Contoh Cara Tulis Objektif dalam Resume

Biasanya kalau nak tulis objective resume, bunyinya akan jadi macam bawah ni.


Contoh 1

I am seeking employment with a company where I can grow professionally and personally.

I am seeking a company where I can use my experience and education to help the company meet and surpass its goals.

To secure a position in a company where I can use my skills and abilities to make a contribution to the organization.

A challenging career opportunity in a reputable organization that will allow me to utilize my skills and abilities.


Atau kalau yang nak buat canggih sikit, objektif resumenya akan bunyi macam ini pula.


Contoh 2

Seeking an entry-level position in a dynamic and growth-oriented organization, where I can contribute my skills, knowledge, and enthusiasm to learn and grow in the industry.

To secure a challenging role in a professional environment, utilizing my educational background, strong work ethic, and willingness to take on new responsibilities to contribute to the success of the company.

Seeking a position that allows me to apply my strong analytical and problem-solving skills, along with my passion for continuous learning, to make a positive impact and contribute to the overall goals of the organization.

Seeking an opportunity in the engineering industry, where I can leverage my technical skills, adaptability, and passion for innovation to contribute to projects, learn from experienced professionals, and develop a successful career.


Bagi saya, kalau anda tu masih lagi fresh graduate, mungkinlah terpaksa tulis macam itu juga. Sebab agak susah sebenarnya kita nak buktikan macam macam sedangkan kita pun masih lagi tiada sebarang pengalaman kerja.

Cuma mungkin jangan tulis macam Contoh 1, contoh 2 untuk fresh graduate bolehlah terima lagi. Kenapa Contoh 1 dan Contoh 2 tak cukup bagus?

Sebab ia bersifat subjektif dan dah ramai sangat orang duk buat.

So ada dua ya:

  1. subjektif
  2. dah ramai orang buat.

Subjektif

Objektif yang ditulis tu tak specific. Macam pukul rata orang kata. Contohnya macam ayat, ‘ I want contribute with company goals’. Contribute sebagai apa? cleaner? goal companynya apa benda? gol bola sepak?

Ke nak kene penyepak? So itu sebab saya cakap ianya terlampau subjektif, kita kena specific setiap kali kita buktikan apa apa pasal kebolehan kita dalam resume ni.

Dah ramai orang buat

Ni pun satu hal juga. Anda tahu tak, dalam satu satu jawatan di Jobstreet, bila ada mana mana jawatan dari company yang popular. Akan ada 300 ke 600 jumlah permohonan untuk satu jawatan sahaja.

Dan bila dah banyak macam ni, mesti HR tu akan nampak boring bila go thru bahagian objektif satu satu resume, tambah lagi dengan ayat yang sama. Mesti dia fikir kita ni copy paste dari internet, padahal kita buat sendiri.

Cuma sebabkan ia terlampau banyak sangat orang buat, buatkan ia nampak macam copy paste juga.

So macam mana nak tulis objektif yang berkesan, ada dua cara:

  1. menggunakan teknik formula
  2. dan guna teknik summary.

Saya lebih suka guna cara teknik summary, tapi teknik summary ni macam perlukan sesuatu yang anda boleh sandarkan baru nampak best sikit ayat tu. Boleh jadi sandarkan summary itu pada pengalaman, atau pun pada sesuatu yang kita suka. Cuma kalau ada pengalaman, memang sesuai sangat guna teknik summary.

Kalau tiada, terutamanya orang yang freshy boleh guna teknik pertama, iaitu guna teknik formula bila buat objektif.

Formula Tulis Resume

Tulis objektif ni kena ada formula, atau point point yang kita mesti guna dan masukkan dalam objektif. Dengan kita tahu apa point yang kita nak masukkan, baru objektif kita lebih mudah nak dibuat dan lebih mudah nak disiapkan.

Sebab kalau macam saya buat resume dulu, bahagian objektif ni memang saya tinggalkan dulu, sebab rasa pening nak buat. Jadi pening sebab tak ada formula, kalau ada formula, ada point point yang kita pilih untuk masukkan, mesti akan jadi lebih mudah.

So apa formulanya? kena pastikan ada 4 points ni

  1. kelulusan yang anda ada
  2. skills yang anda ada
  3. jawatan yang nak dimohon
  4. apa offer yang anda boleh tawarkan pada company

Contohnya

Kelulusan – Graduated Mechanical Engineering from UTM, Skudai Johor in 2015

Skill – familiar with design software like AutoCad, SolidWork, Fusion 360 and Catia.

Jawatan – as Mechanical System Designer

Offer – ???

So saya pilih 3 sahaja daripada 4 perkara yang kita boleh masukkan. Kalau anda nak masukkan 4 points pun ok. tak apa, walaupun nampak panjang sikit tak apa. Kalau bawah 60 words itu kira OK lagi. Kalau terlebih sampai 100 words tu nampak macam dah panjang sangat.

dan ayatnya bila kita sambungkan.

Graduated in Mechanical Engineering with 3.75 GPA in 2015. Looking to join Solid Lab as Mechanical System Designer where I have profision amount of experienced with design software such as AutoCad, Solidword and Fusion 360.

Rasanya macam pendek pula objektif saya ni ya. Mungkin sebab saya tengah tak ada mood nak menulis. haha, tapi harapnya fahamlah maksud saya ya. Ada 4 points yang kita boleh guna dalam buat objektif. Setiap 4 points ini boleh juga kita masih 3 sahaja atau nak sampai 4 pun boleh.

Contoh atas ni saya pilih 3 sahaja.

Lagi satu, susunan points yang saya buat tak semestinya kena follow ikut aturan. Anda boleh sahaja tukar tukar aturan ikut pada kesesuaian ayat objektif yang hendak dibuat.

Akhir sekali, kenapa objektif ini bagus? Sebenarnya memang ada jawatan untuk Mechanical System Designer ni di Jobstreet, dan saya tengok ada permintaan daripada company ini untuk siapa yang minta jawatan kosong tahu guna software Fusion 360.

So saya pun tulislah sekali yang saya reti guna Fusion 360. Kiranya, kita masukkan kelebihan yang tally dengan diri dalam objetif ini juga. Design2x ni best ni, nanti dalam resume, anda boleh tunjukkan 2 atau 3 keping design yang anda dah buat menggunakan mana mana software.

Baru nampak macam lebih meyakinkan sikit, tulis je tau guna software tapi tiada bukti kan? so anda bagi bukti.

Selesai, seterusnya cara buat objektif guna kaedah Summary pula.

Cara Yg Saya Suka Tulis Objektive – Summary

Cara yang saya suka bila buat bahagian objektif ni menggunakan formula ala ala “summary” gitu.

Kiranya, kita jadikan satu bahagian objektif tu sebagai summary pengalaman kerja kita. Macam saya cakap di atas tadi, teknik ni senang sikit kalau kita ada pengalaman kerja. Atau mungkin ada yang related masa buat latihan praktikal pun boleh juga kalau nak jadikan point.

Kita terus pergi kepada contoh cara buatnya ya.

I have 3 years experienced with XXX Company as Design Engineer, we used to design XXX product with Fusion 360 and SolidWork quite often. Right now, I am looking for challenge working enviroment to enhance and improve my skills with Solid Lab Company

Kenapa summary ini bagus?

  1. sebab ia bersifat sepenuhnya, contoh kalau kita bagi tahu kita guna software atau apa apa skills kita dalam bekerja, tapi kalau kita bagi tahu secara summary ni, buatkan dia fikir, confirmlah ada skills tu, malahan jika bagi tahu aspect lebih besar lagi iaitu pengalaman kerja kita yang dah lama.
  2. kedua, sebab ia senang nak dibuat. Bila saya buat objektif menggunakan 4 formula atas tadi, saya sebenarnya secara tak sengaja telah menggunakan teknik summary juga. haha, tiba tiba plak. tapi itulah, memang senang nak dibuat. Dan kalau anda rasa nak campurkan sekali teknik summary ni dengan teknik formula pun boleh, tiada masalah. Tiada siapa yang larang.

Begitulah ceritanya, apa apa pun, bila nak buat objektif ni jangan lupa tenung skills atau description yang dah ditulis dalam description jawatan kosong baru anda ada target yang nak dibuat.

Jangan tulis objektif syok sendiri, kononya reti tahu guna itu ini, reti tahu buat itu ini, padahal dalam company tu, depa tak guna pun apa yang anda tahu.

Itu sebab juga, sangat penting untuk buat satu resume untuk satu company. Jangan buat satu resume, dan apply terus untuk 20 company. Tak sama tau, lain keperluannya, lain tanggungjawabnya.

Kena rajin sikit.

Saya pun dulu macam ni juga, terpaksa buat satu satu. Walaupun bila nak submit tu rasa gabra gila, takut terhantar resume company lain kepada company lain. Tak ke naya gitu.

Tapi itulah, nak buat macam mana. Memang benda ni penting untuk kita buat resume satu satu.

Sekian.