KAIS SEBULAN, MAKAN SEBULAN

image_pdfDownloadimage_printPrint

Pernah tak duit tak cukup hujung bulan?

Pernah tak, duit kat dalam bank tu kurang daripada 50 ringgit?

Bukan senang nak keluarkan duit bawah 50 ni.

Punya la bersorok badan jangan bagi orang nampak.

Kononnya takut orang curi password. Padahal malu sebab duit keluar sekeping je..haha

Saya nak tulis ni pun rasa malu..kiki

Duit bawah 50 ni.. Bila nak dikeluarkan, jenuh lah nak mencari mesin atm yang boleh keluar 20 20 atau 10 10. Rasanya sekarang 10 10 dah tak ada dah.

Kadang kadang sanggup patah balik, cari mesin atm yang jauh sebab mesin atm yang biasa kita guna ramai orang..

Haha haha..

Kononnya macam cerita pengalaman atau nak mengata orang lain ya. Padahal duk cerita pasal diri sendiri ni.

Sedih nya sangat tau..

Lagi sedih PLUS geram, time time ni lah tiba tiba ada makhluk Allah yang minta derma pula. Pernah satu hari tu, ada hamba Allah yang duk jalan tempang. Kaki kencing manis kot. Minta duit sebab anaknya sakit.

Minta dalam 20 30..

Adui..aq pun tak cukup hujung bulan ni ( dalam hati )

Saya percaya, masalah ni. Memang ramai yang alami. Sedar tak sedar sahaja. Tambah lagi time student kan. Tak yah cakap student, time koje pun ada. Lari bajek punya pasal.

Awal bulan, kemain bangga lagi keluarkan duit ratus ratus.

Buat sampai tebai dompet tu…

Bulan kemain gelojoh lagi pergi sana, pergi sini. Beli itu, beli ini. Hujung bulan, malu nak cucuk duit.

Ini sebenarnya, memang dah separuh dari hidup.

Allah nak kita sentiasa bersyukur.

Supaya kita beringat. Dan bila ada orang lain nak minta, jangan perli. Jangan mengata. Sebab kita pun pernah macam tu. Walaupun pakaian elok. Pakaian cantik, kerja ada. Orang yang minta duit kat kita tu lagi teruk pakaiannya kan.

So kena sentiasa beringat.

Nak tahu tak? Wife saya dari Kelantan. Punya la beza orang kat kelantan dengan orang kat negeri lain tau. Pernah dulu, saya nampak, pakcik yang jual keropok jalan kaki, duk masuk kedai dari satu kedai ke kedai yang lain.

Berapa banyak yang beli? Boleh kata tiada yang beli kan?

Tak nak lah. Malas nak masak sebab mentah lah. Macam macam alasan.

Ceritanya sekarang, dia bukan nya nak sangat kita kenyang dengan keropok tu. Asalkan dia dapat duit untuk si penjual ni kenyang sudah lah.

So banding kat Kelantan tu. Masa tu saya pergi makan kat Kopitiam Kita, Kota Bharu. Rasanya korang tau kan Kopitiam Kita tu.

Ini dia gambarnya Kopitiam Kita

Boleh kata 2 3 orang yang beli keropok pakcik tu tau. Dan paling saya terkejut, orang cina pun beli.

So fikir fikir kan lah. Bukan niat nak mengata, Cuma kita mesti mesti mesti mesti sentiasa dalam keadaan bersyukur.

ada banyak lagi gambar Kopitiam Kita tu, sebab memang famous. makanan sedap. Total pelbagai jenis masakan Kelantan. boleh tengok kat Google Image ni..

Dulu, saya kerja gaji RM 100 sahaja sebulan. Pastu pernah 600 sebulan. Untuk bulan seterusnya, sepatutnya BOS tunggu lagi 2 bulan baru naik gaji. Tapi awal sebulan dia naik sebab bulan tu kerja teruk lah pulak. Lagi pula bulan Feb. hari sikit, so gaji pun sikit.

Tapi bos cina saya punya baik hati naik kan. Syukur. Ada lah dalam 700 lebih time tu. Tahun 2011 kot.

Sekarang, tahun 2017. Nak masuk 2018. RM 4000 sebulan, saya bukan satu masalah untuk dapat.

Dengan wife saya lagi kerja kerajaan, gaji pun dalam 4k juga. Syukur..

dulu dapat BRIM. sekarang tak dapat dah..

Sangat sangat saya bersyukur…syukur yang dapat gaji 4k lah ya..bini pun koje. yang tak dapat BRIM tu saya tak syukur…

Saya tak ada apa pun, nk kongsikan dalam artikel ni sebenarnya. Cuma saja nak kongsi hal ni. Ada la terasa sedih sikit..kalau orang lain, dah update status facebook dah macam ni ya. Tapi saya segan..so saya update blog..haha

Assalamualaikum…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer