Contoh Cover Letter Untuk Latihan Praktikal
Sebelum saya kongsikan beberapa contoh cover letter internship untuk anda jadikan sebagai panduan sebelum anda cuba karang sendiri. Saya nak highlightkan dahulu, internship yang kita maksudkan disini adalah untuk mereka yang nak sediakan cover letter untuk apply latihan praktikal.
Betul kan?
Bukannya anda plan nak buat lain ya. Sebab saya macam pelek pula sebab ada yang nak belajar cara buat cover letter untuk apply UITM. Ada ke? Atau saya yang terlepas pandang. Mungkin untuk yang nak sambung belajar PJJ.
So, anda bebas untuk olah jadi bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Saya hanya berkongsikan contoh khas untuk internship sahaja. Untuk contoh cover letter anda yang fresh graduate, ataupun yang sudah berpengalaman.
Kena rujuk di artikel yang lain, sebab point kekuatan kita tidak akan sama.
Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah pada adek adek ni, sebab walaupun hanya apply untuk buat latihan industri, tapi anda sampai sanggup karangkan cover letter.
Sesungguhnya engkau memanglah rajin.
Sebab saya dulu, bukannya tak buat masa praktikal, masa nak apply kerja betul betul pun saya memang tidak sediakan. Tapi bukanlah maksud saya anda buat perkara yang sia sia. Sebab ini pun bagus juga, kalau orang lain ramai tak buat, tapi kita buat, maksudnya baguslah kan.
Kita unik. So jangan ikut trend malas orang.
Kita buat, sebab ia bagus, bagi faktor tambahan pada permohonan kita. Syarikat yang tengok pun akan tahu kesungguhan anda. Lagipun resume anda memang zero, kita tiada pengalaman kerja.
Kita kerja praktikal ni bukan nak beri sumbangan apa apa pun pada company, sebaliknya kita yang harapkan belas ihsan company untuk gunakan kita.
Sebelum itu, saya sangat galakkan anda untuk baca kenapa kita mesti pilih company yang betul masa buat praktikal. Sangat penting, supaya anda tak tersalah langkah macam apa yang saya buat dulu.
Format Cover Letter
Untuk format penuh cover letter, anda kena rujuk artikel ini, cara buat cover letter yang sudah ada pengalaman kerja. Sebab point yang apa kita nak tulis memang berdasarkan format yang sama juga.
Cuma mungkin kekuatan atau focus cover letter yang lebih kepala pengalaman itu kita tukar kepada kekuatan kita untuk level internship pula.
So saya paste sahaja gambar formatnya, nanti anda cuba baca senarai penuh setiap penerangan saya untuk 3 anak panah yang ada dalam gambar dibawah.
rujuk cara buat cover letter untuk penerangan format penuh.
Isi Kandungan Cover Letter for Internship Level
Bismillah
Sekarang kita akan cuba buat. Kalau anda memang terus nak tengok contoh sahaja, boleh terus scroll dibawah saya ada sediakan complete looknya juga.
Tapi elok juga anda baca cara buat, sebab sangat sangat tak digalakkan tiru bulat bulat ayat saya. Nanti duplicate banyak pula bila anda semua apply jawatan kosong.
Anak Panah 1 – greeting dan pengenalan
Mana yang maklumat memang perlu ada, atau yang tak berubah pun kalau anda ada pengalaman atau tak ada. Contoh macam alamat, nama semua.
So boleh masukkan dahulu.
Untuk greeting, kalau yang ada pengalaman, memang kita kena bagi penekanan pada pengalaman kitalah. Tapi untuk adek adek ni, saya cadangkan cerita balik point point macam dibawah ni.
- mungkin kerja final year project anda sama dengan job post yang nak apply, sama ke tak kena rujuk job description. Jangan bagi tahu terus apa dia ya, kita hook sahaja dahulu. Nak bagi tahu apa isi semua di bahagian kedua, atau anak panah ke dua.
- ataupun mungkin kita boleh tallykan dengan ambition kita
- ataupun kita boleh cakap, ia sama dengan apa yang kita belajar.
Sebelum kita pergi ke Anak Panah 2, atau area isi kandungan apa yang kita nak pilih, anda janganlah rasa down atau takut sebab tak ada pengalaman. Ataupun belum apa apa anda dah fikir negetif, adoi nak ke tak nak depa ni kat aku.
So jangan fikir gitu.
Company itu pun tahu anda tiada pengalaman, so kalau dia ada otak, dia pun tak nilai anda dengan ada pengalaman ke tidak.
Untuk yang internship level, kebanyakan company akan tengok kepada semangat anda nak kerja, dan semangat untuk anda nak belajar yang anda tulis dalam cover letter ni nanti.
Bila dia tahu, kita ni macam semangat dan open untuk apa apa training, barulah dia pun rasa yang dia tak buang masa dengan kita.
Anak Panah 2 – isi kandungan
Untuk bahagian ini, baru kita detailkan apa yang kita cuba intro di area atas tadi.
- kalau anda punya final year project memang sama, so boleh ceritakan sikit
- atau kalau memang pointer elok, bolehlah bagi tahu juga
- biasa dapat anugerah dekan, pun boleh selitkan sekali
- dan jangan lupa bagi ayat semagat nak belajar benda baru
Anak Panah 3 – call to action
Untuk area ketiga ni, rasa macam tak kena pula bila saya duk bahagikan point point saya ni guna anak panah 1 2 3. Tapi fahamlah maksud saya kan, saya nak devide focus ayat kita sebenarnya.
anak panah 1 – focus kepada greeting dan pengenalan
anak panah 2 – isi kandungan dan kekuatan kita
anak panah 3 – focus pada call to action
Untuk call to action, saya tak rasa ada beza ayat yang saya nak cakap dengan format cover letter yang sudah ada pengalaman. So untuk area call to action, anda boleh baca cara buat cover letter saya.
Sebab point utama kita akan jadi lebih kurang sama.
Contoh Lengkap Cover Letter Untuk Internship
Hi Mr XYZ,
I noticed XXX Company right now open for internship program for XXX department. As I look into job description, its pretty match with my qualifications and my aspiration.
I am currently in last semester at the University Malaysia Pahang for Bachelor in Mechanical Engineering. As I saw your needs its requires for me to know software XYZ which I quite familiar too.
I am willing to show its to you when we meet in interview session. But for now, I already attached some of the design that I working on just for this internship program application.
My silibus just need 6 months for internship and my hometown just 15 minits from XXX company.
I will try make a call next week if you agree with my qualifications, and set our meetup whenever your side ready.
Thank your for your time
Sincerely
Anda jelas tak dengan apa yang saya cuba nak sampaikan? Sebenarnya cover letter internship saya karang diatas adalah hasil daripada internship job yang memang tengah open di jobstreet.
Saya snap di bawah, sebab nanti kalau anda tengok mungkin dah tutup/hilang.
Baik, so kita dah karang ayat, mungkin siapkan gunakan microsoft word dahulu dan sekarang saya nak buat cover letter saya kemas kemas dekat resume template.
Anda pun buat sekali ya.
Alhamdullillah
Selesai…