Hak Pekerja : Kes Yang Pernah Saya Dengar!!

Saja saya berkongsi maklumat akan hak pekerja ni kat pembaca saya share semua, lagi pula nak menjawab salah satu perkongsian pembaca sayashare yang email saya minggu lepas. Lupa dah nama dia siapa, tapi yang pasti girl girl..

Ok, perkongsian ni bukan lah saya tahu detail sangat. Rasanya member yang cerita kat saya pun, tahu dari orang lain. So kemungkinan besar, maklumat itu sudah berubah.

Jadi bila anda baca artikel ni, hanya percaya jalan cerita bulat bulat, walaupun saya usaha untuk tidak masukkan mana yang musykil. Sebaliknya, cuba jelas akan kita sebagai pekerja, punyai HAK dan kalau korang ditindas semasa bekerja. Jangan takut buat aduan kalau ia nya betul betul terpaksa.

Saya juga tak kongsikan berlaku kat company mana, tahun berapa, oleh siapa. So kalau siapa yang tahu, harap senyap2 lah. Tak perlu bagi tahu kat comment yang korang ada kejadian tu.

Sebaliknya, sila hubungi saya, untuk saya ajukan beberapa soalan yang memang saya nak sangat tahu..

Berlaku di sebuah kilang.

Saya tak bagi tahu di negeri mana. Tapi ia memang betul betul berlaku, dikongsikan oleh seorang pekerja senior. Dia cakp, dulu ada sorang budak malas.

Rasanya macam misteri pulak kan..

Ok sambung. Dulu ada sorang budak ni, dia ni kerja macam tak berapa la nak rajin. Kiranya disiplin pun ada masalah juga. contoh macam datang lewat dan tidur time kerja tu. Itu rasanya semua orang buat kot.

Tapi kes budak ni dah macam melampau. Dan buatkan bos rasa marah.

Sampai satu masa, bos suruh dia tulis surat berhenti.

Atau pun, bos bagi dia surat berhenti. Lupa dah saya.

Tapi saya rasa saya lebih yakin dekat bos yang suruh dia bagi surat berhenti. Sebab bos tak nak berhentikan dia, tapi nak dia tak bekerja situ.

Tup tup.. budak ni ngadu kat pejabat buruh..

Tau apa jadi?

Dengan ganasnya….eh saya tak berani lah nak cerita..takut pulak jadi apa apa…lupakan je lah..

Tapi yang pasti.

Kalau korang ada masalah di tempat kerja. Mula mula…

Ngadu dekat HR dulu. Even company company yang besar dan established akan ada macam satu rule yang mengatakan, no harrasment. Walaupun dari segi mulut sahaja, tetap juga tak boleh.

Pernah yang bahagian HR sendiri di satu kilang ni, di cutikan beberap hari sebab mulut dia bergurau dengan lagi sorang staff perempuan. Padahal yang laki tu memang kita tahu sikap dia bergurau, tapi yang kena terasa lebih pula.

Dia ngadu, terus kawan ni dicutikan juga. padahal yang dicutikan tu manager juga level nya.

So mula mula, start dengan HR.

Ada berlaku harassment ke. Kalau takut dengan siapa siapa boleh pula ganggu sampai luar dari premis atau company. Boleh ngadu dekat POLIS juga..

Lepas tu, kalau HR tak buat apa. Korang boleh mengadu dekat Pejabat Buruh…

Setel..InsyaAllah pejabat buruh yang menjaga Hak Pekerja akan ambil tindakan mana yang wajar..