Syarat Syarat Pinjaman Peribadi Aeon

Pinjaman peribadi AEON boleh kata yang ketiga paling mudah saya rasa untuk kita pinjam duit. Yang paling mudah, mungkin easy RHB kalau ada lagi, kedua, personal loan daripada CIMB Bank, yang anda boleh apply guna CIMBCLICK atau pun touchngo app.

Dan yang ketiga paling mudah AEON ini, kita memang kena pergi ke AEON Center.

Tapi senang sahaja nak lepas loan ni, saya pun dah lepas dah sekali dulu. Rasanya saya pinjam 9000. Motor pun saya pinjam dari Aeon juga.

Untuk syarat syarat pinjaman peribadi AEON

  1. kerakyatan Malaysia sahaja
  2. minimum gross income mesti atleast RM 1500. Gross income ini maksudnya, katakan basic anda RM 1200, tapi mungkin elaun ada dapat banyak dalam 500. So gross income anda ialah RM 1200 + 500 = RM 1700. RM 1700 ini pula tolak 11% untuk KWSP. Kalau memang di atas RM 1500 kira lepaslah tu.
  3. untuk amount pinjaman daripada RM 1000 ke RM 100 000.
  4. umur pula, daripada 18 tahun ke 65 tahun
  5. mesti ada payslip atau pun ada masuk caruman EPF.
  6. lagi cantik kalau anda sudah bekerja atleast 3 bulan

Table kadar pinjaman AEON Personal Loan

Bahana Personal Loan Aeon

Aeon ni, walaupun senang lulus. Tapi korang jangan cuba lambat bayar tau. Sebab bila lambat bayar, operator yang call anda untuk ingatkan bayaran memang boleh buatkan kita sakit hati.

Dia punya call tu macam tak berhenti, lagi sakit hati bukan sorang sahaja yang call anda, tapi ramai, akan ada 2 3 orang lagi yang buat buat tanya padahal orang yang call pertama dah tanya.

Kalau anda tak jawab call, operator mula akan call family, masa ni kita akan rasa malu. haha

dan last sekali dia akan ugut untuk datang ke rumah untuk minta hutang. So better angkat, dan kalau terlewat, bagi tahu sahaja terlewat bayar dan nanti akan bayar 2 bulan terus.

Dan bila terlewat bayar, walaupun hanya 1 hari, memang tinggi juga denda yang anda akan dikenakan.

Begitulah, ok la jugakan daripada pinjam dengan Along.




Pinjaman Peribadi Swasta [ RUJUK TABLE INI ]

Rujuk Table Senarai Bank Termurah di Bawah

Dalam minggu lepas, saya sibuk dengan artikel untuk pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan. Saya ingatkan yang swasta punya sudah siap, rupanya belum. dan juga, saya tak masukkan beberapa lagi bank yang lain, yang boleh anda dapatkan pinjaman..

Sebelum saya kongsikan satu table di bawah, yakni ranking interest rate pinjaman peribadi bank seluruh Malaysia. Adalah sedikit disclaimer yang saya kena tekan dahulu.

Iaitu!!

Interest rate kita yang kerja swasta ni (ya saya pun kerja kilang ) tak macam yang kakitangan kerajaan dapat. Diorang ni, bukan setakat interest nya rendah, malah kebarangkalian untuk dapatkan loan itu pun lebih mudah.

Image credited to seek.com.au

SAYA TAK PUAS HATI?? Memang pun, seolah olah kita yang kerja swasta ni macam bahan untuk Bank untung lebih. Tapi itu lah, kalau dah duduk di Malaysia ni, macam nak hidup kalau tak ada hutang kan….fuh negative saya..

OK lah, jom saya kongsikan table Senarai Ranking Institusi Kewangan Untuk Pekerja Swasta

Disclaimer:

Sebelum anda refer pada table dibawah, saya ada beberapa disclaimer nak terangkan dahulu.

Saya setkan jumlah pinjaman kepada 20 ribu ringgit, untuk 4 tahun tempoh pinjaman. Jadi korang bezakan sendiri mana satu yang paling rendah. Untuk Interest Rate yang saya set kan di bawah pula, ini adalah value yang terendah. Jadi mungkin akan berbeza sikit kalau anda pergi ke bank dan cek sendiri bulanan berapa…

Yang terakhir, tak semua bank dan institusi kewangan saya senarai kan di bawah, malas pula. tapi di bawah ni, adalah antara yang kebiasaannya orang dapatkan loan.

Cara Nak Gunakan Table di Atas?

Senang sahaja, anda KLIK atas sekali untuk ‘Sort’. Lebih sesuai kalau Sort pada bulanan yang paling rendah di atas kan. Jadi boleh la tengok mana satu ranking bank yang paling rendah. Cuma anda perlu verify pula dengan basic salary anda berapa.

Table di atas, mungkin tidak sesuai untuk anda view dari mobile, nanti lah, kalau ada bajek saya beli aplikasi untuk bagi nampak lebih baik sikit. Nanti ya…

Syarat Dan Cara Untuk Buat Pinjaman

Untuk syarat pinjaman setiap bank, kalau ada nama bank itu boleh di KLIK. Anda boleh la KLIK, sebab saya memang ada sediakan syarat syarat nya. Kalau tiada, boleh request, tinggalkan komen di bawah saya akan buatkan..

Cara Pinjaman?

Anda jadikan Table di atas untuk plan, mana bank yang anda patut start motor dulu untuk pergi. Tak perlu contact saya untuk apply. Sebab saya dah tak buat sekarang, ramai orang tak lepas. Jadi saya sudah malas untuk follow up. So sekarang, untuk cara apply. Start motor, pergi kepada Bank yang paling rendah berdasarkan table yang saya di buat atas ya.




Pinjaman Perniagaan Untuk Peniaga Bumiputera

Dapatkan Pinjaman Perniagaan Untuk Memulakan Perniagaan

Ikutkan perancangan bisnes saya, ia memerlukan 72 ribu setahun untuk tampung gaji orang sahaja. Tak termasuk lagi plan advertising yang saya plan untuk saya buat supaya saya boleh jumpstart bisnes saya ni gila gila punya. Tapi, masalahnya siapa yang nak bagi saya 72k tu?

72k ni baru untuk gaji sahaja, kalau nak ikutkan, untuk saya rasa selesa, perbelanjaan gaji staff sahaja saya perlukan 144 ribu dalam setahun. Dan ikutkan pengalaman saya dengan bisnes bisnes kecil yang sudah ( bisnes lebih sikit, banding dengan yang plan sekarang ni ), lepas 1 tahun baru nampak hasilnya yang saya boleh kata berbaloi lah usaha saya sebelum ni. Tapi, mungkin bisnes ni perlukan 3 tahun untuk capai matang dan boleh menjana revenue sendiri lebih daripada modal yang perlu bayar tiap tiap bulan…

So, saya search punya search. Search punya search, alangkah terkejutnya, rupanya banyak nya skim skim atau plan plan kerajaan untuk bantu bisnes ideas yang macam saya ni. Ada yang kena masuk TV, ada yang tak perlu masuk TV. Ada yang siap bagi pinjaman sampai 2 juta. Lega hati tu..

Yang masuk TV tu adalah yang Vincent Tan plan sekarang ( July 2018 sekarang ). Dia plan dalam 500 ribu kot untuk bagi peluang pada kita semua untuk jalankan perniagan. Kena masuk TV tu, saya tak nak. Malu..

So, dalam artikel ni, daripada malumat dalam kepala saya ni berkubur begitu sahaja, elok lah kalau saya sediakan satu artikel khas untuk berkongsi akan mana mana skim kerajaan yang kita boleh dapatkan bantuan supaya anak melayu kita ni, lebih berjaya InsyaAllah. Dunia akhirat.

**saya tak apply mana mana loan lagi, masih lagi dalam peringkat survey dan penyediaan document, sebab masih banyak lagi tak lengkap

1. Amanah Ikhtiar Malaysia

Kita start dengan Amanah Ikhtiar dahulu. Sebab ini la yang mak saya duk pinjam pinjam. Mak saya cakap, kalau dah pinjam tu, kena pinjam lagi katanya. Erm entah lah. apa apa pun, banyak juga la bantu mak bila berniaga ( tapi malu juga anak bagi duit tak cukup ya, itu sebab mak terpaksa pinjam ).

Rupanya rupanya, amanah ikhtiar ni dah 30 tahun.. baru saya tahu, bila tengok dekat website diorang, http://aim.gov.my/

Target nya adalah suri rumah yang nak berniaga. So padan lah, bila anda tengok website nya, banyak la mak mak yang dijadikan model gambar di homepage dan sebagainya.

Syarat kelayakan untuk meminjam ( menjadi sahabat aim )

  • warganegara malaysia (mempunyai mykad) yang berumur 18 tahun ke atas.
  • had kelayakan pendapatan isi rumah ialah rm3,855 dan per kapita rm838

Seperti yang saya tengok pada mak saya, memang kalau nak pinjam Amanah Ikhtiar ni kena buat 1 group yang terdiri daripada 5 orang. Ahli 5 orang dalam group ni mesti kena tiada pertalian antara satu sama lain. dan bila sampai masa meeting kan, mesti ada bayaran yang cukup daripada 5 ahli ni, kiranya katakan ada 4 orang je yang datang dan bayar, 1 orang lagi kurang. 4 ahli yang datang, mesti kena cukupkan bayaran yang lagi sorang tak datang ni.

Mak saya sendiri ada la sembang sembang complain bila saya balik rumah tu. Erm biasa lah. apa apa pun, Amanah Ikhtiar sesuai untuk suri rumah yang nak berniaga. Adakah jenis permohonan perniagaan yang saya plan kan sesuai dengan Amanah Ikhtiar?

Jawapannya TIDAKKKK

Saya tak nak datang meeting dengan mak mak gitu, malu.. siapa lagi 4 orang? Saya bukan nye jenis berkawan sangat tau. saya nak pinjam puluh ribu ni… dan kalau boleh, saya tak nak pinjam, saya nak sponsor..

Kita pergi yang seterusnya… TEKUN

2. TEKUN

Rasanya, TEKUN ni agak popular juga. saya pasti ramai yang tahu. Saya tak pasti kalau TEKUN ni sesuai untuk saya buat permohonan. Sebab wang pinjaman hanya dari 10k hingga 100k. Korang boleh check dekat link ini, https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/skim-pembiayaan-tekun-niaga/syarat-syarat-skim-pembiayaan-tekun-niaga/ . Dekat link ni adalah tempoh bayaran balik semua. Dan syarat syarat pinjaman yang macam banyak juga untuk saya baca.

Untuk pinjaman 100K bukan lah tak boleh untuk start up bisnes saya. Mungkin saya boleh kecilkan sikit saya punya strategy dan gunakan 100k tu dalam tempoh 2 tahun. 100k totally guna untuk marketing dan product. Kiranya tanpa perlu bayar sapa sapa gaji. Saya dan team member buat sendiri. Tapi, saya ada terbaca, antara syarat syarat pinjaman TEKUN, kita boleh buat pinjaman untuk perniagaan yang sepenuh mahupun separuh masa tau. Best gak tu, sebab bisnes yang saya nak buat ni memang separuh masa sahaja. kalau earning baik baru saya plan nak buat full time dan kembangkan lagi. Tapi entah lah. mungkin saya nak tengok tengok yang lain dahulu.

