CHECK INI UNTUK PERSEDIAAN TEMUDUGA ANDA

Checklist ini saya sediakan untuk mudahkan anda persiapkan diri untuk temuduga hasil daripada artikel dan video yang saya kongsikan dalam SayaShare ni.

Disebabkan ada isi kandungan dalam blog ni yang anda mungkin rasa berselerak atau pun tak pasti mana satu yang anda patut baca dahulu, elok lah saya buatkan checklist ini untuk mudahkan anda follow step satu demi satu.

Penyediaan Resume

Untuk dalam peringkat ini, anda mungkin dalam proses peringkat awal untuk cari kerja. Tak kesah lah level SPM, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sekali pun. Mahupun yang sudah ada pengalaman. Anda mesti akan sediakan atau kemas kini resume untuk apply kerja baru.

Dan ini adalah tindakan yang anda perlu ambil tahu sebelum buat mana mana resume.

mesti tau cara tulis resume yang betul

cover letter pun kena pandai tulis juga ( artikel 1, artikel 2 )

baca 10 cara apply kerja yang mujarab

cara follow up resume yang dihantar

mesti buat resume guna premium resume template

Sebelum Pangilan Temuduga

Untuk situasi ini, katakan anda sudah dapat panggilan temuduga. Tak kesah lah daripada mana mana cara dapatkan kerja yang 10 ini pun. Yang penting anda sudah dapat panggilan temuduga. Dan persediaan yang anda harus buat ialah:

baca contoh soalan lazim temuduga

baca cara memperkenalkan diri semasa temuduga

praktis dialog temuduga sekurang kurangnya 3 hari

get ready dengan soalan susah semasa temuduga

proper attire siap ( tie, baju kurang, kasut, stoking )

document yang hendak di bawa

Hari Sebelum Temuduga

So, anda belajar sediakan resume pun sudah. Buat persediaan untuk panggilan temuduga pun sudah. Sekarang tiba masa untu hari temuduga itu sendiri.

Kiranya, katakan temuduga tu dalam pukul 10 pagi contohnya, apa persedian yang anda perlu buat 2 jam lebih awal sebelum sesi temuduga berlangsung.

Datang awal

Praktis dialog dalam hati

Jangan lari