Semakan CCRIS

Salam, untuk menyemak semakan CCRIS ada 3 cara.

  1. Pergi ke bank negera

Bank negara yang saya pergi baru ni di Penang, dekat area Gurney sana nun. Korang tak perlu beratur, masuk sahaja, letak jari, untuk print terus penyata tu.

Orang lain pun macam langsung tak ada. So tak perlu lah kita duk kalut kan..

  1. Pergi AKPK

AKPK yang saya pergi di Ipoh. Kalua tak silap, saya ikut Google Map untuk ke AKPK ni tapi entah ke mana yang dituju nya. So, jangan ikut Google Map. Terus sahaja call AKPK cawangan Ipoh ni, dan tanya kan alamat.

Bila dah masuk, leceh sikit. Sebab nak kena daftar semua. Banding dengan Bank Negara tak perlu pun.

Tapi ada kelebihan nya juga. Penyata CCRIS ni bukan satu benda yang kita biasa tengok. So boleh la tanya kan pegawai tu. Loan atau tunggakan mana yang effect kan anda untuk buat pinjaman lain ke contoh nya..

Contoh macam saya hari tu. Loan dah setel semua. Cuma tinggalkan 1 ringgit berapa lagi entah tak bayar. Lepas tu pula, kena stop account kat bank untuk pinjaman yang saya buat sebelum ni.

Saya ingatkan, bila dah habis bayar. Sudah lah..

So lagi nak kena close akaun…

Saya sarankan korang pergi AKPK..

  1. Cara berbayar..

Kalau tak silap, cas dalam RM 10 untuk satu penyata…

Pergi ke website https://www.mycreditinfo.com.my/

Dan buat permohonan seperti yang website tu nak.

Atau, korang boleh rujuk panduan yang blog maukerja kongsikan.

Penting Tak Nak Semak Status CCRIS Anda?

Aik, mesti lah penting. Tambah lagi hutang yang tiba tiba je ada. Contoh macam saya sebelum ni. Saya ada buat loan dengan Easy RHB. Lebih kurang dalam tahun 2012. So saya bayar lah lebih kurang dalam 3 tahun. Lupa dah bulanan berapa.

Bayar punya bayar sampai lah habis. Saya ingat lepas bayar bulanan tu kira setel lah. Rupanya, bila saya check kat AKPK loan RHB ni masih lagi pending tau. Kiranya nama saya masih lagi tergantung loan atas nama Loan dengan RHB ni. walaupun hanya tinggal beberapa sen sahaja. Sebab check CCRIS ni lah baru saya tahu, kalau tak memang naya kan.

CCRIS juga boleh effect untuk kita apply loan apa apa pun. Contoh macam seakarang ia effect loan untuk saya apply kete dan rumah. So saya tolak lah lebih kurang dalam 9k dari KWSP. Sebab PTPTN 17.5k saya memang langsung tak bayar sejak 2009 graduate.

saya tolak 9k terus dari KWSP. Kalau ikutkan memang lah rugi sebab sepatutnya saya guna KWSP untuk beli rumah kan. Tapi nak buat macam mana. Saya terpaksa juga guna KWSP. Sebab nak cepat lepas kan loan..

Apa apa pun, boleh cuba cek. Jangan guna online, memang ada je option ni. Korang boleh rujuk kat blog maukerja tu. Tapi ia berbayar. Dan lewat nak dapat. Baik korang start motor g ke mana mana cawangan AKPK atau bank negara.

Alrite?