Cara Nak Hilangkan Nervous Semasa Temuduga – Vol 2-3

Benda ni normal.

Semua orang rasa.

Saya sendiri yang lebih daripada 4 ribu kali pergi temuduga ni pun akan rasa gabra sikit pada sesetengah bahagian. Tapi, apa yang saya perasan, bila dah lama lama kerja ni, pengalaman kerja pun dah lama. Saya lebih nervous dan takut akan quiz sahaja bila pergi mana mana temuduga.

Kalau setakat soalan temuduga semua, insyaAllah saya boleh.

So saya sendiri, ikutkan pada pegalaman saya. Untuk deal dengan masalah nervous ni ada dua benda yang saya buat.

Satu – Mindset Yang Betul

Ya, ini memang. Sangat penting. Saya rasa, awak semua pun tahu. Semua yang datang temuduga pasti akan gabra. So ianya adalah normal. Dan bila mana ianya normal, tak sepatutnya korang kena redha pula dengan gabra ni. So kena cuba atasi.

Dengan anda mindset yang betul, insyaAllah akan serba sedikit membantu akan tujuan temuduga di buat.

Saya sendiri, kalau nak minta kerja mana mana pun, kalau tiada temuduga, saya tak kan masuk tau.

Contoh, katakan Company A nak offer saya kerja, dan hari isnin minggu depan terus masuk kerja pukul 8. Adakah saya terima? Confirm tak.

Kalau fresh graduate mungkin lah kan. Sebab walau macam mana pun, anda mesti nak kerja, dan nak gain pengalaman.

Tapi kenapa saya tak? Sebab saya tak kenal siapa company tu. apa yang diorang buat, apa benefit yang company tu boleh bagi. Macam mana dengan working enviroment nya. Berapa gaji anda dapat, berapa bonus, elaun anda dapat.

Kita bekerja bukan untuk kebajikan kan, untuk duit. So benda benda macam ni, hanya kita akan tahu daripada 2 source.

Source Yang Pertama – anda ada kawan yang memang bekerja di dalam

Souce Yang Kedua – melalui temuduga.

So, definisi temuduga ni adalah untuk kita tahu, sama ada kerja yang kita nak apply nanti layak atau tidak untuk kita. Bagus ke tak untuk perkembangan career kita. Berbaloi ke tak untuk kehidupan dan perbelanjaan harian kita.

Bukan nya untuk kita rasa takut.

So, itu sebab kena ada mindset yang betul.

Kalau anda perasan, anda yang ditemuduga dengan si penemuduga ada dua peranan yang berbeza.

Anda sendiri – peranannya macam saya cakap tadi lah, untuk tahu sama ada kerja yang kita apply tu layak ke tidak untuk kita.

Dan yang si penemuduga – untuk cari point point yang related atau tally dengan jawatan kosong yan ditawarkan. Ini je peranan dan focus dia, dalam mindset dia ini je yang dia akan fikir.

So, andai kata anda rasa sesuatu company tu atau sesuatu jawatan tu memang berbaloi untuk anda apply, cuba lah tonjol kan point point yang si penemuduga nak tu.

Ok selesai. Kita pergi ke point kedua.

Yang pertama ni dengan adanya mindset yang betul.

Yang kedua ialah – KORANG NERVOUS SEBAB TAK PREPARE.

korang ada tak baca dengan Panduan Lengkap Temuduga saya di menu bar atas tu? saya screenshotkan di bawah ya

Kenapa la saya susah susah buat panduan ni? Supaya kita semua bersedia dan tak nervous.

So, saya sangat sangat anjurkan untuk anda ambil masa dalam 2 3 hari untuk fahamkan apa yang saya kongsikan dalam 6 langkah Panduan Lengkap Temuduga saya.

Atau pun, kalau saya boleh ringkas kan, ia akan jadi seperti dibawah:

*kita terus ke point untuk pergi temuduga lah ya, sebab Cik Laila yang bertanya soalan ni dah dapat pun panggilan temuduga nya.

Biasanya, saya akan prepare untuk cuba jawab dan reply semua soalan soalan lazim temuduga seawal 3 hari berturut turut.

Kiranya, saya duduk dan cuba sembang, berdialog macam ditanya betul betul. Ya saya memang buat benda ni. Kadang kadang time baring, bergantung kepada kerajinan saya.

Yang pasti, saya memang praktis banyak kali akan soalan soalan lazim ni. 3 hari berturut turut ni bukannya 1 kali sehari tau. tapi pagi sekali, tgh hari, petang dan malam.

Atau pun, kalau anda tiada masa

Pagi, tengah hari dan malam

Tapi, cuba la buat sekerap yang mungkin, cuba berdialog juga walaupun anda rasa dalam otak tu macam sudah boleh jawab. Buat juga, sebab nanti ia akan bantu kepetahan anda bersuara.

Kalau anda dalam lakonan dialog anda tu perlu untuk anda senyum, senyum lah. perlu untuk anda bangun seperti tunjukkan dalam rajah atau lukis pada kertas pun, tunjuk lah.

Untuk contoh soalan temuduga kerajaan, boleh rujuk artikel ni.

Untuk contoh soalan temuduga yang normal, rujuk yang ini

Ingat ya, korang kena prepare. Kalau tak prepare dan praktis memang akan rasa nervous. Gabra yang bukan bukan, paling saya benci, bila rasa nak terberak tiba tiba.

Ingat, semua orang rasa benda ni. So its normal. Tapi tak bermaksud kita kena redha, dan pastikan anda buat sesuatu dengan masalah ni.

Sebab bila kita gabra, korang sendiri pun tahu.

Kadang kadang, ada jawapan yang tak tercapai nak terang. Sebab kan kita gabra, kepala otak pun jadi susah nak fikir kan. Apa yang kita fikir, bila pula nak habis sesi temuduga ni. Padahal lagi lama awak temuduga, lagi bagus. Sebab lagi banyak benda yang anda boleh yakin kan kepada company.

Saya pernah temuduga sampai 2jam. Masa tu pipi saya pun dah nak naik kebas bila sengeh sengeh paksa. Memang letih, tapi ini peluang terbaik saya.

Dan alhamdullillah, saya memang dah dapat pun kerja tu. ( kerja yang sekarang ni lah )

So cuba faham kan 2 point ni.

Satu, pastika mental betul bila hadapi temuduga. Semua orang rasa yang sama, dan anda perlu temuduga untuk tahu pasal company tu. apa nak buat semua, berapa benefit semua ( tapi kalau dah kerja dengan kerajaan comfirm la semua best best kan ).

Dan yang kedua, anda nervous sebab tak ready.

Buat la 3 hari yang berturut turut anda praktis dialog tu. saya sendiri buat macam tu memang membantu sangat lah.

Sekarang, saya nak kongsikan pasal soalan soalan temuduga untuk yang hadapi temuduga khidmat pelanggan pula.

oh ya, jangan lupa doa doa nervous, boleh google tengok. saya lupa nak selitkan..