Cara Renew Roadtax Kereta Online

Bila dah ada kereta ni, 2 perkara yang paling seksa nak tanggung.

  1. servis – kos servis yang perlu hadap
  2. roadtax insurance yang nak kena bayar setiap tahun

Average bila kita nak review roadtax kereta untuk kereta jenis macam saya 1.5 cc Almera adalah dalam RM 1200.

Memang setiap tahun kos lebih kurang RM 1000 inilah yang saya tanggung bayar. Itu pun kalau saya renew roadtax lah. Ada juga yang saya tak bayar, skip 1 tahun pun ada.

Tapi, sebabkan takut nak lalu roadblock, saya pun malas nak menjawab di mahkamah sebab sekarang ni dah semakin ketat. Kita bukan kena bayar denda saman sahaja, kita juga kena turun naik mahkamah juga.

Lagi sakit, andai kata kita ni orang Kedah, atau stay di Kedah, tapi kena tahan di Kelantan. So kenalah turun naik mahkamah di Kelantan. Tak pasti, kalau kes kita ni boleh forward ke mahkamah di Kedah, atau yang dekat dengan tempat kita bermastautin.

Cara Nak Review Roadtax

Kalau saya, yang sekarang ni stay di Alor Setar, Kedah, memang saya guna satu company ni ja, agent cukai jalan di Bertam.

Ya saya tau, memang ada ja agent cukai jalan lain di Alor Setar, tapi saya lebih suka di Bertam ni, dah 2 tahun juga saya ambil di kedai yang sama. Sebab disini lebih murah. Banding dengan agent yang lain.

So, caranya, mudah sahaja, contact sahaja depa ni, walaupun saya di Alor Setar ( sejam sahaja drive ke Bertam ), dan cakap nak renew. Nanti depa akan reply dengan quotation harga.

Saya pun akan transfer duit. Untuk sijil atau policy dan sekali dengan cukai jalan, boleh juga kalau kedai ni nak post ke Alor Setar juga. Tapi kerja saya memang perlu pergi selalu ke Bertam, jadi saya tak minta kedai ini postkan. Saya akan pergi ke Bertam sendiri nanti.

Cara nak Dapatkan Roadtax Murah

Roadtax ni ada dua perkaralah kira:

  1. kos untuk insurance
  2. kos untuk cukai jalan

Kos untuk cukai jalan ni dalam RM 100.

Yang mahal dan tingginya ialah kos insurancenya. Contohnya, sebelum ni saya beli dalam RM 814. RM 709 untuk insurance, dan RM 100 untuk cukai jalan. ( daripada Kurnia Insurance )

So kenapa saya punya cukai jalan RM 700 sahaja? sebab saya turunkan mileage coverage. Sebelum ni boleh cover sampai 45K dengan total kos RM 1200.

Tapi kedai ni boleh turunkan kepada coverage 20 000 sahaja, so total kos RM 709.

So itulah cara untuk kita turunkan harga roadtax. Minta agent ni untuk kurangkan coverage.

Apakah Yg DiMaksudkan Dengan Pengurangan Coverage!




Hak Pekerja : Kes Yang Pernah Saya Dengar!!

Saja saya berkongsi maklumat akan hak pekerja ni kat pembaca saya share semua, lagi pula nak menjawab salah satu perkongsian pembaca sayashare yang email saya minggu lepas. Lupa dah nama dia siapa, tapi yang pasti girl girl..

Ok, perkongsian ni bukan lah saya tahu detail sangat. Rasanya member yang cerita kat saya pun, tahu dari orang lain. So kemungkinan besar, maklumat itu sudah berubah.

Jadi bila anda baca artikel ni, hanya percaya jalan cerita bulat bulat, walaupun saya usaha untuk tidak masukkan mana yang musykil. Sebaliknya, cuba jelas akan kita sebagai pekerja, punyai HAK dan kalau korang ditindas semasa bekerja. Jangan takut buat aduan kalau ia nya betul betul terpaksa.

Saya juga tak kongsikan berlaku kat company mana, tahun berapa, oleh siapa. So kalau siapa yang tahu, harap senyap2 lah. Tak perlu bagi tahu kat comment yang korang ada kejadian tu.

Sebaliknya, sila hubungi saya, untuk saya ajukan beberapa soalan yang memang saya nak sangat tahu..

Berlaku di sebuah kilang.

Saya tak bagi tahu di negeri mana. Tapi ia memang betul betul berlaku, dikongsikan oleh seorang pekerja senior. Dia cakp, dulu ada sorang budak malas.

Rasanya macam misteri pulak kan..

Ok sambung. Dulu ada sorang budak ni, dia ni kerja macam tak berapa la nak rajin. Kiranya disiplin pun ada masalah juga. contoh macam datang lewat dan tidur time kerja tu. Itu rasanya semua orang buat kot.

Tapi kes budak ni dah macam melampau. Dan buatkan bos rasa marah.

Sampai satu masa, bos suruh dia tulis surat berhenti.

Atau pun, bos bagi dia surat berhenti. Lupa dah saya.

Tapi saya rasa saya lebih yakin dekat bos yang suruh dia bagi surat berhenti. Sebab bos tak nak berhentikan dia, tapi nak dia tak bekerja situ.

Tup tup.. budak ni ngadu kat pejabat buruh..

Tau apa jadi?

Dengan ganasnya….eh saya tak berani lah nak cerita..takut pulak jadi apa apa…lupakan je lah..

Tapi yang pasti.

Kalau korang ada masalah di tempat kerja. Mula mula…

Ngadu dekat HR dulu. Even company company yang besar dan established akan ada macam satu rule yang mengatakan, no harrasment. Walaupun dari segi mulut sahaja, tetap juga tak boleh.

