Syarat Permohonan Kad Kredit Bank Rakyat

Kelebihan Kad Kredit Bank Rakyat

Setiap kad kredit bank rakyat di atas mempunyai syarat syaratnya sendiri. Di bawah merupakan ringkasan sebelum anda boleh terus cuba memohon secara online.

jenis jenis kredit kad bank rakyat

Ringkasan Perbandingan Syarat Permohonan

Annual Fee

Untuk kad kredit yang ada cas annual fee ialah Kad Kredit Muslimah sebanyak RM 159 dan Kad Kredit Platinum Credit Card – I, RM 411.28

Yang lainnya adalah percuma.

Point Rewards – CashBack

Kecuali Kad Muslimah, 4 kad kredit yang lain ada point rewards. Iaitu 1 point untuk setiap transaksi RM 10. Point anda juga boleh ditukarkan menjadi tunai iaitu RM 0.10 untuk setiap 10 points.

Minimum Montly Payment

RM 50 atau pun 5% daripada jumlah outstanding.

Bermaksud, 5% daripada jumlah baki yang masih belum dijelaskan pada tarikh pemprosesan Penyata Bulanan Kad, atau RM50 yang mana lebih tinggi.

Untuk Caj Bayaran Lewat

jumlah bayaran lewat ialah 1% daripada jumlah baik yang masih lagi belum jelas. atau pun minima RM 10 dan paling maksimum ialah RM 100.

Kad Hilang

Untuk kad yang hilang, anda akan diminta untuk bayar RM 50 untuk kembali menggunakannya.

Had Umur

Anda mesti sekurang kurangnya 21 tahun untuk membuat permohonan

Primari card holder – 21 tahun

Secondary card holder  – 18 tahun

Most Best Recommended Credit Card

Untuk warga wanita yang aktif membuat transaksi online, bank rakyat ada menyediakan kad kredit khas iaitu Bank Rakyat Kad Muslimah.

Minimum annual income untuk kad kredit muslimah ini ialah RM 24 000 iaitu RM 2 000 sebulan.

Bagi anda yang aktif buat belian online, layak untuk mendapat discount sehingga 30% daripada harga jualan. (seperti contoh Zalora)

Selain daripada itu, ada juga treatment spa atau pun regular fitness class yang turut memberikan discount sehingga 40% untuk anda cuba.

Kad Kredit Muslimah Bank Rakyat ini juga anda boleh buat balance transfer. Jadi mana mana balance di kredit kad yang lain tu anda boleh masukkan ke dalam kad ini sekali.

+ Free Family Takaful

Ini lagi satu kelebihan mendapatkan kad kredit muslimah. Bukan sahaja anda yang memohon, malah family juga layak. Sila rujuk pegawai yang bertugas untuk maklumat lebih lanjut.

Kredit kad ini hanya boleh dimohon oleh golongan wanita sahaja.

Kad Kredit Kedua Yang Saya Rekomen..

……………. ialah Bank Rakyat Classic Credit Card – i

Kad kredit yang ini adalah antara yang paling rendah interest rate nya.

Juga antara requirement gaji bulanan yang paling rendah, iaitu RM 2000 sahaja. Atau RM 24 000 dalam setahun.

Ada lagi yang dalam spec interest rate rendah juga, iaitu Gold Credit Card – i. Tapi yang Gold Credit Card ini memerlukan income yang RM 36 000 setahun, atau RM 3 000 dalam sebulan.

Kalau anda memang sudah melebihi RM 3 000 sebulan baik apply terus yang Gold, sebab mungkin kredit limit nya lebih tinggi berbanding dengan classic yang hanya RM 3 000 sahaja.




Syarat Mohon Kad Kredit

Permohonan Kad Kredit Anda Ditolak?

Untuk permohonan kad kredit bukan lah sukar mana. Andai kata anda sudah layak dengan syarat syarat gaji minimum. Kebiasaannya permohonan anda akan diluluskan.

Syarat permohonan kad kredit bagi setiap bank pastinya berbeza, terutama dari segi gaji minimum. Tapi kalau masih nak dirungkapkan, secara generalnya syarat syarat permohonan kad kredit adalah seperti berikut:

Monthly Income > RM 2000

Boleh dikatakan setakat ini, kadar pendapatan yang paling minimum untuk permohonan kad kredit ialah RM 2 000.

