Kenapa Sesi Interview/Temuduga Itu Penting

Alright, article ini untuk menyokong lagi satu article yang saya sudah buat sebelum ini iaitu, Kenapa Kita Tak Perlu Rasa Takut Untuk Pergi Interview.

Cuba fikirkan,

Apa cara atau idea yang boleh kita tahu kondisi di mana mana tempat kerja baru?

Maksud saya, macam mana anda nak tahu kerja di tempat tu ok ke, kawan kawan ok ke, bos ok ke, ada pressure ke tak.

Semua semua itu lah.

Bagaimana?

Kalau saya sendiri, boleh fikirkan 2 sahaja.

Pertama

Daripada rakan kita, ya mungkin ada kawan rapat yang sudah pun kerja situ. Lagi cantik kalau department nya pun sama.

Harapnya dia boleh ceritakan lah apa yang dah jadi kat sana. Environment kerja nya sihat atau tidak semua.

Kalau anda dapat cara ni, memang cantik. Bagi saya cara ni terbaik untuk kita pastikan sama ada kita patut pindah tempat kerja atau tidak.

Tapi bukan semua orang ada peluang ni, saya sendiri tak pernah ada.

Ye la kawan pun tak berapa nak ramai sebenarnya saya ni.

Saya jenis buat hal sendiri je.

Ok itu yang pertama.

Yang kedua?

Tak lain tak bukan ialah daripada apa tajuk kita nak cuba duk buat kan ni.

Daripada Sesi Interview/Temuduga.

Sebenarnya, dikalangan kita focus sudah lari sikit dari matlamat.

Tujuan Interview, adalah untuk kita tahu situasi di tempat kerja baru.

Seperti contoh, kerja macam mana itu semua lah. Gaji berapa boleh bagi, benefit apa semua.

Itu yang sepatutnya tujuan kita pergi interview.

Tapi kita sudah ter off daripada matlamat sebab perasaan takut yang kalau soalan tak boleh dijawab.

Perasaan takut ini mungkin didorong oleh beberapa perkara, antaranya:

  1. Terasa nak sangat untuk bekerja tempat itu
  2. Anda sudah tiada option lain yang penting mesti dapat kerja
  3. Atau pun, anda rasa takut sebab takut takut tak boleh jawab soalan dia
  4. Atau pun, anda rasa takut sebab jumpa dengan orang lain, atau bercakap dengan orang lain
  5. Atau pun, anda memang suka takut tak tentu pasal.

Pendek kata.

Anda kena betul kan niat dan tujuan untuk pergi temuduga.

Saya pernah di panggil interview di Penang, untuk jawatan technician di sub project oleh TNB.

Kiranya bukan TNB, tapi syarikat yang TNB sub kan.

Namanya TNB Remaco kalau tak silap.

Kawan saya memang ada kerja di TNB Remaco ni, tapi bukan di Penang, di Manjung nun.

Dan berdasarkan apa yang dia cakap, memang ok lah benefitnya.

Dan saya pun pergi dengan rasa kuat sangat nak kerja.

Tapi bila sampai, basic 1200 kalau tak silap.

OT tak ada.

Masa itu sahaja basic saya sudah dalam 1700 kalau tak silap.

Dan bila OT, 2600 mesti dalam tangan punya.

Tiba tiba saya nak dapat gaji 1 lebih, duduk lagi kat negeri orang, bayar sewa macam mana? Makan lagi?

Abang saya bising juga, sebab tak ambil.

Geram juga. Apa ke bangangnye nak ambil keja gaji macam tu.

Bila si interview tu dah kata macam tu.

Saya pun kata lah.

Kalau macam tu, tak per lah.

Saya tunggu jawatan dari Remaco Penang untuk yang lebih baik lagi untuk saya.

Dan terus balik Ipoh.

Motif nya mudah.

Saya tak rasa jawatan itu akan beri hidup saya lebih baik lagi dari tempat sebelum nya.

Kawan saya di Remaco itu ada juga cakap.

Ala hang keje je situ, aq rasa dia nak acah hang je cakap tak ada OT.

Masa tu saya geram juga, dan terus cakap.

Kalau dia nipu aq, dia le sengal, sebab aq tak keja dengan dia.

Hah ye dengan bongkaknya.

Alright?

Jelas?

Tak perlu takut ye, tenang, dan cuba study study sikit.

Kalau kita nak sangat dengan satu satu company tu patutnya kita prepare lebih awal.

Prepare bukan nya duk study apa company tu buat sahaja, malah ayat ayat dia yang boleh kita tangkis.

Adakah Saya Total Tak Gabra?

Mesti lah tak, dah nak 30 dah ni.

Masa awal awal kerja dulu, masa awal awal nak pergi interview dulu, memang ler.

So kita kena praktis juga, banyak testing cakap sorang sorang lah yang biasa saya buat.

Tapi baru baru yang interview ni pun saya gabra juga.

Masa itu interview untuk TNB Jana Manjung, mungkin sebab terlampau nak sangat kan kerja tu.

Saya ada share apa kesilapan yang saya sudah buat, harap anda jangan pula lagi ulang kesilapan saya tu ya.




Selepas Interview Apa Pula?????

3 Benda Penting Yang Anda Perlu Buat Selepas Temuduga

OK, so sekarang anda sudah pun habis siap interview.

Katakan lah baru 1 jam yang lepas kan.

Jadi lepas ni apa nak buat?

Saya ada 3 benda penting untuk anda boleh lakukan..

Yang Pertama

Tak ramai yang buat ni, tapi ada eloknya kalau anda email si orang yang interview anda, bagi tahu appreciation sikit.

Contoh ayat yang biasa saya buat macam di bawah ni.

“ Hi Name ( pastikan anda catit nama dia ),

Thanks with our previous interview. Well, among most of time, I believe yesterday was great interview. Thanks for your time “

Kiranya, nak bagi tahu appreciatition kita lah.

Tapi tak semestinya saya tujuan saya tulis hantar email pada diorang ni balik sebab nak cakap macam tu.

Kadang kadang untuk cover balik apa yang silap. Biasa lah interview, mesti rasa gabra. Bila gabra mula lah ayat yang plan nak cakap pun mula lah jadi huru hara

Contoh macam kesilapan saya interview dengan TnB, memang banyak silap.

Saya ada buat satu post article tentang kesilapan saya tu di sini, kesilapan interview saya dengan TnB. Harap adek adek baca dan jadikan pedoman juga ya.

So, untuk kes macam saya dengan TnB tu memang saya akan email dan bagi tahu ayat tambahan untuk tambah tambah balik mana perkara yang saya tak mention masa sesi interview, saya cakap kat email.

Tapi tu lah, anda mesti ingat nama si orang yang interview tu. So, senang nak follow up nanti.

Saya ada mention perkara ni dalam perkara penting yang mesti anda buat sebelum interview.

Ok, so itu dia. No 1, anda mesti email bagi tahu pada si interview tu yang anda ni rasa terima kasih sangat sebab di beri peluang.

Kalau nak saya brainstorm lagi atau bagi sahaja ayat penuh macam mana saya karang ayatnya, sila tinggalkan komen ya.

Sekarang saya nak pergi point no 2 pula.

Dan point no 2 ialah – buat tak reti sahaja.

Atau dalam erti kata lain. Tunggu dengan penuh sabar

Kalau tak dapat anda buat kerja macam biasa dan usaha untuk cari kerja lain, kalau dapat alhamdullilah. Dalam erti kata lain lagi. Yang pergi interview bukan anda sorang. Maka tak semestinya anda akan dapat. Mana tahu Allah tu masih lagi simpan rezeki anda untuk kilang yang lain pula.

Tapi tak bermaksud kita perlu redho sahaja. So itu sebab saya buat point no 3.

3 – Yang terakhir – Jangan lupa follow up

Kalau dah lepas 2 minggu atau 1 minggu senyap. Kalau saya sendiri lepas 2 minggu, kilang tu buat tak reti sahaja. Saya memang akan call dan bertanya khabar berita apa resultnya.

So, anda jangan malu malu nak call dan tanya status application anda. Dan jangan tangguh tangguh.

