..5calon…soalannya..kenapa pentingnya penamaan utk pencarum?setiap calon jawab soalan berbeza2…sy ykin jer jawab..part saya..panel tanya.awak dah kawin ye..jika awak terpilih..utk ke sabah sarawak..adakah awak sanggup?suami mcm mana?erkk…saya senyum2..n jawab boleh..adoiii…dpt ja keputusan iv..failed..

 

2014 – LHDN

LHDN 2014..penolong penaksiran..
masa sy pergi iv ni..saya sarat mngandung 8bulan.hihi..semua yg pergi..semua bujang2..n masih muda2..dalam hati..adoi..persaingan ni..xpela..sy yakin rezeki tu ada..so..dlm bilik iv..soalan nya..tentang cukai..awak rasa gst tu membebankan x..utk org miskin?soalan ke-2..awak rasa org miskin..tapi ada pokok getah..kena bayar cukai x?semua sy jawab dgn yakin.xtahula betul ke salah..haha..soalan last..panel tanya due bersalin sy bila..sy jawab bulan11..so..dia kata..kalo ada rezeki awak..adala..sebab bulan 12 utk kemasukan staff..hmmm..so tgok result utk penempatan..nama xde..so..failed…

2014 – Pembantu Kewangan

NOV 2014-pembantu kewangan(under wisma persekutuan Alor setar)..Tak leh pergi iv..sebab..baru 3 hari bersalin..anak admit ward(kuning)…

2014 – Penolong Akauntan

DEC 2014-penolong akauntan..masa ni..sy dlm pantang hari ke-9..dengan pakai stokingnya..xlarat…ke iv…gagah jugak..sbb percaya..mngkin rezeki anak kali ni…xbersedia langsung..sebab dalam keadaan mcm tu..so..xde soalan menarik yg ditanya..banyak sembang2 jer..failed…

Banyak lagi iv syarikat swasta…tapi failed..sebab tiada pengalaman asas..walaupun dah kerja lama..

Banyak lagi bank BSN..Bank islam(so…sapa nk minta bank..harap bujang)yg dah kawin susah sikit..komitment tggi katanya..mngkin..nanti2 nak kena tranfer branch lain susah…

Exam spa banyak kali sgt dh..jawatan..penolong akauntan..penolong juruaudit..pembantu pengkeranian/operasi..pembantu akauntan.pembantu khidmat pelanggan.semua soalan tntang jawatan yg dipohon..kalau akaun..akaunla yg akn dtanya..basic je..bnyk soalan calculate yg xmampu dikira(kalkulator xdibenarkan)..so..kna cekap..soalan IQ..n saiko..contoh:antara berikut yg mna lagi berat..1kg batu atau 1kg kacang..dll..soalan paling xfaham adalah ..soalan utk tgok personaliti kita…sgt2 trick..contoh:sy seorang yang pnyabar..korang nak jawab ya ke tidak? online spa 2x je..

So..nasihat saya…kena banyak baca n faham sebelum iv..jgn hafal jer..sebab..masa iv nnti..penemuduga boleh tahu kita ni hafal atau yakin dgn jawapan sndiri….

28 March 2018

28hb march 2018 ni…sy dapat iv jwtn penolong akauntan(audit)under Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP)…sy masih blur2..xtahu soalan apa yg nk ditnya nanti..persediaan dia sama je..

  1. buka web Akaun negara
  2. buka web audit negara
  3. Tahu serba sedikit yg brkaitan dengan MPSP
  4. skop kerja jawatan yg dipohon
  5. baca isu semasa(gst..dll)
  6. tanya kawan2 yg bkerja di jabatan ni..minta tips2 utk IV..
  7. belajar bercakap sorang2..utk lebih yakin..masa perkenalkan diri nnti..hihi
  8. selebihnya dah usaha..berdoa…solat hajat n tawakal…

#sesungguhnya rezeki itu rahsia Allah..trmasuklah rezeki dlm pekerjaan..n kita harus percaya..n yakin pada diri sendiri..
#semoga apa yg saya kongsi ini..sedikit sebanyak membantu kawan2 di luar sana..utk lebih bersedia…dlm situasi mcm ni..

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA…


Macam ada bakat jadi blogger kan?

Orait, sekarang ni. Saya nak buat dua benda. 1, minta kita sama sama doakan Hanis untuk 28 hari bulan, dengan meninggalkan komen di bawah. Lagi satu ialah, saya ada sediakan satu artikel khas untuk perkongsian tips temuduga kerajaan. Mungkin boleh bantu anda semua juga




Syarat Syarat Kemasukan ke UITM

Untuk Syarat Syarat Kemasukan UITM ialah:

  1. Berumur sekurang kurangmya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon (rujuk E Syarat di bawah)
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menungu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajat yang sedang belajar di mana mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UITM

Rujuk iklan ini untuk makluman asal.

Untuk Syarat Syarat AM pula:

Calon Lepasan SPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan baik

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

Lulus SPM / setaraf dengan baik.

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Rujuk page UITM untuk makluman asal, syarat am

Apa Yang Ada Dalam E Syarat UITM?

E Syarat UITM ialah senarai program fakulti yang boleh diambil di UITM yang disertakan syarat syarat khas untuk memohon pengajian.

Seperti contoh, klik ke link E Syarat UITM ini, paparan screen adalah seperti di bawah:

Anda hanya perlu KLIK kotak biru Info> sahaja untuk mengetahui syarat syarat khas pengajian fakulti.

Seperti di bawah

Rasanya ini lah kali pertama saya guna ayat ayat yang begitu rasmi sekali di SayaShare.

Ok lah kita tukar kepada bahasa yang saya biasa guna.

Untuk bila masa pula adik adik semua nak mohon UITM, pada Oktober hingga November setiap tahun.

Contoh di bawah untuk tahun 2017/2018.

Permohonan dibuka pada bulan Oktober, sampai awal bulan November. Awal bulan februari tahun berikutnya adalah untuk keputusan. Lepas tu, adik adik akan ada lebih kurang 1 minggu untuk terima tawaran ke tak, dalam masa yang sama boleh juga buat rayuan.

Untuk tarikh rayuan online tu, kalau tak silap, boleh tukar kos atau tukar kampus juga. Korang try la kol tanya. Saya dah lupa. Tapi yang pasti, masa saya sambung belajar dulu pun proses lebih kurang bulan yang sama juga. Dan kemasukan pun lebih kurang bulan Mac juga. Tapi Universiti Malaysia Pahang, bukan UITM.

Update, pengambilan dibuat dua kali, rujuk link ini, https://online.uitm.edu.my/soalan_lazim.cfm

maklumat maklumat lain, seperti nak cek keputusan semua, korang boleh pergi kat anjung UITM macam bawah ni

Ini link nya, https://online.uitm.edu.my/index.cfm

Alright… Setel sudah artikel ni.

Untuk mana adik adik yang nak sambung belajar ni…

Saya ada sediakan beberapa artikel penting yang korang mesti mesti mesti baca dan sematkan dalam diri sepanjang pengajian..supaya tak ulang kesilapan saya yang lampau…

Antaranya:

Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

SERONOK TAU Sambung Belajar Ni…Pengalaman SAYA

Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?

Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Sambung Belajar ni, confirm dapat kerja ke? Confirm gaji tinggi ke?

Siapa Saya dan Saya-Share?

Untuk siapa saya, adik adik boleh tengok kat about me. Saya ada kongsikan detail sana. Sekarang saya cuma nak ingatkan adik adik akan motif saya share sahaja.

SayaShare adalah platform saya untuk berkongsi benda yang saya dah lalui dalam hidup dan perkara untuk terus hidup.

Kalau dulu, darjah 1, sampai 6 – kita amik UPSR, skor cemerlang ke tak cemerlang ke korang tetap juga naik form 1 kan?

Sampai form 1 hingga form 3, amik PMR, kalau sekarang ni PT3. Kalau dulu saya PMR, boleh lah tentukan samada layak ke tak pergi masuk Sekolah Teknik…atau boleh juga stay kalau nak masuk dalam bidang sains. Atau perdagangan ke. Apa yang pasti, korang masih lagi akan lepas dan lalui, dan terus ke peringkat seterusnya iaitu SPM

SPM? Form 4 dan form 5 (saya pernah kena buli time ni). Ambil lah SPM

Dan lepas SPM NAK KE MANA?

Di sini lah la SayaShare come to rescue. Kiranya saya cuba banding banding kan, kalau adik adik sambung belajar dapat apa. Kalau tak sambung belajar, apa jadi.

Nanti dah kerja, nak cari kerja macam mana.

Bila dah kerja, gaji yang korang dapat, apa relatenya dengan yang sambung belajar dengan tak sambung belajar.

Agak agak, sekarang ni dah nak sambung belajar, nanti bila dah kerja dapat gaji berapa? Macam mana nak cari duit atau dapatkan gaji yang tinggi tinggi.

Nanti bila dah habis belajar, dan bila nak cari kerja, saya juga ada kongsikan cara nak cari kerja. Dan bila korang nak kena datang temuduga, saya juga ada kongsikan cara nak temuduga.

Kiranya, saya kongsikan apa yang dah berlaku pada saya atau am nya kepada orang yang dah bekerja supaya adik adik semua ambil iktibar dan manfaatnya..

Satu contoh yag saya boleh bagi, pointer saya dulu 2.93. nyesal tau, serius sampai sekarang saya nyesal. Dan untuk bantu anda, tak jadi macam saya, itu sebab saya kongsikan artikel Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?…

Begitu juga dengan artikel Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

Sekarang ni saya kerja. Basic saya sikit RM 2k sahaja, kalau saya sambung degree gaji saya akan senang senang capai RM 4k dah. Kawan saya umur 30 sekarang. Tua setahun dari saya, sebabkan dia sambung belajar sampai degree, gaji dia sekarang lebih RM 7k sebulan. Tanpa perlu OT OT tau macam saya..

Dan untuk cover problem ni, saya buat artikel Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Dulu, masa buat praktikal, saya nyesal betul sebab salah pilih tempat praktikal. Kawan saya, sebabkan dia pilih tempat praktikal yang baik, kejap je dah berduit. Pakai kereta semua. Saya? Menganggur lagi time tu. Dan untuk cover problem ni supaya tak berlaku pada anda, saya buat artikel Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Jelas kan? Kiranya apa yang berlaku pada saya, amnya kenalan kenalan setaraf dengan saya dikongsikan dalam blog ni, supaya adik adik semua boleh jadikan panduan dan manfaat untuk korang semua bersedia dengan alam pekerjaan nanti InsyaAllah.

Tapi saya tak pergi pada tahap yang detail gila gila lah. Saya hanya blogger biasa sahaja, bukan pakar motivasi bagai…

Berikut adalah sinopsis, serba sedikit pengalaman kerja saya…

Saya dulu sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang. Tahun 2006 – 2009. Diploma Mechanical Engineering, pointer 2.93 only.

Dan kalau ikutkan sejarahnya sampai tahun 2017/2018 ni adalah seperti berikut:

2009 – saya graduate, saya tak sambung degree sebab ada masalah kewangan. Kiranya saya berjaya layak panggilan kedua, sebab panggilan pertama saya gagal. Lepas buat rayuan saya layak. Entah macam mana, panggilan kedua saya layak. Tapi tak pergi sebab duit tak ado..

2010 – saya kerja, 5 bulan lepas tu saya kena buang..kiki, masa ni basic RM 1000

2011 – saya tanam anggur kejap.. lepas tu kerja operator, bawah forklif semua. Gaji RM 600 – RM 700.

Pang pung pang pung, saya tukar kilang ke dua tahun 2011 ni

2011 – di kilang kedua, basic saya RM 1 200. Duk duk duk, saya berhenti..

2012 – lebih kurang dalam bulan April, saya masuk kilang lain, gaji? RM 1 500. Dan bila OT boleh pergi sampai RM 2 500.

Keje punye keje.. 2014. Saya berhenti dan masuk company lain..lebih kurang 1 tahun 6 bulan sahaja..

2014 – saya kerja kilang lain, basic RM 1650 kot. Bila OT, biasa sampai RM 3 000. Biasa juga sampai RM 3 500. RM 5k pernah sekali. Ni memang OT gila gila lah ni…

2016 – Lepas keje 2 tahun di company 2014, saya berhenti lagi.. lebih kurang dalam bulan April juga, saya tukar terus company baru lagi. Basic? RM 2k, dan bila OT boleh pergi sampai RM 4k. RM 3 500 sebulan itu biasa. RM 4 999 tu boleh kata 2 kali kot.

**kalau buat ot lah dapat ribu ribu ni, kalau tak 2k je

Update tarikh sekarang 20 December 2017, basic saya RM 2 142.




Kenapa Tak Boleh Cerita Buruk Company Sebelumnya..

Salam

Sebelum sebelum ni kan. Saya sangat yakin fikir macam ni..

“tak ada masalah pun nak cerita buruk company sebelum nya kalau dah memang perangai diorang buruk”

Ini yang saya fikir tau.

Sebab banyak tulis kat internet mengatakan, tak boleh cerita buruk company sebelum nya masa interview. So saya tak percaya pendapat ni.

Sehingga lah kena batang hidung sendiri

Adoi…

Dalam bulan lepas. Saya ada pergi satu open interview untuk salah satu company terkemuka dalam industri Semicon kat Malaysia ni, iaitu Osram. Osrempit

Saya ada kongsikan gambar gambar nya kat artikel ni, pengalaman temuduga paling latest

so kat dalam artikel tu saya ada bagi tahu lah.. Yang saja nak cari tempat kerja baru, sebab tension ngn kerja sekarang yang terlampau banyak sangat task nak kena setel sendiri.

Saya bukan tak bersyukur tau, saya tahu mungkin ada yang terasa, saya gaji dah ok, dah dapat kerja. Tapi masih lagi nak cari lain. Kami ni yang tak langsung lagi kurang lah peluang nak dapat kerja.

Sorry lah kalau ada yang terfikir macam tu.

Tapi tempat kerja saya sekarang memang bz nak mampus..

Jadi, nak dijadikan cerita. Time saya temuduga dengan Engineer Osram tu.

Saya mula lah dengan keburukan kerja di tempat lama… itu ini itu ini..

Tau Engineer Osram tu cakap apa?

THIS COMPANY WILL EVEN MORE WORSE

Berturutan lah ayat dia mengatakan company Osram ni lagi banyak kerja banding dengan company saya. Yang padahal, sebenarnya tak pun.

Company OSRAM tu dia baru bukak cawangan lagi satu kat Kulim, normally company baru tak banyak kerja pun. Production WIP tak banyak punya.

Confirm tak banyak..

Biasa nya akan ada 2 3 sample sahaja nak jalan. Tool pun masih lagi belum padat banyak nya macam company saya sekarang.

Tapi tu lah, masalahnya sekarang, sebabkan saya sudah start dengan negatif, si engineer to pula dah balas dengan yang kononnya lagi negatif. Agak susah untuk saya tackle dan reply kenyataan dia supaya temuduga tu tampak menunjukkan kelebihan saya..

Tak kan saya nak cakap..

“EH TAK, TAK MUNGKIN. INI COMPANY BARU, TAK MUNGKIN U PUNYA PRODUCTION WIP BANYAK MACAM TEMPAT SAYA KERJA”

Tak mungkin saya ayat saya menang, dan dia akan bersetuju kan?

So lepas ni, saya tak akan buat kesilapan ini dah.

Elok kita cerita yang positif positif sahaja, yang negetif, tinggalkan jauh jauh..

So macam mana nak start dengan positif? Meh saya bagi 3 contoh untuk korang boleh jadikan sebagai idea nanti..

Idea Pertama

Ayat Saya: Untuk company XXXX yang saya kerja sekarang OK. Bagus, best. Benefit OK. Kerja pun nampak macam banyak yang saya dapat belajar. Dari mula proses, sambil akhir. Saya percaya, sangat jarang company company lain yang beri pendedahan dan involvement dalam penghasilan product seperti yang saya dapat dengan company sekarang…

Ayat Penemuduga: Kalau semua dah ok kenapa u nak pindah?

Ayat Saya: sebab saya nak belajar lebih lagi. Saya percaya dengan Osram saya akan belajar lebih banyak benda lagi. Lagi pula dengan company yang baru nak start, machine pun baru masuk. Ia membuatkan saya rasa semangat untuk turut sama membantu bla bla bla..

Saya ada 3 4 kawan juga yang bagi tahu, tool dan machine tengah di bawah masuk kan sekarang?

Ok?

Sekarang saya nak olah dan terangkan pada korang, kenapa saya cakap macam di atas tu. Oh ya, korang kena tukar ayat tu jadi bahasa inggeris tau.. saya malas nak berbelit nak tukar kan..

So dialog yang pertama, saya berikan situasi yang positif. No more negatif. Saya juga puji akan kelebihan bekerja dengan company sekarang.

Untuk dialog dari Penemuduga, confirm dia akan tanya macam tu kan. Kalau semua dah ok, kenapa saya nak pindah pula..

Kemudian, saya tambah dengan dialog kedua sebab nak belajar lebih lagi. Rasanya korang pun perasan, ayat saya yang kedua cakap nak belajar lebih lagi tu tak cukup power kan? So saya perkukuh kan ayat saya, dengan cuba mengawal keadaan dengan bertanyakan soalan!!

Kiranya, cuba untuk alih perhatian dia.

Temuduga ni, kadang kadang kita kena kawal apa yang dia nak cakap juga. supaya ayat tu akan menindas kredibiliti kita pulak nanti..

Jelas?

Ok itu lah 1 sahaja.

Malas pula nak fikir lagi 2..

Adios..

Jangan lupa, baca artikel pengalaman saya yang paling latest tu..




Baju Kot Lelaki? Nak Pakai Ke Tak?

Sepanjang pengalaman saya, yang pakai baju kot bila pergi sesi temuduga ni, ada 2 manusia sahaja.

Manusia pertama abang saya sendiri.

Manusia yang kedua, ada masa saya pergi open interview di penang.

Persoalannya?

Perlu tidak pakai kot?

Saya pun tak tahu, rasa nya tak perlu lah untuk saya sebab sekadar technician sahaja.

Kalau yang bos bos tu mungkin perlu kot.

Saya sendiri sebagai technician, biasa saya akan pilih yang macam biasa awak semua boleh fikir.

  1. Kemeja
  2. Seluar slack
  3. Kasut gelap
  4. Pakai tie

Yang pakai tie tu, kalau pergi temuduga untuk jawatan kosong kerajaan atau syarikat GLC atau syarikat yang separuh kerajaan sahaja saya pakai. Contoh macam TNB

Wajib..

Kalau swasta, ada juga yang pakai dan ada juga yang tak.

Saya?

Dulu masa mula mula fresh nak cari kerja memang saya pakai, tapi sekarang sudah COOL. Semuanya sebabkan pengalaman. Orang tak peduli sangat pun pakai ke tak. Asalkan nampak kemas sudah.

Saya suka warna macam striking sikit.

Normally, ramai yang akan pakai kemeja warna gelap, warna mendung mendung semua.

Bagi saya, memang akan rendahkan semangat sikit.

Tak tao lah orang lain.

Tapi saya lebih selesa pakai baju yang strking dan nampak macam menonjol sikit.

Contoh macam, warna biru kuat.

Bukan lah warna merah, kuning, oren semua.

Ok lah, saya rasa tak ada apa yang nak dibincangkan sangat dengan proper attire masa pergi interview ni.

Kalau yang perempuan lagi mudah kan.

