Cara Susun Sijil – Untuk Pergi Interview

Salam semua, untuk hal susunan sijil ni, ia tak ada specific rules pun untuk anda follow. Baik yang kelulusan ijazah sampai ke lepasan STPM/SPM sekali pun. Saya sendiri pun susun sijil ikut dan ja, tapi jangan la yang tak masuk akal. Biar lah nampak ada macam satu jalur cerita daripada page awal ke page yang akhir.

Di bawah ni adalah antara susunan saya dari awal sampai ke akhir.. Anda boleh plan plan sendiri..

Kalau saya suka susunanya lebih kurang macam bawah ni.

Cover Letter dan Resume

Dua benda ni memang saya akan letak paling atas sekali. Saya letak cover letter dulu,lepas tu resume. Sebab ini lebih kepada ringkasan akan siapa kita. So memang saya akan pilih letak atas sekali.

Sijil Pengajian

Seterusnya,kalau ada sijil, diploma atau degree saya akan letak di bawah resume. Kiranya nak bagi tahu, kita ni kelulusan apa. Kalau tak silap saya ada juga sijil yang kita tamat pengajian daripada tempat kita belajar, pun saya akan letak disini.

Pastikan semua sijil ini ORI ya. Andai kata anda buat 4 copy semua sijil2x resume yang nak bawa pergi resume ni, memang boleh satu sahajalah yang ori. Yang lain tu anda buat copy stapler sahaja pun OK.

Kalau macam kita sekolah dulu memang kita aktif bersukan atau beruniform semua kan? Kalau macam saya belajar dulu, ada juga saya aktif main kompang. Semua semua ni, anda hanya pilih yang utama yang berkaitan sangat dengan jawatan yang nak dimohon sahaja.

Jangan segala macam yang macam tak berkaitan pun anda letak sekali.

Nanti lambat pula,nak sampai ke bahagian result CGPA. So pilih, mana yang berkaitan, keutamaan sahaja. Selebih itu, anda letakkan di bahagian paling belakang.

Kalau ada result MUET, boleh letak bahagian ini juga.

IC dan Surat Beranak

Sebenarnya kalau anda nak letak bahagian IC dan Surat Beranak ni di page selepas resume pun boleh. Tiada masalah. Atau letak sebelum anda tunjukkan sijil2x. Atau letak sebaik sahaja selepas resume.

Bahgian ini juga, biasanya saya akan masukkan result dan sijil SPM, surat berhenti sekolah pun penting kena ada.

Result CGPA

Seterusnya, saya akan letak result CGPA. Kalau yang fresh graduate, kan ada macam silibus pengajian kita resultnya. Yang itu pun saya akan letak di bahagian ini juga.

Butiran Pengalaman Kerja Atau Praktikal.

Saya tak pasti kalau ada butiran yang kita ni ada buat tempat praktikal di sekian sekian. Kalau ada, mungkin ada simpan lagi surat yang anda diterima buat praktikal dulu boleh letak disini kalau fresh.

Kalau dah ada pengalaman kerja, boleh letak surat anda diterima kerja dan surat anda confirm dengan gaji sekian2x dalam bahagian ini. Susunlah, mana kerja yang paling latest susun satu satu.

Kalau masa kerja dapat sijil penghargaan kehadiran ke apa, boleh masuk dalam bahagian ini juga. Jangan letak kat belakang sekali, sebab bahagian ini kita nak letakkan perkara yang berkaitan dengan kerja sahaja.

Sijil Korikulum

Betul ke idak saya eje korikulum tu. Yang ini kira bahagian akhirlah ya, kiranya mana yang tak berkaitan, mana yang macam tak tahu mana nak letak, saya akan letak di bahagian paling belakang ni.

Saya ada juga macam payslip saya bekerja dulu yang saya lampirkan sekali dalam sijil sijil untuk bawa pergi temuduga ni.

Biasanya payslip payslip tu saya akan letak dalam bahagian ini, atau pun butiran pengalaman kerja di atas.

Itu sahaja kot.

Macam saya cakap di atas, nak menyusun sijil ni tiada cara khusus, cuma pastikan ia macam berhubung kait antara satu sama lain dan tersusun waktu waktu yang anda hadapi setiap butiran dalam sijil sijil tu.

Kalau tak silap saya juga, untuk interview kerajaan memang ada senarai sijil sijil yang anda perlu bawa, kalau kes macam ni baru anda susun elok elok ikut numbering yang mereka bagi.

Artikel Lain

Antara artikel lain yang saya rasa menarik juga untuk bantu anda dalam penyusunan sijil ni, boleh cuba tengok artikel di kerjakini dengan jobshub.info.

Perkongsian di hellokerja pun macam OK juga.

Selesai ya, sajalah nak tambah. Semasa sesi interview saya selepas 4 5 tahun bekerja kan, so penemuduga tu langsung tak tengok sijil sijil saya. Saya tak pasti kalau dia dah buka ke belum, tapi memang dia terus direct minta saya ceritakan pengalaman kerja saya.




Cara Memohon Kerja Melalui Email ( cara tulis )

Cara cari kerja melalui email ini bukanlah saya tak sokong. Bagus juga kalau kita buat apa sahaja medium yang ada, asalkan dapat kerjakan!

Dan kalau saya dulu, memang saya pun ada mohon kerja melalui email ini. Tambah lagi bila kita guna email ni jimat duit print, haha.

Tapi dengan kondisi covid sekarang, mungkin kalau kita mohon kerja melalui email ini dah macam terpaksa juga.

Staff pun mungkin ada yang bekerja dari rumah.

Tapi, pejabat pos, buka ja kalau anda nak hantar.

Ada Cara Yang Lebih Berkesan?

Sepanjang tahun daripada 2009 sampailah 2016 saya cari kerja dahulu. Cara yang paling mudah dapat kerja ialah dengan anda hantar resume direct ke kilang.

Sekarang saya sudah berhenti kerja dengan company dan bekerja sendiri.

Tapi tiada masalah pun, anda guna sahaja apa cara sekalipun untuk dapatkan kerja. Dan kalau memang company itu terang lagi benderang bagi email untuk kita hantar resume, kenapa kita tak gunakan pula kan.

So dalam kes ini, lebih elok hantar email.

Format Apply Kerja Melalui Email

Sebelum saya nak kongsikan beberapa contoh email yang anda boleh hantar, rasanya elok juga kalau saya terangkan dulu, cara kita nak tulis, atau karang ayat supaya email yang kita hantar berkesan.

Sebab dah pasti manusia lain pun akan menggunakan medium yang sama juga.

Bawah ni, adalah format untuk yang masih lagi baru nak mencari kerja.

Format Email Untuk Yang Fresh Graduate

Dan untuk yang sudah ada pengalaman kerja pula, anda boleh gunakan format yang saya buat dibawah ni. Sama sahaja pointnya, cuma cara kita tulis lain sikit.

Email Untuk Yang Sudah Ada Pengalaman Kerja

Dan sekarang, saya nak terangkanlah apa bendalah yang kita perlu tulis dalam 6 points tu.

Point 1

Ni bahagian tajuk email kita, supaya orang yang baca email kita tu tahulah email yang kita hantar ni untuk apply kerja. Bukan bos dia ke yang hantar. Kadang kadangkan bila kita apply kerja email ni, ada sesetengah HR yang memang bagi tahu awal awal kalau nak tulis tajuk email tu apa.

Supaya mudah depa perasan. So anda kena alert juga dengan tajuk email ni andai kata dah diberitahu untu tulis apa.

Kalau tak diberitahu, tulis sahaja macam yang saya bagi tahu ni.

Contoh

Syed Shaffizan | to apply Process Technician
Syed Shaffizan | Internship for Proces Technician

So saya tambah sikit “to apply” ya. Untuk yang hantar email untuk cari tempat praktical boleh tulis terus internship.

Point 2

Bila kita hantar email, sangat cantik juga untuk kita direct terus kepada orang yang terima email kita. Maksud saya, siapa nama orang yang terima email tu.

Contoh Miss Yoeh ka.

Kiranya, kita tahu nama orang yang nak dihantar tu. Tapi saya fahamkan, biasanya kita tak tahu kan, sebab biasanya emailnya akan macam ni.

humanresources@namecompany.com

So mana pula kita nak tahukan. Tapi boleh juga cuba cuba cari dekat website atau pun dekat facebook. Korek korek sikit kot boleh jumpa. Saya tak nak tunjuk saya carikan, nanti kena serbu pula email kawan tu.

So anda carilah sendiri.

Point 3

Bahagian ini kita guna untuk bagi tahu dua perkara. Bagi tahu apa daripada mana kita dapat job advertisement company depa ni, tujuan kita hantar email sama ada nak apply kerja, atau nak internship atau nak apa, dan terakhir sekali sedikit hal berkenaan dengan kita.

Hal berkenaan dengan kita macam nama, dan kalau kita sudah ada pengalaman kerja elok juga selitkan sikit dalam bahagian ni.

Point 4

Bahagian ini kalau ada pengalaman sedap juga tulis. Leh la serba sedikit pengalaman. Kalau anda tengok gambar yang saya tangkap tu buat macam point by point. Boleh juga.

Supaya senang dia tengok kan.

Tapi jangan semua tulis ya, sikit ja, atau mana yang anda rasa pengalaman yang paling power.

Untuk yang fresh, kalau anda punya pointer memang power, leh la eksyen sikit disini. Tapi jangan guna ayat terlampau angkat bakul pula, rileks sahaja.

Kalau pointer tak comel macam saya, saya mungkin gunakan point kerja yang kita nak apply tu, kena dengan jiwa atau pun kelayakan kita.

Fresh jangan risau risau sangat dengan ayat ayat ni, hangpa tu budak lagi, sangat sangat lah normal.

Point 5

Ni bahagian penutup, penting untuk kita ingatkan pembaca email kita ni baca attachment resume yang kita hantar sekali, kalau dak buat apa kita hantar resume ni kan.

Email yang hantar tu, jangan hantar dalam bentuk words pula, pastikan dah tukar kepada pdf.

Tak tahu nak tukar kepada PDF? sila meninggal

*tambahan, jangan lupa tulis bila kita start boleh kerja juga, tambah lagi kalau anda memang tak ada masalah untuk masuk awal.

Point 6

Sini kita tulislah detail macam mana nak contact kita. Walaupun dalam resume kita dah tulis, sini pun tulis juga.

No telefon jangan lupa.

Questionnaire

Adakah email mohon ni macam cover letter?

Ya, lebih kurang. Dulu saya pernah hantar email kerja ni juga, bila saya hantar, saya hanya copy paste dari cover letter sahaja. Kiranya saya tak attach sekali resume, attach resume sahaja.

Tapi, kalau nak buat lain yang lebih ringkas dari cover letter pun OK juga. Tiada masalah.

Nak attach sekali resume dan cover letter?

Kalau anda nak buat lain, kiranya ayat email guna ayat yang lain daripada cover letter. Kenalah attach sekali cover letter dan resume.

Cuma, bagi saya elok kalau anda rankumkan cover letter dan resume satu pdf.

Jangan buat sampai dua pdf.

Kiranya, dalam resume anda tu, page 1 buat resume, page 2 baru start dengan page pertama resume. Begitu..

Perlu follow up?

perlu, sangat digalakkan, mungkin selepas 1 minggu anda hantar tapi tak ada jawapan juga, boleh follow up juga, sama ada hantar semula email atau direct call.

Kalau saya sebelum ni, email yang saya hantar kat sapa sapa ni, saya memang letak software tau, saya buat, andai kata orang tu buka email kita, saya akan dapat notification kalau dia buat berapa kali.

So saya tahulah email tu ada orang terima kan. Anda boleh juga buat, tapi tak buat pun tak mengapa.

Sekian, itu sahaja.

Ada apa apa nak tanya?




Ciri Ciri Company Yang Terbaik Untuk Anda Apply

Saya ada kongsikan sebelum ni di artikel yang sudah, 3 Level – Cara Nak Pilih Company Untuk Apply Kerja. Tujuan saya kongsikan ciri ciri company yang kita patut tahu bila nak apply kerja ni supaya kita dapat kenal pasti company apa yang sesuai untuk kita hantar resume.

So berikut, ada lagi 8 perkara ciri ciri company yang terbaik.

level company

so level company, saya ada groupkan kepada 3 Level. Anda boleh baca dan fahamkan lebih detail di artikel ini, 3 Level – Cara Nak Pilih Company Untuk Apply Kerja.

Cuma kalau saya boleh ulas sikit, company yang ada diluar sana bukannya semua kaya, bukannya semua untung gila gila. So padanlah kalau bila kita apply kerja nanti tak dapat pada paras yang sepatutnya.

Contoh, masa saya bekerja di salah sebuah company di Selibin, Ipoh, Perak dulu. Supervisor sepatutnya dapat gaji atleast RM 2500 kalau yang berpengalaman. Tapi kalau tak silap, gaji supervisor tu adalah dalam RM 2000 sahaja.

So kenapa tak dapat gaji paras yang betul? Salah satu faktor utama sebab level company ini lah. Level company ni saya sengaja buatkan ada 3. Supervisor tadi dia minta kerja di company jenis Level 1. So itu sebabnya.

Malahan, bukan sebab level company ja, faktor faktor yang saya nak cakap dibawah ni pun berkaitan juga.

Jenis Product

So product company pun sebenarnya mainkan peranan juga. Kita tak boleh tengok sekadar jawatan kosong open sahaja, terus apply. Kalau nak gaji banyaklah, tapi kalau anda masih lagi baru. Fresh Grade, hentam jela semua pun. Asalkan dapat pengalaman dulu.

Ikutkan pengalaman saya, kalau kerja dalam industri perkilangan ni kan. Kalau anda kerja >

kilang besi > gaji tak banyak, saya dah kerja kilang besi 1 tahun lebih

kilang plastik > gaji banyak, kawan saya bgi tahu. Kilang plastik ni boleh jadi yang betul betul buat plastik beg, atau pun kilang yang guna injection moulding.

Untuk kilang besi tadi, kalau ada mesin CNC gaji anda mungkin akan lebih banyak dari orang lain. Sebab kepakaran guna mesin CNC, programing semua buat semua orang boleh buat. Biasanya yang pandai main mesin ni adalah dari kolej kemahiran teknikal. Sebab mereka betul betul hands on kan. Saya ada kawan sorang kerja CNC ni.

kilang buat cement > dekat Ipoh memang banyak kilang ni. Kerja memang payah sikit, masalah habuk. tapi gaji insyaAllah banyak. di Ipoh, rasanya ada 4 kilang simen. Yang paling padu di Kuala Kangsar tu. Lupa dah saya apa namanya. Kilang buat simen ni dulu saya memang dapat panggilan interviewnya, tapi saya tak pergi pun.

Sebab masa tu dah rasa selesa pula kerja di kilang buat microchip

Ada sedikit menyesal, sebab kalau saya memang kerja di kilang buat simen ni, saya mesti dapat kerja di TNB. Sebab kalau anda kerja dengan TNB pengalaman kerja di Kilang Simen ni lebih tally dengan kerja dengan TNB, sebab kerja outdoor kan.

TNB yang saya maksudkan adalah proses pertama di bahagian penghasilan tenaga elektrik. Kiranya yang melibatkan arang batu, dan ada mesin besar bangunan macam bawah ni.

Saya dapat dua interview TNB ni, satu di Lumut, satu lagi di Penang kalau tak silap. bukan under TNB, tapi company tu memang subcon under TNB.

Pengalaman Interview Saya dengan TNB Jana Manjung

kilang buat microchip > ini adalah bidang yang saya buat. Dululah, sekrang saya dah berhenti kerja kilang dan focus perniagaan sendiri. Tapi saya memang ada 7 tahun dalam bidang ni, tukar 3 company. 2 di Ipoh, satu lagi di Kulim Kedah.

Elaun dalam RM 300

Kadang kita gaji 2000, tapi dapat gaji bersih dalam 1800. Sebab apa? sebab ada potongan kwsp. So bila ada elaun bolehlah, topup sikit gaji untuk dapat sama macam basic yang kita ditawarkan company.

Biasanya, company yang ada hati perut, dia akan bagi atleast RM 300. 300 tu termasuklah, makan mungkin 150, transport mungkin 100. Dan bila campur campur akan jadi close to 300 atau kalau dapat lebih lagilah baik.

shift dan shift pattern

Kalau yang diploma, nak cari gaji yang RM 3000 ke atas, walaupun anda masih baru beberapa bulan bekerja kerja shiftlah jawabnya.

Shift ni maksudnya, production output kilang yang bergerak 24jam. So anda perlu bekerja siang dan malam, rotating shift.

Contoh, macam saya sebelum ni 12 jam, dari 7 pagi sampai 7 petang. Cukup 4 hari, anda akan bercuti 2 hari. Sambung belajar kerja 7 petang ke 7 pagi pula.

Ada juga shift yang kerja 8 jam sahaja, so dalam 1 hari ada 3 shift rotate. Kalau dapat macam ni best, tapi biasanya cuti tak banyak.

Yang saya paling suka, macam yang saya kerja di Kulim dulu, 4 hari kerja > 3 hari cuti > 3 hari kerja > 4 hari cuti > lepas tu ulang balik yang 4 hari kerja.

Yang paling seronok bila 4 hari cuti tu. Adoi, memang syahdu, sampai mak saya tanya, kamu ni tak kerja ke. Lama sangat balik kampung. haha. Biasanyakan, kalau kilang tu mampu buat shift 4 3 3 4 ni, memang kilang tu bagus. bagus dari segi gaji dan benefit.

shift elaun

Kalau di point atas tadi, saya ada bagi elaun company yang ada hati perut adalah dalam RM 300. Sebenarnya ada lagi elaun untuk anda yang bekerja shift. Shift elaun ni memang tak semua company ada. Kalau di Ipoh memang haram nak ada.

Tapi pengalaman saya kerja di Kulim, kiranya kawasan company dan kilang yang lebih besar, memang ada buat shift elaun ni.

Untuk rate saya sebelum ni, kalau shift siang saya dapat dalam 3 ringgit sehari, kalau shift waktu malam dapat 5 ringgit untuk satu malam.

ot ada 2.0 dan 3.0

Bila kita dipanggil interview kerja, biasanya interview ni akan ada 2x. Satu dengan bakal bos kita, dan kalau diterima, kita akan dipanggil pula interview lagi sekali dengan human resource pula.

Bila kira interview dengan human resouce ni lah, adalah masa yang paling sesuai untuk kita tanya ot rate macam mana, ada ke tak elaun, elaun shift. dan tanya juga ot rate 2.0 dan rate 3.0 ada tak.

Saya ada kawan, yang jenis dapat RM 700 sehari bekerja sebab OT. Dasat kawan saya ni, india dia. Umur dah dalam dekat 50 tahun kot.

location atau negeri

ni faktor yang paling utama juga. Kalau dulu sya kerja di Ipoh, fresh grade diploma dapat dalam 1500 sahaja. Itu pun kira bertuah sangat dah, standard dapat dalam 1250 sahaja. Tapi kalau di Kulim, atau area Bayan Lepas atau kilang di Batu Maung, boleh dapat dalam 1800 untuk diploma.

Kalau degree, di ipoh, saya rasa dalam 2k sahaja, paling kuat 2500.

kawan saya di kulim dapat 2800. so negeri ni memang ada beza, elok sangatlah kalau anda merantau.

saya pernah juga dapat interview di Rohm Wako Kelantan, dia nak bagi 1200 sahaja kot. Walaupun saya dah ada lama sangat pengalaman.

dimana jawatan kosong ditawarkan

ikutkan pengalaman saya, company kecik, biasa akan guna Mudah.My untuk cari pekerja. Company yang besar sikit, mereka akan lebih prefer jobstreet.

so saya memang banyak focus di Jobstreet sahaja. Kalau monster pun company besar besar juga.

so anda focus Jobstreet dan Monster sahaja. Mudah.my boleh la untuk tengok tengok sambil tu.

Share Holder

sepanjang saya kerja ada 2 company yang ada share holder dengan pekerja. biasanya kita akan dapat duit saham ni setiap 3 bulan. Lebih kurang dalam 800. Boleh lah, banyak juga kan.

Baiklah, itu sahaja yang saya boleh fikirkan. Nanti ada idea saya tambah lagi




Kerja Kilang Simen di Ipoh

Ipoh ni, banyak dengan 2 benda. Satu AEON, dengan Kilang Simen. Kilang Simen sebab memang ipoh ni penuh dengan bukit Batu Kapur.

yang Aeon saya tak faham kenapa banyak, Ipoh pun bukan besar mana pun. Mungkin sebab banyak orang cina kot. Ntah lah.

So kilang simen di ipoh, memang banyak. Ada 4 buah kesemuanya. Dan keempat empat kilang ni memang besar, dan established, rasanya keempat empat kilang ni juga ada dalam bursa malaysia juga.

Kira, memang menepati syarat ciri ciri kilang terbaik yang saya kongsikan sebelum ni.

4 kilang simen itu adalah:

  1. Hume Cement di Gopeng
  2. YTL Cement di Kuala Kangsar rasanya ni
  3. Tasek Cement di Tasek
  4. Lafarge Cement di Chemor

Rasanya kilang yang paling ramai orang kenal adalah Tasek Cement dengan YTL Cement. Sebab dua company ni memang terletak di tepi highway. Jadi memang nampak dengan jelas.

Even masa saya pergi Kelantan, sebab wife saya orang sana. Pun ada brand YTL juga.

Kalau masa saya cari kerja dulu, memang saya ada hantar resume ke Tasek Cement, dan alhamdullillah. saya dapat, tapi saya tak pergi interview sebab saya baru masuk kerja dengan satu lagi company yang lain.

Masa tu lebih kurang dalam tahun 2014.

Dan masa itu juga, kilang simen yang paling besar di Ipoh ialah Lafarge Cement di Kanthan. Tapi dalam tahun 2019 macam tidak lagi, sebab YTL dah beli dan pegang share 51% dalam Lafarge.

Masa saya tengah cari kerja dulu, Lafarge ni saya dengar cerita bagi bonus 6 bulan hujung tahun. Memang dahsyat tu. Kalau kita gaji RM 2k, memang dapat 12k hujung tahun.

nak bayar kete insuren
duit raya
duit untuk anak sekolah
duit kereta
duit rumah

Memang mudah dan mewah, dan masuk OT lagi kan. Shift lagi.

Sekarang ni, lepas 7 tahun. Lafarge ranking no 5 kot dekat Malaysia. YTL no 1, dan Hume Cement no 2, ikutkan ranking daripada digimarketingdeal.

Saya pun tak pasti betul ke tidak kalau Hume Cement no 2. Sebab company ni baru lagi setup, saya ada kawan yang kerja supervisor kat sana. Sebaya dengan saya, dulu kami pergi sekolah naik basikal sama sama pun.

Macam Mana Nak Apply?

Macam saya cakap tadi, saya pernah dapat panggilan interview. Cara saya adalah saya direct terus hantar resume ke GuardHouse. Andai kata dia tak bagi kita masuk, tapi kalau guard bagi kita masuk, dan kita boleh letak dan sampaikan sendiri dekat pejabat Human Resouce. Anda mesti pergi tau, hantar sendiri. Peluang besar ni

Sebab kalau harapkan guard tu yang hantar, entah bila baru dia hantar nanti.

itu satu

  1. contact/call dulu, tanyakan jawatan kosong ade ke tak
  2. hantar direct resume ke kilang
  3. apply kat jobstreet kalau memang ada jawatan kosong open
  4. email dekat human resource juga, anda boleh boleh dapatkan email di website depa
  5. contact dekat facebook page company ni, tanyakan jawatan kosong. kot kotmemang admin HR yang manage fb tu kan.

Itu sahaja. Kalau ada apa, boleh tinggalkan komen dibawah, nanti saya akan reply.

Update

jangan lupa proces flow buat siment, boleh rujuk kat youtube macam video dibawah ni




Kerja dengan Gov Versus Swasta!!

Di bawah ini, email yang saya dapat daripada pembaca SayaShare…

Yang mengatakan, lagi nak kerja dengan kerajaan berbanding dengan kerja swasta.. Ok jum kita kupas topik ni ke peringkat yang sangat detail, supaya semua orang akan lebih jelas.

Adakah Persoalan Azihan Abdullah Betul?

Ya, memang. Boleh kata macam itu lah.. Kerja kerajaan akan jadi jauh lebih baik kalau anda kerja dengan company swasta yang hampeh. Tambah lagi kalau kilang yang industri kecil. Lagi akan terasa sakit nya sebab tak dibela.

Contoh 1 – masa saya buat praktikal kat Jalan Chan Sow Lin, KL. Saya tak cukup duit nak beli safety shoes. Tapi tak ada pun bos nak bekalkan.

Contoh 2 – masa saya kerja di salah satu kilang industri kecil di Silibin, Ipoh. Kelengkapan untuk digunakan siapkan kerja, macam tak ada. Safety teruk gila..lastnya berdarah satu abang india saya buat. Mujur tak kena mata. Sebab safety tak diterapkan..

Contoh 3 – macam contoh dua juga, tapi bezanya tak berdarah lah. Cuma bahaya lah. Kerja pun penat.

SO, KALAU NAK MENYENTUH FASAL KEBAJIKAN, memang industri swasta memang akan fail teruk SEBAB? SEBAB JOIN INDUSTRI KECIL, atau company yang kecil.

Kalau company swasta yang besar, dan establish. Masalah ini tidak akan timbul. Malah anda akan rasa lebih freedom. Walaubagaimanapun, saya tak nak banding banding dengan melebih lebihkan satu dan yang lain. So, pendekatakan perbandingan saya akan lebih kepada PRO dan Contra. Dan kita tengok mana yang anda rasa point yang sesuai itu lah anda kerja. Akhir nanti, saya akan bagi situasi untuk anda pilih kerja dengan gov atau pun swasta..

Point Pertama : Kebajikan Pekerja

Mula mula sekali, kita kena faham. Company Swasta tak berapa nak berikan kebajikan pekerja yang tampah rasmi sebab peruntukan tak ada. Setiap apa yang company swasta buat semuanya adalah hasil daripada keuntungan yang diraih. Berbanding dengan pekerja kerajaan yang mesti akan ada peruntukan yang diorang buat. So memang lah nampak macam ni.

Lagi pula, pekerjaan kerajaan ada CUEPACS, http://cuepacs.blogspot.my/

Siap ada jabatan yang bertanggungjawab membeli pekerjaan kerajaan lagi..

SWASTA ada? Ada juga, tapi namanya bukan Cuepacs, tapi UNION. Union ni bukannya cover semua company swasta di Malaysia. Tapi lebih kepada kilang by kilang atau company by company. Tapi UNION untuk kilang yang saya kerja sekarang memang saya rasa antara yang paling besar lah di Malaysia sebab cover banyak company swasta yang establish lain di wilayah utara.

*diorang suruh saya buat website union dalam 2 bulan lepas. Tapi sampai sekarang senyap je. Huhu

So, kalau swasta, yang Union Union ini lah yang akan bantu. Company kecil memang tak ada, sebab kalau tak silap. Company mesti at least 10 tahun baru ada union kot. Lepas tu berapa jumlah pekerja pun di ambil kira…

Kalau cari kerja, terbaik cari lah yang ada Union, nanti kalau eksiden ke apa, tiba tiba kena buang kerja ke apa. Union akan bantu. Sebab Union akan link dengan peguam. So peguam memang pandai lah nak main dengan undang undang kan…

Point Kedua – Pasal GAJI

Kerja kerajaan, kalau korang level Degree memang sedap. Sebab gaji akan confirm lebih kurang dalam 2 500 ( bergantung kepada code awal kerja ) dan kenaikan tahunan tetap.

Contoh macam wife saya…

Wife saya jabatan audit, code W ( rasanya bahagian kewangan akan code W ), gaji RM 2650 starting sebab dia jurusan Degree in Accounting. Kawan dia, code W juga tapi basic dalam 2250 sebab jurusan degree in finance.

Untuk wife saya, kenaikan tahunan dalam 225 setahun ( untuk degree ni, kalau diploma saya rasa dalam 150 )

Tapi ini untuk 2014. Sekarang kalau saya rujuk balik SPA basic 2650 tu dah jadi 28++.

Untuk korang cek berapa gaji starting jawatan kerajaan, mula mula pergi ke link ini, Deskripsi Tugas

Lepas tu pilih, diploma tau degree dan sebagainya…

Katakan saya pilih Ijazah/Sarjana tu [KLIK yang ‘Seterusnya…’], dan terus pilih JuruAudit Gred W41

Untuk Diploma pula, boleh la rujuk Deskripsi Tugas ini sendiri. Normally, bila saya klik klik tu, kebanyakan gaji asas untuk kelulusan diploma adalah lebih kurang RM 1 500.

So itu untuk gov… swasta pula

Ia tak menentu. Dapat basic sama level dengan kerajaan kalau kerja dengan company yang besar2 sahaja. Contoh, kalau degree di kilang tempat saya kerja dalam RM 2 800. Ini boleh kata paling tinggi lah ni. Kalau tak silap, kilang HP kat KL tu pun RM 2 800 juga untuk starting.

Tapi tak semua company macam tu, ada juga yang hanya tawarkan RM 2 000 sahaja untuk kelulusan degree. Untuk diploma lagi lah tak menentu, saya boleh kata fresh graduate diploma akan dapat lebih kurang dalam RM 1 250 sahaja. Tapi gaji juga masih lagi bergantung kepada industri apa anda bekerja dan scale keuntungan syarikat.

Maksud saya, kalau syarikat yang jenis buat jalan atau terowong mesti lah gaji lebih. Atau pun syarikat oil and gas yang memang tinggi melampau untuk sesetengah tempat…

Point ke-3 – Pasal Masa Waktu Bekerja

Kalau kerja dengan kerajaan sememang nya 5 hari bekerja lah. Saya rasa kebanyakan penjawat awam pun tak mengharapkan OT sangat. Tapi kalau swasta insyaAllah untuk sesetengah company, OT memang berlambak.

Saya sendiri kerja shift, dan shift pattern saya ialah 4 3 3 4. Maksudnya

4 hari bekerja

3 hari cuti

3 hari bekerja

4 hari bercuti..

Lepas tu, selang seli pula

Yang time 4 hari cuti tu memang heaven lah orang kata. Bila dah bekerja shift ni memang hari kerja dalam sebulan tu dah berkurang sikit. Macam saya lebih kurang dalam 15 hari sahaja bekerja sebulan. Tapi masih lagi bergantung kepada company shift pattern. Ada yang 4 2 4 2.

Maksud nya

4 hari bekerja

2 hari cuti

4 hari bekerja

2 hari cuti

Kalau macam ni memang penat sikit. Tiada masa rehat.. so kena pandai pandai pilih company juga. kebanyakan company di Kulim, Penang akan buat shift pattern 4 3 3 4 ni. Atau kawasan industri besar yang lain seperti di Selangor semua..

4 – Fleksibiliti Kerja dan Waktu Rehat

Saya rasa kalau kerja dengan gov mesti rehat mula dengan pukul 1 kan? Tapi swasta saya tak rasa macam tu. Bergantung kepada syarikat. Tak kesah sangat..

Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada bos kan. So waktu rehat bukan satu yang masalah sangat nak pergi. Utuk fleksibiliti waktu bekerja, untuk gov memng boleh tentukan nak masuk dan balik pukul berapa. Macam wife saya sendiri, sebelum ni masuk 7 30 am, balik pukul 4 30 kot. Tapi sekarang masuk 8 am, balik pukul 5 pm.

Untuk sesetengah syarikat swasta juga ada buat benda ni..

5 – Cuti Tahunan

Cuti tahunan untuk kerajaan swasta memang menang teruk lah banding dengan cuti tahunan swasta..

6 – Bonus

Bonus, macam wife saya tahun 2017 lepas rasanya dia dapat dalam RM 500. Saya swasta dapat berapa tahu tak?

Termasuk gaji, total lebih kurang dalam 9500, tolak KWSP dan Tax dekat 1k, so saya dapat dalam RM 8500 lebih kurang.

Kiraannya macam ni..

Bonus 1 bulan gaji setiap tahunan, basic saya dalam 2067 gitu = RM 2 067

Bonus performance by gred. Saya dapat B, so percentage nya 1.5 x basic = RM 3 100

Gaji Plus OT – biasa saya dapat dalam = RM 4000

Total? 4k + 3100 + 2067 = RM 9 167 ( hah lebih kurang lah )

Saya juga ada bonus jenis ketiga iaitu profit sharing bonus. Bonus ni di bayar setiap 3 bulan. Lebih kurang dalam 0.4 gitu. Kiranya 0.4 x basic saya = dalam RM 500 lebih kurang.

7 – Kemudahan Pinjaman Bank

Sememangnya, kerja dengan gov akan dapat loan approval lebih mudah, dan rate bulanan ansuran yang lebih rendah. Walaupun kadang kadang gaji swasta jauh lebih tinggi banding dengan gov.

8 – Racist Gaji

Kalau gov, melayu ke cina ke, india ke. Kita tetap akan dapat rate yang sama. Tapi swasta memang ada racist sikit. Engineer yang saya bekerja sekarang. Orang bawah dia lagi tinggi dari gaji dia sendiri.

Untuk kilang tempat saya kerja, operator yang kelulusan SPM kalau sudah lama lama. Memang jauh akan lebih tinggi banding dengna gaji diploma saya. Padahal dia kerja jalan mesin sahaja. Benda ni normal, sebab syarikat sangat mengutamakan output..

Kesimpulannya..

Kesimpulannya, kerja dengan kerajaan memang menjamin lebih masa depan. Orang kata, boleh kerja sampai mati lah. Untuk badan badan yang beruniform dan yang sama waktu dengan nya, siap ada pencen lagi. Macam wife saya, boleh pilih sama ada nak pencen atau nak KWSP.

Klo nak pencen, boleh keluarkan KWSP. Macam tu la lebih kurang, saya pun tak tanya sangat. Malau juga kadang kadang tanya duit isteri kan. Huhu

So anda tak perlu risau dengan masalah diberhentikan. Masalah bankrap. Dulu masa kat Ipoh, ada satu company yang saya bekerja ni tiba tiba terpaksa shutdown. Semua orang sakit hati gila gedabak nya. Yang kawan saya ada yang dah beli kereta, dah beli rumah. Tapi insyaAllah ada rezeki lain. ramai je kawan saya yang kerja jauh lebih baik dari company yang shutdown tu.

Saya sendiri, masa kerja dengan company tu, gaji dalam 3.5k sebulan. Tapi sini, biasa juga lah merasa 4k sebulan. Kawan saya yang lain, ramai juga dapat pergi ke Jepun, German, UK semua sebab dapat masuk OSRAM. Diorang g training kan?

So, InsyaAllah ada rezeki lain…

So…apa ada apa apa nak tanya tak?

Sebenarnya, bila saya banding bandingkan ni pun belum tentu betul. Sebab setiap department, setiap industri sangat berbeza. Kalau pandai bawa diri, pandai cari kerja. insyaAllah kerja swasta bukannya satu ke-nasib-an ( hah gitu ), tapi adalah satu kelebihan.

Contoh macam saya sendiri. Kalau saya kerja gov sekarang. Memang kempunan lah nak dapat 4k, 5k pun belum tentu kalau diploma ni.

Tengok bawah ni,

Ini adalah gaji untuk Penolong Pengurus Taman/Ladang, Gred 29. Start RM 1 494. Dan gaji maksimum boleh pergi RM 5 674 sahaja

Agak agak bila dapat gaji RM 5 674 tu? Lepas saya kira kira… Lebih kurang 28 tahun baru capai..

Betul tak? Ce kome kira sendiri…

Katakan someone tu umur dah 24 baru masuk kerja gov. 24 + 28 = umur 51 baru merasa gaji 5k kan?

Tapi saya, umur 29 dah rasa 5k. Tapi tak maintain tiap bulan lah. Sebab dia bergantung kepada OT dan public holiday. Basic saya dalam 2 200 something. Lupa dah..

Ikutkan trendnya, kalau saya kerja kilang ni sekarang, lagi 2 tahun saya akan dapat gaji lebih kurang dalam 2 500. InsyaAllah. Dan bila RM 2 500, memang time buat OT sedap lah sikit. Kalau basic 3k lagi cemerlang. Ada kawan kawan saya yang kerja sama bila buat OT public 5 600 sehari sahaja. Tapi semua nampak miskin kan kerja swasta, terutamanya kilang ni..tapi memang miskin pun, duit memang banyak masuk. Tapi banyak juga keluar, sebab rata rata kami ni tak tau uruskan wang. Personal loan kiri kanan. Kredit kad lagi..kah kah…

Oh ya..lagi satu point. Kenaikan gaji..

Kalau gov untuk diploma dalam RM 1 45

Kalau degree, dalam RM 226 something.. benda ni tetap seluruh Malaysia rasanya…Mungkin lebih sikit kalau kerja dekat kawasan pedalaman..

Tapi kalau diploma, kawan saya pernah naik 6 ringgit je. Haha..saya paling teruk naik dalam RM 82.

Normally dalam RM 100 lah senang cerita. Kalau promote level boleh la naik sikit. Dia tak ada code code macam gov tu, j29 ke berapa ke.

Kami swasta terutamanya level level kilang ni, lebih kurang macam

Technician

Junior technician

Senior technician

Engginer

Senior engineer

Bila ada je perkataan senior tu memang lebih semacam lah gaji diorang..

Ok lah tu..saya dah penat tulis artikel ni…




Cara Upgrade Account Jobstreet

Update Terbaru Untuk Jobstreet

OK ceritanya macam ni. Saya pernah tahu akan benda ni dulu. Lama kelamaan, saya juga pernah perasan akan ada sorang blogger lain yang gunakan function ni untuk akaun Jobstreet dia. Lupa dah siapa, cuma ingat blogger tu perempuan je.

Tapi saya masih lagi tak buat setting tu di akaun Jobstreet saya.

Namun, lepas kawan rapat saya sendiri yang buat, saya pun terfikir. Yang elok juga kalau korang try function yang ada di Jobstreet ni.

Saya tak buat lagi untuk masa ni, sebab saya macam decide untuk terus bekerja di company yang sekarang untuk 1 atau 2 tahun lagi.

So apa dia?

So di jobstreet ada satu function namanya ‘Priority Application’.

Masuk akaun dashboard jobstreet > pilih MyJobStreet > Priority Application

Apa itu Priority Application?

Sebenarnya ini adalah aplikasi berbayar, kiranya kita bayar Jobstreet dalam puluh puluh ringgit supaya application yang kita apply untuk mana mana kilang tu nampak lebih jelas untuk company company perasan.

Kiranya company kemungkinan besar akan tak perasan sebab terlampau banyak application. Contoh macam saya screenshot di bawah ni, lebih 400 application untuk satu jawatan..

So, ideanya, bila kita bayar sikit kat Jobstreet, dengan harapan Company lebih mudah untuk nampak kita punya application. Sebab kawan saya ni, dia cakap, memang senang nak dipanggil temuduga. Even, dia dapat tempat kilang yang kami kerja sama sama ni pun hasil daripada bantuan priority application ni juga.

Harganya, tak mahal kot. Boleh tahan lagi.

Untuk fresh graduate dalam RM 45

Kalau saya, junior executive dalam RM 70

Langganan dalam setahun kalau tak silap saya…

Alright?

So cara nya korang pergi ke dashboard jobstreet korang sendiri, dan pilih “priority application” macam yang saya tunjuk kat atas tu…

Sebaik sahaja saya pergi ke page priority application macam di atas, page seperti di bawah akan terpapar. Dan saya klik subscribe now.

Untuk link learn more tu, boleh la kalau korang nak klik, ia lebih kepada maklumat lebih detail kelebihan kalau subscribe system priority application ni. Ini dia link nya https://www.jobstreet.com.my/en/user/priority-application/

Lepas saya klik button ‘subscribe now’ di atas, skrin seperti di bawah akan terpapar pula

Kalau saya, saya akan pilih Junior Executive dalam RM 70 setiap 6 bulan.

Kalau tak pasti korang level mana, boleh klik ‘here’s why’ link atas tu, atau screenshot bawah ni lah senang

So untuk anda yang freshy, boleh cuba yang RM 45 itu sahaja…

Untuk pembayaran boleh guna credit card, atau korang boleh juga guna debit card, dan juga cara manual macam cash deposit tu.

Lepas tu? Pandai pandai lah ya..

Ikut kan pada kawan rapat saya ni cakap, tiada masalah pun kalau dah buat application mohon kerja di jobstreet. Sebab sistem ni akan overide kan juga untuk permohonan yang sebelum nya. Saya tak pasti lagi yang ni, tapi tak apa. Siapa yang nak buat, boleh tinggalkan komen. Nanti saya akan confirmkan dengan menghubungi Jobstreet.

Lagi sekali saya tekan kan..kenapa perlu dapatkan priority application ni?

Jawapannya macam saya cakap kat atas tadi. Walaupun jobstreet ni banyak kerja kosong, tapi permohonan dah macam tepu tau. Kalau resume tak betul betul stand out. Dan anda apply pun macam dah terlambat. Saya percaya memang slow sangat lah nak dipanggil.

Even saya sendiri, 7 tahun guna jobstreet pun rasanya macam tak pernah dipanggil secara personal. Kalau ada pun, mungkin sekali sahaja. Itu pun 2015 kalau tak silap.

Kalau tak silap lah, sebab saya tak pasti macam mana company tu boleh call. Mungkin dari jobstreet.

Selebihnya saya lebih banyak dapat panggilan temuduga daripada direct resume yang saya bagi, dan juga open interview yang saya datang..

Boleh rujuk 10 cara cari kerja ni semula, http://www.saya-share.com/tips-cari-kerja-kosong/

Siapa yang dah try system ni, minta kongsikan pada saya ya. Saya pun nak tahu perkembangan anda.




Kerja Kosong Kilang Penang

Penang memang antara wilayah yang paling popular untuk orang cari kerja kilang yang bagus bagus ya. Antara daerah atau pun area utama kawasan industri yang besar besar adalah di Bayang Lepas dan Batu Kawan. Mungkin ada lagi kawasan industri besar yang lain.

Untuk orang penang sendiri, memang ia nya kelebihan untuk korang semua lah. Tapi dari kami yang Ipoh, Kelantan, Perlis semua ni terpaksa lah berpindah untuk cari rezeki ye. Jangan halal pulak wei, kami bukan Zionis. So kami bukan terrorist ya…

Antara daerah lain yang utama di bahagian utara ialah Kulim Hi Tech. ok? Hah dah melalut dah, saya nak cerita pasal kilang di penang sebenarnya ni..

Ok kita back to main point ya..

So di penang, directly, antara kilang kilang yang power, yang establish, yang dikatakan best ler..orang lama kata, boleh kerja sampai mati lah. ( nak menunjukkan kilang tu bagus )

Ialah:

  1. Osram
  2. Infenion

Eh korang dah baca jenis jenis produk kilang? Saya ada kongsikan artikel nya di sini, Tips cari kerja kosong kilang. So apa yang saya tulis kat situ ialah, jenis jenis produk kilang yang biasa korang akan jumpa. Contoh macam industri plastik, semicon, power plant, produk yang berasaskan besi dan macam macam lagi lah. Semuanya ini akan mempengaruhi sedikit sebanyak gaji yang korang akan dapat.

So kalau tak baca boleh baca dulu..

Apa yang saya nak bagi tahu, kalau di Ipoh, tempat kelahiran saya. Kawasan industri untuk setiap kategori yang saya kongsikan dalam artikel Tips cari kerja kosong kilang, mungkin nampak macam berselerak senatero Ipoh.hah gitu

Tapi kalau di area Penang ni. Korang akan nampak ia tertumpu satu itu je. Kalau di Ipoh. Memang nampak bangunan gah macam Carsem lah kilang paling besar. Tapi saiz macam Carsem tu di Penang, itu lah antara yang paling kecil…

Ok gitu introduction nya.

Sekarang, saya nak kongsikan cara utama yang korang boleh cuba untuk apply kerja kilang di Penang ni.

  1. Mintak tolong kawan

Korang tahu, setiap kali korang minta tolong kawan rekemen. Kalau otak dia tak betul, mesti diorang malas nak tolong. Tapi kalau otak dia betul, insyaAllah dia betul. Sebab apa tau, contoh macam kilang saya sendiri, kilang akan bagi komisyen tau kalau saya rekomen orang yang dapat confirm.

Kalau tak silap

Operator – RM 300 saya dapat bila dia confirm

Diploma – RM 750 saya dapat bila dia confirm

Degree – RM 1 500 saya dapat bila dia confirm

Dan setakat ni, saya dah rekomen 10 orang. Kah kah..

Hah tipu je. Saya tengah usaha kan. Sebab setakat ni, tak tau nak link dengan HR macam mana. Tapi yang pasti, cuba cari member yang rapat. Kenai untuk rekemen kan untuk korang. Ini 1..

  1. Hantar terus resume ke kilang..

Dengan selamba bomba. Lepas korang siapkan resume, hantar terus ke kilang. Kalau boleh, jangan bagi pak guard, takut pak guard buat jadi penuhkan tong sampah..so minta kebenaran untuk masuk ke dalam dan bagi Resume.

  1. Call dulu pun boleh..jimat nak print semua kan..

Actually melly, semua teknik ni saya ada kongsikan di 10 cara cari kerja kosong, atau pun boleh juga rujuk di CheckList Cari Kerja ni. Checklist tu pun rangkuman daripada 10 cara cari kerja tu juga. Tapi korang baca je dua dua sebab saya takut ada point yang saya tak sembangkan dekat checklist..

Idea yang saya kongsikan kat dalam artikel ni pun semuanya ada dalam checklist tu. Cuma saya lebih specifikkan pada yang nak cari kerja kilang je. Seperti contoh, dalam checklist tu ada nak apply SPA. So kerja kilang ni, celah mana yang nak cari kalau dari SPA kan.

Sebab SPA lebih focus pada kerja kosong yang ditawarkan oleh kerajaan..

So no 3 ialah, korang terus sahaja Call mana mana kilang yang korang nak. Dan cara sembang nye macam ni..

Anda : hello, boleh saya bercakap dengan bahagian HR

HR : Yes, Im speaking

*kalau dia melayu, ucap la salam elok elok. Kalau korang boleh reply dan cakap dalam bahasa inggeris lagi baik…

Anda : ya, saya nak tanya kalau ada jawatan kosong untuk company XX

**nanti lepas tu, mesti dia akan tanya kos apa, diploma ke degree semua tu lah. Korang pandai pandai lah reply…saya cuma nak sentuh point yang paling penting iaitu, cara nak close cakap ni. Kiranya nak tanya terus, awak nak apply macam mana. Ayat nya..

Anda : so, macam mana saya nak apply ya. Kalau saya terus hantar awak resume boleh tak? Atau pun saya boleh by post…

***kalau dia cakap buat dari jobstreet terus. Korang kena juga cuba untuk minta by email supaya kalau korang apply dari Jobstreet, maksudnya layanan ketidak keberjayaan dengan orang lain tu sama lah. Nak convert kat Jobstreet supaya di panggil Interview bukan senang tau. So bila korang call sedikit sebanyak ia memudahkan anda untuk terus bercakap dengan orang dalam…

Jelas?

Ada apa apa nak tanya?




Tips Cari Kerja Kosong Kilang

Salam, sekarang saya nak kongsikan tips yang korang boleh jelas kalau nak cari kerja kosong kilang di Malaysia ni. Saya percaya, maklumat ni jarang sangat korang jumpa sapa sapa yang terangkan. Tapi, dengan saya share, insyaAllah saya akan berkongsi apa yang saya tahu…

OK, selepas bertahun, mungkin lebih 7 tahun saya kerja kilang. Hasil daripada apa yang saya nampak, dan perkongsian kawan kawan. Kalau korang nak kerja kilang, mesti tahu jenis perniagaan apa produk kilang itu hasilkan.

Sebab ia akan sedikit sebanyak memberi pengaruh dengan gaji yang korang dapat.

Ini bukan final dan semestinya ya, ini hanyalah pendapat kecil saya sahaja. So, antara produk kilang yang saya perasan ialah:

  1. Produk yang berasaskan besi

Setiap jenis produk atau pun kilang kategori ni saya hanya beri focus pada kilang yang bersaiz sederhana dan besar besar sahaja. Yang Kilang industri kecil memang tak sempat lah kalau saya nak listkan semua. So untuk kilang yang berasaskan produk besi, hasil dari pengalaman kerja saya juga yang hampir 1 tahun. Gajinya tak berapa banyak.

Tapi proses kerja, sangat simple. Bayangkan ya, masa saya kerja dulu, saya kena buat bolt dan nut. Proses untuk buat bolt dan nut ni, tak sampai 10 process sudah siap packing. Banding dengan industri semicon yang saya kerja sekarang. Kalau kira sampai 100 pun belum tentu boleh habis sampai packing. So kerja dengan kilang besi, proses mudah. Anda akan senang faham. Tapi mungkin kerja lebih tenaga sikit.

Kalau kerja kilang yang sederhana kecil lagi naya macam saya dulu, semua benda nak kena buat. Antaranya:

  • Sapu sampah
  • Welding
  • Jalan machine memang confirm
  • Nak cek quality produk lagi setiap 30 minit
  • Nak load material dalam machine lagi
  • Repair machine
  • Nak bawa forklift turun barang dari lorry lagi
  • Naikkan barang ke lori lagi

Memang macam macam kena buat. Sebab ia kilang industri kecil. Sangat normal. Banding dengan kilang yang product dan cara proses productnya lebih banyak proses, atau lebih advance. Memang tak lah nak buat semua benda tu. Semua nya ada orang yang khas..

Tadi saya cakap gaji kecil kan? Actually ia masih lagi bergantung kepada produk besi apa yang dihasilkan juga. Contoh ada satu kilang di Ipoh. Namanya saya lupa sangat, saya ada tengok tengok kat Google Map, tapi macam sudah lain pula, tapi yang pasti kilang ni dekat area Meru, Ipoh, Perak.

Produk nya buat lilitan besi coil untuk apa entah. Hah kalau macam ni, mungkin gaji besar sikit…

Saya boleh panjangkan lagi details akan kilang yang berasaskan besi, tapi nanti lah biar dulu. Saya takut artikel ni jadi panjang sangat..kita pergi yang kedua…antara industri yang pernah saya minat dulu..

  1. Produk yang berasaskan plastik

Kalau di ipoh, antara kedudukan kilang yang berasaskan plastik ni ada di meru. Kiranya belakang kilang besi yang saya tak tahu kat atas tadi. Memang betul betul belakang kilang tu, beratur produk kiang yang berasaskan plastik.

Kawan saya cakap, produk yang seperti ini gaji nya banyak. Sebab ia sentiasa terhasil. Seperti contoh plastik beg yang korang duk guna kat Tesco semua tu kan. Antara kilang yang buat adalah di Kuala Kangsar, besar besar juga kilang nya. Atau saya boleh kata semi scale kilang. Jumlah pekerja untuk kilang yang saiz macam ni, tak lebih dalam 200 kebawah kalau tak silap. Sebab ia memang tak perlu ramai. Begitu juga produk yang berasaskan besi atas tadi..

Antara produk yang berasaskan plastik yang popular yang lain adalah cover handphone yang kita duk pakai tu. Dibuat menggunakan injection moulding. Saya ada belajar dulu machine ni. Ada juga la nak apply kilang yang berasaskan benda ni. Tapi saya tak dapat…

Selain tu, company macam MAPA Glove memang popular juga di Ipoh. Rasanya kat negeri lain pun ada cawangan dia. Untuk gaji saya rasa ia akan lebih kurang macam gaji pekerja semicon kot. Sebab dia ada production line yang nak kena jaga.

  1. Industri SEMICON, atau penghasilan microchip. ( atau alat elektronik macam hardisk )

Kilang yang seperti ni memang berlambak lah di Malaysia. Ini juga lah antara jenis kilang yang paling menguntungkan kalau korang kerja. Ini lah juga industri yang saya ceburi sekarang. Kalau bertuah, operator sahaja boleh dapat sampai 3k gaji kalau OT. Technician macam saya, dekat 5k OT. Saya ada kawan, senior technian, bila dia OT sampai dekat 7k.

Gaji engineer dan manager atas atas pun dalam 10k sebulan juga. So kilang yang berasaskan benda ni memang banyak.

Kalau di Ipoh, antara yang popular, Carsem ( ada lebih 6000 pekerja, 2 plant ), Unisem ( 2500 kot pekerja ), Finisar, Sun Edison ( dulu saya kerja sini, sudah tutup ). Mungkin kurang dari 10 lah untuk industri macam ni. Kilang yang saya kerja sekarang pun lebih dari 10k pekerja, untuk 2 plant.

Antara kilang kilang yang popular ialah Osram ( ni tengah popular sekarang, ramai orang nak join ), Infenion, Sun Edison, Sandisk, Western Digital. Banyaklah kalau saya nak list kan, kebanyakan kilang yang besar besar macam ni ada di Kulim Hitech, Selangor, dan Penang lah. Di Kelantan, area Pengkalan Chepa pun ada juga, Rohm Wako. Hari saya pergi open interview dia, masyaAllah, ramai nye. Panjang nye. Lastnya cancel saya pergi makan Seoul Garden..huhu

Best juga Seoul Garden KB Mall tu..

  1. Produk kesihatan

Untuk kilang yang berasaskan produk kesihatan atau lebih tepat lagi buat alat alat pembedahan ni ada di Penang Namanya B Brown. Memang popular juga di Malaysia. Siapa yang kerja kilang mesti tahu. Jujurnya, saya pun tak pasti cara kerja dan proses di sana. Tapi dengar dengar cerita, gaji kilang seperti ini OK. Saya ada sorang kawan, manager kerja di sana ( cewwah manager ye ). Dah lost contact dah..

  1. Seterusnya, kilang buat simen

Kat Ipoh sahaja ada 4 biji. Tasek Cement di Ipoh. Gopeng ada satu baru bukak tahun 2012 kot. YTL tepi highway tu dan yang paling popular dan ramai orang nak ada di Kuala Kangsar, Lafarge. Tepi jalan tu..

Saya percaya kilang yang macam ni akan bagi gaji yang besar juga. Kawan saya ada kerja di yang area Gopeng tu. Kilang under Hong Leong ni, begitu juga dengan Tasek Cement kalau tak silap. Kebiasaannya, kilang macam ni mesti akan jalan keretapi untuk transport nya. Dengar cerita dulu, Lafarge tu bagi bonus tahunan darab enam kali gaji tau. Tak tau la betul ke tak. Kalao betul, memang dahsyat lah.

Dulu saya pernah di panggil interview untuk Tasek Cement, tapi saya tak pergi sebab saya dah pandai buat machine dekat company semicon. So saya malas nak belajar balik, agak menyesal juga. Rugi.. sebab tak lama lepas tu, saya dapat interview dengan TNB. Kalau lah saya betul betul join taset cement, mesti saya dapat mudah dengan TNB tu. TNB Janamanjung, maksud saya..

Gaji kilang macam ni, boleh tahan juga. Untuk detail, saya tak tahu. insyaAllah nanti kalau jumpa kawan lama yang kerja dengan company kat Gopeng tu saya tanya dia…




Berapa Ribu Gaji Nak Cari Sebulan?

Kalau saya cakap gaji RM 2000 sebulan cukup tak?

Jangan sembang pasal gaji minima yang kerajaan plan RM 1000 tu. Confirm tak cukup. Tapi kalau RM 2000 cukup tak?

Untuk saya, lepas daripada 2009 saya graduate. Sampai ke sekarang ni dah tahun 2021. Saya rasa, gaji minima yang anda patut cari ialah RM 2000.

RM 2000 ni mesti dapatkan sebelum umur 30 tahun. Dan bila dah kerja, mesti usaha pula untuk dapatkan RM 3000 untuk total income keluar.

Contoh, kalau si suami dah dapat RM 2000 sebulan, so isteri hanya perlu lagi RM 1000 sahaja untuk survive.

RM 2000 pun cukup, tapi tak boleh la nak bermewah mewah. so RM 3000 setiap bulan bila dah married adalah reasonable.

Balik kepada gaji RM 2000 tadi, kenapa saya pilih RM 2000 adalah gaji yang anda patut cepat cepat dapatkan sebelum umur 30 tahun.

ada dua kelompok

So, nanti bila anda dah bekerja akan ada situasi. Sama ada duduk dengan family atau tidak. Dan juga, dah beli kereta atau tidak.

Kita ambil contoh yang duduk dengan family dahulu.

Saya bagi table terus. Yang bujang tapi ada motor, dan bujang ada kereta. Untuk yang table ada kereta, tapi tak ada senarai motor memang saja saya tak masukkan, sebab loan motor kalau buat pun tak lama. Dalam beberapa tahun sahaja dah boleh setel.

Cuma kereta sahaja yang masalah, sebab loan boleh jadi sampai 8 atau pun 9 tahun.

Saya juga ada highlightkan kos kereta dan makan warna kuning. Saja nak bagi tahu, ini adalah kos yang anda boleh kawal dan kontrol. Kalau rasa x mampu dan cukup 300 sahaja sebulan. Boleh kurangkan.

Atau kalau kereta tu rasa macam cukup dengan sekadar proton saga baru yang dalam RM 350 sahaja. Lagi bagus.

Kalau nak plan dan estimate berapa monthly kereta, boleh guna website macam mudah.my atau pun yang saya biasa duk guna iaitu CarList

Kalau anda try MyVi, dalam 600 lebih juga. Boleh la amik, tapi nnti akan kacau dekat kos lain pula. Pandangan saya, jangan lah lebih lebih.

Nanti nak kumpul duit untuk kahwin masalah pula.

Saya beli almera, sedan, monthly RM 826 pun rasa nyesal beli. Haha, ni dah kawen, dah ada dua kereta pula. So, kalau anda yang da tahu nak kawen dengan siapa, dan dia pula dah ada kereta. Lagi bagus, tak yang beli dah. Jimat untuk duit dapor family nanti.

Dan table atas ni pula untuk yang menyewa sendiri. Saya tahu sewa rumah memang akan jadi dalam RM 500. So itu sebab saya cadangkan, awal awal ni. Cuba sewa bilik sahaja dulu.

Ajak kawan dalam 3 orang sewa satu rumah. Kalau ada 4 bilik lagi bagus. So satu orang satu bilik. Jangan ramai ramai, nanti mesti berkira siapa yang nak cuci jamban, siapa yang na kemas dapor punya. haha

Sepanjang hidup saya, lepas habis study, sebelum duduk sama dengan wife, dah 4 biji rumah atau bilik dah saya sewa dengan kawan kawan.

So memang akan jumpa macam macam perangai.

So itu dia.. Summarynya

950 sebulan – kos untuk bujang ada motor dan duk dengan family

1300 sebulan – bujang, ada kereta, stay dengan family

1550 sebulan – bujang, ada kereta dan sewa bilik/rumah

Sebelum saya terlupa untuk sewa rumah atau bilik, mungkin boleh extrakan RM 50 sebulan lagi sebagai kos tambahan untuk bayar bil api dan air. Saya dulu sewa, jarang bayar air. sebab kos bawah RM 20 sebulan kira percuma kan kalau di Perak. Negeri lain tak pasti.

Berkeluarga Pula

Bila dah bekeluarga, kos tambahan akan jadi dekat makan dan rumah.

Estimate sahaja ya yang atas ni. Actualy, saya pun tak pernah kira. Walaupun dah kawen 4 tahun dah ni. Haha

Sebab saya dengan wife baru sahaj duk sekali. Alhamdullillah, lepas berapa tahun juga jauh saya ulang alik Kedah Kelantan.

OK?

Itu la lebih kurang kos yang kita semua perlu tangguh. Yang cukup cukup, yang tak cukup, pandai pandai la buat jadi cukup.. InsyaAllah rezeki akan ada. Mungkin tak berupa duit, tapi yang berbentuk lain…

Motif Perkongsian Saya Ialah…

Nak tak nak, anda mesti dapatkan bulanan RM 2000 sebulan kalau nak dapat belanja dengan baik dan tak terlampau sengket sangat.

Nak buat OT lebih ke, kerja sampai 2x di dua tempat ke. Itu awak punya pasal. Yang penting, lepas graduate. Mesti cepat cepat dapatkan bulanan RM 2000 supaya perbelanjaan anda setiap bulan tak short sana sini…

Saya sendiri, masa mula mula fresh kerja..

Gaji saya 1000..

Lepas 5 bulan, saya kene buang, lama lama lepas tu, saya kerja promoter. Gaji RM 200 lebih kurang dalam sebulan. Memang sebulan sahaja pun saya kerja kat company tu.

Lepas sebulan saya berhenti, saya kerja sebagai operator pula. Gaji lebih kurang dalam 700 sebulan. Saya kerja lebih kurang dalam 4 bulan kalau tak silap. Lepas tu bos tahu saya ada Diploma. Terus dia rekomen untuk masukkan saya kat kilang dia yang lagi satu, sebagai technician.

Masa tu gaji saya RM 1 200.

Dari mula saya kerja sampai sekarang yang dah gaji RM 1 200, duit poket saya masih lagi belum stabil tau.

Lama lama kerja sebagai technician yang gaji RM 1 200.

Akhirnya saya masuk ke kilang yang lebih besar sikit.

Dengan basic RM 1 500, dan bila saya OT saya boleh dapat sampai RM 2 500.

Time ni lah, baru saya boleh simpan RM 1 000 sebulan. Pernah juga saya simpan sampai RM 1 500.

Boleh simpan, tapi saya boros juga…tapi tak pe lah, ini cerita lain..

Apa yang saya nak bagi tahu, sejak dari 2009 graduate, masa tu umur saya 21.

Ngangur punya ngangur..

Keje pun main sapu sahaja apa yang ada..

Umur 24 baru la saya dapat rasa selesa sikit…kiranya, umur 24 lah yang baru saya dapat kerja basi RM 1 500 dan bila OT dah boleh capai sampai RM 2 500 tu…

Time ni lah baru selesa sikit…

Sampai sekarang, time saya tulis artikel ni. Umur saya dah 29…

Basic saya dalam RM 2 142, dan bila OT saya boleh pergi dalam RM 4 000.

Kalau nak dapat RM 3 500 ni normal..

Salu juga saya dapat sampai close to RM 5 000.

Alhamdullillah..ini semua nikmat Allah pinjam kan.

OK..itu lah lebih kurang, kos yang korang budak budak kecik yang tengah belajar ni akan harungi nya nanti. Dan sedikit perkongsian bagaimana saya deal dengan masalah perbelanjaan yang tak cukup tu..

Kalau korang perasan, saya hanya dapat duit bulanan melebihi RM 2 000 bila umur 24 kan. Lepas 3 tahun graduate…

TAK OK ni…yang terbaik adalah sebaik sahaja graduate terus saya dapat basic RM 2 000.

Dan sekarang, saya nak kongsikan cara yang adik adik boleh apply dan guna supaya dapat earning dengan cepat kepada RM 2 000 sebulan sebaik sahaja, masuk ke alam pekerjaan ni..

ALARM..

Saya dah buang artikel ni ke artikel tajuk baru, sebab panjang sangat. Korang boleh beralih ke artikel yang bertajuk, cara nak dapatkan gaji sekurang kurang nya RM 2 000 secepat mungkin..




Cara Nak Dapatkan Gaji RM 2 000 secepat mungkin….

 

Saya tulis artikel ni 2017, 2021 saya tambah baik semula. Rasa macam ada yang tak kena pula.

Saya ada 5 idea untuk adik adik dapatkan gaji RM 2 000 secepat mungkin…

Ok, nak dijadikan cerita. Sebelum ni saya ada buat satu artikel tajuk nya, bila da kerja, berapa ribu gaji yang korang patut cari.

Dan selepas saya list kan juga macam macam keperluan, contoh macam rumah, kereta, harga motor bulanan. Bil untuk beli makanan dan belanja semua. Total nya macam lebih kurang perlukan RM 2 000 sebulan..

Korang boleh tengok artikel tu sendiri di sini, berapa ribu gaji nak cari sebulan

Dan sekarang, saya nak kongsikan 5 idea yang korang, adik adik boleh buat supaya boleh tackle masalah ni..

Saya ambil masa 3 tahun baru berjaya tau. Sebab diploma… Harap adek adek semua dapat gaji atleast RM 2000 sebelum umur 30.

Idea Pertama – Belajar At Least Ijazah Sarjana Muda

Ya..ini dia, ini idea yang paling terbaik dan bagus korang buat..belajar sampai degree atau sekurang kurangnya ijazah sarjana muda..

Sebab, bila kerja nanti. Gaji starting untuk degree dalam RM 2800, diploma pula RM 1800.

Tapi tak semua tempat, dan tak semua negeri ya. Ada kriteria kriterianya. Anda kena pandai pilih company apa nak kerja. Semua tu saya ada kongsikan di artikel sini, cara nak pilih company untuk apply kerja dan tiga peringkat gaji bekerja di Malaysia

Buat OT Macam Saya

Yang kedua, adalah dengan buat OT. Biasanya kalau kerja degree dan kerja level engineer jarang ada company yang boleh buat OT. Kalau anda buat OT pun tak banyak dapat semacam yang technician buat.

Masa interview, anda boleh confirmkan dengan company tu sama ada company yang anda nak apply kerja itu ada banyak OT atau tidak.

Ataupun masa nak baca job description di Jobstreet pun ada tulis.

Kerja shift 12 jam

Kalau anda diploma, dan nak merasa gaji RM 3000 ke atas. Memang terpaksa kerja shift. Semacam saya juga dulu. Walaupun basic baru RM 2000 tapi memang boleh sampai RM 5000 sebulan. ( contoh payslip saya )

Idea 4 – Berniaga

Ini best. Saya sendiri ada buat. Walaupun nak belajar perlukan agak banyak juga modal. Tapi tak apa, saya kuatkan pendirian juga untuk keluarkan duit dan belajar.

Sebab saya memang tak rasa akan OT gila gila lagi bila dah umur 30 lebih keatas nanti. So saya plan, tahun 2018 adalah tahun perhitungan antara saya dengan perniagaan yang saya tengah usahakan sekarang ya..

insyaAllah, saya akan update dalam blog ni dan kongsikan pada anda semua.

Update – sekarang dah 2021, saya pun dah berhenti kerja yang ni, dan berniaga sendiri sejak bulan August 2019. Alhamdullillah, bisnes sampingan yang saya buat, dah jadi mata pencarian, tak perlu dah nak ulang alik p kerja.

Idea 5 – Buat dua kerja

Ini pun boleh kata paling mudah juga, cuma kena rajin sikit ja. kiranya siang korang kerja macam biasa. Malam tu mungkin tolong kawan niaga burger ke. Atau kerja kedai mamak..

Pun boleh juga…

Baiklah, saya rasa itu sahaja

Agak agak mana option dari 5 ni yang korang pilih?