Kalau saya sendiri kan, saya suka call guna nada yang macam bersedia untuk pergi interview.

Maksud saya macam ni.

Bagi saya lah, sebab salah tau kalau kita call company dan cakap macam bawah ni:

“Hello, hari tu saya ada apply kat jobstreet tentang jawatan kosong yang company you baru buka, so macam mana ya?,”

Hah biasa kita akan guna ayat macam tu, adek saya sendiri kalau dia bercakap call company tu balik, dia akan gunakan ayat yang macam atas tu.

Bagi saya, ayat tu salah. Bukan lah salah yang exactly salah, tapi ada eloknya kalau anda cuba kawal si orang yang bercakap tu.

Dan berikut merupakan idea ayat yang memang biasa saya cakap masa mula mula kelam kabut cari kerja dulu.

“Hello, hari tu saya sudah apply you punya kerja dekat jobstreet, so bila saya boleh datang interview?”

Kalau anda perasan, saya cuba kawal dia, dan pernah pengalaman saya si orang yang kita call tu, biasanya bahagian HR dia akan terus deal time untuk saya datang interview.

Mungkin style ni sesuai untuk anda yang tak rasa janggal sangat pergi interview kot. Saya ada buat post tips untuk siapa yang masih lagi takut takut nak pergi interview disana kalau anda miss.

Baik lah, saya rasa itu sahaja kot.

Apa pandangan adek adek?




Persediaan Yang Perlu Dibuat Sebelum Pergi Interview

Ok, so katakan lagi 1 minggu tarikh untuk anda interview.

Kalau dapat awal 2 minggu lagi sedap. So preparation kita nanti akan lebih sempurna.

Untuk persedian sebelum interview ni ia sangat penting. Bayangkan, anda dapat kerja atau tidak bergantung pada dalam tempoh 15 minit itu sahaja.

So kenapa tak susah payah untuk bersedia dalam 1 minggu atau 2 minggu lebih awal kan.

Dan dalam post ni, saya akan berikan 6 tips atau perkara yang anda mesti lakukan untuk pastikan sesi temu ramah nanti akan berjalan lancar.

Yang Pertama – Anda mesti prektis.

Anda mesti duduk atas meja, dan bercakap seoalan olah si interview tu minta anda kenalkan diri. Yang sememangnya pun dia akan minta anda kenalkan diri dahulu bila mula mula kan.
So praktis kenalkan diri.

Tak perlulah start dari tadika. Sekolah rendah pun tak perlu, sekolah menengah pun tak perlu.

Cukup sekadar study mana, kos apa, kalau ada pengalaman kerja anda cerita. Kalau yang masih baru atau baru graduate memang cerita takat pengajian anda di Universiti atau Politeknik sahaja. Pencapaian macam sukan sukan semua, simpan untuk interview dengan kerajaan je lah.

Saya tengah tak rajin ni, nanti kalau saya rajin, saya boleh buat video, macam mana saya perkenalkan diri kalau interview. So anda boleh dapat gambarannya dengan lebih elok. Tak pe lah, tinggalkan komen suruh saya rajin, nanti saya akan buat.

Untuk point pertama, anda mesti praktis untuk kenalkan diri.

Pastikan mula dalam 1 minggu lebih awal. Kalau lagi 2 hari nak start memang akan buat anda rasa masih lagi kekok. So pastikan praktis tu mula dari awal dan setiap hari dan lebih dari sekali dalam sehari. Huhu
Paham tak ni?

Kedua.

Jangan lupa baca requirement job post yang anda nak apply tu jadikan sebagai point untuk anda sembang nanti.

Contoh, macam saya sendiri. Katakan dalam iklan job tu tulis:

advantages for those who know how to define graph chart.

So nanti dalam interview tu, dengan muka bangganya lah saya duk cerita yang kerja saya juga melibatkan graph graph juga.
Tapi jangan lah direct sangat.

Contoh anda buat ayat macam bawah ni..

“so, as I saw your job application you prefer someone who can define chart right, well I know how bla bla bla’’

Bagi saya ayat tu macam angkat bakul sendiri.

So lebih baik guna ayat yang macam ni.

“After I setup machine, we will run a calibration with the tool, the result of calibration will pop up kind of chart that shows how well previous run data was performed. If ok, then we proceed. If data from graph shows its off or out of spec, we will redo the trauble shooting process “

Lebih kurang macam tu lah. Nampak lah macam ikhlas sikit kan.

Penat pula rasanya nak reka reka ayat untuk kome kome ni.

Tapi ingat, jangan cakap tentang pengalaman kerja anda yang anda sendiri tak berapa nak faham, nanti kena goreng balik. Sedangkan kita yang nak goreng dia kan.

Yang ketiga pula

Pakai baju yang striking sikit. Sikit je, jangan banyak
Jangan pakai baju kelabu, jangan pakai baju hitam.

Kecuali hitam metalic.

Kalau saya sendiri, saya suka pakai kemeja biru.

Nampak kemas, dan ada keyakinan sikit. Saya sangat sangat tak suka pakai baju kelabu kelabu macam tu.

Sebab ramai orang pakai, biasanya nanti orang yang interview tu mesti tak berapa nak perasan anda sangat.

So pakai baju yang striking sikit untuk tarik ingatan dia.

Keempat…

JANGAN LUPA DATANG AWAL.

Dengan datang awal, akan buat kan anda lebih bersemangat. Mindset pun akan jadi positif…

KeLima

Patut saya letak ini no 2, sebab penting juga.

Anda mesti ambil tahu sebanyak boleh tentang company yang apa yang diorang buat.

Apa jenis product ke contohnya. Proses nya. Contoh macam kalau TnB soalan paling bocor ialah, apa proses arang batu untuk jadi tenaga.

Memang dia akan suruh cerita daripada kapal arang batu sampai, masuk ke terminal pembakaran lah. Masuk furnace lah, semua kena cerita. Sampai lah api tu sampai ke rumah. Sampai bil api yang tinggi melambung tak perlu lah cerita ya..

So, sila ambil tahu company yang anda nak apply kerja tu.

Ok, saya rasa itu sahaja kot.

Tapi, bagi saya, yang paling penting anda praktis bercakap. Buat buat macam petah bersuara.
So nanti akan jadi lebih senang.

Eh lagi satu, nanti interview tu mesti akan minta anda pun tanyakan dia soalan tentang company.

So ada eloknya kalau anda prepare apa soalan nak tanya. Tapi jangan tanya soalan bodo ya, sudah diberi peluang patutnya tanya lah soalan yang macam bijak pandai. Baru nampak kualiti sikit.

Baiklah, kalau tiada apa apa, kipidap…




7+1 Pengalaman Interview Yang Saya Sudah Pergi

Alright. Untuk umur saya masa tulis artikel ini ialah 29 tahun.

Saya start mula cari kerja yakni selepas graduate masa umur saya 21 atau 22 tahun lebih kurang.

Yang pasti graduate tahun 2009. daripada Universiti Malaysia Pahang

logo UMP

Dan dalam artikel ini saya akan kongsikan pengalaman kerja dan interview yang pernah saya hadir sejak dari 2009 sampai lah 2017 yang sekarang ni saya kerja.

Alright? Jelas? Excited tak anak anak?

Saya harap, apa yang saya kongsikan bawah ni adik adik semua boleh jadikan iktibar, ambil maklumat penting mana yang patut. Jadikan sebagai penguat untuk anda cari nafkah yang halal. InsyaAllah.

Kalau tak ada apa, insyaAllah saya mulakan ya.

Bismillah..

Pertama : Kilang Unisem

Kilang Unisem ni di Ipoh.

Product semiconductor. Nak jadikan ceritanya, kilang ni boleh kata ramai sangat lah kawan kawan sekolah saya dulu. Lagi pun jarak nya dengan sekolah menengah untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tak jauh mana pun. Disebabkan kedudukan Kilang ni yang sejak dari azali saya dan kawan kawan lain sudah perhati setiap kali nak pergi sekolah. Buatkan ini lah antara kilang yang menjadi target utama saya.