Kasut pun tak perlu…

Lepas ni, saya nak kongsikan cara saya bila perkenalkan diri masa sesi temuduga.




10 Cara Untuk Cari Kerja Kosong Swasta

Jobstreet Adalah Website Terbaik Bagi Saya Untuk Kerja Kosong

Dulu masa saya masih lagi belajar di UMP. Kiranya masa tu sudah nak tahun akhir tau. Abang saya ada cakap, dekat area KL ada macam satu karnival kerjaya. So dia nak saya pergi.

Karnival kerjaya = Job Fair..

Masa tu dalam fikiran saya, adoi malasnya lah. Sebab saya fikir, alah lambat lagi. Nanti cari lah kerja lepas graduate.

Lepas tu abang saya cakap, KAU INGAT SENANG KE NAK CARI KERJA?

Huhu..

Sebab kan rasa macam tu, tu pasal lah saya pernah menganggur dekat setahun..Kononnya nak cari kerja senang, boleh tangguh tangguh. Dan bila dah tiba masanya, baru lah saya tahu.

Sebab nak cari kerja bukan senang….

Tapi nak jadikan cerita memang saya pergi juga lah karnival kerjaya tu. So itu la first time saya pergi macam ni. Kiranya, kerajaan kumpulkan semua agensinya, dan swasta juga, kumpulkan dalam satu bumbung. So nanti kalau anda pergi, akan nampak lah booth booth yang banyak banyak company lain yang turut serta.

Itu lah, masa tu tahun 2008 kalau tidak silap. Sekarang saya buat article ni tahun 2017. Sejak graduate dari 2009. Sampai tahun 2012 baru saya dapat kerja betul tau. Masa tu kalau sekali campur dengan OT, Alhamdullillah lah saya dapat dalam RM 2 500. Lepas dari itu, sampai sekarang 2017 ni, sudah 3 kilang besar yang saya tukar. pernah gaji saya sampai RM 5 200. Masa tu, punya lah rasa hebatnya level diploma, technician mampu capai sampai gaji macam tu. Untuk terbaik, baru baru ni, lepas tukar kilang no 3. gaji saya straight 4000 ke atas selama 3 bulan. Alhamdullillah. Rezeki kahwin kot. Memang saya baru kahwin pun.

Baiklah, untuk tidak lengah masa, sebabkan saya sudah macam tahu sikit cara untuk cari kerja. Siap boleh tukar tukar lagi, lantas saya nak siapkan 9 senarai cara cari kerja untuk anda jadikan satu panduan bila nak cari kerja kosong. Payah tau, memang bukan senang nak cari kerja, tambah tambah lagi kalau mindset salah.

Apa Motif Article Ini?

Penting untuk saya kongsikan dahulu apa motif utama article ini, supaya anda dapat faham dengan lebih jelas.

Biasa orang cakap, eh lepas hang graduate daftar lah spa, daftar lah jobstreet lah. Macam macam kan. Daftar lah itu, daftar ini lah…

Masalahnya, berapa banyak tempat nak daftar? Ada list tak? Boleh listkan untuk saya refer?

Saya sendiri dulu, daftar jobstreet dengan SPA lepas beberapa bulan saya graduate. Kiranya saya tak siapkan benda ni awal awal. Itu pun saya daftar sebab tak sangka yang lubuk untuk cari kerja ni daripada website mana.

Orang kata, main hentam ja..

Tapi untuk anda, atau adik adik yang baru lepas habis study, saya listkan semuanya di sini untuk rujukan ya. Andai kata masih ada yang tak cukup, sila contact atau tinggalkan komen, nanti saya akan masukkan selepas saya nilai sama ada berbaloi tidak anda habiskan masa dengan source kerjaya tu.

So ini lah matlamat saya dalam post ini. Mungkin ada blogger yang buat rujukan atau panduan masing masing, tapi itu cara diorang. Anda boleh rujuk diorang, tapi untuk saya, yang di bawah ni yang saya boleh sediakan.

So, tanpa lengah masa saya teruskan nya ya.

Bawah ini ada lebih +10 cara untuk dapatkan kerja, saya bahagikan kepada dua cara, satu guna internet dan juga secara fizikal.

Secara ONLINE

Dan website website untuk anda perlu daftar dan aktif cari kerja ialah:

  1. SPA8
  2. SPA8 negeri anda masing masing ( ini kena rajin rajin tengok ), contoh macam saya asal Perak, saya akan pergi ke http://spaonline.perak.gov.my/. Atau anda taip saya ‘spa’ + negeri apa di Google.
  3. Suruhanjaya untuk jabatan jabatan tertentu, macam air elektrik contohnya.( rajin rajin jenguk website mereka)
  4. Jobstreet ( ini ler punca utama update saya dapat kerja )
  5. Jobsmalaysia GOV ( saya tak berapa gemar website, macam orang tak ada tangan yang setup )
  6. Mudah.my ( secara purata, iklan jawatan kosong di Mudah tak berapa banyak, tapi boleh lah nak tau tau kan )
  7. MauKerja dot My
  8. My Star Job
  9. Google Search << update terkini

Ok, itu secara online.

INGAT, buat satu satu ya. Jangan ada yang pandai pandai nak skip. Saya sengaja letakkan yang secara online ni sebagai yang pertama, sebab ianya mudah. Anda tak perlu ke mana mana. Setup semua dalam rumah depan komputer sahaja. Baiklah, sekarang kita akan buat yang secara offline pula.

Update Terkini

Lepas beberapa bulan article ini siap saya lupa nak letak lagi satu source yang tak patut kita lupakan juga. Iaitu Google. Caranya, anda taip sahaja jawatan apa yang anda inginkan + dengan negeri yang anda mahu. So, browse website yang disenaraikan Google satu per satu.

Secara OFFLINE

  1. Rajin rajin kan diri untuk round kawasan kilang/industry
  2. Hantar resume byhand terus ke kilang.
  3. Contact terus kilang
  4. Beli newspaper
  5. Pergi ke Job Karnival/Open Interview

Ok, so itu dia.

Sekarang saya akan pergi kepada penerangannya satu persatu.

Untuk panduan isi borang atau pun tips tips yang boleh saya kongsikan untuk cara kerja melalui online atas tu, contoh macam jobstreet dan spa semua tu, anda perlu click website tersebut dan saya akan bawa kepada post khas mengenainya.

Sebab yang seterusnya di bawah ni saya hanya kongsikan cara cari kerja untuk kaedah fizikal sahaja.

Baiklah, sekarang kita akan pergi kepada point untuk cari kerja kaedah fizikal satu persatu.