Pernah yang bahagian HR sendiri di satu kilang ni, di cutikan beberap hari sebab mulut dia bergurau dengan lagi sorang staff perempuan. Padahal yang laki tu memang kita tahu sikap dia bergurau, tapi yang kena terasa lebih pula.

Dia ngadu, terus kawan ni dicutikan juga. padahal yang dicutikan tu manager juga level nya.

So mula mula, start dengan HR.

Ada berlaku harassment ke. Kalau takut dengan siapa siapa boleh pula ganggu sampai luar dari premis atau company. Boleh ngadu dekat POLIS juga..

Lepas tu, kalau HR tak buat apa. Korang boleh mengadu dekat Pejabat Buruh…

Setel..InsyaAllah pejabat buruh yang menjaga Hak Pekerja akan ambil tindakan mana yang wajar..




Cara Kira Loan Kereta Proton VS Perodua VS Honda

Hasil Tinjauan Pengiraan Loan Kereta Yg Saya Pergi

Ok untuk cara kira kereta mudah sahaja. Korang boleh guna calculator dekat carlist itu sahaja. Masa mula mula saya guna tool kat carlist.my ni mula mula saya ingat salah. Kiranya mula mula saya ingat tool ni hanya estimate sahaja.

Rupanya rupanya hampir tepat juga tau.

Bukti nya saya pernah jumpa agen Nissan untuk tengok kereta Almera untuk dia sembang pasal harga. Dan juga Honda, baru lagi dalam beberapa hari lepas. Kiranya masih lagi dalam minggu ni lah.

Dan berikut adalah contoh harga kereta di Honda…

Saya test drive HRV dengan Honda City Hybrid time tu..

Kalau korang tengok HRV Gred V tu, RM 121 000, dp dalam RM 12 200. Dan bulanan RM 1,284 untuk 9 tahun. Interest rate 2.9%

Dan kalau saya letak kereta harga RM 121 100 kat calculator Carlist.My bawah ni, kita masih lagi akan dapat harga yang lebih kurang sama.

Dekat calculator Carlist.My harganya RM 1 270, tapi kat betul betul honda punya list, RM 1 284. Saya juga ada try tengok untuk Nissan Almera yang saya tengok lepas tu, pun lebih kurang sama juga.

So, lagi sekali, korang tak perlu susah susah nak tau cara kira loan kereta ni semua, hanya tengok calculator di Carlist.My sahaja. Kalau lari pun, tak lari banyak. Saya boleh kata dalam lingkungan RM 100.

So macam mana nak guna App Carlist?

Carlist.my ni terbaik kalau korang view by PC atau dekstop. Akan nampak web dia smooth sahaja. Tapi kalau guna browser dekat Mobile, rasa macam kalut sikit, macam ada function yang tak boleh gunakan di Carlist.My. Tapi kalau korang nak tengok juga guna mobile, kena download dia punya app.

Sebab app dia lebih smooth gitu.

Contoh….

Kalau saya sendiri, saya suka guna advanced search. Sebab boleh filter harga kereta. Dan kebiasaannya yang saya buat ialah kereta yang di antara lingkungan RM 70 000 hingga RM 100 000.

*carian di atas saya buat guna dekstop. Sebab app mobile tak nampak menyeluruh.

Pilih lah NEW dan bodytype apa semua. Dan bila tekan search button tu…

Yang untuk sebelah kiri, masih lagi ada beberapa spec atau kategori yang anda boleh filter. Jangan tengok nombor 13 ribu 972 tu. Kereta kereta ni memang akan ada repetiotion. Sebab ia diiklan oleh agen agen dan pelbagai dealer.

So kalau tengok kat depan depan tu dah nampak dah. Harga total kereta berapa. Bulanan berapa. Sebelah kiri pun ada dalah calculator andai kata nak guna.

Kenapa Saya Letak Interest Rate 2.9%?

Sebab ini yang paling munasabah. Untuk kereta baru, interest rate tak tinggi sahaja macam kereta 2nd. Ikut kan pada agen honda tu cakap, yang paling murah sekarang. Ialah dari RHB katanya, tak tau betul ke tak. Tapi dia cakap, hanya 2.5% sahaja…tadi saya letak 2.9% kan? Sekarang, biar saya cuba nak letak 2.5% pulak, dan masih lagi menggunakan harga kereta HRV spec V yang sama.

So kereta ni kalau di iklan Honda, akan jadi RM 1 284 sebulan kan tadi. Tapi bila kita letak 2.5%, ia akan jadi serendah rendah nya RM 1 230.67 sahaja.

Tapi ini RHB, bank yang lain? Ambank CIMB semua berapa. Jawapannya, korang tak perlu tahu lagi sekarang. So estimate kan sahaja. Cerita sekarang, interest rate untuk kereta baru tak akan cecah sampai 3.5%.

Dan katakan kalau ia cecah, harganya adaah di bawah lingkungan RM 100 juga perbezaannya.

Ok lah, cerita sini, habis sini lah. Bai, salam…




Yeay…..Post Pertama Ni…

erm…

Saya nak share apa ya di post pertama ni.

Saya nak share tak ada apa lah.

Bagi saya warm up warm up dulu dengan jari ni…

 

sdksjadks sdsadsa skjd skadasdqwxnon s

s qw qwdqw

qwd qw dwd qwdwad

 

Hah ok..sudah..

Post yang seterusnya baru saya akan mulakan tips nya ya.

Ah lagi satu, apa gunanya kalau anda baca blog saya, tapi hanya kenal saya sebagai perkataan sahaja.

Jadi, elok ler kalau luangkan masa untuk ke about me,biar saya kenalkan diri saya ni siapa dulu. Baru anda baca tips atau cadangan yang saya share dalam blog ni.

Alright?

Click Link, Tentang Saya ni dulu.