So itu salah satu sebab saya minta lah. Ada ramai kawan situ.

Masa tu, interview nya buat di Hotel Ipoh. Lupa dah namanya. Open interview.

Yang datang tak ada lah ramai sangat. Tapi mungkin lebih dalam 300 orang juga.

Nak habiskan cerita, interview ni memang saya failed. Ini first time pergi interview, sampai orang yang interview saya tu dia tanya,

u baru pertama kali dating interview ker?

Saya cakap ya, lepas tu dia bagi tips semua. Sebab saya memang tak prepare.

So dia cerita lah, mesti bersedia apa semua.

Dan saya pun balik lah dengan hati yang entah apa lah kerja yang akan saya dapat nanti.

Eh tapi ada satu soalan dia yang saya memang blur nak jawab. Tapi kalau dia tanya sekarang boleh lah saya jawab. Sebab sekarang macam dah pandai menggoreng sikit kan.

Soalannya berbunyi:

Ok, katakan u supervisor, tapi you punya orang bawah operator semua sudah tutup machine sebelum waktu habis bekerja. Seperti contoh, katakan sepatutnya kerja habis pukul 7 malam, tapi 6 30 operator sudah tutup machine untuk bersedia balik. Apa tindakan u? Macam mana u nak cakap supaya operator u teruskan jalan mesin?

Hehe, masa tu saya blur. Entah apa yang saya cakap..

Tak per lah, kita pergi pengalaman kedua interview saya.

Kedua : Kilang Buat Machine

Masa ni umur saya 21, 2009. Saya kerja sebagai Drafsman.

So untuk interview ni memang betul hari esok nya selepas saya pergi interview di Unisem untuk pengalaman pertama tadi.

Dan memang saya ada dapat, saya tak boleh nak sembang tentang interview ini sangat sebab caranya macam orang tak betul kepalanya pun boleh dapat.

Sebab bos cina tu tak tanya banyak mana pun.

Dipendekkan cerita, gaji yang saya dapat ialah RM 1200

Saya juga minta kerja ni sebab level requirement nya SPM, masa tu saya fikir yang saya ada Diploma Mekanikal. Tak kan tak boleh buat kerja ni kan. Lagi pula, saya pernah wakil daerah ( peringkat negeri ) untuk pertandingan AutoCad. Bangga tu, half color.

Tapi itu lah, rezeki bukan kita punya. Lepas 5 bulan saya diberhentikan. Kui Kui Kui

Walaupun sememang nya saya sudah ada plan nak berhenti, tapi rasa terkilan juga lah kena buang macam tu.

Geram betul..

Yang pasti, saya yakin ia bukan salah saya.. Saya apply keja level spm kot, saya diploma. Yang dia bagi kerja macam degree buat apa..geram geram.

Ok, selepas saya di berhentikan kerja. Saya menganggur agak lama.

Bukan sebab nganggur sebab tak dapat kerja. Tapi ibarat macam saya sudah hilang arah. Kerja pun tak cari, duduk melepak je. Masa tu badan gemuk kusam dah.

Mak pun dah bising.

Dan selepas hampir 8 bulan kot macam tu, baru saya start mula kerja balik. Dan berikut pengalaman interview saya yang seterusnya.

Ketiga : Kerja dengan Marketing Agency Ipoh,

Masa ni umur saya 23, tahun 2011, bulan December kalau tak silap.

So pagi tu, saya terus dating office untuk interview. Bila saya masuk ada dah 2 orang kot yang memang tengah interview dengan bos.

Dan akhir cerita, saya dapat kerja.

Lagi sekali saya tak boleh nak sembang banyak untuk tips interview ni sebab orang tepi jalan mana pun boleh dapat kalau try minta keja sini.

Biasa kilang atau company yang macam ni, memang kita tak akan kerja lama. Kiranya si bos ni desperate nak cari pekerja. Kalau desperate ni biasa nya orang mesti banyak lari sebab tak suka.

Dan sememang nya selepas saya kerja beberapa lama, saya dapat rasakan mati lah saya kalau terus kerja di situ.

So, saya kerja 1 bulan sahaja.

Masa interview hari tu pun, bosnya macam nak kelentong pun ada. Katanya basic RM 1000.

Padahal mana ada basic. Semuanya daripada commission.

Dan selepas berhenti, maka bermulalah kerjaya saya pada kadar yang lebih serius.

Walaupun first masuk kerja kilang sebagai operator sahaja, yakni kita ke no 4.

4: Kerja dengan Kilang buat Screw

masa ni umur saya 24, tahun 2012

Ok, so saya buat screw eh.

Tapi mula mula bahagian packaging sahaja.

Lepas tu baru usik usik machine.

Dan mula lah aktiviti mengwelding semua.

Saya dapat kerja ni daripada salah satu idea yang saya share dalam post ni, cara nak dapat kerja iaitu saya pergi mana mana kawasan industry dan tengok diorang punya pintu pagar depan tu kalau ada jawatan kosong.

Saya start kerja dalam minggu itu juga rasanya. Dalam 25 ringgit sehari. Lupa dah.

Total dalam RM 600 hingga RM 800 lah macam tu.

Kerja kilang besi memang berat sikit. Tambah lagi, saya sorang je budak situ. Yang lain semua tua tua.

Saya kerja dalam 3 bulan kot, lepas tu. Bos tahu saya ada diploma, dia offer kalau saya mahu kerja dekat tempat kilang dia lagi satu. Kilang tu besar sikit, tapi still buat screw lah.

So saya pun pindah ler ke tempat kerja tu.

Ada juga interview nya tau, so kita pergi ke no 5.

Ke 5 – Upgrade Interview

Interviewnya mudah je yang ni, tak ada apa yang di takutkan pun.

Sebab bos sendiri yang rekemen kan kat kilang dia sendiri pun.

Cuma kilang yang besar sikit ni ada 2 orang bos. So, bos kilang lama saya ni dia cakap, u pergi sana nanti share partner saya akan interview u lah. Gaji semua

Geduk gedak, gaji saya RM 1200 kembali…hahaha

Tak ada apa sangat saya nak ceritakan time kerja ni yang relate untuk anda jadikan sebagai pengajaran.

Tapi masa kilang yang seterusnya, pasti ada.

Sebab saya kerja di kilang screw yang kedua, tapi bos masih lagi sama ni sekejap sahaja.

Dalam tempoh 6 bulan kot.

Lepas tu baru lah masuk kerja kilang Carsem. Semikon.

Dan baru lah dapat merasa gaji dekat 3k sebulan..hehe

Ke 6 – Interview di kilang semikon, Carsem

Masa tu ada open interview, saya tak pasti macam mana saya boleh tahu yang adanya open interview ni. Kalau tak silap daripada Jobstreet. 

Rasanya juga saya ambil cuti sehari masa kerja di Kilang Screw untuk pergi open interview ni.

Sebelum masuk interview , kami di suruh untuk buat ujian dulu.

Ingat lagi, masa mula masuk bilik ujian tu, memang ramai lah manusia lain. Semua nya tekun.

Saya takut takut juga kalau tak boleh jawab. Sebab bila masuk dalam bilik ujian tu rasa macam tak ada orang lagi yang bangun.

Tapi bila saya tengok soalannya, rasa lawak pula sebab soalannya banyak tentang screw.

haha.. Dalam hati saya, MasyaAllah, tuhan belum apa apa dah nak tolong saya. Alhamdullillah

Saya pun dengan perasaan bangga dan hibanya menjawab.

Tipsnya, saya bukan sekadar tulis. Malah saya lukis untuk buktikan saya ni macam ada lebih cerdik sikit.

Dan selepas beberapa lama test pun siap.

Dan terus pergi ke bilik interview oleh bos bosnya pula.

Hari saban hari, bulan saban bulan. Tahun sampai 1 tahun 6 bulan. TUP TUP. saya berhenti.

Ya, saya kerja dalam 1 tahun 6 bulan sahaja di Carsem.  Lepas tu, saya terus beralih ke kilang seterusnya iaitu, Sun Edison Sdn Bhd

Mari kita pergi no 7 ya..

Interview No 7: Sun Edison.

Masa ni umur saya 26, tahun 2014

Eh lupa nak cakap, masa saya kerja Carsem, first time saya dapat gaji RM 2500. Tapi tak pernah capai 3k.

Dan untuk kerja Sun Edison ni, saya pernah dapat RM 5k. Sebabkan PLUS dengan OT lah.

Dalam banyak banyak kilang, kilang ni lah saya kerja paling lama. Lebih kurang dalam 2 tahun dan 3 minggu lamanya.

Itu pun saya berhenti sebab kilang ni nak shutdown. So nak tak nak saya terpaksa memberhentikan diri sendiri.

Ingat lagi, masa saya pergi open interview ni, hampir semua manusia di kilang lama ada saya jumpa.

Dari bos sampai ke kuli. Semua nak lari ke Sun Edison..

Alhamdullillah..saya dapat.. Nampak macam bagus tak?

Dan apa punca saya dapat?

Sebab saya tahu baca graph, kiranya yang x dan y tu lah.

Nanti ada masa saya buatkan satu post untuk anda faham graph,

Apa itu x dan y

R chart apa.

Trends chart apa..

Apa itu Cpk semua.

Penting untuk tahu ni kalau nak mudah interview dengan kilang semikon. Sebab saya boleh kata, kalau kilang semikon, mesti akan guna graph graph macam ni.

Penting sebab nak check quality machine atau pun quality product.

Kenapa boleh dapat sebab tahu graph?

Nasib juga sebenarnya, rezeki tuhan nak bagi. Semua orang boleh faham graph pun kan. Mudah ja.

Tapi dah namanya rezeki. So saya terkena dan saya terdapat..

Sun Edison kerjanya best, cuti dah macam lebih daripada kerja kerajaan.

Dan paling saya suka ialah shift patternnya.

Kalau anda biasa dengar kalau kerja shift 12 jam, normallny shift pattern nya akan jadi macam ni, 4 2 4 2.

Bermaksud,

4 hari kerja

2 hari cuti,

kalau 4 hari kerja tu siang,

2 hari cuti. Ini akan jadi macam separuh hari sahaja sebab anda sudah nak masuk malam.

Sebab macam kilang Carsem, kalau tiba masuk malam akan awal sehari.

Seperti contoh, katakan jadual saya kena masuk malam hari sabtu. Tapi hari jumaat petang nya sudah masuk.

Padahal hari rabu baru saya habis kerja siang. Kiranya cuti tu macam 1 hari setengah sahaja.

Dan katakan saya ambil ot untuk kerja hari Jumaat? Ibarat cuti macam setengah hari sahaja.

Tapi di Sun Edison,

Bukan 4 2 4 2, tapi 4 3 3 4

Bermaksud, 4 hari kerja, 3 hari cuti, 3 hari kerja, 4 hari cuti..

Tadi ingat tak saya cakap, kalau kerja malam hari rabu, akan masuk awal sehari kan. So petang selasa sudah masuk.

Bermaksud, kalau time cuti 4 hari, saya sudah macam cuti 5 hari tau.

Mak saya pernah juga tanya, kamu ni kerja ke tak kerja, lama sangat cuti nya.

Itu le sebab saya masuk Sun Edison pun, supaya saya boleh beri focus lebih pada perniagaan internet saya.

Ah penat cerita..

Nanti saya sambung atau buat post untuk kerja paling latest saya ni.

Sekarang saya di Kedah, kerja dengan Infenion.

Infenion ni dikatakan Kilang Semikon yang antara dahsyat juga kalau dapat.

Adakah betul betul dahsyat?

Tak mana pun, sama juga..cis..

Nanti ada masa saya ceritakan..

Ah lagi satu, di Infenion, saya bukan technician, tapi assistant engineer. Tapi masih lagi kerja dalam shift.

Alhamdullillah shift pattern yang sama macam sun Edison.

Sebab utama saya pilih Infenion sebab shift juga..

Tak pe lah, nanti saya kongsikan macam mana saya dapat kerja Infenion ya.

Bagi saya, paling mencabar lah. Sebab sesi interviewnya berjalan selama hampir 2 jam.

Pipi saya ni dah rasa krem dan sengih sengih..

 

Sekian, terima kasih kerana sudi buang masa dengan saya.

*saya tak masukkan semua pengalaman kerja ya? nanti sampai lusa baru anda habis baca pula.

Update Terbaru

Biasa perasan kan, kalau open interview mesti ramai. Untuk Infenion ni open interview mencecah sampai 800 yang hadir tahu. Tapi Alhamdullillah saya dapat juga. Saya ada kongsikan mentality yang betul bila anda berhadapan dengan Ujian Allah yang macam ni. boleh baca, pengalaman open interview 800 orang saya.

Dan untuk gaji saya di kilang ini terselalu sangat mencecah 4k setiap bulan ( plus OT lah ni )

**saya harap anda dapat agak, kenapa saya duk lompat lompat kilang. Supaya gaji saya cepat naik..




Kesalahan Saya Masa Cari Tempat Praktikal

Ingat lagi, masa tu dalam ofis kat UMP, University Malaysia Pahang lah ni.

Biasa lah, masa tu semua student agak kelam kabut untuk cari tempat praktikal.

Dan antara ramai ramai tu, saya lah orangnnya.

Staff bahagian HR ada cakap kat saya,

“ kat ipoh tak ada kilang besar sangat “

Dengan hati yang lurus bendul. Saya percaya bulat bulat.

Dan sememangnya punya lah terseksa saya hidup di KL praktikal di sana. Elaun RM 250 sahaja, lagi nak bayar sewa. Duit PTPTN terpaksa guna untuk bayar muka beli motor.

Tiap kali hujung bulan mesti mencari duit syiling. Adui. Tersangat sangat segan dengan kawan kawan.

Bayangkan, saya kena tahan tu 6 bulan.

Dan lepas tamat pengajian, praktikal pun sudah habis. Saya pun sudah balik kampung untuk cari kerja tetap.

Punya le geram, sebab banyak nye kilang besar ada di Ipoh. Kenapa la saya sengal sangat percaya cakap HR.

Untuk mana yang tak tahu, mai saya listkan secara mencanak kat sini.

1. Tasek cement
2. Unisem
3. Carsem
4. Kilang kat IGB
5. Sun Edison ( saya dah berjaya dapat pun kerja sini pun, kerja dalam 2 tahun )
6. Bromma

Dan berpuluh puluh lagi ler.

Kenapa lah punya sengal nye teman pergi percaya cakap staff tu.

Dan akibatnya, terjadilah kisah yang saya kelam kabut mencari tempat praktikal kat KL.

Di Jalan Chan Sow Lin, lupa dah nama kilang nya apa.

Tapi elaun dalam RM 300. ( rasanya RM 250 )

Duk area KL, rumah setinggan. Rasanya bilik kecik karat tu pun RM 250 sebulan. Tikus KL, faham faham ler. Semua besar besar.

Geram punya pasal ni..

Kalau saya nak ceritakan lebih panjang memang ler lagi lama saya habiskan article ni.
Justeru itu, saya akan teruskan kepada apa motifnya saya tulis article ni.

Untuk mana yang akan buat praktikal, sangat penting untuk adek adek cari tempat praktikal daripada kilang yang besar besar atau pun kukuh.

Kelebihannya cuma dua, tapi sangat penting:

1. Katakan tak dapat sambung belajar boleh terus kerja, so tak perlu mengangur
2. Dan kalau company kukuh, insyaAllah elaun pun ok.

Kalau dapat cari yang area dekat rumah lagi baik.

Saya dulu, kat KL tu kilang kecik.

Jauh dari rumah lagi.

Member saya, kerja kilang semikon.

Habis habis study terus sambung kerja situ, maintain gaji RM 2500 start dari habis belajar lagi.

Masa tu kitorang umur dalam 22 tahun.

Sebab kan saya tersilap, tersalah cari tempat praktikal,

masa saya umur 22 tahun – dapat kerja gaji RM 1200, masa tu punya lah bangga

Tapi kerja tak sampai 5 bulan, saya dah kene pecat..hehe

Selepas tu menganggur dekat 1 tahun juga.

Pastu kerja marketing, dalam sebulan ada lah dalam RM 400, entah entah tak sampai kot.

Lepas sebulan marketing ( ni kira selepas 1 tahun mengangur tau ), saya berhenti kerja operator kilang pula – gaji RM 700

Kerja dalam 3 bulan kot, punya la penat time puasa kerja kilang besi ni. Lepas dalam 3 4 bulan macam tu, bos kesian kot, sebab saya ada diploma, so saya kerja kilang dia tapi yang besar sikit. Basic RM 1200.

Total dengan bos tu dalam 7 bulan kot. Lepas tu, dalam tahun 2012, baru lah saya dapat kerja yang gajinya boleh dikatakan berbaloi dan yang boleh menyimpan, kiranya gaji baru lah first time rasa 2 ribu ke atas. Sebab OT lah ni, baru merasa 2 ribu lebih.
Kalau anda faham elok2, kawan saya yang kerja sebaik sahaja graduate terus kerja, terus dapat gaji 2 ribu lebih masa umu 22. Saya umu dekat 24 baru merasa. Ini baru merasa, belum masuk mengumpul lagi.

Bukan lah sedih, nak menyesal pun tak guna. Bukan nak cerita yang saya ni tak puas hati.

InsyaAllah ada plan si Dia yang rancang saya macam ni. Tapi memang nampak la jelas kesilapan saya.

Untuk adek adek yang dah tahu sebabkan saya cerita ni, jangan buat macam abang yang encem ni k.

Cari tempat praktikal elok elok.

Kalau ada apa apa nak tanya, mungkin boleh tinggalkan komen, cerita sikit bidang apa dan juga negeri mana, saya boleh buat research sikit kilang apa yang sesuai untuk anda.

Digalakkan untuk bahagian engineering k.

Tapi kalau nursing pun boleh, memandangkan ex ceq jururawat dulu. huhu




Berapa Gaji Yang At Least Sepatutnya U Cari?

Cewwah cakap u u pulak ya. So berapa lah gaji yang patut anda dapatkan sebulan?  RM 1000 follow pada gaji minimum kerajaan?

Cukup ke tak seribu ringgit tu?

Jawapannya..

Tuhan kan maha adil, kalau gaji anda sikit bermaksud keperluan anda pun sikit.

Pernah dengar tak ada orang cakap,

Orang yang gaji banyak ni, nak bayar hutang pun banyak!!!

Betul tak tu? Ada betul nya juga, tapi tak perlu lah cakap macam tu. Sebab, ramai orang gaji banyak, tapi mindset nya macam masih lagi gaji sikit.

Maksud saya tak tahu nak uruskan kewangan. Macam saya sendiri…

Lama betul Intro, cakap je lah berapa…

Oh sorry sorry, so jawapannya, bagi saya..

Ialah RM 2 000 tunai..

Tak percaya?

Meh kita selongkar keperluan setiap kelakian di Malaysia untuk perbelanjaan bulanannya..

Saya buat yang duduk rumah menyewe dengan kawan kawan la yer, kalau family mungkin boleh jimat banyak lagi..

  1. Makan minum, 1 hari katakan RM 20 x 30 = RM 600 ( biasa mana yang kerja kilang akan dapat kupon, macam saya sendiri 5 ringgit kalau kerja malam )
  2. Duit Rumah, air, api, sewa, internet, katakan lah RM 250
  3. Minyak moto atau kereta ker = RM 120
  4. Mana yang masih hutang motor: RM 200
  5. Bagi mak: RM 200

Ni satu lagi saya nak ingatkan, walaupun gaji kamu tu sekupang, tapi kamu tetap kena bagi mak kamu tau sikit. Bukan lah mak kamu tu lapar sangat nak duit tu, tapi berkat tu. TU sebab kamu perlu bagi walaupun sikit. Saya masa gaji 800 saya bg mak saya 50 jer. Tapi bila dah keje kilang semikon, gaji dah 2k lebih. Saya bagi dalam 200. Tapi jarang2..hehe, minta maf lah yer. Bukan contoh yang baik. Jangan follow.

Tapi udah nak dekat kawen, langsung tak bagi. Maaf mak ☹, nak minta maaf depan depan malu, minta maaf kat blog je lah.

Ok, kita terus ke no 6 pula.

  1. Telefon, topup ke apa : RM 100 ( saya sendiri tak sampai RM 100, sebab kilang ada provide internet sendiri, itu sebab saya salu cakap, fikir kepada benefit kilang tu bila nak kerja, so yang actually, saya mungkin dalam RM 50 je, tapi letak RM 100 lah )

Ada apa lagi tak? Kereta saya tak masukkan lagi ni..

So total sekarang: RM 1 470

RM 1 470 mesti wajib belanja setiap bulan.

Jadi kalau anda dapat gaji RM 2 000, boleh lah rasa selesa sikit.

Tapi tak termasuk loan motor yang baru beli, dan loan kereta ya. Saya moto dah bayar habis.

Kalau RM 1 000 tu kena usaha lebih sikit lah. Nanti saya akan buat post kalau gaji RM 1 000 apa tips yang boleh anda buat untuk dapatkan duit lebih ya.

Kalau saya tak buat lagi, minta ingatkan ya.

Ok, saya rasa itu sahaja kot.

Yang gaji minimum RM 1 000 tu kan, mana yang operator kerja kilang jangan fikir gaji diorang RM 1000 je, kadang kadang lagi banyak lagi daripada orang ada diploma.

Sebab? Sebab ada banyak OT, bahagian production kilang biasanya ot banyak, sebab kilang nak output.

Sepanjang saya kerja, operator Indonesia tu, ada lah dalam RM 1 800 gaji nya paling normal.

RM 2 500 pun ada.

Tapi operator di Infenion, RM 2 500 tu kemungkinan besar dapat.

Ah, lupa nak cakap, basic saya sekarang RM 2 000. So alhamdullillah. Tak ada lah senang sangat, macam saya cakap atas tadi, lagi banyak gaji, banyak pula benda yang nak kena bayar.

Tapi kalau ot semua, senang lah dapat dalam 3 lebih macam tu.

Kilang saya kerja ni dia ada bagi bonus setiap 3 bulan. So pernah lah dapat gaji RM 3 900 walaupun baru 3 bulan kerja.

Tapi rasanya, saya nak berhenti dah ni. Sebab nak focus pada perniagaan internet sahaja.

Sekarang saya umur 28, tahun 2016. Tengok lah macam mana, plannya sebelum saya umur 30, saya nak berhenti daripada kerja dengan orang lain.

Ba bai…

 




Masa OPEN Interview, Kalau ada 800 Orang Depan Mata. Terus balik atau stay?

Ok, sebenarnya tajuk yang saya tulis di atas itulah yang terjadi pada saya dalam akhir tahun 2015 kalau tak silap. Masa tu ada open interview untuk salah satu company pelopor dalam industri semikonduktor di Penang.

Namanya, Infenion, buat di Hotel.

Saya segan nak tangkap gambar time tu.

Tapi masa tu memang terlampau ramai sangat orang.

Dah la saya pun datang lambat.

Saya ingat lagi, masa tu saya tengah kerja shift malam di Ipoh, Sun Edison ( company ni dah shut down dah pun ).

Tiba tiba, member bagi tahu. Ada open interview Infenion di Penang esoknya. Masa tu tak ada pula hati rasa nak pergi atau pun tak, memang saya set nak pergi redah sahaja.

Selamat semua resume dah siap, so plannya, saya print semua di Ipoh dan terus pergi Penang.

Lama juga saya pagi tu susun susun fail dan print semua. Pendek kata, pukul 11 setengah pagi baru sampai Penang.

Dan bila saya masuk sahaja tingkat yang interview tu, nak bagi tahu ramainya, nak jalan pun susah. Terlampau ramai sangat.

Saya tak pernah ada pengalaman macam ni, ada juga terfikir, nak balik ke nak stay.

Tapi saya stay juga lah, sebab alang alang dah datang. Dan tiba tiba pula ada jumpa satu member kilang sama Sun Edison juga.