1. Rajin rajin kan diri untuk round kawasan industry

Tak semua company ni guna cara online. So, ada juga yang akan tempek plat depan kilang kalau diorang nak pekerja baru.

Tapi macam biasa lah, biasa kerja kerja yang macam ni hanya untuk gaji yang dalam RM 1000 sahaja, itu pun kalau mereka ni follow gaji minimum RM 1000 kerajaan itu.

Untuk operator memang sesuai untuk dapatkan kerja macam ni, insyaAllah kebiasaannya anda boleh dapat kerja on the spot.

Tapi macam saya cakapkan tadi, gaji mungkin tak berapa banyak sebab kemungkinan besar hanya untuk level operator sahaja. Tak pe lah, try dulu ya. Kerja sahaja, nanti lama lama ada rezeki naik juga.

2. Hantar resume byhand terus ke kilang.

Percaya tidak, ini adalah teknik untuk dapatkan kerja paling mujarab.

Tapi masih ramai lagi yang tak berapa nak buat.

Kemungkinan besar sebab malas nak print dan jadi posmen hantar satu satu kilang.

Senang je sebenarnya, anda tak usaha memang tak akan dapat apa apa.

Bukan susah pun..,

Lagi sekali saya ingatkan, ini adalah teknik yang paling kuat dan mudah untuk dapat kerja. Percayalah cakap saya.

Caranya mudah sahaja.

Langkah Pertama :

Ambil masa dalam 2 3 hari round di kawasan kilang atau mana mana tempat kerja yang anda mahu. Ambil nama syarikat dan terus buat resume. Pedulikan kalau ada signboard kerja kosong atau tidak, yang penting anda rasa kilang/company tu besar dan nak kerja tempat tu.

Tak perlu masuk dalam tanya ada kerja ke tak pun tak apa. Company besar ada banyak procedure, kadang kadang kita tak boleh masuk. So tak perlu masuk. Pergi tengok sebab nak tahu nama company sahaja. Bila sudah dapat dalam 10. Balik rumah, siapkan resume ikut yang cara saya plan resume. Dan submit pada guard atau pun hantar terus ke depart HR, minta guard yang jaga depan untuk tunjukkan.

Saya sendiri ada pernah try kilang cement di Gopeng, masa itu saya ada nak hantar resume untuk adik saya. Memang guard tu tak bagi masuk sebab saya pakai selipar sahaja. So saya pass dekat abang guard tu sahaja.

3. Contact terus Kilang

Teknik ini pun mujarab juga. Malah lebih target, sebab kita buatkan HR tu tertunggu tunggu.
So katakan kita kol tanya dia, ada kerja kosong ke tak. Biasanya, dialog yang saya cakap macam ni:

Saya : Hello, boleh hubungkan saya dengan bahagian HR ( takut takut salah department )

kalau dia sambung kan, anda tunggu je la. Kalau dia cakap, memang department HR yang bercakap. Anda sambung ayat macam bawah ni.

Saya : Saya nama Ahmad, nak tanya kalau ada jawatan kosong yang masih lagi available untuk syarikat ni.

Kalau ya, anda confirmkan dengan HR itu sama ada nak hantar resume melalui email atau post. Yang baiknya email lah, anda pun tak perlu keluar duit print. Selepas email,pastikan anda call HR tadi semula. Untuk pastikan dia terima.

*Bukan nak pasti sangat sebenarnya, memang confirm HR tu akan dapat pun kan. Cuma nak buatkan si HR ini ingat akan kita. Percaya lah, HR ni memang anda kena baik baik sangat dengan diorang. Sebab diorang yang select nama untuk hantar ke Department.

Lagi sekali saya nak beri penegasan, dua teknik contact kilang dan hantar resume by hand adalah sangat sangat bagus.

Tapi cara untuk terus call kilang ni, boleh juga anda jimat jimat kan duit nak print resume semua kan. Saya sendiri kalau print resume pernah sampai RM 20 juga.

4. Beli newspaper

Kira guna teknik old skul nak?

Ada juga company yang memang beri focus guna paper juga. Contoh macam biasa saya tengok lori driver semua tu.

Ada pernah nampak iklan kerja untuk nurse juga. Boleh kata banyak juga yang nurse nurse ni.

Biasa kalau kerja untuk jururawat mesti ads size nya besar sedikit berbanding dengan iklan lain.

Nak beli paper apa? Saya rasa terbaik yang duk listkan kerjaya ni adalah the star.

The star juga ada website yang listkan kerjaya nya sendiri, di thestar.com.my

So boleh rujuk sana juga.

5. Pergi Ke Job Karnival/Open Interview

Ok, mana mana job karnival memang antara peluang yang paling keemasan untuk anda dapat kerja. Jangan risau kan orang ramai. Tengok pada artikel ni, walaupun ada 800 orang saya pergi satu open interview di Penang, akhirnya saya cekal kan diri untuk stay dan tidak balik. Dan alhamdullillah, selepas 2 bulan tunggu. Saya dipanggil dua jawatan terus..

Ini dia artikel nya, Kalau ada 800 orang di depan mata anda masa open interview?

Tapi, persoalannya sekarang. Macam mana nak update dengan Open Interview?

ada beberapa cara.

  1. Kawan Kawan – ini source saya yang mula mula dulu..
  2. JobsMalaysia – ini source saya yang agak baru juga.
  3. Join MauKerja – Ini cara saya terbaru

MauKerja adalah platform cari kerja baru sekarang Jobstreet. Website ni, bukan sahaja dia bagi tahu ada jawatan kosong. Malah MauKerja pun ada bagi maklumat kalau ada open interview yang mereka buat. So, untuk tahu, anda hanya perlu register sahaja, nanti diorang akan update by email..

>>>> Buat Pendaftaran MauKerja Di Sini <<<<

Ok..itu dia…

Pastikan anda buat semua tindakan di atas dahulu.

Setengah orang cakap, usaha dan tawakal kan.

Tapi nak usaha yang sampai macam mana, dan tawakal berapa lama. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, saya ada post yang nak kongsi kat anda apa tindakan seterusnya pula bila anda sudah apply mana mana kerja.

Saya ada post post lain yang penting untuk anda fahamkan juga.

Ini dia…

Cara Saya Perkenalkan diri Semasa Temuduga

Tone Yang Sesuai Semasa Temuduga

Cara Saya Buat Persedian Temuduga

Sudah right click dan open new tab link di atas?

Saya ada lagi satu link atau post yang nak share, iaitu cara cari kerja yang paling favorite. Anda boleh bacanya di sana, seperti tajuknya sendiri. Kaedah ini adalah kaedah paling mudah dan mujarab untuk dapatkan kerja, bagi saya lah…huhu




Contoh Resume Format Malaysia?

Salam.

Kalau anda betul lah ikut turutan tips untuk dapatkan kerja dari blog SayaShare saya ni. Sepatutnya, anda datang dari page Panduan Lengkap Temuduga. Lepas tu, saya akan minta anda baca contoh resume terbaik.

Dan sepatutnya, selepas contoh resume terbaik tu, anda akan berpindah ke post ini. Iaitu format yang anda patut gunakan bila buat resume.

Alright?

Jelas? Kalau terlepas, mungkin anda tiba tiba sahaja datang ke artikel ini. Boleh berpatah balik ikut turutan ya. Sebab saya sudah susun nya satu satu, ikut flow mana yang patut anda faham dahulu.

Di artikel sebelum ini, saya ada kongsikan 3 jenis resume format yang biasa orang guna.

Iaitu:

  1. Chronological format
  2. Functional format
  3. Combination format yang terakhir

Untuk tahu maksud dan perasan ketiga tiga format ini, anda kena rujuk post sebelum ini lah. Sebab sekarang saya nak kongsikan bagaimana nak tentukan format apa yang sesuai dengan anda.

First…

Chronological Format

Eh, mesti faham dahulu apa dia maksud tiga tiga jenis format ini dahulu ya. Kalau tak faham, entah apa je korang baca artikel ni. fahamkan di artikel, contoh resume terbaik.

Untuk chronological format, anda boleh guna cara tulis resume macam ni bila korang punya pengalaman tu stabil dan steady.

Maksud nya kita ambil contoh macam kawan saya sendiri.

Budak ni nama dia Firdaus. Sebaya dengan saya, dulu sekolah pun sama. G sekolah pun sama. Ingat lagi dia pikul basikal saya sebab dah rosak punya la jauh. Kesian kesian..kawan punya pasal kan.

So si Firdaus ni, masa praktikal dia dah pilih kilang atau tempat buat praktikal company yang memang kukuh. So lepas habis praktikal dia terus dapat kerja tempat sama.

Banding dengan saya, nganggur, lepas tu kerja tak tentu hala dekat 2 tahun juga. Ingat lagi, masa lepas 2 tahun baru nak dapat kerja elok, Firdaus ni dah pakai kereta dan nak kahwin dah pun.

Saya? Huhu. Bukan semua orang bernasib baik ya. Rezeki. Mungkin saya banyak dosa kot.

So kalau anda macam Firdaus, boleh la guna format ini. Career path anda tu cantik sahaja, tiada cacat cela. Kerja pun dalam bidang yang seakan sama. Memang sesuai kalau guna format ini.

Functional Format

Untuk Functional format pula. Ia lebih bersifat selective. Kiranya dalam bahagian pengalaman tu kita hanya pilih mana yang berkaitan sahaja. Untuk macam saya yang ada naik turun ni, memang saya akan pilih yang Functional format.

Malu lah kan kalau dia tahu saya kerja entah apa apa.

Lagi pun nanti anda nak demand gaji pun agak susah.

Contoh macam first kerja saya, saya kena buang tau. Sial betul…..Geram juga masa tu.

Dan sekarang, katakan saya tulis dalam resume, “previously I got fired”

Hah apa macam? Hehe. Agak agak dapat tak kerja tu?

So functional format, yang terbaik untuk saya. Saya percaya ramai juga akan lebih nak tulis cara functional format.

Ada sorang kawan saya lagi. Nama dia Amirul kot. Lupa dah.

Sebelum dia kerja dengan saya di satu company ni, agak lama juga dia tak kerja tau. Bertahun juga. Padahal sebelum nya dia memang pernah kerja kilang. Berhenti sebab apa entah, balik kampung kejap katanya.

So Amirul pun kena tulis cara functional format. Tapi memang dia kena pandai buat ayat cover balik lah, kenapa yang sampai bertahun tak kerja kan.

So time resume, memang kena betul betul get ready dengan soalan ni.

Combination Format

Ikutkan pada InterviewGuys, sebuah laman web yang antara menjadi rujukan saya juga. Combination format resume ni lebih sesuai untuk mereka yang nak tukar career.

Contoh macam, selama ni anda kerja technician, anda nak jadi process technician pula

Atau pun selama ni anda electrical engineer, anda nak cari mechanical engineer pula contohnya.

Memang pelek lah, kenapa nak jadi mechanical kalau dan electrical sebelum nya kan. Tak mengapalah, contoh sahaja.

So, again. Combination format lebih sesuai untuk mereka yang nak tukar cara bekerja atau jawatan yang tak biasa dia buat.




Betapa pentingnya followup masa nak cari kerja

Ni panduan untuk tulis resume.

Ini pula untuk temuduga

Dan bila dah hantar resume, jangan terus diam sahaja. Anda mesti follow up.

MESTI
MESTI MESTI
SEMESTINYA….

So macam mana nak follow up?

Cara saya ialah..

Dengan selambanye saya CALL….

Kadang kadang, bila lepas saya apply Jobstreet pun saya call.

Apa lagi kalau resume yang hantar by hand.

Kalau anda email, pun ok juga.

Mungkin boleh email dahulu staff HR nya ke, atau pun kalau tiada response. Anda call terus.

Kebiasaannya saya akan call lepas 2 minggu.

Masa nak Call apa nak cakap?

Ok, sememangnya bagi saya sendiri, ada seni nya juga..hehe

Baiklah, ini cara saya buat panggilan untuk follow up kilang lain yang saya apply.

Pastikan jangan time break ya. Tambah lagi kalau kerja dengan agensi kerajaan. Biasalah orang kerajaan kan kerja lepak..

So, dalam pukul 10 pg, 11 pg tu terbaik lah.

Jangan awal sangat takut diorang ada meeting pagi pagi.

Petang sangat pun jangan. Takut diorang dah balik..hehe

Kul 3 petang ok kot. Jangan kul 2, time break lagi tu.

So…pukul 10 pg lebih lah senang cerita.

RING RING RING.

ME : HELLO, BOLEH SAYA BERHUBUNG DENGAN BAHAGIAN HR?

HR : YA, INI SAYA BERCAKAP

ME : OK, MCAM NI, NAMA SAYA SYED, SEBELUM NI SAYA ADA HANTAR RESUME UNTUK JAWATAN KOSONG SEKIAN SEKIAN, SO SEKARANG BILA SAYA BOLEH DATANG UNTUK SESI TEMUDUGA?

HR : “ suka hati dia lah nak cakap apa “

Ulasannya pula.

Bagi saya lah kan.

Elok kalau kita tanya macam soalan di atas.

