Bidang untuk sambung belajar – tips lepasan SPM

Mula mula sekali, saya nak ucapkan tahniah, sebab adik adik ambil keputusan untuk sambung belajar. Boleh baca artikel ni, saya ada kongsikan kenapa kita mesti sambung belajar dan apa relevannya dengan suasana yang akan berlaku pada anda di masa akan datang.

Dunia kita ni kan, saya perasan macam akan berubah ketara selepas 10 tahun. Sekarang saya 35 tahun, kalau saya ingat ingat balik macam mana kehidupan saya umur 15 tahun, 25 tahun dengan 35 tahun memang ada yang berbeza, yang orang sebelum ini tak buat dah.

Antaranya whatsapp, masa saya kerja dalam tahun 2013, whatsapp ni beberapa ketul je orang guna. Masa zaman zaman couple dulu pun saya ingat lagi, 1 sen to message. Dalam 1 message itu pula mesti tak lebih beberapa patah perkataan rasanya, so kena muatkan dalam patah perkataan ni sahaja untuk jimat.

Internet pula, saya ingat juga lagi saya mula mula browse internet dulu, masa ni saya budak lagi. Mungkin masih lagi sekolah rendah. Saya browse internet RM10 tu pun setel dalam masa 5 minit je rasanya. Punyalah mahal internet dulu.

Begitu juga dengan bidang kerjaya, yang sekaligus memberitahu kita apa bidang yang kita perlu sambung nanti. Kalau tidak, takut takut kita nak cari kerja nanti jadi susah.

Antara bidang yang masa saya budak dulu langsung tak dengar orang buat, kiranya masa tu tak popular lagi, adalah bidang programming. Mungkin kehidupan environment saya yang tak berapa nak ke arah programming sangat, buatkan saya tak tahu juga.

Walaubagaimanapun, saya masih berpendapat dalam tahun 2010 dulu, dunia programming, ilmu buat website, ilmu buat app, ilmu develop online system ni sangat sangat kurang. Tapi kalau zaman sekarang ni, memang dah meletup.

Bidang lain yang saya perasan juga, nurse ni kalangan lelaki. Nurse ni dari dulu memang perempuan je yang join. Tapi zaman sekarang ni, memang perlu bagi saya untuk ada nurse lelaki juga. Sebab keje nurse ni tak semua benda ringan yang kita buat.

GF pertama saya dulu pun nurse juga, dia ada cerita, dia kena potong bulu pesakit laki. haha. Kalau ada staff lelaki confirm dia yang buat kan? Apa apa pun, saya tak adalah nak sembang pasal hukum ke apa, bukan bidang saya tu.

Justeri itu, saya nak kongsikan beberapa bidang yang saya rasakan ia akan terus menjadi kepentingan negara dan orang ramai di masa hadapan. Kiranya, bukan sekadar untuk 10 tahun dari sekarang sahaja, tapi lebih lagi.

Antaranya ialah:

  1. education – cikgu / tutor / lecturer / cikgu amali
  2. sales / business management
  3. programming / web application / app developement / software developer
  4. healthcare – nursing, ma dan doctor ( doctor melayu macam tak cukup je )
  5. manufacturing
  6. videographer
  7. seni bina ( construction )
  8. electricians
  9. lawyer
  10. financial advisor

Disclaimer
Saya hanya senaraikan 10 ini sahaja, sebab 10 ini sahaja yang saya tahu. Ikut pada pandangan dan pengalaman saya bila dah berada dalam alam pekerjaan ni.

Education -Cikgu Sekolah / Taska

Yang ini masih lagi perlu dibincangkan ke? Warga pendidik memang tak perlu disangkal lagi. Cuma kalau kita boleh pergi lebih dalam bergantung kepada subjek juga. Lagi baik subjek subjek yang kritikal macam add math, fizik semua. Dah pasti tak berapa nak ramai berbanding dengan subjek biasa macam Math, English..

Dalam 10 bidang yang saya bagi tahu ni, bidang warga pendidik seperti cikgu sekolah adalah bidang yang gajinya paling stabil. Banyak sebenarnya gaji cikgu ni. Bila sudah umur 30 – 35 macam tu, memang boleh dapat RM 5000 sebulan.

Sales / Business Management

Bidang sales memang berlama pun memang akan diperlukan punya. Selagi ada pembeli, ada produk, adalah orang yang tukang jual. Cuma kalau anda berminat dengan bidang ni, saya cadangkan bidang sales yang melibatkan harta benda atau aset.

Seperti contoh rumah, segala jenis pinjaman macam produk bank, kereta pun boleh kata harga benda juga. Mungkin ada yang lain, tapi yang saya duk nampak inilah.

Programming

Macam saya cakap di atas tadi, ini adalah bidang yang saya sendiri tak percaya pentingnya masa saya belajar dulu. Saya ingat lagi, dalam 4 orang kawan saya duk dalam dorm masa kat UMP dulu, ada sorang ni yang budak computer. Memang saya rasa pelek sebab dia pilih bidang tu.

Tapi bila kita dah sampai tahap sekarang ni, memang bidang itu satu pilihan terbaik. Bidang IT pun OK juga.

Healthcare

Selagi ada manusia, selagi tu la ada customer. Tambah lagi nurse dikalangan lelaki, mesti ramai permintaan.

Manufacturing

Bidang manufacturing yang saya maksud ialah apa sahaja kerja dan jawatan yang ada didalamnya. Saya ss juga what is manufacturing di Google, kot ada lebih mudah faham dengan ayat di Google.

Manufacturing, atau kalau tukar bahasa melayu lagi senang nak nampak, iaitu PEMBUATAN.

So apa sahaja yang direka, dibuat, dan dijual pada customer adalah bidang pembuatan, iaitu Manufacturing. Dan permintaan kerja yang saya maksudkan terjamin sampai bila bila pun adalah semua bidang yang ada dalam kilang manufacturing ni.

Antaranya yang terlibat:

  1. human resource dan administration – yg jalankan urusan ambil pekerja dan gaji semua.
  2. robotic – banyak mesin macam ni dalam kilang buat kereta, ataupun kilang buat alat komputer seperti hardisk
  3. electrical
  4. mechanical
  5. manufacturing – kalau tak silap saya, memang ada kos university yang nama manufacturing juga.
  6. quality control – dari mesin sampai ke makanan pun ada jawatan quality control check
  7. tooling
  8. management
  9. business – ini untuk carikan client untuk company

Saya dapatkan fikirkan 9 ini sahaja dalam tempoh tak sampai 1 minit ni. Saya percaya ada banyak lagi.

Videographer

Dulu, kalau tak silap saya tahun 2014 macam tu. Neil Patel ada bagi tahu, dunia blogging di masa hadapan, iaitu masa sekarang, orang akan lebih banyak buat video daripada menulis.

Kiranya cara saya buat ni dah outdate dah pun. Itu sebab saya kadang kadang akan buat video juga supaya penyampaian saya lebih baik. Neil Patel ni sapa? Neil Patel ni kiranya kalau kita jenis yang buat blog blog ni, Neil Patel ni kira yang paling masterlah.

Neil Patel, pakar SEO dan Online Marketing. Biasalah, dalam apa apa bidang sekalipun, kita akan cari mentor, atau orang yang kita boleh harapkan untuk kita refer dan ambil semangat. Untuk kes saya, memang Neil Patel, lama dah saya follow dia ni sebenarnya.

So Videographer terbaik ya, maksudnya anda perlu ambik jurusan Multimedia.

The Last Four

Untuk SeniBina, Electrion, Lawyer dan Financial Advisor adalah bidang yang saya kira sangat dekat dengan keperluan orang ramai.

SeniBina – orang perlukan untuk buat rumah

Electrician – tak semua orang boleh pasang wiring rumah, betulkan aircond, pasang autogate ke apa.

Lawyer – nak beli rumah, tak boleh jadi kalau tiada lawyer, so lawyer pun akan berkaitan juga. Tapi sepanjang saya deal dengan Lawyer, hanya yang betul betul kuat sahaja boleh layan jadi Lawyer. Sebab kerjanya macam stress lain macam.

Financial Advisor – ada lawyer, ada orang nak buat electric, tak guna juga kalau tiada siapa yang nak uruskan pinjaman. Bagi saya bidang kerja seperti banker, atau keseluruhannya boleh kata sebagai financial advisor, adalah bidang yang boleh bertahan lama juga.

Bidang SeniBina dulukan, saya ingat lagi masa saya Sekolah Teknik Slim River dulu, kami budak budak mechanical ni rasa macam pelek tengok depa. Sebab pelajar senibina ni, amalinya depa akan ikat bata, kiranya bancuh simen semua dan akan buat macam binaan dinding.

Lepas keras, pecahkan pula. Itulah yang depa buat hari ke hari.

Tapi bila dah berada di zaman pekerjaan ni, itulah bidang yang bagi saya paling stabil. Sebab permintaan tetap ada. Mana yang belajar lagi ni, anda mesti akan fikir nanti nak kerja apa, itu sebab korang baca artikel saya ni.

Tapi sebenarnya, kerja 1 tempat tak cukup. Kalau kita kerja satu tempat, gaji kiga boleh pergi dalam 5K sahaja untuk awal 35 tahun anda. Susah sebenarnya kalau gaji nak cecah 10K, kalau dibawah umur 35 tahun. ( Kecuali kalau bidang oil n gas )

Maksud saya, itu sebab ramai yang akan cari kerja kedua. Dan kalau anda ada pengetahuan dan pengalaman buat rumah, memang boleh buat side income lebih. Seperti buat tiles, extend dapur, pasang kitchen cabinet. Memang banyak sangat permintaan ni.

Contoh macam pasang tiles kalau satu bilik, kosnya boleh jadi dalam 5 ribu. Dan untuk beli barang mungkin dalam 1000, dan kerja boleh siap dalam 1 atau 2 hari sahaja. Kalau anda ada kawan lagi sorang tolong, mungkin boleh dapat dalam 2 ribu sorang untuk 2 hari sahaja.

Untungkan? adalah sikit nyesalnya saya ni. haha.

Tapi tak apalah, mungkin ada rezeki lain kan.

maka, itulah dianya. 10 bidang kerjaya saya kira akan bertahan lama, lebih lagi dari hanya 10 tahun.




Kenapa Mesti Sambung Belajar?

Jawapannya, sebab gaji.

Lebih tinggi level anda study, lagi tinggilah gaji anda.

Mai pakcik syed nak cerita.

Apa yang saya sendiri perasankan. Nanti bila adek adek ni semua dah sampai ke alam pekerjaan, company yang kita kerja ni sebenarnya akan ada dalam 3 jenis group gaji.

Group gaji kecik, sederhana, dan besaq.

Bila kerja company kecik, lantaklah ada degree sekalipun, tapi gaji tetap macam diploma atau pun ntah ntah dapat gaji macam spm. Dan bila kerja company besar, jangan terkejut walaupun spm je, tapi gaji dah macam sama dengan orang yang ada degree.

Saya bagi satu contoh, kalau macam level diploma dengan degree.

Diploma – kalau kerja gaji company kecik, gaji anda boleh jadi dalam 1000 – 1200. Kalau kerja gaji company sederhana, gaji boleh jadi dalam 1250 – 1800. Kalau kerja company lagi besar, gaji diploma boleh jadi daripada RM 2500 hingga ke RM 10 000.

Degree – kalau kerja company kecik, saya pernah tengok kawan saya gaji dia RM 2000. Kalau kerja company sederhana, atau peringkat tengah, daripada RM 2200 – RM 2800. Dan sebenarnya ada pembaca blog saya share ni, yang dapat gaji sampai RM 3200. Walaupun fresh graduate. Dan kalau kerja company lagi besar, memang boleh jadi 5 angkalah ceritanya. Saya pernah tengok, orang yang bekerja gaji besar, dalam tempoh 5 6 tahun macam tu, gaji dia RM 32 600. Ini bukan fresh ya, saya tak pasti dia masuk kerja awal awal gaji dia berapa, tapi selepas beberapa tahun, sebelum dia umur 40an. Gaji dia dah capai tahap ni.

Macam saya cakap tadi, nak mudah kata, lagi tinggi anda belajar, lagi tinggilah anda akan dapat gaji nanti.

Tapi sebenarnya, gaji yang tinggi, bukan ditentukan oleh level study kita sahaja. Ia juga ditentukan juga oleh jenis company atau kilang yang kita akan bekerja itu.

Sebelum saya bagi contoh, apa yang saya maksudkan dengan ciri ciri company yang bagi gaji besar atau kecil, saya nak jawab dulu persoalan, perlu ke study sampai degree?

Walaupun saya cakap, lagi tinggi kita study, lagi tinggi kita dapat gaji. Sebenarnya, ia masih lagi bergantung kepada keadaan satu satu orang ni. Kalau dah memang mak pak kau AlifSyukri, buat apa buang masa belajar.

Saya pernah tengok, satu orang perempuan, umur dalam 34 tahun gitu yang uruskan lebih daripada 5 tempat niaga burger. Pendapatan sebulan pun dah ribu ribu. Buatnya, adik adik ni jadi anak dia, buat apa susah payah belajar.

Baik sambung je kerja mak tu. dia pun bukan larat dah nak jaga jaga kedai burger tu lama lama.

So semuanya berbalik pada keadaan kita, kalau memang family kita mampu dan sudah berjaya, teruskan. Kalau macam tiada pilihan lain yang lebih baik, study sahaja dulu. Nanti kalau ada rezeki di tengah jalan, kita buat keputusan lain.

Baik, sekarang ni, apa yang membezakan company itu akan bagi gaji kecil atau sederhana, atau besar gila.

Bergantung kepada perkara ni

Produk apa yang company tu jual

Ya, janganlah harapkan company yang jual keropok lekor sama untungnya dengan company yang jual oil and gas. Pasti tak sama untung, tak sama capacity, dan juga tak sama kebolehan untuk menggaji pekerja.

So sangat penting untuk anda faham juga sikit sikit, jenis product setiap company tersebut. Supaya kita boleh pilih nak bekerja dengan depa ataupun tidak.

Dalam pengalaman saya sendiri, kerja dengan company yang mengeluarkan produk besi, lagi lebih gajinya daripada company yang mengeluarkan product plastik, macam handset cover contohnya. tapi company yang mengeluarkan product plastik tak boleh lawan pula dengan company yang berada dalam bidang semiconduktor, contohnya produk microchip.

Jumlah Pekerja

Kalau jumlah pekerja sikit, dah pasti gajinya sikit. Contoh macam saya kerja dulu di kilang besi, yang mengeluarkan produk scew dan nut. Gajinya nak dapat RM 1200 pun macam payah. Masa ni tahun 2012. Memang pekerjanya pun sikit, tak sampai 50 orang.

Tapi bila saya bekerja dalam company bidang semiconduktor, dengan jumlah pekerjanya lebih 5 ribu orang juga. Gaji boleh pergi sampai RM 1500.

Tempat, atau negeri

Ini pun satu hal juga, korang tau tak, kalau anda kerja di kilang Ipoh, baru dapat dalam Rm 1250 untuk fresh graduate. Tapi kalau lebih kurang kilang yang sama, tapi terletak di Batu Maung, Penang, atau pun Kulim, Kedah. Gaji korang akan boleh sampai RM 1800 basic.

Saya juga pernah tengok, satu orang perempuan ni gaji dia RM 2200, walaupun baru habis belajar diploma. Tinggi ni. Nak pula, kalau kerja kilang yang boleh buat OT dan shift siang malam. Memang gaji boleh mudah mudah sampai RM 4000 ke 5000 sebulan kalau dapat basic RM 2200.

Padahal baru umur 21 atau 22 gitukan kalau tamat pengajian diploma.

elaun dan benefit

Ini pun berbeza. Ada company yang boleh bagi elaun sampai RM 300 sebulan. Maksudnya kalau anda dapat gaji RM 1800. Boleh lah merasa RM 1800 juga, sebab RM 1800 + 300 = memang 2100. Tapi selepas tolak KWSP 11%, memang akan jadi dalam RM 1800 juga.

Saya pernah juga kerja dengan satu company yang bagi bonus saham setiap 3 bulan. Banyak juga saya dapat dulu, dalam 1000 ke 1500 setiap 3 bulan.

Dan saya pernah dengar cerita, company yang kerja dalam bidang buat simen, di Perak banyakkan!. Ada 4 company buat simen di Perak. Rasanya yang paling banyak di Malaysia bertapak dalam satu negeri. Kalau company lain, bagi 1 bulan sahaja bonus akhir tahun, tapi company ni bagi sampai 6 bulan.

