Kad Kredit, secara dasarnya memang mudah untuk lulus. Kalau pinjaman peribadi anda tidak lepas, ATAU PUN. Mungkin pinjaman peribadi lepas, tapi memerlukan anda untuk ada penjamin. Boleh la cuba cuba buat permohonan kad kredit, kerana insyaAllah ia lebih mudah untuk lepas.
Asalkan syarat permohonan kad kredit gaji minima setiap bulan anda tiada masalah.
Paling rendah untuk sesetengah bank utama Malaysia, mereka masih lagi menghadkan pada RM 2 000. Dan kalau anda berada di paras RM 2 500, ia pun sudah cukup baik dah. Sebab kebanyakan kad kredit mesti ada pendapatan bulanan lebih kurang dalam RM 2 500.
RM 2 500 hanya basic gaji sahaja atau gross income? Jawapannya gross income. Jadi tak perlu risau dengan basic yang rendah. Agak agak anda sudah nak buat permohonan boleh lah pulun kerja lebih masa sekuat hati.
Yang Mana Satu Kad Kredit Yang Mudah Lulus?
Maaf kalau jawapan yang anda nak cari masih lagi belum dapat dalam article ini. Tapi dengar sini elok elok, nak buat permohonan kad kredit bukan atas senang nak lulus atau tidak. Asalkan anda suka akan faedah kad kredit yang anda pilih, dan anda memang layak akan syarat syarat permohonan yang ditetapkan.
Kalau dua ini tiada masalah, kenapa kad kredit anda tidak lulus lagi kan.
Yang penting, sebelum buat permohonan, buat persedian, jaga rekod kewangan anda baik baik, PTPTN tu jangan tangguh tangguh sangat bayar.
Bila ptptn sudah sampai yang tertunggak. Ini yang akan jadi masalah.
Berdasarkan pengalaman saya lah, PTPTN ni bukan nya harap kita bayar dan habiskan hutang dengan cepat. Asalkan ada progress yang sekurang kurang nya anda bayar setiap bulan pun sudah cukup.
Cara Nak Pilih Kad Kredit
Sebelum buat keputusan bank mana yang anda ingin cuba buat permohonan kad kredit, fikir dulu atas kemudahan apa yang anda cuba nak guna bila ada kad kredit nanti.
Nak bayar petrol?
Shopping?
Tengok wayang?
Travel ke mana mana.
Setiap tarikan di atas, kalau anda pilih kad kredit yang betul, memang sedikit sebanyak akan buat kan perbelanjaan anda lebih berbaloi daripada tiada apa kemudahan langsung.
Seterusnya tengok pada interest rate nya berapa. Kebiasaannya, lebih kurang dalam 15%. Ada juga yang 13.5%, ada juga yang hanya 9%.
Atau pun, kalau anda keliru tanya pegawai yang offer anda kad kredit tu soalan direct.
Seperti contoh..
Kalau anda beli barang harga RM 1 000. Dan tak bayar penuh tempoh di perlukan supaya tak kena akan tempias interest kad kredit. Berapa?
Kiranya, bila naik bulan satu lagi, berapa yang akan jadi.
Adakah RM 1050 atau RM 1100 sebagainya
Kalau macam ini, kita boleh agak dengan mudah.
Andai kata anda hutang 1 000 yang masih lagi belum langsai dalam akaun kad kredit, bulan depan kalau masih lagi tak bayar ia akan jadi RM 1050
Kalau anda hutang RM 4000 ( kebanyakan kad kredit limit ), bermakna anda perlu bayar tambahan hampir RM 200.
Selesai, harap jelas ya.
Sebab kalau anda minta cara bank buat calculation untuk interest kad kredit, saya sendiri yang dah guna kad kredit cimb bank lebih dari 3 4 tahun ni pun akan jadi pening. Pernah saya call tanya macam mana, buat habis kredit sahaja dengar. Jadi, lebih baik tanya soalan yang macam saya cakap tu.
Kiranya, kita congak sangat untuk faham bagaimana cas kad kredit ini di kira.
Lepas tu, kita ambil tahu berapa pula annual fee nya. Kebiasaannya, kalau sudah tahu annual fee nya beratus ratus, jangan lah gatai pergi ambil lagi, kecuali kalau anda betul betul alert akan benefit yang boleh dapat. Atau pun, anda memang pengguna kad kredit yang tegar.
INGAT… bayar balik pun kena tegar juga, jangan tangguh tangguh.
55 comments On Kad Kredit Mudah Lulus
NAK MOHON KAD KREDIT
ye, saya ada reply email Saudara Kamal
Bolej tolong saya x? Sya nak apply kad kredit tpi x tahu cara2 dia…slip gji ada
Sy nak
Mohon kredit kad tuan..
ah maaf. saya tak uruskan dah. boleh pergi nearest bank mana yang nak ya
Sy ingin mohon
sy nak mohon kad kredit tuan
Saya nak card Cardit.nama sy batamanathan .umur sy 28 tahun.sy kerja Singapore gaji sy 1000 dollars ble dpat kad cardit until I..number telefon 0164644035
Hi Batamanahan. Saya tengah usahakan untuk dapatkan pemprosesan kad kredit untuk warga singapora juga ni. harap harap berjaya lah ya
contoh kalau gji rm1200 sebulan..layak ke utk mohon kad kredit??klu layak kad kredit yg mn?? tq
Untuk soalan Cik Siti ni..saya rasa macam tak boleh.
sebab minima tahunan RM 24k
Itu RM 1 200 tu basic ke apa. Ada OT tak?
salam admin…gaji saya rm 3000 dan permanent allowance rm 1000…tiada komitmen dgn bank…tolong saya buat kredit kad mudah lulus…saya perlu buat komitmen…klu boleh kredit kad patuh syariah…hp saya…0111 4792 507
Salam Nazmi. Mudah sahaja ni, awak pergi bank. InsyaAllah dapat. Masa saya mula mula buat kredit kad dulu, masa tu tahun 2012. Basic RM 1 500. gross dalam 2.5k. Dapat jer. Saya percaya Nazmi lebih senang dapat
salam admin, saya telah mohon kad kredit dari dua buah bank berbeza tapi kedua2 reject. X tau sebab aper. Saya tiada rekod CCRIS, tiada loan rumah, tiada loan kereta dan gaji saya RM 3200 sebulan. Ini 1st time nak apply kad kredit untuk bina rekod dgn bank supaya mudah lulus bila nak apply loan rumah nanti. Tapi ini pun kena reject, sebab aper yer tQ
Pelek tu. Bank apa awak try?
Guna tuk apa.nnt sy leh bg idea
ada cara tk nk mohon kad kredit tapi nama blacklist
Salam. saya akan tanya nanti..
Dah wasap dia pun, tunggu dia reply..
tak boleh apply kawan saya cakap
saya cadangkan awk g akpk dulu. ambik statement ccris dan tengok mana yang boleh setel
saya ingin mohon bank syarikat / peribadi
Slm tuan ….saya ingin buat pinjamn tapi ada blacklist
Wasalam Saiffudin. Kalau nak kena backlist tu, baik awak g AKPK atau mana mana cawangan bank negara. print awak punya ccris statement..tpi saya rasa terbaik kalau awak g akpk. nnt bila sudah tengok statement tu, boleh la awak tanya orang akpk tu. loan yang mana satu buatkan saya lebih cepat nak buang ccris…atau blacklist..ok? jelas tak
Saya ingin apply credit card?
ye buat le..sila sila
saya masih dalam program akpk. boleh apply kad kredit tak? gaji kasar rm6400.00 sebulan
Besarnye gaji..x boleh kot klo awk dh sangkut kat akpk..sebab akpk akan sekat semua pembelian baru..kene setelkn mana outstanding dulu
salam tuan,
saya ada plan nk beli rumah tahun ni (rumah pertama). sy tiada apa2 komitmen (kereta, personal loan, asbf, kredit kad). ptptn cantik. gross gaji rm4k. boleh tuan suggest yang mana satu sy boleh buat sebagai komitmen ? atau sy boleh buat loan perumahan tanpa ada sebarang komitmen?
komitmen untuk apa? komitmen untuk buktikan yang awak boleh bayar bulan bulan ke? klo nak ikutkan..try la buat yang simple2..contoh macam kredit kad tu..tp tak perlu sangat lagi..mana lah tau bank akan approve juga sebab gross tu da besar..so, biar cuba rumah lepas dulu..mungkin perlu penjamin ke. yang penting, try dulu…
yup untuk buktikan bayar bulan2 tu. ok terima kasih tuan, akan bwk berbincang dgn keluarga dlu. terima kasih.
mehidy dah kawen ke? bukan apa..kalao tak kawen lagi..baik tunggu dengan suami kot..kalau nak buat rumah dengan family sendiri lah..sebab ada kawan saya, yang umur dalam 25 kot. ke 24 macam tu..buat loan rumah untuk 200k. bulanan jadi dalam seribu. rasanya tak ada down payment kot. tp yang penting seribu sebulan kena bayar..
bukan la masalah, sebab benda ni tetap akan jadi aset kan. so kalau mindset memang nak jadikan aset dan sampai satu masa memang niat nak jual. mungkin ok lah.
tp kalau sekdar nak jadikan untuk rumah duduk, baik tunggu kawen dan buat loan atas dua nama..bayar pun sama sama..tak penat sngat..
tp klo bile dah kawen nanti, boleh juga kalau share share bayar rumah kan? erm mana yang terbaik lah
salam tuan, saya nak tanya gaji saya 2250, tapi ctos score saya 679 boleh saya dapat credit card?
Yang lan maksudkan score tu daripada bawah ni ke?
kalau betul lah ikut atas tu, macam tak cantik sangat. tapi bleh je try try, sebab kredit kad tak macam loan susah nya…
Salam tuan. sy bercadang nak apply kredit kad. pendapatan basic rm2500. tp sebelum ni belum pernah ada apa apa komitmen (PTPTN, kereta, rumah) hanya bil telefon. adakah senang untuk bank luluskan permohonan atau tak? tq
mcm ok, dengan basic byk mcm tu. tap enth la. try je la, lepas tak lepas, saya pun dah tak pasti. sebab hr tu ad brother basic dia lagi bayk pun x lepas. awak try je k
Nak tanya..kalau gaji gross dalam rm2000.00 dan Net rm1100.00 layak tak apply credit card?
Terima Kasih.
net tu apa? basic awak berapa
saya punya gross income lebih 3k sebulan, governemnt servant tapi belum sahkan jawatan. saya dh apply di 2 buah bank tapi reject. Adakah kerana saya belum disahkan jawatan? Harap Tuan boleh bantu.
haah, memang pun. setiap kali saya apply pun kene tunjuk semua tu
Kalau gaji basic 1400,tapi campur ot semua dgan elaun boleh smpai 2k boleh ke buat ?
boleh..sebab ada yang tengok pada gross, bukan basic..
Ada x tips dapatkan kad kredit. Gaji basic 2k. OT around 300-500 sebulan. Tp kini 2 bank da reject. Maybank and bank islam. Ccris ptptn da settled. Dan xda loan kreta dan rmh
maybank mmg la x lepas, basic kene 2500 tu, try CIMB
permohonan saya baru ditolak, first time nak mohon CC. Komitmen kereta, ptptn semua dah clear. Gaji 4K++, bersih 3K. Bila ditanya, takde respons pula dari pihak bank. Hehehe..
erm mmg gila gila cc ni, ada pembaca blog ni gaji tinggi gila. dekat 5k kot. entah entah lebih…x lepas juga…
Bole Bantu says apply cc? Basic 2500
Ermm..kalau ada blacklist memang tak boleh lepas erk….saudara syed kerja bank jugak ker…
yer..susah nak lepas tu. saya tak kerja bank, tapi antara yang biasa kene rejek, dan ada juga lepas buat cc ni
Klau umur 17 lepas x nak ambik kad kredit tanpa ibu bapa?kerana urgent bulanan msih boleh bayar sbb kerja basic gji 1800 leps x ?
tak lepas, 21 ke atas rasanya
Saya nak mohon kad kredit
Tak soma bank akan terima pmohonan cc kamu wlupun gaji kamu 10k. Antara pnolakan ialah 0 komitmen, DSR tinggi, dan saving yg x blh d ramal. Ni kira nasib2 la dapat. (sumber kawan d HQ bank cimb) ni juga sbb ramai anak muda blacklist krana loan
Ada antara cara yg lain yg mmbolehkan ssorg tu dpt cc tnpa mgira gaji dan komitmen. Ia win to win antara pmohonan dan bank. Tp x blh bg details la. Cari sndriye sbb xda bank recommended bnda ni jika x tanya.
kenapa asyik apply x lepas?padahal basic RM4400
sy pun pelek