Pengalaman Bekerja

Untuk anda yang baru sahaja mula bekerja ( fresh graduate ) mungkin ada masalah sedikit untuk pendapatkan perlepasan. Kalau tidak silap saya, sekurang kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja baru anda layak untuk memohon kad kredit. Tambahan lagi kalau pekerja kontrak. Walaubagaimanapun ia masih lagi bergantung kepada bank juga. Tak salah kalau kita cuba apply.

Komitmen Yang Lain adalah PLUS POINT

Macam biasa, bila sudah jadi manusia ni, memang kita akan ada hutang atau bahasa yang lebih manis sikit ialah komitmen di tempat lain nya. Seperti contoh kereta atau motor.

Kalau anda sudah ada hutang hutang ini, bila mohon kad kredit mesti permohonan anda akan lebih mudah. Sebab janji pembayaran anda terbukti. Bank suka ini, menunjukkan komitmen dan tanggungjawab anda tu ada dan terbukti.

Kelebihan Mohon Kad Kredit

Mungkin kelebihan yang paling utama ialah andai kata anda ingin mohon pinjaman peribadi, permohonan anda akan lebih mudah diluluskan.

Sebab, masa mula mula saya cuba apply untuk pinjaman peribadi Hong Leong Bank atau pun CIMB Bank. Kadar jumlah loan saya tu terganggu disebabkan saya tiada apa apa rekod pembayaran bank.

Bank biasalah, dia nak kita ni biasa berhutang, dan boleh bayar dan patuhi jadual pembayaran hutang.

Bermaksud, mana yang masih belum pernah berhutang, jangan yakin sangat dengan permohonan anda akan diluluskan.

Pernah ada pengalaman sorang kawan ni.

Sudah ada 2 kad kredit yang hampir limit, ada juga lagi satu plan pinjaman peribadi kalau tidak silap. Tapi masih lagi boleh lulus pinjaman kereta yang hampir 45 000.

Kenapa macam ni?

Sudah pasti nya, jadual pembayaran hutang hutang nya baik. Kemas, tak ada miss.

Dan kawan yang sama saya ni juga, baru baru ni juga dapat call dari Hong Leong Bank, sebab mereka nak offer kawan saya ni satu plan pinjaman peribadi pula.

Begitu juga dengan apa yang berlaku pada saya pada bulan November 2016.

Dalam masa petang macam tu, tiba tiba ada satu call dari CIMB Bank. Offer saya untuk satu plan pinjaman peribadi disebabkan pembayaran kad kredit CIMB Platinum saya baik setiap bulan.

Walaupun ada yang tertunggak. YANG PENTING, MESTI BAYAR YANG MINIMUM.

Boleh dapatkan Cash Tunai Cepat

Kadang kadang kita mesti terpaksa perlukan duit yang banyak dengan cepat bukan.

Tak ada lah sampai 10 ribu, 20 000. Tapi kadang kadang terpaksa nak juga dalam RM 3000 contohnya.

Untuk buat pinjaman peribadi RM 3000 memang banyak proses nya.

Mungkin perlukan 2 minggu juga untuk proses. Dan kalau anda buat pinjaman RM 3000 sekalipun bukannya dapat jumlah yang sama. Pasti akan tolak insurance semua.

Tapi dengan kad kredit ia lebih mudah anda kata anda memang terdesak.

Sebab kita boleh minta tukarkan hutang kad kredit ini kepada bentuk cash.

Dan bayaran bulanan minimum pun tidak tinggi, seperti contoh kalau anda ada pending dengan kad kredit hanya perlu bayar RM 187 (bergantung kepada jenis kad)  sahaja sebulan.

Kad Kredit Akan Menyusahkan Kita

Memang, kalau kita tidak pandai manage. Kad kredit memang senang senang sahaja akan menambahkan lagi kewangan anda.

Dan itu sebab, amat penting untuk anda betul betul pandai uruskan.

Jangan berbelanja pada benda yang anda tidak mampu bayar.

Dan yang paling penting, jangan tangguh tanguhkan pembayaran bulanan kad kredit anda.

Jangan beli barang yang anda tidak cukup duit untuk bayar balik.