Tak tau lah betul ke idak. haha..

4 company cement di Perak tu ialah YTL, Lafarge, Tasek Cement dan Hume Cement.

YTL ni saya tak tahu nak masuk ke pintu masuknya macam mana, haha sebab tepi highway. Tak biasa lalu,jalan kecik tu. Lafarge ni memang gedabak besar. Tasek cement, saya pernah dapat interview kilang ni, tapi saya tak pergi sebab takut dengan hidung sensitif pula. Kerja banyak habuk.

Hume cement kawan saya dulu teman basikal jadi supervisor sana.

Kalau tak silap saya, masa saya kerja dulu, ada 3 jenis bonus.

  1. bonus setiap 3 bulan yang saya cakap dari saham
  2. bonus akhir tahun satu bulan gaji
  3. dan bonus performance, dalam separuh gaji rasanya. lupa dah kita, padahal baru 2018 gitu. Sekarang, 2022.

Kalau macam kerja askarkan. Kira kerja kerajaan, kalau jenis askar askar macam level kecik kecik, bukan pegawai. Gaji memang sikit. Sian saya tengok, tapi kerja sampai umur 40 atau 42 sahaja. Tapi pencen dapatkan? so itu benefitlah tu. kadang kita nampak gaji sikit, tapi benefit banyak.

Ada juga kerja kerajaan yang tak ada pencen, tapi kalau tengok payslipnya gaji banyak. Gitu, vice versa.

Saya dah fikirkan 4 perkara ni, apa lagi ya…

erm…

pukul 2 34 pagi dah ni.

jap saya fikir lagi…

Huh, enviroment bekerja pun ambil peranan juga.

Work Enviroment

Kalau anda kerja buat software, level degree, memang mudah gaji nak dapat banyak, lebih daripada RM 2800 pun tiada masalah.

Mungkin yang buat software dalam 3 atau 4 orang sahaja. Admin sorang, bos sorang. So total manusia dalam ofis tak sampai 10 orang. Tapi yang menggunakan software tu, katakan sampai 2000 orang?

Kalau yang subscribe tu 1000 orang, dan setahun kena bayar RM 250 pun dah berapa dapat. So main peranan juga ni. Begitu juga, kalau anda tengok staff staff macam website iproperty, jobstreet atau mudah.my. Saya tak rasa pekerja mereka sampai beribu ribu.

Tapi sebabkan produk yang mereka hasilkan melibatkan orang ramai. Memang jenuhlah duitnya.

gitu lah. Selesai ya, 5 keadaan yang saya dapat fikirkan secara sejenak..

Pilih company anda bekerja dengan bijak, kalau tak bijak lagi tak apa. Kerja dan pilih sahaja yang mana mana dulu, nanti bila kita dah berkawan dalam company tu kita tahulah mana company yang kerja best.

Oh ya, kadang tu gaji tak banyak pun tak apa, asalkan kerja seronok. Bos baik.

So kerja sahaja dulu, nanti lama lama tahulah. Saya pun macam itu juga dulu. Artikel ini saya tulis, memang tak sampai sejam, tapi tempoh saya bekerja sejak 2010 lagi, sekarang kita 2022. Dah 12 tahun dah.




Contoh Cover Letter Internship

Contoh Cover Letter Untuk Latihan Praktikal

Sebelum saya kongsikan beberapa contoh cover letter internship untuk anda jadikan sebagai panduan sebelum anda cuba karang sendiri. Saya nak highlightkan dahulu, internship yang kita maksudkan disini adalah untuk mereka yang nak sediakan cover letter untuk apply latihan praktikal.

Betul kan?

Bukannya anda plan nak buat lain ya. Sebab saya macam pelek pula sebab ada yang nak belajar cara buat cover letter untuk apply UITM. Ada ke? Atau saya yang terlepas pandang. Mungkin untuk yang nak sambung belajar PJJ.

So, anda bebas untuk olah jadi bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Saya hanya berkongsikan contoh khas untuk internship sahaja. Untuk contoh cover letter anda yang fresh graduate, ataupun yang sudah berpengalaman.

Kena rujuk di artikel yang lain, sebab point kekuatan kita tidak akan sama.

Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah pada adek adek ni, sebab walaupun hanya apply untuk buat latihan industri, tapi anda sampai sanggup karangkan cover letter.

Sesungguhnya engkau memanglah rajin.

Sebab saya dulu, bukannya tak buat masa praktikal, masa nak apply kerja betul betul pun saya memang tidak sediakan. Tapi bukanlah maksud saya anda buat perkara yang sia sia. Sebab ini pun bagus juga, kalau orang lain ramai tak buat, tapi kita buat, maksudnya baguslah kan.

Kita unik. So jangan ikut trend malas orang.

Kita buat, sebab ia bagus, bagi faktor tambahan pada permohonan kita. Syarikat yang tengok pun akan tahu kesungguhan anda. Lagipun resume anda memang zero, kita tiada pengalaman kerja.

Kita kerja praktikal ni bukan nak beri sumbangan apa apa pun pada company, sebaliknya kita yang harapkan belas ihsan company untuk gunakan kita.

Sebelum itu,  saya sangat galakkan anda untuk baca kenapa kita mesti pilih company yang betul masa buat praktikal. Sangat penting, supaya anda tak tersalah langkah macam apa yang saya buat dulu.

Format Cover Letter

Untuk format penuh cover letter, anda kena rujuk artikel ini, cara buat cover letter yang sudah ada pengalaman kerja. Sebab point yang apa kita nak tulis memang berdasarkan format yang sama juga.

Cuma mungkin kekuatan atau focus cover letter yang lebih kepala pengalaman itu kita tukar kepada kekuatan kita untuk level internship pula.

So saya paste sahaja gambar formatnya, nanti anda cuba baca senarai penuh setiap penerangan saya untuk 3 anak panah yang ada dalam gambar dibawah.

rujuk cara buat cover letter untuk penerangan format penuh.

Isi Kandungan Cover Letter for Internship Level

Bismillah

Sekarang kita akan cuba buat. Kalau anda memang terus nak tengok contoh sahaja, boleh terus scroll dibawah saya ada sediakan complete looknya juga.

Tapi elok juga anda baca cara buat, sebab sangat sangat tak digalakkan tiru bulat bulat ayat saya. Nanti duplicate banyak pula bila anda semua apply jawatan kosong.


Anak Panah 1 – greeting dan pengenalan

Mana yang maklumat memang perlu ada, atau yang tak berubah pun kalau anda ada pengalaman atau tak ada. Contoh macam alamat, nama semua.

So boleh masukkan dahulu.

Untuk greeting, kalau yang ada pengalaman, memang kita kena bagi penekanan pada pengalaman kitalah. Tapi untuk adek adek ni, saya cadangkan cerita balik point point macam dibawah ni.

  • mungkin kerja final year project anda sama dengan job post yang nak apply, sama ke tak kena rujuk job description. Jangan bagi tahu terus apa dia ya, kita hook sahaja dahulu. Nak bagi tahu apa isi semua di bahagian kedua, atau anak panah ke dua.
  • ataupun mungkin kita boleh tallykan dengan ambition kita
  • ataupun kita boleh cakap, ia sama dengan apa yang kita belajar.

Sebelum kita pergi ke Anak Panah 2, atau area isi kandungan apa yang kita nak pilih, anda janganlah rasa down atau takut sebab tak ada pengalaman. Ataupun belum apa apa anda dah fikir negetif, adoi nak ke tak nak depa ni kat aku.

So jangan fikir gitu.

Company itu pun tahu anda tiada pengalaman, so kalau dia ada otak, dia pun tak nilai anda dengan ada pengalaman ke tidak.

Untuk yang internship level, kebanyakan company akan tengok kepada semangat anda nak kerja, dan semangat untuk anda nak belajar yang anda tulis dalam cover letter ni nanti.

Bila dia tahu, kita ni macam semangat dan open untuk apa apa training, barulah dia pun rasa yang dia tak buang masa dengan kita.


Anak Panah 2 – isi kandungan

Untuk bahagian ini, baru kita detailkan apa yang kita cuba intro di area atas tadi.

  • kalau anda punya final year project memang sama, so boleh ceritakan sikit
  • atau kalau memang pointer elok, bolehlah bagi tahu juga
  • biasa dapat anugerah dekan, pun boleh selitkan sekali
  • dan jangan lupa bagi ayat semagat nak belajar benda baru

Anak Panah 3 – call to action

Untuk area ketiga ni, rasa macam tak kena pula bila saya duk bahagikan point point saya ni guna anak panah 1 2 3. Tapi fahamlah maksud saya kan, saya nak devide focus ayat kita sebenarnya.

anak panah 1 – focus kepada greeting dan pengenalan

anak panah 2 – isi kandungan dan kekuatan kita

anak panah 3 – focus pada call to action

Untuk call to action, saya tak rasa ada beza ayat yang saya nak cakap dengan format cover letter yang sudah ada pengalaman. So untuk area call to action, anda boleh baca cara buat cover letter saya.

Sebab point utama kita akan jadi lebih kurang sama.

Contoh Lengkap Cover Letter Untuk Internship


Hi Mr XYZ,

I noticed XXX Company right now open for internship program for XXX department. As I look into job description, its pretty match with my qualifications and my aspiration.

I am currently in last semester at the University Malaysia Pahang for Bachelor in Mechanical Engineering. As I saw your needs its requires for me to know software XYZ which I quite familiar too.

I am willing to show its to you when we meet in interview session. But for now, I already attached some of the design that I working on just for this internship program application.

My silibus just need 6 months for internship and my hometown just 15 minits from XXX company.

I will try make a call next week if you agree with my qualifications, and set our meetup whenever your side ready.

Thank your for your time

Sincerely


Anda jelas tak dengan apa yang saya cuba nak sampaikan? Sebenarnya cover letter internship saya karang diatas adalah hasil daripada internship job yang memang tengah open di jobstreet.

Saya snap di bawah, sebab nanti kalau anda tengok mungkin dah tutup/hilang.

Baik, so kita dah karang ayat, mungkin siapkan gunakan microsoft word dahulu dan sekarang saya nak buat cover letter saya kemas kemas dekat resume template.

Anda pun buat sekali ya.

Alhamdullillah

Selesai…




Kilang Yang Menawarkan Latihan Industri

Untuk topik ni, actually melly saya sudah cover dah sebelum ni. Ini dia artikel nya, syarikat yang menawarkan latihan industri. So boleh baca kat sana sahaja. Saya juga ada pelbagai cara untuk korang apply latihan industri juga kat artikel tu.

Cuma artikel ni, saya lebih nak penekanan akan jenis kilang. Nanti kalau cakap bunyi syarikat macam company yang buat kerja office office pula kan. So kita lebih focus pada kilang, sebab lebih sesuai untuk jurusan macam mekanikal atau elektronik untuk dapatkan kerja..

Ikut kan pada artikel yang saya suggest tu, saya minta korang untuk apply dengan MauKerja. Di Maukerja mereka ada listkan banyak company yang open untuk buat latihan industri. TETAPI, tak bermakna kalau korang tak nampak company yang korang nak atau company yang dekat dengan rumah korang tak ada dalam list tu, maksudnya company tu tak open untuk latihan industri..huhu….macam pusing pusing je ayat saya ni..

OK macam ni…

YANG TERBAIK LAGI DE BOOM, bila nak pilih company mana atau kilang mana untuk korang buat latihan industri bukan atas list. Atau pun dari list yang saya bagi. Itu sekadar list sahaja tau. Senarai yang saya bagi, mungkin bukan terbaik. Kalau terbaik pun atas pengalaman dan bidang yang saya tahu sahaja. Iaitu SEMICON. So ini sahaja yang saya tahu. Untuk company macam Oil n Gas contohnya, mana saya tahu. Untuk company yang terbaik dalam bidang kejuruteraan mana saya tahu.

So kita sambung semula ayat, COMPANY YANG TERBAIK UNTUK KORANG BUAT LATIHAN INDUSTRI ialah COMPANY YANG KORANG SENDIRI RASA BAGUS.

Dan untuk tahu mana company yang bagus. Boleh sahaja tanya lecturer korang. Itu pun kalau lecturer tu memang pernah kerja. Kalau lecturer tu memang habis study je terus jadi lecturer tiada pengalaman kerja. Jangan percaya juga.

So boleh juga tanya kawan kawan. Tanya saya ke. Dan antara yang saya tahu, macam company Semicon dan juga company buat siment. Seperti yang saya kongsikan dalam tips cari kerja kosong kilang ni.

Atau pun boleh tanya kawan kawan senior yang sudah bekerja. Boleh juga tengok internet. Tulis macam ayat bawah ni…

Lepas tu, cuba cari senarai company tu mana yang ada di Malaysia. Oh ya, kilang saya bekerja sekarang ada juga dalam senarai tu. Infenion Technologies.

Boleh juga klik dekat link top 20 semicon tu. Dan bila korang klik, satu table di seperti di bawah akan terpapar

So apa yang saya tahu, company ada di Malaysia, no 1, Intel, no 12. Infenion. No 15 global foundaries tu kat Singapore. Kawan saya kerja sana. Rasanya dia apply kat Jobstreet. Orang Global Foundaries tu datang buat interview kat Penang.

Pendek cerita, kena buat research sikit lah….

Company yang establish ni biasanya dia akan bagi bonus atau kelebihan yang macam. Contoh macam yang saya dapat

  1. Bonus shift – dalam RM 120
  2. Bonus kereta – tambahan RM 100
  3. Elaun kerja siang dalam RM 3.50, malam berapa saya lupa. Tapi kalao OT malam elaun RM 15
  4. Elaun makan setiap hari, scan guna badge yang duk gantung kat leher saya ni kalau malam RM 5. Kalau siang dalam RM 2.50
  5. Bonus tahunan – dalam 1 bulan kali gaji
  6. Bonus performance, ada A, B, C dan D. kalau dapat B, dalam 1.3 ke atas. Atau 1.5 dari gaji. Dengar cerita, company saya kerja bagi sampai 1.8 untuk siapa yang dapat B. ura ura lah..saya dapat B
  7. Bonus setiap 3 bulan, ada kira kiranya. Kalau macam saya, dengan basic 2k. akan dapat bonus lebih kurang RM 450 setiap 3 bulan.

Untuk last December 2017, bonus yang saya dapat termasuk gaji + OT, ialah RM 9500. tolak kwsp dan tax lebih kurang 1k. So, dapat tangan 8500 lebih kurang…Shhh, jangan bagi tau orang…

Kelebihan kat atas ni, mungkin hanya dapat dekat pekerja tetap sahaja. Budak praktikal saya tak pasti. Rasanya dapat kot.

So step pertama apa?

Cuba buat research untuk tahu kilang mana yang anda nak.

Lepas tu, tak payah tunggu nak cari kat jobstreet kalau kilang tu open untuk latihan industri. Ambil no telefon dia dan terus call sahaja tanya..begini ayat nya..

AWAK – hello, boleh saya bercakap dengan bahagian HR

KILANG YG AWK NAK – ya saya yang sedang bercakap

AWAK – saya nak tanya, kalau company xxx ni ada tawarkan latihan industri

KILANG YG AWK NAK – ya ada..

Kalau tak ada, cari kilang lain. Kalau dia cakap ada. Awak tanya dia prosesnya macam mana.

AWAK – so saya kelulusan diploma mekanikal, macam mana ya proses untuk mohon. Boleh saya terus hantar email atau post surat dekat cik tak?

Lepas tu..korang pandai2 lah ayat dia…

OK?

Jelas?

Tujuan saya tanya nak minta hantar guna email atau pos tu bukan apa. Kalau dia boleh email, x de rugi duit korang nak print kan. Lagi nak keluar g kedai lagi. Duit lagi, nak post lagi. Semuanya masa, saya da lalui semuanya. So cakap awal awal, kalau boleh guna email. Jimat..setel time tu juga.

Saya ada buat contoh resume untuk apply latihan industri, boleh rujuk kat artikel ni ya adik adik, http://www.saya-share.com/praktikal-latihan-industri/

Update

Kalau nak diikutkan, bila korang apply latihan industri akan ada satu surat khas yang institusi korang minta bagikan sekali kan? Kalau tak silap saya lah. Saya pun dah lupa..so korang bagi surat tu pun boleh. Tapi saya sangat galakkan korang untuk sediakan resume untuk buat persembahan kat company company ni lebih baik lagi..