Skim Pembiayaan Program Temannita

TEKUN ni juga, ada khas kan satu jenis pinjaman khas untuk kaum wanita yang nak berniaga tau. rasnaya up to 50k. Jadual bayaran balik nya ada di link ini, Program Temannita.

Bantuan khas untuk masyarakat India berniaga pun ada, dengan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (Spumi)

Oh ya, bila saya duk sharing sharing semua ni kan, korang jangan terlepas baca bahagian syarat syarat peminjam tau. sebab boleh kata confirm kita semua tak lepas. Tambah lagi kalau orang melayu buat bisnes. Idea ada, tapi modai tak ada. Sedangkan kebanyakan pinjaman kerajaan ni perlukan kita bagi statement, ada yang 3 bulan, ada yang 6 bulan. Ada yang 2 tahun juga. so kalau kita tak tau apa yang diorang nak ni awal awal, macam mana lepas. At least, kalau pun layak, kita boleh lah usahakan sikit sikit kan sementara nak dapatkan bantuan penuh.

Ok?

Ok kita sambung dekat Prosper, sebab saya rasa PROSPER ni sesuai untuk saya…

3. Prosper, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Di Prosper hasil daripada PUNB, atau Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ada 7 jenis skim yang ditawarkan. Anda semua boleh yang mana satu jenis perniagaan yang anda ceburi lah. saya ada kongsikan lebih detail akan prosper ni di artikel Pinjaman PUNB, untuk yang dibawah ni saya hanya buat ringkasan nya sahaja.

Baik lah, so ada 7 jenis SKIM yang saya perasan di website PUNB

  • Prosper Runcit – seperti namanya skim ni sendiri, siapa yang ceburi bidang perniagaan runcit boleh buat permohonan pinjaman dari RM 50 000 hingga ke RM 1 juta
  • Prosper Pemborong – atau pun perniagaan yang melibatkan pengedaran atau pembekalan, pembiayaan dari setengah juta ringgit, sehingga ke 5 juta ringgit, atau pun boleh pergi sampai 10 juta ringgit. Bergantung kepada jenis perniagaan saya rasa yang boleh sampai 10 juta ni. Apa apa pun, semua jenis skim kerajaan ni, tak kesah lah Prosper ke, Tekun sekalipun. Kalau ianya berdaya saing, dan bagi manfaat kepada semua, insyaAllah pembiayaan ni akan sokong dan bantu, siap ada khidmat kaunseling lagi kalau perlu.
  • Prosper Usahawan Muda – yang ini rasanya dah macam pinjaman yang jenis macam Tekun pun ada. Sebab had pinjaman sampai 100k sahaja. antara syarat unik yang saya perasan lain daripada skim di Prosper ni ialah, mesti ada rekod baik di institusi kewangan. So, kena jaga juga lah creditscore, ccris dan ctos semua ni kan.
  • Prosper Usahawan Muda ( Budding PUMA ) – yang ni under Usahawan Muda juga, tapi khas untuk golongan budak budak yang masih lagi study. Mungkin siapa siapa di peringkat universiti ke nak mula berniaga, boleh dapatkan pinjaman under Skim Budding PUMA. Saya pun tak pasti, kenapa diorang gunakan istilah Budding PUMA ni, jumlah pinjaman sikit sahaja dari 1k hingga 10k. tapi boleh lah…
  • Prosper Teras – Teras ni lebih kepada suatu macam upgrade kepada idea idea bisnes untuk skim skala kecil seperti Prosper Usahawan Muda kot. Maksud saya, kalau perniagaan anda ni betul betul berdaya saing baik punya, lagi pula boleh buatkan perniagaan anda ni bantu ekonomi negara. Lagi pula, gaji yang anda berikan pada pekerja tu macam lumayan. Boleh la cuba skim under Teras. Pembiayaan dari 100 000 hingga ke 500 000. Saya rasa, skim jenis ni sesuai untuk saya.
  • PKS – yang ni kalau perniagaan anda berpotensi untuk dieksport. Pembiayaan daripada setengah juta sampai ke 5 juta, atau boleh cecah sampai 10 juta juga, seperti Prosper Pemborong.
  • Pembiayaan Hartanah-I SME PUNB – yang rasanya tak minat pula saya nak rumus kan, sebab langsung tak kena mengena dengan saya. Anda boleh baca sendiri di sana.

Untuk tahu berapa banyak anda perlu bayar balik bulanan boleh gunakan kalkulator Pengiraan Pembiayaan ni.

Kalau anda berminat dengan Prosper, elok kalau pergi ke websitenya sendiri, atau baca rumusan panjang lebar saya di Pinjaman PUNB sebab pembiayaan PUNB ni hanya target jenis perniagaan yang disenaraikan oleh mereka sahaja. Pemilihan target jenis perniagaan ni ada kaitannya juga dengan budaya perniagaan baru yang kerajaan nak rancang kan, seperti contoh Food Truck.

Food Truck dekat Malaysia, dalam beberapa tahun yang lepas memang tak ada siapa yang buat kan! Tapi di Kulim, Kedah ini sahaja saya dah nampak lebih 5 food truck bergerak berkumpul satu tempat berniaga. Mungkin diorang pun dapat bantuan dari PUNB juga, sebab ada skim khas untuk Food Truck. ( Food Truck Malaysia )

4. Teraju

Ok, seterusnya teraju pula. under skim teraju ni, ada dua jenis, iaitu Teraju Teras dan Superb. Rasanya, teraju ni lah antara tempat dapatkan dana yang paling besar under kerajaan yang boleh bagi.

Under TERAS – geran yang di berikan bernilai jutaan ringgit, syaratnya mesti punya bisnes idea yang berpotensi tinggi. Dana ni disediakan secara kolaborasi dengan bank bank tempatan. Ada sesetengah lah, tak semua bank..

Superb ni lagi ganas – under Superb pula, siap anda tak perlu bayar balik 500 ribu kalau layak. Untuk rekod sekarang ni ada 137 usahawan sudah berjaya dapatkan dana.

Saya target Teraju dengan PUNB atas tadi lah, harap harap ada lah salah satu melekat. Kalau dapat, harapnya biar la berlebih kan. Boleh saya berhenti kerja terus.

Alright? Saya rasa itu sahaja lah kot. Tapi yang paling saya target ialah dana daripada Teraju dan juga PUNB. Saya ada call Teraju hari tu, diorang cakap sekarang ni pengambilan diberhentikan sekejap. Bila saya tanya bila dibuka, diorang tak tau pula.

Erm biasa lah tu kan.. ingatkan dana tu mak bapak diorang punya…

Ok, so seterusnya, saya nak kongsikan antara pinjaman perniagaan lain yang anda boleh buat dengan kerajaan juga. Dana dana yang boleh didapatkan ni mungkin tak sesuai dan dengan bisnes yang saya buat, tapi insyaAllah dengan anda semua mungkin ada yang berkenan. So saya akan senaraikan di bawah ini juga untuk anda ya…

So kita sambung dengan 5 lah…

5. TUKAR Under KPDNKK

Atau nama penuh nya, Program Transformasi kedai Runcit (TUKAR) merupakan salah satu daripada 12 Entry Point Project (EPP) di bawah National Key Economic Area (NKEA) Sektor Pemborongan dan Peruncitan. Program ini bertujuan untuk memodenkan(naik taraf) kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dan disasarkan untuk dilaksanakan sehingga tahun 2020 (10 tahun)

*saya copy ayat dari website tu…

6. YPPKM – Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia

Keutamaa YPPKM adalah yang bukan bumiputera. Seperti namanya, ia bantu peniaga kecil kecilan. Dana yang dberikan adalah secara micro credit. Apa itu micro credit? Maksudnya, pinjaman dalam skala yang kecil dan interest yang rendah.

Saya rasa, lebih kurang macam Amanah Ikhtiar lah juga. tapi tak pasti, kalau bayaran balik Amanah Ikhtiar tu ada interest. Nanti kalau rajin, saya balik saya mak saya tanya tau.

Untuk semak samada anda layak atau tidak dengan YPPKM, boleh semak syarat kelayakan di sini.

7. Dana Pembangunan Halal dari Teraju

Saya tau ada dana lain dari Teraju ni sebab artikel di gilahartanah

So kalau anda ada project halal yang berdaya saing, boleh juga dapatkan bantuan khas daripada Teraju, ini link nya untuk rujukan http://www.teraju.gov.my/dana-pembangunan-halal/

kenal GilaHartanah?

Sebelum saya tamatkan artikel ni, saya nak ucapkan banyak banyak terima kasih kepada blog gilahartanah khasnya, penulis Tok Penghulu kerana sediakan satu artikel yang sangat hebat tentang beberapa jenis pinjaman yang kita boleh dapatkan.

Sejujurnya, artikel tersebut adalah inti kepada artikel yang anda baca ini sekarang. Boleh rujuk artikel di gilahartanah untuk beberapa lagi dana lain yang saya tak senaraikan di sini, ini dianya, 15 Skim Bantuan Kerajaan Untuk Peniaga. Sangat bagus artikel, jarang sangat artikel yang saya tengok mana mana orang mampu hasilkan kompilasi macam ni, harap ia dapat bantu peniaga peniaga macam kita ni.




Pinjaman Peribadi MBSB Khas Untuk Kakitangan Kerajaan

Ok baru baru ni saya ada kongsikan pada anda satu table akan semua jenis bank dan institusi yang boleh berikan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. Kiranya kalau anda nak cari antara interest rate yang paling rendah, memang ada dalam artikel itu.

Artikel dan table yang saya maksudkan ialah, Pinjaman Peribadi Kakitangan Kerajaan

Untuk artikel yang sekarang, saya nak kongsikan pasal satu satu nya institusi kewangan di Malaysia yang berikan interest rate tersangat murah, iaitu pinjaman daripada MBSB. Lebih murah daripada apa yang wife saya ambil iaitu Agora Bank.

Apakah MBSB?

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) adalah syarikat induk kepada MBSB Bank Berhad, dahulu dikenali sebagai Asian Finance Bank Berhad. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh MBSB Bank, sila layari laman web di www.mbsbbank.com

Saya copy quote daripada https://www.mbsb.com.my/

So jelas lah ya, saya pun tak reti sangat nak sembang banyak pasal detail institusi kewangan ni. Apa yang pasti ia seperti macam Aeon lah kot. Aeon bukan Bank, tapi masih lagi boleh bagi loan. Eh entah lah, saya pun x pasti nak beza kan macam mana. Apa yang pasti loan nya interest rate murah.

Untuk apply, boleh pergi ke websitenya dan check lokasi Ibu pejabatnya di mana ya.. boleh la klik link atas tu lepas ni. Sebab saya nak kongsikan satu table menarik untuk anda tengok.

Kalau sebelum ni, saya kongsikan table pasal semua bank kan. Bank yang khas untuk buat pinjaman kakitangan kerajaan ni, tapi kali ni. Table yagn saya nak hasilkan khas untuk Pinjaman dari MBSB sahaja. Tapi saya bezakan dengan jumlah pinjaman 30k, 100k, 150k, dan 200k. Dan anda tengok sendiri berapa jumlah yang anda perlu bayar seandainya anda pilih mana mana jumlah total pinjaman seperti yang saya tunjukkan..

Penampakan yang paling ketara antara 2 jenis pinjaman MBSB Mumtaz-i dan MBSB Afdhal-i ialah di interest rate nya lah kan. tapi sebenarnya ada lagi perkara perkara dan syarat syarat permohonan antara 2 jenis pinjaman ini.

Antaranya,

Mumtaz-i – boleh pinjam daripada RM 3 000 hingga RM 250 000

Afdal-i – boleh pinjam daripada RM 3 000 hingga RM 400 000

Interest Rate tadi pula, saya hanya ambil yang paling rendah, ikut kan pada jumlah yang anda minta range nya mungkin seperti ini :

Mumtaz-i – 3.4% – 3.8%

Afdal-i – 4.5% – 4.9%

Untuk Gross Income pula

Mumtaz-i – RM 1 500

Afdal-i – RM 2 000

Dan satu persamaan yang dua jenis pinjaman MSBS ni ada ialah kedua dua jenis loan ni bukan untuk overlapping. Subjek tu fresh loan. Mungkin anda kena confirm sendiri apa yang dimaksudkan akan tak boleh overlapping ni. Sama ada kalau sudah buat loan dengan yang lain tak boleh nak overlap ka macam mana.




Pinjaman Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan

Salam semua…

So saya ada sediakan satu table khas untuk penjawat awam buat penilain. Mana satu bank atau institusi kewangan yang paling rendah interest ratenya untuk anda buat pinjaman. Table tersebut, saya ada kongsikan di artikel di sini.

Dalam artikel tu, saya ada kongsi lah fasal family saya yang dapat kerja kerajaan semua, fasal wife saya sendiri yang buat pinjaman dengan Agro Bank lagi dan akhirya, saya tutup dengan table seperti di bawah..

Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam

Dan sekarang saya nak kongsikan pula, korang dah tahu kan table di atas dah terang terang bagi tahu mana satu institusi kewangan yang perlu anda apply, tapi untuk buat keputusan mana satu yang terbaik ini lah yang saya cuba nak bantu, tak bantu mana pun, hanya sekadar berkongsi kan pendapat.

Saya pasti, semua mata pasti akan beralih ke Pinjaman MBSB. Dengan interest rate yang paling rendah, siapa lah tak nak cuba cuba kan. Tapi tak apa lah, saya ada beberapa point lagi yang anda boleh ambil selain daripada interest rate nya yang paling rendah.

So, point pertama ialah mulakan daripada insterest rate yang rendah.

Point yang ke 2

Berapa ribu nak pinjam? Tak kan macam nak pinjam yang macam kami swasta ni kot. Kurang kurang mesti 100k kan. Kurang kurang, mesti 150k kan. Saya pernah tengok ada orang tu, penolakan angkasanya sebanyak 5 ribu lebih. Total saya agak dalam 400k tau pinjaman. So jumlah total nak pinjam pun kena ambil kira, sebab tak semua institusi kewangan ni letak jumlah maximum yang sama.

Point ke 3

Kalau tak silap saya, wife ada cakap. Ada bank yang tetapkan berapa berapa lama untuk anda kerja baru boleh buat pinjaman. So mungkin ada yang selepas 3 bulan, atau 6 bulan. Atau pun mesti confirm dahulu ke. Semuanya bergantung kepada bank, jadi anda kena tanya bank sendiri sama ada layak atau tidak. Start dengan rate yang paling rendah ya..

Point ke 4

Jangan buat pinjaman lebih daripada apa yang anda mampu bayar. Bila hidup di Malaysia ni, bukannya nak bayar loan sahaja kan. Nak makan, minyak, rumah semua kena guna duit juga. so berpada padalah berapa pecahan dari gaji untuk anda khas kan untuk bayar loan.

Saya sendiri, tak reti nak bahagikan macam mana, kalau saya cakap pastikan 30% sahaja untuk anda bayar loan mungkin tak sesuai untuk setengah orang. So yang terbaik, mungkin boleh start jumlah yang anda perlu bayar selain daripada loan dahulu, seperti:

  • Nak bagi mak atau family berapa
  • Nak bayar kereta berapa
  • Bagi isteri dan belanja anak berapa
  • Boleh tak, dalam masa yang sama anda simpan sikit untuk belanja sekolah anak masuk U, untuk anda dan isteri sambut raya ke, tak kesah lah, janji mesti ada pecahan untuk menyimpan

Dan selebih nya, jumlah yang tinggal ini lah anda guna untuk buat loan. Saya rasa lah, firasat awal ni. Mungkin anda perlu fikir dan senaraikan lagi.. Yang penting, jangan buat loan yang sia sia. Pastikan anda buat satu investment yang penialaian terpaksa yang terbaik.




Pinjaman Peribadi Kakitangan Kerajaan

Pinjaman Peribadi untuk staff government ni kan, memang lah tersangat untung. Sebab interest rate nya tersangat rendah. Nanti saya bagi tahu, betapa rendah nya interest ratenya dan perbezaan dengan kita yang kerja swasta.

Sebelum tu, saya nak kongsikan sikit tentang family saya yang banyak juga dapat kerajaan.

Mula mula sekali, kakak saya, anak sulung dia ni. Dia kerja dengan Poli mula mula, sekarang under JKR. Tak tau dah dia buat apa sekarang. Lepas tu, abang saya, anak ke3, kerja dengan AADK, sebelum ni JPJ, lepas jadi Pegawai Penjara, sekarang AADK. Dan sekali, adik saya, maintentence di Ipoh, under PKNP.

Ada 6 adik beradik kami semua, 3 kerja dengan Gov, 3 lagi swasta. Untuk sekarang lah…

Berbalik pada pinjaman peribadi tadi, yang paling rendah interest ratenya ialah Pinjaman Peribadi MBSB. Interest ratenya punya lah rendah, Fixed rate of 3.4% – 3.8% per annum sahaja. Saya yang kerja swasta ni pun terasa jeles yang amat sangat. Kalau swasta, nak dapat interest rate macam ni, memang kempunan lah jawab nya. Sepperti contoh RHB, interest ratenya dalam linkungan 8.18% – 14.52% per annum.

Bermaksud, kalau kita ambil purata 11.88%, bulanan untuk 30 000 pinjaman ialah RM 1130. Sedangkan Pinjaman Peribadi MSB, hanya RM 918..

Geram tak geram yang kerja swasta? Haha, sila gigit kuku. Bila saya tengok tengok bank bank di Malaysia atau institusi kewangan di malaysia ni, yang paling rendah ialah pinjaman dari MBSB ni… Ini yang paling rendah, saya ada buatkan satu artikel khas tentang MBSM, harap anda boleh luangkan untuk baca di sana…

Baca Artikel – Pinjaman Peribadi MBSB Khas Untuk Kakitangan Kerajaan ( ada 2 jenis pinjaman )

Baiklah, sebelum kita perlu lebih jauh saya nak kongsikan sedikit tentang Biro Angkasa. Sebab saya ni dulu, mati mati ingatkan Biro Angkasa ni adalah untuk staff gov buat pinjaman. Rupanya, ia bukan bank. Tapi suatu sistem penolakan gaji secara terus dari HR. Wife saya sendiri ada buat pemotongan biro angkasa ni. Kalau tak silap lebih kurang RM 1300 sebulan selama 10 tahun.

Tapi tak mengapalah gaji naik tiap tahun 250. Saya ni, tahun lepas naik RM 82 ringgit je satahun.

Ikut kan cerita isteri saya, dia buat pinjaman daripada Agro Bank. Saya pun tanya lah, kenapa ambil daripada Agro Bank sedangkan masih banyak lagi bank lain yang bagi interest jauh lebih rendah. Contohnya MBSB atas tadi, bukan itu sahaja. Banyak lagi, contoh macam Bank Islam dan juga Bank Rakyat. Nanti saya akan senarai kan di bawah mengikut ranking. Tapi rupa rupanya, wife saya cakap, sebab Agro Bank boleh buat pinjaman lebih daripada 100 000 ringgit. So itu pasal lah.

Memang betul pun, bila saya check check semula, interest rate rendah, tapi tak semua bank buka pinjaman sampai lebih 100K. Contoh macam Aeon, memang interest rate rendah, tapi up to 100k sahaja pinjaman. Begitu juga ada bank bank yang lain, yang ada juga boleh pinjam sampai RM 150k sahaja.

Tak pa tak pa, nanti saya akan kongsikan satu senarai di bawah, anda boleh lihat, siap ada satu institusi kewangan tu, staff gov boleh pinjam sampai 400k selamba. Bulanan? RM 5.5k 😊

Ok, so sekarang, saya nak kongsikan table di bawah dengan anda semua. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang saya kena terangkan dahulu sebab takut takut ada yang salah faham, nanti tak pasal pasal saya kena saman. Table di bawah, di buat untuk mudahkan anda buat penilaian akan kelebihan setiap institusi kewangan untuk fasa awal sahaja. Atau pun ibaratnya first impression sahaja gitu.

Sebab? Sebab saya tak masukkan maklumat detail. Seperti contoh, interest rate yang anda lihat di bawah adalah yang paling minima. Kiranya, saya tak letak paling tinggi lah ni. Kenapa tak letak? sebab saya nak jimat space buat table bawah ni. Nampak huru hara bila tengok…

Serupa juga dengan jumlah ruangan column basic salary, ia mungkin mewakili betul betul basic atau pun gross sahaja. Tapi kebanyakan yang di bawah adalah gross income. Seperti contoh RM 1000 gross income per month. Hah gitu, tapi sebab kan nak jimat space. saya buat ringkas sahaja seperti di bawah..

Pengiraan jumlah Bulanan di bawah, adalah untuk loan sebanyak RM 30 000 dalam masa 2 tahun. Sengaja saya letakkan 30k lah. Supaya lebih senang anda bezakan jumlah bulanan yang anda perlu bayar di bawah…

Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam

So sekarang, apa yang anda perlu buat? saya ada kongsikan di artikel ini, Pinjaman Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan




Pinjaman Peribadi Public Bank untuk Pekerja Swasta (Gov Servant Only)

Saya baru tahu rupanya Public Bank pun ada sediakan satu jenis loan yang mungkin agak senang untuk Pekerja Swasta lepas. Sebab syarat annual incomenya ialah hanya 1000 ringgit sahaja sebulan. Tapi saya tak pasti, sama ada mesti 1000 ringgit sebulan, atau 1500 ringgit sebulan, sebab saya ada dua source yang berikan loan requirement yang berlainan.

Saya cuba check dekat website Public Bank sendiri, macam susah pula nak guna website diorang ni.

Nanti saya confirm semula ya, saya akan buat panggilan tanya sendiri macam mana.

Walaubagaimanapun, nama loan itu ialah Public Bank BAE Personal Financing-i. Untuk basic salary requirement samada mesti at least 1000 ringgit sebulan atau pun 1500 tu saya masih lagi tak pasti. Tapi kalau anda RM 1500 sebulan, boleh la cuba cuba loan ni, sebab tampak macam lagi rendah berbanding dengan Aeon dan juga Easy RHB..

Perbezaan Aeon, Easy RHB dengan Public Bank BAE Personal Financing-i kalau kita pinjam 5k dalam masa 2 tahun.

Aeon dan easy Easy RHB

Public Bank BAE Personal Financing-i

Nampak rendah nya gila gila kan…

Update…

Sorry sorry, patut la interest rate annual nya rendah, rupanya loan ini untuk Staff Government je. Patut lah rendah, erm sorry sorry.

So sebab kan saya dah tersilap tulis, saya cover balik tajuk ni dengan Loan Rate Yang Paling Rendah Untuk Perkerja Swasta..

Ok selepas saya tengok satu satu bank skim di Malaysia ni, yang saya perasan, rate interest rate yang paling rendah adalah City Bank Personal Loan yang hanya 5.88% sahaja p.a. P.A ni maksudnya per annual tau, maksudnya, kalau anda nak tahu berapa bulanan bahagi sahaja 5.88% ni dengan 12 bulan. Tapi, MAAAAKKKK annual income yang mesti kena capai ialah 48 000 ringgit. Kiranya setiap bulan mesti 4 ribu ringgit sebulan.

Boleh 4 ribu? Saya sendiri gaji cecah 4 ribu ni bila OT rajin buat OT sahaja, dah lepas kahwin ni, memang betul nak buat OT. Saya maintan kan gaji saya dalam linkungan 3k sahaja… Tapi itu lah, CitiBank nak atleast 4k sebulan. Ish ish..

Tak pe tak pe, saya cari yang lain…

So saya panjangkan lagi pencarian saya, antara yang rendah juga untuk pekerja swasta ialah Bank Rakyat, itu pun mesti 2 000 ringgit sebulan.. Saya bagi tahu bank dan jenis pinjaman sahaja ya, berapa jumlah interest rate saya tak bagi tahu sebab ia nya tak seragam. Tambah lagi kalau ada bank yang tetap kan interest rate lain mengikut jumlah loan, maksudnya, kalau anda buat loan bawah 10k interest rate nya lain dengan 10k ke atas.. So lagi sekali saya bagi tahu nama bank, dan jenis pinjaman sahaja.

Nanti kalau nak buat permohonan, pergi ke bank yang saya bagi tahu, dan bagi tahu jenis pinjaman yang saya kongsikan dalam artikel ni. Minta confirm semula basic salary dengan Bank Consultant ya, takut ada yang tersalah maklumat.

** Jenis pinjaman yang saya kongsikan di bawah juga adalah lebih rendah interest ratenya berbanding dengan Aeon dan juga Easy RHB

Saya susun ikut turutan yang paling atas adalah yang paling rendah…

Jenis Bank Dan Pinjaman Interest Rates Basic Salary (RM)
Alliance Islamic Bank CashVantage Personal Financing-i 3.99% – 14.78% 3000
Bank Islam Personal Financing-i (Non-Package) 6.00% – 7.00% 3500
Kuwait Finance House Personal Financing-i 6.00% – 6.38% 3000
BSN MyRinggit-i PRIMA Personal Financing 6.50% – 6.50% 3000
Standard Chartered CashOne 6.99% – 13.00% 3000
Maybank Islamic Personal Financing-i 6.50% – 8.00% 3000
BSN MyRinggit-i EKSEKUTIF-1 Personal Financing 6.00% – 8.50% 3000
Maybank Personal Loan 6.50% – 8.00% 2500
Mach I.O.U Personal Loan 7.20% – 10.80% 3000



Pinjaman Peribadi Swasta Gaji Rendah

Bila saya selidik selidk beberapa lama, antara banyak banyak bank di Malaysia ni. Pinjaman Peribadi yang paling rendah basic salary requirement yang anda boleh apply ialah Aeon Icash Personal Financing dan juga CIMB Xpress Cash Financing i.

Agak terkejut juga saya dengan CIMB Xpress Cash ni, minima annual income yang anda hanya perlu ada ialah hanya RM 9600. Bila bahagi 12, anda hanya perlu ada RM 800 sahaja sebulan. Dan rupanya rupanya masa saya mula mula nak kahwin dulu, biasa lah kahwin kan. Nak cukup kan macam mana pun, memang tak cukup. Tambah lagi memang saya time tu memang tak cukup, so memang perlukan sangat la duit duit mengejut ni. Nak dijadikan cerita, rezeki Allah. Tiba tiba CIMB call saya, dia cakap, dia nak bagi saya loan. Saya pun setuju time tu juga, pappp lulus 5 000. Elok je letak telefon, tak sampai 5 minit macam tu. Duit 5k pun dah masuk bila saya check guna CIMBCLICK.

Dan bila saya tengok dengan bahagian Loan di CIMBCLICK, memang ia loan yang sama, iaitu Express Cash. Tapi rate interest bukan 18% macam di ringgitplus gambar atas tu, tapi 24%.

Bulanannya CIMB ni dalam RM 144 sebulan…

Tentang Aeon pula..

Kalau CIMB Xpress Cash, mesti ada 800 ringgit sebulan, dengan Aeon pula, mesti at least 1000 ringgit sebulan. Atau pun 12 000 ringgit annualy. Kalau tak, anda memang tak lepas. Untuk Aeon, saya memang ada buat juga, huhu. Nyesal nyesal, dan bulannya RM 226.

InsyaAllah, saya tengah plan untuk habis kan loan kecik kecik ni lebih dari pada waktu jangkaan tamat bayarnya. Sebab saya nak tinggalkan kereta sahaja. lepas tu, apply loan rumah pula.

InsyaAllah, saya tengah usaha ke arah ini..  Sekarang ni June 2018. Bila habis 2019, harapnya saya dah tak nampak dah loan loan kecik ni. Saya juga ada loan motor, dalam 210, harapannya habis tahun 2019 juga. saya memang nak habiskan 3 loan ni cepat cepat. Yang CIMB Xpress munkin tak nampak sangat, sebab RM 144 sahaja. yang dua loan Aeon ni saya kena habiskan cepat cepat.. Sebab, kadang kadang agak susah juga untuk bayar, sebab bukannya selalu buat OT sangat.

So itu lah dianya, kalau anda bekerja swasta dan sememangnya basic anda sikit. Boleh try dua dua jenis loan ni kalau terpaksa.

