Kerja Gov Vs Swasta? Mana yang patut jadi pilihan?

image_pdfDownloadimage_printPrint

Saya pasti, ramai yang akan rasa buntu kan bila dua dua tawaran kerja dengan government dan swasta anda dapat.

Harap nya, perkongsian saya dalam post ni dapat bantu serba sedikit ya.

  1. Cuba senaraikan dan bandingkan kelebihan

Ini cara yang paling senang la noh, cuba senarai kan. Walaupun nampak macam budak sekolah, tapi penting juga kenal pasti setiap kelebihan atau kekurangan macam gini.

Contoh macam saya buat di bawah, untuk perbandingan dari segi gaji. So saya level diploma, kalau kerja, mungkin lebih kurang macam ni lah gaji saya.

Sebenarnya, maklumat yang saya bagi kat atas ni anda boleh dapat dengan lebih tepat lagi. Itu saya agak sahaja tu. korang boleh cek senarai lengkap gaji yang korang boleh dapat, dan berapa kenaikan setahun.

Seperti contoh saya, untuk dalam tempoh sekarang, mungkin untuk hidup RM 2400 setiap bulan memang agak sakit sikit kan. Sebab kerja government memang tak berapa nak ada OT sangat. ( bergantung kepada department, anda kena confirm dengan diorang ).

Banding dengan swasta, memang boleh pergi sampai RM 4000 selamba.

Atau standard, anda boleh dapat half lagi daripada basic. Contoh gaji RM 2000, kalau kira OT tambah RM 1000. So boleh la dapat RM 3000. Ini yang standard, kalau yang company memang establish RM 4000 pun tiada masalah.

Company yang saya kerja sekarang, pernah satu satu bulan dapat sampai RM 5000. So bergantung kepada company. Untuk standard, saya boleh kata RM 3500 ( bahagi basic anda dengan 2 ).

Tapi, in future, mungkin macam lebih elok kalau kerja government. Sebab kenaikan stabil.

Kalau government, untuk diploma RM 150 kot setahun, atau 125, lupa dah saya. Tapi wife saya, degree RM 250. Maintain tiap bulan..

Dan kita yang nak datang setiap bulan OT ni pun belum tentu rajin nak buat sentiasa kan. Saya sendiri, lepas dah kahwin ni, memang malas betul nak OT. Patutnya, lagi rajin lah kan sebab dah ada orang nak kene tanggung. Tapi memang lagi malas. Walaupun saya baru kerja 3 tahun company yang sekarang ni. Baru 3 tahun, 10 tahun larat ke? Itu pun, kalau ada OT. Bukannya OT maintain tiap bulan.

So, pandai pandai lah fikir, kalau dekat dengan saya. Nak ajak saya minum kongsikan pendapat pun tiada masalah.. kita pergi point ke dua

  1. masa ( atau bos yang baik pun susah juga nak tinggal )

Masa ni, kalau bagi saya, adalah segala galanya selepas bos yang baik

Saya boleh terima gaji sikit, asalkan masa saya tak mcm warga asing, hidup semata mata untuk company.

Saya tak kesah gaji kurang sikit, kalau bos saya sangat baik dengan saya. Tapi ini mungkin lebih bersifat sementara lah kan. Buat nya bos kita mati ke, atau dia tukar department ke. Payah juga kita. So fikir lah elok elok.

Dan untuk pendapat peribadi saya sendiri..

Untuk saya, saya memang tak akan terima kerja government sebab masa.

Kalau saya kerja government, confirm dari Isnin sampai Jumaat kerja.

Kalau shift, saya kerja berapa hari je seminggu. Lepas tu cuti. So freedom lah lebih kan. Dan saya boleh buat perniagaan lain juga.

Saya juga, memang jenis tak suka kerja dengan orang. Saya suka ada bisnes sendiri, jadi memang saya tak berapa nak sangat apply kerja government ni. Sekarang ni saya masih lagi kerja kilang, tapi insyaAllah saya akan usaha sehabis baik tahun 2019 ni untuk capai target.

Untuk 6 bulan pertama, daripada Jan 2019, sampai sekarang June 2019 ni nampak memberangsangkan juga bisnes saya ni. Alhamdullillah.

Baik lah, itu sahaja kot. Nanti kalau ada apa apa, boleh terus wasap or email saya ya

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer