Contoh Soalan Temuduga Untuk Fresh Graduate

Baiklah… Untuk sebelum ni. saya ada kongsikan soalan soalan lazim bila anda datang temuduga. Memang bagus anda praktis soalan soalan yang macam ni. Ibarat macam sudah menjadi soalan bocor kan.

Tapi itu soalan yang lebih bersifat general.

Sekarang, post yang ini. saya nak kongsikan soalan khas yang akan ditanya andai kata anda ni masih lagi fresh graduate pula.

Beza Soalan Yang Sudah Bekerja Dengan Fresh Graduate.

Sudah pasti melalui pengalaman yang diraih. Penemuduga memang lebih berminat untuk tahu pengalaman apa yang anda ada. Adakah pengalaman tu betul betul seakan jawatan kosong yang diorang nak bagi.Kalau tak ‘seakan’ pun. Mereka akan cuba ‘sipi-sipi’. Cuba cari juga aktiviti yang sama.

Tapi sebabkan anda tiada pengalaman, fresh graduate. Sudah pasti focus perbualan temuduga lebih ke arah background study anda. + Plus juga dengan sikap + perangai + cara anda.

Semua 3 point ini memang boleh hanya dikenal pasti dengan cara anda bertutur.

Oh ya..Tempat latihan industri pun main perasanan penting..

Itu sebab kena pilih tempat nak buat latihan industri betul betul…

***saya baru perasan, rupanya satu pun tips latihan industri saya tak buat, nanti saya akan linkkan di sini ya…

Ok lah. Kita terus kan dengan soalan soalan nya pula….

1. Apakah kekuatan anda

Bila anda jawab soalan macam ni, berdasarkan artikel karangan dari TheMuse. Jangan beri jawapan yang membuta tuli. Sebaliknya, buatkan jawapan anda itu relevant dan specific dengan jawatan yang dipinta.

Selepas tu, tambahkan lagi kekuatan point anda dengan contoh contoh yang boleh membantu.

Seperti contoh, katakan saya jawab ‘ kekuatan saya ialah, saya memang sudah ada 3 tahun pengalaman menggunakan mesin A. saya percaya mesin A memang banyak digunakan di Syarikat sekarang ini kan?”

Ok itu dia contoh untuk point kekuatan.

Sekarang, tengok pula cara saya tambah point contoh, untuk kuatkan lagi motif saya tadi..

“dalam 3 tahun saya berpengalaman mengendalikan mesin A, saya bukan sahaja terlibat dengan meningkatkan mutu produk, malah ada juga terlibat dalam meningkatkan kualiti pengeluaran yang dihasilkan oleh mesin A”.

Lebih kurang macam tu lah.

Apa apa pun, ayat saya memang penuh dengan kencingan. Sebab saya nak bagi contoh.

Saya tahu, memang nampak mudah. Tak pa. slow slow..cuba bersedia dengan soalan seperti ini.

2. Apakah pula kelemahan anda

Kalau bicara tentang kelemahan, sudah pasti jangan lah kongsikan perkara yang failed sahaja. Nanti macam mana nak dapat kerja? Sebaliknya, cuba selitkan dengan usaha usaha yang anda sudah buat untuk perbaiki kelemahan anda.

Seperti contoh saya sendiri.

Memang tak berapa reti sangat nak mencari kawan tau. Saya lebih suka duk tepi meja, dan fikirkan apa penulisan blog saya yang seterusnya.

Ini benda serius ni. saya memang suka macam ni. bukan lah tak sembang langsung. Cuma saya akan selitkan masa saya untuk hal hal ni.

Apa pun. Mungkin ayat yang saya boleh bagi contoh ialah..

“kelemahan saya sebenarnya ialah bergaul. Bukan lah saya tak reti berkawan. Tapi untuk permulaan mungkin saya agak susah sikit untuk rapat dengan orang lain. Tapi lama kelamaan, setakat ni, untuk previous working environment. Saya tak rasa kawan ada masalah dengan saya. Cuma mungkin perlukan masa sikit untuk berkenalan dan bergaul dengan baik”.

Ok? Lebih kurang…

Baru point kedua. Tapi dah 550 patah perkataan dah ni. tak pe, kita teruskan lagi…

3. Tell us about your major study

Soalan ni, memang confirm kena tanya. Time ni, kalau pointer OK, boleh lah dagangkan pointer anda tu. saya pointer tak OK. So senyap je la bahagian ni. rasanya masa fresh graduate punya resume saya langsung tak mention tentang pointer.

Selebihnya, anda kongsikan lah apa relatenye kos yang anda ambil tu dengan jwatan yang dipinta.

4. Tell us about your last industrial training

Point ini adalah saya boleh kata paling PENTING bin IMPORTANT. Itu sebab latihan industri kena pilih company dengan betul. Supaya anda dapat foundation yang baik. Expose dengan alam pekerjaan.

Ingat ya, time belajo, kalau tak siap koje. Kalau tak faham, anda masih lagi ada masa balik, malam tu study. Boleh tanya kawan..

Tapi bila time keje, kadang kadang bos tak boleh terima semua benda tu.

Contoh macam tadi. Baru sahaja…8 September 2017.

Nak jadikan cerita, ada lebih…

1

2

3

4

5

…hah lebih dekat 5 tool yang down under kawasan saya untuk jaga kualiti. Saya down kan sebab nak cek kualiti lah. Sebab dapat feedback dari modul atau proses dihadapan nya macam terlepas defect. So saya terpaksa stop production output dan verify lot yang current running.

Bila kita buat macam ni. Team Production, Bos Bos bahagian production, memang tunggu masa je nak complain. Kenapa down lama. So, saya kena buat tindakan dengan cepat. Supaya tool atau mesin production saya dapat UP atau release dengan cepat.

Harap anda faham lah maksud saya..macam tu la lebih kurang…

Anyway, kongsikan pengalaman kerja latihan industri anda dengan baik. Kalau diorang tak tanya pun, anda selitkan juga.

5. What do you know about the company?

Yang ini memang boleh kata PASTI tanya juga. Tak perlu tau detail, kecuali kalau anda pergi temuduga dengan badan kerajaan macam TNB. Itu anda ada baiknya tau lebih detail sikit.

Kalau swasta, cukup lah. Produk apa yang dibuat. Dari bahan apa. Untuk apa semua tu. surface surface sudah cukup… tapi kalau memang sudah ada pengalaman, bagi la ayat yang best sikit…

6. What are your hobbies?

7. Do you love playing games

Alright, selebih nya soalan simple macam 6 and 7 ni. yang 7 tu saya pernah ditanya sekali sahaja seumur hidup saya kalau tak silap. Mungkin dia nak test sifat saya ni macam mana.

Apa apa pun. Kipidap. Kalau tak faham, tinggalkan komen. Nanti saya terangkan..




Contoh Soalan Yang Perlu Ditanya

Alright, saya ada ingatkan sebelum ni. lupa da di artikel yang mana satu. Tujuan kita untuk tanya soalan bukan nya hadap sangat nak tahu. tapi atas beberapa sebab:

  1. Untuk menunjukkan sifat diri yang bagus
  2. Untuk mengawal sesi interview anda supaya tak nampak macam muram
  3. Dan, ok lah untuk kita hadap sikit, dan tahu akan beberapa perkara masa bekerja.

Saya nak ulas point pertama dan kedua tu serentak. Sebab situasi berlangsungnya lebih kurang sama.

Perasan tak?

Untuk siapa siapa yang pernah pergi interview, perasan tak masa tengah dalam sesi temuduga. Tiba tiba, ANDA diam, si penemuduga pun diam?

Kiranya dua dua diam. Pernah juga jadi kat saya beberapa kali. Tapi yang betul betul saya ingat masa temuduga dengan TNB.

Masing masing diam, dia pun tak tahu nak tanya apa. Kita pun lagi lah blur nak bersoal soal pula.

INI YANG PROBLEM…

Sepatutnya, anda kena usaha untuk impress kan kebolehan bekerja anda tu setiap minit masa sesi temuduga berlangsung.

Tapi tiba tiba situasi blur beramai ramai ni pula terjadi.

So apa nak?

Yang terbaik. saya sendiri buat ialah saya akan mula bertanya soalan.

Sudah pasti, soalan yang ditanya berkaitan dengan task atau kerja harian yang kita akan buat…

Tapi bukan juga sebarang soalan yang biasa, tapi soalan yang bukan sahaja memberi anda maklumat, malah membuatkan si penemuduga berfikir:

Wah bagus la budak ni tanya macam ni

Wah bagus la dia ni ambil berat sebab tanya soalan macam ni

Erm..ok juga dia ni, nampak ciri ciri kepimpinan nya

Kiranya, nak macam buktikan lah yang kita ni macam bagus sikit. Bukan JILAT tau. Jangan salah faham. Saya bukan bagi tips nak bagi JILAT Bos. Tapi nak menggunakan peluang yang sudah tersedia ada. Sekaligus, untuk mengawal sesi temuduga kita tampak lebih bermakna setiap minit.

So, apa soalan yang nak ditanya ni?

Untuk soalan ni, mungkin lebih ke arah environment kerja yang saya sendiri kerja lah. Anda kena cari sendiri relate nya dengan situasi yang anda alami.

  1. Tanya pasal quality

Qualiti memang yang paling utama. Memang mana mana tempat pun memang beri khusus perhatian pada quality. Dan soalan yang anda perlu tanya berbunyi:

Ada tak macam kita akan monitor month by month punya defect. Contoh nya, bulan ni 100, bulan depan pula berapa. So, kita track bukan sahaja untuk kenal pasti masalah, malah usaha untuk turunkan berapa defect yang terhasil…ada tak?

Ok..itu contoh nya..

Contoh lain…

Ada tak training macam ZERO Defect diusahakan?

Untuk pengetahuan anda, ZERO Defect program ni memang popular diusahakan d kilang kilang semicon. So, insyaAllah lah diorang tahu apa itu ZERO Defect. Motifnya sama, tapi ini macam satu program tambahan 1 hari untuk semua pekerja. Dan sekarang, kita nak tanya juga pada penemuduga, ada tidak program seperti ini dijalankan.

Contoh lain lagi….

Macam mana hubungan kita dengan department lain? Adakah diorang boleh beri kerjasama untuk selesaikan satu satu masalah?

OK. Ini mungkin bukan hanya focus pada kualiti sahaja kot, tapi juga nak buktikan yang kita ni serius sangat untuk selesaikan masalah. Tapi kadang kadang, department lain tak nak beri kerjasama. Dan lebih nak tuduh defect atau kualiti problem tu datang dari department kita. Atau modul kita.

Ini yang berlaku pada saya sebelum sebelum ni. semua tak nak mengaku, sebab tak nak susah susah nak investigate. Dan mungkin juga tak nak kacau KPI. KPI ni macam target setiap modul lah…

Dan last…

Berapa kah jumlah CpK bulanan?

Sebenarnya, saya pun tak pasti nak tanya apa. Tapi kalau anda datang interview untuk Engineer, benda ni memang normal. CpK ini adalah satu value yang beri tahu sama ada kualiti perfomance bulanan kita ok atau tidak. Tak silap saya, lebih dari 1 atau kurang tu maksudnya baik ke macam mana.

Saya lupa dah..

So, motifnya, untuk bagi tahu yang kita ni pun reti juga lah ye tentang hal CpK CpK ni…

Ok. Itu dia contoh yang saya boleh bagi dalam topik kualiti sahaja.

Untuk soalan yang lain…anda boleh juga tanya seperti:

  1. Berapakah jumlah pekerja untuk setiap bahagian?
  2. Masa troubleshoot machine, perlu tidak kalau kita berhubung atau dapatkan pertujuan atau kerjasama dari department lain? Benda ni, memang ada sebenarnya. Sengaja sahaja tanya balik untuk buktikan yang kita ni mesra dengan orang lain…
  3. Kalau KPI untuk setiap modul atau department memang lah ada, tapi KPI untuk setiap pekerja ada tak? – lagi sekali untuk menunjukkan kita ni serius buat kerja
  4. Bagi u sebagai bos mana lagi penting? Main main tapi kerja siap? Atau jangan main main, fokus kerja sahaja? – soalan ni, nak bertanya sikap bos tu macam mana. Ada jenis bos yang cerewet kan. Kalau kita dah siap kerja kita, apa salah nya duk sembang sembang kan. Tapi ada segelintir bos yang tak macam ni.

Eh, tapi soalan no 5 ni jangan tanya. Ingat, motif kita untuk buatkan soalan yang kita tanya ni dapat menaikkan semangat percaya dia yang kita ni bagus. Kalau anda tanya soalan macam ni akan buatkan diorang fikir kita ni riak pula.

Contoh macam kawan saya, masa tu dia pergi temuduga untuk Bomba. Boleh pula dia tanya soalan beriya. Memang tak dapat lah jawabnya kan…

Pernah juga adik saya, masa dia temuduga. Orang tu cakap, OOO dulu u kerja kapal. Gaji banyak, sekarang gaji sikit ya.

Ikutkan hati, boleh dah landangkan beberapa tubi carutan kat muka dia. Tapi jangan, sabar dulu.

Saya sendiri pun, masa interview memang berbudi pekerti saya ni. sopan je. Memang sesuai buat menantu. Tapi lepas lama lama kerja, saya rasa bos sekarang ni ada kot rasa menyesal amik saya. Kah kah….

Ok lah tu. cukup la 5 jenis soalan…

Macam 4 soalan sahaja kan. Sebab no 5 jangan tanya…

Ingat!!!! Motif kita apa…

Supaya situasi temuduga kita tak tiba tiba dalam keadaan MALAP. Berapa lama sahaja pun, ini je lah masa untuk kita buktikan yang kita ni boleh…so, kena lah usaha sikit.

Saya ada cakap, dalam 6 siri panduan temuduga saya. Saya ada bagi kena practise sekurang kurang 3 hari berdialog kan.. Iaitu di peringkat ke 4. So praktis untuk tanya soalan soalan ini juga…




Contoh Soalan Temuduga Yang Di jawab Dengan SALAH

Salam.

Benda ni pernah terjadi pada saya. Masa tu saya pergi temuduga untuk TNB. Sekarang 2017. Rasanya, benda ni jadi dalam tahun 2013 atau 2014.

Si Penemuduga ni tanya….

OK macam ni. sekarang ni, awak kerja dalam industri semicon. Kerja awak dalam aircon. Awak pakai pakaian bersih. Tiada habuk. Banding dengan jawatan technician TNB yang awak nak mintak ni bukan macam kerja dengan semicon lagi dah.

Awak akan kerja bawah panas terik. Habuk. Risiko juga semua segala…

Apa yang awak boleh katakan yang awak boleh sedangkan enviroment kerja sekarang sudah sangat sangat lain?

**saya olah sikit soalan nya supaya nampak lebih descriptive untuk mudah anda faham lah ya.

Dan tahu saya jawab macam mana?

BOLEH BOLEH..INSYAALLAH..

SAYA BOLEH PUNYA…BOLEH BOLEH..

Itu je saya jawab.

Bagus ke tak bagus?

Memang masa nak drive balik tu, memang tercarut juga la sikit sebab menyesal balas macam tu. Siapa lah nak percaya kalau setakat bagi tahu boleh boleh ni? Siapa yang percaya janji? orang nak bukti. Kalau setakat goreng guna mulut sahaja susah juga. So kalau nak goreng tu, biar main dengan fakta atau pengalaman kita yang lampau lampau untuk menunjukkan yang kita ni boleh.

Saya ingat lagi..masa saya cakap boleh boleh tu je saya dah fikir. Memang hancur aku ni. saya tengok memek muka diorang pun rasa macam tak puas dengan jawapan yang saya bagi…

Lepas habis interview, tak tunggu lama. Masa tengah drive balik sahaja saya sudah siapkan dialog yang baik punya.

Tapi itu lah, dah terlambat lah ceritanya.

Benda ni normal, bila kita dalam keadaan yang gabra, memang tak boleh jawab dengan elok. Itu sebab korang kena tenang bila temuduga.

Dan cara untuk tenang macam mana? Ubat? Mesti lah tak, sebaliknya mesti lah dengan praktis. Praktis semua soalan soalan lazim yang ada. Yang biasa ditanya. Saya ada kumpulkan beberapa nya di sini. Contoh Soalan Lazim Temuduga

OK lah.

Sekarang saya nak share, sepatutnya jawapan menggantikan yang BOLEH BOLEH tadi…

Saya paste semula soalannya ya..

OK macam ni. sekarang ni, awak kerja dalam industri semicon. Kerja awak dalam aircon. Awak pakai pakaian bersih. Tiada habuk. Banding dengan jawatan technician TNB yang awak nak mintak ni bukan macam kerja dengan semicon lagi dah.

Awak akan kerja bawah panas terik. Habuk. Risiko juga semua segala…

Apa yang awak boleh katakan yang awak boleh sedangkan enviroment kerja sekarang sudah sangat sangat lain?

Jawapannya.

OK Tuan, memang betul ( jangan lupa, apa apa pun, kita mesti setuju dengan pendapat diorang, jangan sangkal, lepas setuju, baru hujah kan dengan pendapat yang lebih nampak sihat )

Memang betul apa yang tuan cakap tu. Saya kerja semicon ni dalam keadaan yang bersih. Aircon. Memang jarang sangat lah peluh. Tak perlu nak panjat apa apa. Tapi macam yang Tuan boleh tengok kat resume tu. semua ni boleh kata baru lagi juga.

Saya kerja semicon pun baru 1 tahun ( time tu la baru 1 tahun ), sebelum ni saya memang kerja environment yang macam ni. Contoh, saya bawa forklift tengah panas pun dah sampai 2 tahun. Bawa turun baik barang. Dalam masa sama nak kena jalan stamping machine lagi untuk buat screw.

Stamping machine seperti yang tuan boleh tengok gambar dalam resume tu faham faham lah, kerjanya memang panas dan berminyak. Melibatkan Mold semua. Lagi perlu untuk welding welding juga.

****saya boleh tambah lagi point kat sini..tapi malas pula nak tulis…tapi saya nak tambah lagi point tempat latihan industri, mana tahu takut takut ada relate dengan korang semua..

Begitu juga dengan tempat praktikal saya yang sebelum ni. Masa tu, di Jalan Chan Sow Lin, KL. Kerjanya memang total tengah panas. Kami instal satu sistem untuk proses sampah.

**** saya boleh tambah lagi point kat sini..tapi malas pula nak tulis…. Saya nak end di sini sahaja…

OK…so itu la dia ya.

Bila kita dalam keadaan tenang, insyaAllah otak pun boleh fikir dengan baik.

Harap korang semua tak jadi macam saya. Mana yang jadi, jangan putus asa atau kecik hati gila gila pula. InsyaAllah ada rezeki di tempat lain.

Macam saya sekarang, tak sangka juga gaji basic sekurang kurangnya 2000 yang saya target sebelum umur 30 berjaya. Sekarang saya umur 29 pun sudah 2060. Saya percaya tahun ni 2017 akan naik lebih kurang 200. Tapi entah lah kan.

Kalau 2260 dan cukup baik dah tu…

Tengok, walaupun tak dapat TNB tapi Alhamdullillah saya dapat rezeki di tempat lain.

Saya juga turut bersyukur dengan gaji yang mampu capai 4k selepas OT. Begitu juga dengan satu kerjaya sampingan yang saya buat sekarang. Adalah lah dalam RM 700 tambahan sebulan. Ini baru satu, ada lagi 2 3 planning menyusul.

Saya juga turut happy dan bersyukur dikurniakan Isteri yang kerja government. Senang lah nak buat loan rumah kan…

Pernah kawan saya cakap, biar kita kerja swasta. Janji jangan bini kita..haha…betul juga kan kadang kadang fikir tu.

Apa apa pun, terus berusaha. insyaAllah akan dapat rezeki yang memang dijanjikan. Kalau tak di dunia, insyaAllah akhirat kelak.

Sekian…

Terima kasih…..




Cara Menjawab Soalan Temuduga

Apakah cara yang paling senang untuk jawab?

Jawapannya ialah….anda kena praktis.. kalau tak praktis, memang bila tengah temuduga tu. anda akan jadi blur. Itu sebab, dalam siri panduan lengkap temuduga saya. Saya ada bagi tahu, peruntukan sekurang kurangnya 3 hari untuk praktis berdialog.

Kena praktis. Kalau tak praktis, masakan boleh anda harungi nya dengan baik…

Praktis tu pula.

Jangan saya cakap 3 hari tu, maksud nya anda buat 3 kali..

Bukan..

Tapi….

Pagi sekali, tengah hari sekali..petang sekali..dan yang penting malam…

Tengah hari mungkin boleh skip.

Yang penting mesti buat lebih sekali dalam sehari…

Percayalah cakap saya. Berbaloi punya. Latihan ini, insyaAllah akan bantu.

Jangan buat pagi sahaja…

Katakan, saya macam suruh 3x sehari. So anda pun buat la praktis semuanya time pagi pagi. Ini pun salah.

Sebaliknya anda kena selarikan ikut masa.

Macam kita makan ubat lah, lepas 4 jam sahaja makan lagi panadol kan.

Kenapa tak makan semua 10 biji time pagi?

So itu sebab. Sangat penting untuk anda ulang pagi, petang, malam.

Kalau anda buat 3x dalam pagi sahaja tu. anggap sahaja itu kelebihan bonus dan tepuk tangan kuat kuat untuk diri sendiri.

Sekarang ni..

Mesti anda terfikir. Syed suruh praktis. Tapi soalannya apa?

So tiada masalah. Saya sudah listkan antara soalan soalan lazim yang biasa di tanya.

Anda boleh rujuk post di bawah ni…

Soalan soalan lazim temuduga…




Contoh Resume Ringkas Dan Simple Tapi Padu

Nak buat resume yang ringkas, simple tapi padu?

Erm macam mana tu ya. Pendapat saya. Kita masih lagi kena kekal design profesional yang saya duk kongsikan di peringkat pertama. Anda masih lagi kena follow up cara yang saya highlightkan untuk buat resume. Rujuk peringkat 1

So, memang tak boleh lari.

Tapi kalau ada yang kata, nak buat yang lebih padu.

Saya cadangkan boleh cadangkan beberapa IDEA untuk buat resume anda lebih tajam.

  1. Guna perkataan atau ayat yang sama ditulis oleh majikan di iklan jawatan kosongnya. Seperti contoh. Katakan di iklan, majikan tu tulis.

‘able to hands on machine and work independenly

Ikut kan ayat tu, si majikan ni mahu kan pekerja yang boleh boleh hands on machine dengan baik, dan juga bekerja dalam keadaan yang tak perlu di monitor sepanjang masa.

Ikutkan gayanya, mungkin majikan ni juga nak cakap, asalkan kerja siap sudah.

So apa yang anda boleh tulis ialah…

“I’m able to work independently since only myself working per shift”.

“Experienced – 4 years”

Ok..so ada dua ayat. Ayat pertama, saya betul betul guna perkataan yang sama macam majikan tulis. Sebab ini faktor yang dia nak. Tak payah nak tunjuk pandai guna ayat yang lebih advance.

Copy balik apa yang dia buat sudah cukup.

Ayat kedua mungkin kena touch up sikit. Saya tulis experienced 4 tahun. So harapkan, majikan boleh la fikir kalau dah 4 tahun kerja. Boleh la hands on kerja sendiri kan.

Apa apa pun…

Sebenarnya, contoh ni tak berapa lengkap lah. Harap anda jelas dengan maksud saya.

Lagi sekali, kita guna perkataan yang majikan guna, dan cuba touch up touch up sikit sebagai point di resume kita.

  1. BOLD kan perkataan di atas.

Macam yang saya buat, saya highlightkan macam ni.

“I’m able to work independently since only myself working per shift”.

Eh silap, rasanya tak pernah buat lagi. Tapi saya ada bold kan. Untuk buat diorang perasan perkataan ni lebih jelas lagi.

  1. Tanya kawan kawan, atau siapa sahaja kenalan yang boleh ditanya. Apakah tool atau machine yang digunakan dalam satu satu kilang tu.

Untuk situasi atau suasana kerja saya. Memang melibatkan machine machine. So, kalau lah saya tahu machine apa yang digunakan oleh satu satu kilang yang saya nak kerja.

Kan lebih baik? Beserta dengan model nya sekali.

So boleh la saya acah acah pandai machine tu.

Macam apa yang berlaku sekarang. Ada satu machine di tempat saya ni, namanya Aligner. Tapi saya tak guna sangat, sebab machine ni ada di Bahagian lain. Tapi masih lagi under jagaan saya lah.

So, apa yang saya buat. Saya tetap juga belajar machine ni, sebab kilang yang saya plan nak minta lepas ni ada gunakan machine yang satu ni.

Pendek kata.

Dalam resume tu, letak machine yang seakan, kalau boleh sebijik yang macam kilang yang anda nak minta tu pakai.

Memang best kalau dapat peluang ni…majikan mana lah yang tak suka kan. Saya yakin, diorang lebih nak anda punya..

No 4 pula…

Erm no 4 apa ya…jap saya fikir…

  1. Design resume anda..

Perasankan, kalau kita nak tulis asal tu. mesti tulis ‘Perak’.

Andai kata anda pun macam saya lah dari Perak.

Tapi katakan anda letak bendera Perak itu sendiri..

Tak yah besar besar. Simbol yang kecil kecil sahaja. Bukan sahaja cantik, benda ni juga buat resume anda lebih menonjol. Tapi jangan berlebihan sangat.

Saya yakin, idea ni akan buatkan resume anda lebih padu…

  1. Sudah la tu..

Saya sudah kekeringan idea ni.

Nanti kalau ada lagi, saya tambah lagi di sini.

Sekarang ni, cuba bagi tahu..antara 4 perkara ni, mana yang anda sudah buat?

 




[10+35] Contoh Soalan Lazim Temuduga + JAWABANNYA

Maaf ya, kalau tajuk bunyi macam hype sikit. Apa yang saya nak kongsikan ialah, saya akan bagi tahu anda 10 contoh soalan berserta jawapan, dan lagi 35 saya akan senaraikan di bawah. 35 soalan ni, korang pilih yang mana satu nanti saya akan reply dan kongsikan. So, saya kongsikan yang 10 soalan sahaja dahulu tau.

10 Senarai Soalan Temuduga Berserta Jawapan

Ini adalah contoh dialog menjawab soalan temuduga yang salah. Nanti saya updatekan penerangannya di bawah

Assalamualaikum, saya percaya ini adalah antara maklumat yang paling orang ramai na tahu. Tambah tambah lagi bila saya kongsikan pula JAWAPAN yang macam mana patut anda jawab.

Tapi, sebelum saya mulakan, saya nak kongsikan dahulu pecahan pecahan kecil atau pun soalan dan jawapan temuduga yang lebih khusus untuk beberapa kelompok kecil pembaca blog SayaShare saya ni. Maksud saya, kelompok yang baru habis belajar, fresh graduate, kelompok yang focus untuk temuduga dengan Kerajaan SPA ke contohnya.

10 soalan dan jawapan yang saya kongsikan di bawah ni memang tak cukup untuk anda betul betul lepas temuduga apa pun, jadi saya bahagikan kepada beberapa kelompok bahagian lain supaya penerangan saya lebih khusus untuk sesetengah pihak.

Berikut adalah kelompok atau group yang saya maksudkan [ masih lagi tengah buat, nanti saya update ]:

Contoh Soalan Lazim Temuduga [ anda sedang baca artikel ini sekarang ]
Contoh Soalan temuduga yang susah dijawab
Contoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hati
Contoh soalan temuduga untuk fresh graduate
Contoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerja
Contoh soalan yang perlu di tanya pada panel temuduga
Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

Jangan terus KLIK dan baca pula artikel dalam kotak atas ini ya. Baca dan fahamkan 10 soalan lazim yang boleh kata confirm akan di tanya ini dahulu. Bila sudah faham, sudah jelas, baru boleh berpindah kepada soalan dalam kotak atas ini untuk lebih detail……

1. Kenalkan diri anda

Soalan ini adalah soalan CONFIRM anda akan ditanya. Baik temuduga untuk kerja Swasta, mahu pun Government. Memang confirm akan ditanya, tapi itu lah, masih ramai lagi yang belum tentu dapat jawab dengan baik. Ingat apa saya cakap ni,

SETIAP SOALAN YANG DITANYA SEMASA SESI TEMUDUGA, ADALAH SOALAN YANG KITA SUDAH LAMA TAHU IA MEMANG AKAN DITANYA!!!

Maksudnya, yang macam saya kongsikan dalam artikel ini lah. Kita memang sudah tahu soalan kenalkan diri ni akan ditanya. So, prepare la awal awal apa benda yang kita reply nanti.

Tak perlu pun nak susah payah risau… “apa benda la yang korang akan balas nanti bila diorang tanya”. Sebaliknya, sedia awal awal apa yang korang patut cakap, dan bila penemuduga itu tanya, BAMMM kasi satu kali dengan jawapan anda sudah prepare.

Dan untuk skill atau angle atau point yang anda boleh goreng dalam soalan ni, saya ada kongsikan dalam artikel khas di bawah…

cara kenalkan diri masa temuduga <<<< Ini dia artikel nya…

boleh KLIK dan baca terus, atau pun lebih baik kalau anda habis kan artikel ni dahulu supaya dapat juga OVERVIEW apa yang saya cuba nak sampaikan..

2. Your educational background

Untuk soalan yang ini, saya sudah selitkan sekali dalam artikel cara kenalkan diri atas tu. Anda boleh rujuk sana.

Untuk jawapan yang educational ni kan, kalau memang anda perform, pointer OK, masuk itu masuk ini rajin, aktif segala bagai, memang la bangga kembang habis nak cerita kat orang lain kan. Tapi kalau jenis macam saya, duk main CounterStrike je bila tak ada kelas macam susah la sikit nak goreng…

Kalau anda memang macam saya….

Cukup lah sekadar, bagi tahu

Ya, saya belajar dari Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Diploma Mekanikal Engineering… cukup…done..

Sebab dah memang tak ada apa yang kita nak kongsikan… Kalau anda risau, takut jawapan saya ni tak power, jangan risau, sebab faktor untuk anda dapat kerja bukan sebab ni sahaja, walaupun ini faktor yang penting juga kalau anda fresh graduate, tapi nak buat macam mana kan..

Dan untuk yang memang rajin join sana sini, pointer pun power, boleh la selit selit kan pointer anda tu. Tapi kalau tak bagi tahu pun tak apa kot. Sebab memang diorang dah nampak dekat resume lampiran korang tu. Lagipun, kalau bagi tahu takut diorang pikir kita ni poyo pula kan…

3. Ceritakan pengalaman kerja anda.

Pengalaman pun sama, saya ada selitkan dalam cara kenalkan diri tu. Tapi kan, korang tak perlu basuh, duk cerita lah sampai lama lama tau dalam kenalkan diri tu, andai kata kalau bagi tahu pasal pengalaman kerja korang lah.

Seperti contoh.

Sebelum ni, saya kerja di Kilang XYZ selama 3 tahun. Sebagai Technician. XYZ buat product ehem ehem.

CUKUP…

Tak perlu lebih lebih. Sebab ini permulaan. Nanti baru ada soalan oleh penemuduga yang menyusul.

Dan bila si penemuduga tanya apa pengalaman yang korang ada, time ni lah baru kongsikan mana yang terbaik. Yang terbaik dan benda baik baik sahaja tau. Benda negatif, pengalaman negatif, benda tak elok yang tiba tiba terjadi tak perlu share dalam temuduga. Simpan semua tu…

4. Boleh kongsikan apa yang anda buat di XYZ Company?

Soalan no 4 ni, nampak macam soalan no 3 kan. Tapi korang cuba fikir sendiri. Kenapa si penemuduga tanya soalan yang merujuk terus pada satu satu company? Sudah pasti sebab ia mungkin relate sikit dengan kerja yang korang apply sekarang… So, time ni, boleh la basuh secukup cukup nya…

Kalau saya. Saya akan kongsikan point point yang macam bawah ni:

  • Apa normal task atau normal routine saya.
  • Apa pula special task yang anda buat
  • Apa pula masalah yang selalu berlaku dan bagaimana nak selesaikannya.
  • Apa pula antara kejayaan besar yang anda pernah capai.

Tapi jangan terlalu lama, jangan pula terlalu pendek… Sedang sedang lah.. Dan bila korang kongsikan tu juga, jangan buat macam jadi radio, cakap sorang sorang.

Cuba ambik perhatian si penemuduga dengan membuatkan penerangan anda tu macam berinteraksi dengan penemuduga. Supaya dapat tarik minat dia untuk beri focus dengan apa yang kita nak sampaikan…

5. What do you know about the company?

Ini pun antara soalan standard. Bukan SEMESTINYA untuk anda faham betul betul 100%. Cukup sekadar AVERAGE INFORMATION pun sudah OK.

Seperti contoh:

  • Produk company
  • Proses penghasilan product

Bagi saya sendiri, kalau anda tahu 2 benda ni pun sudah cukup. Tapi memandangkan kita pun tak tau diorang nak tanya sedetail mana, begitu pula dengan perangai diorang nak kita ni tahu sedalam mana. Ada elok juga lah kalau dapatkan maklumat lebih banyak sedikit.

Tapi itu lah, sepanjang berkali kali saya interview swasta, memang soalan yang diorang ajukan pada saya tu, bukan yang terlampau berat sangat. Bila saya reply dengan general knowledge seperti dua perkara di atas tu pun sudah cukup.. Tapi ini untuk company swasta sahaja tau, kalau GLC ( separuh kerajaan ) ataupun memang dalam jabatan kerajaan, memang diorang nak tahu banyak.

Tambah lagi nama nama tertentu…

Kalau anda bakal menghadapi temuduga kerajaan, boleh rujuk artikel contoh soalan lazim temuduga kerajaan dalam kotak atas tu…

OH YA….. Contoh contoh saya mungkin lebih kepada engineering atau kekilangan sikit ya. Mana yang industri berbeza atau pun cara kerja yang lain daripada contoh yang saya buat kan. Anda tinggalkan komen, nyatakan situasi anda. nanti saya cuba related kan mana yang patut.

6. Why are you interested in this job?

Point yang terbaik, anda jadikan apa yang anda passionate selari dengan kemahuan pekerjaan.

Seperti contoh, anda suka kerja dengan machine besar. So itu sebab anda nak kerja dengan company buat terowong.

Anda suka bermain dengan sensor dan elektronik. Robot robot semua. Itu sebab anda minta kerja kilang semikon, sebab melibatkan elektronik movement semua.

Walaupun tak suka, tapi cari juga point yang boleh dijadikan sebagai penarik pada sesuatu kerjaya…

Dan macam macam lagi. Kiranya, jadikan modal perniagaan kilang atau company itu sebagai alasan kemahuan anda.

7. Are you willing to travel or relocate if necessary? + Lesen

Depends pada company. Ada company yang memerlukan anda untuk travel. Kalau macam saya, tak perlu. So itu sebab, sangat berguna untuk ambil lesen awal awal.

8. Kenapa tinggalkan tempat lama

Sudah menjadi kebiasaan dan sebab utama bila kita tinggalkan tempat lama adalah sebab GAJI YANG TAK NAIK NAIK, atau pun NAIK LAMBAT.

Atau pun, kerja banyak sampai anda susah nak buat kerja.

Atau pun, ada masalah dengan member kerja lama.

Atau pun, pernah dengar ayat ” quit bos not quit job “? Ikut kan pada study, peratus orang yang berhenti kerja disebabkan bos, lebih ramai daripada yang memang betul betul nak berhenti sebab company tau. Kawan saya sendiri ada 2 3 orang yang macam ni, Tension sebab bos…

Tapi, itu lah… Kalau anda jadikan alasan alasan ini semasa menjawab soalan temuduga. Memang pakat pakat tak dapat lah kerja baru. Sebab, kesemuanya unsur negatif….

Nak kerja tempat lain, sebab kerja sekarang banyak orang jilat bos. Pun tak boleh juga.

Walaupun korang ni totally surrounded dengan masalah yang bukan sepatutnya pada level gaji yang korang buat pun, tak boleh dijadikan alasan atau point bila kena tanya soalan kenapa nak tinggalkan tempat lama ni..

Sebab ia nya negatif, anda mesti jawab yang positif positif sahaja… Jangan harapkan ahli panel tu ada rasa belas kasihan dengan awak. Sebab tektik pun memang sudah nak jadi..

Yang terbaik, anda cakap sahaja. Nak cari pengalaman baru. Atau pun nak kerja dengan company yang lebih besar untuk dapat benefit yang lebih baik.

Contoh macam previous kilang saya kerja. Elaun RM 120 setiap bulan tu sudah 10 tahun sama sahaja. Dan itu sahaja elaun yang ada. Elaun shift kerja siang and malam tiada. Elaun makan tiap hari tak ada.

Tapi dengan company baru, semuanya dapat dan banyak lagi benefit benefit lain. hah gitu, tapi untuk tahu maklumat maklumat macam ni memang anda kena ada orang dalam untuk bertanya. Kalau tak, macam mana nak tahu kan..

9. Kenapa nak kerja sini

Kadang kadang terfikir juga. Macam la aq hadap sangat nak kerja dengan kamu ya. Tapi tak baik pula cakap macam tu. Nak cari rezeki ni, belum apa apa lagi dah tunjuk sikap tak elok

Not good not good

Untuk jawapan terbaik. Saya rasa, elok kalau anda jadikan point kelebihan bekerja di tempat baru sebagai jawapan kepada soalan ‘kenapa nak kerja di tempat baru’…

Antaranya, lebih kurang macam tadi juga….

  • Mungkin nak cuba kerja dengan company yang lebih besar ke
  • Mungkin nak berhijrah keluar dari tempat asal ke
  • Mungkin sebab nak beli rumah di sini ke ( alasan ni lagi bagus ni, maksud nya dia fikir anda akan kerja lama )

Yang penting, jangan buruk buruk atau kongsikan kesedihan apa yang berlaku pada anda untuk previous job. Apa apa jadi, buruk seburuk mana pun tempat kerja lama. Itu lama punya cerita. Jangan ingat orang nak simpati sangat dengan anda.

10. Kenapa kerja sekejap,lepas tu berhenti?

Soalan ni pernah ditanya pada saya sebelum ni.

Macam saya,

Kerja kilang besi dalam 1 tahun…

kerja Carsem 1 tahun 6 bulan.

Kerja Sun Edison, 2 tahun

Then pindah sini. Bos yang di sini tula yang tanya. Wah u kerja sekejap sekejap ya. Lepas tu pindah. Boleh bagi tahu kenapa?

JAWAPAN UNTUK NOMBOR 10? tanya saya di comment

Untuk soalan soalan lazim yang lain, boleh rujuk senarai di bawah. mana yang pernah saya kupaskan dalam blog ni saya akan link kan ke artikel tersebut. Mana yang tak ada, boleh sahaja awak tinggalkan komen, nanti saya akan kupas dan berikan contoh…


  1. What is your salary expectation?
  2. What motivates you?
  3. What makes a good team player?
  4. How did you hear about the position?
  5. Tell me about a challenge or conflict you’ve faced at work, and how you dealt with it.
  6. Where do you see yourself in five years? – ini soalan macam susah tapi senang tau. sebab senang kita nak goreng, yang dalam masa menunjukan kita ni nak sangat kerja dengan dia. jawapan yang saya boleh bagi contoh ialah, saya harap saya sudah beli rumah di sini.
  7. What’s your dream job?
  8. What other companies are you interviewing with?
  9. Why are you leaving your current job?
  10. Why were you fired?
  11. What are you looking for in a new position?
  12. What type of work environment do you prefer?
  13. How do you deal with pressure or stressful situations?
  14. What did you like or dislike about your previous job?
  15. Describe a difficult work situation or project and how you overcame it.
  16. What was the biggest accomplishment before
  17. What are your goals for the future?
  18. Who was your best boss and who was the worst?
  19. What are you passionate about?
  20. “Out of all the other candidates, why should we hire you?”
  21. “Tell me about the last time a co-worker or customer got angry with you. What happened?”
  22. “What is your leadership style?”
  23. boleh tak bekerjasama dengan orang lain?
  24. When can you start?
  25. gaji lebih tapi kerja bz vs gaji kurang tapi keje best!! mana yang awak pilih?
    awak sudah graduate lama, tapi baru sekarang ni start koje? apa citer ni?
  26. What are your hobbies?
  27. Are you a leader or a follower?
  28. pukul berapa bangun kalau cuti?
  29. nama ceo company ni apa
  30. kalau u tengok off day, tapi tiba tiba urgent untuk datang masuk kerja, boleh buat tak
  31. boleh kerja weekend?
  32. boleh kerja lebih masa? balik malam
  33. kongsikan apa yang awak tulis dalam resume ni
  34. mana awak tau dapat kerja kosong ni
  35. untuk kerja sebelum ni, pernah tak awak buat silap yang teruk punya..kenapa? dan bagaimana awak nak pastikan ia tidak akan berlaku lagi

Akhir Kata…..

Siapa lah saya untuk mampu brainstorming dan ingat semula soalan soalan yang ditanya ni. So itu sebab saya rujuk beberapa website lain yang boleh berikan idea soalan temuduga. Baru lah saya fikirkan jawapan nya yang terbaik.

Berikut adalah antara website yang saya jadikan rujukan.

References

https://www.monster.com/career-advice/article/top-10-interview-questions-prep
https://www.forbes.com/sites/jacquelynsmith/2013/01/11/how-to-ace-the-50-most-common-interview-questions/#3a78c0134624
https://biginterview.com/blog/interview-questions-answers
https://www.kent.ac.uk/careers/interviews/commonquestions.htm
https://www.inc.com/jeff-haden/27-most-common-job-interview-questions-and-answers.html
https://www.job-hunt.org/recruiters/smart-job-interview-answers.shtml
https://theinterviewguys.com/top-10-job-interview-questions/
https://www.thebalance.com/top-interview-questions-and-best-answers-2061225
https://www.monster.co.uk/career-advice/article/what-are-the-most-common-job-interview-questions
https://www.themuse.com/advice/how-to-answer-the-31-most-common-interview-questions
https://uptowork.com/blog/job-interview-questions-and-answers
http://www.businessinsider.com/common-job-interview-questions-2016-5/?IR=T/#-21
https://www.thebalance.com/top-job-interview-questions-and-answers-2061226 
https://www.glassdoor.com/blog/common-interview-questions/  

Jangan lupa artikel di dalam kotak ini ya…

Contoh Soalan Lazim Temuduga [ anda sedang baca artikel ini sekarang ]
Contoh Soalan temuduga yang susah dijawab
Contoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hati
Contoh soalan temuduga untuk fresh graduate
Contoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerja
Contoh soalan yang perlu di tanya pada panel temuduga
Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

 




Cara Daftar Dengan MauKerja!! MUSUH Baru Jobstreet

Salam.

Seperti yang kita sedia maklum. Jobstreet adalah tempat mencari kerja yang paling ramai orang guna di Malaysia. [Saya tiada statistik, tapi saya yakin jobstreet paling ramai]. Untuk skop bidang kerjaya swasta lah. Untuk Kerajaan, anda kena rujuk SPA lah macam biasa.

Tapi ada yang baru…

MEET MAUKERJA…

MauKerja baru lagi beberapa tahun ni beroperasi. Masa saya mula mencari kerja tahun 2009 dulu, rasanya belum ada lagi. Banyak orang refer pada Jobstreet dan Mudah.my sahaja.

Dan dalam post ini, saya akan kenalkan MauKerja kepada anda.

MauKerja!!! Interface yang simple.

Artikel ini saya kongsikan cara untuk daftar dengan MauKerja. Untuk perbezaan antara MauKerja dengan Jobstreet anda boleh rujuk di post yang lagi ini, Jobstreet VS MauKerja

Jom follow saya satu satu, kita buat pendaftaran sama sama.

1. Pendaftaran

Untuk pendaftaran, anda hanya perlu KLIK Login | Register link di bahagian tepi atas sekali. Bila sudah KLIK, popup seperti di bawah akan terhasil.

Anda boleh pilih Phone atau Facebook. Tapi untuk contoh yang ini, saya akan gunakan Facebook. Sebab sepanjang saya daftar mendaftar ni, kalau guna social account. Akan lebih cepat, sebab dia akan ambil maklumat dari Facebook.

Tak pe lah. Kita terus kan…

So, saya KLIK Facebook dan continue as Syed macam bawah ni

Bila sudah KLIK rupanya minta no telefon juga. Tak apa lah.

Yes Correct ..

Sekarang hanya perlu tunggu SMS Code sampai, dan masukkan di bawah ni.

NOTED : Kalau sms masih lagi tak sampai? Korang tangguh dulu beberapa jam, nanti sambung balik.

Dan contoh SMS code yang anda akan dapat ialah seperti di bawah ni.

Masukkan code ‘7978’ ke dalam ruang di bawah dan KLIK Confirm.

Kalau anda tiba tiba dapat box notification untuk terima peluang kerja baru seperti di bawah ni, hanya perlu YA atau digalakkan untuk Setuju sahaja. Sebab jawatan yang dicadangkan pada kita nanti memang tally dengan bidang yang kita nak.

Jangan lupa click ALLOW selepas itu ya.

Sekarang kita siap sudah bahagian Pendaftaran..

Tapi sebelum tu, saya tak perasan pula bila masa pula kita letak password untuk login Maukerja? So kalau kita logout balik, dan nak Login balik apa dia password nya?

Saya tak tau, dan terus la tekan button ‘Forgot Password’ masa login. Lepas tu, system akan minta no tel atau email. Tadi kita guna nombor telefon kan. Saya letak no saya, dan dapatlah message yang macam ni.

Click lah link atas tu dan reset password baru.

Untuk login, jangan click phone, tapi bahagian email kotak merah ni

Sebaik sahaja login, perasan tak sebelah kanan profile, Pengguna Baru?

Click Link “Pengguna Baru” tersebut akan terkeluar menu seperti di bawah ni

Dan ruangan yang kita perlu ISI ialah di ‘Akaun Saya’ dan juga ‘Resume Saya’.

2 ini sahaja. Memang lah di bahagian akaun saya tu banyak juga tab tab atau ruangan yang lain. Tapi dua menu utama ini sahaja yang kita perlu isi butiran. Selebihnya rekod pencarian kerjaya yang kita nak.

***Post ini akan bersambung, saya tengah edit satu video yang saya buat khas untuk MauKerja. Nantikan ya.

Sementara tu, boleh buat pendaftaran di MauKerja dahulu <<<< Daftar Di Sini

Nanti saya akan update nya di sini… DONE UPDATE

di bawah ini videonya, sudah siap..




Jobstreet VS Maukerja VS JobsMalaysia

Jobstreet memang sudah beroperasi sejak 1997 lagi. Dan sehingga sekarang ni, ada dekat 800 orang yang berkhidmat untuk mengembangkan Jobstreet yang ada sekarang.

Bukan setakat Malaysia, malah di negara negara lain juga seperti Vietnam, Singapore tu pasti lah, Indonesia dan filipina juga.

Dalam tahun 2014. Jobstreet juga da bekerjasama dengan syarikat cari kerja Australia juga. Saya tak pasti lah macam mana yang detail nya. Boleh la baca baca sendiri di Jobstreet profile.

Apa apa pun, sekarang saya bukan nak kongsikan pasal Jobstreet tapi MauKerja.

Maukerja, juga adalah keluaran syarikat anak tempatan Malaysia. Kalau tak silap saya.

Tapi yang pasti, memang ramai lah orang kita dengan MauKerja. Mungkin investor dari luar. Tak pasti.

MauKerja, memang tersangat baru lagi. Sehingga 2017 ni, baru 3 tahun. Iaitu mula beroperasi pada tahun 2013 oleh Ray Teng, https://www.linkedin.com/in/rayteng/

Persoalan, antara Jobstreet dengan Maukerja..mana lagi WIN?

Memang lah Jobstreet, lagipun Jobstreet sudah berapa lama.

Maukerja baru berapa lama.

Persoalannya sekarang bukan, mana lagi WIN.

Tapi asalkan anda dapat iklan jawatan kosong lagi banyak, maka lagi banyak la anda boleh apply. Dan bila banyak sudah apply, lagi tinggi la peluang untuk dapat kerja.

Untuk peringkat sekarang ni, kalau anda memang focus nak kerja dengan shopping mall. Atau pun yang jenis fast food fast food ni. memang sesuai apply dengan MauKerja.

Untuk kilang kilang besar, memang lebih banyak ada di Jobstreet. Walaupun saya ada nampak juga beberapa iklan yang macam di MauKerja.

So itu sebab, persoalannya sekarang bukan nya WIN ke tak. Tapi asalkan boleh buat lagi banyak application. Lagi lebih la peluang untuk anda dapat kerja.

Macam JobsMalaysia pun sama. Website memang , adoi. Nak kutuk kang kena marah pula.

Tapi website nya memang macam haprak. Saya serius tak suka betul kalau orang kerajaan buat website.

Mesti tak bagus.

Mesti tak friendly

Tapi nak buat macam mana. Sebab kan ada nya tawaran tawaran kerja kerajaan dalam tu. terpaksa juga sign up.

Lagi pula dengan JobsMalaysia kita boleh tahu akan karnival kerjaya yang diorang buat kat mana. Roadshow ke apa.

So itu sebab kena sign up juga.

Serupa juga dengan Maukerja, Jobstreet.

Alright?

Untuk siapa yang masih lagi tak pasti untuk pendafataran MauKerja macam mana, anda boleh rujuk post ini.

Dan untuk jobstreet, anda boleh rujuk post yang lagi satu ini,

Yang pasti, sign up untuk semua ya…

Ini 3 antara website yang paling utama dalam senarai penuh saya…

  1. anda daftar Jobstreet dulu
  2. lepas tu MauKerja – untuk tahu Open Interivew + Jawatan Kosong
  3. JobsMalaysia, untuk tau Open Interview bila

Dan untuk senarai penuh, apa website dan cara untuk cari Kerja.. Boleh tengok post di bawah ni

10 Cara Untuk Cari Kerja Kosong Swasta




Contoh Resume Terbaik

Selamat Datang ke Siri Panduan Lengkap Resume

Resume yang bagus adalah resume yang mampu lakukan satu perkara yang paling penting, iaitu dengan resume yang kita hantar ia mampu buatkan majikan/company berminat untuk panggil kita datang interview.

Kalau tidak resume kita akan masuk dalam kotak.

Ingat ya, bukan kita sahaja yang apply kerja kosong itu nanti. Contoh dibawah adalah gambar yang saya snap tahun 2017 lagi.

Ada 408 pemohon untuk jadi Assistant Engineer, dan test technician ada 220 orang yang hantar resume juga seperti anda.

Dan kalau saya KLIK perkataan 408 other applicants atas tu. Kita akan dapat summary yang lebih detail seperti di bawah.

Sengaja saya screenshot begini sebab nak bagi tahu, PUNYALAH RAMAI YANG APPLY KERJA KOSONG, DAN PUNYA LAH SUSAH NYA RESUME ANDA BERSAING SEMATA MATA UNTUK DAPATKAN PERHATIAN MAJIKAN.

So itu sebab, kita kena buat resume elok elok.

Lagi sekali saya ulang, resume yang bagus, adalah resume yang mampu panggil kita untuk interview. Kalau tidak, TARAGUNA.

Anda mungkin perasan akan beberapa artikel dalam blog SayaShare saya ni. Ada beberapa artikel lain yang berkongsi tips cara buat resume. Apa beza nya tips resume di artikel tu berbanding dengan artikel yang sekarang ni?

Bezanya ialah, tips resume ini adalah yang paling utama untuk topik resume. Ingat, topik cara buat resume adalah 1 daripada 6 bahagian yang saya kongsikan di Panduan Lengkap Temuduga. Jadi kalau anda terlepas baca mana mana artikel lain, anggap sahaja Halal. Sebab saya juga akan cover di sini.

Dan dalam artikel ni, saya akan pergi pada level yang tersangat detail untuk bantu anda. Jadi, saya harap sangat sangat untuk anda beri fokus.

Luangkan masa dalam 15 minit untuk baca dan faham kan apa yang saya cuba nak sampaikan. Saya buat artikel luang masa berjam jam ni untuk anda juga, bukan untuk saya ya, saya sudah dapat kerja pun.

Saya dah dapat kerja dah saya dah berhenti kerja pun sekarang. Saya mula karang artikel ni dalam tahun 2017. Sekarang saya update tahun 2022, dan 2019 saya dah berhenti kerja dan mula bekerja sendiri.

Jum kita semak fact check dulu.

Fact Check 1

Anda tengok sendiri salah satu case study yang company luar negara buat…TheLadderEyeTrackingStudy

Apa yang berlaku ialah mereka cuba buat research bagaimana Majikan tengok resume.

Dan seperti anda lihat, Resume 2 jauh lebih baik seperation penglihatan majikan berbanding dengan Resume 1 yang nampak lebih tertumpu pada satu bahagian sahaja.

Kalau kita tengok design Resume 1 satu pun memang straightly kita boleh faham, kenapa jadi macam ni kan? Sebab artikelnya tidak di olah secara point by point.

Karangan berjela macamni memang meletihkan mata siapa saja yang tengok.

Fact Check 2

Ikutkan study dari TheLadder juga, kita hanya ada 6 saat sahaja untuk impresssed kan hati si Majikan yang review resume ni. Kalau tak berjaya…habis lah…

Oh ya..kalau tak majikan pun, mungkin HR yang akan tapis dahulu…

Berikut pula adalah diagram yang saya lukis, proses anda dapatkan kerja yang saya percaya, semua orang akan lalui nya..

Buat resume cantik cantik, elok elok bukan untuk terus dapat masuk kerja ya. Hanya untuk dapatkan panggil interview sahaja. Itu sebab, saya kenalkan 6 peringkat yang anda perlu faham untuk dapatkan kerja.

Dan Peringkat yang pertama ialah, buat resume. Rujuk peringkat 1

Isi Kandungan dalam Resume

Untuk isi kandungan dalam resume, saya bahagikan kepada 2 structure mudah.

Iaitu yang khas untuk Fresh Graduate, dan juga yang sudah Berpengalaman. Susun atur dua golongan ni berbeza, sebab fokus yang anda nak tunjukkan dalam resume pun sudah lain.

Seperti contoh, orang yang dah bekerja, atau yang sudah ada pengalaman, mestilah nak showcasekan pengalaman kerja kita. So saya structurekan isi kandungan resume ni khas untuk golongan yang sudah berpengalaman ni.

Manakala untuk adik adik yang baru habis belajar, pengalaman kerja tak ada. So saya buat structure resume yang showcase kan PENGALAMAN PRACTICAL korang dan FINAL YEAR PROJECT, dan juga CGPA kalau dapat cantik.

Lagi sekali saya ulang ya.

untuk fresh graduate, resume focus pada

  1. pengalaman practikal
  2. final year project kroang
  3. dan cgpa yang korang dapat.

Untuk yang sudah ada pengalaman ni, saya pernah interview majikan tu tak tanya pun saya dapat pointer berapa, study mana semua. Lebih kepada nak tahu pengalaman kita kerja sahaja.

So untuk yang sudah ada pengalaman, cuba focuskan resume anda tu kepada pengalaman kerja.

Points Resume…

Boleh tulis semula di word untuk point point buat resume korang nanti…

Untuk Impresssssskan Majikan, saya cadangkan..

Anda beri focus 3 bahagian ni. Header, Center, Footer..

Header – yang biasa kita akan tulis nama, no tel, alamat semua..

Center – Isi kandungan resume kita.

Footer – Untuk pastikan mereka baca dan kenal kita sampai habis. Sebab bahagian referrences pun sangat penting juga.

in total, design pun kena cantik cantik juga…

Antara contoh design resume yang cantik….

Saya ada 3 set untuk anda tengok set 1, set 2 dan set 3

Sebelum saya bagi penerangan dengan detail bagaimana anda boleh buatkan setiap point anda standout. Elok juga kalau anda hadam dulu format format resume. Tak penting pun follow nya sebijik sebijik. Tapi sekadar nak faham tu boleh la…

Ini dia… Contoh Resume Format Malaysia!!!

Header – Bagaimana nak buat header yang memikat.

Header walaupun butirannya boleh kata lebih kurang sama dengan resume lain. Tapi masih lagi dibezakan dengan cara anda mem-present-kan nya.. ( pelek juga ayat saya ni, harap faham lah )

Ye la, kalau tak tunjukkan gambar, alamat, email, no tel, apa lagi nak di bagi tahu kan?

Tapi kita boleh buatkan header resume kita nampak best dengan mentampilkan design design dan structure presentation yang menarik. Terumatanya jenis resume yang ‘modern design’.

Seperti contoh dua header di bawah

Sudah pasti yang disebelah kanan nampak lebih appealing kan?

Nama : pastikan buat tulisan untuk nama anda lebih besar sikit dari tulisan lain. Bold..

Alamat : tak perlu alamat detail sampai no rumah semua. Cukup sekadar taman/daerah/negeri. Boleh juga jimat space.

Email : jangan guna email cuteboy@gmail.com ya. Merepek. Guna nama penuh dan formal.

No tel : kalau boleh, letak no tel dua. Mana tahu takut takut anda tak angkat.

Objective Summary

Saya percaya, ramai yang akan rasa blur juga kalau nak siapkan ayat untuk objective. Actually saya pun macam ni juga.

Untuk saya, saya suka kalau gunakan teknik + format yang disediakan oleh resumegenius.

Ini dia…

Atau pun,

Secara mudahnya, kita akan bahagikan isi kandungan yang memang saiz ciput untuk objective ni kepada 3 bahagian..

1st: Self introduction via mentioning your strongest (provable) traits

2nd: Telling the hiring manager which role you want to fill

3rd: Emphasizing that you are reliable, and have company goals in mind

Maka, terhasil lah apa yang saya buat di bawah ni… Lama juga nak fikir…

Feel inspired to improve production with no excuse for qualities but still with better output. I’m seeking to continue my best fourth consecutive years as Process Technician. I may not learn fast, but I trully believe that I can perform and be at level of your expectations.

Or

More than 4 years experienced in semicon industry. Starts with bare wafer production as Process Technician in Final Cleanear, Wafer Fab in Lithography Process as Shift Assistant Engineer, and in Assembly Line as Die Attach Process Technician.

Benda ni, perlukan masa sikit nak fikir. Itu sebab, dalam rangka saya untuk siapkan resume korang semua ni.

Saya bahagikan kepada beberapa bahagian..

  1. Kita belajar buat resume secara video
  2. Lepas tu, kita cantik cantikkan resume juga secara video. “Saya tunjuk guna premium resume design”
  3. Baru lah kita akan sibuk kan diri untuk apply kerja, masa ni anda tak perlu susah susah rujuk artikel saya yang panjang ni, 10 Cara Cari Kerja Kosong, sebab saya akan bagi satu checklist yang saya hias comel comel untuk anda follow.**tapi saya harap sangat juga untuk anda baca artikel 10 cara kerja tu, sebab saya ada bagi tips tips manis sikit di sana.

Seterusnya, kita belajar cara nak tulis point point dalam bahagian skills dan strength pula..

Center – Skills + Strength..

Sebenarnya, bila kita buat resume ni..

Bukannya perlu olah ayat sendiri sangat. Tapi lebih kepada anda tengok pada point point jawatan kosong yang ada. Seperti contoh di Jobstreet atau MauKerja. Jadikan point point tu sebagai point point anda. tapi kena olah olah sikit lah. Jangan bulat bulat copy..

Tak pa, nanti di bawah saya akan bagi contoh yang bagus dan contoh yang tak bagus..

Tapi sebelum tu, saya nak anda faham dan pastikan guna ciri ciri cara tulis skills yang saya cadangkan di bawah.

  1. Keep it short – jangan terlalu panjang.
  2. Buatkan nya ia bullet point, jangan tulis karangan
  3. Masukkan sekali success rate – ini penting kalau anda memang mampu buat, nanti saya akan ulang lagi sekali bila saya guna point ‘success rate’ ni.
  4. Terbaik kalau anda masukkan data atau nombor, seperti contoh, “dengan saya buat ‘itu’, saya berjaya tingkat output production sebagai 30%”. Contoh lah ya…
  5. Hanya masukkan point yang relevant sahaja, pengalaman atau skills yang tak kena mengena simpan buat pekasam. Atau pun pendek kata, kita akan lebih kepada nak buat format resume jenis ‘functional resume’. Ada faham? Ada baca tak saya note kan format resume tadi?

INGAT!!! Point yang relevant dengan apa yang kriteria yang majikan nak sangat sangat CRUCIAL…

Dan contoh nya pula..

Contoh Yang Tak Good..

Know how to use AutoCad

Experienced how to handle XXXX machine

Dan contoh yang Good nya..

Know how to use AutoCad, refer attachment to view some of example of my design.

Experienced how to handle XXXX machine for 3 years.

OK……..Jelas tak?

Saya bagi lagi 1 contoh..kali dalam bahasa melayu lah.. pening aku nak translate

Boleh menaip dengan cepat ( untuk jawatan kosong kerani )

Jangan tulis macam tu, masukkan resultnya sekali.. Sebaliknya anda tulis..

Boleh menulis dalam 65 WPM ( word per minits )

**Kira nya saya bagi tahu terus berapa speed typing keyword saya. Oh ya, yang nilai 65WPM tu adalah nilai sebenar. Saya saja 1st time main main testing speed di http://typing-speed-test.aoeu.eu/

Korang try la juga..mana tau boleh buat resume dengan laju…

Ok. Kita moving on….

Center – Cara Nak Tulis Bahagian Pengalaman Pula

Untuk company yang pernah anda kerja, tak perlu tulis semua tau. Tulis mana yang paling best, paling anda bekerja dengan cemerlang gemilang sahaja.

Contoh macam saya.

1st graduate saya kerja 5 bulan di kilang buat machine. Saya guna buang tau kat sini. Haha. Tapi ada saya tulis dalam resume? Idok ler

2nd kerja. Jadi operator…ada saya tulis? Idok juga.

3rd kerja, jadi technician.. hah ni baru tulis. Ibarat ini la permulaan kareer saya.

Ada lagi satu kerja, bahagian marketing. Ada saya tulis? Tak juga, sebab marketing kan tak relevant dengan jadi Technician. So saya tak tulis mana yang tak berkenaan atau mana yang saya kerja tak cemerlang. Lagi sekali, kita menggunakan antara ‘functional format resume’ factor.

Bila saya tulis bahagian pengalaman ni. saya suka bahagikan kepada beberapa bahagian.

  1. Tulis nama jawatan
  2. Nama kilang
  3. Description tentang kilang, kiranya saya bagi tahu kilang ni buat apa, produk apa untuk menunjukkan relevant nya dengan jawatan yang dipohon. Berapa jumlah pekerja juga saya tulis untuk menunjukkan syarikat ni besar.
  4. Dan baru la point point untuk task saya…

Seperti contoh…

Process Technician at ABC Company

ABC Company was one of top company in Ipoh. With over 5000 employees from 2 sites plant. It’s assembly production producing microchip.

Some of my task included:

  • Point 1
  • Point 2
  • Point 3

OK dah.. Jelas?

Tak ada contoh kedua dah ni…

Untuk apa dia point point tu, macam saya cakap tadi. Anda tengok pada ayat yang ditulis dalam iklan jawatan kosong, cuba copy copy sikit jadi kan ayat task anda. mana yang relevant lah. Jangan menipu. Dosa tu. saya tak eloborate lebih, sebab dalam video yang saya tunjuk kat atas tu saya sudah bagi contoh LIVE.. harap sangat untuk anda subscribe email untuk dapatkan video ni, supaya saya dapat bantu anda dengan lebih baik lagi..

Untuk adik adik yang tiada pengalaman, juga boleh jadikan point point masa buat bahagian ‘Pengalaman Praktikal’ berasaskan cara saya tulis di bahagian point pengalaman ni ya..

Center – Point Education Pula…

Untuk bahagian EDUCATION, saya rasa mudah sahaja kot. Tak ada apa yang dijelaskan sangat pun.

Footer – Referrences

Ini tak kurang juga penting nya tau..

Kalau saya, saya suka tulis macam di bawah ni…

Saya conteng conteng sikit ya. Nanti kalau tak buat, lain pula yang jadi.

So apa yang saya letak ialah:

  • nama
  • no tel yang paling penting
  • relation – ini pun penting, kiranya saya bagi brief sikit pengenalan siapa lah depa ni..

Perhatikan juga, bahagian references ni. Saiz tulisan saya kecil sikit berbanding yang biasa tau. Kenapa? Sebab bukan semua tulisan di resume anda perlu buat besar. Kecil pun x pe. Boleh jimat space.

Contoh macam email atau alamat pun boleh dikecilkan juga..resume kita pun akan nampak lebih kemas.

Few Notes Before We End

Kalau nak ikutkan tahap detail nya artikel ni kita boleh pergi lebih jauh lagi. Tapi cukup lah setakat ni saya rasa. insyaAllah, dalam masa akan datang, saya akan cuba upgrade lagi artikel seperti saya buat di artikel artikel saya yang lain. Supaya penerangan dan perkongsian saya lebih mudah untuk difahami.

Tapi saya sebelum saya tamat kan artikel ni, saya nak kongsikan lagi 2 perkara penting..

Penggunaan Tulisan yang mudah di baca.

Ikutkan pada sesetengah pendapat, bila nak pilih tulisan, pastikan guna sans serif. Sebab sans serif lebih mudah dibaca kalau di print.

Apa itu serif dan sans serif?

Serif yang melengkok di tepi hujung huruf tu. Antara yang popular untuk serif ialah Times New Roman, manakala sans serif ialah Arial.

Dan bila saya mula menulis artikel ni menggunakan microsoft word default font memang sans serif. Tapi kalau kita tengok website website besar, contoh macam Lazada, Amazon, Ebay dan macam macam lagi, mereka lebih banyak menggunakan Sans Serif. Sedangkan times new roman lebih nampak elok kalau baca di screen laptop.

So agak pelek di situ..

Apa apa pun, anda perlu lah hati hati dengan pemilihan tulisan. Jangan terlampau kecil, atau jarak antara perkataan tu terlampau jauh. Pastikan mudah untuk baca lah..

Yang terakhir ialah penggunaan modern design. Seperti di bawah:

Di Malaysia, saya rasa masih ramai lagi yang tak gunakan peluang ni. saya rasa lah, dalam kebanyakan resume yang saya jumpa. Baik kawan kawan share, atau pun yang saya curi curi tengok masa open interview.

So, sangat sangat la baik peluang ni kalau anda guna.

Oh ya, dalam video tutorial yang saya tunjuk, memang kita akan guna design design modern ni untuk buatkan resume kita lebih stand out.

Terima Kasih…

Alrite, saya rasa itu sahaja kot.

Terima kasih sebab luang kan masa.. sekarang ni, saya nak anda buat sesuatu pula untuk saya. Tinggalkan komen dan bagi tahu, apa yang anda rasa tak lengkap lagi artikel ni..




Jawatan Kosong di Kelantan – Saya Tolong Cari

Saya LIST Kan Senarai Kerja Kosong di Kelantan Untuk Anda

Untuk saya tunjukkan apa dia jawatan kosong yang di Kelantan yang anda boleh apply, macam biasa anda semua terpaksa buat kerja sedikit dengan mengisi butiran pada tahap yang paling baik supaya permohonan anda berjaya. Mana yang rasa malas, atau rasa tak sure jangan risau, saya sudah ada sediakan video nya untuk bantu anda.

Nanti saya akan tunjukkan video nya, buat masa sekarang, saya nak tunjuk di mana tempat untuk cari kerja yang saya maksudkan sekarang ni. Jawapannya adalah di Maukerja..

KLIK DI SINI Untuk Daftar MauKerja

KLIK DI SINI Untuk Video Panduan Daftar MauKerja

Seperti yang anda boleh lihat, untuk rekod, sekarang ini ada 35 jenis jawatan yang terdapat di MauKerja. 35 jawatan ni bukan untuk 35 orang ya, sebab setiap jawatan tu ada yang nak beberapa orang lagi. Ada juga yang nak berpuluh lagi, jadi insyaAllah boleh la anda dapat nanti…

Untuk lihat sendiri kerja kosong yang terdapat di Kelantan, anda boleh ubah ruang kosong lokasi kepada negeri Kelantan seperti di bawah.

atau pun, boleh gunakan link ini untuk cari jawatan kosong di Kelantan yang masih lagi available <<<< CLICK Here

atau kalau nak cari jawatan kosong di seluruh Malaysia, boleh guna link ini, MauKerja Malaysia

Bila sudah tengok jawatan apa yang anda nak apply, jangan lupa, jadikan rujukan video dan artikel saya di Panduan isi Borang Maukerja untuk buatkan permohonan anda lebih terjamin untuk lepas.

Selesai.. Itu sahaja..

Kalau nak teruskan membaca boleh terus kan, sebab saya nak kongsikan dua benda.

Pertama, akan pengalaman salah satu temuduga saya di Rohm Wako iaitu…

Saya REJECT temuduga ROHM WAKO semalam (29 hb June 2017), anda boleh baca kenapa di artikel ini, Jemputan Temuduga oleh Rohm Wako

Dan kedua, adalah antara pendapat lemah saya akan peluang pekerjaan di Kelantan, kampung isteri saya ni…

oh ya, kalau masih lagi tak kenal saya, anda boleh baca di About Me ya. Ini pula link untuk pengalaman kerja saya.

OK, sememangya, di Kelantan memang kurang jawatan kosong khas nya untuk bidang macam engineering macam saya ni. Rasanya, bidang bidang lain ada juga masalah tiada peluang pekerjaan. Untuk perhotelan, rasanya tiada masalah. Kawasan perainginan, banyak juga di sini. Hospital, untuk jawatan kosong jururawat pun mungkin tiada masalah sangat.

Apa yang saya perhatikan, orang sini memang kebanyakan berniaga. Kalau anda memang pandai buat roti canai, elok lah pindah Kelantan terus. Sebab sini India kurang. Mamak kurang. Tak macam tempat lain.

Peluang Pekerjaan Terbaik di Kelantan?

Bagi saya, kalau nak hidup mewah juga di Kelantan ni. ialah bekerja dengan Kerajaan. Contoh, jadi Cikgu. Saya pun tengok rumah rumah kat sini, besar besar kebanyakannya rumah Cikgu.

Bekerja Sendiri

Seterusnya, yang saya rasakan terbaik untuk anda cari duit di Kelantan, ialah jalankan perniagaan sendiri. Sama ada buat rumah. Kedai makan.

Kerja Kilang

Kilang bukan lah tiada langsung. Pengkalan Chepa tu. Agak lebih dari 1 juga lah kan. Jadi tiada masalahnya kalau cuba minta kerja di sana. Kalau tak nak sebab gaji sikit pun tak mengapa. Cuba dulu, cari pengalaman. Nanti cabut lah pergi negeri lain.

Insurance?

Kerja Insurance, memang kat mana mana pun boleh kasi untung punya. Dan saya perhatikan banyak juga agensi atau institusi insurance yang memang nak hire orang di Kelantan. Anda boleh contact saya untuk tahu.

Banking?

Banking pun memang ada sahaja kerja kosong di mana mana.

Kerja di Shopping Complex/Mall + Tesco

Sejak AEON sudah naik, saya pasti ramai pun perasan akan peluang pekerjaan yang bertambah. Lagi pula akan ada satu lagi Shopping Complex berhadapan dengan Station Bas Lembah Sireh akan di buka.

Berhadapan dengan AEON juga, Shopping Complex baru ni.

Untuk senarai kerja kosong yang saya dapat cari memang banyak kerja kosong dari AEON. Anda boleh rujuknya nanti, tapi saya memang akan listkan semua jawatan kosong yang berkaitan dengan Shopping Mall ini semua dalam satu bahagian.

Fast Food

Fast Food, macam KFC, Pizza, Nandos. Mana yang ada juga dalam AEON memang ada peluang pekerjaan yang banyak juga. Hei, mana yang kerja di AEON contoh macam Nandos, VIVO atau yang sama waktu dengan nya ni gaji bukan sikit tau. 2k boleh cecah juga tu.

Dan, saya juga ada senarai kan jawatan kosong yang anda boleh apply untuk bidang kerjaya Fast Food ni.

Baik lah.

InsyaAllah, di masa akan datang. Saya akan tambah lagi peluang pekerjaan untuk warga Kelantan ni.

Jangan lupa tengok sidebar saya, saya ada kongsikan panduan buat resume untuk adik adik fresh graduate, dan juga yang sudah ada pengalaman.