Ok?




Syarat Syarat Kemasukan ke UITM

Untuk Syarat Syarat Kemasukan UITM ialah:

  1. Berumur sekurang kurangmya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon (rujuk E Syarat di bawah)
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menungu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajat yang sedang belajar di mana mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UITM

Rujuk iklan ini untuk makluman asal.

Untuk Syarat Syarat AM pula:

Calon Lepasan SPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan baik

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

Lulus SPM / setaraf dengan baik.

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Rujuk page UITM untuk makluman asal, syarat am

Apa Yang Ada Dalam E Syarat UITM?

E Syarat UITM ialah senarai program fakulti yang boleh diambil di UITM yang disertakan syarat syarat khas untuk memohon pengajian.

Seperti contoh, klik ke link E Syarat UITM ini, paparan screen adalah seperti di bawah:

Anda hanya perlu KLIK kotak biru Info> sahaja untuk mengetahui syarat syarat khas pengajian fakulti.

Seperti di bawah

Rasanya ini lah kali pertama saya guna ayat ayat yang begitu rasmi sekali di SayaShare.

Ok lah kita tukar kepada bahasa yang saya biasa guna.

Untuk bila masa pula adik adik semua nak mohon UITM, pada Oktober hingga November setiap tahun.

Contoh di bawah untuk tahun 2017/2018.

Permohonan dibuka pada bulan Oktober, sampai awal bulan November. Awal bulan februari tahun berikutnya adalah untuk keputusan. Lepas tu, adik adik akan ada lebih kurang 1 minggu untuk terima tawaran ke tak, dalam masa yang sama boleh juga buat rayuan.

Untuk tarikh rayuan online tu, kalau tak silap, boleh tukar kos atau tukar kampus juga. Korang try la kol tanya. Saya dah lupa. Tapi yang pasti, masa saya sambung belajar dulu pun proses lebih kurang bulan yang sama juga. Dan kemasukan pun lebih kurang bulan Mac juga. Tapi Universiti Malaysia Pahang, bukan UITM.

Update, pengambilan dibuat dua kali, rujuk link ini, https://online.uitm.edu.my/soalan_lazim.cfm

maklumat maklumat lain, seperti nak cek keputusan semua, korang boleh pergi kat anjung UITM macam bawah ni

Ini link nya, https://online.uitm.edu.my/index.cfm

Alright… Setel sudah artikel ni.

Untuk mana adik adik yang nak sambung belajar ni…

Saya ada sediakan beberapa artikel penting yang korang mesti mesti mesti baca dan sematkan dalam diri sepanjang pengajian..supaya tak ulang kesilapan saya yang lampau…

Antaranya:

Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

SERONOK TAU Sambung Belajar Ni…Pengalaman SAYA

Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?

Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Sambung Belajar ni, confirm dapat kerja ke? Confirm gaji tinggi ke?

Siapa Saya dan Saya-Share?

Untuk siapa saya, adik adik boleh tengok kat about me. Saya ada kongsikan detail sana. Sekarang saya cuma nak ingatkan adik adik akan motif saya share sahaja.

SayaShare adalah platform saya untuk berkongsi benda yang saya dah lalui dalam hidup dan perkara untuk terus hidup.

Kalau dulu, darjah 1, sampai 6 – kita amik UPSR, skor cemerlang ke tak cemerlang ke korang tetap juga naik form 1 kan?

Sampai form 1 hingga form 3, amik PMR, kalau sekarang ni PT3. Kalau dulu saya PMR, boleh lah tentukan samada layak ke tak pergi masuk Sekolah Teknik…atau boleh juga stay kalau nak masuk dalam bidang sains. Atau perdagangan ke. Apa yang pasti, korang masih lagi akan lepas dan lalui, dan terus ke peringkat seterusnya iaitu SPM

SPM? Form 4 dan form 5 (saya pernah kena buli time ni). Ambil lah SPM

Dan lepas SPM NAK KE MANA?

Di sini lah la SayaShare come to rescue. Kiranya saya cuba banding banding kan, kalau adik adik sambung belajar dapat apa. Kalau tak sambung belajar, apa jadi.

Nanti dah kerja, nak cari kerja macam mana.

Bila dah kerja, gaji yang korang dapat, apa relatenya dengan yang sambung belajar dengan tak sambung belajar.

Agak agak, sekarang ni dah nak sambung belajar, nanti bila dah kerja dapat gaji berapa? Macam mana nak cari duit atau dapatkan gaji yang tinggi tinggi.

Nanti bila dah habis belajar, dan bila nak cari kerja, saya juga ada kongsikan cara nak cari kerja. Dan bila korang nak kena datang temuduga, saya juga ada kongsikan cara nak temuduga.

Kiranya, saya kongsikan apa yang dah berlaku pada saya atau am nya kepada orang yang dah bekerja supaya adik adik semua ambil iktibar dan manfaatnya..

Satu contoh yag saya boleh bagi, pointer saya dulu 2.93. nyesal tau, serius sampai sekarang saya nyesal. Dan untuk bantu anda, tak jadi macam saya, itu sebab saya kongsikan artikel Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?…

Begitu juga dengan artikel Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

Sekarang ni saya kerja. Basic saya sikit RM 2k sahaja, kalau saya sambung degree gaji saya akan senang senang capai RM 4k dah. Kawan saya umur 30 sekarang. Tua setahun dari saya, sebabkan dia sambung belajar sampai degree, gaji dia sekarang lebih RM 7k sebulan. Tanpa perlu OT OT tau macam saya..

Dan untuk cover problem ni, saya buat artikel Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Dulu, masa buat praktikal, saya nyesal betul sebab salah pilih tempat praktikal. Kawan saya, sebabkan dia pilih tempat praktikal yang baik, kejap je dah berduit. Pakai kereta semua. Saya? Menganggur lagi time tu. Dan untuk cover problem ni supaya tak berlaku pada anda, saya buat artikel Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Jelas kan? Kiranya apa yang berlaku pada saya, amnya kenalan kenalan setaraf dengan saya dikongsikan dalam blog ni, supaya adik adik semua boleh jadikan panduan dan manfaat untuk korang semua bersedia dengan alam pekerjaan nanti InsyaAllah.

Tapi saya tak pergi pada tahap yang detail gila gila lah. Saya hanya blogger biasa sahaja, bukan pakar motivasi bagai…

Berikut adalah sinopsis, serba sedikit pengalaman kerja saya…

Saya dulu sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang. Tahun 2006 – 2009. Diploma Mechanical Engineering, pointer 2.93 only.

Dan kalau ikutkan sejarahnya sampai tahun 2017/2018 ni adalah seperti berikut:

2009 – saya graduate, saya tak sambung degree sebab ada masalah kewangan. Kiranya saya berjaya layak panggilan kedua, sebab panggilan pertama saya gagal. Lepas buat rayuan saya layak. Entah macam mana, panggilan kedua saya layak. Tapi tak pergi sebab duit tak ado..

2010 – saya kerja, 5 bulan lepas tu saya kena buang..kiki, masa ni basic RM 1000

2011 – saya tanam anggur kejap.. lepas tu kerja operator, bawah forklif semua. Gaji RM 600 – RM 700.

Pang pung pang pung, saya tukar kilang ke dua tahun 2011 ni

2011 – di kilang kedua, basic saya RM 1 200. Duk duk duk, saya berhenti..

2012 – lebih kurang dalam bulan April, saya masuk kilang lain, gaji? RM 1 500. Dan bila OT boleh pergi sampai RM 2 500.

Keje punye keje.. 2014. Saya berhenti dan masuk company lain..lebih kurang 1 tahun 6 bulan sahaja..

2014 – saya kerja kilang lain, basic RM 1650 kot. Bila OT, biasa sampai RM 3 000. Biasa juga sampai RM 3 500. RM 5k pernah sekali. Ni memang OT gila gila lah ni…

2016 – Lepas keje 2 tahun di company 2014, saya berhenti lagi.. lebih kurang dalam bulan April juga, saya tukar terus company baru lagi. Basic? RM 2k, dan bila OT boleh pergi sampai RM 4k. RM 3 500 sebulan itu biasa. RM 4 999 tu boleh kata 2 kali kot.

