Contoh Cara Tulis Objektif dalam Resume

Biasanya kalau nak tulis objective resume, bunyinya akan jadi macam bawah ni.


Contoh 1

I am seeking employment with a company where I can grow professionally and personally.

I am seeking a company where I can use my experience and education to help the company meet and surpass its goals.

To secure a position in a company where I can use my skills and abilities to make a contribution to the organization.

A challenging career opportunity in a reputable organization that will allow me to utilize my skills and abilities.


Atau kalau yang nak buat canggih sikit, objektif resumenya akan bunyi macam ini pula.


Contoh 2

Seeking an entry-level position in a dynamic and growth-oriented organization, where I can contribute my skills, knowledge, and enthusiasm to learn and grow in the industry.

To secure a challenging role in a professional environment, utilizing my educational background, strong work ethic, and willingness to take on new responsibilities to contribute to the success of the company.

Seeking a position that allows me to apply my strong analytical and problem-solving skills, along with my passion for continuous learning, to make a positive impact and contribute to the overall goals of the organization.

Seeking an opportunity in the engineering industry, where I can leverage my technical skills, adaptability, and passion for innovation to contribute to projects, learn from experienced professionals, and develop a successful career.


Bagi saya, kalau anda tu masih lagi fresh graduate, mungkinlah terpaksa tulis macam itu juga. Sebab agak susah sebenarnya kita nak buktikan macam macam sedangkan kita pun masih lagi tiada sebarang pengalaman kerja.

Cuma mungkin jangan tulis macam Contoh 1, contoh 2 untuk fresh graduate bolehlah terima lagi. Kenapa Contoh 1 dan Contoh 2 tak cukup bagus?

Sebab ia bersifat subjektif dan dah ramai sangat orang duk buat.

So ada dua ya:

  1. subjektif
  2. dah ramai orang buat.

Subjektif

Objektif yang ditulis tu tak specific. Macam pukul rata orang kata. Contohnya macam ayat, ‘ I want contribute with company goals’. Contribute sebagai apa? cleaner? goal companynya apa benda? gol bola sepak?

Ke nak kene penyepak? So itu sebab saya cakap ianya terlampau subjektif, kita kena specific setiap kali kita buktikan apa apa pasal kebolehan kita dalam resume ni.

Dah ramai orang buat

Ni pun satu hal juga. Anda tahu tak, dalam satu satu jawatan di Jobstreet, bila ada mana mana jawatan dari company yang popular. Akan ada 300 ke 600 jumlah permohonan untuk satu jawatan sahaja.

Dan bila dah banyak macam ni, mesti HR tu akan nampak boring bila go thru bahagian objektif satu satu resume, tambah lagi dengan ayat yang sama. Mesti dia fikir kita ni copy paste dari internet, padahal kita buat sendiri.

Cuma sebabkan ia terlampau banyak sangat orang buat, buatkan ia nampak macam copy paste juga.

So macam mana nak tulis objektif yang berkesan, ada dua cara:

  1. menggunakan teknik formula
  2. dan guna teknik summary.

Saya lebih suka guna cara teknik summary, tapi teknik summary ni macam perlukan sesuatu yang anda boleh sandarkan baru nampak best sikit ayat tu. Boleh jadi sandarkan summary itu pada pengalaman, atau pun pada sesuatu yang kita suka. Cuma kalau ada pengalaman, memang sesuai sangat guna teknik summary.

Kalau tiada, terutamanya orang yang freshy boleh guna teknik pertama, iaitu guna teknik formula bila buat objektif.

Formula Tulis Resume

Tulis objektif ni kena ada formula, atau point point yang kita mesti guna dan masukkan dalam objektif. Dengan kita tahu apa point yang kita nak masukkan, baru objektif kita lebih mudah nak dibuat dan lebih mudah nak disiapkan.

Sebab kalau macam saya buat resume dulu, bahagian objektif ni memang saya tinggalkan dulu, sebab rasa pening nak buat. Jadi pening sebab tak ada formula, kalau ada formula, ada point point yang kita pilih untuk masukkan, mesti akan jadi lebih mudah.

So apa formulanya? kena pastikan ada 4 points ni

  1. kelulusan yang anda ada
  2. skills yang anda ada
  3. jawatan yang nak dimohon
  4. apa offer yang anda boleh tawarkan pada company

Contohnya

Kelulusan – Graduated Mechanical Engineering from UTM, Skudai Johor in 2015

Skill – familiar with design software like AutoCad, SolidWork, Fusion 360 and Catia.

Jawatan – as Mechanical System Designer

Offer – ???

So saya pilih 3 sahaja daripada 4 perkara yang kita boleh masukkan. Kalau anda nak masukkan 4 points pun ok. tak apa, walaupun nampak panjang sikit tak apa. Kalau bawah 60 words itu kira OK lagi. Kalau terlebih sampai 100 words tu nampak macam dah panjang sangat.

dan ayatnya bila kita sambungkan.

Graduated in Mechanical Engineering with 3.75 GPA in 2015. Looking to join Solid Lab as Mechanical System Designer where I have profision amount of experienced with design software such as AutoCad, Solidword and Fusion 360.

Rasanya macam pendek pula objektif saya ni ya. Mungkin sebab saya tengah tak ada mood nak menulis. haha, tapi harapnya fahamlah maksud saya ya. Ada 4 points yang kita boleh guna dalam buat objektif. Setiap 4 points ini boleh juga kita masih 3 sahaja atau nak sampai 4 pun boleh.

Contoh atas ni saya pilih 3 sahaja.

Lagi satu, susunan points yang saya buat tak semestinya kena follow ikut aturan. Anda boleh sahaja tukar tukar aturan ikut pada kesesuaian ayat objektif yang hendak dibuat.

Akhir sekali, kenapa objektif ini bagus? Sebenarnya memang ada jawatan untuk Mechanical System Designer ni di Jobstreet, dan saya tengok ada permintaan daripada company ini untuk siapa yang minta jawatan kosong tahu guna software Fusion 360.

So saya pun tulislah sekali yang saya reti guna Fusion 360. Kiranya, kita masukkan kelebihan yang tally dengan diri dalam objetif ini juga. Design2x ni best ni, nanti dalam resume, anda boleh tunjukkan 2 atau 3 keping design yang anda dah buat menggunakan mana mana software.

Baru nampak macam lebih meyakinkan sikit, tulis je tau guna software tapi tiada bukti kan? so anda bagi bukti.

Selesai, seterusnya cara buat objektif guna kaedah Summary pula.

Cara Yg Saya Suka Tulis Objektive – Summary

Cara yang saya suka bila buat bahagian objektif ni menggunakan formula ala ala “summary” gitu.

Kiranya, kita jadikan satu bahagian objektif tu sebagai summary pengalaman kerja kita. Macam saya cakap di atas tadi, teknik ni senang sikit kalau kita ada pengalaman kerja. Atau mungkin ada yang related masa buat latihan praktikal pun boleh juga kalau nak jadikan point.

Kita terus pergi kepada contoh cara buatnya ya.

I have 3 years experienced with XXX Company as Design Engineer, we used to design XXX product with Fusion 360 and SolidWork quite often. Right now, I am looking for challenge working enviroment to enhance and improve my skills with Solid Lab Company

Kenapa summary ini bagus?

  1. sebab ia bersifat sepenuhnya, contoh kalau kita bagi tahu kita guna software atau apa apa skills kita dalam bekerja, tapi kalau kita bagi tahu secara summary ni, buatkan dia fikir, confirmlah ada skills tu, malahan jika bagi tahu aspect lebih besar lagi iaitu pengalaman kerja kita yang dah lama.
  2. kedua, sebab ia senang nak dibuat. Bila saya buat objektif menggunakan 4 formula atas tadi, saya sebenarnya secara tak sengaja telah menggunakan teknik summary juga. haha, tiba tiba plak. tapi itulah, memang senang nak dibuat. Dan kalau anda rasa nak campurkan sekali teknik summary ni dengan teknik formula pun boleh, tiada masalah. Tiada siapa yang larang.

Begitulah ceritanya, apa apa pun, bila nak buat objektif ni jangan lupa tenung skills atau description yang dah ditulis dalam description jawatan kosong baru anda ada target yang nak dibuat.

Jangan tulis objektif syok sendiri, kononya reti tahu guna itu ini, reti tahu buat itu ini, padahal dalam company tu, depa tak guna pun apa yang anda tahu.

Itu sebab juga, sangat penting untuk buat satu resume untuk satu company. Jangan buat satu resume, dan apply terus untuk 20 company. Tak sama tau, lain keperluannya, lain tanggungjawabnya.

Kena rajin sikit.

Saya pun dulu macam ni juga, terpaksa buat satu satu. Walaupun bila nak submit tu rasa gabra gila, takut terhantar resume company lain kepada company lain. Tak ke naya gitu.

Tapi itulah, nak buat macam mana. Memang benda ni penting untuk kita buat resume satu satu.

Sekian.




Contoh soalan temuduga yang sudah ada pengalaman

Sebelum ni saya ada kongsikan contoh soalan temuduga yang susah dijawab, kali ni saya nak kongsikan contoh soalan temuduga untuk anda yang sudah ada pengalaman kerja pula.

kita recap sikit.

Dalam artikel tips temuduga yang sudah saya ada kongsikan contoh soalan temuduga yang biasa ditanya, dan juga contoh soalan fresh graduate yang biasa ditanya untuk adek adek yang baru sahaja tamat pengajian.

Dah lama juga saya tulis dua artikel itu sebenarnya, tahun 2017 dan 2018. Sekarang pun dah 2023. Kalau yang nak cari contoh soalan temuduga untuk jawatan kosong kerajaan pun ada saya groupkan juga.

