Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000

Untuk permohonan kad kredit bagi pendapatan bulanan 2000 ringgit masih lagi tiada masalah. Ada sahaja pilihan dari bank bank ternama untuk anda buat permohonan. Yang masalahnya, bila pendapatan bulanan yang di bawah RM 2 000 ni. Mungkin akan susah sikit. Sebab kebanyakan syarat permohonan kad kredit dalam RM 24 000 setahun. Kiranya, sekurang kurang nya RM 2 000 sebulan. Kalau anda boleh buat kerja lebih masa, dan maintain selama 3 bulan. Sudah cukup. Harap permohonan anda lepas. Untuk yang pendapatan bulanan di paras RM 2000, saya cadangkan 5 kad kredit seperti dibawah untuk anda mulakan permohonan. Cuba mohon satu satu ya, jangan terus mohon semua. Sebab ia boleh buat permohonan anda terganggu juga. Untuk yang di bawah RM 2 000, saya ada beberapa cadangan di bawah untuk anda follow. 3 Kad Kredit Utama Untuk Shopping + Isi Minyak City Clear Credit Card Kalau tidak silap, credit card ini memang baru sahaja di lancarkan. Sebab pegawai yang hubungi saya untuk sign up tu tak habis habis suruh setelkan form.