Sama ada CIM Xpress Cash atau pun Aeon.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Loan ketiga untuk gaji rendah pun boleh apply ialah Easy RHB

Dengan Easy RHB, annual income yang anda hanya perlu capai ialah sebanyak 18 000 ringgit sahaja, bermaksud lebih kurang RM 1500 sebulan. kalau basic anda RM 1000, tapi gross income dalam 1500 atau 2000 pun boleh try Easy RHB ya. Sebab, tak semua bila mana mana bank bagi tahu, annual income mesti sekian sekian, contoh nya RM 18 0000, jumlah 18 000 ni mesti datang dari basic sahaja. tak termasuk OT. tak semua bank macam ni, ada juga bank macam Easy RHB yang bagi untuk boleh juga termasuk OT. So, lagi sekali, tak semestinya annual income ni mesti dari Basic Salary sahaja. Termasuk OT atau dari total Gross Income pun boleh…




Pinjaman Peribadi Swasta Blacklist

Kalau anda sudah diblacklist oleh Bank Negara, maka terpaksa lah beruasaha ke arah untuk diwhitelistkan semula. Sekarang saya nak cakap pasal CCRIS sebab CTOS saya tiada pengalaman.

Sebelum itu, apakah yang di maksudkan ileh CCRIS dan CTOS

CCRIS

CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kewangan yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Maklumat ini semua dapat setelah dikumpulkan dari bank, insurances dan syarikat pinjaman swasta yang menyediakan servis utility.

**adakah syarikat pinjaman swasta tu adalah pinjaman berlesen? Entah lah. saya pun x tau

Semua data data ini akan dimasukkan di dalam satu sistem, dan institusi kewangan seperti bank ada akses dengan sistem ini untuk check kita ni layak ke tak mohon pinjaman contohnya.

Bila saya cakap layak tu, bukan maksud nya bank akan check mana pinjaman yang tak dibayar atau tertunggak sahaja. dalam laporan kredit ini juga ada bagi tahu, kalau seseorang ini buat loan, cantik ke tak bayarannya. So maklumat seperti ini pun ada untuk mengukuhkan data peribadi seseorang bila nak buat pinjaman bank..

Atau dalam erti kata lain, CCRIS adalah sistem bank yang mengawasi corak pembayaran anda dengan institusi kewangan..

Paper CCRIS tu kan dia lebih kurang macam ni, saya punya ada tapi entah mana perginya..

Tapi ia lebih kurang macam ni,

Pinjaman Aeon 10 000  0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

so apa yang kita boleh faham ialah, pinjaman 10k dibuat di Aeon. Dan 0 0 0 0 tu adalah rekod pembayaran dalam 12 bulan. Bila tulis 0 tu cantik lah, sebab ia bermaksud anda bayar pada jumlah dan masa yang ditentukan. Tapi kalau tiba tiba ada 1 atau macam jumlah PTPTN saya sebelum ni sampai berapa puluh. Ini yang masalah, sebab jumlah ini adalah jumlah berapa bulan kita tertunggak.

CTOS pula?

Boleh tonton video youtube di bawah ini untuk lebih lanjut

berbalik semula pada motif kita yang utama, kalau anda sudah diblacklist, cuba kenal pasti CCRIS atau CTOS. CCRIS boleh check di Bank Negara dan CTOS boleh check di website ini, https://www.ctoscredit.com.my/

ini lagi satu video terbaik untuk anda tonton dan fahamkan




Kalkulator Pinjaman Peribadi

Ok, untuk kalkulator yang anda boleh guna check berapa banyak yang anda perlu bayar sebulan bila buat pinjaman peribadi macam tak berapa nak releven pun ada. Saya pun tadi malu malu tanya Aeon Consultant cara nak kira, tapi tertanya juga dan dia pun jawab, Aeon sudah kira kan..

Kiranya sudah ada jadual pembayaran, so tak perlu kita susah susah nak kita berapa bulanan yang perlu di bayar. Semua sudah ada di dalam jadual seperti di bawah untuk Aeon

Dan di bawah pula untuk RHB

Kedua dua gambar ini saya ambil dari source yang paling latest ya. So kalau anda perasan mungkin lain sikit apa yang anda nampak di internet tu, gambar di atas ini lah yang paling latest dan update..

Atau pun, kalau anda nak sangat check guna calculator, boleh guna function yang ada di imoney ni..

Aeon Loan Calculator

Di bawah ini pula untuk RHB

Tapi ia tak tepat tau. mungkin boleh kata sangat tak tepat sebab ada bacan yang lari sampai seratus ringgit lebih. Atau pun, mungkin sebenarnya tepat cuma, mungkin bank bank ni sudah update rate baru atau pun Interest Rate nya bergantung kepada beberapa faktor yang lain.

Seperti contoh, kalau anda lihat di Easy RHB di atas, Interest rate nya ialah 11.88%

2000 – 15 000 = 14%

16 000 – 50 000 = 12%

51 000 – 99 000 = 10%

100 000 – 150 000 = 8%

Kalau ikutkan pada RHB Consultant yang saya tanya, interest rate mengikut jumlah pinjaman yang berjaya. Dan kalau anda perhatikan di Kalkulator Imoney atas tu, walaupun saya keyin 30 000. Jumlah interest rate masih lagi tidak berubah. Ibarat semua jumlah loan berapa ribu pun, dia hentam rate yang sama juga.

AEON pun serupa macam ini juga. so itu sebab kemungkinan besar jumlah nya dengan actual yang akan dicas oleh bank, TIDAK SAMA.

Walaupun bagaimana pun, sedikit sebanyak benda ni kita boleh la dapat overview dan bagi kita sedikit perbandingan mudah dengan bank bank yang lain.

Akhir sekali, anda tak perlu sibuk sibuk nak kira guna kalkulator atau belajar persamaannya untuk kita, just follow table yang diberikan sahaja.