Cara Tulis Resume

Salam semua kepada kepada anda yang nak cari kerja..

baik pada yang freshy, mahupun yang memang sudah ada pengalaman kerja..

Saya percaya anda datang daripada HomePage saya-share.com yang buatkan macam bentuk resume tu kan?

Seperti yang saya katakan di bahagian objective sana, itu adalah contoh resume yang saya design untuk buatkan presentation kita pada Company nampak lebih MENARIK. Anda jangan terkejut, sebenarnya masih ramai lagi yang bila buat resume mesti nampak macam bawah ni…

Contoh Resume Zaman Tok Kadok

Ok tak resume macam si Sanjeev ni? OK je sebenarnya.. Tapi dalam seribu application mohon kerja, kalau semuanya design resume lebih kurang macam ni, AKAN JADI MASALAH TAK?

Sudah pasti ada masalah.

Anda selaku budak yang baru nak cari kerja, mesti guna segala posibility untuk raih kepercayaan Majikan. Dan salah satu yang saya sentuh dalam artikel ini ialah ‘CREATIVE DESIGN RESUME

Ikut pada kajian, purata HR (human resource) yang duk tapis resume resume yang mohon kerja lebih kurang dalam 7 saat sahaja tau. Kita nak buat resume pun, kadang kadang 2 bulan tak siap. Tiba tiba yang menentukan layak ke tak 7 saat sahaja? best tak gini? sakit hati kan…

So, itu sebab kena buat resume elok elok, guna point yang power, design yang cun cun…

tak pe lah, sekarang. biar saya tunjuk resume saya pula…

Contoh Resume Latest Saya

Hah ok tak? boleh la kan. nampak la kemas sikit.

Anda tahu tidak, sedar tak sedar. Apa yang saya kongsikan ini adalah faktor utama untuk buatkan resume anda disiapkan pada kondisi yang paling BAIK.

So, point pertama saya, ialah design resume anda supaya nampak menarik. Kita pergi point kedua pula iaitu Cara Buat Ayat Yang Betul Dalam Resume << baca di sini




Contoh Soalan Temuduga Khidmat Pelanggan – Vol 3-3

Alright..

So hasil daripada kawan kita, pembaca blog ni, cik laila yang bertanya akan temuduga khidmat pelanggan. Saya ada sediakan 3 artikel khas untuk cover sehabis baik apa yang cik laila ni tanyakan.

Ikutkan pada soalan dia.

Ada 3 soalan utama yang dia nak tahu.

  1. Cara hadapi nervous
  2. Contoh soalan temuduga
  3. Dan jawapan..

Untuk no 3 tu, saya tak pasti sama ada sempat atau tidak sediakan contoh jawapan yang baik.. Mungkin anda kena duduk dulu tenang tenang dan fikirkan jawapan yang terbaik..

So untuk cara hadapi nervous anda boleh baca di sini.

Untuk introduction temuduga khidmat pelanggan, iaitu artikel yang pertama. Saya pun galakkan anda semua baca artikel yang ini dahulu. ini dia artikel nya

Untuk temuduga kerajaan, memang macam clash sikit pun ada. Sebab korang macam kena tahu dua benda. Yang pertama, mungkin soalan yang biasa di tanya untuk bidang khidmat pelanggan ni, yang kedua, jenis soalan yang ditanya kalau temuduga dengan kerajaan.

Untuk soalan temuduga yang biasa ditanya, boleh rujuk artikel yang dalam ini sahaja.

Tapi, kalau yang temuduga kerajaan. Anda boleh rujuk artikel soalan lazim temuduga kerajaan ni.

Dan lagi satu tempat, beberapa blog lain yang ada kongsikan pengalaman khas untuk jawatan ni.

So saya ada jumpa 3 blog

  1. Blogger Norafisah – artikel ni agak lama juga ni, tapi saya rasa masih lagi berbaloi kot kalau nak dijadikan contoh. Dia ada bagi tahu, kalau temuduga khidmat pelanggan ni kena tahu akan dasar kerajaan, PKPA semua. Untuk tahun 2008 ni lah. sekarang ni kita dah naik kerajaan baru, so update la dengan dasar baru kan. Mungkin kena hafal janji 100 hari dan bagi tahu mana lagi yang belum ditunaikan..
  2. DindaKanda – blogger ni tak ceritakan detail, tapi dari awal anda baca, sampai kan ke akhir. Buatkan setiap yang kita lalui ni bermakna, kenangan apa yang blogger ni ada, sangat sama dengan kilang yang saya pernah kerja dulu. Ada kenangan pahit, time tu pun pahit. Tapi bila dah lama lama, jadi manis, jadi special sebab kita je yang rasa benda tu. tak ada sebarang tips atau perkongsian soalan, hanya berkongsi cerita biasa biasa sahaja..
  3. Blogger Peah – blogger ni pun tak ada kongsikan hal yang detail, adoi. Saya boleh je contact Peha dan dindaKanda ni, tapi memang tak sempat dah untuk Laila. Tapi bila baca baca, saya ada tambah satu lagi jenis soalan yang ditanya untuk koleksi soalan biasa, soalannya ‘ kalau gaduh dengan teammate, macam mana nak setel ‘

Dan soalan temuduga yang general tapi sangat penting untuk anda praktiskan..

Apakah itu peranan khidmat pelanggan, atau pun soalan lain ‘what makes great customer service’. Ataupun mungkin soalan tu berbunyi, apakah good customer service means to you.

Untuk jawapan soalan yang jenis macam ni, saya ada kongsikan di artikel pertama. RUJUK ARTIKEL 1

Apa yang anda akan buat kalau anda pun tak pasti jawapan untuk soalan yang ditanya!

Kunci utamanya ialah anda cuba jujur dan tak perlu nak berdalih dalih lagi. Jujur sahaja, cakap baik baik, dan mungkin anda minta dia tunggu sekejap untuk anda bertanyakan pada orang lain.

Kongsikan pengalaman kalau ada.

yang saya rasa mudahkan kalau anda nak fikirkan jawapan nya sendiri. pastikan pilih pengalaman yang anda nampak bagus ya, rajin je. bukan pengalaman yang makan diri sendiri.

Contoh sembang customer service – berlakon

Saya tak pasti sama ada soalan ni akan berlaku atau tidak. Tapi macam akan jadi, saya cuba cari kat tenet, google, satu pun tak jumpa.

Tapi tak apa, anda prepare je lah. kiranya situasi lakonan yang semacam anda sedang bercakap dengan seseorang. Mana tahu takut ditanya, sebab dulu lecturer saya pernah disuruh belakon masa nak apply kerja dengan UTP. Tapi jadi lecturer lah, bukan jadi Customer Service..

Kalau gaduh dengan teammate macam mana nak setel?

Dan jawapannya:

Kenapa, memang ada berlaku ke? Kalau jadi pun normal lah kot. Bukan kat sini sahaja. Semua tempat ada. Ikut kan pengalaman saya sendiri, memang banyak juga jadi macam ni. Tapi kalau memang perlu tegur berkaitan dengan kerja, saya memang akan direct sahaja tanya. Tapi kalau nak sembang kosong tu saya tak lah kot. Tapi kalau penting saya akan tanya.

##jawabdirectdanrilekjer..

Sejujurnya, saya minta maaf sebab koleksi soalan untuk customer service ni tak berapa banyak saya boleh dapat. Saya ada cuba cuba cari online, tapi kebanyakannya memang sudah ada saya tulis dekat contoh soalan lazim temuduga dan soalan lazim temuduga kerajaan. Anda boleh rujuk yang ini sahaja ya.

Mana yang tak faham, tapi pasti nak reply, boleh tinggalkan komen atau email saya untuk saya bagi contoh.

Mungkin anda cari soalan yang psikology sikit, contoh macam apa yang anda akan nampak dalam 5 tahun contoh nya. Soalan permasalahan juga, contoh ada ada customer yang bising bising, dan apa pula tindakan anda. Hah gitu.

Ok lah, selamat berjaya untuk siapa yang pergi temuduga bidang ni.




Cara Nak Hilangkan Nervous Semasa Temuduga – Vol 2-3

Benda ni normal.

Semua orang rasa.

Saya sendiri yang lebih daripada 4 ribu kali pergi temuduga ni pun akan rasa gabra sikit pada sesetengah bahagian. Tapi, apa yang saya perasan, bila dah lama lama kerja ni, pengalaman kerja pun dah lama. Saya lebih nervous dan takut akan quiz sahaja bila pergi mana mana temuduga.

Kalau setakat soalan temuduga semua, insyaAllah saya boleh.

So saya sendiri, ikutkan pada pegalaman saya. Untuk deal dengan masalah nervous ni ada dua benda yang saya buat.

Satu – Mindset Yang Betul

Ya, ini memang. Sangat penting. Saya rasa, awak semua pun tahu. Semua yang datang temuduga pasti akan gabra. So ianya adalah normal. Dan bila mana ianya normal, tak sepatutnya korang kena redha pula dengan gabra ni. So kena cuba atasi.

Dengan anda mindset yang betul, insyaAllah akan serba sedikit membantu akan tujuan temuduga di buat.

Saya sendiri, kalau nak minta kerja mana mana pun, kalau tiada temuduga, saya tak kan masuk tau.

Contoh, katakan Company A nak offer saya kerja, dan hari isnin minggu depan terus masuk kerja pukul 8. Adakah saya terima? Confirm tak.

Kalau fresh graduate mungkin lah kan. Sebab walau macam mana pun, anda mesti nak kerja, dan nak gain pengalaman.

Tapi kenapa saya tak? Sebab saya tak kenal siapa company tu. apa yang diorang buat, apa benefit yang company tu boleh bagi. Macam mana dengan working enviroment nya. Berapa gaji anda dapat, berapa bonus, elaun anda dapat.

Kita bekerja bukan untuk kebajikan kan, untuk duit. So benda benda macam ni, hanya kita akan tahu daripada 2 source.

Source Yang Pertama – anda ada kawan yang memang bekerja di dalam

Souce Yang Kedua – melalui temuduga.

So, definisi temuduga ni adalah untuk kita tahu, sama ada kerja yang kita nak apply nanti layak atau tidak untuk kita. Bagus ke tak untuk perkembangan career kita. Berbaloi ke tak untuk kehidupan dan perbelanjaan harian kita.

Bukan nya untuk kita rasa takut.

So, itu sebab kena ada mindset yang betul.

Kalau anda perasan, anda yang ditemuduga dengan si penemuduga ada dua peranan yang berbeza.

Anda sendiri – peranannya macam saya cakap tadi lah, untuk tahu sama ada kerja yang kita apply tu layak ke tidak untuk kita.

Dan yang si penemuduga – untuk cari point point yang related atau tally dengan jawatan kosong yan ditawarkan. Ini je peranan dan focus dia, dalam mindset dia ini je yang dia akan fikir.

So, andai kata anda rasa sesuatu company tu atau sesuatu jawatan tu memang berbaloi untuk anda apply, cuba lah tonjol kan point point yang si penemuduga nak tu.

Ok selesai. Kita pergi ke point kedua.

Yang pertama ni dengan adanya mindset yang betul.

Yang kedua ialah – KORANG NERVOUS SEBAB TAK PREPARE.

korang ada tak baca dengan Panduan Lengkap Temuduga saya di menu bar atas tu? saya screenshotkan di bawah ya

Kenapa la saya susah susah buat panduan ni? Supaya kita semua bersedia dan tak nervous.

So, saya sangat sangat anjurkan untuk anda ambil masa dalam 2 3 hari untuk fahamkan apa yang saya kongsikan dalam 6 langkah Panduan Lengkap Temuduga saya.

Atau pun, kalau saya boleh ringkas kan, ia akan jadi seperti dibawah:

*kita terus ke point untuk pergi temuduga lah ya, sebab Cik Laila yang bertanya soalan ni dah dapat pun panggilan temuduga nya.