Maka melepak lah kami.

Proses Interviewnya?

Proses interviewnya macam ni, biasa company besar sahaja akan buat sistem macam ni.

Daftar → buat soalan quiz → kalau lulus → baru boleh di Interview

Kalau tak lulus → tinggal resume → boleh balik

DiriKu Sebenarnya PENUNGGU

So sebab kan terlampau ramai, memang lama sangat saya tunggu.

Dalam masa tunggu tunggu tu, rasa sedih juga tengok orang yang datang. Ada yang satu group tu, si perempuan muda dukung anak ( mungkin menantu atau anak sendiri ), lepas tu ada satu makcik ( maknye kot ) tengah pimpin tangan budak kecil ( anaknya kot ), dan sebelah lagi tangan makcik tu ada sampul surat, yang kemungkinan besarnya adalah RESUME.

Makcik pun nak cari kerja weiiiii

Ni buatkan saya lagi takut juga, sebab kilang yang saya kerja plan nak shut down, masa time ni pula Intel kalau tak silap, sudah pun shut down salah satu site nya di Malaysia. So itu sebab ramainya sangat.

Pukul 3 baru saya start quiz wei…

Ye, bayangkan dari kul 11 lebih, sampai kul 3 saya tunggu, baru lah mula giliran saya untuk buat quiz.

Rasanya buat dalam 10 minit sahaja kot.

Dan dalam 3 45 macam tu, diorang mula panggil untuk group saya yang buat quiz bersama tadi.

Alhamdullillah saya lepas hasil dari bantuan rakan sebelah, dan juga HR Infenion itu sendiri yang bantu. Hehe

TAPI>>>>>>>>

Tapi apa kan daya, elok je saya sampai untuk ambil result quiz.

Terus HR lain kata,

Maaf ya, kita sedang dalam kesuntukan masa.

So anda tinggal resume, nant kalau layak kami akan call.

Masa tu,saya dah lupa dah saya marah ke apa.

Cuma yang pasti, saya memang tersangat ngantuk.

Dengan malam tu lagi kerja kan.

Tunggu punya tunggu, tak juga si Infenion ni call.

Dan selepas 1 bulan baru lah ring ring ring.

Diorang kata, sila datang untuk sesi temuduga.

Saya pun datang, dalam pukul 12.

Mula mula saya interview dengan 2 engineer nye, lepas tu dengan Manager, pendek kata, pukul 2 ptg baru saya keluar.

Lama kan.

Ye memang lama. Pipi saya dan kebas dah untuk usaha buat muka senyum.

Lepas balik.

Saya macam dapat rasakan yang saya akan dapat.

Tapi pelek juga sebab tak panggil

Tapi ok lah, lepas satu bulan lagi.

Diorang panggil dan saya pun masuk kerja lepas satu bulan lagi nya.

Dan sekarang? Saya di Infenion…

Untuk summary pengalaman saya.

Sorry ya, rasanya dah banyak kali ulang juga tempat kerja saya kat post kat blog ni.

Saja nak buat supaya anda lebih kenal saya.

Kerja Pertama

So saya start kerja dengan kilang design2 macam tu selama 5 bulan.

Lepas 5 bulan saya kena buang. Hehe

Kerja Kedua

Kerja bahagian marketing sebulan. Lepas tu saya cabut…

Kerja Ketiga

Saya kerja di kilang screw di Silibin, Ipoh sebagai operator. Dalam 3 4 bulan kalau tak silap. Punya la penat angkat screw time puasa.

Kerja Keempat.

Yang kilang ni kilang bos yang sama untuk ketiga, tapi cawangan lain lah. Sebabkan saya ada diploma itu sebab bos ni bagi saya pergi kilang dia yang lagi satu. So saya pergi, kerja tak lama pun, rasanya total dua dua kilang dia ni, adalah dalam 7 bulan.

Kilang ke 5

Saya kerja dengan Carsem, semikon, masa ni gaji saya mula naik 2 ribu lebih.

Kerja tak lama juga, dalam 1 tahun 6 bulan. Lepas tu saya berhenti sebab ada kilang lagi best di Ipoh.

Kilang ke 6

Sun Edison, boleh kata, one of the best moment sepanjang saya kerja lah, tapi tu lah. Kilang best memang tak tahan lama. So kerja paling lama setakat ni, 2 tahun.

Masa kerja sini, gaji paling tinggi dalam 5k.

Oklah yang exact nya, 5 ribu 2 ratus. Banyak tu. Paling banyak dalam hidup saya kerja kilang dapat banyak ni.

Saya cari Infenion atas tu sebab kilang ni nak shut down.

Kilang ke 7?

Ni lah Infenion…saya start masuk april 2016, sekarang masa saya tulis ni September 2016.

Berhenti bila? InsyaAllah, lagi 2 bulan..

Ye memang saya nak berhenti lagi…

Walaupun saya pernah dapat gaji hampir 4k, kalau tak silap 3 ribu 9 ratus. Walaupun baru kerja 3 bulan. Tak confirm lagi pun, tapi dah dapat gaji banyak tu kan.

Tapi saya nak berhenti juga. Bukan tak bersyukur tau, tapi elok saya berhenti..

Ada apa apa soalan?




Pengalaman Interview Dengan TNB Jana Manjung

Sinopsis Pengalaman Interview TNB JanaManjung

Ok, so cerita dia lebih kurang macam ni lah. Ada sorang member saya yang memang berasal dari area Lumut. Entah macam mana, dia cakap ada kekosongan Juruteknik TNB di JanaManjung. Entah kenapa member saya ni bermurah hati untuk kumpulkan beberapa resume kawan kawan yang lain termasuk saya untuk hantar dia hantarkan sekali kt TNB JanaManjung.

Masa tu, kitaorang semua masih lagi bekerja di Ipoh, Carsem.

Saya ok jer, sebab seperti yang saya share sebelum ni di post, cara dapat kerja terbaik. Salah satunya adalah hantar terus resume anda ke kilang atau mana mana syarikat.

Berbekalkan kebolehan menggoreng resume yang telah pun share pada anda sebelum ni. Saya pun minta lah jasa baik si member saya sorang ni untuk hantarkan sekali resume saya.

Lebih kurang dalam 4 atau 5 orang juga total semua member yang kawan saya ni hantar kan.

Dan lepas sebulan macam tu, sorang je antara kami yang dipanggil.

Tak lain tak bukan, SAYA LAH…hehe..tu yang tulis ni.. Masa tu saya yakin darah kawan saya yang pulun untuk hantarkan resume kawan kawan dia mesti menggelegak punya. Walaupun masih lagi terukir senyuman.

Di Hari Ketibaan

So pagi masa sampai tu, saya datang lah dengan nervous nya. Terus terang saya cakap, saya memang jenis jarang rasa nervous kalau interview. Kebiasaannya saya akan melangkah dengan yakinnya. Tapi sebabkan ini TNB, yang teramat amat sangat nak. TIBA TIBA BUAT RASA GABRA GILA…

Sebab?

Ok meh saya cerita benefit TNB untuk JanaManjung sahaja.

Ingat ya, TNB di Manjung ada dua company, satu TNB JanaManjung lah, memang TNB punya, lagi satu TNB Remaco, TNB Remaco ni subcon nya. TNB Remaco ada lagi satu power plant yang baru di bina, tapi di Penang. Ini pun saya dipanggil Interview juga. Saya memang pergi, tak dapat juga. Tapi cerita yang di Penang ni lain, saya nak kongsikan yang di Manjung ni dulu.

So benefit yang kita boleh dapat kalau dapat kerja TNB JanaManjung ialah:

  • Ot memang confirm ado
  • Koje 8 jam je wei, sonang je, datang koje, pejam celik dah bunyi loceng balik
  • Elaun umah RM 600 yob ( mana nak cari elaun rumah 600? GOV pun belum tentu dapat RM 600 )
  • Elaun koje shift semua ada ler dekat RM500
  • Annual bonus? Kencang lagi dari angin..

Lebih kurang macam tu lah, walau kilang Semikon Sun Edison di Ipoh tu lagi berbaloi. Tapi biasa lah, orang yang baik pun cepat tinggalkan kita. Sama juga lah dengan Kilang yang baik..Itu sebab kilang yang saya kerja ( Sun Edison ) tu boleh bungkus…

Tapi yang pasti TNB kukuh lah, nak buat loan rumah ke apa, mudah kan. Sebab dia separa kerajaan kan?

Ok, so di pagi hari interview. Saya pun sampai lah di muka depan pintu masuk TNB. Punya lah besar.

Punya la terkejut beruk saya, rupanya TNB pun ada guna machine korek arang batu yang ini. Kawan saya ada kerja kat mesin ni di TNB, tingkat yang kedua rasanya. Maint Tingkat 2

Buat Medical Check UP

Masa pagi awal awal datang tu, memang kami dalam 15 orang juga lah. Semuanya awal awal lagi sudah bergegas ke Klinik TNB dalam tu dulu. Sorang sorang timbang berat, check BMI semua. Saya cuba cuba telan angin ingatkan leh terapung supaya dapat ringan sikit. Tapi tak berjaya….

Lepas Medical checkup, ambil masa lama juga. Sebab ramai kan.

Selepas siap, terus patah balik ke tempat interview tadi. Rasanya ada break sekejap. Saya lupa dah…

Testing 1 2 3

So, memang ada test.

Soalannya adalah sebijik format macam yang saya bagi contoh di post ini, Soalan Test TNB.

Masukkan nama dan email ya..
Nama
Email

Bila dah dipanggil interview…
Tiba lah masa saya tukar tajuk sedih kepada.

KESILAPAN SAYA MASA YANG MAHA DAHSYAT

Sememangnya, soalan interview di TNB ni agak bocor, kiranya saya macam dah tau dah apa yang akan ditanya. Saya dah lupa dah mana datang kebocoran rahsia ni.

Untuk permulaan, panel akan minta saya perkenal kan diri macam biasa. Saya pun kenalkan diri saya gunakan teknik yang saya kongsikan dalam artikel ini lebih kurang.

Selepas tu, panel minta saya bangun untuk bagi tahu satu per satu, mana satu valve beserta dengan namanya. Kiranya valve yang penutup, yang buka gas semua tu lah. Anda boleh faham dengan lebih lanjut tentang valve tu di post ini, jenis jenis valve yang mesti anda tahu + fungsinya.

Nampak macam semua berjalan lancar, walaupun macam ada terkantoi sikit sebab salah nama valve.

Tapi, tiba tiba…panel tanyakan saya soalan bawah ni…

“ Awak ni kerja semikon ya, tempat kilang pun bersih. Udara pun bersih, tak panas.
Sedangkan kerja yang awak nak mintak ni panas, kerja bahagian luar. Habuk, so apa yang boleh awak yakin kan kepada kami “

Soalannya, tak ada lah sebijik macam ayat saya atas. Saya pun dah lupa, tapi itu lah maksudnya..

Dan apa yang saya jawab?

Ermm…hehe…ye tak pe, saya boleh saya boleh, tak ada masalah punya..saya boleh..hehe

Macam tu je saya jawab? Adoi…

Hati? Memang ler sangat marah. Geram, benci ngan diri sendiri..

Sebab saya tak patut balas macam tu. Ingat boleh boleh ni Malaysia Boleh ke?

Ayat tu tak menonjol.

Orang nak bagi gaji kat kita, panel tu nak harapkan saya untuk buat kerja. Tapi cukup kah saya buktikan yang saya ni boleh hanya dengan mengatakan “saya boleh” ? Mesti lah jangan sekadar cakap kosong, sepatutnya saya sertakan juga lah dengan nas nas yang menyokong kebolehan saya..

So tersangat rugi lah saya.

Kenapa saya jadi macam tu?

Sebab saya blur…Saya tak expect saya kena jawab soalan macam tu, tambahan lagi dengan hati yang nervous memang buat cara saya berfikir dengan elok tu jadi terbantut..

Akibat Kalau Jadi NEVES >> Baca ni…

Bila dah balik, malam tu baru lah petah bersuara apa yang nak di balas.

Tapi dah terlambat..

Itu sebab salah satu perkara yang saya ingatkan sebelum pergi interview adalah anda prepare untuk jawab soalan yang mungkin dia akan tanya..

Saya ada listkan senarai soalan tu semua di post ini, contoh soalan soalan killer masa interview

Tapi, kalau saya boleh cakap dengan petahnya, apa yang saya boleh gorengkan ni?

Kalau anda ada baca biodata pengalaman saya di about me tu.. Saya ada cerita, memang saya ada kerja luar, sebagai ‘semasa praktikal’, sebagai operator, dan sebagai machinist.

Masa machinist tu, kalau pergi kerja, tak perlu pakai minyak rambut, sebab nanti akan penuh minyak hitam.

Masa saya kerja tu juga, nak angkat barang barang berat. Kren mana ada, semua guna forklift. Bayangkan saya bawa forklift, dekat 2 tahun.

 

So, jawapan saya sepatutnya balas macam bawah ni..

Ye memang betul ( skill pertama jangan lupa sokong ayat dia ), memang betul saya kerja semikon, ada airkon. Udara bersih semua.

Tapi ( ingat, jangan argue, so hati hati kalau guna perkataan TAPI ) kalau encik boleh lihat di resume saya tu.

Sebelum ni memang latar belakang kerjaya saya bukan nya tiba tiba semikon.

Saya pernah practikal di KL sebagai technician. Welding, pasang pneumatic, cat tong tinggi 10 kaki.

Lepas tu pula, saya pernah kerja sebagai operator di Kilang Screw lebih 6 bulan.

Lepas tu machinist technician stamping machine dalam tempoh sama juga.

Forklift pun saya pernah bawa 2 tahun. Kiranya, semua kerja luar saya buat. Biasa lah kalau kerja dengan Cina kan. Sistemnya tak berapa teratur sangat.

Dan kalau boleh saya ceritakan sikit pengalaman cara saya bekerja untuk troubleshoot stamping machine, machine stamping ni biasa lah, besar saiz nya lebih kurang hampir separuh bas panjang. Dan memang panas lah,sebab dia nak bentuk besi rod jadi kepala screw.

Dan aktiviti biasa yang saya buat ialah tukar mold, sebab selalu pecah.

Tukar minyak hitam

Welding juga sebab ada satu bahagian dalam machine stamping ni ada yang selalu patah.

Kami buat kerja stamping machine ni 2 orang, ada saya lampirkan juga gambar nya kat dalam resume.

Ah lebih kurang macam tu lah..

Saya boleh pergi lebih panjang lagi, tapi harap anda jelas lah maksud saya.

Pendek kata…

Anda sendiri pun boleh pikir, bukannya susah mana pun kalau kerja luar.

Pondan pun boleh buat. Tapi biasa lah, diorang nak kita ni macam ada kemahiran bercakap.

Tapi jangan goreng habis, apatah lagi kencing. Confirm tak dapat.

So berpada pada lah ya.

Adios….

Jangan lupa baca contoh contoh soalan killer masa interview




Tips Temuduga : Kenapa Tak Perlu Takut Bila Sesi Interview?

Terus terang saya cakap.

Sebab kenapa dikalangan besar kita yang takut bila nak datang resume ialah sebab kita tak cukup preparation.

Fikirlah macam mana pun, sebenarnya anda takut memang sebab anda tak prepare.

Kalau dah prepare dan rasa semua nya anda boleh jawab, kenapa perlu takut kan.

Sebab kedua anda rasa takut sebab mindset yang salah.

Macam ni lah, betul atau tidak kalau anda rasa takut untuk pergi resume sebab takut kalau kalau soalan yang ditanya anda tak boleh jawab?

Betul kan.

Itu yang salah, memang lah kita mesti rasa takut takut sikit kalau tak leh jawab dan takut tak dapat lah pula kan.

Tapi kalau nak dikutkan, tujuan INTERVIEW adalah untuk sesi kenal kenal.

Dengan interview sahaja lah anda boleh kenal company tu dengan lebih dekat lagi.
Dengan interview sahaja lah anda boleh tahu pekerjaan itu layak atau sesuai dengan jiwa anda atau pun tidak.

Kalau yang ada kawan atau orang dalam lain ceritalah, ini lagi bagus kan.

So interview sangat penting.

Saya sendiri, kalau pergi interview. Mindset yang saya fikirkan ialah macam ni..

“So sekarang aku nak pergi interview ni, nak tanya benefit lah, kalau kerja macam tukang kayu tapi benefit tak berapa nak ada, buat apa aku kerja dengan diorang kan’

Ok lebih kurang macam tu lah. Bukannya sombong, tapi untuk ubah mindset otak kita kepada yang lebih berani.

Lagi sekali, saya tekan kan. Anda pergi interview bukan untuk anda rasa takut, tapi sebab untuk kenal company tu dengan lebih dekat lagi.

Dalam tempoh saya pergi interview sebelum ni.

Ada 2 sesi interview yang saya betul betul gementar tahap gaban.

Pertama, bila saya pergi interview buat kali pertamanya dalam sejarah.

Kedua, bila datang interview untuk kerja dengan TNB JanaManjung.

Saya ada buat satu post pengalaman saya sendiri masa pergi interview TNB Jana Manjung ni hari tu. saya harap anda baca dan jangan ulang kesalahan saya. Serius saya memang menyesal masa hari tu.

Dalam post tu juga saya ada share sesi interview saya dengan TNB juga tapi cawangan di Penang. So saya ada cerita ni juga, anda baca ya post nya ya.

Berbalik kepada topik utama kita, apa tips yang saya boleh kongsikan untuk anda prepare ada saya huraikan serba sedikit dalam post ini, Preparation Sebelum Pergi Interview.

Harap anda baca ya.

Ok lah, saya rasa itu sahaja kot.

Yang terakhir sekali, saya nak tekan kan apa yang saya duk kata kat title paling atas sekali dalam post ni.

JANGAN RASA TAKUT, TAK ADA PE BENDA PUN.

Bukan berlagak tau, saya cuma nak betulkan mindset anda sahaja.




Cara Hadapi Masalah Dengan Gaji Yang Rendah…

Saya baru perasan, dah berapa banyak dah post article saya buat, tapi satu pun tak bagi salah.

Adui.

Maaf ya.

Lepas ni, insyaAllah setiap kali mula post, saya akan mulakan Salam, harap lebih mudah untuk saya berpatah dua kata.

Jadi…makanya…

Assalamualaikum…

Tajuk yang saya nak bincang hari ni ialah apa yang anda boleh buat untuk hadapi masalah gaji yang rendah.

Yang sememangnya saya sangat sangat faham dengan apa yang korang rasa.

Sebab?

Saya pun dulu macam itu juga ☺

Alhamdullillah, tuhan tu bagi rezeki untuk saya gaji serendah tu, so boleh lah saya share kat sini.

Time sekarang ni alhamdullillah lah ya, bila time kejadian tu maki hamun habis sebab gaji rendah.

So, gaji saya RM 700 ke RM 800 sahaja time tu. Operator kilang screw di Silibin, Ipoh

Pernah juga kerja dalam marketing, makan komisyen, ada dalam 3 4 ratus sahaja sebulan.

Sebab kan 3 4 ratus sahaja sebulan, memang sebulan je lah saya kerja dekat situ. Company Ipoh, sampai sekarang saya masih lagi nampak budak budak yang join company marketing tu.

Ok, so sekarang saya dah cerita yang saya memang pernah rasa gaji rendah semacam itu.

Pakai baju sama je pergi kerja.

Tu baru baju, kalau seluar? Memang lagi lama lah tempoh expired untuk boleh mula basuhnya.

So apa nak buat ni?

Untuk anda tingkatkan gaji anda saya ada beberapa cadangan.

Untuk cadangan yang lain atau unik mengikut kepada situasi sebenar anda, saya tak tahu nak cerita mandangkan kita pun tak kenal. Untuk yang macam itu, anda kena contact saya melalui contact us blog ni, atau pun tinggalkan di bahagian komen, nanti saya cuba fikirkan.

Cadangan Pertama

Kalau yang ada diploma, tapi kerja gaji rendah. Anda mungkin tiada masalah untuk fikirkan gaji yang rendah ni. Sebab terus sahaja cari kerja lain.

Tapi mana yang SPM, mungkin payah sikit. Tapi yang pasti, memang kena berhenti kilang atau tempat kerja yang anda duk kerja sekarang.

Nasihat keras saya, kalau ada duit, dan umur masih muda lagi.

Sambung lah belajar balik. Kalau tak, anda susah.

Tambah lagi kalau bukan yang jiwa berniaga ni.

So itu dia, cari kerja kilang lain. Atau sambung belajar untuk mana yang masih lagi muda.

Ketiga.

Kenapa terus ketiga? Sebab yang kedua ialah yang saya suruh sambung belajar tadi. ☺

So yang ketiga, anda kena berniaga.

Bukan berniaga internet macam saya. Bukan nak promote ya.

Tapi berniaga yang macam pasar malam gitu.

Air pun boleh, tapi jangan lah buat air yang simple. Biar lah nampak unik dan menyelerakan. Dan paling penting, presentation gerai anda mesti mantoppppp..

Keempat.

Kerja shift 12 jam.

Ini cara yang saya buat masa mula mula dulu lah.

Tak perlu sembang tentang gaji kami yang diploma ni lah.

Cukup sembang yang operator sahaja, sebab itu pun dah banyak dah.

Masa tu gaji masih lagi dalam 700 ringgit untuk gaji minima, sekarang dah RM 1 000 kan.

Masa RM 700 tu, operator, bila ot boleh sampai 1 800 juga.

Ada juga yang lebih 2k pun ada dengan selamba.

Dan kilang yang saya pernah kerja di Kedah, operator nya dalam lingkungan RM 2500 kalau tak silap.

Sebab?

Sebab shift ni kalau kita kerja dia ibarat akan naik dalam RM 500 tau.

500 ni tanpa OT atau apa tau, hanya kerja macam biasa sahaja, tapi 12 jam lah.

Buat lah 12 jam, duduk rumah pun bukan buat apa pun kan.

So, dan tambah 500 kan. Belum mula ot lagi.

Masa saya mula mula kerja shift, gaji stabil dalam lingkungan RM2 500, dan bila saya berhenti kilang tu, saya cari kilang lain, gaji saya pernah sampai RM 5 200, penangan shift punya pasal.

Tapi untuk anda dapat macam tu, mana lah boleh confirm dapat. Sebab bergantung kepada benefit kilang atau tempat kerja anda juga.

Kelima?

Buat kerja sampingan.

Nak kata berniaga pun tak juga. Tapi anda terpaksa buat kerja sampingan atau dua kali kerja.

Contoh macam siang kerja macam biasa, malam mungkin tulun member burger ker.

Kerja kedai makan macam mamak ke.

Yang simple simple sahaja. Dapat cover duit makan sudah cukup kan.

So gaji yang kerja betul tu, bahagian untuk makan dan boleh save.

Itu sahaja kot.

Apa apa pun, saya nak anda fikir macam ni. Sebab ini yang selalu fikir setiap kali kerja ni.

Istilah yang biasa kitorang atau antara kawan kawan saya cakap kan.

BOLEH KERJA SAMPAI MATI TAK?

Ibaratnya, stabil ke tak kerja tu, best ke tak dan semua semua lah.

So anda pun kena macam tu, mesti cari dan usaha dapatkan kerjaya yang boleh menanggung anda kos sampai ke tua.

Macam saya sendiri, set gol saya akan lebih kurang macam ni.

Saya nak berhenti kerja shift sebelum umur 30.

Sekarang 28.

Saya nak ada business sendiri dalam umur 30.

Atau pun kalau kerja dengan orang lain, saya nak ceri kerja yang normal yang khusus dalam bidang website website ni sebab ini yang saya minat sangat sangat.

Ok? Lebih kurang lah.

Jadi tak jadi itu bukan kerja kita. Tapi jangan lah tak usaha.

Alright?