Korang Share – Saya Jawab 2 Soalan
Hi,
Assalam,
Sebelum saya perkenalkan diri, saya ingin ucapkan terima kasih sebab blog en. banyak bagi informasi yang bagus kepada “jobs hunter” seperti saya dan sangat menarik. Hargai pengorbanan en. dalam membantu orang lagi-lagi bangsa sendiri.
Saya Farah lepasan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Polimer yang lebih meliputi kepada industri, kajian dan pembuatan getah, plastik dan chemical.
Saya tamat pengajian pada Ogos 2018 dan sampai sekarang saya tidak dapat apa-apa panggilan dari mana-mana syarikat dan juga jobstreet. Dan sementara ini saya bekerja separuh masa.
Bidang polimer banyak operasi di belah utara seperti Penang dan Kedah, serta kawasan Shah Alam dan Johor Bahru.
Jadi engineer, researcher, manager, atau executive antara jawatan yang saya mohon namun saya tak berapa kisah dengan jawatan asalkan dapat kerja dan pengalaman.
Saya baru sedar mungkin teknik saya salah dan saya percaya masih ada peluang lagi. Jadi saya berharap en. dapat bantu.
Saya sertakan beberapa soalan yang saya masih -ragu lagi. Harap en. dapat memberi maklum balas
Kalau objektif di dalam resume contoh seperti “seeking for any position that suitable with my certification and experience” adakah relevan atau menampakkan kita tidak professional dan kurang info tentang syarikat itu?
Ini saya dapat informasi orang luar menyatakan susah untuk dapat kerja jika alamat kita jauh dari tempat yang dipohon. Contoh alamat rumah Kuantan dan mohon kerja di Johor kebarangkalian untuk dipanggil adalah rendah. Benar atau tidak ?
Kerjasama en. amatlah dihargai dan semoga diberi ganjaran oleh Allah S.W.T..
Dan saya jawab…
Sebelum tu, maaf la saya tak berapa arif akan bab polimer ni. Harap farah ada rezeki kat mana mana sahaja farah ada. Bila saya cakap rezeki tak semestinya bab duit, bab pekerjaan. insyaAllah hal hal lain seperti suami dan zuriat dan keturunan yang baik.
Dan soalan pertama, pasal objektif. Ok ke tak? Atau relevant ke tak seperti apa yang farah tanya. Dalam video yang saya kongsikan memang ada topik ni. Memang saya ada bagi tahu, lebih baik kongsikan summary pengalaman awak berbanding dengan ayat ayat tradional macam tu.
Ayat ayat yang macam start dengan seeking lah apa ni, nak kata salah atau tak. Saya pun tak pasti, tapi yang saya pasti dan yakin. Ayat ni terlampau traditional. Semua orang buat. Dari cikgu, sampai ke lecturer sampai ke contoh contoh resume online semua guna starting atau format atau cara tulis yang sama. Bila dah terlampau banyak berlaku, dan la ayat tu memang boring. Lagi pula ramai orang duk copy copy, lagi lah jadi boring.
So sangat lah elok untuk anda tukar dan tweak sikit kepada sesuatu yang lebih baik dan lebih meyakinkan untuk dibaca. Jum kita tengok bezanya..
Ayat Traditional Objektif
Seeking to fill a job position in the Customer Service sector. A very notorious capacity to quickly handle requests and complaints from the customers.
Seperti yang anda lihat, contoh ayat objektive di atas, tak lain tak bukan adalah untuk anda masuk dalam bakul dan angkat sendiri. Versi yang lebih baik ialah, anda kongsikan result atau pengalaman.
Seperti contoh
Cara Tulis Objektif – eh salah ni..
Cara Tulis Job Summary, kiranya kita tukar bahagian objektive ni kepada summary..
I have almost 7 years experieced in semicon industry. Starts from 2 years in wafer facbrication as proces technician, 3 years in assembly line. And almost 2 years in bare wafer production.
Untuk mana yang tak jelas akan bidang semicon. Kilang kilang yang korang tengok tu, kiranya yang nak buat microchip. Kilang tu, bukannya merangkumi 3 area yang saya maksudkan di atas.
Sebab semicon start dengan bare wafer production, kiranya siapkan satu piring nipis yang dijadikan macam cermin, lepas tu masuk ke process wafer farication untuk buat pattern atau litar atas piring tadi atau kami panggil wafer. Lepas tu, baru dihantar ke assembly line. Assembli line, diorang akan potong potong wafer tadi, yang saiz dalam besar pinggan kepada kepingan kecil. Lebih kurang dalam 8 ribu unit. Ibarat macm besar semut. Lepas tu, baru lah diorang di bahagian assembly line ni juga akan dipasangkan kaki yang kita tengok ada yang 6 kaki semua tu.
Ketiga tiga process ni memang jarang sangat la orang dapat merasa kerja semua sektor. Tapi alhamdullillah saya dapat, so saya jadikan bukti yang membanggakan ni sebagai saya punya job summary. OK?
Sorry sebab panjang sangat.
Jum saya jawab soalan no 2 pula
Ini saya dapat informasi orang luar menyatakan susah untuk dapat kerja jika alamat kita jauh dari tempat yang dipohon. Contoh alamat rumah Kuantan dan mohon kerja di Johor kebarangkalian untuk dipanggil adalah rendah. Benar atau tidak ?
Jawapannya betul..
Memang mana mana company terutamanya kilang kilang macam saya ni. Bila diorang cari pekerja ada beberapa faktor yang buatkan diorang akan ambil, dan faktor ni memang ada antara nya bukan dalam kawalan dan kemampuan kita untuk berikan pun.
Antaranya
Bangsa apa – macam kilang saya kerja ni, ada sorang melayu member saya ni memang dah cukup power dah buat kerja. Tapi bos tetap tak ambil, sebab melayu da ramai. Nanti nak cover time raya tak ada orang pula. So bos akan ambil bangsa lain
Pengalaman – ini normal
Friendly dan meyakinkan. Kiranya bila korang datang temuduga tu. Sifat korang yang mesra, friendly, senang di bawa sembang. Dan faktor faktor gini lah kadang kadang akan bantu kita dapat kerja juga.
Background – untuk level fresh graduate, mungkin diorang tengok la awal awal. Awak grad dari mana, berapa pointer. Tapi bila dah lama lama. Diorang tak tengok pun, lebih kepada nak tau apa pengalaman dan apa yang korang buat
Dan no 5, tempat tinggal tadi tu.
Mungkin ada lagi, tapi saya nak stop sampai 5 perkara sahaja.
Masa saya temuduga TNB di Manjung dulu. Saya memang ada macam kencing sikit, letak alamat rumah pakcik yang memang tinggal di setiawan nun. Tujuannya, supaya TNB nampak dekat..
Tapi tak semestinya juga, faktor macam kedudukan ni mungkin tak sekuat akan pengalaman yang anda ada.
Kalau korang boleh buat kerja, pengalaman power, kenapa tak diorang akan ambil juga kan?
Bila saya apply kerja jauh macam Kulim ni dulu. ( sebelum ni saya kerja di Ipoh ). Saya ada bagi tahu yang saya ni tiada masalah untuk travel. Kiranya korang tambah kan juga faktor faktor kuat untuk bagi tahu yang korang ni nak sangat bekerja tempat lain.
Contoh ayat macam..
Saya nak belajar culture orang lain ke
Saya nak belajar berdikari ke..
Apa apa lah.
Contoh macam saya dulu, saya buat ayat. Saya nak bekerja dengan company yang lebih besar. Lebih tersusun macam sekarang ni.
Hah gitu… ada apa apa lagi tak?
Anda kena buat lebih baik dari orang lain..
Kalau cara kita tulis, cara kita buat objektif, cara kita cakap. Cara kita present. Cara kita terangkan permasalahan cara kita eloborate masalah dalam temuduga, semuanya sama dengan orang lain.
Macam mana kita nak buktikan yang kita ni lebih baik dari orang lain kan..