Untuk soalan temuduga yang sudah ada pengalaman ni, dalam 20 soalan juga contoh soalan yang saya dapat kumpulkan.

Ada yang saya cari cari online, dan juga soalan yang saya fikir sendiri sebab memang berlaku pada saya.

Untuk penerangan dan cara faham dan jawab soalan dibawah ni, saya nak minta anda pilih mana satu yang nak saya terangkan. Tinggalkan di ruangan komen, nanti saya akan reply komen anda dengan jawapannya.

Mungkin saya akan bagi contoh jawapannya juga nanti.

Bismillah, kita mula ya.

  1. kenapa nak berhenti kerja
  2. What are the two most significant achievements you had in your last job?
  3. kongsikan pengalaman kerja anda
  4. What about your last job did you like least and most?
  5. ada pengalaman lead team tak
  6. adakah anda akan berhenti lagi nanti?
  7. berapa lama nak kerja sini
  8. agak agak lagi 5 tahun, apa yang awak buat
  9. Can you share a time you had to make a tough decision and what resulted?
  10. kalau terima, bila boleh mula start
  11. gaji nak berapa
  12. ada try company lain tak
  13. Why have you switched jobs so many times?
  14. Why did you decide to leave your previous/current job?
  15. How do you deal with pressure or stressful situation?
  16. tau tak product apa yang kami buat?
  17. Tell me about a time you made a mistake.
  18. How do you deal with pressure or stressful situations
  19. Do you have any questions for me?
  20. Do you prefer working independently or on a team?
  21. When you’re balancing multiple projects, how do you keep yourself organized?
  22. From your resume it seems you took a gap year. Would you like to tell us why that was?
  23. What is your leadership style?

Ingat, soalan soalan ini ada 2 aspek yang saya akan terangkan.

1 – apakah yang dimasukkan dengan soalan tersebut
2 – cara nak menjawabnya.

Kita kena faham apa yang dimasukkan dengan soalan tu, kenapa penemuduga tanya kita, apa niat dalam hati dia untuk tahu soalan tu, baru kita akan jawab. Bukannya kita main jawab ikut sedap apa yang kita rasa sahaja.

Boleh tinggalkan komen, untuk soalan mana yang anda nak tahu, nanti saya jawabkan. Sebab soalan ni terlampau banyak, kalau saya terus nak buat satu satu ambil masa lama pula saya nak kena tulis. Saya percaya anda pun bukannya tak faham semua soalan pun kan.

Ataupun saya bagi terus satu contoh, untuk soalan pertama, kenapa nak berhenti kerja!

Kenapa Nak Berhenti Kerja

1 – apakah yang dimasukkan dengan soalan tersebut

Soalan begini sebenarnya ada membawa maksud untuk penemuduga tahu perangai kita. Sama ada kita setia atau tidak. Jangan penat penat dah ajar training, dan dah mahir, tiba berhenti pula cari kerja lain. Sebenarnya, tindakan ini memang merugikan syarikat.

2 sebab kuat kenapa kita berhenti kerja disebabkan kita nak gaji lebih, ataupun sebab kita ada masalah dengan company yang sebelumnya. Boleh jadi masalah dengan bos, ataupun masalah dengan pekerja, ataupun kalau sebelum ni kita kerja shift 4 2 4 2, kita nak cari company yang kerja shift 4 3 3 4 supaya kita boleh dapat banyak cuti, dan ada masa banyak untuk rehat.

Berbanding dengan shift 4 2 4 2 memang penat sebenarnya. Kalau shift 5 2 lagi jenuh.

Tapi kita tak bolehlah terus reply macam ni, sebab menampakkan diri kita ni yang semata mata nak mencari advantage dan tiada loyalti semata mata bila berkerja. Sebaliknya kita bagi alasan yang nampak macam kita tak memandang harta atau semata mata kelebihan sangat.

2 – cara nak menjawabnya.

Antara point yang saya jadikan sebagai alasan dulu ialah sebab saya nak perkembang lagi pengalaman saya.

Seperti contoh anda kerja dalam bahagian buat kereta. Sebelum ni, dah kerja dekat company design kereta, lepas tu anda berhenti, dan minta kerja di company mungkin dibahagian lain yang berkaitan dengan kereta juga, mungkin dibahagian mesin nak buat kereta pula contohnya.

contoh lain, sebelum ni kerja di Klinik, tapi anda pindah kerja di hospital untuk belajar keadaan yang real bila deal dengan pesakit yang banyak, yela kalau di klinik memang paling kuat pun berapa ramai sangat. Tapi kalau hospital, dengan pelbagai department lagi, memang boleh buatkan kita lebih banyak belajar.

contoh lain lagi, sebelum ni anda bekerja jadi agent pemasaran kereta, dan selepas beberapa lama nak jadi agent hartanah pula.

Kesemua 3 contoh ni boleh dijadikan alasan yang nampak lebih positif supaya nampak macam kita nak terlampau semangat sangat untuk belajar ilmu baru.

Tapi syaratnya, mesti company yang kita nak apply tu sangat sangat related antara satu sama lain. Kalau tak related, memang susah sikit kita nak dapat kerja itu nanti.

Selesai untuk soalan kenapa nak berhenti kerja, saya ada jawab cara untuk kita faham soalan ni dan cara nak menjawabnya juga.




Cara Susun Sijil – Untuk Pergi Interview

Salam semua, untuk hal susunan sijil ni, ia tak ada specific rules pun untuk anda follow. Baik yang kelulusan ijazah sampai ke lepasan STPM/SPM sekali pun. Saya sendiri pun susun sijil ikut dan ja, tapi jangan la yang tak masuk akal. Biar lah nampak ada macam satu jalur cerita daripada page awal ke page yang akhir.

Di bawah ni adalah antara susunan saya dari awal sampai ke akhir.. Anda boleh plan plan sendiri..

Kalau saya suka susunanya lebih kurang macam bawah ni.

Cover Letter dan Resume

Dua benda ni memang saya akan letak paling atas sekali. Saya letak cover letter dulu,lepas tu resume. Sebab ini lebih kepada ringkasan akan siapa kita. So memang saya akan pilih letak atas sekali.

Sijil Pengajian

Seterusnya,kalau ada sijil, diploma atau degree saya akan letak di bawah resume. Kiranya nak bagi tahu, kita ni kelulusan apa. Kalau tak silap saya ada juga sijil yang kita tamat pengajian daripada tempat kita belajar, pun saya akan letak disini.

Pastikan semua sijil ini ORI ya. Andai kata anda buat 4 copy semua sijil2x resume yang nak bawa pergi resume ni, memang boleh satu sahajalah yang ori. Yang lain tu anda buat copy stapler sahaja pun OK.

Kalau macam kita sekolah dulu memang kita aktif bersukan atau beruniform semua kan? Kalau macam saya belajar dulu, ada juga saya aktif main kompang. Semua semua ni, anda hanya pilih yang utama yang berkaitan sangat dengan jawatan yang nak dimohon sahaja.

Jangan segala macam yang macam tak berkaitan pun anda letak sekali.

Nanti lambat pula,nak sampai ke bahagian result CGPA. So pilih, mana yang berkaitan, keutamaan sahaja. Selebih itu, anda letakkan di bahagian paling belakang.

Kalau ada result MUET, boleh letak bahagian ini juga.

IC dan Surat Beranak

Sebenarnya kalau anda nak letak bahagian IC dan Surat Beranak ni di page selepas resume pun boleh. Tiada masalah. Atau letak sebelum anda tunjukkan sijil2x. Atau letak sebaik sahaja selepas resume.

Bahgian ini juga, biasanya saya akan masukkan result dan sijil SPM, surat berhenti sekolah pun penting kena ada.

Result CGPA

Seterusnya, saya akan letak result CGPA. Kalau yang fresh graduate, kan ada macam silibus pengajian kita resultnya. Yang itu pun saya akan letak di bahagian ini juga.

Butiran Pengalaman Kerja Atau Praktikal.

Saya tak pasti kalau ada butiran yang kita ni ada buat tempat praktikal di sekian sekian. Kalau ada, mungkin ada simpan lagi surat yang anda diterima buat praktikal dulu boleh letak disini kalau fresh.

Kalau dah ada pengalaman kerja, boleh letak surat anda diterima kerja dan surat anda confirm dengan gaji sekian2x dalam bahagian ini. Susunlah, mana kerja yang paling latest susun satu satu.

Kalau masa kerja dapat sijil penghargaan kehadiran ke apa, boleh masuk dalam bahagian ini juga. Jangan letak kat belakang sekali, sebab bahagian ini kita nak letakkan perkara yang berkaitan dengan kerja sahaja.

Sijil Korikulum

Betul ke idak saya eje korikulum tu. Yang ini kira bahagian akhirlah ya, kiranya mana yang tak berkaitan, mana yang macam tak tahu mana nak letak, saya akan letak di bahagian paling belakang ni.

Saya ada juga macam payslip saya bekerja dulu yang saya lampirkan sekali dalam sijil sijil untuk bawa pergi temuduga ni.

Biasanya payslip payslip tu saya akan letak dalam bahagian ini, atau pun butiran pengalaman kerja di atas.

Itu sahaja kot.

Macam saya cakap di atas, nak menyusun sijil ni tiada cara khusus, cuma pastikan ia macam berhubung kait antara satu sama lain dan tersusun waktu waktu yang anda hadapi setiap butiran dalam sijil sijil tu.

Kalau tak silap saya juga, untuk interview kerajaan memang ada senarai sijil sijil yang anda perlu bawa, kalau kes macam ni baru anda susun elok elok ikut numbering yang mereka bagi.

Artikel Lain

Antara artikel lain yang saya rasa menarik juga untuk bantu anda dalam penyusunan sijil ni, boleh cuba tengok artikel di kerjakini dengan jobshub.info.

Perkongsian di hellokerja pun macam OK juga.

Selesai ya, sajalah nak tambah. Semasa sesi interview saya selepas 4 5 tahun bekerja kan, so penemuduga tu langsung tak tengok sijil sijil saya. Saya tak pasti kalau dia dah buka ke belum, tapi memang dia terus direct minta saya ceritakan pengalaman kerja saya.




Nasihat untuk Fresh Graduate

Nak tahu cerita tak? Masa saya grad 2009 daripada University Malaysia Pahang dulu. Lepas satu tahun baru saya isi borang untuk apply jawatan kosong kerajaan. Masa tu masih lagi dipanggil sebagai SPA8, sekarang sahaja dah upgrade kepada SPA9

lambat sampai setahun tu, bukan sebab malas. Tapi sebab tak tahu dan tak ada siapa nak cerita. Kita pula tak berapa reti. Itu yang makan setahun.

Sepatutnya, sebaik sahaja graduate, saya mesti isi itu dahulu.

Tapi untuk adik adik ni, harapnya tak. Itu sebab saya kongsikan 4 perkara yang anda perlu buat, termasuklah isi spa9, sebaik sahaja graduate dari pusat pengajian.

Perkara 1 – Buat Resumelah apa lagi!!

Alright, tiba masanya untuk anda bertindak, dan show off kan kelebihan anda sebagai pekerja dalam resume.

Sebenarnya, kita ni pengetahuan untuk membuat resume dengan baik sangatlah kurang.

Tak pastilah kenapa masa kita belajar dulu, penekananan dalam penyediaan resume tak dititikberatkan. Bukan tak belajar langsung, ada belajar. Tapi bagi saya tak cukup.

Tapi elok jugalah lah, kalau tak, tak bolehlah saya jadi sifu resume. haha

Itu sebab jugalah saya sharekan semuanya dalam blog ni. Supaya saya boleh berkongsi akan apa yang saya tahu.

So anda kena buat resume, belajar cara buat dengan betul. Sejujurnya saya tak pasti kalau ada blog panduan buat resume yang berkongsi macam saya buat sekarang ni di sayashare.

Tapi kalau macam blog bahasa inggeris memang berlambak, contoh contoh ayat resume yang bagus.

Ini dia perkongsian saya, cara tulis resume, dan cara tulis cover letter. Mana yang adik adik baru lepas SPM, boleh cuba baca artikel yang ini, panduan resume untuk lepasan spm.

Perkara 2 – Mesti Terror Dalam Interview

Ingat ya, skill pandai buat resume, dengan skill pandai jawab dan petah semasa temuduga sangat sangatlah berbeza.

Kalau pandai buat resume, belum tentu dapat buat kerja kalau anda tak petah bercakap dalam interview.

Resume, tujuannya kita buat supaya dia panggil kita untuk datang jumpa, bukannya terus dapat kerja. Manakala sesi temudugalah yang membuatkan kita dapat kerja, andai kata majikan rasa kita layak.

Layak tu dari segi apa?

  1. layak sebab kelayakan anda sesuai, mungkin jurusan yang betul apply
  2. layak sebab anda tak malu dan pandai bercakap. anda pandai ekspresikan apa yang anda boleh buat.
  3. layak sebab anda macam kritikal thinking, kiranya dapat berfikir dan menjawab permasalahan kerja dengan baik
  4. layak sebab anda pandai mengambil hati, atau membuatkan si penemuduga tu percaya akan kebolehan anda.

Percayalah cakap saya, kerja ni sebenarnya bukan susah mana pun. kita semua akan diajar punya. Macam kawan saya sorang ni, udahlah lembik, tapi dapat tau TNB. Saya yang keras, dan kemahiran repair saya jauh lagi baik daripada dia.

Tapi, akhirnya dia yang dapat.

Saya tak dapat. haha. Nak buat macam mana, sebab saya tersilap cakap.

Kerja tu memang kita boleh buat, tapi bagaimana kita expresikan diri kita pada depa tu yang penting. nak tak nak, kita kena belajar cara menjawab soalan temuduga dengan baik.

Ini dia beberapa posting berkenaan dengan soalan temuduga. Kompilasi yang paling baik, anda boleh baca yang ni, contoh contoh soalan temuduga, dan kalau anda fresh graduate, boleh baca yang ni. Contoh Soalan Temuduga Untuk Fresh Graduate

Perkara 3 – Register Directory Jawatan Kosong – Untuk Company Swasta

Directory Jawatan Kosong ini ialah, mana mana company yang masukkan senarai jawatan kosong syarikat mereka kedalam satu satu website, seperti contoh jobstreet.com.my.

Dulu, masa saya mula mula cari kerja. Saya tak tahu mana satu yang paling popular. Sebab rasa macam banyak sangat website kena register. Untuk adik adik ni x pa, biar pakcik senaraikan.

Jobstreet – jobstreet ni adalah tempat mencari kerja no 1 di Malaysia, bagi kategori jawatan kosong dari company swasta. Anda suggestlah, indeed ke, mudah ke, maukerja ke, monster ke. Jobstreet adalah yang paling utama dan paling lengkap sistemnya. Sebenarnya, kalau anda dah apply jobstreet, dah boleh lupakan tempat cari kerja yang lain.

Oh ya lagi satu, jobstreet ini sesuai kalau anda berkelulusan. maksud saya ada diploma dan ke atas. Sijil pun boleh. Sebab kalau mudah.my nanti, lebih kepada jawatan kosong untuk lepasan SPM.

Mudah.my dan maukerja – ok dua ni saya gabungkan sekalilah. Saya tahu, memang ada jawatan kosong untuk diploma dalam dua ni. Tapi memang kebanyakan jawatan kosong hanyalah mereka yang lepasan SPM sahaja. So kalau anda dalam kategori ni, boleh cuba mudah dan maukerja terus.

Tak perlu register ke jobstreet, sebab jobstreet ni kadang ambil masa sikit. Sebab dia akan kumpul semua dan filter. Kalau mudah ni juga, kadang tu ada macam urgent label. maksudnya company tu nak cepat pekerja.

Eh, rasanya jobstreet pun ada. erm tak apa lah. apa apa pun, kalau lepasan spm boleh cuba mudah atau pun maukerja ya. Kalau nak kerja McD, KFC, booth dalam AEON, atau nak kerja dalam bidang sales, insurance semua. Memang sesuai mudah dan maukerja ni.

Selain daripada ini, ada juga foundit.my dan futurejobs yang macam berbaloi untuk anda register dan aktif untuk cari kerja.

foundit.my – ini sebenarnya masih lagi dalam pemerhatian saya. sebab dia baru rebranding kepada nama baru foundit ni. Sebelum ni guna nama monster. monster ni sebenarnya company daripada India. Tapi memang banyak juga kerja senarai daripada Malaysia dalam ni.

Dan selepas mereka rebrand kepada foundit, nampaknya macam function yang ada dalam foundit ni jauh lebih baik dari jobstreet. Walaupun macam agak mahal juga budak budak yang baru nak start kerja ni perlu spent.\

last, myfuturejobs. – futurejobs ni masa zaman saya, namanya jobsmalaysia. tapi dah ditukar kepada futurejobs. Website ni memang rasanya goverment yang setup.

Bagi saya, lebih kurang macam mudah atau maukerja juga. mungkin lebih teruk lagi sebab sistemnya tak berapa baik. tapi jangan lupakan juga, sebab saya perasan ada jawatan kosong kerajaan kadang kadang tersenarai dalam tu.

Perkata 4 – Register Lagi – Tapi Government pula

Ok, kalau tadi, jobstreet kita lebih focus pada jawatan company swasta sebenarnya. So kali ni, saya nak kongsikan jawatan kosong untuk kerajaan pula.

Sekarang ni, kat mana nak cari jawatan kosong kerajaan? ada 3

  1. website spa9 – yang ni memang kita kena register
  2. website jabatan negeri
  3. blog blog

SPA9 – ini yang utama ya. ini untuk kerja kerajaan, kalau anda cikgu boleh guna SPP.

Website SPA9 adalah ibarat jobstreet, tapi untuk jawatan kosong kerajaan. Memang wajib kena register awal awal.

Website Jabatan Negeri – yang ni, sepatutnya dalam website SPA akan update jawatan kosong, tapi kemungkinan besar memang ada yang tak update. Contoh jawatan kosong untuk saliran air bagi negeri Perak. Hanya nampak buka di website under negeri Perak sahaja.

So kalau jadi macam ni, ini yang buat kita rugi, dan hanya siapa siapa yang alert sahaja akan perasan. Ceritanya, anda kena register dan alert di website lembagi air perak juga, atau LAP.

Tak kesahlah, lembaga air perak ke, negeri negeri lain ke.semua nya akan gunakan website mereka sendiri.

Blogs – anda taip sahaja ‘jawatan kosong kerajaan‘ contohnya.

Kalau macam tak sempat, dan tak tau pun website mana nak apply dalam jabatan under negeri dan daerah. anda boleh cuba alert dengan blog blog jawatan kosong.

Sebab depa ni, memang banyak dan cepat kongsikan benda benda ni. boleh cuba guna contoh keyword seperti:

jawatan kosong kerajaan negeri perak
jawatan kosong lembaga air
jawatan kosong bla bla lagi…

Yang jawatan kosong lembaga air tu tak betul pun sebenarnya, tapi anda hentam ja keyword yang lebih kurang. Sebab memang akan jumpa juga.

Nanti macam macamlah keluar website yang bagus bagus berkongsi jawatan kosong yang ada.

itu sahaja… bagaimana?




Apa Tanggungjawab Technician? Repair Machine Sahaja Ka!!

Ada kawan saya bertanya.

Saya tak faham, sebenarnya technician ni buat apa?

OK, jum saya jelaskan. Sebenarnya technician, bukan sekadar repair machine sahaja. Sebaliknya ada banyak lagi tanggungjawab atau pecahan kerja khas apa yang technician perlu buat.

Sepanjang yang saya bekerja, antara skop skop kerja technician yang saya pernah nampak sendiri dan perasan ialah:

maintenance technician – ini yang biasa kita dengar dah faham, tanggungjawab mereka adalah untuk repair machine.

electrical technician – ini pun kita biasa dengar, dan tak perlu faham apa yang dia buat pun kita sudah tahu apa tujuan dia hidup.

mechanical technician – kebiasaannya jawatan ini juga elektrical dan maintenance technician perlu tahu dan boleh buat. Tapi memang ada sesetengah company yang memang nak cari pekerja yang khusus dalam bidang mechanical.

process technician – process technician ini adalah yang saya kerja dulu. Lebih 5 tahun juga saya kerja dalam bidang ni. Suka, sebab tak perlu nak repair machine dan tak perlu bersusah payah macam orang maintenance. Process technician ni, atau dikenali juga sebagai process tech lebih kepada penjagaan kualiti.


Contohnya. mungkin macam ni.

Katakan ada satu production yang membuat periuk nasi.

Kebiasaannya, satu hari, production periuk nasi ni ialah 100 buah periuk nasi.

Dan katakan machine production itu rosak sapa nak panggil? sudah pasti maintence technician

Katakan, kualiti periuk nasi tu macam banyak yang defect? boleh jadi process technician atau pun quality control technician.

Katakan, semua production line dalam kilang tu, sampai kilang itu pun padam, electric atau bekalan gas semua tak ada. Sapa yang bertanggungjawab? Electrical technician? salah, itu tanggungjawab facility technician.

Katakan kebiasaannya, production line buat 100 buah periuk nasi. Tiba tiba order dapat banyak, bos nak kita naikkan kepada 200 buah periuk nasi satu hari? Yang ni sapa punya tanggungjawab? Process Technician.

So engineer tak ada kerja? Tak boleh kata macam tu juga, sebab setiap technician technician yang anda baca di atas ni, semuanya ada engineer yang mengelola dan membuat keputusan. Masing masing hierarki orang kata.

Harap jelas ya dengan contoh ni, kita sambung lagi beberapa jawatan technician yang lain.


Quality Control Technician – technician ini biasanya kerja dalam makmal atau focusnya menjaga kualiti sahaja. Biasanya juga dipanggil dengan QC atau QA Technician.

Lab Technician – yang ni memang duk dalam lab sahaja.

facility technician – contoh yang paling sesuai ialah technician untuk bangunan hotel. So satu bangunan tu dia kena jaga dan pastikan dalam keadaan baik. Kalau facility technician untuk kilang, satu kilang itu dia kena pastikan dalam keadaan baik.

Contohnya, kalau anda perasan, kilang kilang ni mesti akan ada lorry hantar gas.

Yang pastikan supply gas, electric, air semua cukup untuk kilang atau satu bangunan ini facility technician punya kerja.

Equipment Techncian – ini lebih kurang macam maintanence technician juga. Cuma kebiasaannya, bila sebuah kilang itu ada machine yang banyak. Beratus ratus, pasti akan ada equipment techncian yang ditugaskan khas untuk jaga machine itu sahaja.

Automation Technician – biasa juga dipanggil robotic technician. Biasanya memang anda yang belajar dalam bidang robotic sahaja akan diterima bekerja. Kalau mechanical, tiba tiba nak apply jadi automation technician memang sampai ke sudah tak dapat, sebab sudah lain bidang.

Service Technician – yang ini pula, biasanya kalau sebuah company itu ada product diluar. Contohnya company yang service lif di bangunan hotel atau mana mana tempat. So depa akan dapat call, dan datang untuk repair.

Serupa juga, forklift yang company guna. Mungkin masih lagi dalam waranti, atau dah tiada siapa yang boleh tolong repair. memang service techncian daripada company yang akan tolong perbaiki.

Technician Yang Menjaga Machine Khas

Selain itu juga, technician ini ada jawatan khas untuk setiap tool yang mereka akan guna. Tool atau machine ini memang perlu orang kata, special punya orang yang belajar bertahun bertahun untuk guna.

Kiranya, bukan macam anda datang cari kerja, tiba tiba terus boleh guna machine tu.

Tak semua machine macam tu. So ada machine yang khas graduated dia sahaja yang boleh faham nak guna.

Antaranya, machine CNC yang kita panggil sebagai CNC Tech, dan juga machine Injection Moulding.

Tool Technician yang tugasnya khas menjaga machine molding juga boleh dikatakan jenis technician yang menjaga satu satu machine khas juga.

Baiklah, rasanya itu sahaja kot.

Lagi banyak saya rasa macam nak menulis, rasa macam tak habis pula jenis jenis technician yang ada. Sebab memang banyak pun.

Sebab technician ni, ikutkan definisinya, adalah orang yang khusus dalam satu satu bidang. So padanlah kan. Tambah tambah kalau kilang atau company tu besar. Memang akan jumpa. Kalau company itu kecil, atau startup.

Startup maksudnya company itu baru nak bermula, mungkin ada yang tak lagi. Macam process technician di Osram Kulim yang baru dibuka. Kalau ikutkan mana ada process technician lagi, tapi lama lama pasti akan ada.

Tambahan!

Draftsman – ini pun boleh kata level technician juga. Jawatan yang saya mula mula pegang bila habis belajar dulu. lebih kepada melukis menggunakan autocad atau pun solidwork.




Contoh Kekuatan Diri Dalam Resume [Cara Untuk Kita Buktikan]

Strength atau kekuatan diri yang kita cuba nak tunjukkan dalam resume memang satu perkara yang sangat penting. Dengan penulisan yang baik, memang akan mampu menarik perhatian majikan supaya menerima lamaran ( resume ) kita.

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan lebih 20 point yang boleh digunakan untuk menunjukkan yang kita ini layak untuk bekerja. 20 point lebih ini juga, saya akan bagi sekali dengan contoh ayat kekuatan diri yang anda boleh gunakan dalam resume nanti.

Cuma, jangan copy paste direct ya. Cuba ubah ubah sikit ayat supaya satu Malaysia tak sama resumenya nanti.

Saya juga, akan snap beberapa ayat iklan job description dari Jobstreet untuk buktikan pula apa yang saya maksudkan.

Cuma mungkin tak semualah, sebab takut takut tak jumpa pula.

Suka saya nak ingatkan juga, contoh contoh point kekuatan diri yang anda boleh gunakan dibawah, bukan semata mata beri focus pada anda yang nak apply jawatan kosong bidang engineering sahaja.

Bidang bidang yang lain pun boleh. Dan juga, jangan masukkan semua dalam resume tu nanti, hanya pilih yang berkaitan dengan bidang dan kemahuan majikan sahaja  (kemahuan majikan tu maksud saya, apa yang tertulis di job description)

Sebelum kita mula, nak minta maaf dulu awal awal, takut, kalau kalau point dibawah ini ada yang seakan akannya sama.

Mungkin boleh tinggalkan komen juga supaya saya boleh tapis sekali lagi.

So setakat ni ada 21 point ya, nanti kalau otak saya berfungsi semula saya tambah lagi. Sekarang ni dah jadi beku sebab tulis artikel ni panjang panjang.


  1. Leadership/Kepimpinan
  2. Self-motivated
  3. Communicating
  4. Creative
  5. Software skillful
  6. Analytics skills
  7. Punctuality
  8. Public speaking
  9. Detail-oriented
  10. Flexibility
  11. Decision making
  12. Management
  13. Negotiation
  14. Teamwork dan Friendly
  15. Multitasking
  16. Time management
  17. Marketing skills
  18. Less monitoring / dependable
  19. Fast learner
  20. Multilingual
  21. Tidak mudah berputus asa

Leadership/Kepimpinan

Boleh meminpin atau menjadi leader ini memang banyak sangat iklan jawatan kosong harapkan anda boleh buat. Terutamanya, jawatan yang memerlukan anda untuk control staff bawahan.

Seperti contoh, staff nurse yang perlu jaga nurse nurse dibawahnya. Atau pun jawatan seperti supervisor yang perlu jaga anak buah.

Kalau kita tak ada sifat leadership, bukan senang sebenarnya orang nak dengar cakap kita.

Example: Led the quality assurance team and helped increase team performance by 40%.

Self-motivated

Kalau bidang kerja macam melibatkan sales dan marketing memang majikan nak sangat pekerja mereka yang ada semangat bekerja selft motivated ni. Ye lah, semua kerja perlu ada semangatkan.

Tapi kalau bidang sales ni akan nampak paling jelas, sebab anda perlu mental yang kuat, tak mudah mengalah, dan tak duduk diam selagi tak capai target sales bulanan.

Kalaulah, macam ayat ayat kita dalam resume kita tu tak bersemangat, atau tiada contoh kejayaan yang boleh dibanggakan, memang agak susah sikit.

Kecuali kalau masa kita datang interview, semangat untuk bekerja tu lebih mudah untuk ditonjolkan bila depan depan berbanding dengan penulisan.

Self Motivated juga, boleh nampak pada pekerjaan yang boleh buatkan anda rasa bangga dengan jawatan yang disandang. Seperti contoh, ayat dalam resume tu anda ada tulis ” team saya berjaya mencapai target sekian sekian untuk 3 tahun berturut turut‘, yang sekali gus menunjukkan yang anda ni productive yang sememangnya majikan akan suka.

Example: Volunteered to help assist with upcoming projects.

Communicating

Kalau anda bekerja dalam satu pasukan, kemahiran untuk berkominasi antara team member sangat penting. Seperti contoh masa saya bekerja kilang shift dulu, memang akan ada 2 3 orang technician lain yang akan bekerja dengan saya setiap shift.

Dan kalaulah kami bertiga ni tak bertegur sapa dan buat kerja masing masing, memang akan jadi masalah pada production.

So dalam resume, anda boleh cuba kongsikan komunikasi antara anda dengan team member yang lain.

Example: Wrote monthly newsletters for the museum, sharing upcoming events.

Creative

Memang ada sesetengah jawatan yang memerlukan anda untuk berfikiran creative. Seperti contoh mereka yang terlibat dalam designing yang ada menggunakan software photoshop untuk  penghasilan graphic yang menarik, atau software sketch up untuk anda yang memohon jawatan arkitek rumah.

Kalau tak creative, memang samalah lukisan anda sepanjang tahun. So itu sebab kena creative, dan lebih baik tambah sekali dengan inovatif.

Sebelum terlupa, tahu tak creative ini apa? Creative adalah pemula. orang yang mengeluarkan idea baru. Inovatif pula penambah baik kepada creative tadi.

Seperti contoh, anda design rumah, biasa awning rumah diperbuat daripada zink. Yang memang akan bising bila terkena air hujan. Tapi anda creative dengan menggunakan bahan lain yang boleh serap bunyi hujan. So tak adalah bunyi bising gila bila hujan. Inovative pula, mungkin konsep awning yang lebih senyap yang sama, tapi mungkin bahan yang digunakan lebih murah.

Example: Ability to come up with new ideas to enhance the design of

company websites.

Software skillful

Software skillfull yang saya cuba maksudkan ini ialah kebolehan anda memahami satu satu software yang baru anda kenal dengan cepat. Makna kata, celik IT lah kira.

Tak adalah terpinga pinga sangat bila orang suruh guna computer.

Seperti contoh macam saya kerja dulu di Ipoh, saya ada apply jawatan kosong di Kulim, Kedah. Engineer itu ada bagitahu saya akan beberapa software yang akan guna.

Function software tersebut mungkin lebih kurang sama dengan company lama saya bekerja, tapi kaedahnya mungkin berlainan. So kebolehan untuk kita adapt dengan software baru dan tool baru dengan cepat inilah buatkan majikan suka.

Analytics skills

Point ni saya teringat masa salah satu interview yang saya pernah hadir. Penemuduga tu tanya, “kalau saya bagi satu data, u boleh lukis tak graphnya?”

Terkejut juga saya, sebab last saya lukis graph ni masa tingkatan 4 atau tingkatan 5 rasanya, tahun 2004 dan 2005.

Sedangkan masa saya interview tu, pada tahun 2014 rasanya. Lama juga tinggal tu.

Saya terus terang cakap, kalau berikan saya sikit masa untuk study balik, memang saya boleh buat. Dalam hati saya, saya dapat agak dah, engineer cina ni saja nak test ja. Sebab takkan lah company masih lagi nak pekerjanya buat graph hari hari.

Mesti sudah ada satu software analytics yang siapkan dalam sekelip mata. Baru lebih cepat untuk kita buat keputusan.

Pendek kata, bila satu satu production berlaku, kebolehan anda untuk interpret pada graph sangat penting untuk anda tahu. Dan analytical skills ni memang banyak keperluannya dalam bidang engineering. Sebab kebanyakan mesin akan ada graph untuk kestabilan mesin atau production bagi kualiti product itu bila berjalan atau dihasilkan.

So, ada kena faham graph, kalau dah lupa, boleh rujuk artikel ini. 7QC Tool

Punctuality

Kekuatan ini paling mudah sebenarnya kalau anda cuba nak buktikan. Minta ja copy scan in scan out company lama untuk buktikan anda ni menepati masa waktu bekerja. Atau mungkin ada anugerah dan sijil untuk pekerja yang punctual dengan masa.

Tapi punctuality ini tak semestinya pada kehadiran sahaja, untuk anda yang kerja sebagai engineer mesti akan ada task task yang bos lama minta siapkan pada waktu waktunya. So anda boleh sahaja kongsikan task sebelum ini yang anda dapat siapkan pada waktu yang ditentukan.

Example: Regularly attended county board meetings on time.

Public speaking

Sepanjang saya kerja, mungkin sebab bidang yang berbeza atau level kerja saya yang takat diploma sahaja, memang jarang jarang kebolehan public speaking ini diperlukan.

Saya pun rasanya belum pernah jumpa lagi requirement public speaking ini ada dalam job description dalam jobstreet. Macam saya cakap tadi, mungkin sebab bidang kita berbeza dan mungkin sebab level study yang saya apply kerja hanyalah up to diploma level sahaja.

Kalau ada pun, 3 tahun saya bekerja dengan satu company ni yang memang saya terpaksa present setiap pagi.

Tapi untuk yang level degree dan ke atas, anda memang akan kerap buat presentation nanti. Saya pun perasan juga, kawan kawan engineer yang level degree masa kerja di tempat lama sebelum ni ada buat presentation dengan bos bos yang lain.

Kalau anda nak apply kerja dengan Sifoo kena adalah faktor ini kot.

Example: Presented at a national level conference on the benefits of

grooming dogs regularly.

Detail-oriented

Detail oriented ni memang sangat penting, ibarat macam resume yang kita hantar apply kerja itu juga.

Kalaulah resume kita macam comot, pengunaan warna tak sesuai, atau resume yang tak nampak macam cantik pada designnya. Pasti buatkan orang yang tengok resume kita tu tak berapa semangat dengan resume kita.

Berbanding pula kalau design resume kita kemas, penggunaan perkataan atau tulisan yang sesuai, tak terlalu kecil, tak terlalu besar. Gambar yang kita gunakan pada resume pun sesuai, maklumat yang anda letakkan dalam resume pun lengkap. Tak ada yang macam lopong, contoh 2015 – 2018 kerja di tempat A, terus tiba tiba 2020 – 2022 kerja di company B. Dah tu, 2019 dan 2020 buat apa?

So, resume yang detail pasti sedikit sebanyak dapat menambah positive vibe pada resume kita sikit. Itu baru resume, kalau kerja kita? memang majikan akan suka.

Sebab orang yang detail ni kerjanya tersusun, pakaian pun kemas, rambut pun tak macam saya, barai. Tu sebab saya selalu pakai kopiah. huh

Example: Reviewed website code to make sure it was free of errors.

Flexibility

Masa saya interview dulu, saya ingat lagi. Engineer tu tanya, boleh tak u kerja lebih masa? So ini adalah flexibility yang dimaksudkan.

Dan saya pun cakap, kalau dah memang ada OT apa salahnya. haha

Tapi boleh jadi juga, flexbility pada perkara lain, contohnya macam menerima teguran, atau pun anda boleh travel kerja ke tempat lain, mengikut arahan atasan. So anda flexible dan lenient dengan perkara baru.

Nanti bila dah lama lama anda scroll jawatan kosong di jobstreet tu akan perasan point flexbility yang saya maksudkan ini.

Example: Open to travel and relocation.

Decision making

Ingat lagi masa saya masih lagi tengah training sebelum dimasukkan ke dalam production kilang. Trainer tu ada tanya dan bagi masalah pada saya.

Dia cakap, Syed, kalau kamu kerja di suatu production. Dan tiba tiba product yang mesin itu hasilkan rosak, dan dikira sebagai defect, adakah kamu akan terus stop production atau masih juga jalan production?

Saya dengan selamba, STOP PRODUCTION !!

Masa tu, semua budak2 lain tergelak. Dan selepas bertahun tahun saya kerja, jawapan saya stop production hari training tu sebenarnya paling tepat. Buat apa nak jalankan juga kalau dah tahu memang produk itu akan masuk tong sampah!!

Example: Assigned team members with tasks based on their talents.

Management

Ni adalah kelemahan dan kemalasan saya ni. Sebab saya memang tak suka terlibat dengan mana mana management, lagipun selain daripada blog saya-share ni saya ada lagi beberapa blog lain yang lagi suka saya sibukkan diri untuk menulis daripada duk jaga orang.

Walaubagaimanapun..

Mempunyai kemahiran dalam management atau pengurusan adalah penting terutamanya bagi leader yang perlu untuk menyelia pekerja lain.

Kebiasaannya juga akan ada target yang mesti dicapai. Contohnya, output production bagi yang kerja kilang, atau pun nak manage siapa cuti siapa kerja, kebolehan untuk kenal pasti pekerja yang flexible andai kata semuanya nak cuti time raya.

Gitu. Nanti korang dah kerja akan harungi semua ni.

Example: Experience leading a team of 15 employees.

Negotiation

Kekuatan diri untuk ber-nego ni bukan dalam bidang marketing sahaja ya. Saya pernah ada sorang client yang beli rumah dengan saya ni, dia ni kerja bahagian deal order dengan client. Akak ni jurusan business administration rasanya.

Kalau anda masih ingat akan faktor flexible tadi, faktor itu juga ada pada kawan saya. Sebab dia memang kena flexible dengan masa, sebab kebanyakan client deal pada waktu malam. Sebab waktu orang putih punya officekan. So terpaksa stay dan alert pada waktu malam juga untuk deal, nego dengan client.

Point negotiation ini bukan terletak pada keadaan anda deal dengan client sahaja, tapi juga kebolehan yang anda tunjukkan supaya pandai mengambil hati atau create positive relationships dengan client. ( hah gitu )

Situasi ni pernah berlaku pada saya juga tau. Masa tu saya kerja di Ipoh. Client representative to orang Filipina, tapi untuk company di US. Engineer cakap, client filipina tu suka bekerja dengan saya. So adalah rasa bangganya sikit.

Example: Negotiated a contract with our biggest vendor to help save

the company $1,000.

Teamwork dan Friendly

Faktor teamwork ni antara yang biasa anda akan jumpa dalam jobs desctiption. So anda kena tunjukan dalam resume tu, anda boleh menerima idea lain. Boleh tolerate dengan orang lain.

Ada semangat satu team untuk capai target. Bukannya semata mata sendiri sahaja.

Example: Collaborated with team members to produce a final product.

Multitasking

Multitasking ni memang kelemahan saya sebenarnya. Bukan sebab tak boleh buat, tapi rasa macam sengal sebab kena buat kerja banyak gaji sama.

Biasalah bila kita kerja dengan orang ni. Pasti akan ada rasa tak puas hati. Tapi sebenarnya bila fikir fikir balik, syukurnya ya Allah sekurang kurangnya kita dapat kerja. dapat duit, dapat gaji, dapat beli tv (walaupun hutang kredit kad), dapat beli komputer yang saya tulis untuk korang ni, dapat beli macam macam.

Tapi itu lah, saya memang benci kerja yang kalut kalut ni. Mujurlah saya study sampai diploma sahaja. Habis office hour, habislah cerita kerja kan. Mana yang degree dan kerja sebagai engineer dan ke atas ni, kadang tu dah balik rumah pun orang duk call call lagi. ( bergantung kepada syarikat kerja juga )

Dulu, saya dapat sambung degree mechanical, tapi saya tolak. Sebab faktor kewangan. Agak sedih juga, tapi bila dah jadi gini.

Saya pun dah umur 34 tahun, untuk tahun 2022 ni. Rasanya lebih elok juga gini. Alhamdullillah

Rasanya belum ada lagi Diploma Menjadi Blogger dan Youtuber ke dak.

Example: Answered the phone, updated the company calendar and greeted customers.

Time management

Mana yang perlu untuk bekerja sendiri, atau kerja yang multitasking, atau yang biasa kena travel luar memang kena pandai uruskan time management ni.

Time management ni bagus, sebab kalau anda memang boleh buat ia akan meningkat produktiviti dan kualiti kerja. Kerja pun teratur dan semua task boleh disiapkan dengan baik. ( gamaknye ler)

Example: Effectively met weekly deadlines for the magazine’s publication.

Marketing skills

So anda nak apply jawatan kosong untuk marketing, promosikan product untuk company. Boleh sharekan juga kebolehan yang anda ada tu dalam resume, beserta sekali dengan result.

Maksudnya memang kita sudah ada pengalaman. Bukan takat share idea sahaja.

Sebab siapa siapa pun, boleh bagi idea. Baca online je kan.

Example: Identified trends to create a relevant marketing campaign.

Less monitoring / dependable

Kalau anda perasan, banyak juga iklan description kerja kosong di Jobstreet yang beri focus pada faktor ini. Less monitoring. Tapi saya lupa istilah betul betul namanya apa.

Tapi nak bagi tahu, yang kita ni boleh bekerja sendiri, tak perlu nak monitor oleh bos sangat. Biasanya company yang libatkan kerja luar. Asal siap sudah.

Fast learner

Mana yang adek adek kita fresh graduate, mungkin akan ambil masa sikit untuk pick up dengan environment bekerja ni. Jadi, eloklah kalau saya ingatkan awal awal.

Alam pekerjaan ni, tak sama dengan alam kita belajar. Kalau kita tak tahu, kita boleh tanya kawan, atau kita boleh skip dulu, nanti jumpa lecturer kat bilik dia tanya semula. (perangai saya ni)

Atau pun, time malam lepas kelas nanti kita pergi rumah kawan untuk bertanyakan soalan yang tak faham tadi. Di alam pekerjaan sudah pasti tidak. Kita ni sebenarnya kalau boleh, tak ada masa untuk lambat faham.

Anda kena faham cepat cepat, supaya bos appreciate knowledge kita. Kalau slow motion ni memang pakat tak naik gajilah nanti. Sebab kita dibayar, kita dibayar untuk menjadi lebih baik.

Kalau time belajar dulu, kita duduk belakang, dan bila tak faham, malu pula nak angkat tangan.

Zaman bekerja lain, hang tak menonjol, bos tak kenal, maka gaji pun takat tu je lah. Sedar sedar kena tukar department.

So kekuatan diri, fast learner ni sangat penting.

Contoh, kalau anda memang sangat mahir dengan computer, boleh bagi tahu anda boleh belajar apa apa software dengan cepat, contoh lain, kalau anda memang berkemahiran dengan satu satu mesin, atau keadaan yang biasa dibuat pada company yang anda nak apply tu, boleh juga bagi tahu dalam resume akan kebolehan tadi. ( kiranya kena buat research dulu pasal company )

Multilingual

Di Malaysia ni, kalau boleh cakap melayu, english, dan mandarin kira ok sangat dah.

Untuk bahasa jepun dan sebagainya, memang ada company khas yang berminat. Tapi saya tak nak cover pasal bahasa ni. Cukup bahasa melayu, english dan mandarin kalau boleh.

Masa saya kerja di 2 buah company di Ipoh dan Kulim, memang memerlukan untuk bercakap bahasa inggeris. Di ipoh, sebab clientnya dari luar. So saya perlu untuk setup machine depan dia.

Di Kulim pula, kebanyakan operatornya adalah orang filipina. So memerlukan untuk cakap bahasa inggeris juga. Untuk bahasa inggeris, dalam resume tu gunakan ayat ayat yang macam cerdik sikit, jangan terlalu guna bahasa english translate sangat.

Baru nampak reti kan. Tapi jangan sampai berlebihan sangat, nanti blur pula masa interview.

Tidak mudah berputus asa

Pernah satu kali saya tengok kawan saya masa kerja dulu dia macam ambil masa yang lama untuk troubleshoot satu mesin production ni. Dan bila dah lama lama, saya pun datang agak terkejut juga saya tengok.

Mana yang tahu pasal kerja technician ni, ada part yang perlu untuk kita boleh membaca drawning, dengan merujuk pada drawing asal yang disediakan oleh supplier mesin itu sendiri. Dan untuk kes kawan saya ni, memang itu yang berlaku, dia perlu rujuk buku panduan/drawing daripada supplier.

Tapi masalahnya buku tu dalam bahasa jepun. memang totally tulisan jepun. So setengah orang, memang akan tutup buku dan tunggu engineer datang bagi buku lain. Tapi kawan saya ni bagus juga, dia cuba selesaikan juga.

Dengan download app yang tukar bahasa jepun tu kepada bahasa inggeris. Ada app daripada translate google.

Dan memang berjaya diselesaikan pun. Hasil daripada sifat tidak putus asa kawan saya tadi.

Sifat tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam kerja ni memang satu sifat yang majikan suka. Dan kalau anda ada pengalaman macam ni, memang elok sangatlah kalau ditulis sekali.

Lantaklah ada yang kata macam nak angkat bakul sendiri, memang itu pun tujuan resume.

UNTUK MENUNJUKKAN KITA INI RETI DAN LAYAK!!

Selesai sudah contoh kekuatan diri yang boleh kita tulis dalam resume. Apa macam?




Cara Memohon Kerja Melalui Email ( cara tulis )

Cara cari kerja melalui email ini bukanlah saya tak sokong. Bagus juga kalau kita buat apa sahaja medium yang ada, asalkan dapat kerjakan!

Dan kalau saya dulu, memang saya pun ada mohon kerja melalui email ini. Tambah lagi bila kita guna email ni jimat duit print, haha.

Tapi dengan kondisi covid sekarang, mungkin kalau kita mohon kerja melalui email ini dah macam terpaksa juga.

Staff pun mungkin ada yang bekerja dari rumah.

Tapi, pejabat pos, buka ja kalau anda nak hantar.

Ada Cara Yang Lebih Berkesan?

Sepanjang tahun daripada 2009 sampailah 2016 saya cari kerja dahulu. Cara yang paling mudah dapat kerja ialah dengan anda hantar resume direct ke kilang.

Sekarang saya sudah berhenti kerja dengan company dan bekerja sendiri.

Tapi tiada masalah pun, anda guna sahaja apa cara sekalipun untuk dapatkan kerja. Dan kalau memang company itu terang lagi benderang bagi email untuk kita hantar resume, kenapa kita tak gunakan pula kan.

So dalam kes ini, lebih elok hantar email.

Format Apply Kerja Melalui Email

Sebelum saya nak kongsikan beberapa contoh email yang anda boleh hantar, rasanya elok juga kalau saya terangkan dulu, cara kita nak tulis, atau karang ayat supaya email yang kita hantar berkesan.

Sebab dah pasti manusia lain pun akan menggunakan medium yang sama juga.

Bawah ni, adalah format untuk yang masih lagi baru nak mencari kerja.

Format Email Untuk Yang Fresh Graduate

Dan untuk yang sudah ada pengalaman kerja pula, anda boleh gunakan format yang saya buat dibawah ni. Sama sahaja pointnya, cuma cara kita tulis lain sikit.

Email Untuk Yang Sudah Ada Pengalaman Kerja

Dan sekarang, saya nak terangkanlah apa bendalah yang kita perlu tulis dalam 6 points tu.

Point 1

Ni bahagian tajuk email kita, supaya orang yang baca email kita tu tahulah email yang kita hantar ni untuk apply kerja. Bukan bos dia ke yang hantar. Kadang kadangkan bila kita apply kerja email ni, ada sesetengah HR yang memang bagi tahu awal awal kalau nak tulis tajuk email tu apa.

Supaya mudah depa perasan. So anda kena alert juga dengan tajuk email ni andai kata dah diberitahu untu tulis apa.

Kalau tak diberitahu, tulis sahaja macam yang saya bagi tahu ni.

Contoh

Syed Shaffizan | to apply Process Technician
Syed Shaffizan | Internship for Proces Technician

So saya tambah sikit “to apply” ya. Untuk yang hantar email untuk cari tempat praktical boleh tulis terus internship.

Point 2

Bila kita hantar email, sangat cantik juga untuk kita direct terus kepada orang yang terima email kita. Maksud saya, siapa nama orang yang terima email tu.

Contoh Miss Yoeh ka.

Kiranya, kita tahu nama orang yang nak dihantar tu. Tapi saya fahamkan, biasanya kita tak tahu kan, sebab biasanya emailnya akan macam ni.

humanresources@namecompany.com

So mana pula kita nak tahukan. Tapi boleh juga cuba cuba cari dekat website atau pun dekat facebook. Korek korek sikit kot boleh jumpa. Saya tak nak tunjuk saya carikan, nanti kena serbu pula email kawan tu.

So anda carilah sendiri.

Point 3

Bahagian ini kita guna untuk bagi tahu dua perkara. Bagi tahu apa daripada mana kita dapat job advertisement company depa ni, tujuan kita hantar email sama ada nak apply kerja, atau nak internship atau nak apa, dan terakhir sekali sedikit hal berkenaan dengan kita.

Hal berkenaan dengan kita macam nama, dan kalau kita sudah ada pengalaman kerja elok juga selitkan sikit dalam bahagian ni.

Point 4

Bahagian ini kalau ada pengalaman sedap juga tulis. Leh la serba sedikit pengalaman. Kalau anda tengok gambar yang saya tangkap tu buat macam point by point. Boleh juga.

Supaya senang dia tengok kan.

Tapi jangan semua tulis ya, sikit ja, atau mana yang anda rasa pengalaman yang paling power.

Untuk yang fresh, kalau anda punya pointer memang power, leh la eksyen sikit disini. Tapi jangan guna ayat terlampau angkat bakul pula, rileks sahaja.

Kalau pointer tak comel macam saya, saya mungkin gunakan point kerja yang kita nak apply tu, kena dengan jiwa atau pun kelayakan kita.

Fresh jangan risau risau sangat dengan ayat ayat ni, hangpa tu budak lagi, sangat sangat lah normal.

Point 5

Ni bahagian penutup, penting untuk kita ingatkan pembaca email kita ni baca attachment resume yang kita hantar sekali, kalau dak buat apa kita hantar resume ni kan.

Email yang hantar tu, jangan hantar dalam bentuk words pula, pastikan dah tukar kepada pdf.

Tak tahu nak tukar kepada PDF? sila meninggal

*tambahan, jangan lupa tulis bila kita start boleh kerja juga, tambah lagi kalau anda memang tak ada masalah untuk masuk awal.

Point 6

Sini kita tulislah detail macam mana nak contact kita. Walaupun dalam resume kita dah tulis, sini pun tulis juga.

No telefon jangan lupa.

Questionnaire

Adakah email mohon ni macam cover letter?

Ya, lebih kurang. Dulu saya pernah hantar email kerja ni juga, bila saya hantar, saya hanya copy paste dari cover letter sahaja. Kiranya saya tak attach sekali resume, attach resume sahaja.

Tapi, kalau nak buat lain yang lebih ringkas dari cover letter pun OK juga. Tiada masalah.

Nak attach sekali resume dan cover letter?

Kalau anda nak buat lain, kiranya ayat email guna ayat yang lain daripada cover letter. Kenalah attach sekali cover letter dan resume.

Cuma, bagi saya elok kalau anda rankumkan cover letter dan resume satu pdf.

Jangan buat sampai dua pdf.

Kiranya, dalam resume anda tu, page 1 buat resume, page 2 baru start dengan page pertama resume. Begitu..

Perlu follow up?

perlu, sangat digalakkan, mungkin selepas 1 minggu anda hantar tapi tak ada jawapan juga, boleh follow up juga, sama ada hantar semula email atau direct call.

Kalau saya sebelum ni, email yang saya hantar kat sapa sapa ni, saya memang letak software tau, saya buat, andai kata orang tu buka email kita, saya akan dapat notification kalau dia buat berapa kali.

So saya tahulah email tu ada orang terima kan. Anda boleh juga buat, tapi tak buat pun tak mengapa.

Sekian, itu sahaja.

Ada apa apa nak tanya?




Cara Dapat Kerja Cepat

Cara dapat kerja dengan cepat? erm susah juga nak menjawab soalan ni. Sebab saya tak tahu detail jenis kerjaya yang anda cuba nak dapatkan.

Sekarang ni, level SPM ke, sijil ke, diploma ke, degree ke.

Semua itu kena tahu untuk saya lebih mudah bantu dan kongsikan cara terbaik. Tapi kalau nak saya pukul rata, akan jenis jenis platform yang anda untuk cari kerja.

Ada beberapa point yang saya boleh kongsikan.

Register Hari Ni, Esok Kerja

Kalau jenis nak kerja yang macam ni, kiranya anda datang, masuk dalam office, cakap nak kerja, isi borang, dan esok anda kata terus nak start kerja. Memang boleh dapat sebenarnya..

Tapi kebanyakannya untuk kerja yang level SPM lah.

Untuk dapatkan kerja secepat ini, anda tak boleh gunakan cara online. Terpaksa pergi ke kilang atau tempat kerja direct, cari dan terus ketuk pintu tanyakan jawatan kosong yang depa gantungkan di pagar kilang.

Saya pernah buat benda ni, memang terus dapat kerja dengan cepat. Kalau tak silap, dalam tahun 2010 dulu. Masa tahun 2019, saya saja round round kilang ni semula, memang ada lagi kilang ni.

Anda pun boleh buat, cuba round round di kawasan industri kecil, atau pun kedai kedai, area commercial. Akan nampak banyak banner jawatan kosong begini.

Tengok Mudah/Online/Facebook

Kalau tak jumpa, anda boleh cuba cari online. Antaranya, Mudah dan Facebook.

Untuk level SPM atau yang tak perlukan apa apa certificate ini memang boleh masuk kerja awai.

Tambah lagi kalau anda kerja bahagian promosi product, yang macam saya buat. Register bagi nama, dengar sikit perkongsian product, dan boleh terus promote.

Jobstreet dan Lain

Jobstreet dan seumpama dengannya macam futurejobs memang akan ambil masa. Ambil masa sampai saya yang apply bertahun tahun jugalah tak dipanggil.

Saya sendiri, tukar kilang 4 or 5 kali semuanya disebabkan open interview ataupun banner yang saya contact direct.

Oh ya, email atau surat yang saya hantar pun antara source yang saya biasa guna, dan memang ada dipanggil untuk interview juga.

itulah ceritanya..

Ada apa apa nak tanya?




Contoh Soalan Temuduga Yang Susah di Jawab Versi 1

Bagi saya, soalan temuduga yang susah untuk kita jawab salah satunya ialah masa kita kenalkan diri sendiri.

Kiranya, sebaik sahaja anda masukkan ke bilik temuduga, dah pasti akan ada 2 atau 3 orang panel dihadapan. Selepas sahaja anda duduk, panel tadi akan tengok tengok butiran dan resume anda, dan selepas beberapa saat itu ahli panel atau penemuduga akan anda minta kenalkan diri.

Inilah masa yang paling crucial, paling nervous.

Sebab enjin kita baru nak start kan.

So, kita jadikan kenalkan diri ini sebagai point no satu, untuk soalan soalan yang susah atau sukar dijawab semasa temuduga.

No 1 – Masa kenalkan diri buat pertama kali.

No 2 – mencari perkara yang positive untuk pengalaman kerja yang sudah.

Pernah dengar cerita tak, bila kita interview ni. Banyak orang akan bagi tahu jangan duk cerita buruk untuk kerja anda yang lepas.

Atau duk mengata apa apa pada pekerja yang kerja anda yang sebelum ini. Buruk ke apa, biar begitu sahaja, tak perlu nak ungkit dan bawa sampai masuk ke bilik temuduga ni.

pernah? jangan buat tau, sebab benda ni memang sudah berlaku pada saya. Duk syok sangat bercerita, lastnya kita pun jadi susah nak jawab untuk tackle balik

So lebih baik kita cerita perkara yang positive dan baik baik sahaja.

Dan disnilah susahnya nak menjawab soalan temuduga tu, sebab kita boleh ceritakan yang positive sahaja, padahal tempat kerja lama kita bapaknya banyak negative.

No 3 – Dan bila kita cerita positive sahaja, awat berhenti juga.

Ini lagi satu hal, kita kata tempat kerja yang lepas best. Semua happy, tak ada negative. dah tu kenapa berhenti.

Betul juga kan.

So menjawablah pening kat situ.

No 4 – Soalan yang berbentuk masalah

soalan berbentuk masalah ini memang jenis soalan temuduga yang kita tak boleh nak rancang atau agak apa yang akan ditanya. Kalau jenis soalan lazim temuduga memang kita boleh agak, sebab soalan begini kita boleh anggap sebagai confirm akan ditanya.

Tapi, kalau soalan berbentuk masalah, memang agak susah sikit.

Dan persediaan yang anda kena buat agak makan masa juga. Sebab kita nak cari possible soalan yang mungkin akan ditanya.

No 5 – soalan yang berbentuk semasa

Soalan semasa ni macam isu politik, covid, mungkin gemba bumi yang baru berlaku. Soalan ini lebih kepada nak tahu kita ni alert dengan keadaan sekeliling ke tak.

Soalan ini pun susah juga, tapi saya belum pernah ditanya lagi. Sebab biasa kerja swasta memang jarang tanya soalan macam ni.

Biasa yang ditanya untuk mereka yang kerja interview goverment.

No 6 – apakah kekurangan anda

untuk kelebihan, mungkin boleh jawab. Tapi kekurangan ini macam soalan yang double meaning. Kita boleh ja jawab macam biasa, tapi jangan menjawab yang menunjukkan kita ni bengong sangat.

Sebaliknya, lebih kepada mungkin kita perlukan masa untuk adapt dengan environment baru. Dan kita juga, kena expresikan dalam interview itu yang kita ni memang jenis terbuka untuk menerima kritikan dan cadangan orang lain.

Begitu

No 7 – Dimanakah anda berada lagi 10 tahun?

Ini pun boleh kata susah juga. Anda jangan tanya pula orang yang temuduga kita tu balik, ‘tuan kerja sini dah berapa lama?’.

Kalau dia cakap 15 tahun, ok lah. Tapi kalau dia cakap 3 tahun, jangan pula jawab, tuan pun baru 3 tahun sibuk nak tanya saya 10 tahun pula apa hal.

so, jangan jangan..

Menambahkan can tak dapat kerja sahaja.

Antara faktor orang yang temuduga kita ni nak pada kita, selain daripada pendidikan, pengalaman. Depa juga nak kita ni dengar cakap tau.

Atau yang boleh dengar kata, atau yang bahasa kasarnya akur dengan dia.

So kita kena tunjukkan itu, nanti kita dah dapat kerja, kita pun dah ada pengalaman sikit, kita pun dah tahu buat kerja, baru kita tunjuk belang sebenar.

Saya memang sebiji buat macam ni. haha

Itu sahaja.

Soalan temuduga susah jawab ni sebenarnya, sangatlah banyak. Dan sangatlah bergantung kepada individu itu sendiri macam mana nak jawab dan tackle soalan soalannya begini.

Whats Next?

Tak lain tak bukan, adalah anda praktis macam mana nak jawab, cuba fikirkan ayat terbaik untuk kita reply.

Dibawah ini, saya akan senaraikan contoh contoh untuk soalan yang saya nyatakan di atas. Kalau diatas tadi, mungkin saya kongsikan beberapa atau tajuk besar soalan itu sahaja.

Lepas ini, saya akan senaraikan segala possible soalan yang mungkin akan ditanya. Dan anda pun saya harap dapat kongsikan idea apa soalan yang mungkin ditanya, tinggalkan komen ya.




Contoh Cover Letter Internship

Contoh Cover Letter Untuk Latihan Praktikal

Sebelum saya kongsikan beberapa contoh cover letter internship untuk anda jadikan sebagai panduan sebelum anda cuba karang sendiri. Saya nak highlightkan dahulu, internship yang kita maksudkan disini adalah untuk mereka yang nak sediakan cover letter untuk apply latihan praktikal.

Betul kan?

Bukannya anda plan nak buat lain ya. Sebab saya macam pelek pula sebab ada yang nak belajar cara buat cover letter untuk apply UITM. Ada ke? Atau saya yang terlepas pandang. Mungkin untuk yang nak sambung belajar PJJ.

So, anda bebas untuk olah jadi bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Saya hanya berkongsikan contoh khas untuk internship sahaja. Untuk contoh cover letter anda yang fresh graduate, ataupun yang sudah berpengalaman.

Kena rujuk di artikel yang lain, sebab point kekuatan kita tidak akan sama.

Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah pada adek adek ni, sebab walaupun hanya apply untuk buat latihan industri, tapi anda sampai sanggup karangkan cover letter.

Sesungguhnya engkau memanglah rajin.

Sebab saya dulu, bukannya tak buat masa praktikal, masa nak apply kerja betul betul pun saya memang tidak sediakan. Tapi bukanlah maksud saya anda buat perkara yang sia sia. Sebab ini pun bagus juga, kalau orang lain ramai tak buat, tapi kita buat, maksudnya baguslah kan.

Kita unik. So jangan ikut trend malas orang.

Kita buat, sebab ia bagus, bagi faktor tambahan pada permohonan kita. Syarikat yang tengok pun akan tahu kesungguhan anda. Lagipun resume anda memang zero, kita tiada pengalaman kerja.

Kita kerja praktikal ni bukan nak beri sumbangan apa apa pun pada company, sebaliknya kita yang harapkan belas ihsan company untuk gunakan kita.

Sebelum itu,  saya sangat galakkan anda untuk baca kenapa kita mesti pilih company yang betul masa buat praktikal. Sangat penting, supaya anda tak tersalah langkah macam apa yang saya buat dulu.

Format Cover Letter

Untuk format penuh cover letter, anda kena rujuk artikel ini, cara buat cover letter yang sudah ada pengalaman kerja. Sebab point yang apa kita nak tulis memang berdasarkan format yang sama juga.

Cuma mungkin kekuatan atau focus cover letter yang lebih kepala pengalaman itu kita tukar kepada kekuatan kita untuk level internship pula.

So saya paste sahaja gambar formatnya, nanti anda cuba baca senarai penuh setiap penerangan saya untuk 3 anak panah yang ada dalam gambar dibawah.

rujuk cara buat cover letter untuk penerangan format penuh.

Isi Kandungan Cover Letter for Internship Level

Bismillah

Sekarang kita akan cuba buat. Kalau anda memang terus nak tengok contoh sahaja, boleh terus scroll dibawah saya ada sediakan complete looknya juga.

Tapi elok juga anda baca cara buat, sebab sangat sangat tak digalakkan tiru bulat bulat ayat saya. Nanti duplicate banyak pula bila anda semua apply jawatan kosong.


Anak Panah 1 – greeting dan pengenalan

Mana yang maklumat memang perlu ada, atau yang tak berubah pun kalau anda ada pengalaman atau tak ada. Contoh macam alamat, nama semua.

So boleh masukkan dahulu.

Untuk greeting, kalau yang ada pengalaman, memang kita kena bagi penekanan pada pengalaman kitalah. Tapi untuk adek adek ni, saya cadangkan cerita balik point point macam dibawah ni.

  • mungkin kerja final year project anda sama dengan job post yang nak apply, sama ke tak kena rujuk job description. Jangan bagi tahu terus apa dia ya, kita hook sahaja dahulu. Nak bagi tahu apa isi semua di bahagian kedua, atau anak panah ke dua.
  • ataupun mungkin kita boleh tallykan dengan ambition kita
  • ataupun kita boleh cakap, ia sama dengan apa yang kita belajar.

Sebelum kita pergi ke Anak Panah 2, atau area isi kandungan apa yang kita nak pilih, anda janganlah rasa down atau takut sebab tak ada pengalaman. Ataupun belum apa apa anda dah fikir negetif, adoi nak ke tak nak depa ni kat aku.

So jangan fikir gitu.

Company itu pun tahu anda tiada pengalaman, so kalau dia ada otak, dia pun tak nilai anda dengan ada pengalaman ke tidak.

Untuk yang internship level, kebanyakan company akan tengok kepada semangat anda nak kerja, dan semangat untuk anda nak belajar yang anda tulis dalam cover letter ni nanti.

Bila dia tahu, kita ni macam semangat dan open untuk apa apa training, barulah dia pun rasa yang dia tak buang masa dengan kita.


Anak Panah 2 – isi kandungan

Untuk bahagian ini, baru kita detailkan apa yang kita cuba intro di area atas tadi.

  • kalau anda punya final year project memang sama, so boleh ceritakan sikit
  • atau kalau memang pointer elok, bolehlah bagi tahu juga
  • biasa dapat anugerah dekan, pun boleh selitkan sekali
  • dan jangan lupa bagi ayat semagat nak belajar benda baru

Anak Panah 3 – call to action

Untuk area ketiga ni, rasa macam tak kena pula bila saya duk bahagikan point point saya ni guna anak panah 1 2 3. Tapi fahamlah maksud saya kan, saya nak devide focus ayat kita sebenarnya.

anak panah 1 – focus kepada greeting dan pengenalan

anak panah 2 – isi kandungan dan kekuatan kita

anak panah 3 – focus pada call to action

Untuk call to action, saya tak rasa ada beza ayat yang saya nak cakap dengan format cover letter yang sudah ada pengalaman. So untuk area call to action, anda boleh baca cara buat cover letter saya.

Sebab point utama kita akan jadi lebih kurang sama.

Contoh Lengkap Cover Letter Untuk Internship


Hi Mr XYZ,

I noticed XXX Company right now open for internship program for XXX department. As I look into job description, its pretty match with my qualifications and my aspiration.

I am currently in last semester at the University Malaysia Pahang for Bachelor in Mechanical Engineering. As I saw your needs its requires for me to know software XYZ which I quite familiar too.

I am willing to show its to you when we meet in interview session. But for now, I already attached some of the design that I working on just for this internship program application.

My silibus just need 6 months for internship and my hometown just 15 minits from XXX company.

I will try make a call next week if you agree with my qualifications, and set our meetup whenever your side ready.

Thank your for your time

Sincerely


Anda jelas tak dengan apa yang saya cuba nak sampaikan? Sebenarnya cover letter internship saya karang diatas adalah hasil daripada internship job yang memang tengah open di jobstreet.

Saya snap di bawah, sebab nanti kalau anda tengok mungkin dah tutup/hilang.

Baik, so kita dah karang ayat, mungkin siapkan gunakan microsoft word dahulu dan sekarang saya nak buat cover letter saya kemas kemas dekat resume template.

Anda pun buat sekali ya.

Alhamdullillah

Selesai…