**kalau buat ot lah dapat ribu ribu ni, kalau tak 2k je

Update tarikh sekarang 20 December 2017, basic saya RM 2 142.




Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Salam.

Sebenarnya artikel ni saya dah cover beberapa kali dalam blog post saya share.

Antara artikel yang saya sentuh kelebihan dan kekurangan Diploma atau Degree ialah di artikel DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL/AWAM – BERAPA GAJI ANDA DAPAT?

Lepas tu, saya juga ada buat siri artikel yang ada 3 artikel di dalam nya, iaitu:

PART 1/3 – RISAU DENGAN KOS SEKARANG TAKUT TAK DAPAT KERJA?

PART 2/3 – DIPLOMA IALAH RM 1 500? DEGREE RM 2 500?

PART 3/3 – APAKAH KOS YANG CONFIRM DAPAT KERJA?

Saya juga ada kongsikan cerita kawan satu rumah sewa saya, dia duduk bilik depan saya juga dalam artikel, KAWAN AKU NI MANAGER BESAR RUPANYA, padahal tua setahun je dari saya..

So, kesemua artikel dia atas kalau korang baca semua, secara detail nya ia akan menjawab tajuk dalam artikel ni, nak belajar sampai diploma ke atau sampai degree?

Tapi, saya still ulang lagi kat dalam artikel ni, tapi dari segi angle yang berlainan.

Alrite?

Tapi saya, sangat galak galak, galakkan korang baca semua artikel yang saya kongsikan atas tu ya..

***maaf kalau ada ayat atau situasi yang berulang antara artikel sekarang ni dengan yang artikel atas tu. Actually elok juga benda ni, supaya korang sentiasa ingat akan contoh dan situasi yang saya bagi.

Dan jawapan untuk soalan di atas adalah TANYA DIRI SENDIRI.

Serius, memang korang kena tanya diri sendiri.

Kalau korang rasa, dengan sambung degree hanya membuang masa, tak payah sambung. Even diploma sekalipun. Kalau rasa ia nya membuang masa, tak perlu sambung..

Generally, lagi tinggi korang belajar, lagi tinggi lah gaji dapat. Macam yang saya tulis kat sini, korang mesti dapatkan gaji secepat mungkin untuk RM 2000 ke atas. Kalau diploma, memang boleh capai 2k. Tapi kena buat OT. Kalau degree, awal awal dah dapat 2500.

Maksud gaji saya kat sini, adalah sebaik sahaja graduate ya. Bukan lah sepanjang masa gaji 2k. Rasanya kalau graduate, mungkin dalam umur 24. So gaji time tu 2500 hingga ke 2800 macam tu kalau korang lepas degree. Tapi kalau dah umur 30. Rasanya at least dah dalam RM 3 500 dah untuk basic. So dia memang akan naik, cuma cerita sekarang saya nak korang dapatkan cepat cepat 2k.

Sebab bila di kira kira secara rambang, dapat gaji 2k, adalah munasabah untuk hidup selesa. Ikutkan perkiraan kat artikel ni lah, http://www.saya-share.com/gaji-nak-cari-sebulan/

Tapi, kalau family dah memang kaya. Sudah ada bisnes umpamanya, dan rasa macam lebih baik untuk korang sambung bisnes mak ayah ke. Contoh macam kedai makan, rasanya 3 tahun belajar diploma, kalau betul betul rajin dah boleh buka 2 cawangan tu. So, kalau rasa pendapatan di masa akan datang, tak perlu untuk bantuan diploma atau degree. Kiranya sudah terjamin, memang tak perlu lah sambung belajar sekali pun.

Buat apa buang masa kan…

Sekadar datang kelas bahasa inggeris cukup lah kot…

So, diploma atau degree, adalah keperluan masing masing. Contoh macam saya sendiri, memang niat awal nak sambung belajar degree. Tapi tak ada duit, duit tak cukup. So saya tak sambung belajar. Entah macam mana rezeki Tuhan, lepas beberapa tahun kerja. Saya buat keputusan untuk kerja ni ibarat sementara dan cuba untuk buat bisnes sendiri.

Sampai sekarang, insyaAllah boleh kata dalam 20% berjaya. insyaAllah lagi 1 atau 2 tahun saya sepatutnya akan nampak progress yang jauh lebih baik.

Progress yang membuatkan saya ni tak perlu kerja dengan orang dah.

Atau pun, mungkin kerja kilang tu ibarat saya punya sampingan sahaja. Sebaliknya bisnes sampingan yang sekarang saya jadikan sebagai yang tetap.

Harap harap saya berjaya ye. Amin.

Ok lah, rasanya tak ada point lagi kot nak sembang.

Sebelum tamat, saya harap sangat korang baca artikel siri saya tu. Ada 3 artikel kan.

Saya pastekan semula di bawah untuk korang tengok:

PART 1/3 – RISAU DENGAN KOS SEKARANG TAKUT TAK DAPAT KERJA?

PART 2/3 – DIPLOMA IALAH RM 1 500? DEGREE RM 2 500?

PART 3/3 – APAKAH KOS YANG CONFIRM DAPAT KERJA?

 




Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?

Pointer ni macam merit untuk tentukan korang pandai ke tak la. Ada lah cara percentage yang diorang kira.

Kalau pengajian korang ada 6 semester macam saya dulu, setiap sem tu dipanggil GPA. Kalau yang total untuk semua pointer di panggil CGPA. Eh betul ke GPA tu, lupa dah. Tapi yang akhir tu betul, CGPA. Saya dapat 2.93 je…adoi..

Kenapa ya dapat macam tu?

Sebab saya leka..

Korang tau, masa saya masuk UMP dulu, dari sem 1 sampai sem 3. Saya duk main je. Saya lansung tak fikir pointer saya dapat rendah. Saya fikir macam tak ada apa..

Bila nak masuk sem 3 baru la sedar. Aku kena buat sesuatu ni. So sem 4 la baru kalut nak score pointer 3 ke atas. Dah akhir sem saya dah tak leh buat apa. Sebab da terlambat..

Kenapa pointer kena dapat 3.0 ke atas?

Ini time saya sekarang tau. Rasanya time korang graduate 2030 pun sama lah kot. Iaitu, kalau nak dapat kerja atau na apply company yang kukuh, antara syarat diorang ialah kena ada at least 3.0 pointer.

Huh…itu la sebab nya.

Memang lah tak semua company tetap kan syarat tu. Saya boleh kata, dalam 10 company, ada lah dalam 2 atau 3 yang buat macam ni. Tapi nak ke korang harapkan yang tak tetapkan sahaja?

Yang graduate dah berapa ribu orang. Yang dah memang bekerja pun nak apply keje lagi. So kalau korang impress kan bos pointer dalam 3.4 ke. Kan nampak pandai di situ.

Kalau yang 3.8 tu tak yah cakap lah ya..

Kalau boleh, nak juga saya tanya tempat u saya dulu, berapa orang yang dapat pointer 3.0 ke bawah. Versus dengan yang dapat 3.0 ke atas. Saja nak tau market dan level yang macam saya 2.93 ni kat mana.

Lagi sekali, sangat penting untuk korang dapatkan pointer 3.0 ke atas. Kalau dapat 3.3 atau sekurang nya 3.4 lagi baik.. InsyaAllah lagi mudah nak dapat kerja, insyaAllah lagi mudah nak buat kan resume korang tu nampak power.

Tau tak, antara sebab utama company ambil pekerja ialah ada pengalaman kerja yang bagus.

Korang ada pengalaman koje? Tak ada kan…

So, ikutkan pendapat lemah saya, sebab kan korang tak ada. Ada 2 bahagian yang boleh bantu anda buatkan resume korang power, walaupun tiada pengalaman kerja.

Iaitu, pointer korang dapat berapa. Bagi tahu dalam resume..

Dan pengalaman praktikal korang buat apa. Kalau ada yang praktikal sampai 6 bulan macam saya lagi bagus.

Ada lagi satu point dalam resume yang boleh bantu juga, iaitu Skills dan Strength…tapi lagi baik kalau pointer tinggi. Lagi nampak pandai kan?

Oh ya. Saya ada sediakan tips untuk cari tempat praktikal..dah baca?

Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Dan artikel yang tak kurang pentingnya, Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

 




SERONOK TAU Sambung Belajar Ni…Pengalaman SAYA

Memang seronok sambung belajar ni. Maksud saya yang sambung lepas SPM. Samada University dan Politeknik.

Memang best. Tak macam time sekolah dulu, kena pakai uniform. Nak kena gosok lagi. Kasut putih tu nak kena kapur. Malas nya semua tu. Terkilan nye bila penat penat cuci tapi kotor balik. Kalau pengawas kasut hitam lain lah kan. Kalau mawas yang macam kami ni? Adoi..

Tapi bila dekat U, pakai baju biasa sudah. Tapi berkasut. Asalkan nampak kemas kan..

Waktu kelas pun dah lain.

Tak ada nak fit pada satu satu masa macam sekolah.

Contoh macam hari isnin..

Mungkin kelas satu 8 sampai 9 pg..lepas tu break, sambung pula kelas kul 11 sampai 1 contoh nya..

Petang mungkin lagi satu kelas.

Ada yang kadang kadang satu kelas je satu hari. Mungkin ambil masa 1 atau 2 jam sahaja. Selebihnya? Dulu saya main counter strike lah lawan bilik lain. Tak pun, main game bola PES. Tidor? Lagi la best…

Ada kelas kawan saya lagi dahsyat..hari jumaat kelas diorang 1 je. So punya la baik, lecturer buat kelas tu hari lain. Selit time lain yang free. Kiranya hari jumaat free gear. Best gitu donk..

Tapi jangan best ajer fikir. Ada tugas yang paling penting tau masa kita sambung belajar.

Ini yang menentukan kita ni ok ke tak dapat keje nanti. Memang la semestinya, tapi kalau kita bersungguh adalah nampak cerah sikit masa depan dengan gaji yang baik..

Korang dah baca, artikel berkenaan pointer saya? Baca ni Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?

 




Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

Ok, sorry to say. Saya bukan lah orang yang terlampau pandai level tahap dewa masa belajar dulu. Graduated dengan hanya 2.93 sahaja dalam Diploma Mechanical Engineering.

Tapi ada lah sedikit tips yang mungkin boleh bantu macam mana nak skor. Ini bukan idea dari profesor mana entah tau. Ini cuma firasat lemah saya sahaja.

Untuk nak skor, korang tanya dulu lecturer cara kira pointer tu. Maksud saya, macam mana percenrage markah tu diambil. Sebab mungkin cara yang saya cakap beza sikit dengan tempat korang, tapi fundamental nya tetap sama.

Macam ni..

Setiap pointer yang dibawah ke akhir sem. Yang paling tinggi 4.0 kan.

Setiap pointer yang di bawa ke akhir sem datang dari beberapa bahagian sepanjang proses 1 sem korang berlansung. Maksud saya sepanjang 6 bulan dalam 1 sem tu.

Banding dengan SPM, setahun kan. Dari start hari pertama korang masuk form 5. Sampai lah akhir form 5. Ambil pula SPM, dan resule SPM tu adalah 100% daripada ujian yang kita akan ambil.

Betul kan? Ibarat macam final year test lah senang cerita.. Dan nilai final year test yaknik SPM ni adalah 100% menentukan result SPM tu jugak nanti..

Tapi bila dah sambung belajar ni..

Ia sepanjang 1 sem tu. So lain..

Maksud saya,

Quiz sepanjang sem mungkin ambil dalam 10%

Simple Test mungkin mewakili 20%

Final Year project mungkin dalam 30%

Final Year Test mungkin dalam 40%.

In total cukup lah 100%. So ini yang tentukan pointer korang nanti. So macam saya cakap tadi, sepanjang 1 sem tu lah yang menentukan result korang. Yang saya ingat, final year test tu memang mewakili 40% sahaja result 1 sem pointer korang. Kiranya, katakan failed juga, langsung markah ZERO. Korang still ada 60% kan? Katakan 60% tu skor semua, masih lagi dapat B minus tu. Kalau semua skor lah..

Untuk final year project tu kalau tak silap saya bergantung kepada jurusan yang korang ambil. Macam saya, memang ada. Wife saya, study kat USM jurusan akaun tak ada katanya…

Jelas tak apa yang saya kongsikan kat atas? Vote JELAS, TAK JELAS, KELIRU, TAK PE SAYA BUCA SAMPAI HABIS DULU kat bawah..

**kalau ramai tak jelas, saya olah ayat jadi lebih baik nanti..

VOTE

Ok, lagi sekali katakan percentage result untuk bawah ke markah pointer dalam 1 sem ialah dibahagian seperti di bawah, macam mana nak skor

Quiz       dalam 20%

Test       dalam 20%

Assignment         dalam 20%

Final Test            dalam 40%

Ini contoh sahaja tau, katakan sahaja. Mungkin setiap sem markah ini berlainan. Mungkin juga dalam sem tu tiada percentage untuk project macam atas ni, sebab biasa project akan ada sem sem akhir sahaja. Korang kena rujuk PA korang nanti.

So antara yang 4 jenis percentage tu yang paling nak skor ialah?

ASSIGNMENT. Ya assignment, sebab assignment sahaja lah yang korang boleh bawa balik rumah atau hostel atau rumah sewa. Biasa assignment ni percentage dia memang agak besar. At least 20%.

Assignment ni boleh score dengan lebih mudah, study dengan kawan kawan ke apa ke. Buat lah apa sahaja. Asalkan korang skor dan dapat cemerlang setiap kali test. Assignment dalam satu sem tu, rasanya dalam 6 bulan ada 10 kali juga kot. So in total, akhir pointer sem korang akan mewakili sebanyak 20%.

QUIZ bergantung kepada lecturer ikutkan pengalaman saya, ada yang buat mengejut. POP Quiz katanya. Ada yang bagi tahu dulu awal awal. Kalau bagi tahu dulu awal awal study la elok elok. InsyaAllah apa yang ditanya atau di cerita, apa yang dijadikan contoh masa sesi kelas tu, itu juga lah yang akan jadi soalan kat QUIZ.

Percaya lah cakap saya…

Yang Test memang agak susah sikit bagi saya kadang kadang tu. Tapi study balik quiz quiz yang lama tu, rasanya da betul kan korang 10% dah. Sebab biasa lecturer akan buat macam tu masa saya dulu. Akan ulang balik. Test memang susah sikit nak skor, tapi korang akan di bagi masa bila berlaku. So boleh study dan prepare.

Final test? Macam biasa, confirm mesti study quiz dan soalan test balik. Kumpul semua kertas soalan tu. Jangan buang terus. Mana yang salah kat quiz atau test, pastikan cari jawapannya, takut takut di tanya dalam final test.

Ok…

So sekarang saya dah kongsikan 2 bahagian.

PERTAMA, lebih kepada ambil tahu macam mana markah pointer itu dikira. Bukan nya total result final sem test. Tapi dari keseluruhan aktiviti macam quiz, assignment semua tu.

KEDUA, macam mana pula nak SKOR setiap bahagian quiz, assignment, test ni..

Dan yang ketiga saya nak kongsikan in general apa yang berlaku pada korang setiap sem…

So apa yang berlaku in general?

Pada pendapat saya, bila masuk U atau Poli ni, korang akan belajar benda yang betul betul melibatkan suasana alam pekerjaan ialah masa sem 3, 4 dan 5 sahaja.

Andai kata korang ada 6 sem. Andai kata juga sem 6 korang adalah masa buat praktikal. Sebab ada juga U yang buat tengah tengah sem praktikal ni..

Kiranya, kalau siapa yang ambil Awam atau mekanikal contohnya, hanya belajar cara kira force bangunan atau jambatan tu, hanya dalam sem 3, 4 dan 5 sahaja. Saya rasa lah ya. Mungkin tak tepat. Tapi overviewnye lebih kurang macam tu.

SEBAB SEMESTER 1, CONFIRM BUKAN.

Semester satu, lebih kepada pengulangan apa yang korang belajar masa level SPM sahaja. Kiranya kalau kimia tu, elektrosis ke, masih ada lagi subjek matematik semua. Hah benda benda ni sahaja, kebanyakan subjek dan jenis soalan lebih kepada apa yang korang dah belajar kat SPM, tapi diulang semula.

BERMAKSUD, SEMESTER 1 LAH MASA YANG PALING PALING PALING KORANG SENANG NK SKOR POINTER. Cuba dapatkan 3.5 terus. Sebab memang korang ulang benda yang sama..

Dan sem seterusnya insyaAllah korang akan stabil sebab dah tunjuk prestasi yang korang boleh bawah mata pelajaran kat Universiti…

Dah lah tu, dah panjang sangat ni. Saya pun dah ingat ingat lupa dah masa belajar dulu. Yelah, sekarang december 2017. Graduate 2009 lepas nun. Dekat 8 tahun tinggal suasana tu…

Apa apa pun, selamat berjaya…

Seterusnya, jangan lupa baca artikel saya, Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?




Hala Tuju Selepas SPM

So, ada satu adik ni tanya, masih lagi dalam SPM, minta untuk saya kongsikan, kalau nak jadi mechanical engineer apa yang dia harus persiapkan.

So saya pun tanya lah, nanti spm target berapa?

Dia cakap, 6. Dan ada lah subjek subjek yang dia bagi tahu. Dan sememangnya subjek subjek yang dia bagi tahu tu memang sangat penting untuk capai cita cita sebagai Mechanical Engineer. Abang saya, dah jadi manager dah pun. Saya ingat lagi result KIMIA dan FIZIK dia, memang dia score habis.

Dalam tahun 2012, dia pernah bagi tahu saya, gaji dia 32 ribu 600. Manager di sebuah syarikat minyak. Itu tahun 2012 tu. Sekarang 2018 ni ,entah berapa sebab dalam tahun 2016, abang saya ni ada pindah company, kerja dengan Petronas pula.

Untuk mana adik adik yang lebih berminat dengan Aliran Sastera, atau sebarang kerjaya selain daripada Engineer, mungkin Jururawat, mungkin Accounting..

Admin

HR – HR atau human resource ni lebih kepada kerja yang uruskan hal gaji pekerja, kemasukan pekerja baru dan segala nya hal pejabat..

Saya assume adik adik ni masih lagi tak tau langsung pasal kerjaya kan, so saya akan terangkan mana mana jawatan yang perlu untuk saya terangkan. Mana yang saya skip mungkin sudah terlalu biasa dengar, contoh macam Jururawat dan Engineer.

Mungkin kerjaya pengurusan lain macam Manager KFC

Restaurant, Chef

Technician Machine/Air con dan sebagainya

.Welder

QA – jawatan yang menjaga kualiti produk

Designer

Atau apa sahaja jawatan lain, selain daripada Mechanical Engineer, masih lagi relevant untuk anda rujuk artikel ni sebab saya buatkan panduan ni lebih bersifat umum. Biar semua dapat jelas dan faham akan informasi yang saya cuba nak sampaikan.

Berbalik kepada pasal adik yang tanya ni,

Bila saya tahu result SPM dia boleh capai macam tu, insyaAllah satu hari nanti cita cita nya akan tercapai. Sebabkan result SPM dia tadi tu lah, tak apa. Terus kan..

Tapi ada satu benda penting, NAK JADI MECHANICAL ENGINEER APA?

Engine?

Sistem?

Design?

Robotic?

CNC Machine? ( kalau tak tahu, apa yang saya maksudkan dengan CNC atau segala term dalam artikel ni, minta tinggalkan komen ya. Nanti saya reply. Tak nak terang semuanya satu satu di sini, nanti panjang berjela. )

Nak jadi engineer di Tunnel Boring Machine? Yang buat MRR2 kat KL tu.

 

Atau pun, mungkin kalau contoh untuk Civil Engineer pula

Nak jadi engineer yang buat Bangunan?

Atau engineer yang buat Jambatan?

Highway?

 

Buat Longkang?

Hah gitu, kiranya apa bahagian lain yang lebih specific. Atau mungkin yang lebih mudah nak faham adalah, jadi Doktor..

Nak jadi Doktor bahagian mana?

Bedah? Bersalin?

Telinga

Gigi..

Buku Doktor2x

Semuanya ini, kalau nak jadi doktor pakar dalam satu satu bidang, memang ada satu khusus atau pengajian khas yang anda kena ambil. Saya rasa lah ya, saya pun tak pasti.

Serupa juga dengan nak jadi Mechanical Engineer, nak jadi engineer untuk apa? Dulu, masa awal awal kerja dulu. Pernah saya terfikir, kalau amik jurusan Mechanical Engineering masa di Universiti Malaysia Pahang dulu adalah rugi.

Sebab tak specific, baik amik Automotive Engineering, lebih baik. Andai kata tak dapat kerja, boleh buka bengkel. Tak pun, at least boleh jaga kereta sendiri. Tapi ternyata benda tu salah, dan seratus peratusnya betul.

Kalau memang dah nampak, dari SPM lagi nak jadi apa, memang tiada masalah. Kita semua boleh target cara nak dapatkan nya. Macam yang adik SPM ni tanya. Tapi itu lah masalahnya, tiada siapa tahu.

Kenapa tak tahu? Sebab anda belum capai masa itu lagi. Suasana tu masih lagi tak sampai, jadi tiada siapa yang nak kongsi dan cerita kan.

Contoh, kalau saya tanya? Company di Malaysia ni siapa yang tahu gaji nya besar?

Sumpah tak tahu, kalau budak SPM yang jawab kan. Tapi kalau tanya orang yang memang sudah lama kerja? InsyaAllah diorang tahu.

Lagi sekali, rentasan masa tu masih lagi tak sampai. Jadi, sangat normal kalau anda tak tahu dan rasa macam blur blur kadang kadang tu, nanti dah besar nak jadi apa lah kan.

Benda ni, tak perlu risau sangat sebenarnya, sengaja saya ingatkan sahaja lah. Untuk permulaan, tak perlu lagi fikir nak jadi Mechanical Engineer bahagian apa ke, machine ke, engine ke dulu. Tgh SPM kan? So dapatkan result SPM yang cemerlang sangat sangat dahulu. Terutamanya, subjek FIZIK dan KIMIA. Dan MatemaTik Tambahan.

Kalau Matematik biasa tu, insyAllah boleh score kan, kalau dah AddMath pun tiada masalah..

Lagi sekali saya ulang, UNTUK TAHU NAK JADI ENGINEER BAHAGIAN APA memang susah. Kecuali, kalau ada mak bapak yang kongsikan lah (ITU SEBAB BANYAK ANAK DOKTOR JADI DOKTOR JUGA KAN) . So, tak perlu risau yang tu, untuk sekarang ni. Hanya perlu focus akan SPM sahaja.

Tapi, kalau ada peluang untuk anda dapatkan maklumat apa yang akan berlaku dimasa hadapan, cuba faham kan betul betul. Sebab ia sangat penting, dan value kelebihannya sangat tinggi. DAN INI YANG SAYA AKAN BAGI TAHU SEKARANG.

Ya, saya akan kongsikan rentasan masa apa yang akan berlaku pada anda sekarang.

Kita, belum capai pada inti artikel ni lagi, tapi dah panjang berjela. So, cuba baca dan faham kan betul betul. Tak perlu, nak habiskan semua yang saya kongsikan hari ni. Ambil masa seminggu pun tak apa. Yang penting anda mesti faham, dan gunakan peluang ini sehabis baik.

Berikut adalah antara point yang saya akan kongsi dan tekan kan, kalau anda nak capai target kerja lebih mudah. Ada point yang heavy sikit ya, contoh macam alam pekerjaan semua. Kalau tak jelas tak apa. Anda boleh tinggalkan komen dan saya akan jawab nanti.

  1. Peluang Pekerjaan – saya akan buat macam satu review akan jenis jenis mechanical engineer yang ada. Bukan setakat itu sahaja. Tujuan nya, adalah sebagai pendedahan akan adik adik yang jangan ambil kos buta tuli. Jangan harapkan minat sahaja, sebaiknya minat yang ada market di masa hadapan.
  2. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari dan berapa gaji yang anda akan dapat… dan cara nak dapatkannya – perkongsian ni sangat sesuai untuk adik seawal SPM, saya akan kongsikan jenis company yang bagi gaji besar. Dari sini anda juga dapat tahu, betapa pentingnya sambung belajar
  3. Suatu isu yang penting – iaitu cara pilih tempat praktikal atau latihan industri semasa sambung pengajian di Politeknik atau pun Universiti.
  4. Cara nak score pointer cemerlang masa masa sambung belajar selepas SPM
  5. Universiti mana pilihan yang paling tepat