Kad Kredit Untuk Gaji Rendah

image_pdfDownloadimage_printPrint

Saya dah pusing satu Malaysia ni. Gaji paling minima untuk guna kad kredit ialah RM 2000.

RM 2000 ni boleh jadi basic sahaja, atau pun sekali dengan OT. Saya rasa memang sekali dengan OT, kira nya gross income. Sebab masa saya apply kad kredit CIMB masa tahun 2012 dulu. Basic saya baru RM 1500.

Sebab kan OT yang biasa dapat RM 2500 tu yang mungkin buat lepas tu.

AEON sendiri yang ada 11 jenis kad kredit pun paling minima RM 2000 juga. Kalau AEON pun paling rendah RM 2000, memang tak la institusi kewangan lain bagi lagi rendah kan.

So kalau anda gross income atau gaji hanya RM 1500, memang tak merasa la noh pakai kad kredit ni. Tapi tak apa, boleh harapkan OT kalau ada.

Cara Pilih Kad Kredit

Kad Kredit ni, kalau nak diikutkan banyak kelebihan nya selain daripada untuk kita bayar guna kad dulu, dan langsaikan hutang tu lain hari. So boleh lah, kita plan kewangan macam mana, walaupun kebanyakannya memang tak gitu, tapi tak apa lah.

Tapi kita nampak la kelebihan nya kan.

Selain daripada tu, saya fikir, lebih elok keluarkan 5000 daripada kredit kad, daripada anda pinjam RM 5000 dekat pinjaman peribadi. Sebab 5000 daripada kredit kad tu, jumlah minimum nya tak setinggi kot dengan installment bulanan bank kalau kita pinjam RM 5000.

Masa nya juga tak lama.

Tapi sebenarnya, kad kredit ni memang banyak lagi kelebihan lain, seperti contoh, katakan bilik hotel RM 250 satu malam. Dengan menggunakan specific kad kredit, bergantung kepada hotel apa juga. anda mungkin dapat harga lebih rendah. Mungkin less 5 to 10 percent contoh nya.

Kawan saya reti lah benda benda gini, sebab dia yang biasa cerita.

Saya sendiri, tak pernah la nak guna kad kredit sampai tahap itu. Sekadar guna untuk dahulukan mana yang patut dan bayar minima sahaja kemudian.

Tapi, memang ya, kelebihan nya memang lebih lagi. Dan antara cara untuk pilih jenis kad kredit atau mana satu product kad kredit yang anda patut guna ialah bergantung kepada penggunaan yang anda buat.

Contoh, kalau nak guna kad kredit untuk isi minyak. Boleh guna kad kredit yang khas untuk pam minyak. So nanti, boleh la anda dapat cash back ke apa setiap kali isi. Atau pun, khas untuk belanga Tesco atau AEON yang memang sediakan kad kredit diorang sendiri.

Atau pun untuk travel. Ini jenis gaji yang 10k gitu lah ni. Memang ada kredit kad khas yang anda boleh dapat kelebihan all in one untuk yang jenis suka travel. Mungkin flight murah dan hotel murah.

Apa apa, kebiasaannya, bila pilih kad kredit ada 7 jenis produk utama yang anda boleh pilih, ikut kepada kemahuan dan tujuan anda juga.

  1. singup offer – bila register, dapat alat elektronik contoh nya
  2. no annual fee – ini saya prefer
  3. cashback – boleh la kumpul points la ni.
  4. rewards
  5. petrol
  6. travel
  7. islamic – saya memang pilih yang ni

So, lebih kurang macam ni lah. Sekarang, anda fikir elok elok apa jenis tujuan anda buat kad kredit, dan tengok pada senarai kad kredit terbaik yang saya baru update ni.

Cuba nilai kelayakan anda tahap mana.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer