So, ada satu adik ni tanya, masih lagi dalam SPM, minta untuk saya kongsikan, kalau nak jadi mechanical engineer apa yang dia harus persiapkan.
So saya pun tanya lah, nanti spm target berapa?
Dia cakap, 6. Dan ada lah subjek subjek yang dia bagi tahu. Dan sememangnya subjek subjek yang dia bagi tahu tu memang sangat penting untuk capai cita cita sebagai Mechanical Engineer. Abang saya, dah jadi manager dah pun. Saya ingat lagi result KIMIA dan FIZIK dia, memang dia score habis.
Dalam tahun 2012, dia pernah bagi tahu saya, gaji dia 32 ribu 600. Manager di sebuah syarikat minyak. Itu tahun 2012 tu. Sekarang 2018 ni ,entah berapa sebab dalam tahun 2016, abang saya ni ada pindah company, kerja dengan Petronas pula.
Untuk mana adik adik yang lebih berminat dengan Aliran Sastera, atau sebarang kerjaya selain daripada Engineer, mungkin Jururawat, mungkin Accounting..
Admin
HR – HR atau human resource ni lebih kepada kerja yang uruskan hal gaji pekerja, kemasukan pekerja baru dan segala nya hal pejabat..
Saya assume adik adik ni masih lagi tak tau langsung pasal kerjaya kan, so saya akan terangkan mana mana jawatan yang perlu untuk saya terangkan. Mana yang saya skip mungkin sudah terlalu biasa dengar, contoh macam Jururawat dan Engineer.
Mungkin kerjaya pengurusan lain macam Manager KFC
Restaurant, Chef
Technician Machine/Air con dan sebagainya
.Welder
QA – jawatan yang menjaga kualiti produk
Designer
Atau apa sahaja jawatan lain, selain daripada Mechanical Engineer, masih lagi relevant untuk anda rujuk artikel ni sebab saya buatkan panduan ni lebih bersifat umum. Biar semua dapat jelas dan faham akan informasi yang saya cuba nak sampaikan.
Berbalik kepada pasal adik yang tanya ni,
Bila saya tahu result SPM dia boleh capai macam tu, insyaAllah satu hari nanti cita cita nya akan tercapai. Sebabkan result SPM dia tadi tu lah, tak apa. Terus kan..
Tapi ada satu benda penting, NAK JADI MECHANICAL ENGINEER APA?
Engine?
Sistem?
Design?
Robotic?
CNC Machine? ( kalau tak tahu, apa yang saya maksudkan dengan CNC atau segala term dalam artikel ni, minta tinggalkan komen ya. Nanti saya reply. Tak nak terang semuanya satu satu di sini, nanti panjang berjela. )
Nak jadi engineer di Tunnel Boring Machine? Yang buat MRR2 kat KL tu.
Atau pun, mungkin kalau contoh untuk Civil Engineer pula
Nak jadi engineer yang buat Bangunan?
Atau engineer yang buat Jambatan?
Highway?
Buat Longkang?
Hah gitu, kiranya apa bahagian lain yang lebih specific. Atau mungkin yang lebih mudah nak faham adalah, jadi Doktor..
Nak jadi Doktor bahagian mana?
Bedah? Bersalin?
Telinga
Gigi..
Semuanya ini, kalau nak jadi doktor pakar dalam satu satu bidang, memang ada satu khusus atau pengajian khas yang anda kena ambil. Saya rasa lah ya, saya pun tak pasti.
Serupa juga dengan nak jadi Mechanical Engineer, nak jadi engineer untuk apa? Dulu, masa awal awal kerja dulu. Pernah saya terfikir, kalau amik jurusan Mechanical Engineering masa di Universiti Malaysia Pahang dulu adalah rugi.
Sebab tak specific, baik amik Automotive Engineering, lebih baik. Andai kata tak dapat kerja, boleh buka bengkel. Tak pun, at least boleh jaga kereta sendiri. Tapi ternyata benda tu salah, dan seratus peratusnya betul.
Kalau memang dah nampak, dari SPM lagi nak jadi apa, memang tiada masalah. Kita semua boleh target cara nak dapatkan nya. Macam yang adik SPM ni tanya. Tapi itu lah masalahnya, tiada siapa tahu.
Kenapa tak tahu? Sebab anda belum capai masa itu lagi. Suasana tu masih lagi tak sampai, jadi tiada siapa yang nak kongsi dan cerita kan.
Contoh, kalau saya tanya? Company di Malaysia ni siapa yang tahu gaji nya besar?
Sumpah tak tahu, kalau budak SPM yang jawab kan. Tapi kalau tanya orang yang memang sudah lama kerja? InsyaAllah diorang tahu.
Lagi sekali, rentasan masa tu masih lagi tak sampai. Jadi, sangat normal kalau anda tak tahu dan rasa macam blur blur kadang kadang tu, nanti dah besar nak jadi apa lah kan.
Benda ni, tak perlu risau sangat sebenarnya, sengaja saya ingatkan sahaja lah. Untuk permulaan, tak perlu lagi fikir nak jadi Mechanical Engineer bahagian apa ke, machine ke, engine ke dulu. Tgh SPM kan? So dapatkan result SPM yang cemerlang sangat sangat dahulu. Terutamanya, subjek FIZIK dan KIMIA. Dan MatemaTik Tambahan.
Kalau Matematik biasa tu, insyAllah boleh score kan, kalau dah AddMath pun tiada masalah..
Lagi sekali saya ulang, UNTUK TAHU NAK JADI ENGINEER BAHAGIAN APA memang susah. Kecuali, kalau ada mak bapak yang kongsikan lah (ITU SEBAB BANYAK ANAK DOKTOR JADI DOKTOR JUGA KAN) . So, tak perlu risau yang tu, untuk sekarang ni. Hanya perlu focus akan SPM sahaja.
Tapi, kalau ada peluang untuk anda dapatkan maklumat apa yang akan berlaku dimasa hadapan, cuba faham kan betul betul. Sebab ia sangat penting, dan value kelebihannya sangat tinggi. DAN INI YANG SAYA AKAN BAGI TAHU SEKARANG.
Ya, saya akan kongsikan rentasan masa apa yang akan berlaku pada anda sekarang.
Kita, belum capai pada inti artikel ni lagi, tapi dah panjang berjela. So, cuba baca dan faham kan betul betul. Tak perlu, nak habiskan semua yang saya kongsikan hari ni. Ambil masa seminggu pun tak apa. Yang penting anda mesti faham, dan gunakan peluang ini sehabis baik.
Berikut adalah antara point yang saya akan kongsi dan tekan kan, kalau anda nak capai target kerja lebih mudah. Ada point yang heavy sikit ya, contoh macam alam pekerjaan semua. Kalau tak jelas tak apa. Anda boleh tinggalkan komen dan saya akan jawab nanti.
- Peluang Pekerjaan – saya akan buat macam satu review akan jenis jenis mechanical engineer yang ada. Bukan setakat itu sahaja. Tujuan nya, adalah sebagai pendedahan akan adik adik yang jangan ambil kos buta tuli. Jangan harapkan minat sahaja, sebaiknya minat yang ada market di masa hadapan.
- Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari dan berapa gaji yang anda akan dapat… dan cara nak dapatkannya – perkongsian ni sangat sesuai untuk adik seawal SPM, saya akan kongsikan jenis company yang bagi gaji besar. Dari sini anda juga dapat tahu, betapa pentingnya sambung belajar
- Suatu isu yang penting – iaitu cara pilih tempat praktikal atau latihan industri semasa sambung pengajian di Politeknik atau pun Universiti.
- Cara nak score pointer cemerlang masa masa sambung belajar selepas SPM
- Universiti mana pilihan yang paling tepat