Strength atau kekuatan diri yang kita cuba nak tunjukkan dalam resume memang satu perkara yang sangat penting. Dengan penulisan yang baik, memang akan mampu menarik perhatian majikan supaya menerima lamaran ( resume ) kita.
Dalam artikel ini, saya nak kongsikan lebih 20 point yang boleh digunakan untuk menunjukkan yang kita ini layak untuk bekerja. 20 point lebih ini juga, saya akan bagi sekali dengan contoh ayat kekuatan diri yang anda boleh gunakan dalam resume nanti.
Cuma, jangan copy paste direct ya. Cuba ubah ubah sikit ayat supaya satu Malaysia tak sama resumenya nanti.
Saya juga, akan snap beberapa ayat iklan job description dari Jobstreet untuk buktikan pula apa yang saya maksudkan.
Cuma mungkin tak semualah, sebab takut takut tak jumpa pula.
Suka saya nak ingatkan juga, contoh contoh point kekuatan diri yang anda boleh gunakan dibawah, bukan semata mata beri focus pada anda yang nak apply jawatan kosong bidang engineering sahaja.
Bidang bidang yang lain pun boleh. Dan juga, jangan masukkan semua dalam resume tu nanti, hanya pilih yang berkaitan dengan bidang dan kemahuan majikan sahaja (kemahuan majikan tu maksud saya, apa yang tertulis di job description)
Sebelum kita mula, nak minta maaf dulu awal awal, takut, kalau kalau point dibawah ini ada yang seakan akannya sama.
Mungkin boleh tinggalkan komen juga supaya saya boleh tapis sekali lagi.
So setakat ni ada 21 point ya, nanti kalau otak saya berfungsi semula saya tambah lagi. Sekarang ni dah jadi beku sebab tulis artikel ni panjang panjang.
- Leadership/Kepimpinan
- Self-motivated
- Communicating
- Creative
- Software skillful
- Analytics skills
- Punctuality
- Public speaking
- Detail-oriented
- Flexibility
- Decision making
- Management
- Negotiation
- Teamwork dan Friendly
- Multitasking
- Time management
- Marketing skills
- Less monitoring / dependable
- Fast learner
- Multilingual
- Tidak mudah berputus asa
Leadership/Kepimpinan
Boleh meminpin atau menjadi leader ini memang banyak sangat iklan jawatan kosong harapkan anda boleh buat. Terutamanya, jawatan yang memerlukan anda untuk control staff bawahan.
Seperti contoh, staff nurse yang perlu jaga nurse nurse dibawahnya. Atau pun jawatan seperti supervisor yang perlu jaga anak buah.
Kalau kita tak ada sifat leadership, bukan senang sebenarnya orang nak dengar cakap kita.
Example: Led the quality assurance team and helped increase team performance by 40%.
Self-motivated
Kalau bidang kerja macam melibatkan sales dan marketing memang majikan nak sangat pekerja mereka yang ada semangat bekerja selft motivated ni. Ye lah, semua kerja perlu ada semangatkan.
Tapi kalau bidang sales ni akan nampak paling jelas, sebab anda perlu mental yang kuat, tak mudah mengalah, dan tak duduk diam selagi tak capai target sales bulanan.
Kalaulah, macam ayat ayat kita dalam resume kita tu tak bersemangat, atau tiada contoh kejayaan yang boleh dibanggakan, memang agak susah sikit.
Kecuali kalau masa kita datang interview, semangat untuk bekerja tu lebih mudah untuk ditonjolkan bila depan depan berbanding dengan penulisan.
Self Motivated juga, boleh nampak pada pekerjaan yang boleh buatkan anda rasa bangga dengan jawatan yang disandang. Seperti contoh, ayat dalam resume tu anda ada tulis ” team saya berjaya mencapai target sekian sekian untuk 3 tahun berturut turut‘, yang sekali gus menunjukkan yang anda ni productive yang sememangnya majikan akan suka.
Example: Volunteered to help assist with upcoming projects.
Communicating
Kalau anda bekerja dalam satu pasukan, kemahiran untuk berkominasi antara team member sangat penting. Seperti contoh masa saya bekerja kilang shift dulu, memang akan ada 2 3 orang technician lain yang akan bekerja dengan saya setiap shift.
Dan kalaulah kami bertiga ni tak bertegur sapa dan buat kerja masing masing, memang akan jadi masalah pada production.
So dalam resume, anda boleh cuba kongsikan komunikasi antara anda dengan team member yang lain.
Example: Wrote monthly newsletters for the museum, sharing upcoming events.
Creative
Memang ada sesetengah jawatan yang memerlukan anda untuk berfikiran creative. Seperti contoh mereka yang terlibat dalam designing yang ada menggunakan software photoshop untuk penghasilan graphic yang menarik, atau software sketch up untuk anda yang memohon jawatan arkitek rumah.
Kalau tak creative, memang samalah lukisan anda sepanjang tahun. So itu sebab kena creative, dan lebih baik tambah sekali dengan inovatif.
Sebelum terlupa, tahu tak creative ini apa? Creative adalah pemula. orang yang mengeluarkan idea baru. Inovatif pula penambah baik kepada creative tadi.
Seperti contoh, anda design rumah, biasa awning rumah diperbuat daripada zink. Yang memang akan bising bila terkena air hujan. Tapi anda creative dengan menggunakan bahan lain yang boleh serap bunyi hujan. So tak adalah bunyi bising gila bila hujan. Inovative pula, mungkin konsep awning yang lebih senyap yang sama, tapi mungkin bahan yang digunakan lebih murah.
Example: Ability to come up with new ideas to enhance the design of
company websites.
Software skillful
Software skillfull yang saya cuba maksudkan ini ialah kebolehan anda memahami satu satu software yang baru anda kenal dengan cepat. Makna kata, celik IT lah kira.
Tak adalah terpinga pinga sangat bila orang suruh guna computer.
Seperti contoh macam saya kerja dulu di Ipoh, saya ada apply jawatan kosong di Kulim, Kedah. Engineer itu ada bagitahu saya akan beberapa software yang akan guna.
Function software tersebut mungkin lebih kurang sama dengan company lama saya bekerja, tapi kaedahnya mungkin berlainan. So kebolehan untuk kita adapt dengan software baru dan tool baru dengan cepat inilah buatkan majikan suka.
Analytics skills
Point ni saya teringat masa salah satu interview yang saya pernah hadir. Penemuduga tu tanya, “kalau saya bagi satu data, u boleh lukis tak graphnya?”
Terkejut juga saya, sebab last saya lukis graph ni masa tingkatan 4 atau tingkatan 5 rasanya, tahun 2004 dan 2005.
Sedangkan masa saya interview tu, pada tahun 2014 rasanya. Lama juga tinggal tu.
Saya terus terang cakap, kalau berikan saya sikit masa untuk study balik, memang saya boleh buat. Dalam hati saya, saya dapat agak dah, engineer cina ni saja nak test ja. Sebab takkan lah company masih lagi nak pekerjanya buat graph hari hari.
Mesti sudah ada satu software analytics yang siapkan dalam sekelip mata. Baru lebih cepat untuk kita buat keputusan.
Pendek kata, bila satu satu production berlaku, kebolehan anda untuk interpret pada graph sangat penting untuk anda tahu. Dan analytical skills ni memang banyak keperluannya dalam bidang engineering. Sebab kebanyakan mesin akan ada graph untuk kestabilan mesin atau production bagi kualiti product itu bila berjalan atau dihasilkan.
So, ada kena faham graph, kalau dah lupa, boleh rujuk artikel ini. 7QC Tool
Punctuality
Kekuatan ini paling mudah sebenarnya kalau anda cuba nak buktikan. Minta ja copy scan in scan out company lama untuk buktikan anda ni menepati masa waktu bekerja. Atau mungkin ada anugerah dan sijil untuk pekerja yang punctual dengan masa.
Tapi punctuality ini tak semestinya pada kehadiran sahaja, untuk anda yang kerja sebagai engineer mesti akan ada task task yang bos lama minta siapkan pada waktu waktunya. So anda boleh sahaja kongsikan task sebelum ini yang anda dapat siapkan pada waktu yang ditentukan.
Example: Regularly attended county board meetings on time.
Public speaking
Sepanjang saya kerja, mungkin sebab bidang yang berbeza atau level kerja saya yang takat diploma sahaja, memang jarang jarang kebolehan public speaking ini diperlukan.
Saya pun rasanya belum pernah jumpa lagi requirement public speaking ini ada dalam job description dalam jobstreet. Macam saya cakap tadi, mungkin sebab bidang kita berbeza dan mungkin sebab level study yang saya apply kerja hanyalah up to diploma level sahaja.
Kalau ada pun, 3 tahun saya bekerja dengan satu company ni yang memang saya terpaksa present setiap pagi.
Tapi untuk yang level degree dan ke atas, anda memang akan kerap buat presentation nanti. Saya pun perasan juga, kawan kawan engineer yang level degree masa kerja di tempat lama sebelum ni ada buat presentation dengan bos bos yang lain.
Kalau anda nak apply kerja dengan Sifoo kena adalah faktor ini kot.
Example: Presented at a national level conference on the benefits of
grooming dogs regularly.
Detail-oriented
Detail oriented ni memang sangat penting, ibarat macam resume yang kita hantar apply kerja itu juga.
Kalaulah resume kita macam comot, pengunaan warna tak sesuai, atau resume yang tak nampak macam cantik pada designnya. Pasti buatkan orang yang tengok resume kita tu tak berapa semangat dengan resume kita.
Berbanding pula kalau design resume kita kemas, penggunaan perkataan atau tulisan yang sesuai, tak terlalu kecil, tak terlalu besar. Gambar yang kita gunakan pada resume pun sesuai, maklumat yang anda letakkan dalam resume pun lengkap. Tak ada yang macam lopong, contoh 2015 – 2018 kerja di tempat A, terus tiba tiba 2020 – 2022 kerja di company B. Dah tu, 2019 dan 2020 buat apa?
So, resume yang detail pasti sedikit sebanyak dapat menambah positive vibe pada resume kita sikit. Itu baru resume, kalau kerja kita? memang majikan akan suka.
Sebab orang yang detail ni kerjanya tersusun, pakaian pun kemas, rambut pun tak macam saya, barai. Tu sebab saya selalu pakai kopiah. huh
Example: Reviewed website code to make sure it was free of errors.
Flexibility
Masa saya interview dulu, saya ingat lagi. Engineer tu tanya, boleh tak u kerja lebih masa? So ini adalah flexibility yang dimaksudkan.
Dan saya pun cakap, kalau dah memang ada OT apa salahnya. haha
Tapi boleh jadi juga, flexbility pada perkara lain, contohnya macam menerima teguran, atau pun anda boleh travel kerja ke tempat lain, mengikut arahan atasan. So anda flexible dan lenient dengan perkara baru.
Nanti bila dah lama lama anda scroll jawatan kosong di jobstreet tu akan perasan point flexbility yang saya maksudkan ini.
Example: Open to travel and relocation.
Decision making
Ingat lagi masa saya masih lagi tengah training sebelum dimasukkan ke dalam production kilang. Trainer tu ada tanya dan bagi masalah pada saya.
Dia cakap, Syed, kalau kamu kerja di suatu production. Dan tiba tiba product yang mesin itu hasilkan rosak, dan dikira sebagai defect, adakah kamu akan terus stop production atau masih juga jalan production?
Saya dengan selamba, STOP PRODUCTION !!
Masa tu, semua budak2 lain tergelak. Dan selepas bertahun tahun saya kerja, jawapan saya stop production hari training tu sebenarnya paling tepat. Buat apa nak jalankan juga kalau dah tahu memang produk itu akan masuk tong sampah!!
Example: Assigned team members with tasks based on their talents.
Management
Ni adalah kelemahan dan kemalasan saya ni. Sebab saya memang tak suka terlibat dengan mana mana management, lagipun selain daripada blog saya-share ni saya ada lagi beberapa blog lain yang lagi suka saya sibukkan diri untuk menulis daripada duk jaga orang.
Walaubagaimanapun..
Mempunyai kemahiran dalam management atau pengurusan adalah penting terutamanya bagi leader yang perlu untuk menyelia pekerja lain.
Kebiasaannya juga akan ada target yang mesti dicapai. Contohnya, output production bagi yang kerja kilang, atau pun nak manage siapa cuti siapa kerja, kebolehan untuk kenal pasti pekerja yang flexible andai kata semuanya nak cuti time raya.
Gitu. Nanti korang dah kerja akan harungi semua ni.
Example: Experience leading a team of 15 employees.
Negotiation
Kekuatan diri untuk ber-nego ni bukan dalam bidang marketing sahaja ya. Saya pernah ada sorang client yang beli rumah dengan saya ni, dia ni kerja bahagian deal order dengan client. Akak ni jurusan business administration rasanya.
Kalau anda masih ingat akan faktor flexible tadi, faktor itu juga ada pada kawan saya. Sebab dia memang kena flexible dengan masa, sebab kebanyakan client deal pada waktu malam. Sebab waktu orang putih punya officekan. So terpaksa stay dan alert pada waktu malam juga untuk deal, nego dengan client.
Point negotiation ini bukan terletak pada keadaan anda deal dengan client sahaja, tapi juga kebolehan yang anda tunjukkan supaya pandai mengambil hati atau create positive relationships dengan client. ( hah gitu )
Situasi ni pernah berlaku pada saya juga tau. Masa tu saya kerja di Ipoh. Client representative to orang Filipina, tapi untuk company di US. Engineer cakap, client filipina tu suka bekerja dengan saya. So adalah rasa bangganya sikit.
Example: Negotiated a contract with our biggest vendor to help save
the company $1,000.
Teamwork dan Friendly
Faktor teamwork ni antara yang biasa anda akan jumpa dalam jobs desctiption. So anda kena tunjukan dalam resume tu, anda boleh menerima idea lain. Boleh tolerate dengan orang lain.
Ada semangat satu team untuk capai target. Bukannya semata mata sendiri sahaja.
Example: Collaborated with team members to produce a final product.
Multitasking
Multitasking ni memang kelemahan saya sebenarnya. Bukan sebab tak boleh buat, tapi rasa macam sengal sebab kena buat kerja banyak gaji sama.
Biasalah bila kita kerja dengan orang ni. Pasti akan ada rasa tak puas hati. Tapi sebenarnya bila fikir fikir balik, syukurnya ya Allah sekurang kurangnya kita dapat kerja. dapat duit, dapat gaji, dapat beli tv (walaupun hutang kredit kad), dapat beli komputer yang saya tulis untuk korang ni, dapat beli macam macam.
Tapi itu lah, saya memang benci kerja yang kalut kalut ni. Mujurlah saya study sampai diploma sahaja. Habis office hour, habislah cerita kerja kan. Mana yang degree dan kerja sebagai engineer dan ke atas ni, kadang tu dah balik rumah pun orang duk call call lagi. ( bergantung kepada syarikat kerja juga )
Dulu, saya dapat sambung degree mechanical, tapi saya tolak. Sebab faktor kewangan. Agak sedih juga, tapi bila dah jadi gini.
Saya pun dah umur 34 tahun, untuk tahun 2022 ni. Rasanya lebih elok juga gini. Alhamdullillah
Rasanya belum ada lagi Diploma Menjadi Blogger dan Youtuber ke dak.
Example: Answered the phone, updated the company calendar and greeted customers.
Time management
Mana yang perlu untuk bekerja sendiri, atau kerja yang multitasking, atau yang biasa kena travel luar memang kena pandai uruskan time management ni.
Time management ni bagus, sebab kalau anda memang boleh buat ia akan meningkat produktiviti dan kualiti kerja. Kerja pun teratur dan semua task boleh disiapkan dengan baik. ( gamaknye ler)
Example: Effectively met weekly deadlines for the magazine’s publication.
Marketing skills
So anda nak apply jawatan kosong untuk marketing, promosikan product untuk company. Boleh sharekan juga kebolehan yang anda ada tu dalam resume, beserta sekali dengan result.
Maksudnya memang kita sudah ada pengalaman. Bukan takat share idea sahaja.
Sebab siapa siapa pun, boleh bagi idea. Baca online je kan.
Example: Identified trends to create a relevant marketing campaign.
Less monitoring / dependable
Kalau anda perasan, banyak juga iklan description kerja kosong di Jobstreet yang beri focus pada faktor ini. Less monitoring. Tapi saya lupa istilah betul betul namanya apa.
Tapi nak bagi tahu, yang kita ni boleh bekerja sendiri, tak perlu nak monitor oleh bos sangat. Biasanya company yang libatkan kerja luar. Asal siap sudah.
Fast learner
Mana yang adek adek kita fresh graduate, mungkin akan ambil masa sikit untuk pick up dengan environment bekerja ni. Jadi, eloklah kalau saya ingatkan awal awal.
Alam pekerjaan ni, tak sama dengan alam kita belajar. Kalau kita tak tahu, kita boleh tanya kawan, atau kita boleh skip dulu, nanti jumpa lecturer kat bilik dia tanya semula. (perangai saya ni)
Atau pun, time malam lepas kelas nanti kita pergi rumah kawan untuk bertanyakan soalan yang tak faham tadi. Di alam pekerjaan sudah pasti tidak. Kita ni sebenarnya kalau boleh, tak ada masa untuk lambat faham.
Anda kena faham cepat cepat, supaya bos appreciate knowledge kita. Kalau slow motion ni memang pakat tak naik gajilah nanti. Sebab kita dibayar, kita dibayar untuk menjadi lebih baik.
Kalau time belajar dulu, kita duduk belakang, dan bila tak faham, malu pula nak angkat tangan.
Zaman bekerja lain, hang tak menonjol, bos tak kenal, maka gaji pun takat tu je lah. Sedar sedar kena tukar department.
So kekuatan diri, fast learner ni sangat penting.
Contoh, kalau anda memang sangat mahir dengan computer, boleh bagi tahu anda boleh belajar apa apa software dengan cepat, contoh lain, kalau anda memang berkemahiran dengan satu satu mesin, atau keadaan yang biasa dibuat pada company yang anda nak apply tu, boleh juga bagi tahu dalam resume akan kebolehan tadi. ( kiranya kena buat research dulu pasal company )
Multilingual
Di Malaysia ni, kalau boleh cakap melayu, english, dan mandarin kira ok sangat dah.
Untuk bahasa jepun dan sebagainya, memang ada company khas yang berminat. Tapi saya tak nak cover pasal bahasa ni. Cukup bahasa melayu, english dan mandarin kalau boleh.
Masa saya kerja di 2 buah company di Ipoh dan Kulim, memang memerlukan untuk bercakap bahasa inggeris. Di ipoh, sebab clientnya dari luar. So saya perlu untuk setup machine depan dia.
Di Kulim pula, kebanyakan operatornya adalah orang filipina. So memerlukan untuk cakap bahasa inggeris juga. Untuk bahasa inggeris, dalam resume tu gunakan ayat ayat yang macam cerdik sikit, jangan terlalu guna bahasa english translate sangat.
Baru nampak reti kan. Tapi jangan sampai berlebihan sangat, nanti blur pula masa interview.
Tidak mudah berputus asa
Pernah satu kali saya tengok kawan saya masa kerja dulu dia macam ambil masa yang lama untuk troubleshoot satu mesin production ni. Dan bila dah lama lama, saya pun datang agak terkejut juga saya tengok.
Mana yang tahu pasal kerja technician ni, ada part yang perlu untuk kita boleh membaca drawning, dengan merujuk pada drawing asal yang disediakan oleh supplier mesin itu sendiri. Dan untuk kes kawan saya ni, memang itu yang berlaku, dia perlu rujuk buku panduan/drawing daripada supplier.
Tapi masalahnya buku tu dalam bahasa jepun. memang totally tulisan jepun. So setengah orang, memang akan tutup buku dan tunggu engineer datang bagi buku lain. Tapi kawan saya ni bagus juga, dia cuba selesaikan juga.
Dengan download app yang tukar bahasa jepun tu kepada bahasa inggeris. Ada app daripada translate google.
Dan memang berjaya diselesaikan pun. Hasil daripada sifat tidak putus asa kawan saya tadi.
Sifat tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam kerja ni memang satu sifat yang majikan suka. Dan kalau anda ada pengalaman macam ni, memang elok sangatlah kalau ditulis sekali.
Lantaklah ada yang kata macam nak angkat bakul sendiri, memang itu pun tujuan resume.
UNTUK MENUNJUKKAN KITA INI RETI DAN LAYAK!!
Selesai sudah contoh kekuatan diri yang boleh kita tulis dalam resume. Apa macam?