Contoh Laporan Latihan Industri

image_pdfDownloadimage_printPrint

Contoh Buku Log Latihan Industri

Ok.. terus terang saya cakap. Untuk contoh laporan latihan industri tiada dalam artikel ni. so saya buat artikel ini untuk apa? Untuk game anda datang ke?

Bukan. Saya cuma nak bantu terangkan betapa tak penting nya anda duk focus format terbaik laporan Latihan Industri ni…

Ikutkan pengalaman saya dulu, Diploma untuk Mechanical Engineering di UMP.

Setiap ruang, setiap point semuanya sudah disediakan. So anda hanya perlu isi tempat kosong sahaja. Jadi tersangat lah tak susah untuk di buat. Yang penting, jangan tangguh. Nanti anda blur nak tulis semuanya dalam satu hari.

Nanti alasan anda atau point anda dari hari ke hari mesti lebih kurang sama sahaja.

So, jangan malas malas. Tiap tiap, time malam. Rajin rajin la belek report tu.

Motif saya sekarang ialah…

INGAT…

Korang ni nanti lepas graduate akan termasuk dalam golongan fresh graduate.

Golongan freshy ni. bukan lah tak bermutu. Banyak je company nak. Tambah lagi kalau freshy tak perlu untuk bayar gaji banyak.

Tapi untuk pastikan anda usaha dan grab peluang sehabis baik bila datang interview nanti. Anda mesti kena ada point pengalaman.

Dan sebab kan fresh, anda memang tersangat harapkan pengalaman semasa buat latihan industri sebab latihan amali pendedahan alam pekerjaan yang penuh dengan sakit hati ni..

Itu sebab, kena pilih company untuk buat Latihan industri betul betul…

Lagi bagus, kalau anda dah aim nak kerja company mana. Dan cuba dapatkan latihan industri yang produknya seakan sama dengan company yang anda idam idamkan sangat nak kerja.

Alrite?

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer