PINJAM 3MINIT UTK BACA NI

Salam, saya dapat petikan ni daripada kawan di whatsapp. Jadi ada eloknya kalau saya share nya juga di blog saya ni.

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
– USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
– Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? “Jaga solat…Insyallah bahagia…”
– Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
– Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
– ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
– Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya”
– Sheikh Abdullah Jahaf…

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:”Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!”Tapi cakap:”Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
– TG Harun Din”..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol…

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL . JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN




Tips Merantau Cari Kerja Kosong? Pro and Contra

Adakah Keputusan Untuk Merantau Adalah Terbaik Untuk Saya?

Whaaaa.. Saya buat keputusan yang agak lama juga untuk mula merantau.

Saya kerja shift 12 jam.

Ini je nak dapat gaji ribu ribu kalau diploma ni bagi saya.

Kebanyakan kilang di Ipoh, shift pattern 4 2 4 2.

So memang agak letih untuk saya peruntukan masa untuk blogging juga.

saya ambil keputusan yang agak lama sebab?

Satu…

Saya takut… saya tak biasa…

Kedua

Sebab tak ada modal.

Tapi akhirnya saya merantau juga.

Dari Ipoh, ke Kedah.

Tapi tak ada lah mengejut macam tu terus pergi ke Kedah.

Sebab saya ada menyewa di rumah lain dengan kawan kawan juga dahulu dalam 1 tahun juga kot.

Lepas tu, baru la rasa ada kekuatan untuk berani kan diri merantau.

Apakah sebab utama saya merantau?

Saya pasti ini adalah utama atau tidak. So saya listkan juga kebarangkalian yang lain juga.

  1. Kilang di ipoh, yang satu satunya punyai shift pattern yang menarik untuk bagi saya banyak masa untuk menaip macam sekarang ini sudah shut down bulan 9 september 2016 ni. So, nak tak nak saya terpaksa cari kerja sini, atau area Penang.
  2. Kedua, kerja di area Kulim dan Penang, adalah lubuk bagi yang kerja kilang ni. Sebab kebanyakan sini kilang besar besar. Banding dengan Ipoh, kilang besar sikit. So gaji pun tak berapa nak boleh di demandkan sangat. Banding dengan Kulim, dan Penang ia jauh lebih baik. Saya percaya, kalau di Daerah Gebeng, Pahang, Shah Alam, KL, JB pun akan lebih baik juga. Tapi malas lah saya nak ke sana pula. Tak nak jem jem ni. Ni dah dapat Kulim pun dah rasa cukup syukur dah, banding dengan Penang, yang confirm akan jem.
  3. Problem ler kalau duduk dengan family. Topik sensitif ni.
  4. Sudah tiba masa untuk saya belajar berdikari, nanti dah nak kahwin ( update  2017, dah kawen pun )
  5. Suka nak belajar cara orang lain di negeri lain, tapi lebih kurang sama je..adoi..
  6. Dan macam macam lagi lah.

Untuk perkara no 3 tu.

Masalah dengan family kan?

Bukan lah masalah sampai kecoh gaduh..

Tapi entah lah, bila duduk ngan family rasa macam tak emosi rasa tak menentu je.

Rasa juga mulut berbisa asik sampai ke kat telinga ni.

Huhu, tak baik juga kata macam ni.

Saya pun, ambil keputusan untuk merantau.

Supaya saya tak terus buat dosa macam tu.

Jadi lebih baik saya keluar dari rumah dan cari kerja lain jauh sikit.

Dan Bila Saya Balik?

Wa…seronok juga bila dah lama tak balik.

Best..

Sebab macam ada suasana balik Kampung bila raya.

Kalau tak, time raya ibarat macam perjalanan 30 minit je.

Tapi sekarang, balik raya berejam rejam.

Family pun ada gaya macam rindu sikit bila saya balik. Hehe

Pernah satu malam, bila saya balik, semua diorang bangun.

Saya pulak pelek,

Kenapa kome semua bangun ni…

Hehe

Kalau tak dulu, saya balik je kampung, semua buat tak tau jer.

Pernah juga tanya..

Aik, mak tak perasan ke sapa yang balik ni..huhu..

Tak pe lah..

Sekarang dah lain kan…Alhamdullillah.

Mana Lebih Jimat?

Mesti lah duduk dengan family.

Tak perlu fikir bil api, bil air, paling merana bil untuk makan makan ni.

Dengan family saya dulu, senang, pergi bawa mak ke pasar, bagi dalam 50 ok lah tu, untuk makan satu minggu.

Duk membujang, sehari dalam 20 ringgit juga.

Makan Pagi..

Saya biasa ambil nasi + ayam + ikan tongkol + kuah apa entah = RM 3 50

Air Milo         = RM 2.00 kalau tak silap

Total makan pagi = RM 6 lah senang cerita

Tengah Hari

Dalam RM 7.00

Malam?

Dalam RM 7.00 lagi.

6 + 14 = RM 20 hengget juga lah sehari.

Tak termasuk ulang alik te ais mamak lagi.

So total sehari dalam RM 25 hengget.

Bila saya shif kerja malam kan, kilang ni akan bagi kupon dalam 5 ringgit.

So boleh la cover untuk dinner punya makan.

Dan lagi satu…

KEBEBASAN..

Dulu, kalau bangun pagi, memang mak bising sebab tak sembahyang.

Tapi sekarang..senyap je suasana pagi.

Aduhai, berdosanya.

Kesian pula dekat mak yang usaha untuk kita.

Saya sendiri jenis tak berapa suka tidur pagi sebenarnya. So habit ini sangat sangat membantu lah.

Cuma asar tu,

Ya Allah kuatkan lah Aku..

So Kesimpulan Pro dan Kontra nya?

Anda decide sendiri!!!!!

Kalau saya ada pilihan satu dan dua, saya memang teringin nak duduk dengan family sahaja.

Kesian mak, duk jauh. Nak pergi pasar harapkan adik. dia keja.

Nak g pasar borong susah

Mak saya udah lebih 60 tahun tau, tapi masih lagi berniaga kuih.

Setiap kali mak berniaga, saya terasa dosanya yang saya buat.

Sepatutnya mak dah tak perlu dah berniaga macam tu…

Dan saya terpaksa merantau untuk tak lebih banyak buat dosa lagi bertengkar dengan mak..

Dah..tu jer…




Kelebihan Kalau Mencari Kerja di Jobstreet

Sepanjang hampir 5 tahun saya kerja selepas graduate daripada Universiti Malaysia Pahang, Jobstreet adalah lubuk paling banyak untuk tahu update kerja kosong.

Terutamanya dalam sektor swasta. Kalau yang kerajaan saya rasa jarang jarang diorang akan iklan di Jobstreet. Sebab mereka lebih prefer untuk buat pendedahan kerja kosong melalui cara lain, saya ada share mengenainya di sini, tips untuk alert dengan update kerja kerajaan.

Ok, sekarang kembali focus saya dengan Jobstreet.

Nak Buat Announcement Sikit Ni

Jobstreet adalah top favorite untuk dapatkan kerja saya, saya ada senaraikan 8 lagi selain daripada jobstreet di post, favorite tempat kerja saya. Anda boleh rujuk di sana untuk yang lainnya.

Disebabkan saya sangat rekemen kan untuk anda gunakan jobstreet, saya akan jadikan post ini khas untuk bantu yakin kan anda lagi akan kelebihan kalau menggunakan Jobstreet.

Yang Pertama : Jobstreet sangat update dengan new latest kerja kosong

Boleh kata satu hari, untuk sesetengah negeri, hampir 10 company akan listkan kerjaya baru. Jadi andai kata anda sedang mencari kerja kosong sekarang. Jangan miss tengok Jobstreet ni hari hari. Sebab memang insyaAllah akan ada kerja kosong kalau anda set location kerja yang betul.

Yang Kedua : Siapa yang tak kenal Lina kan.

Lina ni adalah robot bagi jobstreet, ia akan updatekan kerja kerja baru yang sangat revelent dengan anda. Kiranya katakan anda set untuk dapatkan update mengenai satu satu kerja, insyaAllah Lina akan updatekan untuk anda. Mungkin dari email atau pun by phone. Rujuk post, cara setup borang jobstreet untuk tahu bagaimana untuk setup Lina Alerts.

Seterusnya…

Ketiga : Dengan Jobstreet anda, boleh check status gaji orang lain yang apply juga.

Ada satu fungsi di Jobstreet ia akan bagi tahu, katakan anda apply satu satu jawatan tu, berapa pula orang lain yang apply. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat tahu jurang pengalaman mereka, taraf pendidikan dan yang paling penting berapa purata gaji yang mereka letak.

Seperti contoh application saya yang sudah:

jawatan-kosong-osram

Kalau anda lihat atas tu, ada 376 application yang lain. Dan kalau saya click link nya.

Saya akan dapat maklumat yang lebih detail seperti di bawah:

contoh-profile-jobstreet

Tengok yang bahagian Education, Salary dan experience tu.

Saya sendiri level Diploma, gaji basic yang saya letak RM 2600, pengalaman dalam 4 tahun kot.

Dekat sini saya boleh agak, yang gaji RM 2600 saya letak boleh diterima banyak nya. Sebab ada 169 orang lagi yang lebih tinggi dari saya.

Ok lah kan, sebab pengalaman pun ramai yang tak selama saya bekerja.

Jadi kelebihan dengan mengetahui maklumat kita akan lebih yakin untuk setting preference gaji dan butiran kita lebih tepat lagi. Serupa macam kita jual barang lah, mesti juga nak tahu harga pasaran kan. Supaya harga yang kita letak tak terlampau tinggi. Nanti orang tak nak. Dalam kes ni, company yang tak nak kita.

Selain daripada itu, anda juga dapat tahu kalau berapa kali dah si employee sudah review resume anda.

Seperti yang saya screenshotkan di bawah ni, sudah 4 kali Sandisk review resume saya.

jawatan-kosong-sandisk

Apa kelebihannya tahu maklumat seperti ini?

Senang sahaja, kita boleh lah fikirkan yang Si SanDisk ni ada rasa macam sedikit like dan teruja dengan resume saya.

Jadi apa lagi, selambar je call SanDisk dan follow up untuk interview. ( calling adalah antara 9 Idea cari kerja kosong yang mujarab )

Jangan takut pergi interview.

Yang keempat? Jap saya tengok jobstreet balik. Dah lupa pula…

Ok tiba tiba teringat satu lagi sebelum login masuk ke Jobstreet.

Keempat : Jobstreet juga boleh update dengan open interview.

Seperti contoh, yang ada juga saya dapat, tiba tiba ada mesej sampai ke telefon bagi tahu ada open interview di Penang. So boleh lah pergi kan.

Tentang jarak antara bila mesej sampai dengan tarikh berlansung open interview ni agak menyakitkan hati sedikit. Sebab kadang kadang lagi beberapa hari baru mesej dari Jobstreet sampai. Yang ini saya tak pasti kenapa, yang pasti ia memang susahkan kita. Tapi nak tak nak, kita terpaksa. Itu sebab anda perlu ready, siapkan resume sentiasa.

Contoh notifikasi dari Jobstreet yang saya dapat. Agak awal juga, sebab awal 1 minggu

Kalau anda sudah baca, satu artikel 8 pengalaman interview saya. Dan salah satu nya ialah Infenion, saya print resume semua, pagi itu juga. Sebab malam sebelum bertolak pagi tu saya kerja. Punya la mengantuk. Tapi terpaksa kuatkan juga. Alhamdullillah, sekarang saya dah dapat pun kerja tu.

Ok, kalau nak dikutkan ada beberapa lagi kelebihan lain.

Saya simpan yang lain tu dalam video bawah ni sahaja lah.

Lebih mudah kalau tunjukkan sendiri kan?

Tapi belum siap lagi, nanti sudah siap InsyaAllah saya kongsikan. Boleh update email anda di bawah ni untuk saya bagi tahu nanti melalui email.

Saya rasa itu sahaja perkongsian saya kot.

Harap harap anda dapat kerja ya.

Bagi yang masih lagi tak kenal saya. Mungkin boleh luang masa baca dan kenal saya di page about me saya ni.

Harap harap perkongsian saya ni bermanfaat untuk semua.

Ok…Stop sembang pasal jobstreet. Sebab selain dari Jobstreet ada lagi satu website yang anda kena daftar untuk dapatkan jawatan kosong…iaitu MauKerja.

Tengok artikel, cara daftar Maukerja saya ada kongsikan cara daftar MauKerja pula




10 Cara Untuk Cari Kerja Kosong Swasta

Jobstreet Adalah Website Terbaik Bagi Saya Untuk Kerja Kosong

Dulu masa saya masih lagi belajar di UMP. Kiranya masa tu sudah nak tahun akhir tau. Abang saya ada cakap, dekat area KL ada macam satu karnival kerjaya. So dia nak saya pergi.

Karnival kerjaya = Job Fair..

Masa tu dalam fikiran saya, adoi malasnya lah. Sebab saya fikir, alah lambat lagi. Nanti cari lah kerja lepas graduate.

Lepas tu abang saya cakap, KAU INGAT SENANG KE NAK CARI KERJA?

Huhu..

Sebab kan rasa macam tu, tu pasal lah saya pernah menganggur dekat setahun..Kononnya nak cari kerja senang, boleh tangguh tangguh. Dan bila dah tiba masanya, baru lah saya tahu.

Sebab nak cari kerja bukan senang….

Tapi nak jadikan cerita memang saya pergi juga lah karnival kerjaya tu. So itu la first time saya pergi macam ni. Kiranya, kerajaan kumpulkan semua agensinya, dan swasta juga, kumpulkan dalam satu bumbung. So nanti kalau anda pergi, akan nampak lah booth booth yang banyak banyak company lain yang turut serta.

Itu lah, masa tu tahun 2008 kalau tidak silap. Sekarang saya buat article ni tahun 2017. Sejak graduate dari 2009. Sampai tahun 2012 baru saya dapat kerja betul tau. Masa tu kalau sekali campur dengan OT, Alhamdullillah lah saya dapat dalam RM 2 500. Lepas dari itu, sampai sekarang 2017 ni, sudah 3 kilang besar yang saya tukar. pernah gaji saya sampai RM 5 200. Masa tu, punya lah rasa hebatnya level diploma, technician mampu capai sampai gaji macam tu. Untuk terbaik, baru baru ni, lepas tukar kilang no 3. gaji saya straight 4000 ke atas selama 3 bulan. Alhamdullillah. Rezeki kahwin kot. Memang saya baru kahwin pun.

Baiklah, untuk tidak lengah masa, sebabkan saya sudah macam tahu sikit cara untuk cari kerja. Siap boleh tukar tukar lagi, lantas saya nak siapkan 9 senarai cara cari kerja untuk anda jadikan satu panduan bila nak cari kerja kosong. Payah tau, memang bukan senang nak cari kerja, tambah tambah lagi kalau mindset salah.

Apa Motif Article Ini?

Penting untuk saya kongsikan dahulu apa motif utama article ini, supaya anda dapat faham dengan lebih jelas.

Biasa orang cakap, eh lepas hang graduate daftar lah spa, daftar lah jobstreet lah. Macam macam kan. Daftar lah itu, daftar ini lah…

Masalahnya, berapa banyak tempat nak daftar? Ada list tak? Boleh listkan untuk saya refer?

Saya sendiri dulu, daftar jobstreet dengan SPA lepas beberapa bulan saya graduate. Kiranya saya tak siapkan benda ni awal awal. Itu pun saya daftar sebab tak sangka yang lubuk untuk cari kerja ni daripada website mana.

Orang kata, main hentam ja..

Tapi untuk anda, atau adik adik yang baru lepas habis study, saya listkan semuanya di sini untuk rujukan ya. Andai kata masih ada yang tak cukup, sila contact atau tinggalkan komen, nanti saya akan masukkan selepas saya nilai sama ada berbaloi tidak anda habiskan masa dengan source kerjaya tu.

So ini lah matlamat saya dalam post ini. Mungkin ada blogger yang buat rujukan atau panduan masing masing, tapi itu cara diorang. Anda boleh rujuk diorang, tapi untuk saya, yang di bawah ni yang saya boleh sediakan.

So, tanpa lengah masa saya teruskan nya ya.

Bawah ini ada lebih +10 cara untuk dapatkan kerja, saya bahagikan kepada dua cara, satu guna internet dan juga secara fizikal.

Secara ONLINE

Dan website website untuk anda perlu daftar dan aktif cari kerja ialah:

  1. SPA8
  2. SPA8 negeri anda masing masing ( ini kena rajin rajin tengok ), contoh macam saya asal Perak, saya akan pergi ke http://spaonline.perak.gov.my/. Atau anda taip saya ‘spa’ + negeri apa di Google.
  3. Suruhanjaya untuk jabatan jabatan tertentu, macam air elektrik contohnya.( rajin rajin jenguk website mereka)
  4. Jobstreet ( ini ler punca utama update saya dapat kerja )
  5. Jobsmalaysia GOV ( saya tak berapa gemar website, macam orang tak ada tangan yang setup )
  6. Mudah.my ( secara purata, iklan jawatan kosong di Mudah tak berapa banyak, tapi boleh lah nak tau tau kan )
  7. MauKerja dot My
  8. My Star Job
  9. Google Search << update terkini

Ok, itu secara online.

INGAT, buat satu satu ya. Jangan ada yang pandai pandai nak skip. Saya sengaja letakkan yang secara online ni sebagai yang pertama, sebab ianya mudah. Anda tak perlu ke mana mana. Setup semua dalam rumah depan komputer sahaja. Baiklah, sekarang kita akan buat yang secara offline pula.

Update Terkini

Lepas beberapa bulan article ini siap saya lupa nak letak lagi satu source yang tak patut kita lupakan juga. Iaitu Google. Caranya, anda taip sahaja jawatan apa yang anda inginkan + dengan negeri yang anda mahu. So, browse website yang disenaraikan Google satu per satu.

Secara OFFLINE

  1. Rajin rajin kan diri untuk round kawasan kilang/industry
  2. Hantar resume byhand terus ke kilang.
  3. Contact terus kilang
  4. Beli newspaper
  5. Pergi ke Job Karnival/Open Interview

Ok, so itu dia.

Sekarang saya akan pergi kepada penerangannya satu persatu.

Untuk panduan isi borang atau pun tips tips yang boleh saya kongsikan untuk cara kerja melalui online atas tu, contoh macam jobstreet dan spa semua tu, anda perlu click website tersebut dan saya akan bawa kepada post khas mengenainya.

Sebab yang seterusnya di bawah ni saya hanya kongsikan cara cari kerja untuk kaedah fizikal sahaja.

Baiklah, sekarang kita akan pergi kepada point untuk cari kerja kaedah fizikal satu persatu.

1. Rajin rajin kan diri untuk round kawasan industry

Tak semua company ni guna cara online. So, ada juga yang akan tempek plat depan kilang kalau diorang nak pekerja baru.

Tapi macam biasa lah, biasa kerja kerja yang macam ni hanya untuk gaji yang dalam RM 1000 sahaja, itu pun kalau mereka ni follow gaji minimum RM 1000 kerajaan itu.

Untuk operator memang sesuai untuk dapatkan kerja macam ni, insyaAllah kebiasaannya anda boleh dapat kerja on the spot.

Tapi macam saya cakapkan tadi, gaji mungkin tak berapa banyak sebab kemungkinan besar hanya untuk level operator sahaja. Tak pe lah, try dulu ya. Kerja sahaja, nanti lama lama ada rezeki naik juga.

2. Hantar resume byhand terus ke kilang.

Percaya tidak, ini adalah teknik untuk dapatkan kerja paling mujarab.

Tapi masih ramai lagi yang tak berapa nak buat.

Kemungkinan besar sebab malas nak print dan jadi posmen hantar satu satu kilang.

Senang je sebenarnya, anda tak usaha memang tak akan dapat apa apa.

Bukan susah pun..,

Lagi sekali saya ingatkan, ini adalah teknik yang paling kuat dan mudah untuk dapat kerja. Percayalah cakap saya.

Caranya mudah sahaja.

Langkah Pertama :

Ambil masa dalam 2 3 hari round di kawasan kilang atau mana mana tempat kerja yang anda mahu. Ambil nama syarikat dan terus buat resume. Pedulikan kalau ada signboard kerja kosong atau tidak, yang penting anda rasa kilang/company tu besar dan nak kerja tempat tu.

Tak perlu masuk dalam tanya ada kerja ke tak pun tak apa. Company besar ada banyak procedure, kadang kadang kita tak boleh masuk. So tak perlu masuk. Pergi tengok sebab nak tahu nama company sahaja. Bila sudah dapat dalam 10. Balik rumah, siapkan resume ikut yang cara saya plan resume. Dan submit pada guard atau pun hantar terus ke depart HR, minta guard yang jaga depan untuk tunjukkan.

Saya sendiri ada pernah try kilang cement di Gopeng, masa itu saya ada nak hantar resume untuk adik saya. Memang guard tu tak bagi masuk sebab saya pakai selipar sahaja. So saya pass dekat abang guard tu sahaja.

3. Contact terus Kilang

Teknik ini pun mujarab juga. Malah lebih target, sebab kita buatkan HR tu tertunggu tunggu.
So katakan kita kol tanya dia, ada kerja kosong ke tak. Biasanya, dialog yang saya cakap macam ni:

Saya : Hello, boleh hubungkan saya dengan bahagian HR ( takut takut salah department )

kalau dia sambung kan, anda tunggu je la. Kalau dia cakap, memang department HR yang bercakap. Anda sambung ayat macam bawah ni.

Saya : Saya nama Ahmad, nak tanya kalau ada jawatan kosong yang masih lagi available untuk syarikat ni.

Kalau ya, anda confirmkan dengan HR itu sama ada nak hantar resume melalui email atau post. Yang baiknya email lah, anda pun tak perlu keluar duit print. Selepas email,pastikan anda call HR tadi semula. Untuk pastikan dia terima.

*Bukan nak pasti sangat sebenarnya, memang confirm HR tu akan dapat pun kan. Cuma nak buatkan si HR ini ingat akan kita. Percaya lah, HR ni memang anda kena baik baik sangat dengan diorang. Sebab diorang yang select nama untuk hantar ke Department.

Lagi sekali saya nak beri penegasan, dua teknik contact kilang dan hantar resume by hand adalah sangat sangat bagus.

Tapi cara untuk terus call kilang ni, boleh juga anda jimat jimat kan duit nak print resume semua kan. Saya sendiri kalau print resume pernah sampai RM 20 juga.

4. Beli newspaper

Kira guna teknik old skul nak?

Ada juga company yang memang beri focus guna paper juga. Contoh macam biasa saya tengok lori driver semua tu.

Ada pernah nampak iklan kerja untuk nurse juga. Boleh kata banyak juga yang nurse nurse ni.

Biasa kalau kerja untuk jururawat mesti ads size nya besar sedikit berbanding dengan iklan lain.

Nak beli paper apa? Saya rasa terbaik yang duk listkan kerjaya ni adalah the star.

The star juga ada website yang listkan kerjaya nya sendiri, di thestar.com.my

So boleh rujuk sana juga.

5. Pergi Ke Job Karnival/Open Interview

Ok, mana mana job karnival memang antara peluang yang paling keemasan untuk anda dapat kerja. Jangan risau kan orang ramai. Tengok pada artikel ni, walaupun ada 800 orang saya pergi satu open interview di Penang, akhirnya saya cekal kan diri untuk stay dan tidak balik. Dan alhamdullillah, selepas 2 bulan tunggu. Saya dipanggil dua jawatan terus..

Ini dia artikel nya, Kalau ada 800 orang di depan mata anda masa open interview?

Tapi, persoalannya sekarang. Macam mana nak update dengan Open Interview?

ada beberapa cara.

  1. Kawan Kawan – ini source saya yang mula mula dulu..
  2. JobsMalaysia – ini source saya yang agak baru juga.
  3. Join MauKerja – Ini cara saya terbaru

MauKerja adalah platform cari kerja baru sekarang Jobstreet. Website ni, bukan sahaja dia bagi tahu ada jawatan kosong. Malah MauKerja pun ada bagi maklumat kalau ada open interview yang mereka buat. So, untuk tahu, anda hanya perlu register sahaja, nanti diorang akan update by email..

>>>> Buat Pendaftaran MauKerja Di Sini <<<<

Ok..itu dia…

Pastikan anda buat semua tindakan di atas dahulu.

Setengah orang cakap, usaha dan tawakal kan.

Tapi nak usaha yang sampai macam mana, dan tawakal berapa lama. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, saya ada post yang nak kongsi kat anda apa tindakan seterusnya pula bila anda sudah apply mana mana kerja.

Saya ada post post lain yang penting untuk anda fahamkan juga.

Ini dia…

Cara Saya Perkenalkan diri Semasa Temuduga

Tone Yang Sesuai Semasa Temuduga

Cara Saya Buat Persedian Temuduga

Sudah right click dan open new tab link di atas?

Saya ada lagi satu link atau post yang nak share, iaitu cara cari kerja yang paling favorite. Anda boleh bacanya di sana, seperti tajuknya sendiri. Kaedah ini adalah kaedah paling mudah dan mujarab untuk dapatkan kerja, bagi saya lah…huhu




Panduan Isi Borang Jobstreet – Tempat Terbaik Cari Kerja

5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Dengan Jobstreet

Assalamualaikum, Jobstreet memang antara platform cari tempat kerja yang utama di Malaysia. Memang dah banyak sangat dah kilang kilang dan syarikat besar menggunakan jobstreet untuk mendapatkan pekerja.

Kalau tak percaya, boleh refresh atau tengok job listing hari hari, pasti akan ada company yang buat listing baru. Kalau ada yang kata rujuk JobsMalaysia juga, bagi saya. JobsMalaysia hanya senaraikan kerja kosong untuk badan yang berkaitan dengan kerajaan. Untuk kilang swasta, kebanyakan nya mereka akan lebih menggunakan Jobstreet.

Sebelum saya kongsikan panduan cara saya isi borang Jobstreet ni, mai saya kenalkan dulu siapa saya.

Ringkas sahaja.

Masa saya tengah buat artikel ini, umur saya lebih kurang dalam 29 tahun. Saya belajar dari University Malaysia Pahang. Graduated tahun 2009, 3 tahun saya buat Diploma Mekanikal di sana. Saya menggangur lama juga, walaupun 2009 dah tamat pengajian, tapi 2012 baru dapat kerja betul. Kiranya kerja yang elok, dan sesuai dengan level jurusan saya. Gaji pun ok. Kalau tak, masa  masa mula kerja 600 ringgit sahaja. Pernah tak sampai 200 sebulan pun ada.

Kenapa jadi macam ni? Mudah, sebab saya tak pandai cari kerja. Itu sebab saya ada hasilkan 9 cara cari kerja kosong ni. Dan panduan isi borang jobstreet ini adalah antara pengalaman yang saya dapat.

Benda ni dah jadi kat saya, dan memang tersangat susah. Duit tak ada. Lagi pulak lelaki kan.

Harap tak jadi kat anda juga. 🙂

Tentang Jobstreet ni.

Jobstreet adalah source terbaik saya untuk update dengan kerja kosong. Ingat tu, source terbaik ya. Ada 10 semuanya, anda boleh rujuk artikel 10 cara cari kerja kosong saya, untuk tahu lagi 8.

Selain daripada dapat tahu banyak peluang kerja kosong dari company besar besar, dengan juga Jobstreet juga kita boleh tahu competitor kita, yakni orang lain yang turut juga apply. Nanti saya share apa yang saya maksudkan ini di bawah.

Anda boleh ketepikan 10 website lain untuk dapatkan kerja, tapi jangan ketepikan jobstreet yang hanya satu ni.

Selain Jobstreet ni.. Ada lagi 2 panduan untuk daftar website jawatan kosong utama di Malaysia yang anda perlu buat.

  1. MauKerja – Ini website baru, interface sangat cantik, mereka akan update kalau ada Open Interview
  2. JobsMalaysia – Mungkin akan ada jawatan kosong kerajaan di sini.

Ini pengalaman saya…

Ok..kita mula…

  1. Register/Login

Untuk mula mula, anda mesti register dan mesti login bila nak view kerja kosong di Jobstreet, kalau tidak login, kita tidak dapat tahu berapa estimate gaji yang company boleh bagi. Sebab ia hanya visible bila anda login sahaja. Rasanya tak perlu ya saya terangkan cara nak register, straight forward sahaja.

homepage-jobstreet

  1. Update Profile

Selepas register, anda pergi ke bahagian Update My Profile box kuning dalam gambar yang saya tunjukkan bawah ni.

langkah-pertama-untuk-apply-jobstreet

Untuk bahagian update profile ni saya akan buat video untuk isi kat mana dan bahagian mana.

Nanti saya akan embed videonya di bawah ni.

pending….

Sekarang kita pergi kepada bahagian seterusnya.
  1. Setup Lina Job Alert

Lina ni bukan amoi mana mana pula, tapi sistem yang Jobstreet sediakan sendiri. Dimana dengan bantuan ‘Lina Job Alert’ ia akan bantu update kita akan kerja kosong yang terbaru. Kiranya, kita akan dapat email kalau kriteria yang kita set relate dengan jawatan kosong yang ada.

Jangan marahkan Lina yang selalu ganggu inbox email anda ya. Dia cuma nak bantu. Kalau tak nak, just cancel notification dari Lina sahaja.

Untuk setup Lina notification, kalau tidak silap saya anda memang akan dipandukan oleh Jobstreet bila register. Tapi tak apa, saya go thru sekali lagi kalau ada yang ter skip.

Mungkin juga sudah set sekali masa anda update profile, tapi saya buat kan juga sebagai point no 3 supaya kita tak ter skip pula.

 

Di bahagian profile, anda click nama anda. Contoh macam saya ‘Syed’ di bahagian atas kanan sekali.

my-jobstreet-lina

Dropdown akan turun, anda pilih ‘My Account’

langkah-kedua-untuk-apply-jobstreet

Lepas click My Account, anda pergi kebahagian Subscriptions dan pilih ‘Edit’

langkah-ketiga-untuk-apply-jobstreet

Kalau nak ikutkan, macam yang saya buat atas tu, perhatikan “Job Alerts Email” saya sudah subscribed kan. So ok lah tu, tapi kita click juga untuk saya update lagi sekali sebagai contoh.

Lepas click Edit,anda click pula “Click here to managed job profile alerts”

langkah-keempat-untuk-apply-jobstreet

Kalau perhatikan kat bawah ni, kita macam boleh create job alert jenis yang lebih dari satu.

langkah-kelima-untuk-apply-jobstreet

Terpulang lah, macam saya sengaja saya buat dua.

Lepas tu, anda click lah bahagian pensel tu untuk check sama ada setting anda tu betul atau tidak.

Macam saya punya seperti di bawah:

langkah-keenam-untuk-apply-jobstreet

Email alert frequency tu biar jadi Daily ya.. Supaya kita dapat alert yang paling cepat. Kena cepat cepat rebut dan apply. Nanti lambat..

Jangan lupa save pula.

Sebaik sahaja anda setting Lina atas ni. Kalau anda pergi ke muka hadapan profile anda. Akan nampak direct terus kerja kosong yang related dengan apa yang anda telah set. Seperti yang saya tunjukkan di bawah.

langkah-ke7-untuk-apply-jobstreet

Dan kalau saya click My Lina Job Matches atas tu, akan nampak dropdown lagi satu kategori untuk Marketing Online tu.

Keempat : Boleh lah buat carian kerja kosong

Nampak kan ada box carian ‘ Search Jobs by Title, Skills or Keywords…’ di screen shot bawah ni. Anda jangan terus search atau key in keyword anda di situ ya. Sebab nanti carian dia akan tidak berapa tepat. Sebaliknya tekan yang keyword ‘Advanced’ itu dahulu.

langkah-ke8-untuk-apply-jobstreet

Dan boleh lah set carian anda kepada tajuk yang sesuai untuk negeri atau kawasan mana yang available.

tips-cari-kerja

Selepas buat carian semua. Pergi ke hadapan balik. Dan bila kita pergi ke bahagian depan balik, saya nak jadikan nya sebagai point ke lima..

Tapi sebelum tu, saya nak recap balik point point yang sebelumnya supaya focus anda masih jelas dengan apa yang saya cuba nak sampai.

Apa yang kita nak buat sekarang ialah, pastikan setting dan apa yang kita isi di Jobstreet benar benar lengkap. Bukan sekadar lengkap sahaja kita juga alert dengan function function yang ada pada jobstreet sebab ia memang akan bantu untuk kita dapat kerja dengan lebih baik.

So itu tujuan kita ya.

Berbalik kepada point tadi,

  1. anda mesti register atau login dengan jobsreet
  2. Kita mesti update profile, saya akan siapkan videonya ya nanti secepat mungkin.
  3. Kita setup Lina Job alert.
  4. Anda sudah mula boleh buat carian untuk kerja kosong. Nanti saya kan siapkan video yang ini juga.

Dan bila sudah apply masa anda buat carian di step 4 tadi. Saya akan sambung ke point yang no lima, iaitu track job application anda.

5 : Track Job Application Anda.

Sekarang pergi ke muka hadapan profile anda semula.

Dan click Application seperti di bawah ada bulatan 6 tu. Tu maksud nya ada 6 job application saya yang active kalau tidak silap.

track-job-application

Dan bila anda click ‘Applications” tu akan terpapar seperti di bawah.

osram

Dan sekarang, tersingkap lah maklumat maklumat yang saya penting untuk kita tahu. Seperti berapa orang yang apply yang memang sudah pasti akan ramai. Berapa gaji diorang, tahap level kelulusan diorang juga bagaimana. Pengalaman juga.

Tengok bahagian Sandisk sebelah kanan, company ni dah review resume saya 4 kali dah.

Bermaksudnya apa? Kemungkinan besar dia berminat kan? So apa lagi. sepatutnya saya sudah boleh mula contact Sandisk untuk tahu progress nya. Tapi saya tak buat lah, sebab sekarang ni saya rasa saya dah dapat kerja kilang yang lebih OK sikit kot dari Sandisk, Alhamdullillah.

**apa yang paling penting ialah.

Jangan harapkan jobstreet sebagai tempat untuk company call anda. Tolong lah jangan. Kalau anda anggap macam tu, habis lah. Sebab peluang untuk company contact sangat tipis.

Sebaliknya anda yang kena call, contoh macam kes saya di atas. Sepatutnya saya sudah boleh call Sandisk dan tanya kan interview ka macam mana.

Susah untuk saya huraikan, sebab ia akan buat kan article ini jadi panjang. So itu sebab saya terpaksa buat video.

InsyaAllah, saya tengah plan rangka presentation nya untuk anda semua.

Baiklah, siap untuk jobstreet. Sekarang anda daftar untuk MauKerja pula

 

 




Contoh Resume Format Malaysia?

Salam.

Kalau anda betul lah ikut turutan tips untuk dapatkan kerja dari blog SayaShare saya ni. Sepatutnya, anda datang dari page Panduan Lengkap Temuduga. Lepas tu, saya akan minta anda baca contoh resume terbaik.

Dan sepatutnya, selepas contoh resume terbaik tu, anda akan berpindah ke post ini. Iaitu format yang anda patut gunakan bila buat resume.

Alright?

Jelas? Kalau terlepas, mungkin anda tiba tiba sahaja datang ke artikel ini. Boleh berpatah balik ikut turutan ya. Sebab saya sudah susun nya satu satu, ikut flow mana yang patut anda faham dahulu.

Di artikel sebelum ini, saya ada kongsikan 3 jenis resume format yang biasa orang guna.

Iaitu:

  1. Chronological format
  2. Functional format
  3. Combination format yang terakhir

Untuk tahu maksud dan perasan ketiga tiga format ini, anda kena rujuk post sebelum ini lah. Sebab sekarang saya nak kongsikan bagaimana nak tentukan format apa yang sesuai dengan anda.

First…

Chronological Format

Eh, mesti faham dahulu apa dia maksud tiga tiga jenis format ini dahulu ya. Kalau tak faham, entah apa je korang baca artikel ni. fahamkan di artikel, contoh resume terbaik.

Untuk chronological format, anda boleh guna cara tulis resume macam ni bila korang punya pengalaman tu stabil dan steady.

Maksud nya kita ambil contoh macam kawan saya sendiri.

Budak ni nama dia Firdaus. Sebaya dengan saya, dulu sekolah pun sama. G sekolah pun sama. Ingat lagi dia pikul basikal saya sebab dah rosak punya la jauh. Kesian kesian..kawan punya pasal kan.

So si Firdaus ni, masa praktikal dia dah pilih kilang atau tempat buat praktikal company yang memang kukuh. So lepas habis praktikal dia terus dapat kerja tempat sama.

Banding dengan saya, nganggur, lepas tu kerja tak tentu hala dekat 2 tahun juga. Ingat lagi, masa lepas 2 tahun baru nak dapat kerja elok, Firdaus ni dah pakai kereta dan nak kahwin dah pun.

Saya? Huhu. Bukan semua orang bernasib baik ya. Rezeki. Mungkin saya banyak dosa kot.

So kalau anda macam Firdaus, boleh la guna format ini. Career path anda tu cantik sahaja, tiada cacat cela. Kerja pun dalam bidang yang seakan sama. Memang sesuai kalau guna format ini.

Functional Format

Untuk Functional format pula. Ia lebih bersifat selective. Kiranya dalam bahagian pengalaman tu kita hanya pilih mana yang berkaitan sahaja. Untuk macam saya yang ada naik turun ni, memang saya akan pilih yang Functional format.

Malu lah kan kalau dia tahu saya kerja entah apa apa.

Lagi pun nanti anda nak demand gaji pun agak susah.

Contoh macam first kerja saya, saya kena buang tau. Sial betul…..Geram juga masa tu.

Dan sekarang, katakan saya tulis dalam resume, “previously I got fired”

Hah apa macam? Hehe. Agak agak dapat tak kerja tu?

So functional format, yang terbaik untuk saya. Saya percaya ramai juga akan lebih nak tulis cara functional format.

Ada sorang kawan saya lagi. Nama dia Amirul kot. Lupa dah.

Sebelum dia kerja dengan saya di satu company ni, agak lama juga dia tak kerja tau. Bertahun juga. Padahal sebelum nya dia memang pernah kerja kilang. Berhenti sebab apa entah, balik kampung kejap katanya.

So Amirul pun kena tulis cara functional format. Tapi memang dia kena pandai buat ayat cover balik lah, kenapa yang sampai bertahun tak kerja kan.

So time resume, memang kena betul betul get ready dengan soalan ni.

Combination Format

Ikutkan pada InterviewGuys, sebuah laman web yang antara menjadi rujukan saya juga. Combination format resume ni lebih sesuai untuk mereka yang nak tukar career.

Contoh macam, selama ni anda kerja technician, anda nak jadi process technician pula

Atau pun selama ni anda electrical engineer, anda nak cari mechanical engineer pula contohnya.

Memang pelek lah, kenapa nak jadi mechanical kalau dan electrical sebelum nya kan. Tak mengapalah, contoh sahaja.

So, again. Combination format lebih sesuai untuk mereka yang nak tukar cara bekerja atau jawatan yang tak biasa dia buat.




Jangan Tipu Slip Gaji Tempat Lama

Kalau Nak Makan Duit HARAM – Tipu Lah Gaji

Ok, sebelum tu.

Maaf lah kalau saya selambanya katakan ianya haram.

haram halal bukan saya yang tentukan. Siapa lah saya. Bukan Ustaz. Hanya pencari kerja sahaja.

Tapi yang penting bila anda start apply kerja, dan bila HR kata gaji anda berapa, anda kelentong dan edit atau buat slip gaji sendiri contohnya.

Saya ada kawan macam ni sebenarnya.

Tau tak, betapa bahayanya tindakan anda ni?

MasyaAllah, kalau tak dapat, anda dapat dosa menipu.

Kalau dapat? Menipu dapat, rezeki yang kita duk bagi anak bini makan tu macam mana pula?

Lagi sekali saya tak berani nak kata halal atau haram. Tapi yang pasti, tak berapa nak cantik lah kan.

Dan dalam soal gaji saya memang hati hati. Saya sanggup gaji sikit, asalkan tak perlu menipu macam tu.

Habis lah kan. Tak kan lepas 3 4 bulan kerja anda tiba tiba jumpa HR cakap:

HR sila rendahkan gaji saya!!

Ada ke orang nak buat macam ni?

So jangan menipu gaji.

Tak apa, jangan sedih sangat bila gaji anda sikit.

Ya saya faham, banyak benda nak bayar, lagi nafsu nak membeli lagi.

Semua orang rasa macam tu, tapi nanti lama kelamaan ok lah. Baca lebih 7 tahun pengalaman kerja saya di sini. Gaji tak la banyak, tapi makin naik. Dan untuk 4 ribu sebulan, memang cukup untuk sara anak bini.

Sabar ya.

Saya sendiri pun dulu kerja, gaji 300 sahaja sebulan.

Itu tahun 2010 tu. Bukan nya tahun 1956 pula tau.

Bukannnya duit pisang atau sistem barter guna garam. Ni ringgit malaysia ni.

ABC pun dah tak harga 10 sen dah.

So, anda sabar.

Cuba bawa bertenang dan fikirkan penyelesaian terbaik satu persatu.

InsyaAllah ada jalan nya.

Yang penting jangan menipu.

Takut kita nanti makan rezeki yang entah apa apa.

Dibawah ni ada satu video daripada Ustaz Azhar Idrus tentang ubah slip gaji untuk buat loan pinjaman lulus.

Actually, ia lari sikit lah daripada matlamat penulisan saya dalam article ni.

Tapi harapnya sedikit sebanyak, dapat jelaskan pada anda lah.

Alright, lebih kurang macam itu lah.

Untuk sebarang kemusykilan, mungkin boleh tinggalkan komen saya akan bagi pendapat macam mana.

Bukan lah hebat sangat agama. Tapi insyaAllah, kalau ada yang tak jelas saya akan tanyakan pada mereka yag lebih arif.

Di bawah ni ada beberapa video yang mungkin elok juga kalau saya share di sini.

Juga mengenai penipuan masa dalam kerja juga.

Dah tengok?

Sejujurnya saya sangat sangat gementar tonton video yang no dua tu.

Terasa sangat rasanya. Banyak dosa yang kita dah tak boleh buat..sedihnya lah.

Saya ada lagi 2 video untuk kongsikan ni.

Baik lah, itu sahaja kot.

Sekian terima kasih sebab sudi baca sampai sini ya.




Betapa pentingnya followup masa nak cari kerja

Ni panduan untuk tulis resume.

Ini pula untuk temuduga

Dan bila dah hantar resume, jangan terus diam sahaja. Anda mesti follow up.

MESTI
MESTI MESTI
SEMESTINYA….

So macam mana nak follow up?

Cara saya ialah..

Dengan selambanye saya CALL….

Kadang kadang, bila lepas saya apply Jobstreet pun saya call.

Apa lagi kalau resume yang hantar by hand.

Kalau anda email, pun ok juga.

Mungkin boleh email dahulu staff HR nya ke, atau pun kalau tiada response. Anda call terus.

Kebiasaannya saya akan call lepas 2 minggu.

Masa nak Call apa nak cakap?

Ok, sememangnya bagi saya sendiri, ada seni nya juga..hehe

Baiklah, ini cara saya buat panggilan untuk follow up kilang lain yang saya apply.

Pastikan jangan time break ya. Tambah lagi kalau kerja dengan agensi kerajaan. Biasalah orang kerajaan kan kerja lepak..

So, dalam pukul 10 pg, 11 pg tu terbaik lah.

Jangan awal sangat takut diorang ada meeting pagi pagi.

Petang sangat pun jangan. Takut diorang dah balik..hehe

Kul 3 petang ok kot. Jangan kul 2, time break lagi tu.

So…pukul 10 pg lebih lah senang cerita.

RING RING RING.

ME : HELLO, BOLEH SAYA BERHUBUNG DENGAN BAHAGIAN HR?

HR : YA, INI SAYA BERCAKAP

ME : OK, MCAM NI, NAMA SAYA SYED, SEBELUM NI SAYA ADA HANTAR RESUME UNTUK JAWATAN KOSONG SEKIAN SEKIAN, SO SEKARANG BILA SAYA BOLEH DATANG UNTUK SESI TEMUDUGA?

HR : “ suka hati dia lah nak cakap apa “

Ulasannya pula.

Bagi saya lah kan.

Elok kalau kita tanya macam soalan di atas.

Kiranya kita jangan bagi dia option katakan tidak atau pun tak boleh atau pun no, ataupun not available.

Tu sebab saya dengan muka tak malu, tanya bila boleh datang temuduga walaupun soalan saya macam pelek.

So itu lah seketul pendapat dan cara saya sendiri.

Sememangnya, saya suka temuduga, sebab benda ni boleh buatkan saya lebih kenal bos baru dan environment kerja baru nanti. Saya nak yakin kan dia yang saya ni pandai buat kerja pun lebih mudah sebab face to face kan.

Between You and HR…

Jangan marah HR, jangan argue HR

Anda buat HR ni sebagai teman terbaik anda.

Ingat ni.

Bagi saya, kilang kilang yang anda nak apply ni, HR lah yang paling penting. Dan jangan sesekali cemarkan hubungan baik anda dengan HR untuk mana mana kilang pun.

Sebab apa apa pun, anda berhubung dengan diorang juga.

Saya ada satu contoh email di bawah nak kongsi pada anda…

follow-up-masa-cari-kerja

Ok, apa yang sebenarnya berlaku.

Saya tiba tiba dapat kerja jawatan yang lain untuk company yang sama. Tapi HR dari cawangan lain yang contact saya.

Masa tu, saya ok je untuk temuduga sebab diorang dah panggil kan.

Saya pun masa tu, masih lagi tak dapat response untuk jawatan yang sama.

Tapi entah macam, hari saya deal untuk jawatan kedua ni juga lah, pagi tu baru saya dapat response yang bagi tahu saya diterima untuk jawatan pertama.

Dan, untuk menjaga hati HR Si Adek Mastura ni, saya pun bagi email, mengatakan yang tq sebab pilih saya. Dan politely bagi tahu, saya dapat jawatan yang lagi satu pula.

Si Mastura, siap doakan saya lagi, all the best in your future gitu.

So pendek kata.

Kalau kita buat baik, insyaAllah, Allah pun akan balas baik.

Setuju?

Dan sekarang ni, katakan tiba tiba saya terpaksa pindah Melaka. Agak agak Cik Mastura ni boleh bantu tak untuk saya dapat kerja di Melaka? Macam sudah ada lubang kan? InsyaAllah.




Suami Gaji Rendah Dari Isteri

Gaji Rendah? – Apa Yang Boleh Si Suami Buat?

Sebenarnya masalah ini akan jadi masalah saya juga.

Si isteri kelulusan degree, saya diploma sahaja.

Dan jarak perbezaan gaji kami adalah…

Erm..

Jap saya kira…

Ialah 2000 untuk gaji pokok.

Dan kalau saya buat OT sikit. Perbezaan itu akan jadi 1000 ringgit.

Tapi kalau rajin sikit, gaji kami sudah sama banyak.

 

Sebab saya juga berniaga buat duit online yang macam anda baca ni. Jadi, kadang kadang agak buang masa pula saya rasa kalau pergi kerja.

Bagi saya, lebih baik saya update blog dan focus pada perniagaan internet.

Masalah Kalau GAJI Isteri Lebih Tinggi?

Sememangnya ada masalah. Dan bagi saya masalah itu besar. Maaf ya. Mungkin dikalangan kita ada yang terpaksa kan.

Seperti contoh, di Kelantan, kenalan saya sendiri. Isterinya kerja kerajaan, confirm dekat 4k lebih. Tapi suami kerja repair machine photostat sahaja.

So memang tak akan cecah 2k saya rasa.

Nak cari kilang lain tak ada pula kan. Banding dengan kilang saya kerja sekarang, insyaAllah lah boleh juga capai 4k dengan selamba.

Cuma malas tak malas sahaja nk ot. Dan kadang kadang, saya fikir lebih baik saya peruntukan masa cuti yang ada untuk menulis yang macam ni.

Nak Beli Barang Guna Duit Siapa?

Situasi ni berlaku di kalangan kawan kawan saya sahaja rasanya ada juga lebih 3 orang kot. Sebab memang boleh kata mesti ada punya.

Dan kebanyakannya, macam kes tadi lah. Bila isteri kerja kerajaan. Serupa juga macam kes saya, bila isteri kerja kerajaan.

Tapi tak ada lah malang kalau isteri kerajaan. Malah ia sangat tinggi benefitnya. Nak buat loan rumah semua kan.

Tambahan lagi, bagi saya sendiri lah. Biar kira kerja swasta, yang penting isteri kerja kerajaan. Nanti apa apa senang kan.

Kalau isteri kerja swasta, macam saya sendiri risau juga. So bila dia kerja kerajaan harapnya dia ada lebih senang sikit lah.

Kerjasama Kena Tinggi…

Sejujurnya, saya juga kadang kadang takut kalau si isteri mengungkit. Walaupun anda fikir, dia OK, tapi ini perempuan. So takut takut dia mengungkit, tambah pula kalau ada tekanan kerja lagi.

Jadi, tak lain tak bukan. Kerjasama antara dua orang ni kena sangat sangat tinggi.

Bila nak beli barang, pandai pandai bahagikan.

Si suami, buat buat rajin lah sikit sidai baju ke.

Apa Yang Boleh Dibuat Oleh Suami?

So saya share lah beberapa tindakan yang anda boleh buat kalau gaji rendah ya.

Pertama – Pulun OT

Anda terpaksa pulun OT. OT memang kena kaw kaw punya. Pendek kata anda datang buat OT tu ibarat sudah macam itu memang hari bekerja anda. Bila dah OT memang penat kan. So, elok anda kerja shift 12 jam sahaja. Kerja shift 12 jam, memang nampak penat sebab kerja lama. Tapi tengok pada shift pattern kilang juga.

Contoh macam saya.

Sebelum ni, shift pattern, 4 2 4 2

Maksudnya, saya kerja 4 hari, cuti 2 hari, saya kerja 4 hari, cuti 2 hari. Dan seterusnya lah.

Kalau saya buat OT, bermaksud, time cuti 2 hari itu sahaja lah masa nya. Anda ambil OT satu hari, dan rehat 1 hari.

Tapi masalahnya kalau ambil OT bila shift anda nak masuk malam. Nanti cuti rehat tu ibarat macam setengah hari sahaja. Sebab bila kerja shift ni, masa masuk malam, di Ipoh ia akan anjak satu hari lebih awal.

Bermaksud, katakan 18 hari bulan anda masuk malam. Tapi 17hb petang tu sudah start kerja.

Itu sebab saya tukar ke kilang yang shift pattern nya, 4 3 3 4

Di sini kita bukan lagi cuti atau OFF day 2 hari, tapi 3 hari.

Pendek kata..time kerja saya ialah

4 hari kerja

3 hari cuti

3 hari kerja

4 hari cuti

Yang 4 hari cuti tu, rasanya macam 5 hari kita cuti tau sebabkan kalau malam kan kita masuk awal sehari. So memang rasa macam 5 hari cuti. Kalau tak buat OT lah.

Kalau nak buat OT dua hari pun tiada masalah, sebab kita ada masa lagi 2 hari untuk rehat kan.

Kalau macam ni kan, saya plan lebih kurang macam ni lah. Bila cuti 4 hari saya OT 2 hari, kalau cuti 3 hari, saya OT 1 hari.

Kalau saya kekal macam ni, insyaAllah, 3500 tu dalam tangan.

Tapi malangnya kilang ni dah tutup…di Ipoh ni.

Sekarang paling latest saya di Kedah. Alhamdullillah, dapat kerja untuk shift pattern yang sama juga, 4 3 3 4.

Tapi saya tak OT sangat.. Baik buat biz..

Ok ini yang pertama, maaf sebab ambil masa lama.

Kita pergi yang kedua pula.

Kedua – Cari Kerja Lain..

Untuk point pertama, bukan semua kilang kelebihan nya OK kan.

So cari lah kerja lain, insyaAllah ia akan lebih baik.

Kan berhijrah itu adalah lebih baik

Betul tau, memang lah kita terpaksa jadi bodoh balik sebab kena belajar cara bekerja lain. Kena belajar machine lagi. Sistem lain.

Kalau saya lagi lah, duk jauh dari tempat asal ni. Jalan raya pun kena belajar ingat ingat juga.

Dan Alhamdullillah, bila saya pindah ke tempat lain. KESEMUANYA berikan saya situasi atau keadaan hidup yang lebih baik.

Walaupun kadang kadang, ada yang terasa menyesal. Tapi tak apa, bukan selamanya tu. Sementara sahaja. Dan pasti ia adalah lebih baik untuk kita.

Ketiga – Berniaga Ler Macam Teman

Ini option yang paling senang dan paling best dan paling terjamin.

Macam sekarang saya sikit lagi sahaja nak dijadikan sebagai pekerja sendiri untuk perniagaan sendiri.

Kiranya, kalau anda betul betul serius, dah tak perlu dah kerja dengan orang lain.

Ini adalah option yang sangat sangat saya galakkan pada anak anak muda.

Mula berniaga.

Berniaga kan sunnah.

Tak akan nak harap kan bangsa cina sahaja follow sunnah?

Saya ada kongsikan pengalaman kawan kawan saya yang berniaga, nanti saya siapkan ya.

Keempat?

Entah lah.

Saya rasa 3 ini sahaja kot yang berlaku pada saya dan kawan kawan.

Kalau anda ada tips lain, minta nyatakan, dan jelaskan juga. Nanti saya akan update jadikan post ini kalau ia ok

..




4 Perkara Yg Saya Apply Bila Buat Resume

Bagi Saya 4 Perkara ini Adalah Yang Terbaik…

Dulu masa kita masih lagi dalam proses study, lecturer akan cakap.

Kalau buat resume tu, pastikan jangan lebih daripada 2 muka surat.

Betul ke tak nasihat tu?

Sebagai saya sendiri yang dah bekerja ni, tak ada lah lama sangat. Tapi 4 tahun lebih tu ada juga lah.

Dan berdasarkan template resume dan juga interview yang berjaya di panggil. Saya boleh katakan, pandangan atau pegangan itu adalah SALAH..

Apa salahnya kalau buat isi kandungan resume anda lebih lengkap?

Tak kesah lah nak bagi berapa helai pun, kalau selagi ia menunjukkan kemampuan anda atau kebolehan anda bekerja. Kenapa anda tak letakkan sekali?

TAPI…
Jangan terlampau banyak juga, sebab ia mungkin akan buatkan si penemuduga rasa tak berapa sesuai.

So, saya boleh kata, jangan lebih 4 atau 5 helai.

Untuk lebih mudah, saya senarai kan 4 perkara yang saya sendiri buat, bila buat resume ni. 4 perkara ini bukan format resume ya, tapi lebih kepada cara kita menulis dan buat resume.

Yang pertama…

1. Saya tak limitkan kepada 2 helai sahaja.

Macam yang saya cakap kan tadi, jangan jadikan 2 helai tu sebagai paras yang mesti anda patuh. Nanti rugi pula nanti. So, bagi saya sendiri lah. Jangan lebih dari 5 helai. 4 helai itu sudah cantik sangat dah. 3 helai? Lagi terbaik…2 helai? Ok juga, tapi saya takut takut kalau ada lagi perkara penting yang anda tak boleh nak selitkan.

Ok itu satu..seterusnya…

2. Saya akan buat resume saya design nya cantik cantik.

Lebih cantik lagi dari Siti Nurhaliza. Hah, siapa sangka kan…

Untuk itu, anda mesti biasa tengok resume macam screen shot bawah ni kan..

format-resume-bahasa-melayu

Tahu tidak???? apa kekurangan yang paling ketara bila anda design atau buat resume guna format yang dah berkurun lamanya di ajar macam atas ni?

Valuenya akan jadi ZERO

Bayangkan application untuk kerja kosong ni, bukan anda sorang yang minta tau. So berpuluh, ratus lagi yang minta.

jumlah-resume-yang-dihantar

Perhatikan, bawah perkataan “compare with XXXX other applications” screenshot yang saya ambil dari Jobstreet atas tu.

B Braun, sampai dekat 700 orang apply. Kalau anda masih lagi buat resume anda look boring, takut takut mereka akan terlepas pandang macam itu je.

Masa saya kerja salah satu company di Ipoh, Sun Edison ( dah shut down ), bila saya masuk bilek HR yang uruskan pasal kemasukan pekerja baru, ada lebih 3 kotak penuh dengan resume sahaja. So, tak termasuk lagi yang dalam kotak ni kan.

So, anda kena set designnya bagi striking sikit. Dengan ini company nak tengok pun akan rasa lebih semangat.

Memang lah duit akan keluar lebih sikit sebab kita print guna color kan. Tapi mana yang ada kenal kenal kawan rapat yang boleh print, atau yang memang ada printer sendiri.

Patut lah guna yang bercolor. Saya sendiri masa buat resume yang dulu tu tak ada, tapi saya terpaksa juga guna yang color, so saya pilih sahaja mana company yang saya tersangat nak join sahaja yang resume saya print bercolor. Yang lain, saya buat print greyscale biasa.

Ok, so itu no dua.

Design resume anda kepada yang lebih cantik.

Kalau tengok kat bawah ni, saya ada pickup beberapa design yang cantik untuk anda jadikan reference. Tak perlu design sendiri, semua ni sudah ada template nya. Cuma tukar tulisan dan gambar sahaja.

Untuk design resume template tercantik, saya ada listkan di post, format resume cantik untuk anda boleh dapat kan.

Ok, kita nak pergi point no 3 dah ni.

3. Cara Karang Resume Yg Grab Attention

Saya karang resume saya, buat gaya macam buat si company tu nak jumpa saya sangat sangat.

Tak pasti lah betul ke tidak saya set sub heading untuk point no 3 ni.

Tapi lebih kurang macam itu lah maksudnya, kiranya saya setting atau buat penulisan pada resume tu buat kan macam dia kena jumpa saya untuk tahu dan kenal lebih lanjut.

Saya sendiri, bila pergi interview memang tak berapa nak gabra sangat. Jadi saya memang tak ada masalah untuk pergi interview. Tak takut pun.

Kalau anda masih lagi rasa takut takut nak pergi interview, boleh baca article tajuk “kenapa anda tak perlu takut bila pergi sesi interview” dan “kenapa sesi interview itu penting sangat” sangat.

Ok, berbalik kepada point no 3 ni.

Cara yang saya buat lebih kurang ayat nya macam bawah ni lah.

“ to know more about me, please do give me a call here, 011-XXX XXXX…”

Lebih kurang macam tu lah. Walaupun saya sudah letakkan no telefon di bahagian signature.

Tapi saya masih lagi beritahu semasa di perenggan karangan resume.

Kiranya, saya tak tulis. ‘To call me, please refer my signature’. Contohnya. Gaya macam malas pun ada kan.

Tapi saya rasa contoh no 3 ni tak berapa kuat untuk bagi awak faham lah. Tak pe lah, nanti saya akan buat satu video untuk saya share dengan anda. Mungkin lebih mudah untuk faham.

4. Refer Points dari Iklan

Saya jadikan point requirement untuk iklan kerja kosong tu sebagai isi kandungan resume saya.

Ini macam biasa lah, buat apa kita pung pang pung buat resume kalau point yang company itu MAHU kita tak masukkan ye tak.

So memang kena refer requirement di iklan kerja kosong itu sendiri, dan ubat ayat nya jadi macam yang anda tahu..

Tapi jangan lah tak tahu terus lepas tu, nanti buatnya dapat interview blur pula kan. So kena ambil tahu lah requirementnya walaupun anda tak pernah dengar.

Ok, saya rasa itu sahaja kot. InsyaAllah kalau saya ingat lagi, saya akan share dan tambah kat sini.

Untuk anda yang ingin dapatkan gambaran yang lebih jelas, seperti yang janjikan atas tadi, saya ada buat video cara saya sendiri buat resume dan perkara penting yang kena anda buat.

Dapatkan videonya di bawah, nanti saya akan berikan linknya.

Terima kasih…