Biasanya, saya akan prepare untuk cuba jawab dan reply semua soalan soalan lazim temuduga seawal 3 hari berturut turut.

Kiranya, saya duduk dan cuba sembang, berdialog macam ditanya betul betul. Ya saya memang buat benda ni. Kadang kadang time baring, bergantung kepada kerajinan saya.

Yang pasti, saya memang praktis banyak kali akan soalan soalan lazim ni. 3 hari berturut turut ni bukannya 1 kali sehari tau. tapi pagi sekali, tgh hari, petang dan malam.

Atau pun, kalau anda tiada masa

Pagi, tengah hari dan malam

Tapi, cuba la buat sekerap yang mungkin, cuba berdialog juga walaupun anda rasa dalam otak tu macam sudah boleh jawab. Buat juga, sebab nanti ia akan bantu kepetahan anda bersuara.

Kalau anda dalam lakonan dialog anda tu perlu untuk anda senyum, senyum lah. perlu untuk anda bangun seperti tunjukkan dalam rajah atau lukis pada kertas pun, tunjuk lah.

Untuk contoh soalan temuduga kerajaan, boleh rujuk artikel ni.

Untuk contoh soalan temuduga yang normal, rujuk yang ini

Ingat ya, korang kena prepare. Kalau tak prepare dan praktis memang akan rasa nervous. Gabra yang bukan bukan, paling saya benci, bila rasa nak terberak tiba tiba.

Ingat, semua orang rasa benda ni. So its normal. Tapi tak bermaksud kita kena redha, dan pastikan anda buat sesuatu dengan masalah ni.

Sebab bila kita gabra, korang sendiri pun tahu.

Kadang kadang, ada jawapan yang tak tercapai nak terang. Sebab kan kita gabra, kepala otak pun jadi susah nak fikir kan. Apa yang kita fikir, bila pula nak habis sesi temuduga ni. Padahal lagi lama awak temuduga, lagi bagus. Sebab lagi banyak benda yang anda boleh yakin kan kepada company.

Saya pernah temuduga sampai 2jam. Masa tu pipi saya pun dah nak naik kebas bila sengeh sengeh paksa. Memang letih, tapi ini peluang terbaik saya.

Dan alhamdullillah, saya memang dah dapat pun kerja tu. ( kerja yang sekarang ni lah )

So cuba faham kan 2 point ni.

Satu, pastika mental betul bila hadapi temuduga. Semua orang rasa yang sama, dan anda perlu temuduga untuk tahu pasal company tu. apa nak buat semua, berapa benefit semua ( tapi kalau dah kerja dengan kerajaan comfirm la semua best best kan ).

Dan yang kedua, anda nervous sebab tak ready.

Buat la 3 hari yang berturut turut anda praktis dialog tu. saya sendiri buat macam tu memang membantu sangat lah.

Sekarang, saya nak kongsikan pasal soalan soalan temuduga untuk yang hadapi temuduga khidmat pelanggan pula.

oh ya, jangan lupa doa doa nervous, boleh google tengok. saya lupa nak selitkan..




Tips Temuduga Khidmat Pelanggan – Vol 1-3

Secara Jujur Interview dalam Bidang Customer Service atau Khidmat Pelanggan, memang bukan genre atau dalam pengalaman dan pengatahuan saya.

So artikel ini, adalah hasil daripada pengetahuan yang saya baca baca daripada blog blog interview utama yang saya rumuskan kepada apa yang baik untuk anda beri focus.

*oh ya, persoalan ini diajukan oleh Cik Laila, lantas saya pun duk kalut lah siapkan artikel ni cepat cepat, sebab interview nya 29hb ni. Mari kita sama sama doakan kejayaan dia ya.

Hasil daripada pembacaan, soalan killer starting yang macam akan terhantuk punya kat kepala sapa sapa yang datang untuk temuduga Khidmat Pelanggan dari penemuduga kepada anda ialah “ apakah good customer services means to you”.

Ditanya nya pula kat kita kan..

Untuk jawap soalan ni, sememangnya korang kena prepare. Sebab ini akan menunjukkan kecerdikan dan persediaan korang kan. Dan ikutkan pada thebalancecareers, ada 4 faktor penting yang mesti anda tonjolkan bila menjawab soalan untuk khidmat pelanggan ni.

Yang Pertama – Product Awareness

Macam mana nak sembang kencang kalau tak tahu akan product company kan, apa yang department tempat anda apply nak buat. Kerja apa? Apa jenis product semua.. so pastikan anda tahu akan peranan tempat anda nak apply kerja ni. Biasanya, boleh dapat maklumat ni dekat website company dan juga job requirement iklan jawatan kosong yang company sediakan.

Kalau tak silap saya, untuk yang under kerajaan, siap anda sinopsis ringkas akan peranan dan tanggungjawab apa yang anda kena lakukan. Lupa dah saya, tanya saya dekat komen, nanti saya akan cari semula.

Update!!

Dah JUMPA, rujuk link ini SPA

Yang Kedua – Attitude Korang

Macam biasa, kita nak bercakap dengan orang. Bukan dengan mesin. Jadi ilmu untuk buatkan orang rasa selesa dengan kita sangat la penting. Kalau kerja anda memang perlu face to face dengan pelanggan, duduk tempat macam area Lobby ke contohnya, pastikan pemakaian anda kemas. Senang cerita, mesti pandai bergaya lah. Kalau anda khidmat pelanggan melalui telefon ( banyak juga gaji ni kan ), pastikan semasa temuduga suara anda jelas. Tone suara anda mesti mesra.

Ketiga pula – Efficiency

Faktor ni lebih kepada macam betapa cepat nya anda bertindak untuk bantu pelanggan.

Yang Terakhir – Problem Solving

Macam biasa, tak ada nya pelanggan nak cakap dengan anda tiba tiba. Diorang pasti nak kan bantuan. Jadi, membantu untuk menyelesaikan masalah pelanggan adalah ‘focus utama anda’.

Berbalik kepada contoh jawapan yang perlu kira reply bila temuduga tanya definisi khidmat pelanggan pada kita…

Contoh jawapan yang baik adalah dengan memberikan 2 maklumat dalam ayat reply anda.

Iaitu,

Maklumat pertama – berikan pengertian customer service serba ringkas

Maklumat kedua – tambahkan ayat reply anda dengan pengalaman atau pun concern anda terhadap kebajikan pelanggan dan juga tanggungjawab ke atas product syarikat ( atau tempat yang anda bekerja ), untuk dapatkan lebih sales.

Contoh seperti di bawah ya:

In my experience, good customer service is always being positive and willing to assist your customers to the best of your ability. I remember one customer in particular, from early in my career, who I spent a tremendous amount of time with, helping to outfit her home office with electronics. She was working with a limited budget, but wanted to start with quality merchandise she could add to as her business grew. She thanked me and took the time to send a note to my supervisor the next day. I don’t think I realized until that point how much people appreciate good customer service.

So, apa yang berlaku anda kongsikan apa pengertian customer service serba ringkas, dan tambah dengan pengalaman yang anda ada. Kalau tiada pengalaman? Tak apa, boleh gunakan point macam apa yang customer harapkan.

Ayat ni bagus, bukan sahaja menunjukkan anda tahu akan tugas khidmat pelanggan ni, anda juga macam sudah ada background pengalamannya sikit kan.

Pastikan anda pilih pengalaman yang menonjolkan diri anda sendiri, kalau ada point, kongsikan sahaja 2 point. baru nampak macam experienced sikit. Contoh ni saya ambil daripada thebalancecareers. Mungkin tidak beraepa relate dengan kita di Malaysia, tapi at least kita nampak la pattern ayat nya macam mana.

Sekarang saya nak bagi contoh kedua pula dengan menggunakan point lain iaitu juga tanggungjawab ke atas product syarikat ( atau tempat yang anda bekerja ), untuk dapatkan lebih sales.

So, kita akan bagi definisi khidmat pelanggan serba ringkas dan tambah dengan point nak promote product company/atau pun service department tempat anda bekerja.

Dan contohnya ialah:

Good customer service means having a thorough knowledge of your inventory, experience with your products, and being able to help customers make the best choices for them. When I worked at XYZ, I used to spend a few minutes each month looking at the newest products, to make sure I was fully aware of their performance and could make knowledgeable recommendations to customers.

Hah nampak tak? Ayat ni memang betul betul macam nak jilat penemuduga ni. Haha. Tapi tak apa lah, benda ni bagus kan. Rasanya, reply yang contoh kedua ni lagi bagus sebab ia boleh cerminkan diri kita ni dalam banyak faktor, seperti:

  • Rajin buat study akan product company
  • Tunjukkan anda ni berpengalaman luas
  • Tunjukkan anda boleh bekerja sendiri tanpa perlu di monitor ( perasankan, betapanya job requirement di Jobstreet yang nak pekerja yang tak perlu monitor? )
  • Tunjukkan anda ni serious dengan tanggungjawab anda

Ok. Done, kita baru sahaja selesai dengan definisi khidmat pelanggan. Sekarang saya nak turuti apa yang Cik Laila ( orang yang bertanya ) untuk cara nak hilangkan nervous dan contoh soalan temuduga khidmat pelanggan.




10 Kemungkinan Anda Akan Gagal Temuduga

Get ready adalah kunci yang paling utama anda perlu buat bila nak buat persedian temuduga. Kalau rujuk semula apa yang saya kongsikan di panduan lengkap temuduga, saya ada kongsikan hampir kesemua faktor atau ciri ciri yang anda boleh ambil kira supaya sesi temuduga anda berjalan dengan baik, insyaallah..

Antaranya kalau saya boleh korek korek balik ialah

– cara untuk buat resume yang betul

– contoh soalan temuduga yang biasa di tanya, contoh soalan susah, contoh soalan dan jawapan yang saya boleh fikir dan pernah saya alaminya juga..

– format resume profesional

– cara saya prepare temuduga supaya tak gagap bila cakap

– mindset yang betul bila bercakap…

Hah gitu, dan macam macam lagi lah. Artikel ni bukan nak cover tentang tu, tapi sebaliknya perkara yang mungkin menggagalkan temuduga anda. Kalau nak ikutkan perkara yang saya kongsikan di bawah ni lebih kepada vise versa pada apa yang sepatutnya korang buat di panduan lengkap temuduga lah, tapi saya buatkan juga kita boleh sama sama ingat dan alert dengan benda ni…

Tak proper attire

Walaupun nampak macam nerd, tapi elok la pakai je kemeja dengan seluar slack dan tie untuk laki. Baju kurung untuk perempuan. Pakai je, habis cerita.

Tp ikutkan pada pengalaman dan pemerhatian saya.

Kalau anda pergi temuduga untuk kerja swasta contohnya. Ini untuk level diploma, degree ke atas tau. Pakai jeans pun ok. Asalkan nampak kemas.

Tapi kalau interview dengan badan kerajaan mahupun separa kerajaan macam tnb contohnya, memang kena pakai baju temuduga yang betul betul. Lengkap tie semua

Kalau saya, saya suka pilih baju yang macam striking sikit. Dulu, masa mula mula saya beli baju hitam je, tapi bila dah lama lama tu, rasa macam naik mood dan semangat pula pakai baju yang warna warna sikit.

Terlebih ramah atau terlampau santai sangat

Orang kata macam menagih simpati pun ada. So jangan jangan, rasanya tajuk tu dah cukup jelas. Tak perlu saya huraikan lagi.

Poyo lebih – macam dah layak sangat pula

Ini untuk orang yang terlampau yakin. Kalau tak silap, saya pernah rasa benda ni masa awal awal dulu. Memang rasa yakin sangat yang saya dapat. Lastnya saya tak dapat juga. So jangan rasa yakin sangat, buat la rasa rendah diri dan hormat orang sikit. Sebab nanti kita akan duduk bawah dia, kalau awal awal kita dah menampakkan kereknya, macam mana nak dapat kerja kan.

Kurang bersedia

Ini boleh kata in total lah. Saya ada sediakan satu checklist, checklist ni adalah hasil daripada point point yang saya ambil dari panduan temuduga lengkap tu, jadikan sebagai checklist pula.

Untuk ingatkan korang, takut takut ada benda yang terlepas..

Nanti saya dah jumpa saya link kat dekat bawah ni, mana pula post nya saya lupa…

Anda tak kuasai teknik temuduga dengan betul

Macam marketing lah. Korang perasan tak dengan budak budak yang jual barang barang atau pun apa apa service kat tepi jalan, kat tepi bank semua tu! Perasan tak yang kalau diorang ni cakap, mesti ada je ayat yang diorang ni balas? Tanya tu lah tanya ini lah.

Apa yang diorang tanya tu, actually semuanya adalah dialog yang sudah dihafal tau. Kitanya, bila diorang training, diorang dah biasa dah dengan reply reply macam tu. Jadi memang diorang dah cuba fikir dan plan cara reply yang terbaik supaya awak masih lagi beli.

Sebenarnya saya pun dikalangan mereka ni dulu, masa tu tahun 2011 kot. Lepas 1 atau 2 tahun habis study dari universiti malaysia pahang. Itu sebab saya tahu..

So, motifnya kat sini ialah, cuba praktis kan teknik cara cakap, teknik cara reply yang betul. Teknik yang kalao orang dengar tu sedap je, nampak meyakinkan je. Ini la yang orang nak..

Terlalu kuat sangat segannya

Ini pun satu hal juga. Rasanya korang pun perasan kan, bila korang terlampau sangat segan, terlampau sangat gabra, benda ni akan buatkan apa yang korang cakap tu tak berapa menjadi.

Bila gabra, korang tak dapat fikir dengan baik, bila tak dapat fikir dengan baik, confirm reply soalan temuduga yang pelek pelek..

Bila segan, hasrat dihati untuk menonjol pun jadi mcm kura kura je. Sangat rugi lah kalau ada dua sifat ni. So cuba lawan k

Untuk yang baru, fresh graduate, benda ni normal. Saya pun dulu macam ni. Malahan, saya graduate 2009..

G temuduga 2010

2011

2012

2013

2014 – hah sini lah..

2014, lepas beberapa tahun saya graduate baru saya rasakan yang saya ni betul betul yakin dan dapat halang sifat gabra tu sebanyak 80%. Gamaknya lah.. Benda ni, masih lagi ada, normal. Tapi at least saya berjaya lawan dan tak gabra sangat..

Segan? Segan ni kejap je saya deal. Dah tak segan pun..

So macam mana nak build up mindset supaya tak segan dan tak gabra?

Ada 3 benda kena buat

– kena biasakan pergi temuduga – bermakna, awak baca blog saya share ni, bukannya confirm 1st interview terus dapat ya. Benda ni perlukan masa.. Apa yang penting, tiap kali pergi, cuba renung renung, apa yang korang boleh bg buat supaya next interview ia akan jadi lebih baik..

– follow apa yang saya suruh di panduan lengkap temuduga, antara bahagian yang paling penting ialah anda praktis dialog seperti bercakap dengan penemuduga ni sekurang kurangnya 3 hari berturut turut sebelum pergi interview. Benda ni memang sangat power lah, saya memang buat ni selalu..

– ada mindset yang betul, saya ada kupas mengenai mindset ni di sini, cara nak deal dengan gabra semasa temuduga

Emotional, merayu

Jelas kan? Jangan buat muka kesian sangat. Orang nak output, nak kualiti, bukan badan kebajikan.

Tak nampak meyakinkan

Cakap la macam cerdik sikit

Petah la bersuara sikit

Tampak kan la keyakinan sikit

Baru dapat..kalau buat pangai mcm ubi memang sikit nak dapat…

Burukkan company yang sebelum nya, atau buruk kan siapa siapa.

Yang ni pernah jadi kat saya sebelum ni, pengalaman temuduga yang paling latest di osram sdn bhd

Gaji tinggi sangat letak

Dalam resume tak perlu letak gaji. Kalau masa datang interview, ada ruangan gaji awak letak la dalam 30% ke atas gitu. Atau pun minta naik rm 500. Kalau diploma, kalau engineer mungkin lebih tinggi lagi pun leh dapat.

 




CHECK INI UNTUK PERSEDIAAN TEMUDUGA ANDA

Checklist ini saya sediakan untuk mudahkan anda persiapkan diri untuk temuduga hasil daripada artikel dan video yang saya kongsikan dalam SayaShare ni.

Disebabkan ada isi kandungan dalam blog ni yang anda mungkin rasa berselerak atau pun tak pasti mana satu yang anda patut baca dahulu, elok lah saya buatkan checklist ini untuk mudahkan anda follow step satu demi satu.

Penyediaan Resume

Untuk dalam peringkat ini, anda mungkin dalam proses peringkat awal untuk cari kerja. Tak kesah lah level SPM, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sekali pun. Mahupun yang sudah ada pengalaman. Anda mesti akan sediakan atau kemas kini resume untuk apply kerja baru.

Dan ini adalah tindakan yang anda perlu ambil tahu sebelum buat mana mana resume.

mesti tau cara tulis resume yang betul

cover letter pun kena pandai tulis juga ( artikel 1, artikel 2 )

baca 10 cara apply kerja yang mujarab

cara follow up resume yang dihantar

mesti buat resume guna premium resume template

Sebelum Pangilan Temuduga

Untuk situasi ini, katakan anda sudah dapat panggilan temuduga. Tak kesah lah daripada mana mana cara dapatkan kerja yang 10 ini pun. Yang penting anda sudah dapat panggilan temuduga. Dan persediaan yang anda harus buat ialah:

baca contoh soalan lazim temuduga

baca cara memperkenalkan diri semasa temuduga

praktis dialog temuduga sekurang kurangnya 3 hari

get ready dengan soalan susah semasa temuduga

proper attire siap ( tie, baju kurang, kasut, stoking )

document yang hendak di bawa

Hari Sebelum Temuduga

So, anda belajar sediakan resume pun sudah. Buat persediaan untuk panggilan temuduga pun sudah. Sekarang tiba masa untu hari temuduga itu sendiri.

Kiranya, katakan temuduga tu dalam pukul 10 pagi contohnya, apa persedian yang anda perlu buat 2 jam lebih awal sebelum sesi temuduga berlangsung.

Datang awal

Praktis dialog dalam hati

Jangan lari




Kenapa Mesti Dapatkan Template Premium Resume?

Sebab nya mudah.

Saya pasti korang sendiri pun tahu jawapannya.

Saya ingat lagi akan satu open interview yang saya datang dalam tahun lepas, 2017. [ ini dia artikel nya ]. Masa tu, kami semua yang datang open interview ni perlu beratur panjang untuk daftar di kaunter.

Bila saya duk beratur ramai ramai tu, apa yang saya perasan. Masih lagi ramai yang tidak menggukan premium template resume.

Tak kesah lah, nak panggil premium ke, tempat berbayar ke, atau pun template yang nampak cantik ke. Asalkan lebih sedap mata memandang resume tu, itu la maksud saya.

Seperti contoh gambar di bawah

Agak agak mana yang lebih nampak best bila tengok?

Sudah semestinya yang sebelah kiri kan.

Dan mata kita sahaja, mata si penemuduga dan pemeriksa resume pun akan lebih rasa tertarik.

Tertarik akan kerajinan kita

Akan ke kreatifan kita

Akan usaha kita, sekali kerajinan lah noh..

Apa apa, ia memang buatkan anda si pencari kerja ni tampak lebih serius.

Yang masa saya pergi temuduga lat hari tu, bukan lah saya sorang sahaja resume yang nampak elok sikit ni, ada juga yang lain. tapi masih lagi ramai, dan terlampau sedikit yang menggunakan template yang nampak cantik dan smart macam atas ni.

So, pakat pakat lah guna dan rajin kan diri untuk belanja lebih sikit supaya resume anda nampak lebih tertarik di pandang..

Boleh rujuk 3 set contoh resume premium di bawah:

Set 1

Set 2

Set 3

 




Kenaikan Gaji Tahunan – 3 Perkara Yang Saya Nak Kongsikan

Salam semua, ikutkan pada objektif utama ialah untuk perkenalkan pada adik adik yang di level SPM akan suasana kerjaya. Hasil daripada artikel utama yang sudah, iaitu Hala Tuju Selepas SPM, saya ada nak kongsikan 5 perkara di bawah. Dan di dalam artikel ni, adalah tiba turn artikel kedua, iaitu:

  1. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari
  2. Berapa gaji yang akan dapat
  3. Dan terakhir cara untuk dapatkannya..

Panjang sebenarnya kalau saya nak kongsikan satu satu ni, insyaAllah dalam masa terdekat saya akan buatkan satu video untuk lebih mudah saya kongsikan.

Untuk kenaikan gaji tahunan ia bergantung kepada banyak perkara, antaranya:

  1. Bergantung kepada swasta atau gov
  2. Bergantung kepada company yang anda kerja itu sendiri, sama ada besar ke kecil ke, product apa. Ccompany jual minyak mesti la lebih sikit, banding dengan company jual besi kan.
  3. Benefit dan policy company juga… kalau dapat promotion, ada company yang bagi gaji 2x juga.
  4. Dan level belajar, diploma ke degree ke. SPM ke, sijil ( sijil lebih kurang macam diploma )

Pendek cerita,

Kalau anda kerja dengan swasta,

Kenaikan gaji nya untuk diploma dalam 100 hingga 200. Bergantung kepada range ini kebiasaannya. Saya tahun lepas naik RM 82 sahaja. haha

Dan memang ada yang lagi rendah…

Kalau degree, mungkin dalam 200 – 300. Saya tak pasti sangat yang ni.

Untuk goveremnt, kenaikan agak tetap.

Contoh macam wife saya, dalam RM 250 untuk level degree. Juga bergantung kepada department apa.

Kalau diploma, dalam RM 150.

 

Berbalik kepada 3 perkara yang saya nak kongsikan di atas.

  1. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari
  2. cara untuk dapatkannya.. ( saya letak no 3 jadi no 2 lah, nampak sikit jalan ceritanya )
  3. Berapa gaji yang akan dapat

 

Berapa Jumlah Pendapatan Yang Anda Harus Cari

Jawapannya ialah:

RM 1000 – Bujang – tiada kereta, hanya motorsikal sahaja

RM 1700 – Bujang – kereta ada, motorsikal pun ada

Macam mana cara saya kira? anda boleh rujuk artikel saya lagi satu di sini, Berapa Ribu Nak Gaji Sebulan

Untuk permulaan, mungkin dalam 2 atau 3 tahun kerja, anda perlukan seribu sekurang kurang nya sebulan. Selebihnya, boleh la simpan kalau dapat gaji lebih.

Dan selepas beberapa lama contoh nya, bila sudah ada kereta. Anda perlukan RM 1 700 sekurang kurangnya. Dan selebih nya boleh buat simpanan.

Untuk berapa target simpanan, nak simpan berapa sebulan, nak simpan berapa setahun, dan selepas anda simpan tu nak beli apa pula, kereta ke, lorri ke, nak belanja kahwin ke, itu semua belakang cerita ya. Motifnya sekarang, kita kira berapa yang paling minima perbelanjaan yang perlu sahaja.

Dan sekarang, kita pergi ke point no 2, iaitu…

Cara Untuk Dapatkannya..

Sudah semestinya kena kerja lah kan, tapi jawapan yang paling awal anda boleh buat ialah ‘sambung belajar’. Kiranya lepas SPM, jangan terus kerja. Sebab gaji sikit, sambung belajar dahulu. Atleast diploma, dan baru lah start kerja.

Sebab..

Lagi tinggi level anda belajar, lagi tinggi lah gaji bila anda kerja nanti.

Andai kata, dapat join company company yang betul betul best lah.. sebab ada juga company yang baru nak start, company cikai2 pun ada.

Di bahagian ketiga nanti, saya akan kongsikan lebih detail akan berapa gaji yang anda dapat. So boleh lah target target, berapa gaji yang anda akan dapat untuk study sampai SPM, Diploma, dan Sarjana Muda tolak dengan keperluan yang kita kira samada ada RM 1000 atau RM 1700 tadi.

So dari situ, boleh lah target target untuk dapatkan simpanan berapa dan untuk beli apa..

Tapi untuk permulaan yang ringkas di bahagian 2 ni, saya nak kongsikan sikit sahaja tentang gaji untuk kita tally kan dengan berapa pendapatan yang perlu kita cari.

Kenapa saya suruh sambung belajar?

Sebab kalau anda level SPM dan terus kerja, basic yang anda akan dapat bulanan ialah RM 1000 sahaja. Mungkin lebih rendah.

Walaupun ada kenalan saya yang gaji sampai RM 2 000 ( lebih kurang dari RM 1500 – RM 2000 ) walaupun level SPM. Tapi itu adalah tambahan daripada OT. Kerja overtime. So, bukannya tiap bulan kita rajin nak buat OT. Kerja anda pun anda nanti akan lebih kepada jalan kan product sahaja.

So tak mencabar lah kan. Biasa lah, gaji kurang, maksudnya tanggungjawab pun nampak less sedikit. walaupun saya akui, dalam satu organisasi company, semua orang penting, termasuk cleaner sekali pun.

Sebab masing masing ada perasan sendiri..

Kalau sambung belajar, basic yang anda akan dapat bila terus kerja ialah RM 1500.

Bergantung kepada company dan area mana. Kalau di Ipoh, lebih kurang dalam RM 1250 untuk kilang Semicon, macam Carsem, Unisem, Finisar semua tu. kalau kilang yang macam Tasek Cement contohnya, mungkin diorang akan bagi dalam RM 1500.

Sangat rare lah kalau fresh graduate di ipoh, boleh dapat sampai RM 1 800.

Sebab di Kulim Hi Tech, atau area penang, basic fresh graduate, insyaAllah boleh capai sampai Rm 1 800. Tinggi kan? Itu sebab saya cakap tadi, ia bergantung kepada tempat.

Kalau anda memang kerja di kawasan industri yang besar besar, memang tiada masalah.

Kalau tadi level SPM, buat OT boleh capai RM 2 000 – bergantung kepada benefit dan policy company juga. kalau level Diploma yang basic RM 1800 ni, memang boleh dapat lebih lagi.

Dan level degree pula.

Kalau memang kawasan industri yang besar besar, memang boleh dapat sampai RM 2 800. Tapi ada juga company yang macam di Ipoh, lebih kurang dalam RM 2000. RM 1800 pun ada kalau tak silap. Normal lebih kurang dalam RM 2 000 hingga ke RM 2 500, kalau di Ipoh lah.

Di bandar dan kawasan industri yang lebih besar, mungkin boleh lebih seperti yang saya cakap tadi, dalam RM 2 800.

Berapa Gaji Yang Akan Kita Dapat???

So tadi, saya sudah sentuh sikit akan berapa gaji yang anda akan dapat kalau fresh graduate dengan certain certain level of study.

Kalau Diploma, ikut pada tempat, mungkin dari RM 1250 hingga RM 1800

Kalau degree, mungkin dari RM 1800 hingga RM 2800. Lagi sekali sangat bergantung kepada tempat.

Berikut adalah contoh simpanan yang anda boleh dapat..

Kebiasaannya, jumlah OT yang anda boleh buat ialah berjumlah separuh dari gaji. Kalau basic 1000, mesti ot lebih kurang dalam 500.

Kalau basic 2000, OT anda akan berada lebih kurang dalam 1000. so total RM 3000.

Tapi ia masih lagi bergantung kepada company policy dan benefit. Apa yang pasti, kita jadikan ini sebagai indicator untuk anggaran kita sahaja.

Saya tahu, tak semua orang boleh mampu maintain simpan macam itu sekali setiap bulan. Tapi tujuan saya, lebih kepada nak tunjuk perbezaan yang ketara kalau anda hanya graduate dengan SPM level.

Berbalik kepada berapa gaji yang kita boleh dapat, saya nak kongsikan dalam satu video khas. InsyaAllah saya akan kongsikan video tersebut secepat mungkin….




Peluang Pekerjaan di Malaysia

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel utama Hala Tuju Selepas SPM yang saya siapkan tadi. Apa yang sedang berlaku, ialah saya cuba menerangkan akan hala tuju yang akan pelajar lalui selepas SPM.

Antara topik topik penting yang saya kongsikan dalam siri ini ialah:

  1. Peluang pekerjaan yang ada – iaitu artikel yang sekarang anda baca ni. Namun, saya galakkan sangat untuk anda baca dahulu artikel utama Hala Tuju Selepas SPM untuk fahamkan maksud saya dari awal.
  2. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari setiap bulan – nak ada kereta, motor, isteri ( kalau laki lah ), anak semua, kalau nak tanggung bulanan berapa perlu ada.
  3. Cara nak pilih tempat praktikal – nanti ada baca artikel untuk tahu kenapa ia nya sangat penting
  4. Cara nak score pointer cemerlang dengan mudah – jangan jadi macam saya
  5. Universiti mana pilihan yang tepat

Ok, kesemua perkongsian saya di atas ni. Yang lebih kurang dalam 6 atau 7 perkara, memang agak berat untuk adik adik SPM fikir. Sebab anda semua masih lagi dalam kepompong belajar lagi. Ye la, nak makan, mak bapak bagi. Nak pergi mana mana, mak bapak hantar. Nak buat apa, insyaAllah kalau yang sepatutnya mak bapak akan tolong tu, memag ini lah kehidupan anda.

Nanti, bila dah sambung belajar, situasi ini semua akan dipanjang kan lagi ke beberapa tahun. Mungkin lagi 3 hingga 5 tahun.

Dan selepas 5 tahun, sudah pasti apa yang mak bapak kita lalui sekarang, iaitu kena siapkan makan pakai kita semua, kena amik kita sekolah, bayar yuran semua akan kita sendiri pula laluinya…

Dan apa yang anda akan lalui lagi 3 hingga 5 tahun yang akan datang lah yang saya cuba kongsikan dalam artikel siri Hala Tuju SPM ni.

Kalau anda perasan, 6 point yang saya kongsikan di atas tersangat banyak maksud tersirat nya. Antaranya:

  1. Mesti pilih jurusan yang betul supaya anda dapat kerja
  2. Mesti belajar sehabis baik supaya anda senang dapat kerja
  3. Mesti belajar tinggi sikit supaya gaji anda pun tinggi sikit
  4. Mesti rancang kewangan, supaya nanti anda senang nak buat loan rumah dan kereta…

Dan macam macam lagi lah..

Sori, sebab lewat untuk kongsikan Peluang Perkerjaan di Malaysia ni, sebab saya rasa sangat penting untuk saya bagi tahu apa lah tujuan utama saya siapkan siri hala tuju spm ni. Kenapa saya bersusah payah ambil masa berhari hari, minggu minggu untuk siapkan artikel siri ni.

Harap adik adik semua pun faham akan pentingnya, sebab saya sudah pun berusaha lebih untuk pastikan anda semua jelas dan faham.

Baiklah, dengan lafaz bismilah, jum kita mula…

Untuk peluang pekerjaan di Malaysia, seperti juga negara negara membangun yang lain, ia sangat bergantung kepada tempat atau lokasi. Atau dalam erti kata lain, lebih mudah kalau saya cakap, ANDA DUDUK NEGERI MANA!!

Antara contoh negeri yang kaya dengan indusri sekaligus memarakkan lagi peluang pekerjaan ialah

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Johor
  • Penang

Dan negeri negeri yang peluang pekerjaan nya lebih bersifat sederhana ialah:

  • Kedah – negeri yang paling pesat peluang pekerjaannya untuk kategori sederhana
  • Perak
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Sabah – bergantung kepada sektor kerjaya
  • Sarawak – bergantung kepada sektor kerjaya

Manakala negeri yang agak perlahan perkembangannya adalah seperti:

  • Kelantan
  • Perlis
  • Terengganu

*perkongsian di atas adalah berdasarkan data yang saya kumpul dan analisiskan sendiri daripada jawatan kosong di Jobstreet. Bukannya semata mata dari pendapat dan amatan saya sahaja. 3 klasifikasi tersebut juga dinilai berdasarkan jumlah keseluruhan jawatan kosong yang ada. Bukan melalui sektor sektor yang lebih specifik.

Bermaksud, andai kata anda Warga Kelantan contoh, terus rasa nak berpindah ke negeri lain sebab peluang pekerjaan kurang. Salah tu, seperti yang saya katakan tadi, ia hanya jumlah kesuluruhan jawatan kosong sahaja, bukan mengikut sektor sektor tertentu.

Nanti saya akan kongsikan pula, sektor sektor atay bidang pekerjaan yang ada di setiap negeri pula, untuk anda nilai sendiri. Dalam data yang saya kongsikan ini akan ada ‘monitoring trend’ yang saya siapkan untuk anda lihat, di negeri manakah peluang pekerjaan di masa hadapan akan memerlukan lebih banyak pekerja.

Anda boleh rujuk statistik dari Jobstreet yang saya maksud kan di sini, Statistik Jumlah Jawatan Kosong Mengikut Negeri.

Statistik tersebut saya masih lagi dalam proses nak kumpul dan susun kan data. Sebab lepas siap perbandingan peluang pekerjan antara negeri itu, saya akan cuba compile untuk perbezaan antara sektor kerjaya pula. bila sudah siap, anda pasti teruja sebab dapat lihat perbezaan antara negeri dan sektor kerjaya pada tahap yang lebih detail.

Kenapa Dua Data Yang Saya Kongsikan Ini Sangat Penting?

Antara sebab lain adalah untuk mudah anak anak kita, lepas SPM mudah cari kerja. Sebab saya bukan sekadar kongsikan rating tinggi nya, malah saya juga akan buat macam satu trending dan akan monitor setiap 6 bulan. Dari sini anda boleh lihat mana satu sektor kerjaya yang naik dengan cepat. Atau mana satu sektor kerjaya yang lebih bersifat mendatar, mahupun sektor yang lebih tampat menurun, yang mungkin agak berkurangan untuk peluang kerjaya nya di masa hadapan.




Statistik Jumlah Jawatan Kosong Mengikut Negeri ( dr Jobstreet )

Saya sedang plan untuk buat satu analisis akan peluang pekerjaan yang ada di Malaysia. Source utama dan satu satu nya kita gunakan ialah daripada Jobstreet. Kalau ada yang rasa tindakan ini tidak sesuai sebab hanya mengambil dari Jobstreet sahaja, mungkin ada betul nya. Sebab tidak mungkin semua company ada menggunakan Jobstreet.

Ada juga syarikat yang menggunakan Mudah, MauKerja.my, JobsMalaysia, Indeed mahupun Monster untuk cari pekerja. Namun sebagai perbandingan mudah yang tidak kurang juga tinggi valuenya, brand Jobstreet masih lagi pilihan terbaik.

Analisis ini akan dilakukan sebanyak 2x dalam setahun. Atau setiap 6 bulan untuk kita lihat mana mana sektor pekerjaan yang trending untuk sesebuah negeri di Malaysia.

Objektif

Berikut adalah antara kelebihan dan objektif yang saya utamakan:

  • Untuk berkongsi peluang perkerjaan yang bakal naik di masa hadapan.
  • Dapat membezakan peluang pekerjaan mengikut negeri
  • Dapat mengenal pasti sektor sektor yang core untuk sesebuah negeri menjana kewangan rakyat

Berikut adalah jumlah keseluruhan pekerjaan yang ada di Jobstreet :

*data diambil pada July 2018

Berikut pula jumlah pekerjaan mengikut kategori di setiap negeri negeri.