10 Kemungkinan Anda Akan Gagal Temuduga

Get ready adalah kunci yang paling utama anda perlu buat bila nak buat persedian temuduga. Kalau rujuk semula apa yang saya kongsikan di panduan lengkap temuduga, saya ada kongsikan hampir kesemua faktor atau ciri ciri yang anda boleh ambil kira supaya sesi temuduga anda berjalan dengan baik, insyaallah..

Antaranya kalau saya boleh korek korek balik ialah

– cara untuk buat resume yang betul

– contoh soalan temuduga yang biasa di tanya, contoh soalan susah, contoh soalan dan jawapan yang saya boleh fikir dan pernah saya alaminya juga..

– format resume profesional

– cara saya prepare temuduga supaya tak gagap bila cakap

– mindset yang betul bila bercakap…

Hah gitu, dan macam macam lagi lah. Artikel ni bukan nak cover tentang tu, tapi sebaliknya perkara yang mungkin menggagalkan temuduga anda. Kalau nak ikutkan perkara yang saya kongsikan di bawah ni lebih kepada vise versa pada apa yang sepatutnya korang buat di panduan lengkap temuduga lah, tapi saya buatkan juga kita boleh sama sama ingat dan alert dengan benda ni…

Tak proper attire

Walaupun nampak macam nerd, tapi elok la pakai je kemeja dengan seluar slack dan tie untuk laki. Baju kurung untuk perempuan. Pakai je, habis cerita.

Tp ikutkan pada pengalaman dan pemerhatian saya.

Kalau anda pergi temuduga untuk kerja swasta contohnya. Ini untuk level diploma, degree ke atas tau. Pakai jeans pun ok. Asalkan nampak kemas.

Tapi kalau interview dengan badan kerajaan mahupun separa kerajaan macam tnb contohnya, memang kena pakai baju temuduga yang betul betul. Lengkap tie semua

Kalau saya, saya suka pilih baju yang macam striking sikit. Dulu, masa mula mula saya beli baju hitam je, tapi bila dah lama lama tu, rasa macam naik mood dan semangat pula pakai baju yang warna warna sikit.

Terlebih ramah atau terlampau santai sangat

Orang kata macam menagih simpati pun ada. So jangan jangan, rasanya tajuk tu dah cukup jelas. Tak perlu saya huraikan lagi.

Poyo lebih – macam dah layak sangat pula

Ini untuk orang yang terlampau yakin. Kalau tak silap, saya pernah rasa benda ni masa awal awal dulu. Memang rasa yakin sangat yang saya dapat. Lastnya saya tak dapat juga. So jangan rasa yakin sangat, buat la rasa rendah diri dan hormat orang sikit. Sebab nanti kita akan duduk bawah dia, kalau awal awal kita dah menampakkan kereknya, macam mana nak dapat kerja kan.

Kurang bersedia

Ini boleh kata in total lah. Saya ada sediakan satu checklist, checklist ni adalah hasil daripada point point yang saya ambil dari panduan temuduga lengkap tu, jadikan sebagai checklist pula.

Untuk ingatkan korang, takut takut ada benda yang terlepas..

Nanti saya dah jumpa saya link kat dekat bawah ni, mana pula post nya saya lupa…

Anda tak kuasai teknik temuduga dengan betul

Macam marketing lah. Korang perasan tak dengan budak budak yang jual barang barang atau pun apa apa service kat tepi jalan, kat tepi bank semua tu! Perasan tak yang kalau diorang ni cakap, mesti ada je ayat yang diorang ni balas? Tanya tu lah tanya ini lah.

Apa yang diorang tanya tu, actually semuanya adalah dialog yang sudah dihafal tau. Kitanya, bila diorang training, diorang dah biasa dah dengan reply reply macam tu. Jadi memang diorang dah cuba fikir dan plan cara reply yang terbaik supaya awak masih lagi beli.

Sebenarnya saya pun dikalangan mereka ni dulu, masa tu tahun 2011 kot. Lepas 1 atau 2 tahun habis study dari universiti malaysia pahang. Itu sebab saya tahu..

So, motifnya kat sini ialah, cuba praktis kan teknik cara cakap, teknik cara reply yang betul. Teknik yang kalao orang dengar tu sedap je, nampak meyakinkan je. Ini la yang orang nak..

Terlalu kuat sangat segannya

Ini pun satu hal juga. Rasanya korang pun perasan kan, bila korang terlampau sangat segan, terlampau sangat gabra, benda ni akan buatkan apa yang korang cakap tu tak berapa menjadi.

Bila gabra, korang tak dapat fikir dengan baik, bila tak dapat fikir dengan baik, confirm reply soalan temuduga yang pelek pelek..

Bila segan, hasrat dihati untuk menonjol pun jadi mcm kura kura je. Sangat rugi lah kalau ada dua sifat ni. So cuba lawan k

Untuk yang baru, fresh graduate, benda ni normal. Saya pun dulu macam ni. Malahan, saya graduate 2009..

G temuduga 2010

2011

2012

2013

2014 – hah sini lah..

2014, lepas beberapa tahun saya graduate baru saya rasakan yang saya ni betul betul yakin dan dapat halang sifat gabra tu sebanyak 80%. Gamaknya lah.. Benda ni, masih lagi ada, normal. Tapi at least saya berjaya lawan dan tak gabra sangat..

Segan? Segan ni kejap je saya deal. Dah tak segan pun..

So macam mana nak build up mindset supaya tak segan dan tak gabra?

Ada 3 benda kena buat

– kena biasakan pergi temuduga – bermakna, awak baca blog saya share ni, bukannya confirm 1st interview terus dapat ya. Benda ni perlukan masa.. Apa yang penting, tiap kali pergi, cuba renung renung, apa yang korang boleh bg buat supaya next interview ia akan jadi lebih baik..

– follow apa yang saya suruh di panduan lengkap temuduga, antara bahagian yang paling penting ialah anda praktis dialog seperti bercakap dengan penemuduga ni sekurang kurangnya 3 hari berturut turut sebelum pergi interview. Benda ni memang sangat power lah, saya memang buat ni selalu..

– ada mindset yang betul, saya ada kupas mengenai mindset ni di sini, cara nak deal dengan gabra semasa temuduga

Emotional, merayu

Jelas kan? Jangan buat muka kesian sangat. Orang nak output, nak kualiti, bukan badan kebajikan.

Tak nampak meyakinkan

Cakap la macam cerdik sikit

Petah la bersuara sikit

Tampak kan la keyakinan sikit

Baru dapat..kalau buat pangai mcm ubi memang sikit nak dapat…

Burukkan company yang sebelum nya, atau buruk kan siapa siapa.

Yang ni pernah jadi kat saya sebelum ni, pengalaman temuduga yang paling latest di osram sdn bhd

Gaji tinggi sangat letak

Dalam resume tak perlu letak gaji. Kalau masa datang interview, ada ruangan gaji awak letak la dalam 30% ke atas gitu. Atau pun minta naik rm 500. Kalau diploma, kalau engineer mungkin lebih tinggi lagi pun leh dapat.