Untuk tips, kerja sambilan pasang barang kilang, boleh rujuk artikel ini, tips untuk kerja pasang barang dari kilang.
Dan kalau nak belajar buat duit dari rumah, ini dia post nya, tips untuk buat duit dari rumah
Nak buat kerja part time ya? Sebab apa nak parti time parti time ni?
Sudah pasti sebab nak dapatkan duit lebih. Macam apa yang anda sedang baca ini. Blog saya ni pun dikira sebagai part time untuk saya juga selain daripada bekerja di kilang semikon nun.
Kilang semikon yang saya kerja buat microchip untuk IC, kereta, dan ada produk Iphone juga. Gaji? Adalah dalam RM 2500, kalau rajin sikit OT dalam RM 3500. Kalau betul betul rajin RM 4500. Normal saya akan dapat RM 3 lebih.
Persoalannya sekarang, macam mana nak dapat lebih daripada RM 10 000 sebulan contohnya. Sebab kerja kilang, kenaikan setahun pun dalam RM 150 sahaja. Memang boleh sampai 6k kalau rajin OT. Tapi itulah masalahnya, kena rajin OT. Saya sekarang dah kawen pun dah rasa malas nak OT, apatah lagi kalau dah umur 40. Dan kalau umur 40 pun saya rasa macam tak berapa sesuai dah kerja kilang.
Harapannya bisnes part time blogging saya sekarang ini akan menjadi full time satu hari nanti.
Ini sahaja kalau kita nak duit lebih, kena berniaga sendiri. Nak harapkan gaji memang tak mampu ler.
Dulu ingat lagi, mak ambil upah untuk kupas bawang putih.
Masa tu saya tak rasa apa pun, tapi sekarang ni. Adui nampak sangat family saya ni tak berduit betul dulu. Sampai kupas bawang putih pun sanggup.
Isk isk..very sad
But no worry, my iltizam come to rescue.
Sekarang saya nak share apa yang saya buat, kiranya perniagaan part time saya yang saya harapkan akan jadi full time. Target nya umur 30. Tapi sekarang da 29. Adui. Macam jauh lagi je perjalanan ni.
Yang pertama, yang paling saya suka buat ialah saya buat blog macam sekarang ni, tulis pendapat dan pengalaman atau pun pengetahuan saya, bantu orang lain. Bila kita bantu orang lain, orang akan suka. Dan bila orang suka saya lagi la suka. Lagi tinggi traffik atau pengunjung yang datang ke blog, lagi banyak lah earning yang saya dapat.
Selain tu, anda pun tengok saya macam suka menulis. Dalam banyak banyak budak kilang, ada lah 1 dalam seribu macam saya. Huhu
Dan bila saya suka menulis, saya pun boleh la ambil upah untuk menulis selain daripada menulis blog saya sendiri. Kalau kita tulis kat blog sendiri, duit yang akan dapat tu mungkin 2 3 bulan lagi akan datang. Kalau tulis untuk blog orang lain, time itu juga dapat.
Buat study pasaran traffik internet, saya tak pasti nak guna ayat apa ni. Tu yang sebut โpasaran traffik internetโ. Ini pun antara yang saya ambil upah juga. Kiranya orang lain samada ada dia dapat projek atau pun dia punya projek sendiri, upah saya untuk buat market research dalam pasaran internet ni. Pun boleh juga. Ilmu ni saya belajar sejak 2008 lagi.
Saya juga ajar orang lain untuk buat blog. Saya buat video, rekod video tu semua. Editing sikit bagi nampak kemas. Buat satu website membership dan jual. Ini plan saya 2017 ni, harap berjaya lah.
At least ada lah produk sendiri kan, dah lama main bisnes internet ni tapi tak ada produk langsung. So itu adalah start up nya.
Untuk siapa siapa yang minat dengan bisnes dari rumah ni. Saya ada buat satu post panjang lebar terangkan pada anda bagaimana nak mula dan dari mana nak mula.
Saya juga kongsikan apa yang patut anda belajar.
Boleh belajar cara cara nya di Artikelย Kerja Sambilan Dari Rumah
Baiklah, itu sahaja kot.
Ini yang saya buat sendiri.
Anda pula bagaimana? Cewwah
54 comments On Kerja Part Time di Rumah
Boleh saya tanya kilang apa dan dimana yg puan kerja dari rumah??
Salam…
Saya laki laki ๐
Saya kerja di Kulim.. Rumah pun Kulim..
Sorry… my bad.. ๐ ๐ ๐ tq for the info…
Saya ingin bekerja tp kilang ape?
Oh..Apply lah dik.. Nak koje kilang yang mana satu. Kulim Hitech banyak juga kilang besar…
saya nak kerja part time
Kerja mcm mna yg thiagaran suka agk2?
Ade lagi ke keje pasang brg kilang tu?
Ada.. baru semalam budak ( member saya ) saya ni buat…Area kulim. Cik area kulim juga? saya boleh bagi kan nombor telefon dia kalau nak…
hi saya area taman sepilai bleh dapat keja pemasangan barang2 kilang di rumah
salam masih ada lg ke area kulim.
Area kulim saja ka? Area ipoh ada tak?
Area kulim je la saya tahu. Ipoh nanti saya cuba cuba cari…
Aslmlkm..
Saya dr Penang boleh nak cari keja pemasangan barang2 kilang di rumah bersama dengan isteri..
Sebab anak2 pun masih kecil2 lagi …
Saya dr Penang sdh berkeluarga kini saya perlukan kja2 pemasangan brg klg di rumah sya lakukan brsama isteri sbnya ank2 msih kcil2 dulu sya niaga yp
ya Tuan. Ada try tengok kat Google tak…
Assalam sir, any tips for rohmwako interview as an engineer? I will attend their open interview tomorrow. Is there any topics/particular questions that I have to revise/practice/focus since I just finished my study in June 2017. I hope you can help me. Thank you sir!!
Saya dr jitra bleh x saya nk cr kerja tuk isteri saya,pemasangan barang dr kilang..sbb isteri saya kna jaga org tuanya
Kena cari kat area sana tu tuan. kalau round round kawasan industri kecil InsyaAllah ada.
rohm wako company semicon.
kebiasaannya, semikon memang tak lari dari kena tahu SPC, statistical process control.
kena tahu apa itu LCL, UCL. Di sekolah atau time study, kita hanya tahu apa itu SPC dan cara kira LCL UCL sahaja. contoh macam mata pengalajaran matematik di sekolah teknik.
yang buat graph semua tu kan. siap curik lagi flexible kawan
so kita hanya belajar cara buat sahaja..
tp dalam industri atau time sudah kerja ni. SPC bantu untuk jaga kualiti.
contoh mcam. 1 point 2 point masih dalam kawalan. tiba tiba point 3 diluar kawalan. tak kesahlah melebihi LCL atau UCL sekali pun. dan sebagai operator, mesti tahu nilai LCL UCL. bila masa untuk stop production. untuk technician, mesti tahu apa yang membuatkan LCL dan UCL. dan engineer, mesti tahu cara nak control dan pastikan tak LCL UCL lagi..
harap faham lah apa saya cakap..semikon. SPC memang penting. mesti tahu..
CPK pun lagi la kena tahu kalau engineer. apa yang mempengaruhi CPK. tak perlu tahu kira. semuanya ada software dan system yang buat. kita hanya perlu faham sahaja.
sekian..kalau awak bgi tahu awak engineer bahagian apa..temuduga untuk jawatan atau department apa. insyaAllah saya boleh bagi dengan lebih tepat lagi…
hah lagi raw chart, x chart. medium chart. semua2 tu..
Sya tgk satu iklan kerja part time kt rumah..kna taip2 iklan ktanya tp kna byr RM50 dlu nk dptkn buku panduannya..scam ke tu..
Itu bukan scam. maybe betul. tapi masalah nya ada 2 jenis..
1. kebanykan buat duit online kaedah macam ni, lebih pada menguntungkan orang yang buat buku panduan tu sendiri sahaja. awak yang beli mcam buang duit. Ya, memang betul dapat ilmu sikit. tapi ilmu yang 1 2 percent sahaja untuk bjye. Memang susah sikit la kalau betul2 nak bjye macam tu…
2. yang kedua.. nak ke buat duit hasil yang dari mcam tu. bagi saya sendiri rasa mcam tak kukuh dan pelek. contoh macam orang duk buat derma RM 20 seorang. lepas tu cari lagi sorang. itu dah boleh kata hukum haram dah tau. ikut pada ustaz zainuddin cakap, duit tak boleh ditukar dengan duit. duit mesti ditukar dengan barang atau sesuatu yang buat bersifat macam duit. itu sebab forex haram. awk niaga duit untuk dapat duit…
yang kes derma tu plak. kalau anak tanya, ayah buat apa dapat duit bisnes online ni. ayah pun cakap ‘ ayah cari derma untuk orang derma bagi ayah ‘. saya dengar pun menyampah…..
so tolong hati2. saya bukan nk burukkan orang lain. cuma, memang patut diburukkan pun. nanti korang juga yang naya kan..
apa apa pun.boleh send saya website url diorang. dan saya akan bagi penilaian macam mana…
Kalau url partime ni agak2nye scam ke bukan?tolong encik tengok dan cekkan?
https://www.jobdirumah.com/pendaftaran.html
Hai Ranida..
Sebenarnya saya pun tengah usaha untuk tengok samada benda ni valid ke tak. dalam 2 bulan lepas, saya ada cuba nak contact die punya owner. nanti saya cuba follow up lagi malam ni ya. Nanti saya update awak kat comment ni atau saya email awak nanti..
tq sebab bertanya
Okey ๐…saya bertanya sebab saya tak tahu kadang2 ada orang buat website ni untuk menipu demi keuntungan mereka sahaja. Saya cuba nak daftar, kena bayar pula duit pendaftaran. Bab yang encik cakap refund duit semula tu saya tak berani buat sebab kalau dia xnak refund duit semula mcm mana? Saya nak berhati2 dahulu sebab duit rm50 pun nampak besar pada mata saya ๐๐
Memang tak salah modal dulu and then baru bole dapat kerja tapi kalau dia menipu tak ke naya duit modal pun melayang2… ๐๐๐
Saya setuju dengan pendapat Ranida tu. Kalau tak nak kluar modal. join freelancer yang saya cakap dalam artikel atas ni..Percuma..
Saya tengah nk plan nak buat video..tapi adui..berat betul rasa nak rekod..hehe..
lgi pula, saya tengah buat video cara buat resume minggu ni..jadi bz ke arah lain pula.insyaAllah saya akan buat video nya nanti kalau ada permintaan
Hi Ranida…
Saya dah contact admin, even whatapp terus dengan dia..Tapi saya masih lagi x jelas la apa dia cakap..huhu
Saya ada cuba nak beli terus untuk review. kalau tak puas hati, saya ambil balik duit lah senang cite kan..
Tapi tak jumpa pulak button beli…
so saya tak boleh nak bagi jawapan..sebab hati ni nak kata membazir je beli benda ni. tapi ada pula kawan kenalan blogging internet ni beli..
klo awak beli, dan kalau tak puas hati ambil balik duit macam mna?
ok tak?
Sy brmnat nk buat kje ni
Ad ke tulis blog tok org lain…? Shre laa nk jgk
Ada. Nanti saya share…
Salam Azie
ni dia.. http://www.saya-share.com/kerja-sambilan-di-rumah/. saya tunjuk macam mana saya buat 52 dollar atau pun 218 ringgit
nak jugak keje partime..memandangkan ekonomi sekarang ni semuanya mahal… saya duk area klang.
Ada lagi tak kerja pasang barang tu cik saya nak part time kat rumah,saya ada kat seri impian alma bukit martajam .
salam. ada memang ada. tapi macam terhad sahaja. nanti saya contact semula. lag 2 hari start working shift ni
saya reply dengan post yang ini ya..lebih lumayan
http://www.saya-share.com/kerja-sambilan-di-rumah/
Assaalamualaikum
Bro, blog ni terbaik la! Bnyk tips dan straighforwrd! Saya sdg buat freelance graphic+ interior design..tapi projek xberapa sgt. Boleh bantu saya apa keyword google utk kerja dirumah tanpa keluar duit? Bnyk job yg perlu register ..thanks bro!
saya boleh pergi lebih detail dengan apa saudara nak. tapi software yang saya guna untuk jawab soalan ni bayran bulanan 200 lebih ringgit juga sbulan…hehe
tapi saya tetap akan kongsikan free version maklumat yang saya boleh tahu..saya akan hold dulu soalan ni…
mungkin artikel ni dapat bantu korang semua
http://www.saya-share.com/kerja-sambilan-di-rumah/
Saya mahu buat kerja part time do rumah.saya ialah seorang pelajar college.saya tinggal di selangor.saya mahu buat pasangan barang kilang di rumah.boleh kah saya dapat??
Ta dpt banyak mana pun. Most indian pandai english..baik awak jd freelancer..
Hi..saya nak kerja dari rumah..macam mana ye..u hantar barang dari kilang ke atau pun macam mana ..
haha…saya berkawan dengan orang tu je. tapi dia pun sudah stop pun…bulan ni akan terus kerja d kilang..
Hai I saya nak Kerja Dari rumah macam mane Ya hantar barang di johor Masai
Hallo saya nak kerja dari kilang macam mana u hantar barang dari kilang ke
tak baca betul betul ni
job for my mother and me also
Amboi..
Best kerja mcm nee klu ada peluang saya nk join 0133787105
Saya pun nak cari keje kilang yg bole buat dari rumah๐. Tapi tak tau nak contact sape. Kalau ade tolong bagi ifo ya bos.tq