Kiranya kita jangan bagi dia option katakan tidak atau pun tak boleh atau pun no, ataupun not available.

Tu sebab saya dengan muka tak malu, tanya bila boleh datang temuduga walaupun soalan saya macam pelek.

So itu lah seketul pendapat dan cara saya sendiri.

Sememangnya, saya suka temuduga, sebab benda ni boleh buatkan saya lebih kenal bos baru dan environment kerja baru nanti. Saya nak yakin kan dia yang saya ni pandai buat kerja pun lebih mudah sebab face to face kan.

Between You and HR…

Jangan marah HR, jangan argue HR

Anda buat HR ni sebagai teman terbaik anda.

Ingat ni.

Bagi saya, kilang kilang yang anda nak apply ni, HR lah yang paling penting. Dan jangan sesekali cemarkan hubungan baik anda dengan HR untuk mana mana kilang pun.

Sebab apa apa pun, anda berhubung dengan diorang juga.

Saya ada satu contoh email di bawah nak kongsi pada anda…

follow-up-masa-cari-kerja

Ok, apa yang sebenarnya berlaku.

Saya tiba tiba dapat kerja jawatan yang lain untuk company yang sama. Tapi HR dari cawangan lain yang contact saya.

Masa tu, saya ok je untuk temuduga sebab diorang dah panggil kan.

Saya pun masa tu, masih lagi tak dapat response untuk jawatan yang sama.

Tapi entah macam, hari saya deal untuk jawatan kedua ni juga lah, pagi tu baru saya dapat response yang bagi tahu saya diterima untuk jawatan pertama.

Dan, untuk menjaga hati HR Si Adek Mastura ni, saya pun bagi email, mengatakan yang tq sebab pilih saya. Dan politely bagi tahu, saya dapat jawatan yang lagi satu pula.

Si Mastura, siap doakan saya lagi, all the best in your future gitu.

So pendek kata.

Kalau kita buat baik, insyaAllah, Allah pun akan balas baik.

Setuju?

Dan sekarang ni, katakan tiba tiba saya terpaksa pindah Melaka. Agak agak Cik Mastura ni boleh bantu tak untuk saya dapat kerja di Melaka? Macam sudah ada lubang kan? InsyaAllah.




Masa OPEN Interview, Kalau ada 800 Orang Depan Mata. Terus balik atau stay?

Ok, sebenarnya tajuk yang saya tulis di atas itulah yang terjadi pada saya dalam akhir tahun 2015 kalau tak silap. Masa tu ada open interview untuk salah satu company pelopor dalam industri semikonduktor di Penang.

Namanya, Infenion, buat di Hotel.

Saya segan nak tangkap gambar time tu.

Tapi masa tu memang terlampau ramai sangat orang.

Dah la saya pun datang lambat.

Saya ingat lagi, masa tu saya tengah kerja shift malam di Ipoh, Sun Edison ( company ni dah shut down dah pun ).

Tiba tiba, member bagi tahu. Ada open interview Infenion di Penang esoknya. Masa tu tak ada pula hati rasa nak pergi atau pun tak, memang saya set nak pergi redah sahaja.

Selamat semua resume dah siap, so plannya, saya print semua di Ipoh dan terus pergi Penang.

Lama juga saya pagi tu susun susun fail dan print semua. Pendek kata, pukul 11 setengah pagi baru sampai Penang.

Dan bila saya masuk sahaja tingkat yang interview tu, nak bagi tahu ramainya, nak jalan pun susah. Terlampau ramai sangat.

Saya tak pernah ada pengalaman macam ni, ada juga terfikir, nak balik ke nak stay.

Tapi saya stay juga lah, sebab alang alang dah datang. Dan tiba tiba pula ada jumpa satu member kilang sama Sun Edison juga.

Maka melepak lah kami.

Proses Interviewnya?

Proses interviewnya macam ni, biasa company besar sahaja akan buat sistem macam ni.

Daftar → buat soalan quiz → kalau lulus → baru boleh di Interview

Kalau tak lulus → tinggal resume → boleh balik

DiriKu Sebenarnya PENUNGGU

So sebab kan terlampau ramai, memang lama sangat saya tunggu.

Dalam masa tunggu tunggu tu, rasa sedih juga tengok orang yang datang. Ada yang satu group tu, si perempuan muda dukung anak ( mungkin menantu atau anak sendiri ), lepas tu ada satu makcik ( maknye kot ) tengah pimpin tangan budak kecil ( anaknya kot ), dan sebelah lagi tangan makcik tu ada sampul surat, yang kemungkinan besarnya adalah RESUME.

Makcik pun nak cari kerja weiiiii

Ni buatkan saya lagi takut juga, sebab kilang yang saya kerja plan nak shut down, masa time ni pula Intel kalau tak silap, sudah pun shut down salah satu site nya di Malaysia. So itu sebab ramainya sangat.

Pukul 3 baru saya start quiz wei…

Ye, bayangkan dari kul 11 lebih, sampai kul 3 saya tunggu, baru lah mula giliran saya untuk buat quiz.

Rasanya buat dalam 10 minit sahaja kot.

Dan dalam 3 45 macam tu, diorang mula panggil untuk group saya yang buat quiz bersama tadi.

Alhamdullillah saya lepas hasil dari bantuan rakan sebelah, dan juga HR Infenion itu sendiri yang bantu. Hehe

TAPI>>>>>>>>

Tapi apa kan daya, elok je saya sampai untuk ambil result quiz.

Terus HR lain kata,

Maaf ya, kita sedang dalam kesuntukan masa.

So anda tinggal resume, nant kalau layak kami akan call.

Masa tu,saya dah lupa dah saya marah ke apa.

Cuma yang pasti, saya memang tersangat ngantuk.

Dengan malam tu lagi kerja kan.

Tunggu punya tunggu, tak juga si Infenion ni call.

Dan selepas 1 bulan baru lah ring ring ring.

Diorang kata, sila datang untuk sesi temuduga.

Saya pun datang, dalam pukul 12.

Mula mula saya interview dengan 2 engineer nye, lepas tu dengan Manager, pendek kata, pukul 2 ptg baru saya keluar.

Lama kan.

Ye memang lama. Pipi saya dan kebas dah untuk usaha buat muka senyum.

Lepas balik.

Saya macam dapat rasakan yang saya akan dapat.

Tapi pelek juga sebab tak panggil

Tapi ok lah, lepas satu bulan lagi.

Diorang panggil dan saya pun masuk kerja lepas satu bulan lagi nya.

Dan sekarang? Saya di Infenion…

Untuk summary pengalaman saya.

Sorry ya, rasanya dah banyak kali ulang juga tempat kerja saya kat post kat blog ni.

Saja nak buat supaya anda lebih kenal saya.

Kerja Pertama

So saya start kerja dengan kilang design2 macam tu selama 5 bulan.

Lepas 5 bulan saya kena buang. Hehe

Kerja Kedua

Kerja bahagian marketing sebulan. Lepas tu saya cabut…

Kerja Ketiga

Saya kerja di kilang screw di Silibin, Ipoh sebagai operator. Dalam 3 4 bulan kalau tak silap. Punya la penat angkat screw time puasa.

Kerja Keempat.

Yang kilang ni kilang bos yang sama untuk ketiga, tapi cawangan lain lah. Sebabkan saya ada diploma itu sebab bos ni bagi saya pergi kilang dia yang lagi satu. So saya pergi, kerja tak lama pun, rasanya total dua dua kilang dia ni, adalah dalam 7 bulan.

Kilang ke 5

Saya kerja dengan Carsem, semikon, masa ni gaji saya mula naik 2 ribu lebih.

Kerja tak lama juga, dalam 1 tahun 6 bulan. Lepas tu saya berhenti sebab ada kilang lagi best di Ipoh.

Kilang ke 6

Sun Edison, boleh kata, one of the best moment sepanjang saya kerja lah, tapi tu lah. Kilang best memang tak tahan lama. So kerja paling lama setakat ni, 2 tahun.

Masa kerja sini, gaji paling tinggi dalam 5k.

Oklah yang exact nya, 5 ribu 2 ratus. Banyak tu. Paling banyak dalam hidup saya kerja kilang dapat banyak ni.

Saya cari Infenion atas tu sebab kilang ni nak shut down.

Kilang ke 7?

Ni lah Infenion…saya start masuk april 2016, sekarang masa saya tulis ni September 2016.

Berhenti bila? InsyaAllah, lagi 2 bulan..

Ye memang saya nak berhenti lagi…

Walaupun saya pernah dapat gaji hampir 4k, kalau tak silap 3 ribu 9 ratus. Walaupun baru kerja 3 bulan. Tak confirm lagi pun, tapi dah dapat gaji banyak tu kan.

Tapi saya nak berhenti juga. Bukan tak bersyukur tau, tapi elok saya berhenti..

Ada apa apa soalan?




Tentang Saya

Nama pena saya, Syed Shaff. Saya sudah lebih 7 tahun bekerja dalam bidang Swasta. Saya graduated dari UMP, dalam tahun 2009, Diploma Mechanical Engineering. Dan sampai sekarang yang saya tulis ni, 2017. Sudah lebih 7 kilang saya duk tukar keluar masuk.

Gaji? Saya pernah dapat gaji RM 100 sahaja sebulan, sampai sekarang alhamdullillah RM 4000 sebulan bukan lagi mustahil.

Saya bukan riak, saya nak kongsi apa yang saya tahu, supaya anda tak susah macam saya.

Sikap Segelintir Orang Sekarang…

Biasakan, kita terdengar orang cakap, Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Juga Menganggur!

Ish Ish..Sadisnya ayat tu. Nampak sangat Dah Putus Asa Tanpa USAHA. Tak pun, yang baik sikit, Belajar Tinggi Tinggi Pun, Tetap Juga Buat Kerja Yang Biasa Biasa. Nampak mcam baik, tapi sama je sikap dua golongan ini.

Sebenarnya, nak cari kerja tu susah. Banyak betul preparation kena buat. Tapi susah yang bukan lah sampai tak mampu buat. Banyak je orang yang berjaya buat. Saya sendiri pun Alhamdullillah, dari menganggur, kerja tak tentu hala hampir 2 tahun. Akhirnya dapat juga kerja yang elok, yang setaraf dengan kelulusan saya.

Dan ini sebab lah saya dirikan Saya Share .com

Dengan SayaShare.com saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari sediakan resume, cara saya prepare temuduga, sampai saya dapat kerja. Dari awal hingga akhir.

Bagaimana Saya Share Boleh Bantu Anda?

Apa guna saya buat blog kalau tak ada orang baca kan. Untuk bagaimana perkongsian saya ni boleh beri manfaat ( saya rasa lah ) pada anda adalah, hasil dari pengalaman yang saya REKOD dan jadikan sebagai penulisan dalam blog ni.

Susah tau nak cari kerja, kalau pergi open interview, contoh macam salah satu cerita saya ni, 800 orang depan biji mata. Nak Balik Blah ke nak Stay?

Kalau tak KUAT, memang dah lama blik tidur. Jadi orang yang kuat semangat, dan ada mentality yang betul sahaja yang stay. Dan ini yang saya kongsikan dalam blog ni.

Antara Artikel Yang Betul saya rasakan patut anda baca, insyaAllah boleh bantu temuduga ialah :

  1. Contoh contoh soalan yang lazim di tanya – saya dah kumpul kan dah soalan bocor temuduga. Tak kesah lah, untuk yang temuduga kerajaan atau pun swasta. Saya kumpulkan untuk anda.
  2. Contoh soalan yang susah nak di jawab pula – ini pun tak kurang juga penting nya. Kalau ditanya tanpa prepare confirm blur. Tapi kalau anda baca ni, insyaAllah boleh jawab dengan mudah
  3. Cara Perkenalkan Diri – ini antara soalan bocor juga, tapi yang dahsyat nya soalan ni confirm akan di tanya. Walaupun confirm akan ditanya, tapi masih ramai yang tak prepare dengan baik. Dalam artikel ini, saya kongsikan 5 bahagian cerita, yang patut anda kongsikan. Jangan cerita lebih lebih, cukup sekadar ringkasan sahaja.

Dan banyak lah.

Untuk anda yang betul betul nak tahu tips temuduga, saya sudah rankumkan semua nya ni Panduan Lengkap Temuduga. Panduan ni saya buat berjam jam juga. Termasuk nak sediakan blog ni, lagi lah berjam jam. Tak minta bayaran pun. Hanya rajin kan membaca sahaja.

Ini dia, Panduan Lengkap Temuduga sekali lagi,

Kalau ada apa masalah, boleh hubungi saya di sini.

Oh ya..

Selain daripada tips temuduga. Saya juga kongsikan lagi satu topik penting untuk kita yang dah habis belajar. Mesti nak kan asset dan harta kan.

Kereta, Rumah..

Pendek kata, cara nak dapatkan rumah pertama.

Cara nak kawal perbelanjaan. Cara nak buat permohonan personal loan anda berjaya. Atau pun personal loan yang paling cepat di process. Ada juga saya kongsikan di sini. Apa apa pun, selamat browsing ya.