Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000

image_pdfDownloadimage_printPrint

Untuk permohonan kad kredit bagi pendapatan bulanan 2000 ringgit masih lagi tiada masalah. Ada sahaja pilihan dari bank bank ternama untuk anda buat permohonan.



Yang masalahnya, bila pendapatan bulanan yang di bawah RM 2 000 ni.

Mungkin akan susah sikit. Sebab kebanyakan syarat permohonan kad kredit dalam RM 24 000 setahun. Kiranya, sekurang kurang nya RM 2 000 sebulan.

Kalau anda boleh buat kerja lebih masa, dan maintain selama 3 bulan. Sudah cukup. Harap permohonan anda lepas.

Untuk yang pendapatan bulanan di paras RM 2000, saya cadangkan 5 kad kredit seperti dibawah untuk anda mulakan permohonan. Cuba mohon satu satu ya, jangan terus mohon semua. Sebab ia boleh buat permohonan anda terganggu juga.

Untuk yang di bawah RM 2 000, saya ada beberapa cadangan di bawah untuk anda follow.

3 Kad Kredit Utama Untuk Shopping + Isi Minyak

City Clear Credit Card

Kalau tidak silap, credit card ini memang baru sahaja di lancarkan. Sebab pegawai yang hubungi saya untuk sign up tu tak habis habis suruh setelkan form. Printer dan scanner rumah saya ni dah la tak ada, kalau ada memang tiada masalah. Lagi nak 3 slip bulan gaji, bila saya kerja memang tak berapa nak sempat nak uruskan semua ni.

Apa apa pun, saya galakkan anda cuba buat permohonan untuk Citi Clear Credit Card ni.

Di bawah antara syarat dan kelebihan yang akan dapat.



Minima gaji bulanan ialah RM 2000
Interest rate 15%
Balance transfer 2.99%
Anuall fee = RM 90

Kad kredit ini memang sesuai untuk shopping, sebab itu ratenya memang tinggi sikit di bahagian shopping dan dining di Imoney bawah ni.

Dapat minuman free di coffee bean kalau tak silap. Lepas tu boleh juga dapat satu tiket wayang free.

CIMB Cash Rebate Gold

Seterusnya kad kredit dari CIMB ini pula, ikutkan ratingnya, boleh kata ok juga. Sesuai untuk guna pergi shopping, entertainment macam wayang semua. Makan makan pun dapat points. Nak isi minyak pun sesuai. Lepas tu, yang tak ada dalam kelebihan citi bank tadi, anda juga dapat rewards lebih kalau belanja untuk bayar bil utilities.

Saya juga pengguna kad kredit cari CIMB yang lebih kurang macam ini juga. Jadi, saya amat rekomen kalau anda dapatkan yang ini.

Berikut adalah ratingnya daripada Imoney



Anda akan dapat 5% rebate setiap kali belanja dalam sebulan. Saya rasa kad kredit ini tiada had minima. Kiranya kalau nak dapat 5% rebate tu mesti belanjakan dalam RM 1000 contohnya.

Kad kredit biasa juga letakkan had belanja minima. Contohnya macam dari RHB Smart Value Credit Card ni.

Kalau tengok rating nya

Memang nampak terbaik, cover hampir semua bil yang kita perlu bayar hari hari. Tapi contoh petrol itu sahaja, adna kena belanja RM 2500 ke atas baru boleh dapat 5% rebate.

Sangat sangat lah pelek, atau pun, kad kredit ni sesuai untuk abang lori sahaja.

Apa apa pun, kalau anda berminat untuk cari kad kredit yang untuk isi petrol sahaja, saya cadangkan Public Bank Petron Visa Gold Credit Card

Public Bank Petron Visa Gold Credit Card

Tiada masalah kan kalau nak cari Petron. Stesen minyak petron dah berlambak sekarang ni.

Kad kredit dari Public Bank ini best. Untuk anda dapatkan rebate bila isi petrol tak perlu patuhi had belanja minima. Asalkan anda guna sahaja, akan rebate. Dan kalau lagi banyak guna, percentage rebate mesti lah akan lebih tinggi.



0.5% cashback for spending of less than RM100
1% cashback for spending between RM100 to RM200
2% cashback for spending between RM200 to RM500
3% cashback for spending between RM500 to RM800
5% cashback for spending of more than RM800
Rasanya, abang lorri pun akan lebih berminat dengan kad kredit ini kot.

Kalau anda kaki wayang, saya cadangkan Mach Visa Credit Card

Mach Visa Credit Card

Boleh dapat 10% cashback untuk setiap perbelanjaan 1 ringgit wayang.

5% cashback untuk dining juga

Shopping 2%, dan kalau buat belian online 1%.


Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

59 comments On Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000

  • Saya apply citibank CC tp reject. Bila tny sbb reject tak nk bagi tau.

  • Juz nak tanya. Gaji saya rm1800 tiada apa2 tanggungan dan bayaran loan. Company ada kasi elaun tapi bukan dalam bentuk duit. Saya dapat elaun sewa rumah+bil elektrik+internet (around rm600+) free kira company yang bayarkan terus semua. So agak2 ada x cara untuk kasi lepas apply kad kredit menggunakan informasi yang saya berikan itu?

    • Salam Amirul. Yang setahu saya, allowance yang bagi macam tu sekali kat Malaysia ni TNB Janamanjung je. Dapat situ ke?

      **mungkin banyk lagi selain tnb janamanjung, tapi itu je yang cek tau.

      Untuk Amirul, saya rasa, peluang nak lepas tu cerah macam matahari. Sebelum ni saya basic 1500. tak ada tanggungan atau apa apa yang hutang. So lepas lah, CIMB Kredit kad. sampai sekarang saya guna

      • Lupa saya nak tanya, berapa tahun kerja? saya rasa 3 bulan at least boleh dah kot. tak pe try dahulu.

        Eh, bagi tahu company kerja ni. Nak interview, mana tahu boleh bantu orang lain.

        Untuk pengetahuan pembaca lain. Kalau lah 600 elaun rumah. Rasanya dah cukup selesa dah tu.

        Kawan saya, rumah 73k. bila buat pinjaman bank, macam biasa dia akan jadi darab dua lebih kurang. untuk total bayaran. So 73k, total selepas 30 tahun bayar akan jadi lebih kurang 144k.

        Bulanan kawan saya ni dalam 400. Rumah 2nd of course

        Kawan lain, rumah 98k. Bulanan tak pasti. Tapi total byaran balik seumur hidup tu, macam biasa akan darab 2. so hampir 200k.

        600 elaun, agak berbaloi juga lah. Sekurang kurangnya RM 1800 basic, tak kacau dah. buatkan RM 500 untuk bayar kereta. Boleh la hidup cukup cukup makan. Cari bini yang berkoje ya. haha

  • Assalamualaikum tuan,

    Masa tuan apply CC dengan basic 1.5k tu tahun bila ye? Saya basic 2.1k, ada lah pinjaman bulanan lain dalam RM 280 je, tapi baru ni kena reject dengan CIMB. Tak tahu apa punca. Sekarang tengah try apply dengan bank lain, tapi tak tahu yang mana senang approve.

  • Salam…nk tnya kalu gaji cash blh try bt loan Cc..cuma nk tahu je

  • hai nk tnye.. klu basic rm1200 blh apply ke utk credit card

  • Umur I baru je masuk 21
    Boleh ke Buat kad Kredit ?
    Gaji 2800+ termasuk elaun semua .
    Boleh tak Contact Saya ?

  • Salam nak tanya, gaji saya RM2500 gross. Saya ada apply cc mybank dengan cimb. Dua2 xlepas. saya ada pinjaman rumah RM2k setiap bulan. Loan 2 nama. sebab tu ke tak lepas sebab komitmen tinggi? Loan kereta tak ada. ASB loan je ada RM300 sebulan.

  • Boleh tanya kalau berkeje di singapore boleh ke mohon kad kredit cam cimb atau maybank..sbb try apply online dye nk alamat tmpt keje kat malaysia..nk isi alamta keje kat singapore tk boleh aduh

  • hi.. boleh tanya gaji 1100 gitu boleh apply kad kredit ke..

  • Hi , Saya basic 1400. tkda elaun or apa. saya ada buat business kecil. Boleh ke apply ?

  • Assalamualaikum, saya nak tanya ada tak cara lain untuk saya mohon kad kredit walaupun gaji saya cuma 1700 tanpa apa apa elaun bulanan.

  • Salam

    Saya nak tanya, cara guna kredit kad ni macam mana ya?

    Maksud saya, misal kata 01 Jun 2018 saya ada belanja RM100.00 dengan kredit kad, sekali sahaja saya guna and then pada 30 Jun 2018, saya kena bayar RM100.00 sahaja atau ada tambahan?

    Bagaimana pula saya tak guna langsung kredit kad sepanjang bulan Julai 2018, adakah ada apa-apa masalah?

    Hehe.

    • dia tengok kepada jenis atau bank mana.. kalao contoh 100 tu, katakan bayar dalam tempoh yang ditetapkan, kena bayar 100 je lah. tanpa ada sebanyang bunga. kalau tak silap, sebelum 15hb. katakan bayar 100 sebelum 15hb. so tak perlula bayar apa apa.

      tp kalau terlewat, baru dia akan naik bunga sebanyak 1% (Contohnya). so 100 ringgit tadi akan jadi 101 ringgit. untuk bayar balik, boleh terus bayar 101 ringgit, atau pun dia ada jumlah minima yang anda kena bayar. jumlah minima ni ada pengiraanya. saya lupa, tapi dalam 20 hinggit la macam tu..

  • Salam.. nak tnye jgk la.. dlm satu masa blh apply brapa krdt kad ek.. sebab baru2 ni sy ade apply krdt kad rhb,satu lg krdt kad uob bank..now belum ade jwpn lulus atau tak..apply mggu lps. Biasenye brape lme dpt tahu ek.. ade gnguan ke kalau apply dua2?

  • Nak tanya kalo nak buat credit card maybank kena bayar cash rm5000 ke??? Or x payah ye… sebab de kawan husband cakap nak kena ade 5k

  • Nak tanya.. basic sy 1400. sebulan dapat 2500 cmtu gaji. lepas x? kalau lepas kredit kad ae yg sesuai?

  • Salam. Sy nk tnye sy bekerja sbg sambilan lhdn dan gaji dibayar mengikut brp hari bekerja dlm sebulan tu dan setiap bulan dpt 1600 lebih campur elaun dan epf tolak 200+ sebulan dan selepas tolak masih diatas 1500. Boleh ke sy apply kad kredit?

  • Hai.saya kerja gment.gaji pokok rm1700…kasar..rm2400.bersih rm1000.layak x cik mana2 bank utk cc

  • Salam,kalau nma disenarai hitamkan boleh apply kad kredit ke ,basic 3k+ot 4.5k.

  • Hai.sya keja kerjaan,basic rm1997,gaji kasar rm2967,bersih rm2006 layak tak untuk mohon dan bank mna yg sesuai untuk sya mohan kad kredit.tq

  • Hai nak tnya gaji sy 2100 .. tpi mslh sy skrg sy bkerja sbgai promoter dkt klcc brand porter international and office sy dkt singapore x d dkt malaysia sdakah sy layak baut kad kredit sbb msa apply online nak alamat malaysia jadi sy tak thu nak letak alamat klcc sy bkerja atau singapore

  • salam
    saya harap dengan pertanyaan ini dpt membantu saya..saya pernah apply CC (cimb, PB, MBB, BSN dan RHB) tapi semua reject… gaji bersih RM 2200 setelah tolak semua comitment…bila tanya bank mereka suruh semak dengan BNM…1st saya semak ada criss….so saya clearkan criss….lepas 2 bulan nama clear…saya try aplly CC lg….tetapi masih reject…sy semak semula dgn BNM…nama mmg dh clear…so skrg apa masalahnye…bila aplly loan kerata lepas pulak…

  • sambung soalan tadi…adakah gaji saya telah melebihi potongan 60% dari jumlah gaji…kalau diikutkan RM2200 tu paras yang melepasi utk apply CC kan??

  • Salam
    Biasanya bank akan tengok kelayakan melalui gaji kasar atau gaji bersih?

  • Sy nk tye. Gji sy 1800k bersih lpas dpt elaun rumh smua. Gji termsuk epf 2k. Blh dpt cc x? Sy mohon mybbnk xlpas sbb mybbnk nk 3k

  • Boss nk tnya gaji sy 2400 belum plus OT klu plus dlm 2700 – 3200 dlm 2 – 3 bulan ni. Lepas ke klu apply CIMB atau tolong suggest CC yg terbaik. kalau boleh tak nk yg ada charge2 contoh klu guna 100 ringgit kne byr blk 150 ringgit. dan tujuan sy utk amik CC adalah utk pakai isi minyak sahaja disebabkan stesen minyak akn tolak 200 setiap pengisian jadi di situ sedikit sukar bila ada urgent nk pakai. tolong suggest berdasarkan tahun 2020 ni.

    • cimb kot. stesen minyak akan tolak 200 stiap pengisian tu betul ke, rasanya atas bank. dan jumlah berapa yang bank tolak pula berbeza ikut bank..

      untuk sy, sy suka CIMB

      cimb ni, dia hanya akan charge bila kita lewat bayar dari due date dia shajaa…

      contoh guna 1000. katakan kita bayar balik 1000 ni dalam tempoh sekian2 masa bulan yang sama. kita x perlu bayar apa apa cas. mungkin charge guna kredit kad ja setahun. tap kalau kita lewat bayar 1000 tu. akan cas by percentage sahaja untuk berapa jumlah yang tinggal.

      contoh 15%. so kena bayar 150 sahaja. dan total hutang akan jadi 1150

      kalau bayar 500 sahaja. kiralah sendiri berapa 15% x RM500 = total hutang tinggal

      apa apa pun, kene contact cimb semula. dan tanya juga, jenis kad apa yang saya ckapkan ni. sebab sy da lupa. lama dah sy apply

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer